Anda di halaman 1dari 12

ISLAMIC WORLD VIEW ( TASAWWUR ISLAM )

TEMA : ADAB DAN ETIKA PROFESIONALISME DALAM ISLAM


PENGARUH BARAT DALAM MASYARAKAT MALAYSIA

DISEDIAKAN UNTUK : NOOR SYAHIDA BINTI MD SOH

DISEDIAKAN OLEH :
No Nama No Pelajar

1. Nur Izzah Binti Nor’azam 2023890584

2. Nursyajaah binti Rahiman 2023890482

3. Alesha Binti Abdullah Fitri 2023892312

4. Alya Husna binti Rosnizan 2023891452

CTU085 : PI080S059
ASPEK MARKAH

Pengenalan /2

Fakta dan huraian /8

Cadangan / Kesimpulan /2

Sumber rujukan /4

Etika dan Moral Profesional dalam Kerja /4


Berpasukan

Jumlah /20
ISI KANDUNGAN

BIL. ISI KANDUNGAN MUKA SURAT

1. Pengenalan 2

2. Objektif 2

3. Maksud 3

3. Pengaruh Barat dalam Masyarakat LGBT di Malaysia 4-5

3.1 Westernization
3.2 Liberalization

4. Faktor yang Mempengaruhi Pengaruh LGBT di Malaysia 6-7

5. Kesan Terhadap Pengaruh LGBT di Malaysia 7-9

6. Penutup 10

7. Sumber Rujukan 11

1
Pengenalan

Perkataan “LGBT” semakin menjadi bualan dalam kalangan rakyat Malaysia tanpa mengira pelbagai
peringkat umur, kaum, agama dan budaya. Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mendedahkan
populasi komuniti gay dan transgender di negara ini semakin meningkat sejak beberapa tahun lalu.
Perkara ini berlaku ekoran daripada pelbagai isu yang timbul yang dibawa oleh kelompok ini dalam
masyarakat. Kelompok LGBT yang berselindung di sebalik propaganda kebebasan dan hak asasi manusia
ini telah menjadikan ia sebagai suatu tumpuan terhadap berbagai kajian di pelbagai peringkat. Hal ini
membawa kepada pelbagai isu dan masalah berkait dengan moral dan kehidupan masyarakat di negara
kita.

Penubuhan pelbagai organisasi, pertubuhan dan persatuan termasuk beberapa NGO menjadikan kegiatan
golongan LGBT di Malaysia semakin berani untuk menyuarakan pendapat dan menuntut pelbagai hak
dan kebebasan termasuk yang bertentangan dengan undang-undang negara. Tidak cukup dengan itu,
mereka juga telah memulakan mengadakan perhimpunan berunsurkan LGBT untuk menegakkan hak
mereka .

Hal ini sepatutnya diambil berat oleh setiap pemimpin dalam memastikan anak muda terutamanya Islam
pada masa kini tidak tercemar dengan kegiatan yang merosakkan akidah mereka, malah menjaga imej
negara sebagai salah satu negara Islam di dunia. Oleh itu, setiap individu perlulah memainkan peranan
sebagai seorang Khalifah mahupun hamba Allah di muka bumi ini untuk memastikan semua umat Islam
mempunyai akidah yang teguh dan kuat.

Objektif

Kertas kerja ini bertujuan untuk menerangkan maksud LGBT. Seterusnya, kami juga akan menerangkan
pengaruh barat dalam masyarakat LGBT di Malaysia. Isu-isu ini merangkumi dua aspek iaitu
westernization dan liberalization. Tidak cukup dengan itu, juga dibentangkan faktor-faktor yang
mempengaruhi perluasan pengaruh LGBT di Malaysia. Seiring dengan itu, kami juga akan menerangkan
kesan perluasan pengaruh LGBT yang semakin membimbangkan di negara kita.

2
Maksud

LGBT merupakan akronim kepada Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender. Lesbian dan gay
merupakan perbuatan suka sesama jantina manakala transgender merupakan perbuatan menukarkan rupa
paras dan fizikal menyerupai jantina songsang. Biseksual pula merupakan perhubungan di antara dua
individu dengan sama jantina atau berlainan .

