Anda di halaman 1dari 71

NAMA KURSUS :

KAEDAH PENYELIDIKAN TERAPAN

KOD KURSUS :

USK20603

NAMA PROGRAM :

IJAZAH SARJANA MUDA USULUDDIN DAN KAUNSELING

SESI PENGAJIAN :

SEM IV SESI 2022/23

NAMA PENSYARAH :

MOHD RAHIM BIN ARIFFIN

TAJUK TUGASAN :

PENGARUH PENDIDIKAN FORMAL TERHADAP KEFAHAMAN REMAJA


BERHUBUNG KEBEBASAN BERAGAMA : KAJIAN KES DI SMKA SHEIKH
ABDUL MALEK
BIL NAMA AHLI NO
MATRIKS

1. MUHAMMAD AFIF BIN MOHD ZAINUDIN 065956

2. NABIL ABQARI BIN AMAN DAIMA 067538

3. MUHAMMAD NABIL BIN ABDUL RAHMAN 068847

4. MOHAMMAD RASHDAN BIN MOHAMMAD RIDUAN 068879

2
ISI KANDUNGAN

PERKARA MUKA SURAT


BIL

1.0 Bab 1 4-13

2.0 Bab 2 14-19

3.0 Bab 3 20-30

4.0 Bab 4 31-61

5.0 Bab 5 62-68

6.0 Rujukan 69-70

3
BAB 1

PENDAHULUAN

1.0 PENGENALAN

Kebebasan beragama merupakan salah satu hak kebebasan asasi yang diiktiraf oleh Malaysia
kepada setiap warganegara di bawah Perlembagaan Persekutuan. Pada peringkat antarabangsa,
pengiktirafan diberikan terhadap hak kebebasan beragama antaranya melalui instrumen
antarabangsa seperti Perisytiharan Sejagat Hak Asasi Manusia 1948 (UDHR 1948) serta Waad
Antarabangsa Berkaitan Hak Sivil dan Politik 1966 (ICCPR 1966). Kebanyakan negara di
dunia juga mempunyai peruntukan mengenai kebebasan beragama walaupun liputan terhadap
tahap kebebasan khususnya hak untuk menukar agama berbeza antara sebuah negara dengan
negara yang lain.

Agama disebut sebagai al-Din dalam Bahasa Arab yang merangkumi maksud perkara berkaitan
syiar, budaya, hukum peraturan, kaedah-kaedah yang menghubungkan antara kewujudan
manusia dengan Tuhannya. Ia adalah fitrah setiap manusia dan berperanan dalam membentuk
kehidupan di dunia yang juga mempunyai hubungan dengan kehidupan akhirat (al-Maraghi
2016). Manakala kebebasan beragama merujuk kepada kebebasan individu untuk menganut
dan meyakini apa sahaja perkara sama ada ia agama atau bukan. Ini bermakna seseorang itu
bebas untuk memiliki kepercayaan tentang Tuhan. Kefahaman begini menjadikan seseorang
mudah untuk melakukan penyelewengan atas nama agama seterusnya melakukan jenayah.
Sedangkan agama memainkan peranan penting dalam pembentukan cara hidup, tingkah laku
dan perbuatan. Melaluinya manusia terhalang daripada melakukan kezaliman dan terdorong
kepada kebaikan. Ia juga menghasilkan ketenangan kepada individu dan masyarakat (al-
Maraghi 2016).

Kebebasan ini juga tidak terhad kepada kepercayaan atau pilihan seseorang untuk
menentukan agamanya, seseorang itu juga bebas untuk mengamalkan atau tidak agamanya
serta bebas untuk mengisytiharkannya atau tidak. Kebebasan ini juga menggambarkan bahawa
orang lain tidak boleh memaksa untuk tukar atau keluar agama yang telah dipilih. Sebarang
pengisytiharan atau perlambangan agama juga adalah bebas selagi ia tidak melampaui batas
undang-undang sebuah negara atau tempat. Batasan ini bertujuan memelihara keharmonian
masyarakat dalam konteks yang lebih umum (Gibson, J.S. 2014).

4
Namun, Islam begitu mengambil berat berkenaan kesahihan dan keteguhan akidah
seorang Muslim. Ia kerana kepincangan yang berlaku akan menjadikan manusia cenderung
melakukan jenayah hingga mengakibatkan kecelaruan dalam masyarakat.

Keimanan yang sebenar menjadikan Muslim itu berfikir sebelum melakukan maksiat, hatinya
sentiasa sedar akan tindakan jasadnya. Setiap perkara dinilai dari aspek perintah atau larangan
Allah SWT. Maka, iman yang benar dan kukuh menghasilkan individu yang jauh daripada
maksiat.

Kemajuan berfikir dan keupayaan berkongsi maklumat melalui sistem telekomunikasi


yang cepat dan canggih menjadikan isu-isu berkaitan agama sering mendapat perhatian
masyarakat pelbagai peringkat di Malaysia. Selain isu-isu berkaitan pandemik covid 19, isuisu
penting berkaitan agama yang mula dibicarakan secara terbuka adalah mengenai hak kebebasan
beragama. Hak yang dimaksudkan termasuk hak untuk menukar kepercayaan agama, hak untuk
menyatakan pegangan agama secara terbuka dan hak untuk mengisytiharkan kepercayaan
melalui amalan, ajaran dan penyebaran. Perbahasan mengenai isu-isu ini jika tidak dikawal atau
ditangani dengan berhati-hati, ia mampu mempengaruhi cara berfikir masyarakat khususnya
generasi muda Islam. Dalam dunia terbuka pada hari ini, implikasi daripada pandangan
kumpulan ini berkemungkinan membawa generasi muda berfikir lebih daripada had-had yang
dibenarkan dalam agama terutama bagi mereka yang tidak memiliki asas dalam memahami
teks dan konteks satu-satu ayat al-Quran dan hadis. Lebih buruk, apabila corak dan cara berfikir
seperti ini boleh membawa kepada tindakan yang lebih agresif seperti fanatik, jumud, liberal,
ekstrem dan radikal. Artikel ini telah membincangkan mengenai hak kebebasan beragama
daripada pelbagai perspektif. Perbahasan ini penting sebagai persediaan untuk kita melihat dan
mengenal pasti dengan lebih dekat sejauh mana nilai ini dikongsi bersama dengan generasi
muda tentang dalam membentuk hala tuju yang lebih konsisten dalam memelihara Islam
sebagai agama bagi Persekutuan Malaysia sebagaimana yang dinyatakan dalam Perkara 3(1)
Perlembagaan Persekutuan.

Kehidupan di era langit terbuka ini adalah suatu yang sukar dan sangat berisiko. Senario
seseorang yang merasakan kefahaman kepada sesuatu isu itu adalah memadai dengan melalui
sumber yang disebarkan melalui media sosial seperti Facebook, WhatsApp, Twitter dan
Instagram adalah suatu yang membimbangkan. Sebaran tanpa had dan kemudahan serta
kebebasan mengakses maklumat tanpa sekatan mendedahkan pengguna kepada maklumat-

5
maklumat yang tidak tepat dan tidak memiliki sumber-sumber yang asli. Sesuatu yang “tular”
atau “viral” melalui media-media yang disebutkan ini sangat mudah untuk dieksploitasikan.
Implikasinya sangat besar lebih-lebih lagi apabila sesuatu isu itu dikaitkan dengan agama.

Sebagai contoh, baru-baru ini munculnya kontroversi filem Mentega Terbang di mana
filem ini mengisahkan tentang kebebasan beragama yang mengundang kecaman kerana
mempermainkan agama Islam. Di mana filem mini mengisahkan tentang seorang remaja
perempuan islam yang mempersoalkan cara hidup agama Islam yang tidak diberi kebebasan
berbanding dengan agama-agama lain seperti Kristian, Budhaa, Hindu dan sebagainya. Hal ini
menunjukkan bahawa betapa kurangnya pengetahuan seseorang remaja dalam isu kebebasan
beragama. Selain itu, jika dirujuk kepada ajaran agama Islam, peruntukan Perlembagaan
Malaysia adalah untuk mementingkan kesejahteraan awam dalam menentukan perhubungan
antara penganut agama. Namun dengan keadaan ini yang menyebabkan punca kepada
kerosakan akidah rakyat Malaysia yang beragama Islam khususnya kepada remaja pada masa
kini.

Jika kita lihat, definisi umur remaja merangkumi umur sekitar 13 hingga 21 tahun di
mana mereka mudah terpengaruhi dengan budaya dan tingkah laku yang dibawa oleh
agamaagama lain. Walaubagaimanapun Islam tidak menghalang dalam peruntukan kebebasan
orang awam dalam konteks kebebasan beragama, bahkan Agama Islam tidak membenarkan
sesama sekali untuk menentang dan menolak agama-agama adalah kerana tidak mahu
menimbulkan konflik pertentangan antara agama Islam dan agama-agama lain. Namun begitu,
dengan cara hidup dan tingkah laku serta anasir-anasir yang dibawa oleh agama lain yang
menyebabkan timbulnya satu penentangan dimana boleh merosakkan akidah umat Islam di
Malaysia khususnya kepada remaja-remaja. Hal ini demikian kerana tidak semua remaja yang
mempunyai latar belakang pendidikan yang baik kerana ada antara mereka di mana latar
belakang pendidikan hanya setakat pendidikan rendah sahaja yang menyebabkan punca mereka
kekurangan ilmu tentang isu kebebasan beragama sehingga mempengaruhi mereka ke arah
perbuatan dan cara hidup yang dibawa oleh agama-agama lain. Namun bagi mereka yang
mempunyai tahap pendidikan yang tinggi, mereka tidak akan mudah sesekali terpengaruh
dengan ajaran yang dibawa oleh agama lain dengan berpegang kepada ajaran yang benar iaitu
agama Islam.

6
2.0 PERNYATAAN MASALAH

Kebebasan beragama merupakan satu isu yang sering mengancam akidah umat islam di
Malaysia. Negara kita pernah menyaksikan beberapa isu kebebasan beragama seperti isu
kalimah Allah (2008) dan isu Natrah (1950). Menurut Mujahid Yusof Rawa (2013) pertikaian
penggunaan kalimah Allah bermula pada 16 Februari 2009 apabila Ketua Paderi Roman
Katolik Kuala Lumpur, Tan Sri Murphy Pakiam memfailkan semakan kehakiman berhubung
penggunaan kalimah Allah dalam penerbitan gereja itu serta menamakan Kementerian Dalam
Negeri (KDN) dan kerajaan sebagai responden. Keadaan ini berlaku apabila pihak gereja
menggunakan kalimah Allah sebagai terjemahan untuk "God" bagi terjemahan Bible Bahasa
Malaysia. Pihak gereja menuntut deklarasi bahawa keputusan Menteri Dalam Negeri ketika itu,
Dato' Seri Hishammuddin Tun Hussein pada 7 Januari 2009 berhubung larangan penggunaan
kalimah Allah dalam “The Herald” tidak sah. Menurut pihak gereja lagi, kalimah Allah
bukanlah eksklusif kepada penganut agama Islam sahaja.

Namun, kerajaan berhujah bahawa kalimah Allah hanya boleh digunakan secara
eksklusif oleh orang Islam. Pada 31 Disember 2009, Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Lau Bee
Lan memerintahkan bahawa keputusan Menteri melarang penerbitan “The Herald” itu daripada
menggunakan kalimah Allah menyalahi undang-undang, batal dan tidak sah. Kes ini berlarutan
di mana pada Julai 2013, Titular Roman Catholic Archbishop dari Kuala Lumpur memfailkan
permohonan bagi membatalkan permohonan rayuan kerajaan terhadap keputusan Mahkamah
Tinggi yang tidak membenarkan penggunaan kalimah tersebut. Menurut beliau lagi,
Mahkamah Rayuan menolak dan menetapkan pendengaran penuh rayuan pada 10 September
lalu. Keputusan 10 September untuk rayuan penuh ditangguh kepada 13 Oktober 2013.
Keputusan rayuan pada 14 Oktober 2013 yang lalu menetapkan bahawa “The Herald” tidak
boleh menggunakan kalimah Allah dalam penerbitannya. Sehubungan dengan isu ini berlaku
ketegangan di antara umat Islam yang tidak berpuas hati terhadap tuntutan penganut Kristian
di Malaysia.

Selain daripada itu, menurut, Azian Aziz (2009) terdapat isu pembinaan Kuil Hindu di
Seksyen 23 Shah Alam, Selangor yang telah menimbulkan kemarahan penduduk Melayu Islam
di kawasan berkenaan. Kes ini bermula apabila penduduk di Seksyen 23 membantah cadangan
pembinaan kuil di kawasan mereka yang majoritinya beragama Islam berbanding hanya 40
penganut Hindu.

7
Menurut beliau lagi, ekoran tiada jaminan daripada kerajaan negeri untuk membatalkan
cadangan itu, kira-kira 200 penduduk bertindak mengadakan perhimpunan selepas solat Jumaat
bagi menyuarakan bantahan tersebut. Keadaan bertukar menjadi kecoh dan kontroversi apabila
ada kalangan individu yang menyertai perhimpunan itu membawa kepala lembu semasa
berarak ke bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Selangor. Tindakan ini menimbulkan
kemarahan penganut agama Hindu akibat penghinaan yang melampau. Kesannya telah
mengakibatkan hubungan penganut Islam dan India menjadi tegang. Menurut Syed Mu’az Syed
Putra (2010) keputusan telah dibuat bahawa kuil tersebut akan dipindahkan ke Seksyen 23
dimana pembinaannya bukan di kawasan perumahan tetapi akan dibina di kawasan
perindustrian di Seksyen 23. Perkara ini telah dinyatakan oleh Y.B Puan Rodziah Ismail selaku
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kebajikan, Hal Ehwal Wanita, Sains, Teknologi dan Inovasi,
Negeri Selangor. Beliau menegaskan keputusan telah dibuat selepas mengambil kira pandangan
semua pihak termasuk pengurusan Kuil Sri Maha Mariaman. Pihak pengurusan kuil telah
bersetuju dengan keputusan tersebut dan berharap semua pihak termasuk penduduk di Seksyen
23 dapat menerima keputusan ini. Rentetan daripada beberapa kes dan insiden di atas telah
memperlihatkan hubungan antara agama yang kurang harmoni di Malaysia.

Disamping itu, Menurut artikel bertajuk permohonan keluar Islam : kajian kes di
mahkamah tinggi syariah negeri Sabah (2015) menyatakan kenyataan yang dikeluarkan oleh
YB Datuk Seri Jamil Khir Baharom pernah membentangkan di Parlimen bahawa terdapat
sejumlah 686 permohonan untuk keluar daripada agama Islam telah dikemukakan di
mahkamah syariah dari tahun 2000 hingga 2010 di seluruh negara. Pemahaman yang salah
terhadap isu kebebasan beragama akan mengundang masalah yang besar kepada umat islam
seperti murtad. Banyak pihak kini mula memasukkan anasir-anasir ideologi tentang kebebasan
beragama melalui pelbagai saluran seperti filem dan media hiburan seperti Mentega Terbang
(2023) dan isu Siti Amira Nastasya Abdullah yang menjadikan Islam sebagai konten kepada
bahan jenakanya ketika mempersembahkan standup comedy di sebuah Café Comedy di Kuala
Lumpur (2022). Filem Mentega Terbang ini telah mengundang banyak kritikan dari orang
ramai kerana membawa mesej mengenai kebebasan beragama yang salah di sisi agama islam.

