Anda di halaman 1dari 30

ULASAN BUKU:

PEMIKIRAN ISLAM SEMASA

CTU552 : FALSAFAH DAN ISU SEMASA

NAMA PENSYARAH: NURHANISAH BINTI HADIGUNAWAN

BIL NAMA PELAJAR NO. MATRIK


1. NURUL HANNA BINTI ZAKARIA 2020961535
2. NUR ALISHA HANIS BINTI ZAINI 2020983313
3. NURUL ATHIRAH BINTI SAPUAN 2020989449
4. MELISSA AISYAH BINTI ASMUNI 2020989569
5. NURASMARUNNIZA BINTI MANSOR 2020983613

KUMPULAN: ED5521G

Kategori Peilaian Markah


Struktur dan Gaya Penulisan /6
Ringkasan Penting Tentang Teks /6
Analisa Kritis Mengenai Isu /6
Kualiti & Memenuhi Syarat /6
Etika & Morak Professional /6
Jumlah /30

TARIKH HANTAR:

8 JUN 2020
PERAKUAN KEASLIAN PENULISAN

Saya dengan sesungguhnya dan sebenarnya mengaku bahawa:

“Setiap masa semua hasil tugasan yang diserahkan adalah hasil kerja saya sendiri, tidak meniru
dan plagiat daripada mana-mana sumber, atau mencuba untuk meniru mana-mana pihak tanpa
meletakkan sitasi yang sepatutnya. Saya sedar bahawa mana-mana pelajar yang melanggar
perakuan yang dibuat boleh dibawa kepada Jawatankuasa Tatatertib Fakulti.”

NAMA MATRIC NO. TANDATANGAN

NURUL HANNA BINTI 2020961535


ZAKARIA

NUR ALISHA HANIS BINTI 2020983313


ZAINI

NURUL ATHIRAH BINTI 2020989449


SAPUAN

MELISSA AISYAH BINTI 2020989569


ASMUNI

NURASMARUNNIZA 2020983613
BINTI MANSOR
ISI KANDUNGAN

BIL. PERKARA M/S

1.0 Pengenalan 1
1. 1.1 Sinopsis 1
1.2 Biografi Penulis 2

2.0 Analisis Kandungan Buku


2.1 Konsep Pemikiran Islam dan Barat
2
2. 2.2 Islam dan Ideologi Semasa
3-8
2.3 Gerakan Musuh-musuh Islam
2.4 Kebangkitan Islam Kini

3.0 Kesimpulan 9
3. 3.1 Komentar 10

4. 4.0 Rujukan 11

Lampiran
5. 12 - 27
- Buku log proses tugasan berkumpulan
1.0 PENGENALAN

1.1 SINOPSIS

Buku bertajuk Pemikiran Islam Semasa ini adalah karya asli oleh Ahmad Zaki Abd.
Latiff, Abd. Nasir Hj. Musa dan Mohd. Yusuf Yusak. Buku ini dicetak pada tahun 2006 oleh
Tengas Communication Sdn. Bhd. dan diterbitkan oleh iBook Publication Sdn. Bhd. Buku ini
mengandungi 92 muka surat yang terdiri daripada empat bab. Bab-bab yang terkandung di dalam
buku ini termasuklah Bab 1: Konsep Pemikiran Islam Dan Barat, Bab 2: Islam Dan Ideologi
Semasa, Bab 3: Gerakan Musuh-musuh Islam dan Bab 4: Kebangkitan Islam Kini.
Buku ini menjelaskan mengenai cabaran hidup semasa yang lebih mengajak masyarakat
untuk terus berfikir dan melahirkan idea serta pemikiran yang pelbagai sama ada daripada
individu Muslim itu sendiri atau daripada yang bukan Islam. Umat Islam pula rata-rata terkeliru
dengan idea-idea baru yang dilontarkan semata-mata berdasarkan fahaman yang dipegang oleh
individu. Akhirnya ada di antaranya mengambil jalan untuk menyendiri dan hidup dalam alam
mereka tanpa gangguan daripada pencambahan idea dan pemikiran ini. Bagi mereka, itu adalah
sesuatu yang menyusahkan dan membebankan. Selama mana manusia berakal dan digunakan
dengan sebaik-baiknya untuk berfikir, selagi itulah ianya akan terus membentuk idea yang terus
berkembang dari semasa ke semasa. Walaupun begitu, penilaian paling penting dalam
menentukan ruang lingkup perkembangan pemikiran dalam apa bidang sekalipun ialah tidak
terkeluar dari landasan al-Quran dan al-Sunnah.

1
1.2 BIOGRAFI PENULIS

Ahmad Zaki Abdul Latiff

Ahmad Zaki Abdul Latiff dilahirkan di Kedah. Beliau merupakan Professor Madya di
Universiti Teknologi MARA. Beliau berkhidmat di Universiti Teknologi MARA cawangan
Pahang, kampus Jengka dan merupakan pensyarah (DM45) Bahasa Arab di Akademi Pengajian
Bahasa (APB). Professor Madya Ahmad Zaki Abdul Latiff memperolehi Sarjana Muda Seni
(B.A) daripada Universiti Kebangsaan Malaysia pada tahun 1976-1980, Master Art (M.A) pada
tahun 1991-1992, dan Doktor Falsafah (Ph.D) di Universiti Malaya pada tahun 1999-2003.
Professor Madya Ahmad Zaki Abdul Latiff pernah menjadi koordinator unit TITAS di
Shah Alam, Selangor. Beliau berkhidmat selama 9 tahun (Januari 2003 – Disember 2011).
Seterusnya, beliau menjadi Professor Madya di Universiti Teknologi MARA cawangan Pahang,
kampus Jengka. Beliau telah berkhidmat selama 35 tahun 9 bulan iaitu dari Julai 1984 sehingga
kini. Sebagai Professor Madya, beliau memenuhi tanggungjawab hakiki dalam Pengajaran dan
Pembelajaran (P&P), serta aktiviti Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) di Universiti
Teknologi MARA.