Manakala menurut Marbawi (2006) dan Brill (1983), LGBT adalah singkatan bagi Lesbian, Gay,
Biseksual dan Transeksual. Manakala dalam Mastuti (2012), sesetengah pihak menambah akronim ini
kepada LGBTIQ di mana I untuk Interseks dan Q untuk Queer. Namun, terdapat dua pendapat mengenai
huruf T dan LGBT sama ada merujuk kepada Transeksual ataupun Transgender. Menurut Blanch
Consulting (2003) dan Marzuki Nur (2011), Lesbian merupakan perempuan yang mempunyai tarikan
seksual terhadap perempuan yang lain. Gay pula ialah lelaki yang mempunyai tarikan seksual terhadap
lelaki yang lain. Sementara itu, Biseksual merujuk kepada seseorang yang mempunyai tarikan seksual
terhadap kedua-dua lelaki dan perempuan manakala Transeksual adalah seseorang yang berperasaan dan
berpenampilan sebagai anggota jantina yang berlainan dan kadang-kadang menukar organ jantinanya
melalui pembedahan suntikan hormon dan sebagainya.

Tidak cukup dengan itu, pendapat daripada Enizahura Abdul Aziz (2012) menyimpulkan bahawa
golongan LGBT dapat diklasifikasikan kepada individu-individu yang memilih orientasi kehidupan
seksual sesama jantina dan mereka yang bertindak menukar jantina menyerupai ciri-ciri fizikal dan
seksual seperti gender berlawanan dengan gender asal mereka .

3
Pengaruh Barat dalam Masyarakat LGBT di Malaysia

1. Westernization

Westernization bermaksud pembaratan, penerimaan amalan dan budaya Eropah barat oleh masyarakat
dan negara di bahagian lain di dunia, sama ada melalui paksaan atau pengaruh. Hal ini berlaku kerana
masyarakat lebih berbangga dengan budaya Barat. Hal ini menjejaskan akidah seseorang Islam apabila
individu tersebut terlalu terpengaruh dengan perkara yang sangat jelas dilarang dalam Islam. Contohnya,
melakukan perkahwinan sesama jantina yang dibenarkan di negara barat seperti Amerika Syarikat.
Seperti yang dapat kita perhatikan, semakin hari bilangan pasangan transgender semakin meningkat.
Secara tidak langsung, masyarakat Islam yang majoritinya melayu, akan terpengaruh dengan budaya
mereka.

Bukan itu sahaja, cara pemakaian seseorang Islam juga boleh terjejas hanya kerana pengaruh barat.
Contohnya, pemakaian perhiasan seperti rantai, gelang dan subang adalah haram di sisi islam bagi
seorang lelaki muslim kerana perhiasan tersebut adalah khusus untuk kaum wanita sahaja bukan kaum
lelaki. Namun, perkara tersebut merupakan perkara biasa malahan trending dalam kalangan anak muda
pada masa kini. Dapat kita lihat di sini, betapa hebatnya masyarakat barat mempengaruhi umat islam pada
masa kini.

Akhir sekali, westernization juga mempengaruhi masyarakat untuk mengubah rupa paras seseorang
sedangkan ianya dilarang keras di dalam Islam. Hari ini merupakan amalan yang dilakukan oleh
masyarakat Barat terlebih dahulu sebelum ianya dipengaruhi oleh masyarakat Malaysia. Contohnya,
terdapat individu lelaki yang melakukan pembedahan buah dada untuk terlihat seperti seorang wanita dan
juga wanita yang mengambil hormon testosteron tambahan bagi menjadikan suara mereka garau seperti
seorang lelaki. Dapat kita simpulkan disini, terlalu ramai umat Islam kita yang mengubah rupa paras
mereka untuk terlihat seperti jantina yang sebaliknya. Hal ini mengundang kemurkaan Allah kerana telah
mengubah ciptaannya yang telah sempurna.

