Anda di halaman 1dari 7

KERTAS KERJA

PERMOHONAN UNTUK
MENDAPATKAN PERUNTUKAN
KEWANGAN (TABUNG HEP) BAGI
PROGRAM BASIC FUNDAMENTAL
SIGN LANGUAGE COURSE 2.0

Kolaborasi bersama

- Jawatankuasa Perwakilan Kolej (JPK) Seri Pinang


- Sarawak Society for The Deaf (SSD)
UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA KAMPUS CAWANGAN SARAWAK

KERTAS KERJA PERMOHONAN UNTUK MENDAPATKAN PERUNTUKAN KEWANGAN


BAGI PROGRAM BASIC FUNDAMENTAL SIGN LANGUAGE COURSE 2.0

1. TUJUAN

Tujuan Program Basic Fundamental Sign Language Course 2.0 anjuran dari
Jawatan Perwakilan Kolej Kediaman Seri Pinang (JPK) merupakan satu inisiatif
untuk memberi pendedahan asas kepada warga Kolej Kediaman Seri Pinang
mengenai penggunaan Bahasa isyarat seperti pengenalan diri, abjad, nombor dan
lain-lain sebagai satu medium berkomunikasi dengan orang kurang upaya. Di
samping itu warga Kolej kediaman Seri Pinang berpeluanguntuk mendalami dan
memahami Bahasa komunikasi ini dengan lebih responsive dan konsisten.

Dengan penitikberatan terhadap pemahaman Bahasa isyarat mampu menggugurkan


diskriminasi terhadap golongan kurang upaya yang sering disisih dan membantu
membentuk satu perhubungan sosial yang sihat.

Program ini mendukung Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) kerana program ini
dapat melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan khususnya
dalam berbahasa isyarat, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan
berkeupayaan memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran
masyarakat, bangsa dan negara.

2. MAKLUMAT PROGRAM

2.1 Nama Program: BASIC FUNDAMENTAL SIGN LANGUAGE COURSE 2.0

2.2 Tarikh & Tempat Program

BIL TARIKH TEMPAT PROGRAM


03 DISEMBER 2022 AUDITORIUM FSG, BLOK
1. Jam 08:00 pagi - 13:00 AKADEMIK B, KAMPUS
Tengahari SAMARAHAN 2

2.3 Anjuran: Jawatankuasa Perwakilan Kolej Kediaman Seri Pinang


kolaborasi bersama Sarawak Society for The Deaf (SSD)
2.4 Objektif Program

2.4.1 Meningkatkan perhubungan dengan berkawan dengan orang yang


senasib menggunakan Bahasa isyarat untuk berkomunikasi dalam
komunitinya.

2.4.2 Membina, memupuk, dan melahirkan warga kampus yang kuat fizikal
dan jati diri serta dapat mewujudkan sikap daya saing.

2.4.3 Mengeratkan hubungan silaturrahim dalam kalangan pelajar dan staf


UiTM Kampus Samarahan 2, Cawangan Sarawak.

2.5 Justifikasi mengadakan program

Matlamat penganjuran program ini adalah untuk menormalisasikan


penggunaan Bahasa isyarat dalam kalangan warga UiTM Kampus
Samarahan 2 dan diharapkan dapat meningkatkan kesedaran setiap individu
akan kepentingan Bahasa isyarat sebagai bentuk komunikasi utama apabila
berinteraksi dengan golongan kurang upaya melalui penglibatan dan layanan
yang sama tanpa menyisihkan mana-mana pihak.

2.6 Matlamat Program

2.6.1 Membekalkan pengetahuan dan kemahiran asas berbahasa isyarat


kepeda pelajar UiTM melalui Program ini agar Bahasa isyarat dapat
dipraktikkan menjadi Bahasa komunikasi yang lebih responsive.