2
2.0 ANALISIS KANDUNGAN BUKU

2.1 KONSEP PEMIKIRAN ISLAM DAN BARAT

Secara ringkasnya untuk bab 1 ini, penulis menceritakan tentang pemikiran Islam. Ianya
tidak mempunyai definisi yang dipersetujui para ilmuwan dan mereka memberikan definisi yang
berlainan. Contohnya, Muhsin ‘Abd al-Hamid mendefinisikan “Pemikiran Islam adalah setiap
apa yang dihasilkan oleh pemikiran umat Islam sejak pengutusan Rasulullah S.A.W sehingga
hari Akhirat, mengenai pengetahuan terhadap seluruh kewujudan, yang berhubungkait dengan
Allah.” (Wan Ramli, W., & Ab Majid, M. 2005). Pemikiran Islam ini adalah idea dan fikiran
ulama untuk menjelaskan Islam berdasarkan sumber al-Quran dan as-Sunnah. Selain itu, idea
dan pendapat ulama dapat menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan kehidupan sama ada di
dunia ataupun akhirat. Penulis memberitahu pemikiran Islam terbahagi kepada tiga peringkat
iaitu peringkat kemunculan, peringkat membina kembali umat Islam dan peringkat semasa.
Peringkat kemunculan adalah selepas wafatnya Rasulullah S.A.W. yang mengakibatkan umat
Islam berpecah kepada beberapa aliran seperti Syiah, Khawarij dan sebagainya. Peringkat
seterusnya adalah usaha untuk menyatukan semula pemikiran ulama yang berbeza aliran ini.
Peringkat terakhir, Islam telah mendapat tentangan hebat dari tamadun Barat di samping
kelemahan umat Islam sendiri. Seterusnya, Islam menggalakkan manusia menggunakan akal
yang sejahtera (aqlussalim) untuk berfikir tentang perkara yang berbentuk maddi (fizik) dan
maknawi (metafizik). Pemikiran barat pula penulis menerangkan tentang sejarah awal barat
seperti zaman gelap (The Dark Ages) dan asal-usul agama Kristian. Plato, Aristotle dan Socrates
adalah tokoh falsafah Yunani yang banyak menyumbangkan idea bukan sahaja kepada Barat
malah ilmuwan Islam. The Dark Ages juga dikenali sebagai “Middle Ages” untuk menerangkan
bahawa zaman ini berlaku di antara kejatuhan Empayar Rom dengan Kemunculan Zaman
Renaissance. Para sarjana juga menggunakan istilah “Medieval Ages”. Pada Zaman
Christendom, gereja dan Pope amat berkuasa seperti Pope Innocent III yang dikatakan lelaki
paling berkuasa sehinggakan maharaja perlu mencium kakinya (John Hyrrie, 2016, June 6).
Apabila munculnya golongan ilmuwan, para sarjana dan saintis yang meneroka bidang sains
secara mendalam, gereja merasakan kedudukan mereka tergugat dan bimbang pengaruh gereja
akan berkurangan di kalangan masyarakat. Maka, berlakulah konflik di antara gereja dan
ilmuwan sains. Munculnya zaman Renaissance telah menandakan bermulanya zaman baharu

3
Eropah yang telah melahirkan tokoh seperti Karl Marx, Charles Darwin, Macchiavelli yang telah
mempengaruhi pemikiran masyarakat dunia.

2.2 ISLAM DAN IDEOLOGI SEMASA

Di dalam bab 2 ini, penulis menerangkan bahawa Dunia Islam terpaksa berdepan dengan
cabaran-cabaran dan persoalan-persoalan yang rumit dengan ideologi-ideologi masa kini iaitu
sekularisme, kapitalisme, sosialisme, nasionalisme dan modenisme. Sekularisme bermaksud
suatu kepercayaan atau kefahaman yang menganggap urusan keagamaan atau kefahaman dan
gereja tidak harus dicampurkan dengan urusan negara, politik atau pentadbiran. Menurut penulis,
fahaman sekularisme mengamalkan teori Machiavelli yang bermaksud ‘matlamat menghalalkan
cara’ yang membuat mereka sanggup melakukan apa sahaja untuk memastikan mereka berjaya di
dunia kerana mereka beranggapan kehidupan di dunia lebih penting daripada kehidupan selepas
mati. Fahaman sekularisme memberi ancaman kepada Islam termasuklah dalam bidang
pendidikan, pemikiran, politik dan ekonomi. Seterusnya, kapitalisme bermaksud suatu sistem
yang mempunyai dua unsur iaitu kebebasan kepada individu untuk mempunyai harta dan alat
perusahaan dan perkembangan penuh untuk institusi-institusi kewangan. Dalam dunia ekonomi
peranan modal sangatlah besar, bahkan pemilik modal bisa menguasai pasar serta menentukan
harga dalam rangka mengeruk keuntungan yang besar (Choirul Huda, 2016). Penulis
menegaskan bahawa Islam melarang fahaman kapitalisme kerana ia akan membawa kepada
kebebasan pasaran seperti monopoli, menyorokkan bahan-bahan keperluan, penipuan, riba,
melakukan sebarang kezaliman samada dari pihak pembeli atau penjual dan penjual barang-
barang haram atau barang yang tidak mendatangkan faedah kepada manusia di dunia dan akhirat.
Selain itu, sosialisme teori ekonomi dan politik yang memperjuangkan suatu sistem yang
berasaskan kepada hak milik kelompok atau pemerintah yang menguruskan semua sumber
penghasilan dan pengagihan barang-barang. Menurut Adam Adli (2011), terdapat sesetengah
masyarakat yang menggangap sosialisme adalah dari perkataan ‘sosial’ yang membawa kepada
masalah sosial namun sebaliknya sosialisme bermaksud membahagikan hasil kemewahan negara
yang dimiliki kepada semua masyarakat tanpa mengira pangkat. Matlamat mereka adalah ingin
sentiasa mengaut untung dan mengelakkan kerugian dalam bidang ekonomi. Nasionalisme iaitu
suatu keadaan pemikiran dalam diri seseorang yang merasakan setiap orang mesti menyerahkan
sepenuh taat setianya kepada sesebuah negara atau bangsa. Islam secara tidak lansung menolak

