Anda di halaman 1dari 22

UTC1012 PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN

SEMESTER 1 2022/2023

TAJUK:
IMPLIKASI LGBT, HEMOSEKSUAL TERHADAP PEMIKIRAN,
SOSIAL DAN GAYA HIDUP MANUSIA

KUMPULAN KULIAH: UTC 1012

SEMESTER 1
SESI AKADEMIK 2022/2023

NAMA PENSYARAH: DR. ROS AIZA BINTI MOHD MOKHTAR

NO KUMPULAN: KUMPULAN 2

NOMBOR
NAMA NOMBOR TELEFON
MATRIK

HANANI BT SHARMIJASDY 1221848 019-2870980


WIDAD BINTI AHMAD SHAKI 1221845 011-51335347
MUHAMMAD AZIM BIN RAMLI 1221846 011-25635364
WAN IZANI BINTI WAN IDIN 1221847 017-9120813
MUHAMMAD MUQRI BIN ADNAN 1221849 011-11539433
PENGHARGAAN

Alhamdulillah, bersyukur kami ke hadrat Ilahi kerana telah berjaya menyiapkan tugasan yang
diamanahkan kepada kami dengan jayanya. Pertama sekali, kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih
kepada Dr. Ros Aiza Binti Mohd Mokhtar kerana memberi penjelasan yang jelas serta membimbing kami
dalam menyiapkan tugasan yang ditugaskan dari awal sehingga tugasan ini berjaya disiapkan.
Kami juga ingin mengucapkan terima kasih pada kedua ibu bapa kami dan kawan-kawan yang
memberi sokongan serta berkongsi pengetahuan mereka dalam melaksanakan tugasan ini. Tidak dilupakan
juga ahli kumpulan yang memberikan komitmen dari awal sehingga mampu menyiapkan tugasan bersama
serta saling membantu antara satu sama lain.
Akhir sekali, terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang telah membantu kami sama ada
secara langsung dan tidak langsung bagi menyiapkan tugasan ini. Semoga Allah SWT memberikan balasan
yang lebih baik jua
ISI KANDUNGAN

BIL. PERKARA MUKA SURAT

1 PENGHARGAAN
2 BAB 1: PENDAHULUAN 2
1.0 LATAR BELAKANG KAJIAN 2
1.1 MASALAH KAJIAN 2-3
1.2 OBJEKTIF KAJIAN 4
1.3 SKOP KAJIAN 4-5
1.4 KAJIAN LITERATUR 4-5
1.5 METODOLOGI KAJIAN 5-6
3 BAB 2 : LATAR BELAKANG LGBT 6
2.0 PENGENALAN LGBT 6-8
2.1 DEFINISI LGBT 8-9
2.2 KONSEP LGBT 9-12
4 BAB 3 : IMPILKASI LGBT DAN HOMOSEKSUAL TERHADAP 12
PEMIKIRAN, SOSIAL DAN GAYA HIDUP MANUSIA
3.1 IMPILKASI LGBT DAN HOMOSEKSUAL TERHADAP 12-13
PEMIKIRAN
3.2 IMPILKASI LGBT DAN HOMOSEKSUAL TERHADAP 13-15
SOSIAL
3.3 IMPILKASI LGBT DAN HOMOSEKSUAL TERHADAP 15-16
GAYA HIDUP MANUSIA
BAB 4 : MENGENALPASTI PUNCA BERLAKUNYA LGBT DALAM 16
KALANGAN MASYARAKAT
4.1 PERSONALITI SEMULA JADI 16
4.2 KURANG PERHATIAN DAN KAWALAN IBU BAPA 16-17
4.3 KURANG KEFAHAMAN ILMU AGAMA DAN AKHLAK 17
ISLAMIAH
4.4 PENGARUH RAKAN SEJENIS 17-18