2.7 Jangka Masa Program

Program ini bakal diadakan selama 5 jam pada 03 Dec 2022 (Sabtu).
2.8 Senarai Ahli Jawatankuasa Pelaksana Program

BIL TARIKH NAMA PELAKSANA

1. 03 DEC 2022 PENASIHAT PROGRAM : PUAN SULASTRI PUTIT


(SABTU) (STAF RESIDEN KOLEJ SERI PINANG)

JAWATANKUASA PERWAKILAN KOLEJ SERI


PINANG

Ketua Projek
Mohd Asyraf bin Ruzani

Penolong Ketua Projek


Izrie Hasfiezul bin Hashim

Setiausaha
Azizul bin Nikiman

Penolong Setiausaha
Huzaimi Ikmal bin Matnoor

Bendahari
Abang Hijas Kasturi bin Abang Ekhsan

AJK Publisiti & Multimedia


Nusrah Izzati binti Shaifuel Faudzi
Nur Dalilah Afifah binti Jeperi

AJK Makanan
Alicia Ping Anderson
Kamalin Mastura binti Yushairi
Siti Nuraini Amirah binti Zakeria

AJK Pendaftaran
Melvina Maureen binti Baja
Ria Nirmala binti Hassan

AJK Teknikal & Logistik


Iqhwan Shafiefie bin Tuah
Evelyn Usun Jalong
Shally Anak Pilet
2.9 Tentatif Program

BI MASA PERKARA
L

1. 07.45 pagi - 08.00 pagi - Sesi Pendaftaran Peserta

2. 08.30 pagi - 10.00 pagi - Ceramah Bahasa Isyarat dari Sarawak


Society For The Deaf (SSD)

3. 10.00 pagi – 12.00 - Penceramah seterusnya dari SSD


tengah hari

4. 12.00 tengah hari – - Majlis Perasmian Penutupan /


12.30 tengah hari Penyampaian Honorarium

5. 12.30 tengah hari – - Sesi bergambar bersama Sarawak Society


1.00 petang For The Deaf (SSD)

6. 1.00 petang - Bersurai / Makan Tengahari

3 ANGGARAN BELANJAWAN

BIL PERKARA KAEDAH PENGIRAAN JUMLAH


JUMLAH (RM)
(ANGGARAN)
1. Minum Pagi RM4.00 x 100 peserta + 14 456
AJK x 1 hari

RM6.00 x 100 peserta + 14 684


Makan Tengahari AJK x 1 hari

Jamuan Makan (VIP) RM12.00 x 10 tetamu x1 hari 120


(SRK dan penceramah)

2 Percetakan RM50.00 50
3 Laporan Program & Gambar RM50.00 50
Aktiviti
4 Honorarium RM200.00 100
5 Keperluan Program (Hiasan RM150.00 150
Pentas)
JUMLAH DIPOHON 1610
PENUTUP

Diharap program ini mendapat kelulusan peruntukan dari Profesor Madya Ts ChM Dr
Mohammad Isa Mohamadin dan berharap program ini dapat dilaksanakan dengan jayanya
serta dapat mencapai objektif yang diingini. Adalah diharapkan aktiviti seperti ini akan terus
berkembang dan mendapat sambutan yang baik dari semua pihak. Semoga usaha murni ini
mendapat sokongan dari semua pihak dan memberi manfaat kepada warga kampus.

Disediakan Oleh :

..…………………………..
(MOHD ASYRAF BIN RUZANI)
Jawatankuasa Perwakilan Kolej Kediaman Seri Pinang
UiTM Cawangan Sarawak Kampus Samarahan 2

Disemak Oleh :

..…… ……………………..
(Pn NUR AMNI AMELIA ABDULLAH)
Penyelaras Jawatankuasa Perwakilan Kolej
Kolej Kediaman Seri Pinang
Kampus Samarahan 2
UiTM Cawangan Sarawak

Diluluskan Oleh:

..…………………………..
(PROFESOR MADYA Ts ChM DR. MOHAMMAD ISA MOHAMADIN)
Timbalan Rektor Hal Ehwal Pelajar
UiTM Cawangan Sarawak

Anda mungkin juga menyukai