8
Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd
Na'im Mokhtar, dilaporkan berkata, berdasarkan kajian Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
(JAKIM) mendapati antara punca berlakunya murtad di Malaysia adalah kerana pengaruh
media sosial dan kelemahan pegangan terhadap agama Islam itu sendiri yang berpunca
daripada kurang tarbiah dari ibu bapa dan cara untuk mengatasi masalah ini dengan
memberikan Pendidikan fardhu ain kepada anak-anak sejak dari kecil. Antara kepentingan
untuk remaja Islam memahami dengan baik tentang kebebasan beragama agar mereka tidak
mudah terpengaruh atau terjebak dengan pemikiran yang bertentangan dengan Islam.

Menurut Aizan binti Ali @ Mat Zin dan Murni binti Buchik dalam artikel bertajuk isu dan
cabaran pendidikan remaja Muslim di Malaysia menyatakan pendidikan formal dan tidak
formal turut berperanan membentuk ideologi serta identiti individu. Pendidikan adalah terdiri
daripada pendidikan formal dan pendidikan tidak formal. Pendidikan tidak formal terdiri
daripada ibu bapa,media, rakan sebaya dan lain-lain.

Sehubungan dengan itu, Peranan Pendidikan formal yang terdiri daripada silibus
pendidikan, gaya pengajaran seorang guru dan aktiviti kokurikulum di luar bilik darjah juga
sangat penting dalam mencorakkan pemahaman yang betul kepada pelajar-pelajar mengenai
isu kebebasan beragama.

Silibus pendidikan akan dinilai dari segi kandungan subjek yang diajar di sekolah, gaya
pengajaran seorang guru pula akan dinilai melalui adakah guru tersebut menyampaikan isi
kandungan subjek dengan jujur atau menyembunyikannya dan dari segi aktiviti kokurikulum
akan dinilai melalui ceramah agama, ceramah motivasi, kempen kesedaran, aktiviti persatuan
dan kelab. Terdapat pelbagai jenis sekolah di Malaysia iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan,
Pondok atau Madrasah, Sekolah Menengah Kebangsaan Agama atau Sekolah Menengah
Agama, Sekolah Swasta dan Kolej Vokasional. Kebiasaannya, Sekolah yang menjadi tumpuan
pelajar adalah sekolah agama. Hal ini demikian kerana, di sekolah agama, bukan sekadar
melahirkan pelajar yang cemerlang malah dapat membina akhlak yang baik dan terpuji

Terdapat beberapa daripada sekolah ini berlainan dari konteks silibus pendidikan, gaya
pengajaran guru dan aktiviti kokurikulum di luar bilik darjah. Kajian ini ingin mengenal pasti
pengaruh pendidikan formal terhadap kefahaman remaja Islam tentang isu-isu kebebasan
beragama di SMKA Sheikh Abdul Malek (SHAMS).

9
3.0 PERSOALAN KAJIAN

Di Malaysia, terdapat pelbagai jenis buah sekolah yang berbeza antaranya termasuklah
Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK), Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA),
Sekolah Swasta, Sekolah Kluster, Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) dan banyak lagi.
Kesemua jenis sekolah ini sememangnya menjadi tumpuan pelajar untuk menuntut ilmu demi
masa depan mereka. Walaupun terdapat pelbagai jenis sekolah yang berbeza di Malaysia ini,
namun visi sekolah masih lagi sama iaitu untuk memberikan pelajar-pelajar memperolehi
kejayaan yang cemerlang dalam pelajaran.

Berdasarkan kenyataan di atas, setiap sekolah di Malaysia ini sememangnya


mempunyai subjek dan silibus pembelajaran yang berbeza. Kajian ini telah menetapkan jenis
sekolah agama yang dipilih untuk menjalankan kajian iaitu di SMKA Sheikh Abdul Malek
(SHAMS). Oleh itu, telah menjadi persoalan adakah di sekolah tersebut telah memasukkan
silibus pembelajaran mengenai isu kebebasan beragama. Selain itu, guru juga memainkan
peranan dalam membentuk jati diri pelajar kearah manusia yang berguna dan beradab pada
masa akan datang. Bukan itu sahaja, guru juga menjadi contoh teladan kepada pelajar-pelajar
dalam melahirkan modal insan yang Berjaya. Sekiranya guru tersebut memberi contoh yang
tidak baik, berpotensi pelajar-pelajar akan mengikut tingkah laku yang ditunjukkan oleh
guruguru mereka. Di samping itu, aktiviti luar kelas sudah semestinya menjadi kegemaran
pelajar oleh kerana tidak melibatkan situasi pembelajaran di dalam kelas. Pelbagai aktitviti
yang dilaksanakan di luar bilik darjah antaranya, aktiviti kokurikulum, motivasi, ceramah dan
banyak lagi. Kesemua aktiviti ini sememangnya memberikan pengajaran yang bermanfaat
mahupun pengalaman kepada mereka untuk mereka menempuhi alam dewasa yang lebih
mencabar.

10
Justeru itu, kajian ini perlu diketengahkan bagi menganalisis beberapa persoalan yang mnenjadi
isu dan permasalahan berkaitan isu kebebasan beragama. Kajian ini dilakukan bagi menjawab
beberapa persoalan seperti berikut:

i. Adakah silibus pengajaran dan pembelajaran di sekolah menengah mempengaruhi


kefahaman remaja Islam terhadap isu kebebasan beragama
ii. Adakah guru mempunyai pengaruh dalam memberi kefahaman tentang isu kebebasaan
beragama dalam kalangan remaja islam
iii. Adakah aktiviti luar kelas dan kokurikulum mempengaruhi kefahaman remaja islam
terhadap isu kebebasan beragama

4.0 OBJEKTIF KAJIAN

Terdapat beberapa objektif kajian yang hendak dicapai oleh kajian ini, iaitu:

i. Mengenalpasti pengaruh silibus pengajaran dan pembelajaran di sekolah menengah


terhadap kefahaman remaja Islam terhadap isu kebebasan beragama
ii. Mengenal pasti peranan guru dalam memberi kefahaman tentang isu kebebasaan
beragama dalam kalangan remaja islam
iii. Mengenalpasti pengaruh aktiviti luar kelas dan kokurikukum mempengaruhi
kefahaman remaja islam terhadap isu kebebasan beragama.

11
5.0 KEPENTINGAN KAJIAN

Sejalan dengan tujuan penelitian di atas, maka kepentingan kajian ini antaranya termasuklah;-

i. Kajian ini menganalisis pengaruh latar belakang pendidikan formal terhadap


kefahaman remaja berhubung kebebasan beragama. Maklumat ini penting adalah
kerana dalam usaha mengenalpasti adakah sekolah-sekolah yang dituntut oleh remaja
memberi kesan terhadap kefahaman mereka berhubung isu kebebasan beragama yang
semakin berleluasa ini.

ii. Melalui pembukuan perkara-perkara di atas maka akan dapat memudahkan para
pengkaji yang akan datang untuk meneliti perkara-perkara yang ada perkaitan
mengenai isu berhubung kebebasan beragama

iii. Kajian terhadap isu kebebasan beragama ke atas kefahaman remaja amatlah penting
kerana golongan belia atau remaja merupakan generasi pembentuk pada masa akan
datang. Hal ini demikian kerana sekiranya remaja mudah terpengaruh dengan
anasiranasir dan cara hidup agama yang lain sudah semestinya akan merosakkan
akidah dan pemikiran remaja seterusnya akan menyebabkan golongan ini mudah
terjebak dengan perkaran yang akan merosakkan diri mereka sendiri seterusnya akan
merundumkan kemajuan ekonomi negara

12
6.0 LIMITASI KAJIAN

Kajian ini tentunya mempunyai limitasi dan batasan tertentu, kerana ada beberapa perkara
yang tidak mampu diterokai yang sudah semestinya melibatkan proses perbahasan yang lebih
lama. Pengkaji akan hanya menyentuh dua aspek sahaja iaitu lokasi dan subjek kajian seperti
berikut.

i. Kajian ini dijalankan di intstitusi Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Sheikh Abdul
Malek (SHAMS) di negeri Terengganu.

ii. Subjek bagi kajian ini seramai 196 orang yang terdiri daripada pelajar tingkatan empat
dan lima yang dipilih secara rawak daripada sekolah yang dipilih iaitu SMKA Sheikh
Abdul Malek (SHAMS).

7.0 HIPOTESIS KAJIAN

i. Terdapat pengaruh silibus pembelajaran terhadap kefahaman pelajar tingkatan empat


dan lima SHAMS terhadap isu kebebasan beragama

ii. Terdapat pengaruh guru dalam memberi kefahaman kepada pelajar tingkatan empat
dan lima SHAMS berhubung isu kebebasan beragama

iii. Terdapat pengaruh aktiviti luar kelas/kokurikulum terhadap kefahaman pelajar


tingkatan empat dan lima SHAMS terhadap isu kebebasan beragama

13
8.0 DEFINISI ISTILAH

Istilah dalaman kajian harus khusus, dan beberapa makna diperkenalkan secara terperinci untuk
mengelakkan salah faham dan kekeliruan. Oleh itu, di sini, gariskan beberapa perkataan yang
boleh menyebabkan kekeliruan

1. Pengaruh:

Menurut kamus pelajar edisi terbitan khas KBBM maksud pengaruh adalah daya atau
kebolehan yang dapat mengubah perangai atau kepercayaan orang. Selain itu, percaya juga
bermaksud kuasa yang dapat mengubah sikap atau menarik perhatian orang lain. Pengaruh juga
dimaksudkan dengan kuasa yang disebabkan oleh kekayaan atau pangkat.

2. Pendidikan Formal:

Pendidikan formal adalah pendidikan yang diselenggarakan dengan jalur pendidikan yang
sistematis, berstruktur, bertingkat dan berjenjang yang terdiri dari pendidikan dasar, pendidikan
menengah dan pendidikan tinggi. Pendidikan formal merupakan pendidikan yang
diselenggarakan di sekolah, perguruan tinggi, atau lembaga pendidikan lainnya.

3. Kefahaman:

Menurut kamus Dewan Bahasa dan Pustaka, kefahaman bermaksud keupayaan atau
kamampuan untuk memahami atau faham tidaknnya seseorang akan sesuatu yang dipelajari,
dibaca dan sebagainya.

4. Remaja:

Menurut kamus Dewan Bahasa dan Pustaka maksud remaja adalah golongan yang mulai untuk
dewasa atau sudah akil baligh atau sudah cukup umur untuk berkahwin.

5. Kebebasan Beragama:

Kebebasan beragama bermaksud hak asasi manusia yang mencakup kebebasan untuk memilih,
menjalankan, mengubah, atau tidak mengikuti agama tau kepercayaan sesat dengan hati nurani

14
BAB 2

TINJAUAN LITERATUR

Pengetahuan akidah dan amalan ibadah pelajar sekolah menengah Kuala Pilah, Negeri
Sembilan

Menurut, Muhamad Zaki Zainuddin dan Khadijah Abdul Razak (2021). Jurnal ini
bertujuan untuk mengkaji tahap pengetahuan dan pengamalan ibadah. Kita sedia maklum
bahawa ibadah seperti solat fardu merupakan ibadah yang paling istimewa. Remaja merupakan
sasaran utama kumpulan kefahaman liberal yang bercanggah prinsip tauhid serta boleh
mencetuskan kecelaruan akidah dan gejala murtad. Seterusnya , metodologi yang digunakan
adalah kajian kuantitatif menggunakan reka bentuk tinjauan. Tinjauan ini melibatkan seramai
66 pelajar sekolah menengah di Kuala Pilah. Hasil kajian mendapati tahap pengetahuan akidah
pelajar sekolah itu pada tahap tinggi manakala tahap amalan ibadah pelajar menunjukkan pada
tahap sederhana. Tambahan lagi, hubungan pengetahuan akidah dengan amalan ibadah pelajar
menunjukkan pada tahap sederhana walaupun tahap pengetahuan mereka tentang amalan dan
kepentingan solat adalah tinggi.

Rukun Negara medium keharmonian di Malaysia: Tinjauan dalam kalangan para


pelajar Institusi Pengajian Tinggi di Malaysia

Menurut Ayu Nor Azilah Mohamad, Mohamed Ali Haniffa, Mohd Adib Akmal Ahmad
Shahir (2021), jurmal ini mengkaji tentang tahap kesedaran pelajar di Institusi Pengajian Tinggi
tentang peranan Rukun Negara sebagai medium keharmonian di Malaysia Hal ini kerana negara
Malaysia cukup terkenal dengan kepelbagaian kaum, jadi dalam mahu memeupuk semangat
perpaduan antara satu sama lain, maka terhasilah kajian ini. Kajian ini menngunakan kajian
kuantitatif. Seramai 242 responden diambil secara rawak. Hasil kajian itu telah mendapati
bahawa dalam setiap Rukun Negara yang terbentuk ada sebab tertentu seperti mengatasi
pemasalahan kaum serta terbentuk undang-undang itu adalah untuk menjaga kehidupan sejagat.

15
Sensitiviti penganut agama di Malaysia

Menurut Nur Farhana binti Abdul Rahman dan Nur Syarihah Mohd Shah (2020), artikel
ini bertujuan untuk menkaji pertembungan isu sensitiviti agama yang meliputi kepelbagaian
kaum di Malaysia sebagaimana yang terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan pada
Perkara 11 dalam aspek hal teologi, hal sosial, hal etika serta hal autoriti agama. Kajian ini
mengambil seramai 384 responden secara rawak mengikut jumlah populasi kajian yang
melebihi 100000 orang. Hasil kajian menunjukkan hak beragama di Malaysia serta limitasi dua
aspek iaitu kebebasan mengamalkan agama masing-masing dan kebebasan meraikan
kepelbagaian agama. Bahagian tahap sensitiviti ini, pengkaji mengkaji sebanyak 10 item yang
merangkumi tahap sensitiviti dalam setiap kaum di Malaysia. Antara isu yang sensitif ialah
menghadiri majlis perkahwinan penganut agama lain manakala yang sesitif ialah melakukan
kerosakkan di rumah ibadat.

Tahap kefahaman mahasiswa di negeri Selangor terhadap isu dalam ilmu perbandingan
agama

Menurut Nazneen binti Ismail, Aemy Elyani Mat Zain , Norsaadah Nasiruddin (2022),
artikel ini bertujuan untuk mengkaji tahap kefahaman pada mahasiswa negeri selangor dalam
memahami ilmu perbandingan berdasarkan empat aspek iaitu teologi, kemanusiaan, toleransi
agama dan dialog antara agama. Kajian ini menggunakan kajian kuantitatif dengan reka bentuk
tinjauan. Kajian ini melibatkan mahasiswa yang belajar di universiti awam iaitu Universiti
Teknologi Mara (UiTM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Universiti Putra
Malaysia (UPM) seramai 379 orang. Hasil kajian mendapati bahawa tahap kefahaman
mahasiswa tentang isu-isu perbandingan agama berada pada tahap tinggi walaupun ada juga
yang tidak bersetuju. Ini bermakna keputusan tertinggi menunjukkan mahasiswa memehami
asas alam ilmu agama sebagaimana penciptaan manusia berasal daripada Nabi Adam AS,
konsep pembalasan dan sebagainya.

16
Kajian Awal untuk Menyemak Alat bagi Mengukur hubungan Sains-Islam dalam
Kalangan Murid Aliran Sains

Menurut Zainun binti Mustafa dan Norraida binti Yakob (2021), artikel ini adalah
bertujuan untuk mengkaji hubungan Sains-Islam dalam konteks yang melibatkan kehidupan
seharian. Dalam bidang pendidikan pula, dapatan kajian berkenaan penerimaan Sains dalam
kalangan murid Muslim tidak dapat disimpulkan dengan jelas. Hal ini demikian kerana Kajian
ini menggunakan soal selidik bertulis jenis terbuka dengan menggunakan satu set soalan
bebentuk dilema yang dibangunkan dalam topik nutrisi. Kajian awal ini melibatkan 40
responden murid aliran Sains tulen tingkatan 4. Hasil kajian mendapati bahawa terdapat enam
buah kod utama yang dijadikan kategori utama. Hasil lain juga mendapati tiada hubungan iaitu
memperincikan isu yang diberikan daripada satu perspektif sahaja. Hal ini mungkin disebabkan
kelaziman amalan pendidikan yang mengikut skop disiplin ilmu yang diajar dalam mata
pelajaran oleh guru yang berbeza. Tambahan pula, alat ukur digunakan ialah jenis bertulis yang
mungkin difikirkan mirip peperiksaan. Dalam peperiksaan, jawapan yang diharapkan adalah
tertumpu kepada kandungan sukatan pelajaran.

