Anda di halaman 1dari 23

FAKULTI SAINS GUNAAN

IJAZAH SARJANA MUDA SAINS (KEPUJIAN) KIMIA


DENGAN PENGURUSAN

​CAWANGAN NEGERI SEMBILAN, KAMPUS KUALA PILAH

FALSAFAH DAN ISU SEMASA (CTU 552)

TAJUK KERTAS KERJA:


CABARAN LIBERALISME TERHADAP MASYARAKAT DI MALAYSIA
DISEDIAKAN OLEH:

(1) NURUL AFIQAH BINTI MD ROSSLEY– LEADER 2022452676


(2) QASDINA AMIRA BINTI ABD RASHID 2022818794
(3) BATRISYIA SYAHIRAH BINTI HARDY AZMIR 2022616032
(4) RAHAIZAD BIN RUSLI 2022842302
(5) SITI NURIZZATI ATIRAH BINTI SAMSUDIN 2022612204

DISEDIAKAN UNTUK:
USTAZAH NIK NUR FARAHIN BINTI NIK ZULKIFLIL

SESI 1 2022/2023(20224)
SEMESTER OKTOBER 2022 SEHINGGA FEBRUARI 2023

4 December 2022 © Ustazah Nik Nur Farahin binti Nik Zulkifli


ISI KANDUNGAN

Butiran Mukasurat

Isi Kandungan……………………………………………………………………2
Perakuan Pelajar…………………………………………...…………………...3
1.0 Pendahuluan………………………………………………………………………...4
2.0 Objektif……………………………………………………………………………….5
3.0 Kajian Lepas………………………………………………………………..……….6
4.0 Dapatan Kajian……………………………………..……………………………….7
4.1 Perkembangan Liberalisme di Malaysia………………………………………….7
4.2 Faktor Ideologi Liberalisme di Malaysia…………………………………………..8
4.2.1 Dari segi agama…………………………………………………………….8
4.2.2 Dari segi budaya…………………………………………………………....9
4.2.3 Dari segi sosial……………………………………………………………..10
4.3 Cabaran Ideologi Liberalisme di Malaysia………………………………………….10
4.3.1 Dari segi agama…………………………………………………………….10
4.3.2 Dari segi budaya……………………………………………………………11
4.3.3 Dari segi sosial……………………………………………………………...12
4.4 Kesan Ideologi Liberalisme di Malaysia……………………………………………..13
4.4.1 Dari segi agama……………………………………………………………..13
4.4.2 Dari segi budaya…………………………………………………………….13
4.4.3 Dari segi sosial………………………………………………………………14
4.5 Kaitan Liberalisme dengan Falsafah dan Islam…………………………………….14
4.5.1 Dari segi agama……………………………………………………………..14
4.5.2 Dari segi budaya…………………………………………………………….15
4.5.3 Dari segi sosial………………………………………………………………15
5.0 Cara penyelesaian Falsafah…………………………………………………………..16
5.0 Kesimpulan……………………………………………………………………………...18
Rujukan………………………………………………………………………………………19

2
PERAKUAN PELAJAR

‘Kami dengan ini membuat perakuan bahawa pada setiap masa, semua hasil tugasan
yang kami serahkan adalah hasil kerja kami sendiri, tidak meniru dan plagiat daripada
mana-mana sumber atau mencuba untuk meniru mana-mana pihak tanpa meletakkan
sitasi yang sepatutnya. Kami sedar bahawa mana-mana pelajar yang melanggar atau
disyaki melanggar perakuan yang dibuat boleh dibawa kepada Jawatankuasa Tatatertib
UiTM Cawangan Negeri Sembilan’.

1. Nama: NURUL AFIQAH BINTI ROSSLEY 2. Nama: QASDINA AMIRA BINTI ABD
RASHID

No. Pelajar: 2022452676 No. Pelajar: 2022818794

3. Nama: BATRISYIA SYAHIRAH BINTI 4. Nama: RAHAIZAD BIN RUSLI


HARDY AZMIR

No. Pelajar: 2022616032 No. Pelajar: 2022842302

5. Nama: SITI NURIZZATI ATIRAH BINTI


SAMSUDIN

No. Pelajar: 2022612204

3
1.0 PENDAHULUAN

Ideologi liberalisme merupakan satu cara pemikiran yang bertujuan untuk mencairkan
identiti agama islam dengan cara mencampur adukkan corak pemikiran dan menjadikan kerangka
barat sebagai asas pemikiran. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, liberalisme bermaksud
fahaman yang liberal, iaitu fahaman atau pendirian yang inginkan demokrasi serta kebebasan
dalam bidang ekonomi, sosial, politik dan aspek-aspek kehidupan yang lain. Manakala liberalisme
dari segi etimologinya dipinjam daripada bahasa Latin iaitu liber yang bermaksud bebas dan sering
kali dikaitkan dengan perkataan Inggeris liberty dalam konsep kebebasan. Dengan kata lain,
seseorang atau kumpulan masyarakat bebas menyuarakan apa sahaja pendapat dan melakukan
perkara yang dipikirkannya betul. Liberalisme daripada sudut agama ialah suatu pemikiran untuk
membebaskan Islam dari pelbagai  ikatan syarak. Sebagai contoh, mentafsir, mengubah atau
menafikan apa sahaja dalil syara’ supaya ia bersesuaian dengan pemikiran yang berlandaskan
falsafah Barat. Golongan liberalisme telah berusaha mengembangkan serta mempromosikan
pemikiran ini. Mereka mentafsir semula islam mengikut kesesuaian mereka dengan pemikiran
rasional dan logik akal sahaja tanpa mengambil berat tentang keterangan wahyu dan tuntutan
hadis Rasulullah SAW. Pada era globalisasi ini, ancaman ideologi liberalisme terus disebarkan
dengan aktif dan boleh menggugat perlembagaan persekutuan negara Malaysia iaitu “Islam
sebagai agama persekutuan”. Golongan ini menjadikan islam agar lebih relevan dengan zaman
kini sehingga melanggar batas syariah islam. Memang sukar untuk dinafikan bahawa kita telah
banyak menyaksikan pelbagai perkembangan liberalisme dalam kalangan umat islam yang amat
membimbangkan. Pada masa yang sama, golongan masyarakat islam itu sendiri telah timbul
pelbagai jenis pemikiran yang mengelirukan. Dengan ini, timbulnya pelbagai kontroversi yang
boleh menjatuhkan imej dan perpaduan umat islam. Idea yang memakai label liberal mahupun
tidak, ia berkemungkinan berlakunya hakisan terhadap hakikat islam yang sebenar apabila islam
ini telah cuba dimanusiakan dan dirasionalkan sehingga hilangnya mutlaqah (hal yang mutlak),
thawabit (prinsip asas), dan muqaddasa. Di samping itu, golongan liberalisme menyatakan
bahawa agama islam tidak adil, mengongkong umatnya, ketinggalan zaman serta turut
memperjuangkan hak untuk orang murtad.
 