5 KESIMPULAN LGBT 18
5.1 RUMUSAN 18
5.2 CADANGAN 18-19
5.3 RUJUKAN DAN LAMPIRAN 19-20
2

BAB 1: PENDAHULUAN

1.0 LATAR BELAKANG KAJIAN

Kajian ini dijalankan dengan tujuan untuk mengkaji implikasi LGBT, Hemoseksual
terhadap Pemikiran, Sosial dan Gaya Hidup Manusia.
LGBT merupakan singkatan dari Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender
(LGBT) atau lebih dikenali sebagai golongan “transgenders” dan “transsexual” ialah
individu atau kumpulan yang mengalami ketidakstabilan jantina dan kerumitan
seksualiti (Lerner, 2006).Selain itu, lesbian merujuk kepada wanita yang mempunyai
daya tarikan seksual terhadap kaum sejenisnya atau disebut juga perempuan
homoseksual. Gay ditakrifkan sebagai lelaki yang mempunyai tarikan seksual
terhadap kaum sejenisnya dan dikenali juga dengan istilah lelaki homoseksual.
Biseksual pula ialah seseorang yang cenderung untuk melakukan hubungan seks
dengan lelaki dan juga wanita.
Transeksual atau Mukhannath ialah seseorang lelaki atau perempuan yang
berperasaan dan berpenampilan sebagai anggota jantina yang satu lagi, dan kadang-
kadang menukar organ jantinanya melalui pembedahan (Kamus Dewan, Edisi Ke-4).
Golongan ini juga digelar sebagai golongan songsang kerana mereka berkelakuan
bertentangan dengan jantina sebenar. Golongan ini sering merasakan jika mereka
seorang perempuan, mereka sepatutnya adalah lelaki. Jika mereka seorang lelaki,
maka sepatutnya adalah seorang perempuan. Golongan ini menganggap bahawa
identiti jantina mereka adalah sepatutnya berbeza daripada apa yang sepadan dengan
alat seks mereka secara fisiologi.

1.1 MASALAH KAJIAN

Pada hari ini, gejala perlakuan dan tabiat yang bertentangan dengan sistem kehidupan
normal seseorang manusia telah menjadi suatu perkara yang biasa di dunia amnya dan
Malaysia khasnya. Malah perkara ini diperjuangkan di peringkat antarabangsa
menerusi United Nation Human Right Convention (UNHRC) dan disokong oleh
negara-negara besar dunia. Pada dasarnya, kelompok LGBT di seluruh dunia
menuntut lapan perkara utama, iaitu: 1

1 https://perdanajournal.com/perdana: Internasional Journal Of Academic Research (Social Sciences


3

i. Aktiviti seks sesama jantina (tidak mengambil kira soal haram atau halal).
ii. Pengiktirafan terhadap hubungan sesama sejenis atau berlainan jenis.
iii. Perkahwinan sesama jantina.
iv. Pengambilan anak angkat.
v. Membenarkan gay untuk berkhidmat dalam tentera.
vi. Membenarkan lesbian untuk berkhidmat dalam tentera.
vii. Memperjuangkan undang-undang untuk identiti gender dan ekspresi gender.

Hakikatnya, fenomena lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) telah


lama bertapak di Malaysia sehingga terdapat pelbagai organisasi dan pertubuhan yang
ditubuhkan secara tersusun dan terancang. Peringkat awal kewujudan golongan LGBT
di Malaysia bermula dengan kewujudan pondan dan mak nyah sekitar tahun 1980-an.
Golongan ini kemudiannya semakin bertambah dan berkembang yang menjadikan
mereka semakin berani untuk berkelakuan tidak sopan di tempat awan dan juga media
sosial. Mereka juga semakin agresif menuntut hak-hak mereka seperti mana hak yang
diberikan oleh negara-negara luar setelah mereka mendapat pendedahan berkaitan hal
demikian oleh organisasi dan pertubuhan dari luar negara. Kini, sesetengah negara
seperti Amerika Syarikat, Australia dan Taiwan telah mengiktiraf perlakuan
homoseksual secara sah di sisi undang-undang dan pasangan sejenis diberi kebenaran
untuk berkahwin. Masyarakat luar menganggap perbuatan ini sangat normal dan
menerima golongan LGBT dengan terbuka. Gejala lesbian, gay, biseksual dan
transgender (LGBT) telah menjadi cara hidup yang diterima oleh masyarakat luar dan
kini sedang meresap masuk ke ruang atmosfera kehidupan masyarakat Islam di
Malaysia. Namun, masyarakat Malaysia sangat sensitif dengan gaya hidup yang
menyalahi tuntutan agama dan tatasusila budaya timur apatah lagi dengan perlakuan
yang menyalahi tabi’e manusia .Oleh itu, golongan LGBT mendapat kecaman hebat
di kalangan masyarakat Islam Malaysia

& Humanities) Vol. 6. Vol. 2 – special edition (SKESA) 2019


4

1.2 OBJEKTIF KAJIAN

Kajian ini dijalankan untuk mencapai beberapa objektif:

1) Mengenalpasti pengertian LGBT dan Homoseksual.

2) Mengkaji implikasi LGBT dan Homoseksual terhadap pemikiran, sosial dan


gaya hidup manusia.

