Anda di halaman 1dari 8

Ringkasan Eksekutif Program

TAJUK
FUTSAL ASRAMA KV ARAU 2020
PROGRAM

JENIS
1. Sukan dan rekreasi
PROGRAM

1. Menyediakan pelajar yang mempunyai badan yang cergas dan


minda yang cerdas..
MATLAMAT
2. Merapatkan hubungan silaturahim antara pelajar asrama Kolej
PROGRAM Vokasional Arau
3. Menjadi tapak permulaan untuk semua pelajar baru berkenalan
setiap tahun

ANJURAN
Biro sukan asrama Kolej Vokasional Arau

TARIKH 7 MAC 2020


MASA 9.00 pagi – 5.00 petang
TEMPAT R7 Futsal, Mata Ayer

Terbuka kepada semua pelajar Kolej Vokasional Arau


12 kumpulan lelaki
BIL. PESERTA 8 kumpulan perempuan
1 kumpulan 7 peserta
140 peserta

ANGGARAN
RM 1140.00
KEWANGAN

NO TEL 017-4113018 (Amirullah - Ketua Program)

1
1.0 TUJUAN

Kertas kerja ini bertujuan untuk mendapatkan kelulusan program daripada


Pengurusan Kolej Vokasional Asrama dan juga peruntukan kewangan dari
pengurusan asrama Kolej Vokasional Arau dan PIBG Kolej Vokasional Arau bagi
mengadakan program Futsal Asrama KV Arau 2020.

2.0 LATAR BELAKANG PROGRAM

Program Futsal Asrama KV Arau 2020 ini merupakan satu program yang telah
direncanakan oleh biro sukan asrama Kolej Vokasional Arau sebagai langkah untuk
menuju misi dan visi biro. Secara terperinci, program ini diharap dapat menjadi tapak
untuk merapatkan silaturahim antara pelajar-pelajar asrama Kolej Vokasional Arau
secara amnya dan juga mewujudkan hubungan yang erat dikalangan pelajar
asrama serta melahirkan pelajar yang bukan hanya cemerlang dari segi akademik
tetapi juga cemerlang dari segi kokurikulum dan sukan.

Program ini diharap dapat menjadi program wajib setiap tahun untuk menyambut
pelajar baru asrama di mana program ini menjadi pelantar pelajar baru mengenal
budi dan pekerti warga asrama Kolej Vokasional Arau.

Kesimpulannya, ini merupakan langkah pertama dalam melahirkan bakal pelajar


yang seimbang dan berjaya pada masa hadapan.

3.0 OBJEKTIF PROGRAM`

-Merapatkan ukhuwah sesama para pelajar asrama Kolej Vokasional Arau secara
keseluruhannya.
-Menjadi platform permulaan bagi pelajar baru dan lama untuk berkenalan dan
meminimumkan jurang diantara mereka.
-Menyediakan pelajar yang mempunyai badan yang cergas dan minda yang

2
cerdas.

4.0 KUMPULAN SASARAN

1) Pelajar-pelajar asrama Kolej Vokasional Arau

5.0 BUTIR PROGRAM


Tentatif program (rujuk lampiran A)
Tarikh : 15 Februari 2020
Masa : 9.00pagi – 5.00 petang
Tempat : R7 Futsal, Mata Ayer

6.0 JAWATANKUASA PROGRAM

Penasihat Program En. Muhamad Shahri Bin Ab Ghani

Pengarah Program Muhammad Amirullah Bin Mohd Akhir


Biro Makanan Muhammad Khairul Ikhwan Bin Ishak
Rushidina Binti Mohd Sharif
Biro Pendaftaran
Nur Batrisyia Irdina Binti Mohd Zahir
Biro Multimedia & fotografi Nurul Sharwani Romzi
Biro pengangkutan Nurhaznawi Bin Faeudzlaly Hishammudin
Muhammad Alif Najmi Bin Muhammad Faiz
Biro Kebersihan
Koo

3
7.0 TENTATIF PROGRAM
Rujuk lampiran A

8.0 IMPLIKASI KEWANGAN


Rujuk lampiran B.

9.0 KESIMPULAN

Kesimpulannya, program ini diharap akan dapat membantu para pelajar asrama
Kolej Vokasional Arau dalam merapatkan hubungan silaturahim dan ukhuwah
sesama mereka secara keseluruhannya. Selain itu, program ini juga dapat
membantu para pelajar mempunyai badan yang cergas di samping minda yang
cerdas. Kami daripada jawatankuasa program berharap program ini mendapat
kejayaan dan berjalan dengan lancar seiring dengan objektif dan matlamat program
ini.

10.0 PENUTUP

Jawatankuasa Program berharap agar permohonan kami mendapat kelulusan


daripada pihak tuan. Semoga program ini dapat memberi pengetahuan dan
pengalaman kepada semua pihak terutamanya pihak Pengurusan Kolej Vokasional
Arau. Segala kerjasama dan pertimbangan daripada pihak tuan, didahulukan
dengan ucapan ribuan terima kasih.

4
Lampiran A -TENTATIF PROGRAM

15 Februari 2020
MASA AKTIVITI
8.00-8.30 am Pendaftaran AJK program.

Pengurusan dan penyusunan tempat


8.30-9.00 am
Pendaftaran peserta

9.00-12.00pm Permainan bermula

1.00-2.00 pm Rehat

Permainan bersambung
2.00-4.00 pm
-semi finalis & finalis

4.00-5.00 pm Pengumuman dan pemberian hadiah

5.00 pm Peserta bersurai.

5
LAMPIRAN B -Implikasi kewangan

Perbelanjaan (A)

BIL PERKARA BUTIRAN JUMLAH(RM)

Pihak Dewan Makan Asrama


1 Makanan & Minuman ___
sediakan

1 Sewa gelanggang RM 600.00


RM50 x 6 jam x 2 gelanggang

2 Pengadil/jurulatih RM 100 x 2 orang RM 200.00

3 Hadiah pasukan Pertama - Hamper (RM 100) RM 100.00


Kedua – Hamper (RM 70) RM 70.00
Ketiga – Hamper (RM 50) RM 50.00

Lump sum
4 keperluan Banner
RM 100 RM 100.00

5 laporan program Lump sum RM 20.00


RM 20
Jumlah (A) RM1140.00

6
Pendapatan (B)

BIL PERKARA BUTIRAN JUMLAH(RM)

1 Sumbangan PIBG RM4 x 147 Orang Pelajar RM 588.00

2 Yuran RM35x 20 pasukan RM700.00

Jumlah (B) RM1288.00

JUMLAH KESELURUHAN (B-A) = RM1288.00-RM1140.00


= RM148.00

7
Disediakan oleh,

( Muhammad Amirullah Bin Mohd Akhir )


Pengarah,
Program Futsal Asrama KV Arau 2020

Disahkan oleh,

(En Mohd Jelani Bin Yaacob)


Pengarah,
Kolej Vokasional Arau, Perlis

Anda mungkin juga menyukai