4
fahaman nasionalisme kerana menjatuhkan darjah ketuhanan Allah kepada ketuhanan negara
atau bangsa. Mencintai tanah air tidak dilarang agama. Namun, yang dilarang oleh agama adalah
mengurus suatu negara atau mengajak orang lain untuk mengurusnya dengan rasa kebangsaan
tanpa mengambil aturan Islam. Semangat nasionalisme serta cinta tanah air dan menyatukannya
dengan aturan islam adalah sikap terpuji. Sebagaimana Al-quran surah Al-Hujurat mengakui
eksistensi bangsa-bangsa, tetapi menolak nasionalisme sempit yang mengarah kepada
Ashabiyah. Kebangsaan adalah suatu fitrah dan alamiyah. (Azman, 2017). Fahaman sosialisme
dan nasionalisme ditolak kerana ia mewujudkan jurang diantara golongan miskin dan kaya.
Fahaman ini berbentuk Assabiyah Jahiliah yang mementingkan puak masing-masing daripada
kaum muslimin yang akhirnya membentuk masayarakat yang berpecah-belah sedangkan Islam
memupuk sifat tolong- menolong antara satu sama lain. Modenisme pula, adalah pandangan
hidup keduniaan yang mempertuhankan modenity atau kemodenan. Dr Yusuf al-Qaradhawi
mentakrifkan moden sebagai seseorang manusia mesti hidup pada masa dan zamannya dari segi
pemikiran, sikap, nilai-nilai, perilaku dan pandangan hidup. Beliau menambah, pengertian
kemodenan adalah menjalani kehidupan sesuai dengan tuntutan keadaan manusia yang hidup di
masakini, bukan dengan manusia yang telah lama meninggal dunia. Hidup sesuai dengan situasi
dan kondisi semasa, bukan dengan kenangan di masa silam (al-Qaradhawi, 1996). Maka, jelaslah
bahawa modenisme adalah satu fahaman yang hanya mementingkan harta dan keduniaan sahaja.
Penulis menjelaskan lapan ciri-ciri modenisme antaranya anti-tradisi, sekularis, materialis,
humanis, individualis, prograsif, free thinkers (berfikiran bebas) dan saintisme.Menurut penulis
lagi, dari sudut positif fahaman-fahaman ini boleh sahaja diterima jika masyarakat dapat
melaksanakannya berlandaskan al-Quran dan As-sunnah.

2.3 GERAKAN MUSUH-MUSUH ISLAM

Di dalam bab 3 ini, penulis menerangkan bahawa perang salib yang berlaku selama 195
tahun (1097-1292) telah memberi ancaman kepada umat islam kerana kemenangan peperangan
ini telah berpihak kepada tentera islam. Oleh itu, musuh-musuh islam telah berdendam iaitu di
kalangan Zionis, Orientalis dan Kristian. Zionisme merupakan pergerakan bangsa Yahudi dari
merata tempat dan dikumpulkan di Palestin (Priyatna, 2009). Memulakan penempatan di Palestin
iaitu Bukit zion bersandarkan kepada protokol Yahudi 1906 yang mempunyai dua kepercayaan
utama iaitu pemerintah dunia adalah orang-orang Yahudi dan bangsa pilihan tuhan. Gerakan

5
Zionis telah berjaya dengan menyuburkan kebudayaan jahiliah. Budaya ini memperkenalkan
gerakan imansipasi wanita (liberalisme), gaya hidup bebas berasaskan materialistik dan hawa
nafsu (hedonisme). Budaya ini berjaya mempengaruhi umat Islam supaya suka akan hiburan dan
keseronokan sehingga dapat menghanyutkan diri mereka ke lembah maksiat. Seterusnya menurut
Kamus Oxford, orientalis bermaksud mereka yang mahir dengan bahasa-bahasa dan
kesusasteraan Timur (Che Hussain, 2011). Gerakan ini disebarkan selepas peperangan salib dan
berakhir dengan kemenangan umat Islam. Sekitar abad 19-20 Masihi banyak dilakukan
penyelidikan dengan bantuan beberapa buah akademi dan institusi pendidikan yang telah
melahirkan ramai tokoh Orientalis seperti Philip K. Hitti, J. Schaht, H.A.R Gibb. Penulis
memberitahu terdapat tiga matlamat penting bagi mereka untuk membuat kajian ketimuran ialah
memerangi Islam, mencari kelemahan untuk dizahirkan, mendakwa Islam diambil dari Kristian
dan Yahudi serta memperkecilkan nilai dan kedudukan para nabi. Kedua, menjaga kepentingan
Kristian dari bahaya Islam dengan cara menutup kebenaran Islam serta mengingatkan bahaya
menerima Islam. Ketiga, gerakan penyebaran dan mengkristiankan orang-orang Islam. Penulisan
mereka penuh dengan penyelewengan, pembohongan dan merendahkan martabat Islam dan
Rasulnya. Akhir sekali, matlamat utama gerakan missionary kristian adalah menerima seramai
mungkin penganut-penganut agama Kristian dan yang kedua adalah menggugat akidah umat
Islam dengan cara merosakkan nilai-nilai kerohanian yang mereka hayati. Samuel Zwemer
menyatakan bahawa tugas missionary kristian ialah untuk mengeluarkan muslim dari agama
Islamnya supaya mereka tidak mempunyai hubungan dengan Tuhan dan tidak berpandukan
dengan ajaran akhlak yang dianuti mereka.