3) mengenalpasti punca berlakunya budaya lgbt dlm kalangan masyarakat.

1.3 SKOP KAJIAN

Kajian ini memberi fokus kepada definisi dan konsep sebenar LGBT dan
Homoseksual. Selain itu, skop kajian juga ditumpukan kepada implikasi dan punca
berlakunya budaya lgbt dlm kalangan masyarakat. Seterusnya, pengumpulan data
tertumpu kepada perpustakaan yang menjadi rujukan untuk mencari maklumat
tambahan iaitu buku dan jurnal. Terdapat tiga objektif utama iaitu Mengenalpasti
pengertian LGBT dan Homoseksual, Mengkaji implikasi LGBT dan Homoseksual
terhadap pemikiran, sosial dan gaya hidup manusia, dan mengenalpasti punca
berlakunya budaya lgbt dlm kalangan masyarakat.

1.4 KAJIAN LITERATUR

1.4.1 Penyelidikan Perpustakaan

Menurut kamus dewan edisi keempat, LGBT bermaksud golongan yang cenderung
tertarik dari segi seks kepada orang yang sama jenis jantina dengannya (Kamus
Dewan, 2007).

1.4.2 Analisis Bahan Internet

Menurut definisi Dalam Marbawi dan Tim Encyclopedia, LGBT adalah singkatan
bagi lesbian, gay, bisexual dan transeksual. Dalam Mastuti 2, sesetengah pihak
menambahkan akronim ini kepada LGBTIQ di mana I untuk intersex dan Q untuk
queer.

2 Marbawi, Muhammad Idris Abdul Rauf, KamusIdris Marbawi Arab-Melayu (Kuala Lumpur:Darul
Fikir, 2006), h. 12. dan Tim, The Encyclopaedia of Islam New Edition. (Netherland: Reiden E.J.Brill,
Wiley-Blackwell, 1983), h. 21.
5

Antara salah satu cabaran yang dihadapi ialah terdapat segelintir masyarakat
menggunakan hak asasi manusia yang termaktub dalam perlebagaan Malaysia untuk
mempertahankan hak-hak golongan LGBT. Dari segi yang lain pula, kurangnya
pengalaman dan latihan tentang undang-undang seseorang pegawai penguatkuasa
agama, serta menuduh pihak penguatkuasa agama mencampuri urusan peribadi
dan kebebasan mereka (Mohd Farok et.al, 2017: 235).3

Antara punca berlakunya penularan berkaitan lesbian, gay, biseksual dan


transgender (LGBT) ini kerana Kurang penghayatan agama. Pengarah Jabatan Agama
Islam Selangor (JAIS), Datuk Haris Kasim berkata, walaupun pendidikan agama itu
telah diberikan sejak kecil, namun amalan kehidupan beragama agak kurang oleh
individu ini menyebabkan mereka cenderung ke arah LGBT.

1.5 METODOLOGI KAJIAN

Menurut Hornby (1985) (Nor Hidayah Binti Mohamed, 2004), metodologi kajian
merupakan satu set kaedah yang digunakan unutk menjalankan kajian ke atas subjek
kajian yang tertentu. Oleh itu, Reka bentuk kajian terbahagi kepada dua iaitu kajian
kuantitatif dan kualitatif. Proses pengumpulan maklumat bagi kajian ini dijalankan
secara kualitatif (perpustakaan) Sumber sekunder dikumpul melalui bahan bacaan dari
kajian lepas dan Internet. Lalu pengkaji menganalisasi data tersebut.

1.5.1 Kepustakaan
Pengkaji juga menggunakan kaedah kepustakaan untuk kajian. Kaedah ini digunakan
untuk mengetahui maklumat berdasarkan tajuk kajian. Kaedah kepustakaan ini
digunakan untuk mendapatkan informasi melalui bahan-bahan bertulis seperti jurnal
dan buku.

1.5.2 Sumber Internet


Berdasarkan kajian ini, pengkaji telah menggunakan sumber internet bagi
mendapatkan maklumat mengenai kajian yang dijalankan ini. Antara laman sesawang

3 Gelaranpolis moral ini timbul ekoran insiden di kelab The Zouk di Kuala Lumpur
pada tahun 2005, di mana pihak Penguatkuasa agama JAWI
6

yang diakses untuk mendapatkan maklumat mengenai kajian ini adalah seperti,
Wikipedia, dan sebagainya. Rujukan daripada sumber internet ini dapat membantu
pengkaji untuk memperoleh maklumat yang lebih luas dan terkini.