Konsep Hak Kebebasan Beragama Di Malaysia

Berdasarkan penulisan Faridah Jalil et. al (2014: 227) bagi menentukan tahap
liputanhak kebebasan beragama perlu jelas bagi sifat sesebuah negara sama ada
berbentukteokratik (negara yang mengaitkan agama dan kerajaan) atau sekular. Ini kerana
sifatnegara sering digunakan untuk menuntut hak kebebasan beragama atau murtad.Menurut
Abdull Rahman et. al (2009: 43) dalam penulisan beliau, masyarakat bukanIslam beranggapan
bahawa Malaysia tidak sesuai dikenali sebagai sebuah negara Islamkerana Malaysia
mempunyai pelbagai bangsa dan agama. Rentetan itu,
masyarakat bukan Islam berpendapat bahawa Malaysia adalah sebuah negara sekular dengan
merujuk kepada jaminan yang telah dinyatakan di dalam Perlembagaan Persekutuan (Abdull
Rahman et. al 2009: 43-44).

17
Terdapat beberapa bukti yang boleh disangkal pendapat masyarakat bukan Islam adalah
Malaysia meletakkan agama Islam sebagai agama persekutuan seperti yang tertulis didalam
Perlembagaan Persekutuan pada Perkara 3(1). Justeru itu, Raja adalah ketua agama Islam bagi
Negeri (Perkara 3(2)) serta Yang di-Pertuan Agong
bagi Negeri Melaka, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak (Perkara 3(3)). Maka jelaslah bahawa
sifat negara Malaysia bukanlah sebuah negara sekular walaupun terdapat pelbagai bangsa dan
agama yang masyarakat Malaysia anuti. Sifat negara di Malaysia tidak sama seperti negara-
negara Barat, yang memisahkan agama daripada pemerintahan negara mereka.

Pengislaman Kanak-kanak Bawah Umur

Menurut Khairani et. al (2014: 6), kes Shamala bermula daripada suaminya, Jeyaganesh
yang telah memeluk Islam pada 19 November 2002 dan selepas enam hari pengislaman, beliau
telah mengislamkan anak-anaknya secara rahsia tanpa pengetahuan isteri. Isteri beliau telah
membuat tuntutan hak penjagaan anak anak dan mengenakan samankepada suami beliau.
Jeyaganesh telah memohon penangguhan sebanyak dua kali dimahkamah sivil. Pada masa yang
sama beliau telah memohon hak penjagaan anak-anakdi Mahkamah Tinggi Syariah Selangor.
Isteri beliau akhirnya ditangkap keranaMahkamah Tinggi Syariah telah mengeluarkan waran
atas sebab kegagalan dalammenghadirkan diri untuk mendengar ex-parte ke atas kedua-dua
anaknya.Mahkamah Tinggi Sivil telah membuat keputusan bahawa hak penjagaan anak-
anakdiberi kepada isteri dan akses lawatan diberi kepada suami setelah mendengar kedua-dua
pihak. Untuk isu penentuan agama anak-anak, isteri Jeyaganesh tidak
dibenarkanmempengaruhi anak-anak untuk cenderung kepada agama Hindu berdasarkan
kepadaPerkara 12(4) dalam Perlembagaan Persekutuan.

Menurut Faridah et. al (2014: 226) menyatakan bahawa isu kebebasan beragama di
Malaysiaterus menonjol dalam penggunaan kalimah Allah oleh gereja dan penganut
Kristianserta dukungan sesetengah pihak terhadap kesamaan antara semua agama di Malaysia
(pluralisme agama). Majalah Herald The Catholic Weekly pada Mei 2009 memohonkepada
Mahkamah Tinggi Malaysia untuk membenarkan pengarang Majalah terbitanmereka,
menterjemahkan kalimah God kepada kalimah Allah ke dalam bahasa Melayu.Permohonan
tersebut tidak diluluskan kerana kalimah Allah hanya diguna oleh agama Islam. Malah,
Jaringan Islam Liberal (JIL) turut mencadangkan supaya istilah-istilahlain seperti Kaabah,

18
solat, Syahadat dan lain-lain digunakan atau membolehkan agama-agama lain mengguna
kalimah-kalimah tersebut. Ini merupakan gejala satu tuhan untuksemua agama iaitu Pluralisme
Agama (Mazlan et. al 2010: 31-32).

Pihak gereja dan penganut agama Kristian menggunakan HAM dan hak kebebasan beragama
dalam permohonan mereka di Mahkamah Tinggi bagi memperoleh kebenaran untuk
penggunaan kalimah Allah. Akan tetapi permohonan tersebut tidak diluluskan kerana ia akan
menimbulkan kekeliruan terhadap penganut agama Islam.Malah penolakan ini dapat disokong
berdasarkan kepada Perlembagaan Persekutuandalam Perkara 11, Fasal 4, iaitu :
“Undangundang Negeri dan berkenaan dengan Wilayah-wilayah PersekutuanKuala lumpur,
Labuan dan Putrajaya, undang-undang persekutuan bolehmengawal atau menyekat
pengembangan apa-apa doktrin atau kepercayaanagama di kalangan orang yang menganuti
agama Islam”

Isu Penyebaran Agama Islam

Menurut Ezad Azraai et. al (2011: 19), Jamaludin telah ditahan di bawah ISA kerana
didapati menyebarkan agama Kristian kepada orang-orang Melayu. Beliau telah keluar agama
Islam dan memeluk agama Kristian. Beliau telah memfailkan permohonan writhabeas corpus
dengan mendakwa bahawa penahanan beliau di bawah ISA berlawanan dengan hak kebebasan
beragama dan tidak boleh disekat melalui tahanan di bawah ISA.Hak kebebasan beragama
dijamin dalam Perkara 11(1), Perlembagaan Persekutuan.Keputusan ini telah dipersoalkan oleh
ramai pihak disebabkan kaitan agama danMelayu sememangnya tidak boleh dipisahkan. Dalam
hal ini, mengkristiankan orang Melayu bermakna seseorang Melayu itu sudah tidak sempurna
sifat kemelayuannya.

Penegakan hak asasi kebiasaannya melibatkan penyeimbangan kebebasan individu dan juga
kepentingan masyarakat. Sekiranya kepentingan masyarakat harus diutamakan terlebih dahulu,
maka mahkamah boleh melanggar hak asasi manusia. Malahan, Malaysia tidak perlu
mengutamakan lagi hak kebebasan beragama seperti mana yang telah ditetapkan dalam ICCPR
(International Covenant on Civil and Political Rights 1976), Kerana Malaysia tidak
menandatanganinya (Ezad Azraai et. al 2011: 36). Kewujudan Perkara 11(4) Perlembagaan
Persekutuan bertujuan menyekat penyebaran ajaran yang bukan ASWJ dan ajaran agama lain
terhadap penganut agama Islam di Malaysia.

19
Epilog Isu Hak Kebebasan Beragama

Berdasarkan artikel Rafidah (2013), Suri Kempe sebagai Pengarah SIS memberi pendapat
beliau berkenaan dengan hak kebebasan beragama terhadap agama Islam.Beliau menyatakan
bahawa Islam bukanlah agama jalan sehala. Malah dalam kenyataan media, SIS menimbulkan
persoalan bagaimana Muslim menuntut kebebasan, yang mahu menarik lebih ramai orang
bukan Islam untuk memasuki agama itu tetapi dalam masa yang sama tidak membenarkan
penganutnya keluar dari agama tersebut. Namun begitu, pergerakan ini tidak menggalakkan
umat Islam untuk murtad, sebaliknya memperjuangkan kebebasan meninggalkan agama bagi
mereka yang tidak lagi mempercayainya (Rafidah 2014: 58).
Berikut merupakan antara kenyataan mediadaripada SIS iaitu:

Pada 20 Mac 2014, 232 usul yang dibawa oleh negara anggota Majlis Hak Asasi Manusia
telah didengari oleh Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNHRC)
termasuklah penubuhan yang tidak diiktiraf dari kerajaan Malaysia ianya COMANGO dalam
sesi penerimaan muktamad Semakan Berkala Sejagat di tempat Geneva, Switzerland.
COMANGO dan merupakan sebuah pertubuhan haram disebabkan tidak mendaftar mengikut
Akta Pertubuhan 1966. Berdasarkan kepada laporan COMANGO bertarikh 11 Mac 2013,
gerakan tersebut berhasrat untuk melakukan semakan kedudukan HAM di negara Malaysia.
Terdapat enam tuntutan berkontroversi iaitu tentang isu kebebasan beragama, memilih agama
atau telah terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan (Penyata Rasmi Parlimen 2014: 71

20
BAB 3

METODOLOGI KAJIAN

Metodologi kajian bermaksud merupakan kaedah dan teknik mereka-bentuk,


mengumpul dan menganalisis data supaya dapat menghasilkan bukti yang boleh menyokong
sesuatu kajian. Metodologi menerangkan cara sesuatu masalah yang dikaji dan sebab sesuatu
kaedah dan teknik tertentu digunakan. Tujuan metodologi ialah untuk membantu memahami
dengan lebih luas atau lebih terperinci lagi tentang pengaplikasian kaedah dengan membuat
huraian tentang proses kajian.

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat metodologi membawa maksud sistem yang
merangkumi kaedah dan prinsip yang digunakan dalam sesuatu kegiatan atau disiplin. Maksud
lain metodologi ialah kaedah, jalan, teknik, gaya, ragam, rentak, corak dan sistem. Metodologi
juga bermaksud ilmu tentang metod atau disiplin yang digunakan semasa melakukan kajian
tertentu untuk mencapai tujuan tertentu. Metodologi kajian adalah merujuk kepada kaedah yang
paling sesuai untuk menjalankan penyelidikan dan menentukan tatacara yang efektif bagi
menjawab permasalah kajian.

Bab ini membincangkan tentang kaedah atau metodologi kajian ini dilakukan
merangkumi cara menjalankan kajian, saiz sampel yang diperlukan untuk mewakili
keseluruhan populasi, kaedah mengumpul dan menganalisis data secara statistik agar data yang
diperolehi dapat dijadikan bahan rujukan dan dipercayai untuk kajian yang akan datang. Semua
aspek mengenai metodologi yang digunakan dalam kajian ini diterangkan dengan lebih jelas
dan terperinci. Perkara yang menjadi bahan kupasan dalam bab ini adalah merangkumi kaedah
yang digunakan dalam kajian ini untuk menguji hipotesis kajian yang telah ditentukan. Kaedah
yang digunakan untuk mengumpul data amat penting bagi sesuatu penyelidikan. Hal ini
dikatakan demikian kerana kaedah ini merupakan prosedur awal bagi memperolehi data.
Tambahan pula, melalui pemilihan kaedah metodologi kajian, pengkaji dapat merancang dan
menyusun hasil dapatan kajian yang diperoleh.

21
Kajian ini berbentuk kaedah tinjauan. Ia bersifat deskriptif kuantitatif melalui kaedah
keratan rentas (cross-sectional) di mana pemboleh ubah-pemboleh ubah akan diukur pada masa
yang sama iaitu menggunakan satu borang soal selidik. Ini kerana kajian ini bertujuan
mengkaji persepsi, pendapat atau tren remaja terhadap sesuatu isu. Kajian ini
menggunakan pendekatan persampelan bertujuan dengan fokus kepada remaja yang berumur
lingkungan sekitar 16 hingga 17 tahun.. Pemilihan ini dilakukan kerana sampel diyakini
mampu menepati objektif kajian di samping sifatnya boleh dicapai (reachable) oleh pengkaji.
Sejumlah 196 orang remaja telah dijadikan sampel kajian dan data yang diperoleh dianalisis.
Borang soal selidik berstruktur telah diedarkan dengan mengandungi pilihan jawapan untuk
responden dalam memberi respons kepada perkara yang menjadi fokus kajian. Instrumen ini
dipilih dengan anggapan awal bahawa responden mempunyai maklumat asas tentang
kebebasan beragama. Responden hanya perlu memberikan tahap persetujuan mereka kepada
item yang dikemukakan.

Menerusi bentuk penyelidikan ini, dalam usaha mencapai objektif kajian ini, terdapat
lima prosedur yang diikuti sebagai pendekatan metodologi dalam kajian ini. Lima prosedur
tersebut termasuklah ialah pemiliihan reka bentuk, pemilihan populasi dan sampel kajian,
pemilihan kawasan kajian, pengumpulan dan pengukuran data serta penganalisisan data. Reka
bentuk kajian yang digunakan dalam kajian ini adalah kajian tinjauan. Pemilihan sampel secara
persampelan rawak mudah (Simple Random Sampling) digunakan dalam kajian ini.
Persampelan rawak mudah adalah jenis persampelan yang mudah difahami dan dilaksanakan
kerana setiap subjek dalam populasi memiliki peluang yang sama untuk dipilih sebagai
responden kajian. Data kajian dapat diperoleh melalui pengedaran soal selidik.

3.1 Reka Bentuk Kajian

Reka bentuk kajian adalah merupakan perincian dan penerangan bagi sesuatu kajian yang
dilakukan. Menurut Mohd Majid Koeting (1995), reka bentuk kajian adalah kaedah dan teknik
tertentu yang digunakan untuk memperolehi sesuatu maklumat yang diperlukan bagi
penyelesaian suatu permasalahan. Reka bentuk kajian juga merupakan satu garis panduan
dalam sesuatu kajian terutamanya semasa mengumpul, menganalisis dan menginterprestasikan
data yang diperoleh. Dengan menggunakan reka bentuk kajian ini, pengkaji dapat menjalankan
proses pengutipan data, penganalisisan data dan seterusnya membuat penerangan secara lebih
jelas dan terperinci mengenai hasil dapatan kajian yang telah diperoleh.

22
Hal ini demikian kerana pengkaji telah menetapkan kaedah kuantitatif sebagai kaedah yang
dipilih untuk kajian ini kerana kaedah ini menggunakan angka secara menyeluruh.

Cohen dan Manion (1980) menyatakan bahawa kajian kuantitatif merupakan


penyelidikan sains sosial yang menggunakan kaedah dan pernyataan empirikal. Pernyataan
empirikal merupakan pernyataan yang berbentuk deskriptif tentang peristiwa sebenar yang
berlaku bukan seperti yang ditafsirkan. Angka digunakan untuk memperlihatkan peristiwa
tersebut dalam pernyataan empirikal ini.

Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif untuk mendapatkan data secara


keseluruhan melalui penggunaan soal selidik yang berfungsi untuk mendapatkan maklumat
demografi responden dan mendapatkan maklumat dalam bentuk pengukuran pembolehubah.
Satu set borang soal selidik telah diinterprestasikan dan diubahsuai daripada kajian lepas untuk
digunakan dalam pengumpulan data daripada sampel kajian. Kajian ini juga dalam bentuk
kuantitatif yang menggunakan data statistik sebagai medium kajian. Hasil data bergantung
sepenuhnya kepada penggunaan data statistik di samping penggunaan dapatan daripada kajian
lepas sebagai hujah yang menyokong hasil kajian yang diperolehi.