2.4 KEBANGKITAN ISLAM KINI

Bab 4 ini menjelaskan tentang kebangkitan semula Islam dengan kembali menjadikan Al-
Quran dan As-Sunnah sebagai sumber utama dalam panduan hidup. Antara tokoh dalam
kebangkitan umat Islam ialah Kalifah Umar al-Khattab, Khalifah Umar Abd Aziz, Imam as-
Syafi’I dan ramai lagi. Menurut sejarah kebangkitan Islam ini, kejatuhan Islam terjadi semasa
pimpinan Turki apabila berlaku Perang Dunia pertama pada tahun 1918 dan Turki kalah lalu
menjadi republik sekular. Apabila berakhirnya Perang Dunia kedua, penduduk Indonesia di
mana majoritinya berbangsa Islam telah menjadi bangsa merdeka. Namun begitu, umat Islam
Kerajaan Aceh Darus Salam bangkit untuk berjuang habis-habisan menentang Belanda

6
sehinggalah mereka terusir dari bumi Indonesia. Pelbagai faktor juga telah menyumbang kepada
kebangkitan umat Islam ini. Antaranya ialah kesan dakwah Islam yang memberi kesedaran
masyarakat Islam supaya kembali menghayati pengajaran Al-Quran dan As-Sunnah. Seterusnya,
kesan daripada penjajahan kuasa Barat. Hal ini menyebabkan umat Islam berkobar-kobar
mempersiapkan diri dari segi fizikal dan mental untuk menentang penjajah. Selain itu, para
pemerintah juga memainkan peranan yang sangat penting dengan menjiwai pemikiran penjajah.
Jihad yang ditunjukkan oleh umat Islam untuk memperjuangkan syariat Islam juga menjadi
faktor terjadinya kebangkitan umat Islam. Kebangkitan umat Islam ini bukanlah untuk
menunjukkan dendam terhadap pihak Barat malah ia jelas adalah suatu sunnatullah dan tuntutan
Quran dan Sunnah. Umat Islam juga diwajibkan untuk berdakwah dan berjihad melaksanakan
‘amar makruf nahi munkar’. Selain itu, menjadi fitrah bahawa agama Islam adalah yang paling
tepat untuk menyelesaikan tuntutan individu, masyarakat dan negara jika hendak dibandingkan
dengan agama lain. Tersebarnya ajaran sesat seperti bid’ah dan khurafat dalam masyarakat Islam
juga mendorong umat Islam untuk berjuang membawa umat Islam untuk kembali ke pangkal
jalan. Pada awal abad ke-20, masyarakat Islam mengalami perubahan dalam menentang penjajah
Barat yang diketuai oleh gerakan islah. Gerakan ini adalah bertujuan untuk memulihkan semula
fahaman umat Islam yang telah terpesong kembali kepada fahaman sebenar iaitu yang
berteraskan kepada Al-Quran dan as-Sunnah. Antara gerakan islah yang memainkan peranan
adalah Hizbul Muslimin (HAMIM) di mana tujuan mereka adalah untuk mencapai kemerdekaan
bangsa Melayu yang berdaulat dan menciptakan masyarakat yang berdasarkan Islam. Antara
sumbangan HAMIM adalah dengan memperkembangkan institusi pendidikan Islam seperti
Ma’ahad Ilya ash-Syarif. Dari situlah lahirnya para pendidik Islam yang banyak memberi
sumbangan kepada negara. Seterusnya adalah Persatuan Islam Se Malaysia (PAS). Gerakan ini
pula membawa fahaman kesempurnaan Islam sebagai ad-Din dan Daulah dan merasakan
kewajipan melaksanakan hukuman Allah. PAS adalah sebuah parti politik yang bergerak dalam
sistem demokrasi berpelembagaan maka kegiatan mereka tertumpu kepada politik. PAS telah
menerbitkan akhbarnya sendiri iaitu Harakah. Diterbitkan juga majalah-majalah yang dijadikan
medium untuk mendidik ahli-ahlinya sebagai anggota jamaah Islam. Selain itu, Persatuan
Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) juga adalah salah satu gerakan islah. Antara
perjuangan PKPIM adalah memperkenalkan slogan Islam iaitu “ad-Din” atau “Nizam al-Hayah”,
menentang keras fahaman pembaharuan dan sekularisasi serta memperjuangkan isu Palestin dan

7
golongan minoriti Islam terutama umat Islam Patani. Persatuan ini dikatakan menjadi pengasas
bagi perjuangan menubuhkan universiti Islam di Malaysia. Perjuangan ini diusahakan melalui
Kongres Islam Semenanjung Malaysia yang dianjurkan oleh PKPIM pada tahun 1966. Dalam
usaha untuk mendekati masyarakat bagi meluaskan lagi kesedaran Islam, pelbagai projek telah
diadakan. Antaranya ialah Tamrin Qiyadi Kebangsaan (TQD), Tamrin Rijal Nasional dan
program khas cuti sekolah. Gerakan Islah seterusnya ialah Angkatan Belia Islam Malaysia
(ABIM). Antara objektif penubuhan ABIM ialah memperjuang cita-cita Islamiah sesuai dengan
Al-Quran dan as-Sunnah, menjalankan dakwah Islamiah secara progresif, menyatukan tenaga
belia untuk meningkatkan taraf kehidupan dari segi sosial, ekonomi, pendidikan, kebudayaan,
falsafah dan teknologi. ABIM mempunyai dua dasar perjuangan. Dasar pertama adalah “non-
partisan” dan “independent political force”. Dasar ini menunjukkan bahawa ABIM tidak terikat
dengan mana-mana parti politik terutama dalam menyatakan pendiriannya dalam isu-isu
masyarakat dan negara. Dasar kedua adalah prinsip Wasatiyyatul-Islam iaitu kesederhanaan
dalam Islam. Ciri terpenting prinsip ini adalah menggabungkan orientasi salaf (amalan Islam di
peringkat awal perkembangan Islam) dengan tajdid (prinsip pembaharuan nilai-nilai keagamaan).
ABIM dianggap sebagai satu gerakan Islam yang matang. Hal ini kerana ABIM
mempertahankan prinsip “al-Manhaj al-Malayziyy” iaitu cara gaya keMalaysiaan di mana ianya
bertujuan untuk mempertahankan ciri-ciri unik model gerakan Islam. Selain itu, asas pemikiran
ABIM berteraskan al-Quran dan as-Sunnah yang turut memanfaatkan pengalaman para sahabat,
ulama salaf, ulama tempatan dan gerakan Islam semasa. ABIM juga mempunyai visi untuk
“Membina dan Memimpn Tamadun Khayra Ummah Abad ke-21”. Dalam usaha untuk membina
sebuah masyarakat Islam, ABIM mempunyai strateginya tersendiri iaitu Dakwah dan Tarbiyyah
di mana pendidikan Islam dikemukakan sebagai alternatif kepada pendidikan sekular.
Seterusnya, sikap terbuka diamalkan dan sedia berkerjasama dengan mana-mana pihak dalam hal
yang membawa kebaikan. Apabila Islam mula maju dan bangkit dengan gerakan-gerakan islah,
Barat menunjukkan reaksi yang pelbagai. Antaranya ialah berusaha memburukkan imej gerakan
Islam, menggunakan serangan fikiran atau ideologi, campur tangan isu di negara-negara konflik
serta melumpuhkan kekuatan umat Islam melalui pengkajian dan penulisan. Reaksi-reaksi ini
telah memberikan kesan kepada umat Islam seperti berlakunya penjajahan pemikiran,
kemunduran umat Islam, tiada kepimpinan baharu dan kemiskinan dan kelemahan ilmu.