  Kertas kerja bertajuk cabaran liberalisme terhadap masyarakat islam  ini telah dihasilkan
mengikut beberapa prosedur agar lebih mudah difahami, teratur dan lengkap. Pertama sekali,
maksud atau definisi ideologi liberalisme menurut kamus dewan edisi keempat dan liberalisme dari
segi etimologi serta agama dibincangkan dengan jelas untuk merangkaikan tentang apa
sebenarnya ideologi liberalisme ini. Selain itu, isu-isu permasalahan yang berlaku mengenai
4
liberalisme di Malaysia dihuraikan agar lebih mudah difahami. Bukan itu sahaja, objektif-objektif
kajian ini dihasilkan merupakan asas penting bagi menguraikan tujuan yang lebih jelas tentang
perkara yang akan dibincangkan. Seterusnya, pelbagai dapatan kajian seperti sejarah
perkembangan liberalisme  akan dijelaskan dengan lebih mendalam. Bukan itu sahaja, faktor dari
segi agama, budaya dan sosial yang menyebabkan berkembangnya liberalisme di Malaysia akan
dibincangkan. Antaranya adalah seperti pendirian manusia dalam mengikuti agamanya yang
dikaitkan dengan Perkara 18 Deklarasi hak asasi manusia, hak peribadi mengenai kebebasan
meluahkan perasaan seperti kebebasan seksual, dan penyebaran melalui internet atau media
massa tentang unsur pemikiran berpaksikan nilai manusia. Selain itu, kertas kerja ini juga akan
membincangkan mengenai cabaran-cabaran ideologi liberalisme dari sudut agama, budaya dan
sosial. Sebagai contoh, terdapat isu yang mempertikaikan hukuman dalam undang-undang
syariah, isu perkongsian agama dan acara keagamaan dan isu persamaan hak lelaki, wanita dan
kaum sejenis. Bukan itu sahaja, kertas kerja ini akan memberi pendedahan tentang kesan  dari
segi masyarakat, budaya dan sosial yang akan berlaku disebabkan ideologi liberalisme di
Malaysia. Selain itu, kertas kerja ini juga memberi penerangan tentang kaitan falsafah dengan
liberalisme dalam pelbagai aspek termasuklah agama, budaya dan sosial. Akhir sekali, beberapa
cadangan penyelesaian dikemukakan dan dihuraikan antaranya dengan cara memberi kesedaran
kepada masyarakat islam tentang ancaman liberalisme dengan menyeluruh dan meluas serta
peranan institut wasatiyyah negara untuk mengukuhkan pegangan akidah umat islam.

2.0 OBJEKTIF
2.1 Untuk Mengkaji Sejarah perkembangan Ideologi Liberalisme di Malaysia
2.2 Untuk Mengenal Pasti Faktor, Cabaran, Kesan, Falsafah dan Cara
Penyelesaian Ideologi Liberalisme di Malaysia
2.3 Untuk Mengkaji Kaitan Liberalisme dengan Falsafah dan Islam

5
3.0 KAJIAN LEPAS

Khalif Muammar (2011) bertajuk ‘Islam dan Liberalisme’ membincangkan definisi liberalisme,
sejarah asal usul liberalisme dan prinsip utama yang menjadi tunjang dalam golongan liberalisme.
Namun begitu, ia tidak begitu menekan cara-cara membendung pemikiran liberalisme kerana
penulis lebih membicarakan konsep liberalisme secara menyeluruh serta kritikan Islam terhadap
liberalisme.

Zahrinatul Zulkepli (2017) dalam tesis bertajuk ‘Pemikiran Islam Liberal Di Malaysia: Kajian
Terhadap Islam Renaissance Front(IRF)’ mengkaji gerakan Islam Liberal di Malaysia dengan
menumpukan khususnya terhadap Pertubuhan Islam Renaissance Front (IRF). Kajian penulis
menerangkan etimologi Islam Liberal dari sudut asal usul perkembangan secara global di
Malaysia. Hasil kajian didapati melalui pengkajian idea dan analisa dari Islam Liberal. Selain itu,
konteks kajian didapati tidak berarahkan konteks Islam yang sebenar.

Muhammad Rashidi Wahab (2017) dalam kertas kerja yang bertajuk ‘Pemikiran Liberalisme
Dalam Wacana Agama Dan Ancamannya Di Malaysia’ membincangkan isu-isu yang melibatkan
agenda barat untuk membentuk muslim demokrat yang berfikiran liberal melalui institusi Rand
Corporation yang melahirkan ramai masyarakat berfikiran rasional dan liberal. Kertas kerja penulis
membicarakan isu perbahasan berkaitan pemikiran, ciri-ciri dan faktor terpengaruhnya pemikiran
liberal dan pendedahan risiko pemikiran liberalisme yang menyerang pemikiran umat Islam di
Malaysia.

6
4.0 DAPATAN KAJIAN
Fahaman liberalisme ini telah berjaya mempengaruhi golongan pegangan agama walaupun ia
telah menghasilkan ketidakseimbangan pegangan dalam agama Kristian. Maka, lahirlah
pemikiran Liberalisme yang berpendapat bahawa amalan dalam beragama hendaklah diteliti
semula berdasarkan falsafah dan pencapaian semasa. Menurut Majlis Agama Islam, (MAIS).
Liberalisme agama telah ditafsirkan sebagai serangan pemikiran yang menjurus kepada
keterbukaan dan kebebasan dalam menafsirkan agama dari belenggu tafsiran lama.

Dalam bahagian ini, terdapat beberapa kajian berkaitan dengan isu liberalisme yang telah
berlaku akan dibincangkan dan dihuraikan dengan lebih mendalam. Secara ringkasnya, kajian
yang berkait dengan isu liberalisme adalah sangat terbuka dan meliputi pelbagai sudut seperti
agama, sosial dan budaya. Namun begitu, dapatan kajian tersebut telah memberikan beberapa
maklumat penting tentang penyebaran fahaman dan ideologi liberalisme ini kepada masyarakat
Malaysia. Tuntasnya, kajian yang dihasilkan mengenai isu liberalisme seperti isu kebebasan
murtad, isu nilai kemanusiaan, dan isu ajaran sesat seperti Ayah Pin yang kini telah
menyebabkan negara kita terdedah dengan agama yang bertentangan dengan agama Islam
yang sebenar.

