Anda di halaman 1dari 15

FAKULTI KEJURUTERAAN ELEKTRIK

SARJANA MUDA KEJURUTERAAN (KEPUJIAN) KEJURUTERAAN ELEKTRIK

TAJUK :

SEKULARISME : FAKTOR PENYEBARAN DAN LANGKAH MENGATASINYA DARI


SUDUT PANDANGAN ISLAM

DISEDIAKAN OLEH :

MUHAMMAD AMMAR IKHWAN BIN BADRUL IHSAN 2021886036

NUR IZZATUL SYAZWANIE BINTI NORHISHAM 2021823264

NURALIYA MARSHYTA BINTI AHMAD MUSFAREZA 2020819576

NADHIRAH BINTI NASHARUDDIN 2021887522

NUR EIZZI SAFIA AHMAD NASRUDIN 2021459134

MUHAMMAD HARITH FAHMI BIN ZAIDI 2020862876

MUHAMMAD IMRAN BIN MAHAT 2020490246

Kertas Kerja ini dikemukakan


bagi memenuhi keperluan kursus
CTU554: Penghayatan Etika & Peradaban
Sesi Oktober 2022 – Februari 2023

PENSYARAH :
DR SYAMILA SYAMIM
ISI KANDUNGAN

PENDAHULUAN 2
FAKTOR PENYEBARAN SEKULARISME 4
IMPAK DAN KESAN SEKULARISME TERHADAP KELUHURAN AGAMA UMAT
ISLAM 7
LANGKAH MENGATASI FAHAMAN SEKULARISME DARI SUDUT PANDANGAN
ISLAM 10
KESIMPULAN 13
RUJUKAN 14

1
PENDAHULUAN
Umum mengetahui bahawa, fenomena serangan pemikiran dan ideologi ke atas umat Islam
khususnya di Malaysia amat membimbangkan. Keyakinan dan pemikiran yang merosakkan ini melanda
umat Islam khususnya di negara-negara Islam bermula setelah berakhirnya siri penjajahan Barat di dunia
Islam. Hasil daripada penjajahan Barat di negara-negara Islam ini telah melahirkan pelbagai fahaman dan
pemikiran yang bersifat terbuka yang bertentangan dengan prinsip Islam yang bersifat syumul. Antaranya
lahir ideologi seperti sekularisme, liberalisme, dan nasionalisme yang menafikan kepentingan dan
keperluan sistem Islam dalam mengatur kehidupan masyarakat. Sehubungan dengan itu, penulisan ini
akan membincangkan mengenai fenomena serangan ideologi sekularisme ini ke atas pemikiran umat
Islam khasnya mencakupi definisi, sejarah, faktor kemunculan dan implikasi terhadap keluhuran agama
serta langkah mengatasi pemikiran sekularisme dari sudut perspektif Islam.

Merujuk Kamus Dewan Bahasa Edisi Ke-4, sekular dikaitkan dengan keduniaan atau sifat duniawi
serta tidak berkaitan atau dipisahkan dengan keagamaan. Manakala sekularisme pula memberi makna
fahaman, doktrin, atau pendirian yg menolak nilai-nilai keagamaan dlm kehidupan sosial manusia.
Sekular dalam bahasa Arab pula dari segi bahasa ditafsirkan sebagai al-Ilmaniyyah yang diambil dari
perkataan ilmu ‘‫’علم‬. Jika kita lihat berdasarkan tafsiran dari segi bahasa ini ia sedikit pun tidak
bercanggah dengan prinsip islam yang menekankan kepentingan ilmu dalam kehidupan manusia. Namun
penterjemahan sekularisme kepada perkataan ini hanyalah tipu daya dan cara berselindung di sebalik
makna sebenar sekularisme. Tafsiran yang paling tepat dengan makna sebenar sekularisme ialah
Al-Ladiniyyah yang bermaksud tanpa agama dan al-La’aqidah yang boleh ditakrifkan sebagai tanpa
aqidah sebagaimana yang dinyatakan oleh Yusuf al-Qardhawi di dalam penulisannya.