2. Liberalization

Mengikut definisi yang diberi oleh JAKIM, liberal merupakan pemikiran bebas, terbuka dan dipandu oleh
hawa nafsu dalam bidang yang pelbagai. Dapat kita lihat pada masa kini, ramai masyarakat Islam
terpengaruh dengan pemikiran liberal yang lebih dikenali sebagai open minded. Hal ini membimbangkan
lagi apabila semakin hari, ia menjejaskan akidah umat Islam dengan menghalalkan yang haram dan
mengharamkan yang halal. Misalnya, isu golongan transgender yang dipandang serong oleh masyarakat.
Seorang aktivis asasi manusia, Marina Mahathir berkata, tidak ada salahnya memperjuangkan hak asasi
masyarakat lesbian, gay, biseksual dan transgender. Beliau berkata terdapat keperluan untuk lebih banyak
dasar dan pendidikan supaya terdapat pemahaman yang lebih baik tentang LGBT, “anda tidak perlu
bersetuju dengan gaya hidup mereka tidak ada paksaan untuk ini tetapi anda tidak boleh menafikan
hakikat bahawa mereka adalah manusia yang berhak mendapat martabat yang sama yang ditetapkan

4
dalam setiap mereka adalah manusia.” Hal ini membuktikan bahawa ideologi liberalisme yang berasal
dari barat telah pun mempengaruhi pemikiran rakyat Malaysia dengan membenarkan dan menyokong
individu Islam menjadi ahli golongan LGBT.

Tidak cukup dengan itu, pemikiran liberal juga merupakan ajaran sesat dan menyeleweng daripada syariat
Islam. Seperti yang dapat kita lihat, Islam liberal kian hari semakin berkembang tanpa kita sedar. Terdapat
enam pola pemikiran Islam liberal dalam memahami agama. Pertama, berpegang kepada konsep pluralisme
iaitu semua agama adalah benar. Kedua, menolak autoriti agama termasuk hadis ijma’, ulama dan sebagainya.
Ketiga, mengagungkan akal manusia sebagai sumber dan autoriti utama untuk penafsiran terhadap agama.
Keempat, mempercayai bahawa kebenaran hanyalah relatif. Kelima, memerangi beberapa konsep agama
berkaitan wanita, harta pusaka, amalan seks dan sebagainya atas dasar kesamarataan asasi manusia. Yang
terakhir, berusaha mentafsirkan semula agama dan menyesuaikan mengikut ideologi dan gaya hidup
masyarakat barat. Dapat kita simpulkan di sini bahawa pemikiran liberal adalah sangat bahaya dalam menjaga
akidah seseorang Islam kerana tanpa sedar kita telah pun dijajah dengan pemikiran liberal.

5
Faktor Mempengaruhi Pengaruh LGBT di Malaysia

1. Didikan Keluarga

Kebanyakan golongan LGBT pada masa kini mulanya berlatar belakangkan keluarga yang tidak
sempurna dan kurang dengan didikan agama. Hal ini boleh terjadi disebabkan oleh pelbagai punca seperti
ibu bapa terlalu sibuk dengan kehidupan harian mahupun ibu bapa itu sendiri yang tidak mempunyai
pegangan ilmu akidah yang sempurna sebagai seorang Muslim. Oleh hal yang demikian, penerapan
hukum hakam dan akidah oleh ibu bapa mestilah ditanamkan dalam diri anak-anak sejak kecil lagi bagi
membentuk mereka menjadi seorang Muslim yang sempurna dan mampu memikirkan dan membezakan
perkara yang baik ataupun buruk kepada diri anak-anak. Tidak lupa juga, ibu bapa merupakan individu
atau figura yang paling rapat dengan anak-anak sejak kecil lagi maka mereka semestinya mendidik ilmu-
ilmu agama kepada anak-anak seawal usia mereka mencecah 4 tahun. Hal ini secara tidak langsung
menyebabkan anak-anak mempunyai pendirian dan pegangan akidah yang tetap dalam diri agar mereka
tidak akan mudah untuk terpengaruh dengan pengaruh yang tidak baik yang datang daripada luar
mahupun terlibat dengan pengaruh LGBT.