4.1 Perkembangan Liberalisme di Malaysia


Kewujudan gerakan ini berasal dari negara-negara Timur Tengah dan Indonesia. Iia telah
tersebar di Malaysia yang kebanyakannya bersifat meniru negara timur tengah tersebut.
Rujukan utama bagi gerakan liberalisme di seluruh dunia termasuk Malaysia adalah
berdasarkan buku Charles Kurzman dan Leonard Binder. Perkembangan gerakan ini telah
dikaitkan dengan kemunculan golongan anti hadis yang diketuai oleh Kassim Ahmad.
Bukan itu sahaja, telah wujud masa yang sama individu dan Non-Government Organization
(NGO) yang memperjuangkan tentang isu-isu penting oleh kelompok pemikiran liberal.
Antara badan organisasi yang mendukung ideologi ini ialah Sisters In Islam (SIS), Institut
Kajian Dasar, Jemaah al-Quran Malaysia, Suruhanjaya Antara Agama anatu Inner Faith
Commision (ICF) dan banyak lagi. Disebabkan sokongan dan dukungan yang kuat oleh
pelbagai institusi ini, fahaman atau ideologi liberalisme ini bermula dan berkembang di
Malaysia.

7
Pada Mei tahun 2012, 180 salinan terjemahan buku aktivis liberal tentang
homoseksual ditulis oleh Irshad Manji bertajuk “Allah Kebebasan dan Cinta” telah dirampas
oleh Jabatan agama Islam Selangor di pejabat Zaid Ibrahim Publications. Ini telah
menyebabkan fahaman ini terus subur sehingga sekarang melalui pelbagai cara untuk
meluaskan lagi pengaruh tersebut. Pemikiran islam liberal ini sebenarnya telah diketahui
ramai, namun begitu sebarang langkah pencegahan yang kukuh tidak dilaksanakan.
Fahaman ini dapat dikenal pasti dengan mudah melalui dua bentuk iaitu gagasan isdea dan
gagasan praktik bersama. Gagasan idea dikeluarkan dalam bentuk penulisan manakala
gagan praktik Bersama mendokong NGO bukan islam menyebarkan fahaman ini.
Penyebaran fahaman ini juga uga telah disebarkan melalui kursus motivasi pembangunan
insan. Sebagai contoh pada 17 Jun 2010, Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan telah
memfatwakan ESQ leadership Training mempunyai pegangan liberalisme yang
menyeleweng ajaran islam.

4.2 Faktor Ideologi Liberalisme di Malaysia

4.2.1 Dari Segi Agama


Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan ideologi liberalisme mula muncul pada suatu
ketika dahulu dan bagaimana ianya mula tersebar. Antaranya ialah faktor daripada segi
agama, budaya dan sosial. Dari segi agama, masyarakat kini menganggap Liberalisme ini
membawa ideologi yang buruk iaitu kebebasan tanpa batas, tetapi hakikatnya liberal itu
menekankan kebebasan individu daripada kuasa kerajaan dan bukanlah kebebasan secara
mutlak. Pengaruh liberalisme telah melahirkan golongan Islam Liberal yang menjadi punca
utama kepada wujudnya isu hak kebebasan murtad. Secara umumnya masyarakat memahami
bahawa liberalisme memberi maksud bebas dan tidak terikat. Seseorang itu merdeka dan
memiliki hak sepenuhnya terhadap diri sendiri. Golongan liberal Islam sering menggunakan
hujah perkara 11 bahawa setiap orang berhak men gamut dan mengamalkan agamanya serta
Perkara 18 dalam Deklarasi Hak Asasi Manusia Sejagat. Tetapi hujah mereka bercanggah
dengan undang- undang Syariah Islam dan boleh dikenakan tindakan. Mereka mendesak
bahawa penganut Islam diberikan hak untuk murtad dari agama Islam tanpa menerima
apa-apa tindakan undang-undang serta bebas daripada keputusan Mahkamah Syariah. 

8
4.2.2 Dari Segi Budaya
Liberalisme budaya merupakan hak hak peribadi yang dikaitkan dengan cara hidup dan
kebebasan meluahkan perasaan hati termasuk kebebasan seksual, kebebasan beragama,
kebebasan pemahaman dan perlindungan dari campur tangan kerajaan dalam hal kehidupan
peribadi. Antara topik yang boleh dikaitkan adalah pluralisme agama. Ia mula diperkenalkan
oleh pengaruh liberalisme di Indonesia. Faktor-faktor penyebarannya adalah melalui media
massa, ajaran keagamaan dan melalui kursus kepimpinan dan pengurusan.
Antara faktornya adalah penyebaran melalui media massa seperti internet atau
media sosial. Penyebaran melalui internet adalah cara yang pantas untuk berkongsi sesuatu
maklumat pada masa kini. Ini kerana masyarakat pada masa kini menggunakan internet untuk
mencari maklumat tanpa sebarang batasan jarak, masa dan negara. Maklumat yang
diperlukan dapat diperoleh dengan sepantas kilat.
Selain itu, penyebaran melalui ajaran keagamaan. Salah satu ajaran yang pernah
diperkenalkan adalah ajaran ‘Ayah Pin’ (Ariffin Muhammad) atau dikenali dengan nama
kerajaan langit Ayah Pin. Ajaran ini telah diasaskan oleh Ariffin Muhammad di Hulu Besut,
Terengganu. Marzuki(2009); Ismail Mina Ahmad(2012); Latifah Abdul Majid et al. (2012)
menyatakan Ayah Pin telah memperkenalkan ajaran yang memperkenalkan semua agama
mempunyai kebenaran yang sama dan setiap orang berhak untuk mengamalkan agama
dengan cara yang disukai mereka. Pada 4 Disember 1997, kerajaan negeri terengganu telah
mewartakan fatwa bahawa ajaran Ayah Pin adalah sesat manakala pada 30 Januari 2007
kerajaan negeri Perak juga turut mewartakan fatwa ajaran Ayah Pin.
Akhir sekali, penyebaran melalui kursus kepimpinan dan pengurusan. Kursus
kempimpinan dan pengurusan yang telah dikesan mempunyai unsur-unsur pluralisme agama
adalah kursus Emotional Spiritual Quotient (ESQ) yang diperkenalkan oleh Ary Ginanjar
Agustian. Kursus ESQ ini merupakan kursus yang dianjurkan oleh syarikat Emotional Spiritual
Quotient Leadership Centre yang bertempat di Jakarta. Kursus ESQ ini telah disebarkan di
Malaysia melalui penubuhan beberapa pusat pengajarannya. Pada 17 Jun 2010 Mufti Wilayah
Persekutuan iaitu Wan Zahidi bin Wan Teh telah mengharamkan kursus ESQ ini.
Pengharaman ini adalah kerana terdapat ciri-ciri penyelewengan dalam kursus tersebut dan
antaranya adalah mempunyai fahaman yang berkaitan dengan liberalisme dan pluralisme.