Menurut A.S Hornby, sekular bermaksud sesuatu yang tidak bersangkutan dengan rohani atau
keagamaan. Sekularisme daripada perkataan bahasa Inggeris, yang membawa erti kepercayaan bahawa
akhlak, pendidikan dan sebagainya yang tidak didasarkan kepada agama. Bertitik tolak dengan
kenyataan-kenyataan di atas, sekularisme ini dapat disimpulkan sebagai suatu fahaman yang memisahkan
antara urusan keagamaan dengan urusan keduniaan. Ideologi ini mengetengahkan konsep perkara yang
dilakukan tidak perlu dikaitkan dengan agama dan manusia bebas melakukan apa-apa tindakan dan
perlakuan tanpa terikat dengan panduan yang ditetapkan oleh agama islam. Hal ini menafikan ciri-ciri
islam sebagai agama yang syumul ataupun menyeluruh dan merangkumi setiap aspek kehidupan. Islam
tidak mengiktiraf pemisahan kehidupan agama dengan kehidupan secular yang kononnya membuat proses
perubahan dari nilai-nilai keluhuran keagamaan kepada nilai kehidupan sosialis.

2
Sekularisme di Eropah bermula di Itali pada abad pertengahan Masihi. Ketika ini merupakan detik
perubahan dan perkembangan tamadun eropah. Perkembangan ini sedikit sebanyak memberi pencetus dan
penggalak kepada perubahan sikap masyarakat terhadap nilai keagamaan. Penindasan pihak gereja ketika
itu membuatkan masyarakat Kristian mula hilang penghayatan terhadap agama dan merasakan tidak perlu
untuk mengaitkan agama dengan kehidupan ataupun mengaplikasikan kehidupan beragama. Detik inilah
yang menjadi titik kelahiran ideologi dan pengembangan sekularisme ke seluruh dunia. Di Malaysia,
ideologi sekularisme mula menyusup masuk secara rasminya apabila British memperkenalkan Sistem
Residen ketika Perjanjian Pangkor 1874. Perjanjian ini melaksanakan dasar pemisahan pentadbiran dan
pemerintahan negara daripada kuasa raja atau sultan. Sultan atau raja mula dibataskan penguasaan hanya
untuk mengetuai hal-hal keagamaan di istana manakala residen pula diberikan kuasa untuk mentadbir
negeri. Sehingga ke hari ini, dasar Inggeris ini masih terus dikekalkan dengan pengasingan antara dua
kuasa legislatif dan eksekutif yang mana mengasingkan hal ehwal agama dengan pentadbiran sesuatu
kerajaan.

3
FAKTOR PENYEBARAN SEKULARISME

Antara faktor yang menyumbang kepada penyebaran ideologi sekularisme adalah politik dan
undang-undang. Malaysia merupakan negara yang terdiri daripada masyarakat yang berbilang kaum serta
agama. Ideologi ini terinstitusi sehingga kini walaupun ideanya tidak setulen di Barat. Oleh hal yang
demikian, prinsip sekularisasi diterapkan bagi mencapai keharmonian agama dan kepercayaan individu.
Namun begitu, hal ini juga telah menyebabkan berlakunya perdebatan agama di dalam politik. Misalnya,
kewujudan pelbagai parti di dalam masyarakat Malaysia yang dimana, sentimen perkauman dan agama
acapkali dijadikan bahan utama topik perbahasan kebanyakan ahli politik. Hal ini bersesuaian dengan
perkara yang berlaku baru-baru ini. Isu sensitif yang merupakan sejarah hitam bagi rakyat Malaysia di
provok oleh anak-anak muda di media massa sebagai ugutan kepada bangsa lain. Dalam hubungan ini,
ideologi sekularisme dapat dilihat di sini sebagai senjata untuk menjamin keharmonian masyarakat
dengan adanya undang-undang. Perkara ini juga disebut di dalam Perlembagaan Negara dibawah Perkara
149 berkenaan undang-undang menentang perbuatan subversif ataupun tindakan yang memudaratkan
ketenteraman awam. Telah disebut di bawah perkara ini bahawa mana-mana perbuatan mahupun
perkataan yang disuarakan yang boleh menimbulkan perasaan jahat dan permusuhan diantara kaum yang
berlainan atau golongan penduduk yang berlainan yang mungkin menyebabkan apa-apa keganasan
berlaku. Maka disini izharlah bahawa pentingnya semua kaum dengan jaminan keadilan sosial antara
kaum dipelihara. Tuntasnya, ideologi sekularisme dijadikan asas bagi mengelak dan mengawal konflik
kepada masyarakat.