1.5.3 Menganalisasi Data


Data dan maklumat yang diperolehi akan dianalisis dan diolah untuk mendapatkan
kesimpulan dan penyelesaian masalah terhadap kajian yang dijalankan. Segala
maklumat yang pengkaji perolehi akan dianalisis serta dihuraikan oleh pengkaji
secara terperinci dengan menggunakan kaedah kualitatif.
Kesimpulan Setiap kajian yang dilakukan mempunyai metodologi kajian yang
tersendiri mengikut jenis kajian yang dilakukan. Selain itu, Metodologi kajian yang
digunakan mestilah bersesuaian dengan objektif tajuk kajian kerana ia merupakan satu
perkara yang amat penting dalam melakukan sesuatu penyelidikan bagi mendapatkan
maklumat yang tepat dan berkualiti.

BAB 2 : LATAR BELAKANG LGBT

2.0 PENGENALAN LGBT

Golongan LGBT adalah golongan yang menghadapi kekeliruan identiti.


Kebanyakan golongan transeksual menganggap diri mereka terperangkap dalam
fizikal jantina yang berlawanan dengan minda dan perasaan mereka4. Keyakinan
tersebut mendorong segelintir daripada komuniti ini nekad melakukan pembedahan
menukar jantina akibat terbelenggu dengan konflik diri untuk menerima jantina
sendiri. LGBT juga boleh dikategorikan sebagai penyakit psikitari atas faktor
kecelaruan pemikiran yang dihadapi. Penyakit ini juga tidak terhad kepada gender
semata-mata tetapi turut merangkumi beberapa aspek lain seperti warna kulit, usia
dan lain-lain.
Budaya songsang seperti ini bermula dari pengaruh Barat yang telah merebak
ke seluruh pelusuk dunia.Isu mengenai LGBT telah disebut di dalam al- Quran, Torah
dan juga Bible. Dinyatakan dengan jelas bahawa hubungan songsang iaitu hubungan

4“ ISU-LESBIAN-GAY-BISEKSUAL--TRANSGENDER-LGBT”
https://mufti.kedah.gov.my/images/PDF/Irsyadhukum : 15 Disember 2022
7

sejenis dilarang oleh Tuhan. Di Malaysia, isu yang berkaitan dengan seks bebas
dikatakan berkembang setelah rakyat mengetepikan ajaran agama. Pada mulanya,
seks bebas atau pelacuran dikesan berlaku di kawasan-kawasan pelabuhan, yang mana
ketika kemasukan lebih ramai kaum imigran, kemasukan lebih ramai lelaki
menyebabkan berlaku permintaan yang tinggi ke atas wanita.
Menurut beberapa penulisan awal mengenai isu sosial, homoseksualiti
ialah hubungan sejenis dan bukanlah terlalu baru. Kelompok lelaki gay dan
perempuan lesbian wujud di serata tempat dalam situasi 'kekaburan'. Pada
mulanya, aktiviti tersebut bergerak secara senyap, tetapi kini ianya semakin terbuka.
Walaupun Malaysia merupakan negara berbilang kaum dan mempunyai berbagai
agama, Islam merupakan agama rasmi kepada negara. Islam melarang hubungan
sejenis dan menjatuhkan hukuman yang berat kepada sesiapa yang mengamalkan
amalan songsang. Mahkamah Syariah juga memainkan peranan penting dalam
menangani isu LGBT. Seksyen 377 Kanun Keseksaan turut menyatakan mengenai
larangan hubungan sejenis dan liwat.
Golongan ini sering berkempen untuk hak mereka berhubungan songsang
kerana mereka percaya bahawa hubungan sejenis yang dilakukan atas kerelaan
masing- masing merupakan hak asasi manusia. Mereka menjalankan satu kempen atas
nama Seksualiti Merdeka, di mana pengamal-pengamalnya akan berkumpul,
meraikan makan malam bersama pasangan sejenis masing-masing, melakukan apa
sahaja yang diinginkan dan seterusnya mendesak agar mereka turut disahkan
pernikahannya darisudut undang-undang negara. Hal ini kerana, masyarakat Malaysia
masih belum menerima pernikahan pasangan sejenis, meskipun beberapa negara
Barat sudah mulamemberikan pengiktirafan.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak memberi amaran tegas mengenai
amalan LGBT dan tidak mahu memberikan ruang amalan tersebut dijalankan di
Malaysia. Pihak kerajaan juga telah melaksanakan beberapa polisi untuk menghalang
amalan songsang iaitu menutup festival Seksualiti Merdeka dan melaksanakan
kempen yang memberikan kesedaran kepada masyarakat untuk mengenal pasti tanda-
tanda seseorang itu gay atau pon lesbian dan juga menjalankan “musical
tour”.Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin turut memberi amaran
kepada para peguam LGBT yang sering meracuni fikiran orang Islam agar menerima
hubungan songsang tersebut atas alasan hak asasi manusia.
Terdapat dua konsep asas LGBT dari pandangan sosial, iaitu, konsep
8