3.1.1 Persampelan

Kaedah persampelan perlu ditentukan mengikut objektif kajian dengan memilih kaedah yang
paling sesuai. Menurut Sidek (2002), sampel yang dipilih selalunya melihat kepada kesesuaian
kajian dengan memilih proses pengumpulan data yang paling mudah dan efektif untuk
menjalankan kajian. Jenis persampelan pula boleh dipilih sama ada persampelan jenis
kebarangkalian atau persampelan jenis bukan kebarangkalian. Lim (2007) mengatakan bahawa
persampelan jenis kebarangkalian sering digunakan dalam kajian bentuk kuantitatif yang mana
setiap anggota dalam populasi sasaran memiliki peluang yang sama untuk dipilih menjadi
subjek kajian.

Namun terdapat juga beberapa persampelan kebarangkalian yang dipilih berdasarkan


objektif kajian yang bertujuan untuk mengurangkan ralat persampelan dengan memilih
persampelan berkelompok, persampelan rawak mudah dan persampelan berkawasan pelbagai
lapisan. Menurut Singleton et al. (1993), kaedah persampelan yang terbaik untuk responden
yang melibatkan kawasan yang luas adalah kaedah persampelan kelompok berperingkat kerana
ia dapat mengurangkan kos dan menjimatkan masa kajian.

23
Kaedah persampelan ini juga amat sesuai digunakan untuk kajian yang mempunyai saiz
populasi yang besar dan tidak memiliki senarai nama ahli populasi yang lengkap (Fowler, 2002
& 2009). Menurut Chua (2006) lagi, sekiranya hendak menjalankan kajian ke atas populasi
yang berkeluasan besar dan mempunyai bilangan subjek kajian yang ramai dalam populasi
tersebut serta tidak boleh mendapatkan senarai subjek, maka persampelan berkelompok
berperingkat adalah teknik terbaik untuk mengumpulkan data. Oleh itu, pengkaji memilih
persampelan rawak mudah sebagai kaedah persampelan bagi kajian ini untuk memudahkan
kajian dijalankan.

Terdapat beberapa langkah yang perlu dilakukan untuk memilih responden menggunakan
kaedah persampelan rawak mudah. Antaranya ialah pengkaji perlu mengenal pasti sampel
kajian yang mahu dipilih, menyediakan senarai penuh anggota yang akan menjadi populasi
kajian untuk diundi secara rawak dan pengkaji perlu memilih sampel berdasarkan peluang dan
kebarangkalian untuk setiap anggota populasi dipilih menjadi sampel kajian adalah sama
(Merrigan & Huston, 2004). Dalam kajian ini, seramai 196 orang responden dari kalangan
pelajar tingkatan empat dan lima bagi setiap jenis buah sekolah dipilih secara rawak untuk
dijadikan sampel kajian. Responden yang terlibat dalam kajian ini diambil daripada keempat
jenis buah sekolah yang dipilih oleh pengkaji.

3.1.2 Lokasi Kajian

Dalam kajian ini, pengkaji menfokuskan kepada suatu tempat yang khusus. Pengkaji memilih
SMKA Sheikh Abdul Malek (SHAMS), Kuala Terengganu sebagai lokasi umum untuk
menjalankan dan memperolehi dapatan data kajian. Hal ini demikian kerana, dengan pemilihan
lokasi ini, ia dapat memudahkan pengkaji untuk mendapatkan iaitu pelajar tingkatan empat dan
lima dari sekolah agama tersebut iaitu SHAMS serta memudahkan pengkaji menjalankan
kajiannya supaya tidak berlaku sebarang bentuk pencemaran data.

3.1.3 Sampel Kajian

Mengumpul objek yang mempunyai maklumat dikenali sebagai populasi yang dicari oleh
pengkaji. Secara umumnya, populasi adalah dengan memilih populasi sasaran yang berkaitan
dengan masalah kajian Populasi dalam kajian ini adalah pelajar tingakatan empat dan lima di
SHAMS. Sampel pula mewakili jumlah populasi sebenar yang termasuk dalam kajian
penyelidikan. Pengiraan berikut telah dibuat untuk mengenal pasti saiz sampel yang paling

24
sesuai untuk populasi tingkatan empat dan lima di setiap ketiga-tiga buah sekolah yang dipilih
itu.

3.2 Soal Selidik

Instrumen yang digunakan dalam kajian ini untuk menggumpulkan data hanya borang soal
selidik sahaja. Hal ini dikatakan demikian kerana pengkaji yakin bahawa data yang diperolehi
menggunakan borang soal selidik akan menghasilkan dapatan kajian yang lebih jelas dan tepat.

Soal selidik telah dirangka untuk mendapatkan maklumat mengenai analisis pengaruh
pendidikan formal terhadap pelajar tingkatan empat dan lima berhubung kebebasan beragama.
Terdapat dua bahagian dalam borang soal selidik ini yang merangkumi kesemua elemen yang
ingin dikenal pasti oleh pengkaji seperti bahagian latar belakang responden, soal selidik
berkenaan tahap kefahaman pelajar tingkatan empat dan lima mengenai kebebasan beragama.

3.2.1 Soal Selidik Latar Belakang Responden

Dalam bahagian ini, pengkaji ingin memperolehi informasi mengenai latar belakang

responden yang meliputi aspek jantina, umur, dan jenis sekolah. Bahagian ini dinamakan

Bahagian A.

3.2.2 Soal Selidik Berkenaan Kefahaman Pelajar Berhubung Kebebasan Beragama

Bahagian ini merupakan Bahagian B yang mana soalannya adalah berkenaan

kefahaman mengenai kebebasan beragama dalam kalangan pelajar. Tujuan soal ini adalah

untuk mengenal pasti kefahaman pelajar Tingkatan empat dan Tingkatan lima berhubung

kebebasan beragama.

3.2.3 Pengukuran dalam Borang Soal Selidik

Pada Bahagian A, soalan seperti yang lainnya iaitu berbentuk pengisian jawapan.
Manakala pada Bahagian B adalah berbentuk skala likert. Pada Bahagian B pula, sebanyak
lima belas item soalan telah ditetapkan. Lima pemilihan skala jawapan berdasarkan skala likert
seperti jadual 3.1.

25
Jadual 3.1: Cara Pengukuran Pada Bahagian B
Pernyataan Skala Likert

Sangat Tidak Setuju 1

Tidak Setuju 2

Neutral 3

Setuju 4

Sangat Setuju 5

3.3 Pengumpulan Data

Berdasarkan pengiraan sampel yang telah dilakukan, seramai 196 orang telah dipilih sebagai
sampel untuk kajian ini. Sebanyak 196 set borang soal selidik telah diedarkan kepada 196 orang
pelajar tingkatan empat dan lima di SMKA Sheikh Abdul Malek untuk dijadikan responden
dalam kajian ini. Penggunaan soal selidik sebagai instrumen kajian adalah kaedah yang paling
sesuai untuk mendapatkan data dan maklumat yang diperlukan untuk sesebuah kajian dan ia
juga dapat menjimatkan masa ketika menjalankan sesuatu kajian (Ahmad Mahdzan, 1995).

3.3.1 Kaedah Pengumpulan Data

Menurut Rohana Yusof (1996) pelbagai kaedah boleh digunakan untuk mendapatkan data dan
maklumat seperti data primer, penyemakan dokumen dan bahan rujukan tertentu, perbincangan
dan banyak lagi. Pengkaji menggunakan kaedah penyelidikan library research atau
perpustakaan sebagai kaedah pengumpulan data dalam kajian ini. Dalam kajian ini, maklumat
dan data yang diperolehi menggunakan kaedah ini diaplikasikan ke dalam kesemua bab namun
ia lebih tertumpu pada bab satu, dua dan empat sahaja. Kaedah ini amat sesuai dalam bab satu
hingga bab empat kerana ia dapat menjelaskan secara lebih terperinci mengenai pengenalan
kajian, latar belakang kajian, permasalahan kajian, objektif kajian, sorotan kajian lepas, definisi
beberapa kata kunci bagi kajian ini dan metodologi kajian yang digunakan.

26
Antara beberapa bahan rujukan dalam kajian ini ialah buku, kajian terdahulu, risalah, artikel,
jurnal, latihan ilmiah dan juga kertas seminar yang dijumpai dalam laman sesawang. Bahan
yang dijadikan rujukan dalam kajian ini kebanyakkan berbentuk media cetak atau media
elektronik daripada pelbagai jenis bahasa iaitu Bahasa Melayu, Indonesia dan Bahasa Inggeris.
Dan kesemua sumber rujukan ini hanya diperolehi dari pelbagai laman sesawang di internet.

Data primer yang digunakan dalam kajian ini hanyalah borang soal selidik sahaja bagi
mendapatkan data mengenai latar belakang dan tahap kefahaman pelajar berhubung isu
kebebasan beragama dalam kalangan responden. Kaedah soal selidik ini dijalankan dengan
menyebarkan borang soal selidik yang telah disediakan kepada para responden kajian ini.

3.3.2 Proses Pengumpulan Data

Proses pengumpulan data mengandungi beberapa peringkat. Pada peringkat awal kajian,
pengkaji telah memperolehi maklumat mengenai ketidakfahaman remaja dalam isu kebebasan
beragama . Seterusnya, pengkaji memilih pelajar tingkatan empat dan lima di SMKA Sheikh
Abdul Malek sebagai responden kajian ini dan seramai 196 responden dipilih untuk menjawab
borang soal selidik kajian ini bagi mendapatkan data mengenai tahap kefahaman remaja
berhubung isu kebebasan beragama. Borang soal selidik diedarkan melalui penyebaran pautan
ke Google Form yang menjadi medium untuk menjawab soalan kajian ini. Pautan ini hanya
disebarkan dalam kalangan pelajar tingkatan empat dan lima di SMKA Sheikh Abdul Malek
sahaja.

3.4 Pemprosesan Dan Penganalisisan Data

3.4.1 Pemprosesan Data

Oleh kerana kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif, maka untuk pemprosesan data
kajian ini, pengkaji menggunakan perisian komputer iaitu Statistical Package for Social
Sciences (SPSS) untuk menganalisis data kajian ini. Langkah awal sebelum memasukkan
dapatan kajian ke dalam sistem ini, proses pengekodan dilakukan bagi memudahkan data
dimasukkan mengikut kod yang telah ditentukan. Kemudiannya, kesemua item dalam soal
selidik ini dikumpulkan dan dimasukkan mengikut tema yang telah ditentukan menggunakan
kaedah ‘compute’.

27
3.4.2 Penganalisisan Data

Setelah data berjaya dikumpulkan mengikut tema yang tertentu, data dianalisis mengikut
hipotesis yang telah dirangka dalam kajian ini. Analisis deskriptif dan analisis inferensi
digunakan sebagai kaedah untuk menganalisis data dalam kajian ini. Kedua-dua kaedah ini
adalah untuk menguji hipotesis kajian dengan menggunakan pemboleh ubah yang ada dan juga
untuk menjawab persoalan kajian yang wujud. Menurut Chua (2012), analisis deskriptif adalah
analisis yang melibatkan min, kekerapan, sisihan piawai dan peratusan. Manakala analisis
inferensi pula adalah merupakan analisis yang menjelaskan perkaitan yang terdapat antara satu
pemboleh ubah dengan pemboleh ubah yang lain. Generalisasi mengenai populasi yang dikaji
dibuat melalui perisian SPSS yang memerlukan ujian seperti ujian-T, ujian korelasi dan ujian
regrasi. Setelah kesemua ujian tersebut dilakukan, pengkaji dapat menganalisis dapatan kajian
berdasarkan ujian tersebut.

3.5 Analisis Kuantitatif

3.5.1 Statistik Deskriktif

Statistik deskriptif merupakan statistik yang berfungsi untuk menjelaskan ciri pemboleh ubah
dan membentuk kesimpulan mengenai data numerikal. Satu ujian statistik dilakukan ke atas
item pemboleh ubah kajian ini bagi menerangkan ciri-ciri pemboleh ubah seperti min, sisihan
piawai, median, mod, taburan normal dan skor Z. Dengan menggunakan kajian ini, statistik
deskriptif dapat digunakan untuk menerangkan tentang peratusan dan kekerapan data yang
berkaitan dengan latar belakang responden atau lebih dikenali dengan demografi dalam istilah
sains sosial. Ciri-ciri demografi yang diperlukan dalam kajian ini ialah jantina dan umur sahaja.
Kekerapan atau frekuensi dan juga peratusan digunakan bagi menentukan taburan sampel
berdasarkan faktor demografi responden kajian ini.

Menurut Mohd Yusri (2010), min juga perlu digunakan bagi menganggarkan tahap sesuatu
pemboleh ubah dengan melihat kepada nilai min responden kajian tersebut. Dalam kajian ini,
min digunakan untuk mengetahui purata tahap kefahaman pelajar mengenai kebebasan
beragama. Bagi menentukan corak taburan skor, sisihan piawai digunakan untuk melihat
taburan skor min. Nilai sisihan piawai akan dicatatkan bersama dengan nilai min dalam laporan
kajian bertujuan untuk mengenal pasti corak taburan data dan juga untuk justifikasi terhadap
nilai min yang ditunjukkan (Mohd Yusri, 2010).

28
Sekiranya nilai sisihan piawai yang ditunjukkan adalah besar, maka skor bertaburan jauh dari
min skor. Manakala jika nilai sisihan piawai yang ditunjukkan adalah kecil, maka skor
bertaburan dekat dengan nilai min.

Jadual 3.3: Skala Likert Min Skor


Nilai Tahap

1.00 – 2.33 Rendah

2.34 – 3.66 Sederhana

3.67 – 5.00 Tinggi

3.5.2 Statistik Inferensi

Menurut Chua (2012), untuk menerangkan hasil analisis kajian yang diperolehi daripada
sampel kajian terhadap populasi kajian secara menyeluruh, ia perlu menggunakan statistik
inferensi. Statistik inferensi digunakan untuk menerangkan perkaitan antara pemboleh ubah,
menjelaskan ciri-ciri sampel yang dipilih dan menghasilkan generalisasi tentang ciri-ciri
sampel yang dipilih daripada populasi sasaran. Sebanyak dua ujian dilakukan untuk menguji
hipotesis yang dibuat iaitu ujian-T dan ujian regrasi.

3.5.2.1 Ujian – T

Ujian-T dijalankan bertujuan untuk melakukan perbandingan nilai dan kumpulan min (Mohd
Yusri, 2010). Ujian-T dilakukan untuk mengenal pasti perbezaan antara dua kumpulan sahaja
sama ada signifikan atau tidak seperti kategori jantina yang hanya mempunyai dua kumpulan
sahaja iaitu lelaki dan perempuan. Berdasarkan kajian ini, ujian-T dilakukan untuk menguji
Tahap Kefahaman Pelajar Tingkatan 4 dan 5 mengenai isu Kebebasan Beragama di Malaysia..
Ujian-T dalam pengiraan saintifik mempunyai banyak jenis, namun untuk kajian sains sosial
ini, pengkaji menggunakan ujian-T sampel bebas kerana ianya lebih mudah untuk difahami dan
lebih bersesuaian untuk menganalisis kajian ini.