Faktor seterusnya berlaku penyebaran sekularisme di kalangan masyarakat kini adalah melalui
penulisan dan media massa. Dalam era pasca merdeka ini, kemajuan dari segi teknologi komunikasi giat
membangun. Hal ini menjadikan manusia semakin mudah untuk mendapat pelbagai maklumat dan
informasi kerana segalanya hanya berada dihujung jari. Berbanding pada zaman dahulu, manusia sukar
untuk memperoleh maklumat kerana teknologi di masa itu sangat terhad membuatkan mereka tidak dapat
berhubung antara satu sama lain terutamanya yang berada di lain daerah. Akibat jaringan teknologi
maklumat yang terbatas, satu-satunya sumber informasi mereka hanyalah daripada bahan bacaan seperti
majalah, buku-buku ilmiah, dan akhbar. Oleh itu, umat Islam pada zaman dahulu sudah semestinya
terpelihara daripada ideologi mahupun budaya asing yang tidak baik kerana perkara itu adalah sukar
untuk menembusi kedalam pemikiran dan jiwa mereka di zaman itu. Media massa dan penulisan
memainkan peranan yang amat penting dalam penyebaran maklumat sama ada yang baik atau sebaliknya.
Hal ini demikian, penulisan mahupun media massa merupakan ejen yang berpengaruh untuk
menyebarkan maklumat, ideologi, berita terkini, fitnah, perniagaan dan sebagainya. Tambahan lagi, pada

4
tahun 2021 dilaporkan bahawa 98.2% orang rakyat Malaysia mempunyai telefon pintar. Ini bermakna
sebarang informasi yang dihantar melalui medium media massa adalah sepantas kilat untuk diterima oleh
setiap individu tidak kira dimanapun keberadaan mereka. Persoalannya, adakah perkara ini membawa
kepada kebaikan? Ataupun ia akan membawa kepada bencana kepada individu, masyarakat, negara dan
juga agama? Misalnya, anak muda masa kini gemar mengikuti perkembangan semasa. Tidak kiralah dari
segi fesyen, teknologi, dan gaya hidup. Mereka berlumba-lumba antara satu sama lain siapa yang paling
mengikut gaya yang terkini. Kita semua tahu perkembangan fesyen masyarakat barat paling disanjung
kerana terdapat ideologi barat yang membuatkan bangsa lain percaya bahawa bangsa barat inilah yang
paling hebat dikalangan yang lain. Dengan adanya jaringan komunikasi yang meluas, gambar model yang
berpakaian bertentangan dengan ajaran Islam tersebar luas di dada akhbar mahupun di laman sosial. Anak
muda yang diibaratkan sebagai span akan menyerap segala amalan buruk yang ditunjukkan golongan jahil
ini dan mengamalkannya dalam kehidupan seharian mereka. Hal ini bertambah parah apabila mereka
yang sudah biasa hidup sebegini akan hilang rasa malu malahan bangga dengan perbuatan mereka dan
menganggap cara pemakaian yang singkat dan menjolok mata adalah estetik walaupun realitinya ia
merupakan suatu yang bercanggah dengan agama dan sudah semestinya dimungkiri Allah.