esensialism dan social construction. Dua pandangan ini adalah pandangan yang
saling bercanggah, di mana dalam konsep esensialism, mereka yakin bahawa jenis
kelamin,orentasi seksual dan identiti seksual merupakan sesuatu yang bersifat semula
jadi yang tidak dapat mengalami perubahan. Mereka juga berpandangan bahawa jenis
kelamin hanya terdapat dua jenis, iaitu lelaki dan perempuan. Manakala, orientasi
seksual pula hanya heteroseksual dan identiti jantina seharusnya selaras dengan jenis
kelamin. Hal ini menyebabkan golongan yang berada di luar konsep ini dianggap
sebagai tidak normal. Seterusnya, bagi konsep social constructionism, mereka yakin
bahawa bukan hanya jantina, namun seks mahu pun identiti jantina adalah biasa.
Mereka yang mempercayai konsep ini berpendapat bahawa hubungan kelamin tidak
hanya terdiri daripada lelaki dan perempuan sahaja namun turut tergolong dalam
golongan trasgender dan interseks.
Selain itu, Lerner dalam bukunya yang bertajuk “Genders Issues and
Sexuality” telah menghuraikan bahawa golongan LGBT ini ataupun lebih dikenali
sebagai “transgenders” dan “transexual” ialah individu atau kumpulan
individu yang mengalami ketidakstabilan jantina dan kerumitan seksualiti5.
Tambahan lagi, golongan ini menganggap bahawa identiti jantina mereka adalah
sepatutnya berbeza daripada apa yang sepadan dengan alat seks mereka. Pandangan
sosial lain mengenai LGBT yang diperoleh ialah melalui laporan oleh Bailey &
Benishan pada tahun 1993 di mana menurut laporan tersebut, gejala homoseksual
selalunya bermula dari rumah. Kajian itu mendedahkan bahawa anak bongsu lebih
cenderung untuk menghidap masalah “transgender” ataupun “transexual” berbanding
dengan anak sulung dalam keluarga.
Oleh sebab itu, kemungkaran ini tidak boleh dibiarkan begitu sahaja,
sebaliknya memerlukan usaha untuk mencegahnya supaya tidak mendatangkan
pelbagai kemudaratan dan masalah kepada keharmonian bangsa, agama negara.
Pelbagai pendekatan dan kaedah pencegahan kemungkaran yang boleh dilakukan.

2.1 DEFINISI LGBT

LGBT adalah singkatan bagi lesbian, gay, biseksual dan transeksual.


Sesetengah pihak menambah akronim ini kepada LGBTIQ, di mana I untuk intersex

5 ” LGBT “, akses pada 20 Disember 2022 , https://www.scribd.com/document/132045278/Lgbt