Selain itu, terdapat juga kajian oleh (Meriam 2003; Farahwahida & Sharifah 2010; Roseliza 2013 dan
Khadijah 2012) yang kesemuanya menegaskan bahawa ibu bapa dan keluarga menjadi faktor utama
kepada penglibatan anak-anak dan ahli keluarga dalam gejala LGBT. Hal ini dikatakan demikian kerana
faktor didikan ibu bapa dan hubungan kekeluargaan amat signifikan kepada anak-anak khususnya
golongan remaja kini yang mudah sekali terlibat dalam masalah LGBT. Oleh itu, ibu bapa seharusnya
memantau dan mengawasi setiap tingkah laku anak-anak khususnya golongan remaja agar mereka tidak
terjerumus dalam perbuatan yang sumbang seperti LGBT yang dapat menjatuhkan imej dan maruah
keluarga.

2. Media Sosial (movie)(video)(lagu)(berita)

Pengaruh melalui media sosial juga tidak kurangnya kerana terdapat pelbagai pihak yang menyebarluaskan
tentang kebaikan, keburukan dan info mengenai LGBT melalui pelbagai medium. Sebagai contoh, terdapat
pihak media yang mengeluarkan pernyataan dan menyentuh tentang isu LGBT di Malaysia yang hakikatnya
tidak diberikan perhatian secara serius oleh segelintir masyarakat. Oleh hal yang demikian, media massa
kini dilihat secara berperingkat mula meletakkan berita atau info tentang LGBT ini di seluruh platform
mahupun ruangan bacaan masyarakat secara umum. Perkara ini seolah-olah bertujuan membenarkan dan
mendedahkan kepada masyarakat supaya menerima dan memahami ideologi LGBT ini di negara kita.
Terdapat juga sesetengah pihak yang melakukan penyebaran budaya transeksual dan ada sesetengah yang
telah pun terlibat dengan aktiviti LGBT kerana telah terpengaruh dengan media sosial. Hal ini
mengakibatkan keruntuhan akhlak dalam diri masyarakat khususnya golongan remaja kerana pada zaman
moden ini lebih ramai golongan remaja yang telah pun mempunyai akaun media sosial sendiri.

6
Tidak cukup dengan itu, (Mohd Iskandar. 2018) turut melaporkan bahawa golongan LGBT telah
mempromosi dan menyebarkan fahaman mereka dalam Festival Georgetown 2018 yang dianjurkan oleh
kerajaan negeri Pulau Pinang dengan memaparkan dua poster aktivis LGBT sebagai ikon dalam program
berkenaan. Malah (Rafidah. 2017) telah menyatakan bahawa agenda membawa gaya hidup LGBT ini
mula dibawa lebih awal ke arus perdana apabila majalah National Geographic edisi 2017
mempromosinya sebagai trend terkini. Selain itu, golongan ini juga turut aktif mempromosikan agenda
mereka di alam maya. (delete kalau x perlu)

Kesan Pengaruh LGBT di Malaysia

1. Merosakkan akidah

Gejala LGBT merosakkan aspek akidah umat Islam kerana ia mengagungkan penggunaan akal
berbanding wahyu serta mereka turut meragui ketulenan Al-Quran. Masyarakat LGBT berfikir
menggunakan akal tanpa berlandaskan Al-Quran dan Sunnah. Hal ini dibuktikan lagi apabila mereka turut
menjustifikasikan perbuatan songsang mereka itu dengan merujuk kepada alam haiwan. Mereka berhujah
bahawa perbutan LGBT ini adalah fitrah kerana terdapat banyak haiwan seperti dolfin hidung botol,
burung angsa hitam, penguin, lalat buah dan mawas bonobo memperlihatkan sifat LGBT. Mewajarkan
perbuatan keji itu atas alasan ia perkara fitrah haiwan adalah perbuatan menurunkan taraf manusia sama
setaraf dengan haiwan. Rujukan yang salah terbukti telah melahirkan generasi yang telah turun darjatnya
kerana hanya mengekori barat dalam sistem nilai hidup mereka. Hal ini mengundang kemurkaan Allah
sebagaimana berlaku kepada kaum Nabi Lut yang ingkar dengan seruan nabi, dan akhirnya telah
menerima azab dan seksaan daripada Allah SWT. Maka, sudah terang lagi bersuluh bahawa, gejala LGBT
bukan sahaja merosakkan akidah seseorang insan, malah menjatuhkan darjat mereka setaraf dengan
haiwan.