Faktor yang mengundang kepada penyebaran sekularisme di kalangan masyarakat kini yang
seterusnya ialah melalui sistem pendidikan. Demi mengejar kemajuan, pendidikan dasar pandang barat
dianggap sebagai suatu yang moden berbanding pendidikan yang telah diamalkan masyarakat Islam dari
zaman berzaman. Pendidikan berlandaskan Islam dikatakan sebagai suatu yang kolot dan tidak seiring
zaman kerana terdapat pelbagai peraturan. Sistem pendidikan sekular telah diperkenalkan bagi
membolehkan setiap individu mendapat hak kebebasan untuk berfikiran terbuka bagi melakukan perkara
yang dicegah agama sesuka hati mereka. Sebagai contoh, ideologi sekular barat yang terkenal ialah
lesbian, gay, bisexual, transgender atau lebih dikenali sebagai LGBT. Ideologi ini membenarkan manusia
menjalinkan hubungan sejenis dan menukar bentuk fizikal diri kepada jantina yang sebaliknya. Sebagai
contoh, lelaki yang berpakaian sebagai seorang wanita dan wanita berpakaian sebagai seorang lelaki.
Walaupun pada mulanya masyarakat barat itu sendiri telah menolak budaya hubungan homoseksual ini,
namun kini mereka telah pun menerimanya dan menerapkan didalam pendidikan anak-anak mereka
bahawa setiap individu mempunyai hak bersuara dan orang lain harus menghormati dan tidak
mempersoalkan. Jika anak muda telah didedahkan dengan gaya hidup bebas seperti ini sedari awal, kelak
hancurlah masa depan negara. Umum sedia maklum gaya hidup bebas akan mengundang pelbagai
masalah seperti terdedah kepada penyakit berbahaya seperti AIDS dan HIV yang tiada ubatnya. Namun
begitu, jika kita lihat dari sudut yang lebih terperinci, golongan LGBT ini sudah pun wujud di dalam
kalangan masyarakat kita, masyarakat yang beragama Islam terutamanya. Mereka yang pada mulanya

5
hanya didedahkan bagi tujuan pendidikan, telah cuba untuk merasakannya sendiri. Apabila mereka sudah
terjebak dalam kancah ini, mereka akan menyebarkan ideologi dan kegiatan tersebut kepada rakan-rakan
mereka. Maka, lebih ramai orang yang akan terdedah dengan ideologi ini dan memilih untuk menyertai
komuniti tersebut. Keadaan ini adalah sangat membimbangkan kerana agama Islam sangat menegah
umatnya daripada melakukan perkara yang dilaknat Allah. Kita sendiri telah diceritakan tentang apa yang
berlaku kepada kaum Luth melalui al-Quran. Oleh hal yang demikian, sebagai umat Islam yang
berwibawa dan beriman, kita hendaklah bersama-sama menghalang ideologi sekularisme ini daripada
menjadi bertambah parah kerana sekularisme adalah musuh kepada agama.

6
IMPAK DAN KESAN SEKULARISME TERHADAP KELUHURAN
AGAMA UMAT ISLAM

Dari segi aspek impak dan kesan sekularisme perkara ini lebih banyak memberikan kesan negatif
berbanding kesan positif kepada umat Islam lebih-lebih lagi dari segi akidah dan pemikiran. Impak dan
kesan sekularisme dapat dibahagikan kepada tiga kategori iaitu kepada individu, masyarakat dan negara.
Pertama sekali kita akan lihat kesan sekularisme kepada individu. Sekularisme boleh membentuk individu
yang bersifat materialistik dan jauh dari perkara-perkara kerohanian. Hal ini dapat kita lihat dalam sistem
pendidikan Barat yang telah dicemari dengan sekularisme di mana subjek-subjek agama diketepikan dan
lebih menekankan subjek yang lebih berkaitan dengan duniawi. Seringkali kita lihat subjek-subjek agama
akan diletakkan pada akhir jadual waktu harian di mana waktu ini merupakan waktu yang kurang
memberi impak kepada pelajar kerana pelajar sudah hilang fokus setelah seharian mempelajari
subjek-subjek lain. Perkara ini dipanggil sebagai dualisme di mana akademik dan kerohanian dipisahkan
menjadi dua aliran berbeza. Terdapat satu falsafah Barat yang menggambarkan perkara ini iaitu beliau
mengatakan bahawa ilmu metafizik dan akademik bersifat terasing dan tidak boleh untuk disatukan
kerana tiada titik persamaan antara fizik dan metafizik. Natijahnya, sekularisme akan berterusan
menyebabkan manusia semakin terpesong dan menjauhi agama sekaligus mempengaruhi minda dan cara
pemikiran mereka. Seperti yang kita dapat lihat sekarang berlakunya penyelewengan yang terjadi akibat
daripada kurangnya penguasaan di dalam sesuatu ilmu serta pengetahuan yang cetek dalam bidang agama
lalu menyebabkan pertembungan antara ilmu pengetahuan moden dan roh Islam hingga gagal
menemukan penggabungan dalam ilmu-ilmu tersebut (Razak & Lubis, 2017). Bukan itu sahaja,
sekularisme juga akan menyebabkan tercetusnya ajaran humanisme yang melahirkan pusat perbincangan
semua perkara yang berkaitan dengan ideologi dan keterbatasan manusia. Perkara ini sangatlah perlu
dielakkan kerana boleh melahirkan individu yang berpemikiran dan bersifat sekular materialistik (Ismail
& Anwar, 2011). Secara amnya, Islam menolak sekularisme kerana perkara ini boleh mendorong kepada
ateisme (Suaidi, 2014).