8
3.0 KESIMPULAN

Menerusi analisa yang telah dilakukan terhadap buku Pemikiran Islam Semasa karya
Ahmad Zaki Abd. Latif, Abd. Nasir Hj. Musa dan Mohd. Yusof Yusak, terdapat beberapa
perkara yang dapat disimpulkan. Antaranya ialah sehingga kini pemikiran Islam masih tidak
mempunyai definisi yang khusus. Hal ini kerana para ilmuwan sendiri mempunyai pandangan
dan definisi yang tersendiri dan berbeza antara satu sama lain. Walau bagaimanapun, definisi
pemikiran Islam yang dikemukan itu masih lagi bersumberkan al-Quran dan as-Sunnah di mana
yang membezakan definisi-definisi tersebut hanyalah idea-idea dan fikiran para ulama dalam
menjelaskan Islam. Pemikiran Islam juga dikatakan mempunyai tiga peringkat iaitu peringkat
kemunculan, peringkat membina kembali umat Islam dan peringkat semasa. Pada peringkat
semasa, Islam mendapat tentangan hebat daripada tamadun Barat. Namun, pada peringkat ini,
umat Islam sendiri lemah dalam menangani tentangan yang diterima itu. Oleh itu, Islam
menggalakkan untuk menggunakan akal yang sejahtera (aqlussalim) dalam memikirkan perkara-
perkara yang berbentuk maddi (fizik) dan maknawi (metafizik). Selain itu, beberapa ideologi
masa kini telah muncul dan menjadi punca pelbagai permasalahan. Setiap ideologi membawa
maksud dan perjuangan mereka yang tersendiri. Malah, majoriti dasar atau pandangan ideologi
masa kini adalah bertentangan dengan apa yang diterangkan di dalam al-Quran dan as-Sunnah.
Oleh itu, umat Islam perlu berhati-hati dan sentiasa berbalik kepada sumber pegangan Islam
yang benar iaitu al-Quran dan as-Sunnah dalam berfikir dan membuat sesuatu keputusan.
Seterusnya, umat Islam wajar melihat kembali sejarah-sejarah berkaitan Islam dan mengambil
iktibar daripadanya dan dijadikan sebagai pembakar semangat atau motivasi bagi terus berjuang
pertahankan agama Islam.

9
3.1 KOMENTAR

Sepanjang melakukan analisa terhadap buku ini, pembaca akan mendapati bahawa
penulis menggunakan gaya bahasa dan penulisan yang mudah difahami oleh pembaca. Gaya
penulisan yang digunakan adalah ringkas dan padat membuatkan pembaca dapat memahami
dengan baik isi kandungan yang cuba disampaikan. Selain itu, penulis juga mengemukakan
beberapa potongan hadis dan ayat al-Quran di dalam penjelasan yang diberi. Hal ini dapat
menambah lagi keyakinan pembaca bahawa penulis sememangnya tidak mereka-reka atau
menokok tambah fakta yang dihuraikan sebaliknya penjelasan tersebut adalah berlandaskan al-
Quran dan hadis. Seterusnya, terdapat juga penggunaan kosa kata yang tinggi seperti
‘konservatif’, ‘reformasi’, ‘imperialis’ dan sebagainya. Penggunaan ini membantu untuk menarik
minat pembaca serta menunjukkan bahawa penulis mempunyai teknik penulisan yang tinggi.
Penulis juga berjaya menyampaikan isi kandungan yang diingini dengan jelas. Hal ini dapat
dilihat melalui pembahagian antara satu topik dan topik yang lain serta cara penyusunan cerita
yang amat teratur dan tersusun rapi. Penerangan yang diberi oleh penulis juga adalah jelas dan
mudah difahami serta tidak terkeluar daripada konteks yang sepatutnya.
Berdasarkan analisa yang dilakukan terhadap buku ini, pembaca akan dapat menambah
pengetahuan mengenai pelbagai topik. Antaranya ialah pembaca dapat memantapkan lagi
pemahaman mereka tentang ideologi-ideologi Barat. Melalui penulisan buku ini, penulis telah
menerangkan isi-isi penting mengenai ideologi-ideologi Barat dari segi definisi, perlaksanaan,
ancaman, ciri-ciri dan pandangan Islam terhadap ideologi-ideologi tersebut. Selain itu, pembaca
turut dapat mengetahui dengan lebih jelas mengenai sejarah Islam. Sebagai contoh, peristiwa
perang salib ada diterangkan di dalam bab 3. Di dalam bab tersebut, penulis turut menerangkan
mengenai tiga musuh utama umat Islam iaitu Zionis, Orientalis dan Kristian dari segi sejarah dan
latar belakang, ancaman terhadap umat Islam dari pelbagai aspek serta langkah-langkah yang
perlu diambil untuk menghadapi ancaman tersebut. Seterusnya, menerusi analisa yang dilakukan
terhadap buku ini, pembaca dapat mengetahui tentang sejarah kebangkitan umat Islam serta
tokoh-tokoh yang memainkan peranan penting dalam proses kebangkitan tersebut. Tambahan
pula, sambil mendalami tentang sejarah kebangkitan umat Islam, pembaca juga secara tidak
langsung dapat mengenali gerakan-gerakan islah yang turut bertanggungjawab dalam memimpin
umat Islam ke jalan yang benar terutamanya mereka yang terpengaruh dengan perkara-perkara
yang menyimpang daripada ajaran Islam yang sebenar.