9
4.2.3 Dari Segi Sosial
Terdapat pelbagai faktor yang telah membawa pengaruh liberalisme ke atas masyarakat islam
dari segi sosial. Antara faktor liberalisme dari segi sosial adalah penyebaran maklumat yang
berunsur-unsur pemikiran berpaksikan nilai- nilai kemanusiaan tanpa unsur inti dalam islam.
Seperti yang kita sedia maklum, Internet adalah teknologi yang sentiasa berkembang dengan
pelbagai ciri baharu untuk mengoptimumkan capaian kepada pelbagai perkhidmatan. Sejak
pengenalan Internet, kehidupan manusia moden menjadi mudah dan selesa. Internet telah
membawa pengaruh yang berat kepada masyarakat terutamanya masyarakat generasi
sekarang. Melalui internet terdapat pelbagai medium penyebaran pemikiran liberalisme.
Contohnya medium yang paling disukai adalah media sosial seperti facebook ataupun
instagram. Melalui media sosial, setiap pengguna dapat menyebarkan maklumat antara satu
sama lain. Pengguna media sosial terdiri daripada pelbagai kelompok, seperti, pelajar, guru,
agensi kerajaan atau organisasi korporat. Oleh demikian, setiap pengguna media sosial dapat
menyebarkan atau membaca segala maklumat yang berbentuk positif mahupun negatif yang
telah dikongsikan di medium ini.

4.3 Cabaran Ideologi Liberalisme di Malaysia

4.3.1 Dari segi Agama

Terdapat beberapa cabaran dalam menghadapi isu liberalisme dari segi agama, budaya dan
sosial. Dari segi agama, umat Islam mestilah mencegah daripada hak kebebasan murtad
diberikan di dalam negara ini dan salah satu caranya adalah dengan berdakwah kepada
golongan- golongan yang memperjuangkan hak ini. Tetapi golongan Islam Liberal ini,
meskipun Islam mereka jadikan logik akal sebagai rujukan dan sumber utama berbanding
al-Quran dan al-Hadis. Tidak semua persoalan dapat dijawab menggunakan logik akal,
sebagai umat Islam kita mestilah sentiasa merujuk al-Quran dan al-Hadis. Selain itu, golongan
Islam liberal yang menyokong hak kebebasan murtad ini juga terdapat daripada kalangan
yang berpengaruh contohnya seperti Siti Kasim seorang peguam sivil yang terkenal telah
mempertikaikan hukuman dalam undang-undang Syariah seperti hukuman bunuh kepada
orang yang murtad. Di dalam temu bual dalam talian media berbahasa Cina Siti Kasim ada
membuat kenyataan mengenai Tuhan. Tindakan Siti Kasim menyentuh isu tauhid yang di luar
bidangnya telah dinasihati oleh Mufti Perak Tan Sri Dr Harussani Zakaria kerana tindakannya
boleh menjadi murtad.

10
Selain itu, peguam- peguam di dalam kes terkenal Kamariah Ali ada berhujah
bahawa, tiada undang-undang yang boleh menghalang kedudukan seseorang yang telah
mereka tetapkan di sisi agama mereka sendiri. Jika undang-undang itu wujud, maka
undang-undang itu menjadi tidak sah dan terbatal kerana berlawan dengan Perkara 11. Selain
itu, di kalangan pemimpin juga ada yang menuntut agar rakyat Malaysia dan terutama sekali
umat Islam, diberi kebebasan mutlak untuk menukar agama contohnya, Datuk Ngeh Koo Ham
berharap agar orang Islam dapat menerima Perkara 11 yang membenarkan untuk
mengamalkan sesuatu agama dengan hak mutlak. Tindakan Siti Kasim, peguam Kamariah Ali
dan Datuk Ngeh Koo Ham hanya akan mempengaruhi pemikiran orang Islam untuk
memperjuangkan hak kebebasan murtad sama ada muslim itu islam liberal ataupun tidak. 

4.3.2 Dari Segi Budaya

Terdapat beberapa cabaran yang dihadapi dalam mengatasi masalah isu pluralisme agama
dalam kalangan masyarakat. Antaranya, perkongsian perayaan dan acara keagamaan. Isu ini
dibangkitkan apabila muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan yang ke-68 pada 12 April
2005 telah mengeluarkan garis panduan untuk orang Islam bagi menyambut hari perayaan
agama orang bukan Islam. Garis panduan ini dikeluarkan untuk digunakan oleh orang Islam
terutamanya para pemimpin Islam yang menghadiri majlis perayaan dan keagamaan supaya
dapat membezakan majlis-majlis yang bertentangan dengan akidah Islam.

Seterusnya, isu penggunaan kalimah Allah. Masalah ini dikaitkan dengan tuntutan
penggunaan kalimah Allah oleh orang bukan Islam. Ia menjadi masalah yang telah
dibicarakan dalam akhbar mingguan yang menyatakan Herald menuntut agar Kementerian
Dalam Negeri (KDN) membenarkan penggunaan kalimah Allah dalam penerbitan akbarnya.
Masalah ini membimbangkan umat Islam kerana dilihat akan mengelirukan masyarakat Islam.

Akhir sekali, isu tentang perancangan penubuhan Suruhanjaya Antara Agama (Interfaith
Commission-IFC). Ia bermula apabila Majlis Perundingan Malaysia Agama Buddha, Kristian,
Hindu dan Sikh melalui memo mereka kepada Majlis Peguam pada 21 Ogos 2001.
Penubuhan IFC ini telah ditentanggi oleh masyarakat Islam sehingga tertubuhnya Allied
Coordinating Committee of Islam NGOs (ACCIN). ACCIN telah melancarkan bantahan secara
besar-besaran terhadap IFC. Mohd Roslan (2010) menyatakan bahawa tuntutan IFC ini telah
mendapat tentangan habis-habisan oleh NGO Islam dan cadangan penubuhannya ditolak oleh
kerajaan.