7
Seterusnya kita beralih pula ke kesan sekularisme yang kedua iaitu kesan kepada masyarakat.
Secara khususnya sekularisme akan mempengaruhi sistem politik di mana hujah dan nilai sekularisme
akan sering digunakan di dalam medan politik dengan beralasankan ciri-ciri serta nilai Islam tidak wajar
dipraktikkan di dalam bidang politik kerana dikatakan ketinggalan zaman serta tidak selari dengan era
moden dan globalisasi kini (Hoffstaedter, 2013). Warga pendidik terutamanya perlulah sentiasa cakna
akan rohani dan kepelbagaian agama dalam kalangan pelajar kerana dikhuatiri konsep sekularisme
diterapkan di dalam diri pelajar secara tidak sengaja (Speers & College, 2008). Seringkali kita dapat
melihat melalui mata kasar bagaimana masyarakat kini mudah sekali menerima nilai sekular untuk
dipraktikkan dalam kehidupan seharian dan minda mereka sehinggakan sanggup mengenepikan agama
sekaligus menjauhkan diri mereka sendiri dari agama (Simpson & Rios, 2019). Sekularisme ini boleh
dikategorikan sebagai satu bentuk penjajahan secara mental kerana sifatnya yang membentuk dan
mengubah dasar masyarakat (Aziz, 2016). Masyarakat sekular mempunyai sistem politik yang berasaskan
kebebasan, kesaksamaan, dan persaudaraan. Ia juga mempunyai adat dan tabiat berbeza yang berbeza
dengan masyarakat beragama. Apa yang dilakukan oleh sekularisme ialah cuba mempengaruhi
masyarakat supaya konflik agama dapat dielakkan. Ia memfokuskan kepada ideologi sekularisme, yang
bermaksud bahawa manusia tidak akan terpengaruh dengan kepercayaan agama mereka. Ini akan
membantu untuk mengelakkan konflik daripada berlaku dan akan lebih diselesaikan. Sesetengah orang
berpendapat bahawa memisahkan agama dan politik adalah idea yang baik, tetapi ia tidak selalu menjadi
seperti itu. Kadang-kadang, apabila orang cuba memisahkan agama dan politik, mereka mempunyai
banyak masalah kerana orang dalam dunia Islam tidak belajar untuk melakukan sesuatu seperti yang kita
lakukan di sekolah kita. Ini telah menyebabkan banyak masalah di dunia, seperti apabila orang tidak tahu
bagaimana untuk berfikir tentang sesuatu dengan cara yang rohani dan akademik. Tetapi, lama kelamaan
keadaan boleh menjadi lebih baik jika Islam terus memainkan peranan yang besar dalam pendidikan. Ilmu
Islam dikaji agar tidak mengikat tamadun moden yang sekular dan materialistik. Ilmu Islam adalah
berdasarkan akal dan bahasa.

