1
PUSAT SUMBER SKPB 2014
KERTAS KERJA
KECERIAAN PUSAT SUMBER SEKOLAH
SK PULAU BELURU
PENDAHULUAN
Pusat Sumber merupakan pusat ilmu yang menjadi sumber rujukan bagi para pelajar
SKPB dan juga guru-guru. Antara peranan penting pusat sumber adalah membentuk
profesion perguruan yang berilmu, dinamis, kreatif, inovatif dan berdisiplin untuk
membantu pembinaan sahsiah guru-guru supaya dapat memainkan peranan yang berkesan
dalam pembangunan negara, bangsa dan agama, membentuk golongan pelajar yang
berilmu, kreatif dan berdisiplin untuk membantu sahsiah pelajar supaya dapat memainkan
peranan positif.
Selain itu, pusat sumber juga prihatin terhadap persekitaran sekolah. Atas dasar
tanggungjawab terhadap persekitaran sekolah, adalah wajar agar pusat sumber mempunyai
laman angkatnya sendiri supaya kaedah untuk membudayakan ilmu bukan sahaja tertakluk
di dalam pusat sumber sahaja malah boleh disebarkan di luar terutamanya di persekitaran
sekolah. Oleh itu, pusat sumber telah memutuskan untuk menjadi salah satu kawasan
sekolah iaitu laman yang berhadapan dengan bangunan pusat sumber sebagai laman angkat.
RASIONAL
Selain berperanan menyediakan bahan-bahan yang berilmiah terhadap warga SKPB,
keadaan persekitaran yang cantik dan kondusif juga menjadi faktor penting untuk menarik
mereka untuk datang ke pusat sumber dengan lebih kerap. Keadaan laman angkat yang
cantik juga penting untuk menjadikan kawasan tersebut sebagai salah satu tempat santai
yang berguna dan berilmiah kepada para pelajar terutamanya
OBJEKTIF
2
PUSAT SUMBER SKPB 2014
Pusat Sumber
o Mengoptimunkan penggunaan pusat sumber sekolah dalam kalangan
warga SKPB
o Mengubah pandangan warga SKPB terhadap peranan pusat sumber
o Membentuk wajah pusat sumber yang lebih baik dan selesa
o Menjadikan suasana pembelajaran lebih kondusif dan penuh kedamaian.
Laman Angkat
o Menjadi tempat santai yang berilmu dalam kalangan pelajar
o Membentuk Taman Mini Sekolah bagi memperlengkapkan suasana
sekolah
o Membentuk budaya kerja seperti bekerjasama, berdaya-saing dan
semangat berpasukan di kalangan guru pusat sumber, pengawas pusat
sumber, ahli kelab pusat sumber dan tukang kebun sekolah.
Menjadi ‘benchmark’ pusat sumber
TEMA
`Pusat Sumber Ceria Menjana Kejayaan Minda Cemerlang’.
TEMPAT
Pusat Sumber Sekolah Kebangsaan Pulau Beluru
ORGANISASI
Rujuk Lampiran 1
IMPLIKASI KEWANGAN
Rujuk Lampiran 2
LOKASI SASARAN
3
PUSAT SUMBER SKPB 2014
PENUTUP
Pihak kami amat mengharapkan semoga projek ini dapat diluluskan serta dilaksanakan dengan
jayanya dan mencapai objektif yang digariskan dalam melahirkan pelajar yang cemerlang dari
semua sudut sama ada akademik, akhlak dan sahsiah, hubungan dengan manusia dan dengan
Maha Pencipta. Semoga apa jua sumbangan dan bantuan yang diberikan mendapat keberkatan
dari Ilahi. Segala perancangan, pengurusan dan pentadbiran yang teliti menjadikan pelaksanaan
yang dibuat berjalan dengan lancar berserta hidayah dan pertolongan Allah SWT.
Disediakan oleh,
Diluluskan oleh,
Lampiran 1
STRUKTUR ORGANISASI
PENAUNG : Guru Besar SKPB
En Mustaffa Bin Hassan
4
PUSAT SUMBER SKPB 2014
5
PUSAT SUMBER SKPB 2014
Lampiran 2
IMPLIKASI KEWANGAN
1. Sumber Kewangan
PCG Bukan Matapelajaran - PSS RM
Jumlah RM
2. Anggaran Perbelanjaan
2.1 BAHAN-BAHAN
6
PUSAT SUMBER SKPB 2014