11
4.3.3 Dari Segi Sosial

Seterusnya, umum mengetahui bahawa negara kita Malaysia kaya dengan kaum dan agama
yang berbilang. Hal ini menyebabkan kelainan dari segi pendapat yang akan mengakibatkan
sesebuah masyarakat berpecah belah. Setiap pendapat juga tertakluk kepada tahap
pengetahuan, kefahaman, pengalaman dan pelbagai aspek lain yang menjadikan individu itu
berbeza dengan orang lain. Kita sebagai umat islam, haruslah berpendapat yang berpaksikan
kitab kita iaitu Al-Quran. Apabila kita belum mempunyai pendapat tentang sesuatu,
pendedahan kepada pendapat orang lain mempengaruhi pembentukan pendapat peribadi.
Pemilihan halaman atau saluran yang kerap dikunjungi di internet dan media sosial sedikit
sebanyak memainkan peranan dalam membentuk pendapat seseorang.

Turut menjadi cabaran liberalisme dalam segi sosial adalah generasi kini yang mudah
terpengaruh dengan perkara negatif terhadap isu sosial. Generasi yang liberal
mempertahankan isu-isu berunsurkan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) di
Malaysia.Golongan LGBT di Malaysia menghadapi cabaran besar yang tidak dihadapi oleh
golongan bukan LGBT. Liwat adalah jenayah di Malaysia dan undang-undang dikuatkuasakan
dengan ketat. Sikap masyarakat terhadap komuniti LGBT dibentuk oleh Islam, agama rasmi
Malaysia, walaupun kebanyakan rakyat Malaysia yang beragama lain juga berpandangan
homofobia.

Golongan liberal berusaha untuk memelihara kebebasan masyarakat Islam Malaysia


daripada undang-undang yang dikenakan oleh Islam, yang akan membawa kepada
penyelewengan akidah. Wujudnya fahaman pluralis bahawa semua agama adalah benar
adalah contoh penyelewengan akidah yang amat penting dalam era liberalisme ini.

12
4.4 Kesan Ideologi Liberalisme di Malaysia

4.4.1 Dari Segi Agama


Dari segi masyarakat, apabila kerajaan atau badan bertanggungjawab membiarkan perkara ini
berlaku, masyarakat akan mula menormalisasikan isu kebebasan murtad. Masyarakat Islam
akan mengambil mudah kemungkaran yang berlaku seperti zina, tidak membayar zakat dan
tidak berpuasa. Ini boleh menjejaskan semangat Islam dalam hati mereka kerana
menganggap perkara ini masalah kecil sedangkan ia masalah serius. Perkara ini jika
berterusan akan melahirkan lebih ramai generasi umat Islam yang mengamalkan cara hidup
bukan Islam. Tun Abdul Hamid dalam kes Kamariah Ali berkata bahawa jika kebebasan
mutlak(murtad) diberi nescaya bukan masalah murtad sesuka hati oleh orang Islam saja yang
berlaku, malah umat Islam pada akhirnya juga akan mula menuntut hak untuk kebebasan
berzina, tidak membayar zakat, berkhalwat, dan kesalahan agama yang lain. 
Selain itu, kesan liberalisme dari segi individu pula sangat dititikberatkan. Apabila isu ini
sudah menjadi normal dalam kalangan masyarakat Islam, akidah muslimin sendiri itu boleh
terjejas, keimanannya juga senang untuk tergugat. Apabila kemurtadannya dan kepercayaan
baru seseorang itu dihebahkan kepada khalayak, sekaligus ia telah melakukan serangan ( al-
harb al-fikriyyah) iaitu serangan berbentuk pemikiran ke atas Islam serta akidahnya. Setiap
individu itu susah untuk mempertahankan tanggungjawab mereka iaitu menegur perbuatan
salah saudara Islam yang lain kerana rata-rata masyarakat Islam sudah menganggap perkara
ini adalah biasa.

4.4.2 Dari Segi Budaya


Antara kesannya kepada masyarakat Islam adalah kesan dari segi akidah. Pluralisme dapat
memberi kesan yang besar dalam akidah umat Islam secara langsung dan tidak langsung. Ia
juga mendorong kepada kesyirikan dan kekufuran. Terdapat beberapa kes-kes murtad yang
diketahui oleh umum seperti kes Nuraishah, Bokhari dan Azlina Jailani telah menarik minat
ramai orang islam. Pluralisme agama adalah kefahaman yang telah disebarkan dalam bentuk
yang halus disertai dengan fahaman islam yang lebih moden. Oleh itu, seseorang itu mudah
terpengaruh dengan ajaran ini tanpa menyedari bahawa ajaran itu adalah ajaran yang salah.
Akhir sekali, kesan dari segi kepercayaan seseorang. Ia juga boleh dikaitkan dengan
kesan dari segi akidah. Apabila akidah seseorang itu makin berkurangan maka kepercayan
seseorang umat Islam itu juga akan berkurangan. Pluralisme agama dapat menimbulkan
impak yang besar dalam diri seseorang umat Islam. Perselisihan sesama islam dalam topik

13
akidah akan dibahaskan. Ini kerana masyarakat Islam di Malaysia akan mempunyai
persefahaman masing-masing dalam Pluralisme Agama.

4.4.3 Dari Segi Sosial


Pada segi sosial, kesan liberalisme terhadap masyarakat di Malaysia adalah, kehidupan
masyarakat akan menjadi porak peranda, tambahan pula keselamatan masyarakat umat islam
mudah diancam dan terjejas. Hal ini demikian kerana, sekiranya sesuatu pendapat tidak
difahamkan dengan sebaiknya, salah faham akan berlaku. Perkara ini akan mengakibatkan
huru hara antara masyarakat di dalam Malaysia.
Seterusnya, masyarakat akan mula mempunyai ideologi sekularisme iaitu pandangan
yang berpendapat bahawa agama dan hal-hal duniawi harus dipisahkan. Mereka yang
berpendapat sekularisme hanya memperjuangkan sesuatu yang memberi manfaat kepada
mereka untuk mencapai kehidupan bebas dan selamat.

