Anda di halaman 1dari 13

1.

0 PENGENALAN

Setiap pengurus dan eksekutif perlu membuat persembahan dalam pelbagai bentuk dari
semasa ke semasa. Malah, bagi kebanyakan kita ia adalah merupakan sebahagian
daripada tugas kita seharian.

Kebolehan bercakap secara berkesan adalah amat penting. Kemahiran bercakap


dengan baik adalah berguna terutama apabila anda diminta membuat persembahan
secara spontan. Keyakinan diri dan membuat persembahan secara berkesan di
hadapan satu kumpulan adalah satu aset yang berguna yang perlu ada pada setiap
orang.

Modul ini telah disusun untuk mendedahkan peserta kepada teknik-teknik


membuat persembahan yang berkesan. Jika teknik-teknik ini digunakan dengan baik, ia
akan dapat menjadikan persembahan anda lebih bertenaga dan memberi inspirasi
kepada yang hadir.

Modul ini bertumpu kepada pendekatan berpusatkan pelajar dan para peserta
akan didedahkan kepada pengalaman yang praktikal dan “hands-on” di mana peserta
akan dilibatkan secara aktif.
2.0 OBJEKTIF

Kursus ini bermatlamat untuk meningkatkan kesungguhan para peserta berdasarkan


beberapa objektifnya :

 Dapat memahami maklamat membuat persembahan berkesan, kelebihannya dan


kaedah-kaedah yang berkesan.
 Mengenalpasti objektif sebelum memulakan persembahan.
 Membina outline berbentuk 3-dimensi daripada objektif.
 Membina satu persembahan yang lengkap dari mula sampai akhir persembahan.
 Menjelaskan teknik-teknik untuk membina keyakinan diri, mengatasi masalah gagap
dan menjalin hubungan yang berkesan dengan hadirin.
 Menyatakan empat ‘audience-tensions’ dan bagaimana untuk mengatasinya.
3.0 KUMPULAN SASARAN

Kursus ini dikhaskan untuk :

Pengurus, pegawai, ketua pasukan projek, engineer, penyelia dan mereka yang perlu
membuat persembahan/ucapan dalam kerja mereka.

4.0 PERLAKSANAAN KERTAS CADANGAN

4.1 MAKLUMAT KURSUS

Tempat : Kuala Lumpur International Hotel

Tarikh : 21 November – 22 November 2017 (2 hari)

Masa : 9:00 pagi – 5:00 petang

Media bahasa : Bahasa Melayu

Jumlah penyertaan : 90 orang

Fasilitator yang terlibat

Nurul Syazuwani Binti Shahidi

 Beliau seorang granduan dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang


berkelayakan Sarjana Pentadbiran dan Pengurusan . Beliau mempunyai
lebih 20 tahun pengalaman bekerja dengan syarikat Multinational dan
syarikat tempatan. Dalam 20 tahun pengalaman itu, 10 tahun adalah dalam
bidang Latihan dan Pembangunan Sumber Manusia.
 Beliau telah banyak menjalankan program - program latihan syarikat
antarabangsa mahupun tempatan seperti Open University Malaysia (OUM),
PETRONAS, Telekom Malaysia dan Multimedia Corporation (MCMC).
 Beliau juga bekerja sebagai pensyarah sambilan untuk beberapa institusi
pengajian tinggi.
KANDUNGAN PROGRAM/KURSUS

Pengenalan persembahan

 Pendahuluan berkenaan dengan persembahan.


 Contoh persembahan baik dan buruk.
 Kenapa kemahiran persembahan berkesan penting?
 Kesalahan – kesalahan yang selalu dilakukan dalam persembahan dan
bagaimana untuk mengatasinya.

Matlamat persembahan

 Bermula dengan maklamat terkini terdahulu.


 Jenis – jenis penutupan yang kukuh.
 Fokus pada mesej yang disampaikan.
 Bina struktur dan rangka persembahan merujuk pada mesej yang
disampaikan.

Analisis audiens

 Siapakah audiens? Senarai semak audiens.


 Analisis demografi, perlakuan dan persekitaran.
 Pencapaian yang diperlukan untuk memastikan audeins faham.

Struktur persembahan

 Merancang rangka persembahan dan elemen – elemennya.


 Faktor – faktor kejayaan, kata kunci dan corak persembahan yang sesuai.
 Perbukaan, badan persembahan dan penutup.
 Berapa banyak diperlukan untuk mencapai matlamat.
Bahan – bahan persembahan

 Mengumpul bahan – bahan persembahan.


