Anda di halaman 1dari 3

AMALI 3.

TAJUK : KEPEKATAN LARUTAN LUAR YANG ISOTONIK DENGAN SAP SEL TUMBUHAN

OBJEKTIF/TUJUAN :

Mengkaji dan menentukan kepekatan larutan luar yang isotonic dengan sap sel tumbuhan.

PENYATAAN MASALAH :

Apakah kepekatan larutan luar sel yang isotonik dengan sap sel tumbuhan?

HIPOTESIS :

Kepekatan larutan yang isotonic dengan sap sel tisu tumbuhantidak mempunyai kesan terhadap
jisim dan saiz sel tumbuhan

PEMBOLEH UBAH :

I) DIMANIPULASIKAN : kepekatan larutan sukrosa


II) BERGERAK BALAS : perubahan jisim dan panjang jalur ubi kentang
III) DIMALARKAN : keadaan awal jalur//suhu persekitaran//tempoh rendaman

BAHAN DAN RADAS :

Ubi kentang, air suling, larutan sukrosa 0.1M, 0.2M, 0.3M,0.4M, 0.5M dan 0.6M, kertas tisu, piring
petri, penebuk gabus, pisau, forsep, pembaris, bikar 50ml, Silinder penyukat, dan penimbang
elektronik.

PROSEDUR :

1. Tujuh piring petri disediakan dan dilabel sebagai A, B, C, D, E, F dan G.


2. Setiap bikar diisi dengan larutan seperti jadual 1.
3. Penebuk gabus bersaiz sederhana ditekan masuk kedalam sebiji ubi kentang.
4. Jalur ubi kentang dikeluarkan dari penubuk gabus.
5. Jalur ubi kentang dipotong sepanjang 5 cm
Nota: jangan pegang ubi kentang dengan tangan semasa memotong. Gunakan papan canai
sebagai alas.
6. Langkah 3 hingga 5 diulang dengan menyediakan 6 jalur ubi kentang yang sama panjang.
7. Setiap jalur ubi kentang dilap dengan kertas tisu dan ditimbang untuk mendapatkan jisim
awal.
8. Larutan sukrosa dari bikar A – G dituang ke dalam piring petri berlabel A – G.
9. Setiap jalur ubi kentang direndam sepenuhnya di dalam setiap piring petri.
10. Selepas direndam selama 40 min, setiap jalur ibu kentang dikeluarkan dari piring petri
masing-masing dan dilap. Setiap jalur ubi kentang ditimbang semula untuk mendapatkan
jisim akhir.
11. Keputusan direkodkan. Graf peratusan perubahan jisim melawan kepekatan larutan sukrosa
dilukis.
A B C D E

AIR SULING LARUTAN LARUTAN LARUTAN LARUTAN


SUKROSA 0.1M SUKROSA 0.2M SUKROSA 0.3M SUKROSA 0.4M

F G

LARUTAN LARUTAN
SUKROSA 0.5M SUKROSA 0.6M

PERSEMBAHAN DATA :

Jisim jalur ubi kentang Peratusan


Perubahan
(g) perubahan Tekstur dan
Larutan Bikar jisim
Jisim awal Jisim akhir jisim keadaan
(g)
(%)
Air suling A 1.40 1.80 0.40 28.6 segah

Larutan sukrosa B 1.40 1.75 0.35 25.0 segah


0.1M
Larutan sukrosa C 1.40 1.70 0.30 21.4 segah
0.2M
Larutan sukrosa D 1.40 1.60 0.20 14.3 segah
0.3M
Larutan sukrosa E 1.30 1.40 0.10 7.20 segah
0.4M
Larutan sukrosa F 1.40 1.20 -0.20 -14.3 Lembik
0.5M
Larutan sukrosa G 1.50 1.20 -0.30 -20.0 Lembik
0.6M
PERBINCANGAN:

1. Larutan di dalam piring petri A hingga E adalah hipotonik atau kurang pekat berbanding
dengan kepekatan sap sel jalur ubi kentang. Air memasuki sel secara osmosis. Oleh itu, jisim
jalur kentang bertambah dan jalur kentang menjadi segah.
2. Larutan di dalam piring petri F hingga G adalah hipertonik atau lebih pekat daripada sal sel
ubi kentang. Air meninggalkan sel secara osmosis. Ubi kentang menjadi lembik dan jisim
jalur ubi kentang berkurang.

KESIMPULAN :

Berdasarkan graf, larutan 0.43M merupakan larutan isotonic dengan sap sel ubi kentang, iaitu
kepekatan yang tidak mempunyai kesan terhadap jisim dan saiz sel tumbuhan.

Hipotesis diterima.

Anda mungkin juga menyukai