Anda di halaman 1dari 5

KERTAS CADANGAN

BENGKEL BAHASA ARAB KOMUNIKASI


(ASAS, MUDAH TAPI INDAH)

1.0 TUJUAN
Kertas kerja ini dimajukan bertujuan untuk memohon kelulusan bagi
penganjuran Bengkel Bahasa Arab Komunikasi (Asas, Mudah Tapi
Indah) bagi pelajar Kolej Pengajian Islam Johor (MARSAH) dan orang
awam di kawasan sekitar Johor Bahru..

2.0 PENDAHULUAN
Kurangnya minat dan menganggap bahasa Arab adalah bahasa yang
sukar dipelajari merupakan dua faktor utama yang menghalang para
pelajar mahupun orang awam untuk mempelajari dan mendalami
bahasa Arab. Alternatif untuk menanam rasa cinta terhadap bahasa al-
Quran ini haruslah dipergiatkan dengan aktiviti komunikasi dengan
cara mudah dan senang supaya ia tidak dianggap lagi sukar dalam
kalangan mereka. Dari itu, program ini bertujuan untuk memotivasikan
peserta serta menanam rasa minat dan cinta terhadap bahasa Arab.

3.0 RASIONAL
Pusat Tafaqquh dan Profesionalisme serta Pusat Bahasa MARSAH
ingin memastikan peserta bengkel mempelajari teknik komunikasi
bahasa Arab kerana ia bahasa yang indah dan menarik.

4.0 TEMA
“Mudah Tapi Indah”

5.0 OBJEKTIF
Objektif penganjuran program ini adalah:
1) Memupuk kesedaran di dalam diri setiap peserta tentang
kepentingan mempelajari dan memahami bahasa Arab dalam
kehidupan seharian.
2) Menyuburkan rasa semangat, minat dan cinta terhadap bahasa
Arab.
3) Mendedahan teknik komunikasi bahasa Arab yang mudah kepada
peserta.
6.0 BUTIRAN PELAKSANAAN

6.1 Tarikh, Tempat dan Masa


Tempat : Dewan Besar, Kolej Pengajian Islam Johor
(MARSAH).
Tarikh & Hari : 21 Disember 2017 (Khamis).
Masa : 8.30 pagi - 1.00 petang.

6.2 Anjuran
Pusat Tafaqquh dan Profesionalisme dengan kerjasama Pusat
Bahasa Kolej Pengajian Islam Johor (MARSAH).

6.3 Sasaran
Pelajar Kolej Pengajian Islam Johor (MARSAH) dan orang
awam sekitar negeri Johor Darul Takzim (150 orang).

6.4 PEMBAHAGIAN KEUNTUNGAN


Pembahagian keuntungan atas nisbah 70:30
(D Azam Imtiyaz Resources: PTP)

6.5 Jawatankuasa
Rujuk Lampiran A

6.6 Tentatif Program


Rujuk Lampiran B

6.7 Implikasi Kewangan


Rujuk Lampiran C

7.0 PENUTUP
Diharap menjadi harapan pihak penganjur agar program yang akan
dilaksanakan ini mendapat sokongan padu daripada semua pihak.
Semoga objektif murni yang ingin disumbangkan ini dapat dijayakan
bersama.

2
LAMPIRAN A

JAWATANKUASA INDUK PROGRAM

PENAUNG
Dr. Mohamad @ Md. Som bin Sujimon
Ketua Eksekutif MARSAH

PENASIHAT
Ustaz Muhammad Sanusi bin Md Noh
Pendaftar MARSAH

PENGARAH PROGRAM
Mohd Khairul Annuar bin Mohd Satar
Pengarah Pusat Tafaqquh dan Profesionalisme

PENYELARAS PROGRAM
Ustaz Shahrulnizam bin Abu Sukor
Ketua Jabatan Pusat Bahasa MARSAH

AHLI JAWATANKUASA
Encik Mohd Izzat Izzuddin bin Jafri
Ustaz Mohd Adi Amzar bin Muhammad Nawawi
Ustaz Ahmad Al Hafiz bin Rustam Effendi
Ustazah Sumaiyah Mohamad binti Najib
Ustazah Mazyyah binti Osman
Puan Sakinah binti Mohamad@Md Som
Puan Nabila binti Zainal

3
LAMPIRAN B

Tentatif Program

8.00 pagi – 8.45 pagi : Pendaftaran

9.00 pagi – 10.30 pagi : Slot 1

10.30 pagi – 11.00 pagi : Rehat

11.00 pagi – 1.00 petang : Slot 2

4
LAMPIRAN C

IMPLIKASI KEWANGAN

BIL PERKARA UNIT JUMLAH

1. Pendapatan
RM 10,500.00
- Yuran peserta (RM70.00 x 150 orang)
Perbelanjaan

- Fotostat Modul RM2.00 x 150 Unit RM300.00


- Sarapan Pagi RM3.00 x 150 Unit RM450.00
- Makan Tengahari RM5.00 x 150 Unit RM750.00
2. - Bayaran Penceramah RM900.00 x 6 Jam RM5400.00
- Sijil Penyertaan RM 1.00 x 150 RM 150.00
- Bayaran Sewa Dewan RM 1,000 FOC
- Bayaran LCD RM 50 FOC
- Bayaran PA Sistem RM 200 FOC

Jumlah Keseluruhan RM 7,050.00

Anggaran Keuntungan PTP


RM 1,035.00
(Pendapatan –Perbelanjaan)

Anda mungkin juga menyukai