8
Akhir sekali ialah kesan sekularisme terhadap negara. Golongan sekular dan sekutu liberal
banyak memberi kesan kepada negara terutamanya dalam tampuk pemerintahan negara tersebut (Hafidah,
2018). Bukan itu sahaja, terdapat juga gerakan yang merancang untuk menghancurkan akidah umat Islam
di Malaysia dan gerakan ini semakin hari semakin ketara serta operasi yang mereka jalankan juga lebih
terbuka (Rohman, 2015). Di Malaysia, institusi keagamaan sangatlah tidak selari dengan ajaran dan
fahaman Islam liberal (Jalal, 2017). Namun begitu, jika kita melihat pada negara Turki, negara tersebut
lebih memilih untuk mengekalkan pebawakan sekular di dalam diri rakyat mereka dengan tujuan ingin
menghidupkan kembali unsur Islam serta menjadikan Islam sebagai perkara utama dalam negara mereka
(Reuters, 2016). Terdapat teori yang mengatakan negara sedang melalui fasa di mana pertubuhan agama
tidak lagi dilihat sebagai masalah. Manakala di negara Indonesia pula, isu sekularisme selalu diutarakan
sehingga negara tersebut telah diisytiharkan sebagai negara yang sedang melalui fasa sekularisasi. Ini
adalah untuk mewujudkan keadilan antara negara, kemakmuran dan amanah dalam pentadbiran negara
(Adriyanti, 2013). Golongan sekular akan menerima hak kebebasan beragama yang berpaksikan keadilan
akal.

9
LANGKAH MENGATASI FAHAMAN SEKULARISME DARI SUDUT
PANDANGAN ISLAM

Fahaman sekularisme yang melanda masyarakat hari ini bukanlah satu masalah yang boleh kita
ambil mudah. Jika isu ini tidak dibendung atau ditangani lebih awal, tidak mustahil lebih banyak
golongan yang akan mudah terpengaruh dengan fahaman ini lalu ia akan berkembang dan berleluasa di
negara kita. Oleh yang demikian, pendekatan perlu diambil untuk mengatasi fahaman ini yang jelas jauh
dari ajaran Islam. Tambahan pula, sebagai umat Islam, kita tidak seharusnya memandang Islam sebagai
agama semata-mata. Berpandukan Al-Quran dan As-Sunnah yang hukum dan ajarannya tidak pernah
ditelan zaman, seharusnya kita menyimpan segala ilmu yang diperoleh daripada kedua-dua panduan ini
agar sentiasa berada di landasan yang benar. Oleh itu beberapa langkah yang boleh kita praktikkan adalah
seperti berikut.

Antara langkah-langkah yang dapat diambil untuk membanteras fahaman sekularisme ini adalah
melalui pendidikan di negara kita. Pendidikan di negara kita mestilah berteraskan al-Quran dan as-Sunnah
yang berdasarkan dengan prinsip tauhid dan mengesakan Allah S.W.T. Pihak pendidikan dapat
mengadakan kelas pengajian agama melalui pelbagai cara seperti penulisan ilmiah, ceramah, dan
sebagainya untuk memperingati masyarakat akan bahaya sekularisme terhadap diri, keluarga, negara dan
agama kita. Hal ini dapat membantu masyarakat kita lebih prihatin terhadap permasalahan ini agar ia
tidak menular dengan berleluasa dalam fikiran umat Islam di negara kita. Para ilmuan Islam pada masa
kini berusaha untuk memberi kesedaran kepada umat Islam tentang bahaya sekularisme dengan
menghidupkan sunnah dalam kehidupan dan mempraktikkannya. Apabila umat Islam berjaya
menzahirkan keunggulan Islam, ia akan dapat membuktikan bahawa Islam dapat memberi kemajuan
seperti bangsa lain walaupun tidak mengamalkan ajaran sekular. Umat Islam juga berperanan dalam
mengatasi fahaman sekularisme dengan mengagungkan tamadun Islam yang berjaya dalam pelbagai
aspek. Umat Islam mestilah bersatu hati dalam membendung permasalahan ini dengan memupuk
keazaman yang jitu dalam diri untuk mempertahankan dan memperjuangkan kegemilangan Islam di
negara kita yang tercinta.