4.5 Kaitan Liberalisme dengan Falsafah dan Islam

4.5.1 Dari Segi Agama

Terdapat beberapa pandangan tokoh dunia terhadap liberalisme dalam isu kebebasan
murtad antaranya Tokoh Islam Dr Tariq al-Suwaidan berkata manusia mempunyai hak
untuk memilih agama yang dia mahukan, dia juga mempunyai hak untuk memilih kumpulan
yang dia diingini seperti sunni dan syiah. Dia juga berkata bahawa manusia berhak untuk
menyembah tuhan yang dipilih dengan cara dikehendaki, tetapi pendapat beliau telah
dibantah oleh Mufti Arab Saudi Sheikh ‘Abd al- Aziz bin Abdullah Al-Syeikh yang berkata
ketika Nabi Muhammad SAW datang sebagai penutup syariat maka syariat sebelumnya
dan kesemua agama terdahulu itu telah terbatal. Oleh itu, setiap makhluk mentaati Nabi
Muhammad kerana Nabi Muhammad adalah penutup segala nabi dan utusan. Kita juga
mestilah beriman dan percaya terhadap rasul-rasul Allah yang terdahulu, kesahihan risalah
mereka dan beriman dengan risalah mereka tetapi amalan dan pelaksanaannya adalah
terhadap syariah nabi Muhammad SAW. Kebebasan untuk murtad adalah konsep
kebebasan Barat. Dalam al-Quran hanya wujud kebebasan untuk beragama, ia tidak
membawa makna untuk membenarkan orang Islam untuk keluar agamanya. Dalam
Perlembagaan Malaysia juga terdapat hak untuk kebebasan beragama seperti dalam
Quran dan ia hanya dipakai untuk orang bukan Islam. Konsep kebebasan murtad ini
bercanggah dengan undang-undang Islam dan Perlembagaan negara kita. Tun Dr Mahathir
Mohamad menyebut bahawa nilai kebebasan dalam tamadun Timur mengutamakan hak
14
komuniti daripada hak individu dan ia tidak sesuai dengan kebebasan sivil yang
diketengahkan oleh konsep pemikiran Barat.

4.5.2 Dari Segi Budaya

Menurut pendapat Nurcholish Madjid, Alalh telah menetapkan syariat agama yang sama
kepada semua Nabi. Semua para pengikut Nabi membentuk “umat yang tunggal” (umat
wahidah). Allah menegaskan bahawa tidak ada agama lain yang akan diterimanya kecuali
agama Islam. Dalam Al-Quran telah disebut bahawa “ sesungguhnya agama agama di sisi
Allah adalah Islam. Tidaklah berselisih orang-orang yang telah diberi Kitab kecuali setelah
memperoleh ilmu, karena kedengkian di antara mereka. Barangsiapa ingkar terhadap
ayat-ayat Allah, maka sungguh, Allah sangat cepat perhitungan-Nya” . Oleh itu, semua nabi
dan pengikutnya adalah muslim.

Selain itu, Nurcholish Madjid menyatakan bahawa semua sudut ajaran agama
samawi menyatukan dalam tradisi agama Ibrahim. Agama Yahudi, Kristian dan Islam sering
disebut sebagai agama-agama Ibrahim. Ketiga- tiga agama tersebut dikaitkan dengan
hubungan yang ada dengan Nabi Ibrahim. Dari sini kita dapat melihat bahawa adanya
seruan al-Quran kepada semua agama yang mempunyai kitab suci, Yahudi dan Kristian
untuk membuktikan bahawa semua ajaran adalah sama. Kalimatun sawa’ bermaksud
ajaran tauhid merupakan pengakuan bahawa tidak ada yang disembah selain Allah yang
satu.

Dengan pemahaman Islam secara generik ini, Nurcholish Madjid telah membuat
kesimpulan bahawa semua agama samawi mempunyai tujuan yang sama dalam
membawa umatnya mencapai kebahagiaan dunia dan akhirat. Semua agama mengajarkan
untuk mempercayai kepada Tuhan Yang Maha Esa atau berasaskan kepada tauhid yang
menganggap agama yang benar yang menjanjikan keselamatan. Agama Islam ialah
agama yang menyatakan bahawa keselamatan itu bergantung kepada tiga perkara iaitu
beriman kepada Allah, beriman kepada hari kiamat dan berbuat baik.

4.5.6 Dari Segi Sosial


Terdapat tokoh islam yang membawa pengaruh liberalisme dari segi sosial adalah Musdah
Mulia. Beliau menyatakan bahawa jika hubungan sejenis atau homo, baikpun gay maupun
lesbian sungguh-sungguh menjamin kepada pencapaian tujuan dasar tadi (kasih sayang
dan ketenteraman batin) maka hubungan demikian dapat diterima.

15
Khoirul Anwar dan Khoirul Anam juga menyatakan tiada satupun ayat di dalam
al-Quran yang terang dan nyata yang menolak LGBT, mahupun yang menerimanya.
Perkara ini menunjukan bahawa golongan liberal amat berusaha untuk mengubah
unsur-unsur intipati islam supaya selaras dengan keadaan masyarakat barat.