29
3.5.2.2 Ujian Regrasi

Ujian regrasi dilakukan untuk mengenal pasti pengaruh sesuatu pemboleh ubah bebas terhadap
pemboleh ubah bersandar kajian. Manakala menurut Chua (2009), tujuan analisis regrasi ini
adalah untuk mengenal pasti sejauh mana pemboleh ubah bebas memberi pengaruh terhadap
pemboleh ubah bersandar. Menurut Mohd Yusri (2010), ujian regrasi terbahagi kepada dua jenis
iaitu regrasi linear mudah dan regrasi linear pelbagai. Menurut Chua (2009) pula analisis
regrasi linear mudah melibatkan kesan satu pemboleh ubah bebas terhadap satu pemboleh ubah
bersandar manakala regrasi linear pelbagai pula digunakan untuk mengenal pasti lebih daripada
satu kesan pemboleh ubah bebas terhadap pemboleh ubah bersandar. Dalam kajian ini, pengkaji
menggunakan analisis regrasi mudah pelbagai kerana kajian ini hanya mengadungi satu
pemboleh ubah bebas. Analisis regrasi mudah ini digunakan untuk mengenalpasti pengaruh
pendidikan formal terhadap remaja berhubung isu kebebasan beragama.

Dalam kajian ini juga kaedah regrasi mudah ini dilakukan secara teliti iaitu untuk
mengenal pasti pengaruh apakah yang paling banyak mempengaruhi pelajar di sekolah
berhubung isu kebebasan beragama tersebut. Bagi menentukan peratusan pengaruh pemboleh
ubah bebas ini analisis statistik menggunakan nilai R kuasa dua (R2). Mengikut Lea (1997),
nilai R2 yang melebihi 75% adalah sangat baik, bacaan 50% hingga 70% adalah baik, bacaan
25% hingga 50% adalah kurang baik namun masih dapat diterima lagi manakala nilai R2 yang
mencatatkan bawah daripada 25% adalah kurang baik dan disarankan agar pemboleh ubah itu
tidak diambil. Namun, bagi Colton dan Bower (2002), model regrasi yang menunjukkan nilai
R2 20% ke bawah boleh diterima kerana R2 hanyalah menunjukkan kesempurnaan sesuatu
model regrasi.

30
3.6 Rumusan

Kesimpulannya, bab ini menerangkan dengan lebih terperinci mengenai metodologi


kajian yang digunakan. Pemilihan prosedur kajian yang dimulai dengan rangka kerja kajian,
reka bentuk kajian, prosedur persampelan, soal selidik, kajian rintis dan ujian
kebolehpercayaan, pengumpulan data, pemprosesan dan penganalisisan data, statistik
deskriptif dan berakhir dengan statistik inferensi. Secara ringkasnya, kajian ini adalah kajian
yang berbentuk tinjauan dengan menggunakan borang soal selidik sebagai instrumen kajian
yang telah disediakan oleh pengkaji. Populasi sasaran dalam kajian ini pula ialah pelajar
tingkatan 4 dan 5 di SMKA Sheikh Abdul Malek yang dipilih secara rawak seramai 196 orang
sebagai responden. Dengan menggunakan metodologi yang telah ditentukan dalam bab ini,
data yang diperolehi akan dianalisis dan ia dapat menjawab segala persoalan pengkaji
mengenai kajian ini

31
BAB 4

DAPATAN KAJIAN

4.1 Pengenalan

Data yang telah diperolehi daripada kajian yang telah dilakukan dibentangkan dalam bab
empat. Dalam bab ini, pengkaji membuat huraian dengan lebih jelas dan terperinci mengenai
hasil dapatan kajian yang telah diperolehi daripada kajian. Apabila menggunakan pendekatan
kuantitatif, hasil dapatan kajian dalam bab ini dikenali sebagai data primer. Pendekatan ini
menggunakan angka untuk menilai keberkesanan pemboleh ubah mereka. Beberapa ujian
dipilih sebagai kaedah untuk menentukan kajian ini berjaya seperti Ujian Normaliti, Analisis
Statistik Deskriptif Kekerapan dan Peratusan, Analisis Statistik Deskriptif Taburan Pemboleh
ubah, Ujian-T dan Ujian Regrasi. Kesemua ujian ini diukur menggunakan perisian komputer
Statistical Package for the Social Science (SPSS) versi 29.0 untuk menguji keberkesanan
sesuatu kajian dalam bidang sains sosial.

4.2 Pengujian Nilai Kebolehpercayaan (Cronbach’s Alpha)

Jika bacaan nilai yang telah diulang untuk kali kedua dan ketiga tetap sama dengan bacaan kali
pertama, maka ini menunjukkan bahawa sesuatu kajian itu memperolehi nilai
kebolehpercayaan yang tinggi. Menurut Chua (1998), nilai Cronbach’s Alpha yang tinggi dan
memuaskan adalah yang berada antara 0.80 hingga 0.95, manakala nilai yang memuaskan
adalah yang berada antara 0.65 hingga 0.79. Setelah ujian ini dijalankan, hasil dapatan kajian
membuktikan bahawa kesemua item pemboleh ubah memiliki nilai kebolehpercayaan
Cronbach’s Alpha yang tinggi dan memuaskan. Oleh itu, kesemua item soalan soal selidik
dalam kajian ini boleh dikekalkan untuk dijadikan satu set soal selidik dalam kajian ini. Jadual
4.1 menunjukkan nilai kebolehpercayaan soal selidik bagi kajian ini.

32
Jadual 4.1: Hasil Ujian Kebolehpercayaan Soal Selidik

Item Soalan Soal Selidik Skala Nilai Cronbach’s Nilai Cronbach’s


Alpha Kajian Rintis Alpha Kajian Sebenar
Memahami Apa Maksud 1–5 0.691 0.687
Kebebasan Berragama Di
Malaysia
Memahami Hak Kebebasan 1–5 0.691 0.687
Beragama Di Malaysia
Terdapat Silibus 1–5 0.691 0.687
Pembelajaran Mengenai Isu
Kebebasan Beragama Di
Sekolah
Sekolah Anda Memberikan 1–5 0.691 0.687
Pendedahan Mengenai Isu
Kebebasan Beragama Di
Malaysia
Setuju Bahawa Remaja 1–5 0.691 0.687
Mudah Terpengaruh Dengan
Gaya Hidup Agama Lain Di
Malaysia
Terlibat Dengan Aktiviti Di 1–5 0.691 0.687
Luar Kelas/Kokurikulum
Mengenai Isu Kebebasan
Beragama Di Sekolah Anda
Setuju Bahawa Malaysia 1–5 0.691 0.687
Membenarkan Penganut
Islam Murtad Dengan Bebas
Guru Di Sekolah Pernah 1–5 0.691 0.687
Memberikan Kefahaman
Berkenaan Hak Kebebasan
Beragama Di Malaysia
Berniat Untuk Murtad Iaitu 1–5 0.691 0.687
Keluar Dari Agama Islam
Remaja Berumur Bawah 18 1–5 0.691 0.687
Boleh Memohon Keluar
Agama
Tingkah Laku Remaja Pada 1–5 0.691 0.687
Masa Kini dipengaruhi
Kebebasan Beragama

33
Sambutan Sekolah Yang 1–5 0.691 0.687
Mengandungi Unsur Barat
Seperti Tarian Memberi
Kesan Kepada Hak
Kebebasan Beragama
Guru Pernah Memasukkan 1–5 0.691 0.687
Unsur Agama Dalam Silibus
Di Sekolah?
Bersetuju Bahawa Sejarah 1–5 0.691 0.687
Pembentukkan Malaysia
Berkait Dengan Hak
Kebebasan Beragama
Penampilan Guru Di Sekolah 1–5 0.691 0.687
Memberi Kesan Kepada
Kebebasan Beragama Di
Malaysia

Jadual 4.1 menunjukkan nilai kebolehpercayaan yang dianalisis berdasarkan kesemua item
soalan soal selidik mengenai Nilai Cronbach’s Alpha yang ditunjukkan oleh kesemua pemboleh
ubah melepasi tahap minimum iaitu 0.6. Kesemua 15 soalan soal selidik menunjukkan bacaan
nilai Cronbach’s Alpha yang sama > 0.6 iaitu 0.687. Bacaan kesemua 15 soalan soal selidik
nilai Cronbach’s Alpha dalam kajian ini menunjukkan bahawa ia mencapai tahap yang baik dan
memuaskan. Ini bermakna kesemua item soal selidik dapat digunakan tanpa perlu dibuang.

4.3 Ujian Normaliti

Syarat utama untuk membolehkan statistik inferensi dapat diteruskan ialah dengan memastikan
taburan data yang diperolehi adalah normal. Oleh itu ujian normaliti dilakukan untuk melihat
taburan data tersebut. Terdapat banyak cara untuk melihat kenormalan taburan data kajian.
Antaranya ialah Skewness dan Kurtosis, Ujian Kolmogorov- Smirnov dan Shapiro- Wilk dan
Graf Plot Normal Q-Q. Bagi Ujian Skewness dan Kurtosis, nilai bagi data normal adalah
±1.96. Bagi menentukan ujian mana yang harus dipilih antara Kolmogorov- Smirnov atau
Shapiro- Wilk, ianya perlu dilihat kepada bilangan responden sesuatu kajian tersebut. Menurut
(Chua, 2009), sekiranya responden adalah kurang daripada 100 orang maka ujian yang sesuai
ialah Ujian Shapiro-Wilk manakala jika bilangan responden adalah melebihi 100 orang, maka
Ujian Kolmogorov-Smirnov layak digunakan. Justeru, dalam kajian ini pengkaji menggunakan
ujian Kolmogorov-Smirnov kerana responden kajian ini adalah melebihi 100 orang iaitu 196
34
orang responden. Bagi ujian Kolmogorov- Smirnov pula, data dianggap normal apabila bacaan
nilai p > 0.05. Ujian normaliti ini bertujuan untuk melihat jenis ujian yang akan digunakan
untuk menganalisis data. Justeru, hasil kajian ini bergantung kepada bacaan nilai yang
ditunjukkan dalam analisis yang dilakukan. Jika berlaku sebarang kesilapan semasa memproses
data, hasil kajian tidak dapat digunakan lagi.

4.3.1 Ujian Kolmogorov-Smirnov

Jadual 4.2: Taburan Kaedah Kolmogorov- Smirnov

Kolmogorov
- Smirnov

Item Soalan Soal Selidik Statistik Jumlah


Responden Signifikasi
MAKSUD KEBEBASAN BERRAGAMA DI 0.310 196 <.001
MALAYSIA
MEMAHAMI HAK KEBEBASAN 0.320 196 <.001
BERAGAMA DI MALAYSIA
TERDAPAT SILIBUS PEMBELAJARAN 0.221 196 <.001
MENGENAI ISU KEBEBASAN BERAGAMA
DI SEKOLAH
SEKOLAH ANDA MEMBERIKAN 0.280 196 <.001
PENDEDAHAN MENGENAI ISU
KEBEBASAN BERAGAMA
ANDA SETUJU BAHAWA REMAJA MUDAH 0.268 196 <.001
TERPENGARUH DENGAN GAYA HIDUP
AGAMA LAIN DI MALAYSIA
ANDA TERLIBAT DENGAN AKTIVITI DI 0.204 196 <.001
LUAR KELAS/KOKURIKULUM MENGENAI
ISU KEBEBASAN BERAGAMA DI
SEKOLAH
ANDA SETUJU BAHAWA MALAYSIA 0.405 196 <.001
MEMBENARKAN PENGANUT ISLAM
MURTAD DENGAN BEBAS

35
GURU DI SEKOLAH PERNAH 0.224 196 <.001
MEMBERIKAN KEFAHAMAN BERKENAAN
HAK KEBEBASAN BERAGAMA
ANDA PERNAH BERNIAT UNTUK 0.527 196 <.001
MURTAD IAITU KELUAR DARI AGAMA
ISLAM
REMAJA BERUMUR BAWAH 18 BOLEH 0.346 196 <.001
MEMOHON KELUAR AGAMA ISLAM
TINGKAH LAKU REMAJA PADA MASA 0.274 196 <.001
KINI MEMPENGARUHI KEBEBASAN
BERAGAMA
SAMBUTAN SEKOLAH YANG 0.253 196 <.001
MENGANDUNGI UNSUR BARAT SEPERTI
TARIAN MEMBERI KESAN KEPADA HAK
KEBEBASAN BERAGAMA
GURU PERNAH MEMASUKKAN UNSUR 0.265 196 <.001
AGAMA DALAM SILIBUS DI SEKOLAH
ANDA BERSETUJU BAHAWA SEJARAH 0.268 196 <.001
PEMBENTUKKAN MALAYSIA BERKAIT
DENGAN HAK KEBEBASAN BERAGAMA
PENAMPILAN GURU DI SEKOLAH 0.234 196 <.001
MEMBERI KESAN KEPADA KEBEBASAN
BERAGAMA DI MALAYSIA

4.3.2 Ujian Skewness dan Kurtosis

Skewness adalah ukuran sejauhmana graf bersifat simetri. Nilai sifar bagi Skewness dan
Kurtosis menunjukkan taburan 100% normal. Skewness menunjukkan kepencongan taburan.
Kedua-dua Skewness dan Kurtosis ini ditukarkan kepada skor Z (skor standard untuk sebarang
populasi dengan membahagikan nilai statistik skewness dan kurtosis dengan standard error
(SE) masing-masing). Sekiranya pemboleh ubah bersandar sudah berada pada nilai julat ±1.98,
maka ia tidak perlu dibahagikan dengan standard error (SE).

36
Rumus:

Z= S – 0

SE

Nilai Z skor ini perlu berada dalam julat ±1.98.

Jadual 4.3: Taburan Kaedah Skewness dan Kurtosis

37
Item Soal Selidik Statistik

Skewness Kurtosis

Memahami Hak Kebebasan -0.935 2.007


Beragama Di Malaysia

Terdapat Silibus Pembelajaran


Mengenai Isu Kebebasan -0.379 0.302
Beragama Di Sekolah Anda

Sekolah Anda Memberikan


Pendedahan Mengenai Isu -0.626 0.103
Kebebasan Beragama Di
Malaysia Persekitaran

Anda Setuju Bahawa Remaja


Mudah Terpengaruh Dengan Gaya -1.006 0.760
Hidup Agama Lain Di Malaysia

Anda Terlibat Dengan Aktiviti Di


Luar Kelas/Kokurikulum Mengenai 0.126 -0.681
Isu Kebebasan Beragama Di
Sekolah Anda

Guru Di Sekolah Pernah -0.472 -0.351


Memberikan Kefahaman Berkenaan
Hak Kebebasan Beragama Di
Malaysia

Remaja Berumur Bawah 18


0.617
Boleh Memohon Keluar Agama -1.011

Islam

38
Tingkah Laku Remaja Pada
Masa Kini Mempengaruhi -0.715 0.851
Kebebasan Beragama

Sambutan Sekolah Yang


-0.538 -0.017
Mengandungi Unsur Barat
Seperti Tarian Memberi Kesan
Kepada Hak Kebebasan Beragama

Anda Bersetuju Bahawa


Sejarah Pembentukkan Malaysia -0.442 -0.139
Berkait Dengan Hak Kebebasan
Beragama

Guru Pernah Memasukkan


Unsur Agama Dalam Silibus Di 1.027
-0.923
Sekolah
Penampilan Guru Di Sekolah
memberi kesan kepada Kebebasan
-0.389 -0.143
Beragama di Malaysia

39
Dalam kajian ini, dapatan kajian perlu disahkan kenormalan taburan data tersebut
dengan melihat kesemua item soal selidik yang terdapat dalam kajian ini, kenormalan taburan
data untuk kesemua item soalan selidik ini dilihat pada bacaan nilai Skewness dan Kurtosis
pula. Jadual 4.3 menunjukkan bacaan nilai bagi ujian Skewness dan Kurtosis. Jika bacaan nilai
Skewness dan Kurtosis berada pada dalam julat ±1.98, data tersebut dikatakan bertaburan secara
normal.