Jika kita lihat pada perspektif yang berbeza, pada peringkat awal penyebaran LGBT dari negara barat,
sudah muncul di persada maya ungkapan-ungkapan seperti "perbuatan homoseksual itu adalah fitrah,
bahkan mereka yang tidak menyokong LGBT ataupun dipanggil homophobia itulah yang sebenarnya di
luar fitrah." Hal ini merupakan contoh kesan serangan pemikiran kepada generasi belia yang merasakan
dirinya lebih moden dan maju sehingga gagal membezakan antara kepercayaan tradisi dan hukum-hukum
islam. Bahkan mereka berasa lebih megah apabila mereka menolak ajaran al-Qur'an yang dianggap tradisi
bahkan mereka melebihkan nilai sejagat berbanding al-Qur'an sebagai rujukan utama. Walhal, menolak
perlakuan LGBT ini adalah ajaran al-Qur’an seperti firman Allah SWT: dan Nabi Lut juga (Kami
utuskan). Ingatlah ketika ia berkata kepada kaumnya: " Patutkah kamu melakukan perbuatan yang keji,
yang tidak pernah dilakukan oleh seorang pun dari seluruh alam ini sebelum kamu?"" Sesungguhnya
kamu mendatangi kaum lelaki untuk memuaskan nafsu syahwat kamu dan meninggalkan perempuan,
bahkan kamu ini adalah kaum yang melampaui batas" .( Al-A'raf : 80-81 ). Maka jelaslah di sini bahawa,
masyarakat, terutamanya golongan belia akan berfikiran bahawa agama tidak penting dalam kehidupan
serta memandang enteng terhadap agama. Hal ini akan mengakibatkan berlakunya kerosakkan aqidah
dalam diri sesorang muslim itu kerana keraguan di hati.

7
2. Berlakunya ketidakadilan

Pergerakan dalam perjuangkan hak asasi manusia dalam perjuangan hak asasi manusia dalam golongan
LGBT telah diperjuangkan semenjak peristiwa Stonewall pada tahun 1969 lagi. Isu ini mendapat
momentum apabila Mahkamah Agung Amerika Syarikat membenarkan perkahwinan sejenis pada tahun
2015. Selepas kejayaan isu itu, golongan LGBT mahu menceburi pelbagai lagi ruang untuk mendapat
tempat, termasuk dalam bidang sukan. Umum mengetahui bahawa sukan adalah acara fizikal dan seperti
yang kita sedia maklum, secara biologinya, tubuh badan lelaki dan wanita adalah tidak sama, sama ada
daripada segi kekuatan otot dan ketumpatan tulang serta saiz badan. Rentetan daripada itu, isu ini menjadi
hangat apabila pelumba transgender, Rachel McKinnon menjadi juara dunia dalam acara lumba basikal
kategori wanita. Perkara ini menimbulkan persoalan, adakah persaingan dalam acara sukan bahagian
wanita akan berlaku adil?

Persatuan Olimpik Antarabangsa (IOC) telah menetapkan kriteria dimana seorang transgender perempuan
layak menyertai dalam kategori wanita sekiranya kandungan testosteron kurang 10 mol/L sekurang-
kurangnya 12 bulan sebelum dan semasa pertandingan. Kajian menunjukkan bahawa meskipun demikian,
jurang prestasi antara lelaki dan wanita menjadi lebih signifikan ketika akil baligh dan kebiasaannya
berjumlah 10-50 peratus bergantung kepada sukan. Lebih-lebih lagi apabila sukan tersebut melibatkan
otot dan kekuatan bahagian atas badan. Secara tidak langsung, tubuh badan pemain transgender
perempuan tetap memiliki kelebihan daripada segi otot dan kekuatan bahagian atas badan. Maka, tidak
adil bagi pemain wanita untuk bertanding bersama-sama pemain transgender perempuan.