5.0 CARA PENYELESAIAN


Antara langkah untuk mengatasi fahaman liberalisme di Malaysia adalah dengan memberi galakan
kepada golongan masyarakat dan pelajar untuk menyertai ceramah mahupun program mengenai
penyelewengan fahaman liberal. Golongan-golongan muda hendaklah diberi perhatian kerana
golongan inilah yang yang sangat mudah untuk terpengaruh dan menjadi sasaran golongan
fahaman liberalisme. Institusi-institusi pengajian di Malaysia termasuklah sekolah menengah dan
universiti sangat berperanan dalam melaksanakan program-program atau ceramah yang
membincangkan tentang isu-isu terkini mengenai fahaman liberal. Bukan itu sahaja, pakar-pakar
awam mahupun swasta dijemput untuk berkongsi maklumat tentang islam liberal dan
berkemungkinan akan lebih memberi impak kepada masyarakat. Kaedah ini juga dikenali sebagai
bentuk in house training. Pakar-pakar ini akan berkongsi maklumat tentang islam liberal dan
berkemungkinan akan lebih memberi impak kepada masyarakat. Sebagai contoh, Majlis Agama
Islam Selangor (MAIS), bekerjasama dengan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Jabatan Mufti
Negeri Selangor (JMS) dan Jabatan Pendakwaan Syariah Negeri Selangor (JPSS) melaksanakan
program dan dakwah secara berterusan tentang fatwa kepada murid sekolah, kakitangan kerajaan
dan masyarakat awam. Fatwa tersebut adalah Fatwa Pemikiran Liberalisme dan Pluralisme
Agama yang menyatakan bahawa setiap individu, pertubuhan mahupun institusi yang berpegang
kepada fahaman ini adalah sesat dan menyeleweng daripada ajaran islam yang sebenar. Dengan
ini, dapat memberi  kesedaran  kepada golongan masyarakat tentang ancaman liberalisme  dan
menerangkan tentang implikasi pembabitan seseorang dalam  liberalisme secara meluas dan
mendalam. Hal ini demikian kerana, kesedaran ini sangat penting agar pengaruh liberalisme dapat
dibendung. Di samping itu, ini juga merupakan salah satu peranan Institut Wasatiyyah Malaysia
bagi menegakkan kefahaman agama dan pegangan akidah masyarakat islam di Malaysia, iaitu
dengan cara seminar, bengkel dan wacana seperti mana objektif penubuhan institusi ini.
Tenaga pengajar di setiap institusi pengajian perlu memantapkan ilmu agama kepada
pelajar beragama islam agar akidah mereka lebih kukuh dan tidak mudah goyah. Hal ini demikian
kerana, golongan muda inilah yang akan menjadi pemimpin dan tunjang pada masa hadapan.
Sistem Pendidikan dualisme yang digunakan hendaklah dinaik taraf dan dibaiki agar aspek agama
dan akademik tidak diasingkan. Kokurikulum Pendidikan islam di sekolah mahupun di universiti,
terutamanya melalui Pendidikan formal perlu diselidik semula bagi mengatasi fahaman sesat islam

16
liberal. Pelaksanaan Pendidikan islam di setiap peringkat perlulah seimbang dari segi kandungan
dan kesahihan pedagogisnya supaya ia kekal relevan dan signifikan dengan konteks semasa
selagi tidak bercanggah dengan syarak. Ini bermaksud isu-isu semasa yang berkait dengan
fahaman liberalisme ataupun fahaman sesat yang lain perlu dimasukkan ke dalam silibus
pembelajaran agar dapat memberi pendedahan kepada pelajar tentang keburukan dan
kepincangan fahaman tersebut. Oleh yang demikian, Pendidikan islam hendaklah diajar sebagai
mata pelajaran al-din iaitu bukan sahaja memberi pengetahuan dan kemahiran sahaja, namun ia
diamalkan dan dihayati oleh setiap pelajar islam.
  

17
6.0 KESIMPULAN

Secara tuntasnya, kami mendapati bahawa ancaman pemikiran aliran Liberal perlu diberi
perhatian oleh semua pihak demi memastikan kelangsungan ajaran Islam yang sebenar tidak
dikelirukan. Pendedahan mengenai penyelewengan aliran pemikiran Islam Liberal perlu
diperluaskan untuk memaklumkan kepada masyarakat Islam agar tidak terjebak dengan isu-isu
yang diketengahkan. Pendedahan dan huraian yang jelas perlu dihadapkan kepada masyarakat
mengenai apa yang dimaksudkan dengan aliran pemikiran liberal dan bahayanya fahaman
tersebut terhadap akidah umat Islam. Aliran pemikiran yang membicarakan soal agama dengan
berpaksikan akal serta mengelirukan dalam berhujah mampu memberikan bahaya yang besar
kepada umat Islam dengan isu-isu yang diperjuangkan sehingga dianggap itulah ajaran Islam
yang sebenar disebabkan sumber yang mereka gunakan dari al-Quran dan Hadis. Isu-isu yang
dikemukakan kepada masyarakat Islam kini sebenarnya telah lama diperjuangan oleh aliran
Orientalis Barat namun kini dibawa oleh aliran pemikiran Liberal dengan ‘membungkus kembali
barang lama dengan bungkusan baru’, nampak menarik tetapi isinya tetap sama melalui orang
Islam sendiri yang telah terdidik dengan corak pemikiran Liberal. Berselindung di bawah konsep
pemikiran liberal dalam membicarakan soal keagamaan berkemungkinan besar untuk
mengelirukan umat Islam.

Ancaman yang melanda melalui serangan aliran pemikiran liberal tidak ubah seperti
masyarakat Jahiliyah moden yang ingin memisahkan manusia daripada ajaran sebenar Islam.
Semua pihak perlu berganding tenaga dan menggembleng usaha ke arah pemurnian akidah
daripada anasir- anasir yang bertentangan dengan agama Islam demi kepentingan pembangunan
insan sebagai usaha membentuk sebuah masyarakat bertamadun yang memiliki nilai-nilai agama
yang tinggi. Bagi mencapai matlamat tersebut, benteng keimanan umat Islam perlu dikukuhkan
serta setiap masyarakat perlu didedahkan dengan ilmu pengetahuan dan kefahaman yang
berkaitan dengan agama Islam sendiri yang menyentuh pelbagai aspek termasuk bentuk-bentuk
serangan musuh dalam menghancurkan agama Islam seperti ancaman aliran pemikiran seperti
sekularisme, humanisme, orientalisme, liberalisme dan lain-lain. Dengan berbekal ilmu-ilmu
tersebut, masyarakat akan lebih berhati-hati dan berwaspada untuk menerima sesuatu ideologi
dengan sewenang-wenangnya dan hal ini merupakan langkah yang sangat baik demi membentuk
umat Islam yang cemerlang sama ada dari segi fizikal mahupun spiritual agar sentiasa berpegang
teguh kepada ajaran-ajaran yang terkandung dalam al-Quran dan al-Sunnah. Akhirnya marilah
kita memperbanyakan usaha, iltizam dan memperkasa ilmu agar menjadi tembok yang ampuh
dalam diri kita untuk persiapan menghadapi ancaman dan cabaran ini.
18
RUJUKAN

Ancaman pluralisme agama di Malaysia: satu tinjauan awal. (2010)


https://muafakatmalaysia.wordpress.com/2010/12/17/ancaman-pluralisme-agama-di-malaysia-sa
tu-tinjauan-awal/

Baharuddin, A. (2018). Islam libralisasi: Isu, ancaman, cabaran dan usaha


membendungnyapengalaman Malaysia. Kertas Tema Mesyuarat Pegawai-Pegawai Kanan
(SOM) Kali ke-43 Negara-Negara Anggota MABIMS .
http://www.mabims.gov.bn/Kertas%20Kerja/Kertas%20Tema%20SOM%20MABIMS%2043%202
018%20-%20Malaysia.pd