 Analisis data, gambar, carta, graf, dan video.
 Alat bantuan visual yang baik.
 Pengunaan alat bantuan visual yang berkesan.

Gaya persembahan

 Pembukaan yang menarik.


 Perkenalan diri terhadap audiens.
 Menyesuaikan persembahan kepada audiens.
 Mengakses suasana persembahan.
 Mendapat perhatian dan minat audiens.

Komunikasi tanpa lisan

 Pertembungan mata dan gerak mata.


 Nada suara dan penggunaan alat bantuan visual.
 Penampilan diri yang sesuai.
 Menganalisa bahasa tanpa bantuan audiens.
 Kelakuan semasa soal – jawab.

Latihan persembahan

 Semakan suasana persembahan.


 Memaksimakan mesej tanpa lisan.
 Kawal diri dan keyakinan diri
 Merancang bagaimana untuk mengatasi rasa gementar.
 Menjangka soalan dan menerap jawapan dalam persembahan.
 Mendapat maklumbalas daripada audiens.
 Cara dan kaedah berlatih.
Latihan – latihan kursus

 Membuat persembahan / ucapan.


 Sesi video – penilaian dan maklumbalas.
 Latihan memainkan peranan (role-play).
4.2 JADUAL PROGRAM

HARI PERTAMA
MASA AKTIVITI
8:30 - 9:00 pagi Pentadbiran para peserta dan sarapan pagi
 Pengenalan persembahan dan
- Tayangan video
9:00 - 11:00 pagi - Syarahan
- Kerja kumpulan
- Persembahan

11:00 - 11:30 pagi Minum pagi

Sambungan persembahan
11:30 - 12:30 tengahari - Syarahan
- Perbincangan & Rumusan

Penyediaan melalui Powerpoint


12:30 - 1:30 petang
- Syarahan

1:30 - 2:00 petang Makan tengahari

Sambungan Powerpoint
2:00 - 4:30 petang - Syarahan
- Latihan kerja

4:30 – 5:00 petang Minum petang


HARI KEDUA

MASA AKTIVITI

8:30 - 9:00 pagi Sarapan pagi


 Penyediaan slaid Powerpoint
9:00 - 11:00 pagi
- Aktiviti

11:00 - 11:30 pagi Minum pagi

 Komunikasi tanpa lisan


11:30 - 12:00 petang
- Praktikal

12:00 - 1:00 petang Makan tengahari

Sambungan komunikasi tanpa lisan dan seterusnya


1:00 - 2:00 petang latihan persembahan
- Latih tubi

2:00 - 3:00 petang Majlis penutupan kursus

2:30 - 3:30 petang Minum petang dan bersurai


5.0 BELANJAWAN KESELURUHAN

BIL PERKARA KUANTITI HARGA JUMLAH

RM 150
1. Bayaran fasilitator 2 hari RM 300
2 x 150

RM 100 x 30 bilik
2. Penginapan 2 hari 1 malam RM 3000
= RM 3000

3. Sijil penyertaan 90 keping 1 keping = RM 5 RM 450

Sarapan pagi (2
kali) dan Makan RM 3 x 2 kali
4. Makan dan minum RM 1440
tengahari (2 RM 5 x 2 kali = 10
kali)
RM 70
5. Cenderahati 10 hadiah RM 700
RM 70 x 10
2 kali (pergi dan
6. Pengangkutan 1 bas = RM 400 RM 1600
balik)

JUMLAH KESELURUHAN RM 7490


6.0 KESIMPULAN

Diharapkan program yang dirancang ini dapat memberi maanfaat kepada para peserta
untuk keyakinan diri dan membuat persembahan yang berkesan untuk masa yang akan
datang. Secara tidak langsung, perkongsian ilmu yang diberikan kepada para peserta
akan memberi maanfaat untuk diaplikasikan dalam kehidupan.
LAMPIRAN

Peta Hotel Kuala Lumpur International

Sehari RM 750 x 2 hari = RM 1500


Sehari RM 600 x 2 kali = RM 1200

Sehari RM 670 x 1 malam = RM 670


KERTAS CADANGAN
PEMBANGUNAN LATIHAN
PEKERJA

‘KURSUS PERSEMBAHAN
YANG BERKESAN’

TARIKH : 20 NOVEMBER 2017


MASA : 9:00 PAGI
TEMPAT : HOTEL KUALA LUMPUR
INTERNATIONAL

Anda mungkin juga menyukai