Bacaan Skewness bagi item soal selidik pertama adalah 0.935 manakala bacaan bagi
Kurtosis pula adalah 2.007. Bacaan ini adalah tidak normal kerana berada dalam julat ±1.98.
Seterusnya bacaan Skewness bagi item soal selidik kedua adalah -0.379 manakala bacaan
Kurtosis adalah 0.302. Steterusnya, bagi item soal selidik ketiga, bacaan Skewness adalah -
0.626 manakala bacaan Kurtosisnya adalah 0.103. Bacaan ini adalah normal kerana berada
dalam julat ±1.98. Bacaan Skewness bagi item soal selidik keempat adalah -1.006 manakala
bacaan Kurtosis adalah 0.760. Bacaan ini adalah normal kerana berada dalam julat ±1.98.
Seterusnya, bagi item soal selidik kelima, bacaan Skewness adalah 0.126 dan bacaan Kurtosis
adalah -0.681. Seterusnya, bagi item soal selidik keenam, bacaan Skewness adalah 0.472 dan
bacaan Kurtosis adalah -0.351. Seterusnya, bagi item soal selidik ketujuh, bacaan Skewness
adalah 0.617 dan bacaan Kurtosis adalah -1.011. Seterusnya, bagi item soal selidik kelapan,
bacaan Skewness adalah -0.715 dan bacaan Kurtosis adalah 0.851. Seterusnya, bagi item soal
selidik kesembilan, bacaan Skewness adalah -0.538 dan bacaan Kurtosis adalah -0.017.
Seterusnya, bagi item soal selidik kesepuluh, bacaan Skewness adalah -0.442 dan bacaan
Kurtosis adalah -0.139. Seterusnya, bagi item soal selidik kesebelas, bacaan Skewness adalah
-0.923 dan bacaan Kurtosis adalah 1.027 yang terakhir Seterusnya, bagi item soal selidik
terakhir, bacaan Skewness adalah -0.389 dan bacaan Kurtosis adalah -0.143. daripada item
soalan soal selidikkelima shingga item soal selidik ke-12 menunjukkan bacaan yang normal
kerana kesemuannya berada pada julat ±1.98.

4.3.3 Graf Plot Normal Q-Q

Kenormalan sesuatu data kajian juga boleh dilihat dengan melihat graf plot normal Q-Q yang
ditunjukkan dalam SPSS. Menurut Chua (2006), data yang bertaburan normal akan
memperolehi graf plot normal Q-Q yang menunjukkan taburan plot yang berada di atas satu
garisan yang lurus.

40
Rajah 4.1: Graf Plot Normal Q-Q Item Soal Selidik Pertama

Rajah 4.1 menunjukkan graf plot normal Q-Q bagi item soal selidik pertama. Daripada graf di
atas, data bagi pemboleh ubah peribadi dilihat bertaburan secara normal apabila kesemua plot
berada pada garisan yang hampir lurus. Dengan ini, pemboleh ubah bagi item soal selidik
pertama ini bertaburan dengan normal jika diinterprestasi menggunakan graf plot normal Q-Q

41
Rajah 4.2: Graf Plot Normal Q-Q Item Soal Selidik Kedua

Rajah 4.2 menunjukkan graf plot normal Q-Q bagi item soal selidik kedua. Daripada graf di
atas, data bagi pemboleh ubah peribadi juga dilihat bertaburan secara normal apabila kesemua
plot berada pada garisan yang hampir lurus. Dengan ini, pemboleh ubah bagi item soal selidik
kedua ini bertaburan dengan normal.

42
Rajah 4.3: Graf Plot Normal Q-Q Item Soal Selidik Ketiga

Rajah 4.3 menunjukkan graf plot normal Q-Q bagi item soal selidik ketiga. Daripada graf di
atas, data bagi pemboleh ubah peribadi juga dilihat bertaburan secara normal apabila kesemua
plot juga berada pada garisan yang hampir lurus. Dengan ini, pemboleh ubah bagi item soal
selidik kedua ini bertaburan dengan normal.

Rajah 4.4: Graf Plot Normal Q-Q Item Soal Selidik Keempat

Rajah 4.4 menunjukkan graf plot normal Q-Q bagi item soal selidik kempat. Daripada graf di
atas, data bagi pemboleh ubah peribadi dilihat bertaburan secara normal apabila kesemua plot
juga berada pada garisan yang hampir lurus. Dengan ini, pemboleh ubah bagi item soal selidik
kedua ini bertaburan dengan normal.

43
Rajah 4.5: Graf Plot Normal Q-Q Item Soal Selidik Kelima

Rajah 4.5 menunjukkan graf plot normal Q-Q bagi item soal selidik kelima. Daripada graf di
atas, data bagi pemboleh ubah peribadi juga dilihat bertaburan secara normal apabila kesemua
plot juga berada pada garisan yang hampir lurus. Dengan ini, pemboleh ubah bagi item soal
selidik kedua ini bertaburan dengan normal.

44
Rajah 4.6: Graf Plot Normal Q-Q Item Soal Selidik Keenam

Rajah 4.6 menunjukkan graf plot normal Q-Q bagi item soal selidik keenam. Daripada graf di
atas, data bagi pemboleh ubah peribadi juga dilihat bertaburan secara normal apabila kesemua
plot juga berada pada garisan yang hampir lurus. Dengan ini, pemboleh ubah bagi item soal
selidik kedua ini bertaburan dengan normal.

Rajah 4.7: Graf Plot Normal Q-Q Item Soal Selidik Ketujuh

Rajah 4.7 menunjukkan graf plot normal Q-Q bagi item soal selidik ketujuh. Daripada graf di
atas, data bagi pemboleh ubah peribadi juga dilihat bertaburan secara normal apabila kesemua
plot juga berada pada garisan yang hampir lurus. Dengan ini, pemboleh ubah bagi item soal
selidik kedua ini bertaburan dengan normal.

45
Rajah 4.7: Graf Plot Normal Q-Q Item Soal Selidik Kelapan

Rajah 4.7 menunjukkan graf plot normal Q-Q bagi item soal selidik kelapan. Daripada graf di
atas, data bagi pemboleh ubah peribadi juga dilihat bertaburan secara normal apabila kesemua
plot juga berada pada garisan yang hampir lurus. Dengan ini, pemboleh ubah bagi item soal
selidik kedua ini bertaburan dengan normal.

Rajah 4.7: Graf Plot Normal Q-Q Item Soal Selidik Kesembilan

46
Rajah 4.7 menunjukkan graf plot normal Q-Q bagi item soal selidik kesembilan. Daripada graf
di atas, data bagi pemboleh ubah peribadi juga dilihat bertaburan secara normal apabila
kesemua plot juga berada pada garisan yang hampir lurus. Dengan ini, pemboleh ubah bagi
item soal selidik kedua ini bertaburan dengan normal.

Rajah 4.7: Graf Plot Normal Q-Q Item Soal Selidik Ke-10

Rajah 4.7 menunjukkan graf plot normal Q-Q bagi item soal selidik ke-10. Daripada graf di
atas, data bagi pemboleh ubah peribadi juga dilihat bertaburan secara normal apabila kesemua
plot juga berada pada garisan yang hampir lurus. Dengan ini, pemboleh ubah bagi item soal
selidik kedua ini bertaburan dengan normal.

47
Rajah 4.7: Graf Plot Normal Q-Q Item Soal Selidik Ke-11

Rajah 4.7 menunjukkan graf plot normal Q-Q bagi item soal selidik ke-11. Daripada graf di
atas, data bagi pemboleh ubah peribadi juga dilihat bertaburan secara normal apabila kesemua
plot juga berada pada garisan yang hampir lurus. Dengan ini, pemboleh ubah bagi item soal
selidik kedua ini bertaburan dengan normal.

Rajah 4.7: Graf Plot Normal Q-Q Item Soal Selidik Ke-12

48
Rajah 4.7 menunjukkan graf plot normal Q-Q bagi item soal selidik ke-12. Daripada graf di
atas, data bagi pemboleh ubah peribadi juga dilihat bertaburan secara normal apabila kesemua
plot juga berada pada garisan yang hampir lurus. Dengan ini, pemboleh ubah bagi item soal
selidik kedua ini bertaburan dengan normal.

4.4 Analisis Statistik Deskriptif Kekerapan dan Peratusan

Ujian analisis statistik deskriptif adalah merupakan kaedah yang dilakukan untuk menerangkan
secara lebih jelas mengenai latar belakang responden dalam kajian ini dari segi demografi iaitu
jantina dan umur bagi responden yang dipilih ini. Statistik yang sering diambil adalah analisis
kekerapan, peratusan, min dan sisihan piawai. Dalam kajian ini, pengkaji hanya mengambil
kekerapan dan peratusan sahaja bagi menjelaskan mengenai latar belakang responden kajian
ini.

4.4.1 Jantina

Dalam kajian ini, seramai 196 orang yang terdiri daripada pelajar tingkatan 4 dan 5 Sekolah
Menengah Kebangsaan Agama Sheikh Malek (SHAMS) yang dipilih menajdi responden
dalam kajian ini:

Jadual 4.2 Jumlah Responden Mengikut Jantina

Faktor Perkara Kekerapan (Orang) Peratus (%)

Jantina Lelaki 64 32.7

Perempuan 132 67.3

Jumlah 196 100

49
Jadual 4.2 menunjukkan jumlah responden mengikut jantina. Jadual di atas jelas
menunjukkan bahawa bilangan responden perempuan lebih ramai berbanding responden lelaki.
Jumlah responden perempuan adalah seramai 132 orang manakala jumlah responden lelaki
hanya mencatatkan seramai 64 orang sahaja. Hal ini dibuktikan dengan nilai peratusan yang
ditunjukkan oleh responden perempuan melebihi peratusan responden lelaki iaitu peratusan
perempuan sebanyak 67.3% manakala peratusan lelaki pula hanya sebanyak 32.7% daripada
jumlah keseluruhan responden. Rajah 4.7 di bawah pula memperlihatkan carta kekerapan
pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Sheikh Malek dari aspek jantina.

Rajah 4.2 Carta Responden Mengikut Aspek Jantina

50
4.4.3 Umur

Bagi latar belakang umur, responden dibahagikan kepada dua peringkat umur seperti yang
diperlihatkan dalam 4.5 di bawah iaitu 16 dan 17 tahun.

Jadual 4.4: Jumlah Responden Mengikut Umur

Faktor Perkara Kekerapan (Orang) Peratus

(%)

Umur 16 91 46.4

17 105 53.6

Jumlah 196 100

Daripada jadual 4.4 di atas, jelas menunjukkan bahawa jumlah responden yang berumur 17
tahun mencatatkan bacaan kekerapan yang tertinggi iaitu seramai 105 orang. Dengan ini,
peratusan yang dimiliki oleh responden yang berumur 17 tahun ini adalah sebanyak 53.6%.
Manakala kekerapan umur responden berumur 16 tahun lebih sedikit iaitu sebanyak 91 orang
bersamaan 46.4% sahaja. Rajah 4.4 di bawah pula memperlihatkan kekerapan pelajar Sekolah
Menengah Kebangsaan Agama Sheikh Malek mengikut latar belakang umur.

51
Rajah 4.4: Jumlah Responden Mengikut Umur

4.5 Analisis Statistik Deskriptif Taburan Pemboleh Ubah

Menurut Chua (2006), analisis statistik deskriptif adalah suatu bentuk ujian statistik terhadap
item pemboleh ubah kajian yang digunakan untuk menerangkan ciri-ciri pemboleh ubah seperti
min, sisihan piawai, median, mod, taburan normal dan skor Z. Jadual 4.11 di bawah
menunjukkan analisis statistik deskriptif bagi nilai minimum, maksimum, min dan sisihan
piawai untuk kajian ini.

Jadual 4.5: Statistik Deskriptif Nilai Minimum, Maksimum, Min dan Sisihan Piawai
N MINIMUM MAKSIMUM MIN SISIHAN
PIAWAI

MEMAHAMI HAK 196 1.00 5.00 3.9031 0.78171


KEBEBASAN
BERAGAMA DI
MALAYSIA

TERDAPAT SILIBUS 196 1.00 5.00 3.3520 0.93565


PEMBELAJARAN
MENGENAI ISU
KEBEBASAN
BERAGAMA DI
SEKOLAH

SEKOLAH ANDA 196 1.00 5.00 3.5204 0.94711


MEMBERIKAN
PENDEDAHAN
MENGENAI ISU
KEBEBASAN
BERAGAMA

ANDA SETUJU 196 1.00 5.00 4.0408 0.94373


BAHAWA REMAJA
MUDAH
TERPENGARUH
DENGAN GAYA HIDUP
AGAMA LAIN DI
MALAYSIA

52
ANDA TERLIBAT 196 1.00 5.00 2.3929 0.93576
DENGAN AKTIVITI DI
LUAR

KELAS/KOKURIKULUM
MENGENAI ISU
KEBEBASAN
BERAGAMA DI
SEKOLAH

ANDA SETUJU 196 1.00 5.00 1.5153 0.90286


BAHAWA MALAYSIA
MEMBENARKAN
PENGANUT ISLAM
MURTAD DENGAN
BEBAS

GURU DI SEKOLAH 196 1.00 5.00 3.3520 1.08772


PERNAH
MEMBERIKAN
KEFAHAMAN
BERKENAAN HAK
KEBEBASAN
BERAGAMA

REMAJA BERUMUR 196 1.00 5.00 1.8265 0.98215


BAWAH 18 BOLEH
MEMOHON KELUAR
AGAMA ISLAM

TINGKAH LAKU 196 1.00 5.00 3.8010 0.87483


REMAJA PADA MASA
KINI MEMPENGARUHI
KEBEBASAN
BERAGAMA

SAMBUTAN SEKOLAH 196 1.00 5.00 3.5663 0.97701


YANG MENGANDUNGI
UNSUR BARAT SEPERTI
TARIAN MEMBERI
KESAN KEPADA HAK
KEBEBASAN
BERAGAMA

53
GURU PERNAH 196 1.00 5.00 4.2704 0.76012
MEMASUKKAN UNSUR
AGAMA DALAM
SILIBUS DI SEKOLAH

ANDA BERSETUJU 196 1.00 5.00 3.7704 0.86726


BAHAWA SEJARAH
PEMBENTUKKAN
MALAYSIA BERKAIT
DENGAN HAK
KEBEBASAN
BERAGAMA

PENAMPILAN GURU DI 196 1.00 5.00 3.5765 0.94422


SEKOLAH MEMBERI
KESAN KEPADA
KEBEBASAN
BERAGAMA DI
MALAYSIA

Jadual 4.5 di atas menunjukkan hasil analisis deskriptif statistik yang menggunakan skala likert
1 hingga 5. Pada bahagian B, terdapat lima belas soalan pada bahagian ini. Soalan yang
dikemukan pada bahagian B dan C dalam borang soal selidik ini berbentuk skala likert yang
mana responden hendaklah menjawab soalan tersebut merujuk kepada skala yang ditentukan
oleh pengkaji. Pada bahagian B dan C dalam borang soal selidik kajian ini, nilai 1 mewakili
sangat tidak setuju, nilai 2 mewakili tidak setuju, nilai 3 mewakili neutral, nilai 4 mewakili
setuju dan nilai 5 mewakili sangat setuju. Jadual di atas menunjukkan nilai minimum, nilai
maksimum, min dan sisihan piawai bagi setiap pemboleh ubah keseluruhan sampel kajian iaitu
n = 196 orang responden.