3. Menurunkan martabat wanita Islam

Dasawarsa ini, terdapat satu kes yang tular baru-baru ini dimana seorang wanita ingin membetulkan
tudungnya di dalam tandas wanita namun terdapat seorang transgender masuk ke dalam tandas tersebut.
Rentetan itu, hal ini telah mencetuskan perdebatan antara rakyat Malaysia di mana mereka terbahagi
kepada dua pihak, iaitu pihak yang menyokong keberadaan golongan transgender itu di dalam tandas
wanita dan pihak yang membantah. Pihak yang menyokong perkara ini telah menghujahkan bahawa
golongan transgender wanita juga merupakan wanita, maka secara tidak langsung, mereka berhak
menggunakan tandas wanita juga. Namun demikian, menurut hukum Islam, haram bagi yang bukan
mahram untuk melihat aurat seorang wanita islam, iaitu seluruh anggota badan kecuali tapak tangan dan
muka. Hal ini secara tidak langsung telah mencabul kesucian seorang wanita islam. Tamsilnya, dalam kes
ini apabila mereka sedang membuka hijab mereka untuk dibetulkan di dalam tandas, aurat mereka akan
terdedah kepada yang bukan mahram secara tidak sengaja. Perkara ini bukan sahaja menurunkan darjat
seseorang wanita islam itu, malah telah membawa kemudaratan kepadanya kerana sekiranya seseorang
lelaki itu menyamar menjadi wanita untuk memasuki tandas wanita itu dengan memiliki niat yang jahat,
keselamatan wanita-wanita di dalam tandas itu tidak terjamin.

Seterusnya, terdapat juga golongan transgender yang menggunakan surau wanita untuk menunaikan solat
fardhu. Meskipun mereka mempunyai niat yang baik, iaitu menunaikan ibadah, namun tanpa mereka
ketahui, mereka telah menurunkan kehormatan seorang wanita. Hal ini dikatakan demikian kerana apabila
seseorang wanita itu sedang mengambil air wudhu’ untuk menunaikan solat, tanpa mereka sedari aurat
mereka juga akan terdedah kepada yang bukan mahram iaitu transgender tersebut. Tambahan pula,

8
sekiranya mereka secara tidak sengaja bersentuhan, maka wudhu wanita itu akan terbatal. Secara tidak
langsung, solat yang ditunaikan oleh wanita itu menjadi tidak sah. Maka jelaslah disini bahawa gejala
LGBT ini bukan sahaja menurunkan kehormatan wanita islam, malah mengakibatkan ibadah wanita itu
menjadi tidak sempurna. Sekiranya perkara ini dibiarkan berterusan dan tidak dibendung, secara tidak
langsung kehormatan wanita yang telah dinaikkan oleh Rasulullah ketika zaman jahiliah akan terus
menjunam.

9
Penutup

Kajian ini membincangkan isu pengaruh barat dalam masyarakat LGBT, faktor pengaruh LGBT dan
kesan pengaruh LGBT di Malaysia.

Umum mengetahui bahawa pengaruh barat terdiri daripada dua, iaitu westernization dan liberalization.
Westernization membawa maksud pembaratan, penerimaan amalan dan budaya Eropah barat oleh
masyarakat dan negara di bahagian lain di dunia, sama ada melalui paksaan atau pengaruh manakala,
liberalisation pula membawa maksud pemikiran bebas atau terbuka yang dipandu oleh hawa nafsu dalam
bidang pelbagai. Kedua-dua pengaruh ini secara tidak langsung menjejaskan akidah, cara pemakaian dan
amalan seseorang kerana ia membawa pengaruh yang buruk kepada insan.

Di samping itu, antara faktor pengaruh LGBT di Malaysia ialah akibat daripada pemikiran Islam Liberal
dan Sekular. Hal ini adalah kerana. Seterusnya, didikan keluarga juga mempengaruhi penyebaran LGBT
di Malaysia. Hal ini kerana penerapan ilmu akidah tidak dilakukan sejak kecil lagi kerana kesibukan ibu
bapa. Kemudian, media massa telah memainkan peranan penting dalam penyebaran LGBT terutamanya
dalam kalangan generasi muda. Hal ini dikatakan demikian kerana ramai pihak yang menyebarluaskan
pengaruh LGBT kepada golongan belia, lebih-lebih lagi apabila kebanyakan remaja sudah memiliki
akaun media sosialnya sendiri.