Selain itu, fahaman sekularisme yang semakin berleluasa dalam kalangan umat Islam pada masa
kini dapat diatasi sehingga ke akar umbi dengan pihak kerajaan mengharamkan segala media berunsurkan
fahaman sekularisme yang bercanggah dengan ajaran dan peraturan agama Islam. Terdapat banyak media
yang ditayangkan di platform sosial media pada masa kini mempunyai unsur-unsur negatif disebabkan
oleh segelintir masyarakat yang tidak bertanggungjawab. Ini menyebabkan, ramai orang pada masa kini

10
mudah terpesong dan menentang penghayatan agama Islam sebagai panduan hidup utama dalam hidup
mereka.Senario ini amat bercanggah dengan tuntutan daripada Allah SWT yang memerintah supaya kita
sebagai umat Islam untuk menerima dan melakukan peraturan Islam itu secara menyeluruh tanpa
berfikiran untuk menerima sebahagian sahaja atau menolak sebahagian daripadanya sepertimana yang
dilakukan oleh masyarakat Yahudi dan Nasrani sebelum ini terhadap kitab Taurat yang telah diwahyukan
oleh Allah SWT kepada mereka.Oleh itu, pihak kerajaan perlulah mengambil tindakan tegas mengikut
akta undang-undang terhadap segelintir masyarakat yang tidak bertanggungjawab menyebarkan ideologi
sekularisme ini supaya mereka sedar dan insaf atas perbuatan yang telah dilakukan.Dalam masa yang
sama, pihak kerajaan juga haruslah mencari alternatif lain dengan menukarkan media yang berunsurkan
sekularisme ini kepada bahan-bahan ilmiah lain yang lebih berfaedah supaya dapat melahirkan umat
Islam yang mempunyai nilai-nilai murni dan berakhlak mulia seperti yang digambarkan dalam agama
Islam.Sebagai contoh,pihak kerajaan mengeluarkan satu media berkaitan ilmu keagamaan dan
prinsip-prinsip Islam yang berlandaskan Al Quran dan as-Sunnah yang telah diwahyukan kepada
Rasulullah SAW untuk panduan sekian umat Islam.Impaknya, umat Islam dapat memahami peraturan
Islam secara menyeluruh dan lengkap dan mentaati segala perintah yang telah diwajibkan oleh
Nya.Seperti dalam firman di bawah :

Surah Al-Baqarah (2:208)

Maksud :Hai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam secara keseluruhannya, dan
janganlah kamu turut langkah-langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu.

Jelaslah bahawa berdasarkan firman Allah SWT dalam ayat di atas menyatakan bahawa umat Islam wajib
menghayati agama Islam dengan menyeluruh dan menghindari diri dari fahaman lain seperti sekularisme.
Justeru itu,sudah terang lagi bersuluh sememangnya fahaman sekularisme dalam kalangan umat Islam
dapat diatasi dengan tuntasnya apabila pihak kerajaan mengharamkan segala media berunsurkan fahaman
sekularisme yang bercanggah dengan ajaran dan peraturan agama Islam.

Di samping itu, langkah yang relevan dapat diambil dalam mengatasi fahaman sekularisme yang
kian menular ini dengan kita mengaplikasikan peraturan-peraturan dan syariah yang dituntut agama Islam
dalam kehidupan seharian.Sebagai muslimin,kita sewajarnya yakin bahawa segala peraturan dan syariat

11
yang termaktub dalam Islam ini adalah benar dan telah diguna pakai sejak dahulu kala lagi malahan lebih
lengkap dan sempurna jika dibandingkan dengan undang-undang jenayah sivil.Sebagai contoh,dalam
undang-undang Islam atau lebih dikenali sebagai syariah Islam mempunyai konsep pengampunan bagi
mereka yang terlibat dalam kes pembunuhan manakala bagi kes zina syariah Islam menetapkan supaya
mangsa mempunyai seorang saksi yang kuat sekuranya bagi mengelakkan berlakunya fitnah terhadap
mangsa dan kes curi perlulah disiasat dengan amat teliti dan amanah supaya tidak menganiaya orang yang
tidak bersalah.Namun jelaslah bahawa setiap kesalahan dan pertuduhan akan dikenakan hukuman
berdasarkan undang-undang Islam yang bukan sekadar meliputi jenayah syariah sahaja dan dihukum
mengikut hukum syarak yang ditetapkan, akan tetapi ianya juga merangkumi segala jenis jenayah
termasuklah jenayah sivil.Senario ini amat jauh berbeza dengan undang-undang yang berasaskan fahaman
sekularisme yang mengenakan hukuman tanpa soal siasat yang teliti dan saksi yang kuat terhadap jenayah
berlaku.Mereka yang mengamalkan fahaman sekularisme ini lebih cenderung untuk mengaplikasikan
undang-undang ciptaan manusia yang bersumberkan golongan kafir daripada undang-undang Islam yang
telah diwahyukan oleh Allah SWT kepada Rasulullah SAW.Jelaslah bahwa agama Islam ini adalah
panduan hidup yang lengkap dan sempurna bagi muslimin yang hidup di atas muka bumi ini berbanding
fahaman sekularisme yang bergantung kepada pemikiran manusia semata-mata.Justeru itu, fahaman
sekularisme dalam kalangan umat Islam dapat dibanteras apabila kita mengaplikasikan
peraturan-peraturan dan syariah yang dituntut agama Islam dalam kehidupan seharian.