10
RUJUKAN
Jurnal
Priyatna, H. (2009). Kebiadaban zionisme Israel: kesaksian orang-orang Yahudi. Mizan
Pustaka.

Che Hussain, M. F. (2011). AWAS ANCAMAN ORIENTALIS KEPADA KITA. Karya Bestari,
Selangor.

Mohd Aizam Bin Mas’od (2012). Serangan Ideologi Barat Terhadap Pemikiran Umat Islam Dan
Implikasinya Kepada Iman. Jurnal Penyelidikan Islam (25).

Azman, Fakultas Syariah dan Hukum Universitas Islam Negeri (UIN) Alauddin Makassar (2017,
Disember). Nasionalisme Dalam Islam. Al- Daulah 6(1), ms.274.

Choirul Huda (2016, Mei). Ekonomi Islam Dan Kapitalisme, CONOMICA 7 (1), ms 29.

John Hyrrie. (2016, June 6). Perubahan – perubahan yang berlaku semasa Zaman Kemuncak
Pertengahan di Eropah. 10.13140/RG.2.11959.1282

Wan Ramli, W., & Ab Majid, M. (2005). Pemikiran Islam: Suatu Analisis Konseptual
Kontemporari. Jurnal Usuluddin, 22, 1-26. Dimuat turun daripada
https://ejournal.um.edu.my/index.php/JUD/article/view/4230

Artikel
Faiz Mukmin (2012, Disember21),Gerakan Modenisme Islam: 1. Dimuat turun daripada
https://furqanalhammasiyy.wordpress.com/2012/12/21/gerakan-modenisme-islam-1/

Adam Adli (2011, Januari 6), 10 Perkara Yang Anda Perlu Tahu Tentang Sosialisme. Dimuat
turun daripada http://adamophobia.blogspot.com/2011/01/10-perkara-yang-anda-perlu-tahu-
tentang.html

11
LAMPIRAN

KUMPULAN: _CTU552E1G________________________ SET: ____5________________________

BAHAGIAN A:

PEMBAHAGIAN TUGAS

Bil. No. Matrik Nama Tanggungjawab

1. Ulasan buku :

1) Ulas bab 3 iaitu gerakan musuh-


musuh islam
2020989449 NURUL ATHIRAH BINTI SAPUAN
2) Buat komentar bab 3

3) Buat kesimpulan

Kertas kerja:

Bab 5: Cabaran masyarakat kini terhadap


idologi semasa

1) Kajian literature (Ekstremisme) -


2 isi

2) Fakta dan perbincangan

3) Compile

12
2. Ulasan buku :
2020983613 NURASMARUNNIZA BINTI MANSOR
1) Pengenalan

2) Sinopsis

3) Pendahuluan Bab 2

4) Membuat ulasan Bab 2 bertajuk

‘Islam Dan Idologi Semasa’

5) Membuat kesimpulan

Ketas kerja:

Bab 5: Cabaran masyarakat kini terhadap


ideologi semasa

1) Objektif

2) Kajian literature (Sekularisme) -2


isi

3) Fakta dan perbincangan

3. Ulasan buku:

2020989569 MELISSA AISYAH BINTI ASMUNI 1) Mengulas bab 1 “Konsep


Pemikiran Islam Dan Barat”

2) Membuat komentar

3) Membuat kesimpulan

13
Kertas kerja:

1) Pengenalan Ideologi

2) Kajian literatur (Humanisme) – 2


jurnal

3) Fakta dan perbincangan

4. Ulasan buku:
2020961535 NURUL HANNA BINTI ZAKARIA
1) Mengulas bab 4 “Kebangkitan
Islam Kini”

2) Membuat kesimpulan

3) Compile

Kertas kerja:

1) Pengenalan Liberalisme

2) Kajian literatur (Liberalisme) - 2


jurnal

3) Fakta dan perbincangan

4) Membuat kesimpulan

5. Ulasan buku:
2020983313 NUR ALISHA HANIS BINTI ZAINI
1) Mengulas bab 4 “Kebangkitan
Islam Kini”

14
2) Membuat komentar

Kertas kerja:

1) Pengenalan Postmodernisme

2) Kajianliterature
(Postmodernisme) – 2 jurnal

3) Fakta dan Perbincangan

15
BAHAGIAN B:

PELAKSANAAN TANGGUNGJAWAB

MINGGU TARIKH AKTIVITI PERSETUJUAN PENCAPAIAN CATATAN

1 - - - - -

2 4/3/2020 -Terima tugasan daripada ustazah di -Semua ahli menerima tugas


dalam kelas yang telah dibahagikan
dengan baik.
-Pembahagian tugas
-
-Group whatsapp ditubuhkan oleh Niza
Dicapai sepenuhnya

3 - Alisha, Niza,
Melissa dan
10/3/2020 -Mencari buku di PTAR untuk tugasan -Dapat mencari buku yang Hanna sahaja
ulasan buku. dikehendaki untuk mencari buku di
Dicapai sepenuhnya melakukan tugasan ulasan PTAR pada
buku. 10/3/2020

16
-Menunjukkan buku yang telah dicari
kepada ustazah di dalam kelas dan
11/3/2020 tidak diterima. -Buku yang dijumpai tidak -Athirah sahaja
diterima oleh Ustazah mencari buku di
-Mencari buku di PTAR Hanisah kerana tidak PTAR pada
menepati tajuk ulasan buku. 11/3/2020
-Menunjukkan buku yang telah
dijumpai kepada group whatsapp
sebelum bertanya kepada ustazah.
- Ustazah Hanisah bersetuju
- Meminta pendapat ustazah di group dan membenarkan buku
whatsapp kelas berkenaan dengan buku bertajuk “Pemikiran Islam
yang dijumpai dan ustazah bersetuju. Semasa” untuk digunakan
dalam tugasan ulasan buku.