Kesemua pemboleh ubah dalam kajian ini mempunyai nilai minimum dan nilai maksimum
yang sama iaitu 1.00 nilai minimum dan 5.00 nilai maksimum. Bagi item soal selidik pertama,
nilai min yang dicatatnya adalah 3.9031 dan nilai sisihan piawainya adalah 0.78171.
Seterusnya, item soal selidik kedua mencatatkan nilai min 3.3520 dan sisihan piawainya adalah
0.93565. Manakala bagi item soal selidik ketiga memiliki nilai min 3.5204 dan nilai sisihan
piawai 0.94711. Bagi item soal selidik keempat, nilai min yang dicatatkan olehnya adalah
4.0408 dan nilai sisihan piawainya adalah 0.94373. Item soal selidik kelima pula memiliki nilai

54
min 2.3929 dan nilai sisihan piawan adalah 0.93576. Bagi item soal selidik keenam pula, nilai
min adalah 1.5153 dan nilai sisihan piawan adalah 0.90286. Bagi item soal selidik ketujuh,
nilai min adalah 3.3520 dan nilai sisihan piawan adalah sebanyak 1.08772. Bagi item soal
selidik kelapan pula, nilai min adalah 1.8265 dan nilai sisihan piawan adalah sebanyak 0.98215.
Seterusnya,

Bagi item soal selidik kesembilan pula, nilai min adalah 3.8010 dan nilai sisihan piawan adalah
0.87483. Seterusnya, bagi item soal selidik ke-10, nilai min adalah 3.5663 manakala nilai
sisihan piawan adalah 0.97701. Bagi item soal selidik ke-11, nilai min adalah 4.2704 dan nilai
sisihan piawan adalah 0.76012. Setersunya, bagi item soal selidik ke-12, nilai min adalah
3.7704 manakala nilai sisihan piawan adalah sebanyak 0.86726. dan yang terakhir, bagi item
soal selidik ke-13, nilai min adalah 3.5765 manakala nilai sisihan piawai adalah sebanyak
0.94422.

4.6 Analisis Statistik Inferensi


Analisis statistik inferensi dijalankan untuk menjelaskan kewujudan hubungan antara suatu
pemboleh ubah dengan pemboleh ubah yang lain. Penggunaannya adalah bertujuan untuk
membuat generalisasi atau huraian.

4.6.1 Ujian Regrasi: Pengaruh Faktor Pendidikan Formal

Masalah Stres

Persoalan Kajian

Adakah silibus pengajaran dan pembelajaran di sekolah menengah mempengaruhi kefahaman


remaja islam terhadap isu kebebasan beragama

Objektif Kajian

Mengenalpasti pengaruh silibus pengajaran dan pembelajaran di sekolah menengah terhadap


kefahaman remaja islam terhadap isu kebebasan beragama

Hipotesis Kajian

Ha: Terdapat pengaruh silibus pembelajaran terhadap kefahaman pelajar tingkatan empat dan
lima SHAMS terhadap isu kebebasan beragama

55
Ho: Tidak Terdapat pengaruh silibus pembelajaran terhadap kefahaman pelajar tingkatan empat
dan lima SHAMS terhadap isu kebebasan beragama

Jadual 4.25: Analisis Regrasi Pengaruh Silibus Pembelajaran di Sekolah Terhadap


Kefahaman Pelajar Tingkatan 4 dan 5 SHAMS berhubung isu Kebebasan Beragama

R R2 R2 F Sig.
Kombinasi Adjusted
pemboleh ubah
tidak bersandar

0.264 0.070 0.065 14.564 0.00

Jadual 4.26: Analisis ANOVA Bagi Ujian Regrasi

Model Jumlah dk Min F Sig.

Kuasa Kuasa
Dua Dua

Regrasi Baki 14.564 0.00


8.321 1 8.321
110.837 194 0.571

Jumlah 219.771 195

Berdasarkan jadual 4.25, nilai R adalah antara pemboleh ubah bersandar dengan pemboleh
ubah bebas. Nilai R2 sebanyak 0.070 menunjukkan peratusan sebanyak 7.0% perubahan dalam
pemboleh ubah bersandar dipengaruhi oleh pemboleh ubah bebas seperti yang diperlihatkan
dalam jadual di atas. Keputusan ini disokong oleh Ujian ANOVA dengan nilai F (dk = 1, p <
0.01) = 14.564. Ini membuktikan bahawa Analisis Regrasi Pelbagai telah memperlihatkan
kewujudan pengaruh silibus pengajaran dan pembelajaran terhadap kefahaman pelajar Secara
keseluruhan pengaruh ini menyumbang sebanyak 7% terhadap kefahaman pelajar tingkatan
empat dan lima di SHAMS berhubung isu kebebasan beragama

56
Persoalan Kajian

Adakah guru mempunyai pengaruh dalam memberi kefahaman tentang isu kebebasaan
beragama dalam kalangan remaja islam

Objektif Kajian

Mengenal pasti peranan guru dalam memberi kefahaman tentang isu kebebasaan beragama
dalam kalangan remaja islam

Hipotesis Kajian

Ha: Terdapat pengaruh guru dalam memberi kefahaman tentang isu kebebasan beragama
terhadap kefahaman pelajar tingkatan empat dan lima SHAMS.

Ho: Tidak Terdapat pengaruh guru dalam memberi kefahaman tentang isu kebebasan beragama
terhadap kefahaman pelajar tingkatan empat dan lima SHAMS.

Jadual 4.27: Analisis Regrasi Pengaruh Guru dalam memberi kefahaman terhadap
Kefahaman Pelajar Tingkatan 4 dan 5 SHAMS berhubung isu Kebebasan Beragama

R R2 R2 F Sig.
Kombinasi Adjusted
pemboleh ubah
tidak bersandar

0.349 0.122 0.108 8.855 0.00

Jadual 4.28: Analisis ANOVA Bagi Ujian Regrasi

Model Jumlah dk Min F Sig.

Kuasa Kuasa
Dua Dua

Regrasi Baki 8.855 0.00


14.483 3 4.828
104.675 192 0.545

Jumlah 119.158 195

57
Berdasarkan jadual 4.28, nilai R adalah antara pemboleh ubah bersandar dengan pemboleh ubah
bebas. Nilai R2 sebanyak 0.122 menunjukkan peratusan sebanyak 12.0% perubahan dalam
pemboleh ubah bersandar dipengaruhi oleh pemboleh ubah bebas seperti yang diperlihatkan
dalam jadual di atas. Keputusan ini disokong oleh Ujian ANOVA dengan nilai F (dk = 3, p <
0.01) = 8.855. Ini membuktikan bahawa Analisis Regrasi Pelbagai telah memperlihatkan
kewujudan pengaruh guru dalam memberi kefahaman terhadap pelajar. Secara keseluruhan
pengaruh ini menyumbang sebanyak 12% terhadap kefahaman pelajar tingkatan empat dan lima
di SHAMS berhubung isu kebebasan beragama

Persoalan Kajian
Adakah aktiviti luar kelas dan kokurikulum mempengaruhi kefahaman remaja islam terhadap
isu kebebasan beragama

Objektif Kajian
Mengenalpasti pengaruh aktiviti luar kelas dan kokurikukum mempengaruhi kefahaman remaja
islam terhadap isu kebebasan beragama.

Hipotesis Kajian
Ha: Terdapat pengaruh aktiviti luar kelas dan kokurikukum terhadap kefahaman pelajar
tingkatan empat dan lima SHAMS terhadap isu kebebasan beragama
Ho: Tidak Terdapat pengaruh aktiviti luar kelas dan kokurikukum terhadap kefahaman pelajar
tingkatan empat dan lima SHAMS terhadap isu kebebasan beragama

Jadual 4.29: Analisis Regrasi Pengaruh Aktiviti Luar Kelas/Kokurikulum dalam memberi
kefahaman terhadap Kefahaman Pelajar Tingkatan 4 dan 5 SHAMS berhubung isu Kebebasan
Beragama

Kombinasi R R2 R2 F Sig.
pemboleh ubah Adjusted
tidak bersandar

0.120 0.014 0.004 1.415 0.00

58
Jadual 4.30: Analisis ANOVA Bagi Ujian Regrasi
Model Jumlah dk Min F Sig.
Kuasa Kuasa
Dua Dua
Regrasi Baki 1.722 2 0.861 1.415 0.00
117.436 193 0.608

Jumlah 119.158 195

Jadual 4.31: Nilai Pekali Regrasi Pengaruh Faktor Silibus Pengajaran dan Pembelajaran,
Pengaruh Guru dan Aktiviti Luar Kelas/Kokurikulum

Pemboleh ubah tidak bersandar B Ralat Beta t Sig.


Piawai (β)

Faktor Silibus Pengajaran dan 0.221 0.058 0.264 3.816 <.001


Pembelajaran
0.264 0.063 0.288 4.191 <.001
Faktor Pengaruh Guru
Faktor Aktivit Luar 0.086 0.115 0.053 0.742 0.459
Kelas/Kokurikulum

59
Jadual 4.27 di atas menunjukkan nilai pekali regrasi pemboleh ubah bebas yang mempengaruhi
pemboleh ubah bersandar. Dapatan kajian menunjukkan hanya aktiviti luar kelas/Kokurikulum
yang tiada pengaruh terhadap pelajar tingkatan 4 dan 5 di SHAMS berhubung kefahaman
mengenai isu kebebasan beragama. kerana p > 0.05 iaitu 0.459. Manakala bagi faktor Silibus
Pengarajaran dan Pembelajaran ianya memberikan sebanyak 26.4% terhadap kefahaman pelajar
tingkatan 4 dan lima di SHAMS berhubung isu kebebasan beragama. Dan yang terakhir, bagi
Faktor Pengaruh Guru pula memberikan sebanyak 28.8% sumbangan yang mempengaruhi
kefahaman pelajar tingkatan 4 dan 5 SHAMS berhubung isu kebebasan beragama.
Analisis regrasi dilakukan bertujuan untuk mengkaji pengaruh Faktor Silibus
Pengajaran dan Pembelajaran, Pengaruh Guru dan Aktiviti Luar Kelas/Kokurikulum terhadap
kefahaman pelajar berhubung isu kebebasan beragama. Hasil analisis regrasi ini mendapati
bahawa terdapat dua iaitu Faktor Silibus Pengajaran dan Pembelajaran, Pengaruh Guru yang
mempunyai pengaruh terhadap kefahaman pelajar tingkatan 4 dan lima SHAMS berhubung isu
kebebasan beragama. Hal ini kerana nilai signifikan yang ditunjukkan oleh kedua-dua
pemboleh ubah tersebut adalah 0.00 iaitu p < 0.05. Manakala tiada pengaruh yang signifikan
antara pemboleh ubah faktor Aktiviti Luar Kelas/Kokurikulum terhadap kefahaman pelajar
kerana nilai signifikan yang ditunjukkan olehnya adalah 0.459 iaitu p > 0.05. Oleh itu, Ha yang
dibina gagal dan ditolak. Maka, terdapat pengaruh yang signifikan antara factor silibus
pengajaran dan pembelajaran serta faktor guru terhadap kefahaman pelajar tingkatan 4 dan 5
berhubung isu kebebasan beragama. Rajah 4.13 di bawah merupakan model akhir yang
menunjukkan faktor silibus pembelajaran dan pengajaran serta faktor guru yang mempunyai
pengaruh terhadap kefahaman pelajar tingkatan 4 dan 5 berhubung isu kebebasan beragama
dalam kajian ini.

60
Faktor Pengaruh Guru

Faktor Silibus
Pengajaran dan
Pembelajaran

4.7 Rumusan

Secara kesimpulannya, bab ini merupakan hasil dapatan kajian yang telah dianalisis
menggunakan pelbagai ujian untuk mendapatkan hasil yang saintifik. Antaranya ialah ujian
Realibiliti untuk mengetahui kebolehpercayaan item soal selidik, ujian Normaliti untuk
mengenal pasti taburan data yang diperolehi oleh setiap pemboleh ubah, analisis ujian statistik
deskriptif iaitu min, sisihan piawai, kekerapan dan analisis ujian statistik inferensi iaitu ujianT,
dan ujian Regrasi Linear Pelbagai. Hasil output daripada perisian SPSS juga telah diterang dan
dihuraikan oleh pengkaji mengenai ujian yang telah dijalankan

61
BAB 5

PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN KESIMPULAN

5.1 Pengenalan

Pada bab lima ini, pengkaji akan membincang dan mengupas mengenai hasil dapatan
kajian yang dipersembahkan pada bab empat secara lebih mendalam dan terperinci. Antara
elemen yang terdapat dalam bab ini ialah perbincangan serta penambahbaikan kajian dan
rumusan bagi keseluruhan kajian yang telah dijalankan berpandukan objektif dan hipotesis
dalam kajian ini. Seterusnya, beberapa cadangan bagi penambahbaikkan masalah kajian ini
turut diberikan bagi mengatasi masalah ini daripada terus terjadi. Oleh itu, perbincangan,
rumusan dan beberapa cadangan perlu dibuat untuk kebaikan generasi akan datang dan pihak
berwajib agar tindakan dapat segera diambil untuk manfaat bersama.

5.2 Perbincangan dan Rumusan Kajian Berdasarkan Objektif

5.2.1 Objektif :

Mengenal pasti pengaruh faktor silibus pengajaran dan pembelajaran, pengaruh guru
dan aktiviti luar kelas/kokurikulum terhadap kefahaman pelajar tingkatan 4 dan 5 di SHAMS
berhubung isu kebebasan beragama.

Terdapat 15 soalan telah disediakan dalam borang soal selidik berkaitan tahap
kefahaman golongan pelajar tingkatan 4 dan 5 dan meletakkan faktor silibus pendidikan,
peranan guru dan aktiviti luar kelas. Tiga faktor tersebut dipilih untuk dijadikan sebagai latar
belakang tahap kefahaman responden terhadap hak kebebasan beragama di Malaysia.

Objektif diatas dirangka untuk melihat faktor silibus pengajaran dan pembelajaran,
pengaruh guru dan aktiviti luar kelas/kokurikulum terhadap kefahaman pelajar tingkatan 4 dan
5 di SHAMS berhubung isu kebebasan beragama Untuk mencapai objektif keempat ini,
pengkaji menggunakan item regrasi untuk menguji pengaruh dan sumbangan pemboleh ubah
bebas terhadap pemboleh ubah bersandar dalam perisian komputer SPSS.

62
Berdasarkan analisis ujian regrasi yang digunakan dalam kajian ini, nilai R2
menunjukkan peratusan pengaruh kesemua pemboleh ubah bebas terhadap pemboleh ubah
bersandar. Nilai R2 yang ditunjukkan dalam jadual 4.25 adalah sebanyak 0.070 bersamaan
dengan 7.0% perubahan yang disebabkan oleh pemboleh ubah bebas terhadap pemboleh ubah
bersandar dalam kajian ini. Dapatan kajian ini disokong oleh ujian ANOVA seperti dalam
jadual 4.26 dengan nilai F (dk=1, p < 0.01) = 14.564. Hal ini memperlihatkan bahawa analisis
regrasi pelbagai telah membuktikan bahawa wujudnya pengaruh signifikan antara pemboleh
ubah bebas terhadap pemboleh ubah bersandar dalam kajian ini iaitu kefahaman pelajar
tingkatan 4 dan 5 SHAMS berhubung isu kebebasan beragama.