Bertitik tolak daripada itu, kesan-kesan pengaruh LGBT di Malaysia termasuk merosakkan akidah. Hal
ini dikatakan demikian kerana, ia meninggikan penggunaan akal berbanding wahyu dan menjustifikasikan
perbuatan songsang mereka dengan merujuk kepada alam haiwan. Tidak lupa juga kepada yang menolak
larangan al-Qur’an terhadap perbuatan ini kerana mereka hanya menganggapnya sebagai tradisi semata-
mata. Tambahan pula, pengaruh LGBT yang berleluasa menyebabkan berlakunya ketidakadilan dalam
sukan. Ini kerana, secara biologinya, tubuh badan lelaki terutamanya daripada segi kekuatan otot dan saiz
dan ketumpatan badan berbeza daripada tubuh wanita. Dalam pada itu, gejala LGBT juga turut
menurunkan martabat wanita Islam kerana aurat wanita Islam itu terdedah kepada golongan transgender.

Tuntasnya, jika tidak dibendung gejala LGBT, ia akan mengakibatkan banyak masalah dan kesan
terhadap negara kita. Kita seharusnya tidak mewajarkan perbuatan keji dan menentangnya. Seluruh umat
Islam memainkan peranan penting dalam membendung gejala ini sehingga ke akar umbi agar kita tidak
mengulangi peristiwa keazaban kaum Nabi Lut.

Firman Allah SWT ada menyatakan bahawa : Dan Nabi Lut juga (Kami utuskan); (ingatlah
peristiwanya) ketika ia berkata kepada kaumnya: “Patutkah kamu melakukan perbuatan yang keji
sedang kamu nampak kejinya? Sesungguhnya kamu mendatangi lelaki, bukan perempuan, kerana
memuaskan nafsu syahwat kamu. (Perbuatan kamu itu amatlah keji) bahkan kamu kaum yang jahil (yang
tidak mengetahui akan akibatnya). Maka kaumnya tidak menjawab selain dari berkata: usirlah Lut dan
pengikut-pengikutnya dari bandar kamu ini; sesungguhnya mereka adalah orang-orang yang
mendakwakan dirinya bersih suci . Lalu Kami selamatkan Nabi Lut dan keluarganya serta pengikut-
pengikutnya, kecuali isterinya, Kami takdirkan dia menjadi dari golongan yang tertinggal dalam azab.
Dan Kami hujani mereka dengan hujan yang membinasakan, maka amatlah buruknya hujan azab yang
menimpa orang-orang yang telah diberi amaran. (Al-Naml: 54-58)

10
Sumber Rujukan

Audrey Dermawan , ( 29 Oktober 2018 ), Golongan LGBT semakin ramai,Harian Metro


https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2018/10/390643/golongan-lgbt-semakin-ramai

Sahibus Samahah ustaz Zamri Hashim Timbalan Mufti Negeri Perak,(12 April 2017),Menolak perlakuan
LGBT adalah ajaran al-Quran : Timbalan Mufti Perak, Indahnya Islam
https://www.indahnyaislam.my/menolak-perlakuan-lgbt-adalah-ajaran-al-quran-timbalan-mufti-perak/

Muhamad, F. (2020, September 19). Islam Liberal: Satu Definisi. Sinar


Harianhttps://www.sinarharian.com.my/article/101665/islam-liberal-satu-definisi

Www.facebook.com/comradenami. (2019, December 28). Transgender Dalam Sukan: Progresif Atau


Gagal Faham Biologi Jantina?. Teh Tarik Gelas Besar. https://tehtarikgelasbesar.com/transgender-
dalam-sukan-wanita-progresif-atau-gagal-memahami-biologi/

11

Anda mungkin juga menyukai