4 - - - - -

PKP 24/3/2020 - Pengagihan tugas untuk ulasan buku -Ahli kumpulan telah mula -Semua ahli
oleh Niza di whatsapp. membuat tugasan ulasan kumpulan
buku berdasarkan memberi
- Niza ‘scan’ semua helaian muka surat
Dicapai sepenuhnya pembahagian tugas yang kerjasama di
dan menghantar ke dalam group dalam diberikan. dalam aplikasi
bentuk pdf. whatsapp.

-Hanna dan Alisha berbincang dan

17
27/3/2020 membahagikan tugasan untuk ulasan
bab 4 secara “personal whatsapp”.

PKP 29/3/2020 - Athirah meminta Niza untuk


menghantar semula muka surat 50
kerana tidak jelas di whatsapp.
- Segala keraguan dan -Semua ahli
- Niza bertanya kepada Athirah tentang
kekeliruan dalam kumpulan
ulasan buku bahagian komentar di
whatsapp. menjalankan tugasan yang memberi
Dicapai sepenuhnya diberikan dapat diatasi kerjasama di
- Athirah bertanya kepada ustazah dengan bertanyakan kepada dalam aplikasi
tentang tugasan CTU 552 ‘proceed’ ustazah dan ahli kumpulan. whatsapp
atau tangguh dulu dan tarikh akhir
menghantar tugasan.

30/3/2020
-Athirah bertanya kepada Niza tentang
komentar pada ulasan buku.

-Athirah bertanya kepada ustazah


tentang komentar untuk ulasan buku
setiap bab atau keseluruhan.
31/3/2020 -Athirah dan Niza dapat
menyiapkan tugasan ulasan
-Ulasan buku bab 3 oleh Athirah sudah buku.
disiapkan.

18
-Niza bertanya ke dalam group
whatsapp tentang format yang hendak
dibuat sama ada dalam bentuk ‘table’
CUTI 4/4/2020 atau huraian. -Ustazah Hanisah menjawab
MIDSEM soalan yang diajukan dengan
jelas.
-Niza siap melakukan ulasan buku bab
2, kesimpulan, sinopsis dan biodata
penulis dan menghantar ke dalam
group whatsapp.

CUTI 6/4/2020 - Athirah menggabungkan bahagian -Ahli kumpulan yang lain -Semua ahli
MIDSEM Niza dan Athirah dalam satu dokumen dapat menambah bahagian kumpulan
dan menambah muka hadapan, masing-masing ke dalam memberi
kesimpulan dan rujukan. satu dokumen yang telah kerjasama di
dibuat. dalam aplikasi
-Niza bertanya kepada ahli kumpulan Dicapai sepenuhnya whatsapp -
tentang jumlah rujukan yang perlu ada
pada ulasan buku.
-Dapat menambah rujukan
-Athirah bertanya kepada ustazah buku seperti yang diberitahu
jumlah rujukan yang perlu ada. oleh ustazah.

5 13/4/2020 -Semua ahli kumpulan berbincang -Pembahagian tugas -Semua ahli


mengenai kertas kerja dan melakukan diberikan. Athirah sebagai kumpulan

19
pembahagian tugas semula dan pengumpul untuk tugasan memberi
memutuskan siapa yang akan kertas kerja dan Hanna untuk kerjasama di
mengumpul hasil akhir tugasan untuk Dicapai sepenuhnya tugasan ulasan buku. dalam aplikasi
ulasan buku dan kertas kerja. whatsapp.

15/4/2020 -Hanna bertanya tentang cara menulis -Athirah menjawab


sumber di dalam whatsapp.
persoalan Hanna.

-Setiap ahli kumpulan memilih satu


16/4/2020 ideologi untuk kertas kerja

-Niza telah menyiapkan sepenuhnya


ulasan buku bahagiannya. Kemudian -Hanna menerimanya
17/4/2020
menghantar kepada Hanna melalui melalui email.
email.

-Niza mencadangkan objektif kajian


yang telah disenaraikan di dalam -Hanna dan Athirah
18/4/2020 whatsapp. menjawab persoalan Niza.

6 20/4/2020 -Alisha bertanyakan jumlah muka surat Dicapai sepenuhnya -Semua ahli
yang perlu ada untuk tugasan ulasan kumpulan
buku. Namun, ahli yang lain tidak pasti memberi

20
dan membuat keputusan untuk merujuk kerjasama di
kepada ustazah semasa kelas. dalam aplikasi
whatsapp.

-Hanna bertanya kepada ustazah


22/4/2020 tentang jumlah muka surat untuk -Ustazah menjawab
ulasan buku. persoalan daripada Hanna.

25/4/2020 -Melissa bertanyakan tentang apa yang


dimaksudkan dengan 5 rujukan kepada
Hanna dan Alisha secara “Personal
Whatsapp”

7 28/4/2020 -Hanna dan Alisha berbincang tentang Dicapai sepenuhnya -Semua ahli
pembahagian jumlah muka surat untuk kumpulan
ulasan buu bab 4. memberi
kerjasama di
dalam aplikasi
-Melissa bertanya tentang subtopik -Berlaku perbincangan whatsapp.
antara ahli kumpulan untuk
30/4/2020 kajian literature dan fakta dan menjawab kekeliruan antara
perbincangan di dalam tugasan kertas
ahli kumpulan.
kerja.

1/5/2020 -Niza menunjukkan hasil kerjanya -Niza memberitahu untuk


tentang cara menulis kertas kerja menukar cara penulisan

21
kerana ramai ahli kumpulan yang kajian literature Melissa
keliru tentang cara menulisnya. dengan menambah beberapa
isi seperti hasil dan metod
-Melissa bertanya tentang kajian kajian.
literaturnya kepada Niza secara
“Personal Whatsapp”

3/5/2020 -Hanna bertanya mengenai kajian


literatur dan rujukan kepada Niza
secara “personal whatsapp”

8 6/5/2020 -Alisha dan Niza bertanya tentang cara Dicapai sepenuhnya -Melissa memberikan contoh -Semua ahli
membuat subtopik fakta dan hasil kerjanya di dalam kumpulan
perbincangan untuk tugasan kertas whatsapp sebagai rujukan memberi
kerja di dalam whatsapp. untuk ahli yang lain. kerjasama di
dalam aplikasi
whatsapp.