Dapatan kajian dalam jadual 4.31 menunjukkan terdapat tiga pemboleh ubah bebas
yang mempunyai pengaruh terhadap kefahaman pelajar tingkatan 4 dan 5 SHAMS berhubung
isu kebebasan beragama. Sumbangan pengaruh Faktor Pengaruh Guru adalah sebanyak 26.4%
dan merupakan peratusan pengaruh yang paling tinggi antara kesemua pemboleh ubah bebas
yang lain. Manakala peratusan sumbangan bagi Faktor Silibus Pengajaran dan Pembelajaran
pula adalah sebanyak 26.4%. Pengaruh Faktor Aktivit Luar Kelas/Kokurikulum pula
menyumbang sebanyak 5.3% sahaja. Daripada jadual 4.27 tersebut, didapati bahawa faktor
aktiviti luar kelas/kokurikulum mempunyai pengaruh yang tidak signifikan terhadap
kefahaman pelajar tingkatan 4 dan 5 SHAMS berhubung isu kebebasan beragama kerana nilai
signifikan yang ditunjukkan melebihi aras kesignifikan yang telah ditetapkan iaitu 0.05. Nilai
signifikan yang ditunjukkan oleh faktor aktivit luar kelas/kokurikulum adalah 0.459 iaitu p >
0.05. Manakala nilai signifikan bagi faktor pengaruh guru dan faktor silibus pengajaran dan
pembelajaran adalah sama iaitu < 0.01. Maka, Ha yang dibina oleh pengkaji gagal ditolak

Berdasarkan ujian regrasi yang dijalankan untuk mengetahui pengaruh faktor pemboleh
ubah bebas terhadap pemboleh ubah bersandar, terdapat tiga faktor pemboleh ubah bebas iaitu
faktor silibus pengajaran dan pembelajaran, faktor pengaruh guru, faktor aktivit luar
kelas/kokurikulum yang memberikan kesan yang signifikan kepada pemboleh ubah bersandar
iaitu kefahaman pelajar mengenai isu kebebasan beragama.

63
Berdasarkan rajah 4.31, faktor guru menunjukkan peratusan sumbangan pengaruh yang
paling tinggi iaitu sebanyak 28.8%. Hal ini demikian kerana guru sangat memainkan peranan
yang penting dalam kalangan pelajar tingkatan 4 dan 5 SHAMS, sebagai mana soalan yang
dikemukakan iaitu ”guru di sekolah pernah memberikan kefahaman berkenaan hak kebebasan
beragama” dengan mencatat nilai min sebanyak 3.35 dan soalan kedua ”guru pernah
memasukkan unsur agama dalam silibus di sekolah” dengan catatan min sebanyak 4.27 serta
soalan yang ketiga iaitu ”penampilan guru di sekolah memberi kesan kepada kebebasan
beragama” dengan mencatat nilai min sebanyak 3.57.

Faktor pengaruh guru ini sebagai faktor utama yang mempengaruhi kefahaman pelajar
tingkatan 4 dan 5 SHAMS berhubung isu kebebasan beragama ini Dapatan ini sama
ditunjukkan oleh kajian Nur Afifah Mohd Najib dan Ahmad Munawar Ismail (2018) di mana
faktor pengaruh guru menunjukkan nilai min yang tertinggi yang mempengaruhi kefahaman
pelajar berhubung isu kebebasan beragama.

Faktor silibus pengajaran dan pembelajaran juga memberikan sebanyak 26.4% terhadap
kefahaman pelajar tingkatan 4 dan 5 SHAMS berhubung isu kebebasan beragama. Hal ini
disokong melalui item soal selidik soalan yang dikemukakan iaitu ”terdapat silibus
pembelajaran mengenai isu kebebasan beragama di sekolah” dengan mencatat nilai min 3.35

Hasil kajian ini disokong oleh kajian Muhamad Zaki Zainuddin dan Khadijah Abdul
Razak (2018) menunjukkan bahawa faktor silibus pengajaran dan pembelajaran juga
memainkan faktor yang penting dalam memberi kefahaman pelajar mengenai isu kebebasan
beragama.

Manakala faktor Aktiviti luar Kelas/Kokurikukum pula memberikan sebanyak 5.3%


sahaja pengaruh terhadap kefahaman pelajar tingkatan 4 dan 5 SHAMS berhubung isu
kebebasan beragama. dua item soal selidik yang mempunyai nilai min paling tinggi bagi faktor
aktiviti luar kelas/kokurikulum merupakan iaitu yang pertama ”adakah anda pernah terlibat
dengan aktiviti di luar kelas/kokurikulum mengenai isu kebebasan beragama di sekolah”,
dengan mencatat nilai min 2.39 dan item soalan yang kedua iaitu adakah sambutan sekolah
yang mengandungi unsur barat seperti tarian memberi kesan kepada hak kebebasan beragama”
dengan mencatat nilai min sebanyak 3.56.

Hasil dapatan ini disokong oleh Nazneen binti Ismail, Aemy Elyani Mat Zain dan
Saadah Nasiruddin (2022) yang mengatakan bahawa aktiviti luar kelas/kokurikulum juga
mempengaruhi kefahaman pelajar mengenai isu kebebasan beragama.

64
5.3 Implikasi Kajian

Berdasarkan kajian yang telah dilakukan ke atas pemboleh ubah bebas iaitu faktor guru,
silibus pembelajaran dan aktiviti kokurikulum dengan memuat perkaitan dengan hak kebebasan
beragama di dalam kalangan pelajar tingkatan 4 dan 5 Sekolah Menengah Kebangsaan Agama
Sheikh Abdul Malek, Kuala Terengganu. Pada pandangan ini, seorang guru perlu memainkan
peranan dalam menerapkan had kebebasan beragama dalam kalangan murid. Oleh itu, guru
hendaklah melengkapkan persiapan untuk memastikan pelajar memperolehi kefahaman yang
betul terutama pada akidah dan amal ibadah solat.

Kita sedia maklum bahawa dua perkara adalah fardu ain yang menjadi kewajipan
sehingga diumpamakan sebagai tiang agama (Arnie 2016; Shukeri, Mohamad Azrien & Syed
Abdurrahman, 2013) dan sebagai ibadah pertama yang akan dihisab pada hari kiamat (Anisah
Ab. Ghani, 2001).Guru merupakan ibu bapa kedua selepas ibu bapa kandung, jadi peranan
dalam pendidikan sangat penting. Dapatan kajian mendapati bahawa pemahaman berkaitan
kebebasan beragama pada tahap tinggi.

Guru perlu menyesuaikan aktiviti dengan tahap kebolehan pelajar. Pelajar yang lemah
perlu disediakan aktiviti yang lebih mudah tetapi menarik sementara pelajar yang lebih cerdas
perlukan aktiviti yang lebih mencabar sesuai dengan tahap kebolehan mereka. Kaedah ini
penting dalam menentukan penglibatan aktif semua pelajar dan menjamin pengajaran dan
pembelajaran berkesan. Selain itu, guru juga perlu memberi komitmen yang baik dan
bekerjasama dengan pentadbir sekolah dan masyarakat dalam menangani masalah tentang
kebebasan beragama di sekolah dan di persekitarannya.

Dapatan kajian juga mendapati bahawa kebanyakkan pelajar SHAMS ini memahami
bahawa isu murtad atau keluar dari agama ini merupakan satu kesalahan yang besar . Jadi di
sini kita lihat bahawa kebaikan pembelajaran yang berbentuk keagamaan membabtu dalam
menguatkan jati diri daripada terpesong daripada terpengaruh anasir-anasir yang boleh
merosakkan jati diri seseorang.

Dengan kajian ini boleh dijadikan rujukan kepada sekolah dalam merangka aktiviti
pembelajaran dan pengajaran di sekolah. Dalam pada masa yang sama juga, kajian ini boleh
digunakan sebagai rujukan kepada kerajaan supaya kerajaan melihat dan menambahbaik serta
mencadangkan beberapa cadangan dalam meningkatkan kualiti pelajar.

65
5.4 Cadangan

Berdasarkan dapatan kajian yang dibincangkan serta implikasinya terhadap hak


kebebasan beragama secara keseluruhan, bahagian ini mengemukakan beberapa cadangan
kajian seterusnya dalam usaha untuk meningkatkan kefahaman pelajar dalam kebebasan
beragama :

1) Pihak sekolah khususnya perlu mengadakan aktiviti luar kelas atau kokurikulum
terutamanya berkaitan isu kebebasan beragama. Hal ini demikian kerana terdapat pihak
dan kelompok masyarakat memperjuangkan bahawa amalan beragama dan
perkaraperkara yang berkaitan dengannya merupakan urusan individu tanpa
memerlukan kepada seliaan dan keterikatan dengan mana-mana autoriti dan institusi
agama. Jadi perkara ini telah menimbulkan kekeliruan dan kesukaran mengenai hal ini.
Oleh yang demikian, pihak sekolah perlu anjurkan aktiviti seperti program 1 hari 1 zikir
bagi menguatkan jati diri pelajar. Selain itu, pihak sekolah juga boleh mengadakan
aktiviti berbentuk pertanding bagi meningkatkan pengetahuan pelajar tentang agama
ini.

2) Seterusnya, peranan guru juga penting dalam memantapkan kefahaman berkaitan


dengan kebebasan beragama ini dengan membuat persiapan awal seperti mempunyai
rujukan lain semasa mengajar kepada pelajar agar keberhasilan pelajar dalam
kefahaman dalam kebebasan agar menjadi kukuh. Guru merupakan satu cara
penyebaran maklumat kerana guru telah mempelajarinya sebelum dia ajar kepada
pelajar balik, jadi berkemungkinan para guru telah diajar cara menimbulkan isu ini bagi
mengelirukan pelajar tersebut. Oleh itu, seorang manusia yang bergelar guru perlu
mengajar pelajar dengan jujur dan ikhlas serta banyak membaca bagi subjek bagi
memeudahkan pelajar tersebut untuk memahami subjek serta boleh dijadikan sebagai
ilmu tambahan jika tidak terdapat dalam silibus tetapi berkait bagi mengurangkan
berlaku salah faham dalam subjek tersebut.

66
3) Peranan kerajaan terutamanya bahagian pendidikan perlu menyemak semula serta
menambah baik silibus pembelajaran & pengajaran supaya memberi pengetahuan dan
kefahaman kepada pelajar serta tidak menimbulkan ketidakfahaman mengenai isu ini.
Hal ini demikian kerana pendidikan merupakan sumber penyebaran bagi
ideologiideologi yang wujud pada masa kini seperti sekularisme dan liberalisme.
Semua sedia maklum bahawa ideologi sekularisme adalah sebuah ideologi yang
memisahkan hal negara dan agama. Manakala liberalisme ini merupakan suatu
pandangan di mana meletakkan kebebasan individu itu paling tinggi. Maksudnya di
sini, seseorang itu berhak untuk melakukan apa sahaja tanpa halangan. Hal ini boleh
mendatangkan kemudaratan bukan kepada pelajar sahaja, malah melibatkan semua
orang. Oleh yang demikian, pihak berkenaan perlulah menjalankan penyelidikan
mengenai silibus yang yang dipelajari di sekolah bagi mengelakkan unsur ideologi ini
masuk dalam sekolah yang menyebabkan pengaruh itu wujud dalam kalangan pelajar
sekolah.

Kesimpulan

Kajian ini telah banyak memberikan pengetahuan dan menarik kepada pengkaji
mengenai tahap kefahaman pelajar tingkatan empat dan lima Sekolah Menengah Kebangsaan
Agama Sheikh Malek berkenaan kefahaman hak kebebasan beragama di Malaysia. Implikasi
kajian ini adalah menfokuskan kepada peranan guru dalam menyampaikan silibus
pembelajaran dengan tepat,menyesuaikan aktiviti luar kelas yang sesuai dengan tahap
kebolehan para pelajar dan mendidik para pelajar dengan asas-asas agama yang kuat.
Permasalahan kajian yang wujud telah diterangkan secara terperinci dalam objektif dan
persoalan kajian yang telah dianalisis dalam bab sebelum ini. Dalam bahagian ini, pengkaji
hanya melakukan rumusan berdasarkan objektif kajian yang telah dibentuk seawal kajian.
Dalam bahagian bab ini juga, pengkaji membuat kesimpulan mengenai hasil kajian yang
dimulai dari bab satu sehingga bab empat. Pengkaji juga turut memberikan berapa cadangan
dan penambahbaikkan iaitu pihak sekolah perlu mengadakan aktiviti luar kelas atau
kokurikulum berkenaan isu Dan hak kebebasan beragama. Ini bertujuan utuk kajian lanjutan
bagi memudahkan pengkaji lain menghasilkan bahan akademik yang lebih baik dan
berkembang pada masa hadapan selari dengan keperluan masyarakat semasa.

67
Dengan kajian ini, saya berharap agar kajian yang kita lakukan dapat memberi
sumbangan yang besar dan menjadi perkongsian ilmu serta boleh menjadi rujukan kepada
pengkaji yang mengkaji hak kebebasan beragama di Malaysia. Di samping itu, pengkaji
berharap kajian ini akan membantu masyarakat dalam mencakna akan permasalahan yang
wujud dalam kalangan remaja kerana remaja pada masa kini mudah dipengaruhi dengan media
sosial dan seterusnya menguatkan jati diri bagi menghadapi hari yang akan mendatang.

68
RUJUKAN

Abdul Monir Yaacob. 1986. Hak Asasi Manusia Menurut Islam. Bangi: Universiti
Kebangsaan Malaysia.

Faridah Jalil dan Rohizan Halim, 2014, Kebebasan Beragama: Gambaran Malaysia.
Kanun (6), t.tp. Disember 2014: 220-235.

Khairani Husin & Mohd Al Adib Samuri. 2014. Kerahsiaan Kemasukan Islam: Isu
Undang-undang Kes Pemelukan Islam Saudara Baru di Malaysia. Makalah, 26 kanun (1): 1-
25.

Laporan Pemengang Amanah Mengenai Pihak Berkepentingan Malaysia,


COMANGO. 2013. Bagu sesi ke-14, Pusingan ke-2 Semakan Berkala Sejagat Majlis Hak
Asasi Manusia (HRC).

Abdul Rahman Mahmood, Kamaruddin Hj Salleh, Ahmad Sunawari Long dan


Faudzinaim Badaruddin. 2009. Penerimaan Bukan Islam Terhadap Proses Islamisasi di
Malaysia. Institut Islam Hadhari. Jurnal Hadhari. Bil. 2, Universiti Kebangsaan Malaysia,
Bangi: 33-51.

Isu dan cabaran Pendidikan remaja Muslim di Malaysia oleh Aizan binti Ali @ Mat Zin
dan Murni binti Buchik (2017) Jurnal Al-Tamaddun Bil 12.

Permohonan keluar Islam : kajian kes di mahkamah tinggi syariah negeri Sabah oleh
Pg Ismail Pg Musa dan Siti Zubaidah Ismail (2015) Jurnal Syariah Jilid 23 Bil 1.

Ayu Nor Azilah Mohamad, Dr. Mohamed Ali Haniffa, Mohd Adib Akmal Ahmad
Shatir. 2021. Rukun Negara Medium Keharmonian Di Malaysia: Tinjauan Dalam Kalangan
Para Pelajar Institusi Pengajian Tinggi Di Malaysia. Jurnal Fakulti Sains Sosial. Kolej
Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS).

Muhamad Zaki Zainuddin, Khadijah Abdul Razak. 2021. Pengetahuan Akidah Dan
Amalan Ibadah Pelajar Sekolah Menengah Di Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Jurnal Fakulti
Kontemporari Islam. Universiti Kebangsaan Malaysia.

Nur Farhana Binti Abdul Rahman, Nur Syarihah Mohd Shah. 2021. Sensitiviti
Penganut Agama Di Malaysia. Jurnal Pusat Kajian Usuluddin dan Falsafah, Fakulti Pengajian
Islam. Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

69
Zainun Mustafa, Nooraida binti Yakob. 2021. Kajian Awal untuk Menyemak Alat bagi
Mengukur Hubungan Sains-Islam dalam Kalangan Murid Aliran Sains. Jurnal Universiti Sains
Islam Malaysia (USM).

Nazneen Ismail, Aemy Elyani Mat Zain, Norsaadah Nasiruddin. 2022. Tahap
Kefahaman Mahasiswa di Negeri Selangor Terhadap Isu dalam Ilmu Perbandingan Agama.
Jurnal Pengajian Islam, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS).

70
71

Anda mungkin juga menyukai