Anda di halaman 1dari 6

CADANGAN

KERTAS KERJA

KEM SKOR A MATEMATIK SPM

TARIKH :
24 APRIL 2017
(ISNIN)

TEMPAT :
KAFETERIA, SMK LOKMAN HAKIM

ANJURAN:
PANITIA MATEMATIK
SMK LOKMAN HAKIM
1.0 PENDAHULUAN

Program Skor A merupakan antara salah satu Program Kecemerlangan Panitia Matematik
SMK Lokman Hakim. Program ini memberi tumpuan kepada pelajar yang mempunyai
potensi untuk mencapai A dalam mata pelajaran Matematik SPM 2017.Pengisian
program merangkumi tahap kemahiran murid, pendedahan kepada teknik menjawab
soalan, menjawab soalan – soalan aras tinggi (KBAT ) dan latih tubi individu serta
berkumpulan. Program ini juga bertujuan untuk meningkatkan tahap keyakinan pelajar
menjawab soalan matematik.Pendedahan kepada teknik dan kemahiran menjawab
soalan boleh membantu kepada kecemerlangan SPM 2017.

2.0 MATLAMAT

Bengkel ini diharapkan dapat memberi pengetahuan, dan pendedahan kepada teknik
menjawab soalan matematik dengan cara yang mudah dan senang difahami. Selain itu,
program ini bermatlamat untuk meningkatkan tahap pencapaian dan penguasaan
pelajar bagi mata pelajaran Matematik tingkatan 5 untuk peperiksaan pertengahan
tahun 2017

3.0 OBJEKTIF

Pada akhir program ini, murid – murid akan dapat :


1. Menguasai sepenuhnya topik dan kemahiran yang telah diajar melalui contoh –
contoh soalan yang diberikan.
2. Menguasai teknik dan cara menjawab soalan dengan betul dan tepat tanpa
melakukan sebarang kesilapan yang remeh.
3. Mengamalkan gaya pembelajaran yang teratur dan terancang dan yakin mampu
mencapai sasaran kelulusan dan kecemerlangan

4.0 TARIKH PROGRAM : 24 April 2017(ISNIN)

5.0 TEMPAT : KAFETERIA, SMK LOKMAN HAKIM

6.0 SASARAN
50 orang pelajar yang mencapai markah 50 dalam Ujian Penilaian pertama.
7.0 JAWATANKUASA PELAKSANA

JAWATAN KUASA PELAKSANA


KEM SKOR A MATEMATIK SPM 2017

PENGERUSI : EN FARZELI BIN CHE MAT MUSTAFA


(PENGETUA)

NAIB PENGERUSI : PUAN ROSLIZA BINTI ALI


(PK PENTADBIRAN)

PENYELARAS : EN ZAIDI NORLY BIN

SETIAUSAHA : PUAN ATIKAH MAT SAMINGAN

Pendaftaran : PN NOOR HASWATI BINTI HOSMAN

Makanan, minuman : PN NORFAIZAH LUBIS BINTI AMRAN

Persiapan tempat : EN ZAIDI NORLY BIN


Sistem PA & LCD

Dokumentasi : PN ATIKAH BINTI MAT SAMINGAN

MODERATOR : 1. EN ZAIDI NORLY BIN


2. PUAN NORFAIZAH LUBIS BINTI AMRAN
3. PUAN NOOR HASWATI BINTI HOSMAN
4. PUAN ATIKAH BINTI MAT SAMINGAN
8.0 TENTATIF PROGRAM

MASA PERKARA PERSONALIA


8.00 PAGI PENDAFTARAN DAN SARAPAN PN NORFAIZAH LUBIS
PN NOOR HASWATI
8.30 – 10.30 PAGI SLOT 1 – TEKNIK MENJAWAB SOALAN EN ZAIDI
KERTAS 2 PN NORFAIZAH LUBIS
PN NOOR HASWATI
PN ATIKAH
10.30 – 11.00 PAGI REHAT – MINUM PAGI
11.00 – 1.00 THGI SLOT 2 – PERBINCANGAN KUMPULAN EN ZAIDI
PN NORFAIZAH LUBIS
PN NOOR HASWATI
PN ATIKAH

9.0 ANGGARAN BELANJAWAN

ANGGARAN BELANJAWAN

PENDAPATAN
1. Yuran pelajar RM 14 X 50 RM 700.00
JUMLAH RM 700.00

PERBELANJAAN
1. Bahan bengkel RM 3.00 x 50 RM 150.00
2. Air mineral RM 10 x 5 RM 50.00
3. Makan dan minum RM 10 x 50 RM 500.00

JUMLAH RM 700.00

10.0 PENUTUP
Sebagai kesimpulannya, marilah kita bersama-sama mendoakan agar program ini
berjaya dilaksanakan dan mencapai objektifnya. Kerjasama daripada seluruh
pihak amatlah diharapkan.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

................................................ ................................
ATIKAH BINTI MAT SAMINGAN (EN FARZELI BIN CHE MAT MUSTAFA)
Guru Matematik Pengetua
SMK Lokman Hakim SMK Lokman Hakim
81900 Kota Tinggi, Johor 81900 Kota Tinggi, Johor

(Lampiran 1)

(Lampiran 3)

ANGGARAN BELANJAWAN
PROGRAM ELIT 3

PERBELANJAAN
4. Bayaran penceramah RM 75 x 6 RM 450.00
5. Fail poket RM 0.50 x 60 RM 30.00
6. Air mineral RM 10 x 5 RM 50.00
7. Makan dan minum RM 20 x 2 hari x 50 RM 2000.00
8. Rencam RM 30.00
JUMLAH RM 2660.00

Anda mungkin juga menyukai