Bendung fahaman bertentangan Islam - Dr Zulkifli. (2020, September 14). HarakahDaily. 


https://harakahdaily.net/index.php/2020/09/14/bendung-fahaman-bertentangan-islam-dr-zulkifli/

Earnie, E. M., Kamarudin. S., & Nur. F. A. R. (2021, Julai 16). Faktor-faktor pengaruh penyebaran
pluralisme agama di Malaysia.
https://www.researchgate.net/publication/353286739_Faktor-faktor_Pengaruh_Penyebaran_Plur
alisme_Agama_di_Malaysia

Earnie, E. M., Kamarudin. S., & Nur. F. A. R. (2018). Perkembangan awal pluralisme agama di
Malaysia. https://www.ukm.my/isoit/wp-content/uploads/2018/09/Earni-elmy.pdf

Ismail, A. M., & Stapa, Z. (2019). Liberalisme dan Pemikiran Pemimpin Muslim di Malaysia.
Islamiyyat: International Journal of Islamic Studies, 41(2).
http://journalarticle.ukm.my/15577/1/36936-116484-1-SM.pdf

Mohd. N. B. O. (2020). Gerakan pluralisme agama di malaysia.


https://www.researchgate.net/publication/342946951_Gerakan_Pluralisme_Agama_Di_Alam_Mel
ayu

Mulia, M., & Junus, L. (2020, October 2). Usaha membanteras liberalisme. Utusan Malaysia. 
https://www.utusan.com.my/gaya/2020/10/usaha-membanteras-liberalisme/

Salleh, N. M., Haridi, N. H. M., Ismail, A. M., & Noor, M. S. M. (2021). Modus Operandi Gerakan
Liberalisme di Malaysia. International Journal of Interdisciplinary and Strategic Studies, 2(2),
96-103.
https://www.ijistra.com/journal/article/view/28

Ancaman Islam Liberal di Malaysia. (2018, May 20). Retrieved December 4, 2022, from
https://harakahdaily.net/index.php/2018/05/21/ancaman-islam-liberal-di-malaysia/

Mustaffa, Z., Tukiman, Z., Zaim Ab Rahim, N. M., Hehsan, A., & Rashid, M. (n.d.). Pengaruh
Liberalisme Terhadap Masyarakat Islam Di Lembah Klang: Tinjauan Awal Pengaruh dan Faktor
Penularan.
https://www.academia.edu/35171433/PENGARUH_LIBERALISME_TERHADAP_MASYARAKAT
_ISLAM_DI_LEMBAH_KLANG_TINJAUAN_AWAL_PENGARUH_DAN_FAKTOR_PENULARAN

19
BORANG PENILAIAN KERTAS KERJA
KATEGORI PENILAIAN KERTAS
PENILAIAN KERJA (30
MARKAH)

SUSUNAN ISI/ IDEA

ETIKA PENULISAN
PERBINCANGAN
PENGENALAN

RUMUSAN &

BIBLIOGRAFI/
(12 MARKAH)

KESIMPULAN
(2 MARKAH)

(4 MARKAH)

(4 MARKAH)

(4 MARKAH)
ANALISA &

RUJUKAN
(4 MARKAH)
JUMLAH
KOMEN
(30 MARKAH)

NAMA DAN
NO. PELAJAR

NAMA: NURUL AFIQAH BINTI MD


ROSSLEY

NO. PELAJAR: 2022452676

NAMA: QASDINA AMIRA BINTI ABD


RASHID

NO. PELAJAR: 2022818794

NAMA: BATRISYIA SYAHIRAH BINTI


HARDY AZMIR

NO. PELAJAR: 2022616032

NAMA: RAHAIZAD BINTI RUSLI

NO. PELAJAR: 2022842302

NAMA: SITI NURIZZATI ATIRAH


BINTI SAMSUDIN

NO. PELAJAR: 2022612204


BORANG PENILAIAN PEMBENTANGAN
KATEGORI PENILAIAN PEMBENTANGAN
PENILAIAN (30 MARKAH)

PEMIKIRAN KRITIS

INFOGRAFIK DAN
PEMBENTANGAN

PEMBENTANGAN

KEMAHIRAN ICT
PROFESIONAL
BERPASUKAN

(10 MARKAH)
JUMLAH

KEMAHIRAN
(4 MARKAH)

(4 MARKAH)

(4 MARKAH)

(4 MARKAH)

(4 MARKAH)
KREATIVITI

ETIKA DAN
KOMEN

GAYA
(30%)

NAMA DAN
NO. PELAJAR

NAMA: NURUL AFIQAH BINTI ROSSLEY

NO PELAJAR: 2022452676

NAMA: QASDINA AMIRA BINTI ABD


RASHID

NO PELAJAR: 2022818794
BORANG PENILAIAN PEMBENTANGAN
KATEGORI PENILAIAN PEMBENTANGAN
PENILAIAN (30 MARKAH)

PEMIKIRAN KRITIS

INFOGRAFIK DAN
PEMBENTANGAN

PEMBENTANGAN

KEMAHIRAN ICT
PROFESIONAL
BERPASUKAN

(10 MARKAH)
JUMLAH

KEMAHIRAN
(4 MARKAH)

(4 MARKAH)

(4 MARKAH)

(4 MARKAH)

(4 MARKAH)
KREATIVITI

ETIKA DAN
KOMEN

GAYA
(30%)

NAMA DAN
NO. PELAJAR

NAMA: BATRISYIA SYAHIRAH BINTI


HARDY AZMIR

NO PELAJAR: 2022616032

NAMA: RAHAIZAD BINTI RUSLI

NO PELAJAR:2022842302
NAMA DAN

SAMSUDIN
NO. PELAJAR

NO PELAJAR: 2022612204
KATEGORI
PENILAIAN

NAMA: SITI NURIZZATI ATIRAH BINTI


GAYA
PEMBENTANGAN
(4 MARKAH)

KEMAHIRAN
BERPASUKAN
(4 MARKAH)

PEMIKIRAN KRITIS
(4 MARKAH)
(30 MARKAH)

KREATIVITI
PEMBENTANGAN
(4 MARKAH)
PENILAIAN PEMBENTANGAN

ETIKA DAN
PROFESIONAL
(4 MARKAH)

INFOGRAFIK DAN
KEMAHIRAN ICT
(10 MARKAH)
(30%)
JUMLAH
BORANG PENILAIAN PEMBENTANGAN

KOMEN

Anda mungkin juga menyukai