12
KESIMPULAN

Fahaman sekularisme adalah agenda musuh islam untuk menghancurkan kesatuan umat dan
kekuatan Islam. Musuh-musuh islam tidak akan pernah berhenti untuk menjatuhkan dan melemahkan
umat islam. Penyebaran corak pemikiran sekularisme ini merupakan antara cara halus mereka untuk
melemahkan akidah umat islam. Hal ini dilaksanakan melalui pemisahan antara urusan dunia dan agama
islam. Fahaman sekularisme ini amat berbahaya kepada masyarakat khususnya generasi muda yang
mudah terikut-ikut dan terdedah kepada ideologi ini khususnya melalui media sosial. Oleh yang demikian
ilmu agama perlu diterapkan dalam setiap lapisan masyarakat supaya penyebaran fahaman sekularisme
ini dapat disekat dan dihapuskan.

Umat islam juga perlulah mula menerapkan konsep islam sebagai ad-din ataupun cara hidup iaitu
dengan cara mengaplikasikan konsep dan panduan yang ditetapkan islam dalam setiap aspek kehidupan
dari aspek kehidupan bersosial, ibadah, pendidikan sehinggalah kepada pemerintahan sesebuah negara.
Umat islam perlu kembali kepada Islam yang syumul yakni yang sempurna dalam semua aspek
kehidupan. Setiap individu juga perlu berpegang teguh dengan tali Allah yang berpandukan al-Quran dan
al-Sunnah. Marilah kita bersama membebaskan diri dan umat dari fahaman sekularisme yang
menyimpang daripada ajaran islam yang sebenar dan mula mencapai semula kegemilangan islam yang
hanya dapat kita kecapi apabila kita mengamalkan islam secara keseluruhannya.

13
RUJUKAN

● Azmi Aziz. (2016). Isu-isu agama dan sekularisme dalam ruang sosio-politik di Malaysia(Issues

of religion and secularism in the socio-political space in Malaysia). Geografia: Malaysian

Journal of Society and Space, 12(14).

● Ibrahim, M. Y. B. (Ed.). (2019). Sekularisme: Faktor, Penyebaran Dan Langkah Mengatasinya

Dari Sudut Pandang Islam. Retrieved from

http://www.ijhpl.com/PDF/IJHPL-2019-08-12-15.pdf

● Mardhotillah-bp, D. O. (n.d.). Burulah cinta yang hakiki. Blogspot.com. Retrieved December 7,


2022, from
http://mardhotillah-bp.blogspot.com/2008/05/sekularisme-ancaman-dan-penyelesaian.html
● Pengaruh media terhadap pemikiran dan jiwa umat Islam. Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia.

(2015, October 26). Retrieved December 9, 2022, from

https://www.yadim.com.my/v2/pengaruh-media-terhadap-pemikiran-dan-jiwa-umat-islam/

● Yanti Nazirah, (2012, April 28). Sekularisme,

https://www.slideshare.net/YantiNazirah/sekularisme-12725866

● PAKITAM, (2001, Mac 11), Sekularisme di Malaysia: suatu catatan,

https://mindarakyat0.tripod.com/2001mac/i2001-0742.htm

● Ashaari Selamat, (2002, Julai 6), Sekularisme dan umat islam,

https://dewantamadunislam.jendeladbp.my/2022/07/06/2844/

14

Anda mungkin juga menyukai