7/5/2020 -Melissa meminta bantuan untuk -Athirah membantu Melissa


melengkapkan fahaman ideologinya. mencari rujukan.

-Melissa membantu Alisha dengan


10/5/2020 memberikan link jurnal untuk mencari
isi bagi ideologinya secara “Personal
Whatsapp”

9 12/5/2020 -Niza dan Athirah berbincang Dicapai sepenuhnya -Niza memberitahu hasil -Semua ahli
mengenai isi yang perlu ada di dalam perbicangan di dalam kumpulan

22
subtopic fakta dan perbincangan dan whatsapp kumpulan tugasan. memberi
memberitahu hasil perbicangan di kerjasama di
dalam whatsapp kumpulan tugasan. dalam aplikasi
whatsapp.

13/5/2020 -Hanna dan Niza bertanya kepada -Ustazah Hanisah menjawab


Ustazah Hanisah mengenai kertas kerja persoalan yang diajukan
di dalam whatsapp kerana terdapat dengan jelas di dalam
kekeliruan dan keraguan di dalam whatsapp.
kertas kerja.

-Athirah memaklumkan di dalam -Semua ahli kumpulan


14/5/2020
whatsapp untuk menghantar kertas bersetuju
kerja bahagian masing-masing melalui
email pada hari sabtu (16/5/2020)

-Kertas kerja untuk ideologi


15/5/2020 sekularisme iaitu bahagian Niza telah
disiapkan sepenuhnya dan dihantar
kepada Athirah melalui email.

16/5/2020
-Kertas kerja untuk bahagian Athirah
siap sepenuhnya

-Hanna menghantar kertas kerja untuk

23
liberalisme yang telah siap kepada -Athirah menerima email
Athirah melalui email. tersebut.

-Hanna minta maklumat daripada -Semua ahli memberi


semua ahli kumpulan mengenai maklumat yang diminta
cabaran ideologi masing-masing untuk kepada Hanna melalui
embuat kesimpulan. whatsapp.

-Alisha menghantar kertas kerta yang -Athirah menerima email


telah siap kepada Athirah melalui tersebut.
email.

17/5/2020 -Semua ahli memberi


-Melissa minta maklumat daripada maklumat yang diminta
semua ahli kumpulan mengenai kepada Melissa melalui
ideologi masing-masing untuk whatsapp.
membuat pengenalan.
-Ahli kumpulan berbincang
-Hanna menghantar kesimpulan kertas untuk menjawab persoalan
kerja kepada Athirah melalui email. Hanna dan Athirah

-Athirah mengumpul semua bahagian -Semua ahli memperbetulkan


ahli kumpulan yang dihantar melalui bahagian masing-masing
email dan perbetulkan ejaan. untuk mengurangkan
peratusan plagiat. Kemudian,
-Hanna dan Athirah bertanyakan hantar semula kepada
mengenai buku log dan cara menulis Athirah melalui aplikasi
rujukan. whatsapp dan email.
-Hanna membantu Melissa dan Alisha
untuk menulis rujukan jurnal masing-

24
masing secara “personal whatsapp”.

-Athirah memeriksa peratusan plagiat


melalui turnitin dan memberi tahu
peratusan turniti kepada ahli kumpulan
untuk dibaiki.

10 18/5/2020 -Athirah re-submit semula kertas kertas Dicapai sepenuhnya -Peratusan kertas kerja untuk -Semua ahli
dalam turnitin. plagiat adalah rendah. kumpulan
memberi
-Athirah mengarahkan ahli kumpulan -Niza dan Melissa kerjasama di
untuk melengkapkan buku log. menyiapkan buku log dalam aplikasi
dengan bantuan ahli whatsapp.
-Athirah menghantar semula ulasan kumpulan.
buku yang dibaiki kepada hanna
melalui email.

CUTI HARI 29/5/2020 -Alisha berbincang bersama Hanna - Dicapai sepenuhnya -Kedua-duanya dapat
RAYA tentang ulasan bab 4 mengenai membuat ulasan dengan baik
AIDILFITRI bilangan muka surat yang perlu
dilakukan

-Alisha menghantar bahagian


ulasannya kepada Hanna melalui email
untuk digabungkan.

25
30/5/2020 -Niza dan Athirah bertanya kepada -Dicapai sepenuhnya -Ahli kumpulan dapat -Semua ahli
ustazah tentang presentation dan durasi melaksanakan tugasan kumpulan
video yang akan dirakam. dengan format yang betul memberi
kerjasama dalam
aplikasi whatsapp.

31/5/2020 - Melissa telah menghantar tugasan


ulasan buku kepada Hanna melalui
email
2/6/2020 Dicapai sepenuhnya
-Hanna mengedit dan menggabungkan
semua ulasan buku ahli kumpulan
mengikut format yang ditetapkan.

3/6/2020 -Semua ahli


-Hanna meminta kepastian semua ahli Dicapai sepenuhnya -Athirah membetulkan kumpulan
kumpulan untuk cek semula sedikit kesilapan pada memberi
kandungan lengkap untuk ulasan buku rujukan kerjasama dalam
dalam aplikasi whatsapp

-Hanna membetulkan kesalahan -Semua ahli kumpulan


tersebut dan memeriksa peratusan bersetuju dan berpuas hati
plagiat untuk ulasan buku melalui dengan peratusan plagiat
turnitin dan memaklumkan tersebut.
peratusannya kepada ahli kumpulan.

26
BAHAGIAN C: PERAKUAN

DIAKUI SAH DAN DITANDATANGANI OLEH AHLI KUMPULAN

Bil. No. Matrik Nama Tandatangan

1. 2020989449 NURUL ATHIRAH BINTI SAPUAN

2. 2020983613 NURASMARUNNIZA BINTI MANSOR

3. 2020989569 MELISSA AISYAH BINTI ASMUNI

4. 2020961535 NURUL HANNA BINTI ZAKARIA

5. 2020983313 NUR ALISHA HANIS BINTI ZAINI

27

Anda mungkin juga menyukai