9

dan Q untuk queer. Lesbian merujuk kepada wanita yang mempunyai daya tarikan
seksual terhadap kaum sejenisnya atau disebut juga perempuan homoseksual. Gay
ditakrifkan sebagai lelaki yang mempunyai tarikan seksual terhadap kaum sejenisnya
dan dikenali juga dengan istilah lelaki homoseksual. Biseksual pula ialah seseorang
yang cenderung untuk melakukan hubungan seks dengan lelaki dan juga wanita.
Transeksual atau Mukhannath ialah seseorang lelaki atau perempuan yang
berperasaan dan berpenampilan sebagai anggota jantina yang satu lagi, dan kadang-
kadang menukar organ jantinanya melalui pembedahan.
Istilah LGBT adalah merujuk kepada akronim lesbian, gay, bi-seksual dan trans-
seksual. Ia adalah singkatan bagi pengenalan diri berdasarkan kepada orientasi seks6.
Umumnya, kegiatan mereka mempunyai kaitan dengan keinginan manusia untuk
merubah fitrah asal kejadian mereka kepada personaliti yang bertentangan. Dalam
konteks kontemporari, LGBT difahami sebagai sebuah kumpulan atau gerakan yang
aktif membantu dan memperjuangkan hak mereka dalam kehidupan masyarakat kini.
Merujuk kepada Kamus Dewan edisi keempat, istilah gay adalah golongan lelaki yang
mempunyai tarikan seksual terhadap kaum sejenisnya, lelaki homoseksual; lesbian
merujuk kepada perempuan yang mempunyai tarikan seksual terhadap kaum
sejenisnya, perempuan homoseksual; biseksual adalah seseorang yang mempuyai
kecenderungan untuk melakukan hubungan seks dengan lelaki dan juga wanita; trans-
seksual pula adalah seorang (lelaki atau perempuan) yang berperasaan dan
berpenampilan sebagai anggota jantina yang satu lagi, dan kadang-kadang menukar
organ jantinanya melalui pembedahan.
Secara umumnya, semua takrifan mengenai LGBT adalah berkaitan dengan
amalan homoseksual. Manakala golongan transeksual perlu dilihat secara berasingan
berdasarkan situasi tertentu seperti khuntha, mak nyah, dan pengkid. Sebutan penuh
“LGBT” adalah merujuk kepada Gerakan Homoseksual yang mendedahkan mereka
kepada masalah pelacuran/homoseksualiti dan jangkitan HIV/AIDS.

2.2 KONSEP LESBIAN, GAY, BISEXUAL, DAN TRANSGENDER (LGBT)

Lesbian adalah golongan yang mempunyai tarikan seksual terhadap


perempuan lain,Golongan ini mudah jatuh cinta dan kasih sesama mereka. Mereka

6 http://prpm.dbp.gov.my/Kamus dewan edisi keempat


10

juga mempunyai keinginan yang tinggi untuk hidup bersama selama-lamanya.


Golongan lesbian ini bukan golongan yang biasa, mereka adalah golongan yang
istimewa. Sesetengah daripada mereka merasakan kurang sopan apabila berada dalam
masyarakat yang tidak mengamalkan gejala ini. Segelintir daripada mereka akan
merasa kurang selesa bila berpakaian dengan pakaian perempuan, mereka lebih selesa
apabila memakai pakaian lelaki sebagai hiasan tubuh. Mereka juga lebih cenderung
untuk melakukan aktiviti lasak yang selalu dilakukan oleh golongan lelaki seperti
bersukan. Seorang daripada pasangan ini lebih cenderung untuk menjadi seperti lelaki
malah memakai pakaian seperti lelaki, mempunyai rambut seperti lelaki (pendek), dan
bersifat kasar atau dikenali sebagai penkid. Bertentangan dengan pasangannya
memakai seperti perempuan biasa tetapi mereka menggamalkan cara hidup songsang
ini. Di Negara Malaysia sering didengari dengan pelbagai telatah buruk yang
dilakukan oleh pasangan ini, seperti cerita yang heboh baru-baru ini iaitu golongan
yang dikenali sebagai penkid ini memakai seperti lelaki dan mendirikan solat jumaat,
yang hanya boleh didirikan oleh kaum adam sahaja.
Seterusnya, maksud G di dalam LGBT yang memberi maksud Gay. Perkataan
Gayselalunya digunakan untuk merujuk kepada pasangan sejenis sama seperti lesbian
tetapi yang membezakan nya adalah lelaki bersama lelaki. Gay juga merupakan satu
gejala yang tidak sihat kerana individu tersebut mudah tertarik dengan kaum sejenis.
Perkara ini dilarang sama sekali dalam islam. Menurut Bieschke (2011), gay
bermaksud seorang lelaki yang mempunyai emosi dan keinginan seksual terhadap
lelaki lain.Golongan ini sangat mudah tertarik dengan lelaki lain terutamanya kepada
lelaki yang mempunyai rupa paras menarik, tampan, bergaya, bertubuh sasa dan
sebagainya.
Biseksual ialah tarikan romantik, tingkah laku seksual atau tarikan seksual
seksualiti untuk lelaki dan wanita. Golongan seperti ini mempunyai keinginan seks
yang melampau kerana mereka rela dan seronok apabila melakukan hubungan seks
dengan kedua-dua jantina. Biseksual adalah istilah untuk orang yang tertarik secara
seksual baik terhadap lelaki mahupun perempuan. Biseksual juga didefinisikan
sebagai orang yang memiliki ketertarikan secara psikologi, emosional dan seksual
terhadap lelaki dan perempuan7
Manakala Transeksual atau transgender ialah satu keadaan di mana seseorang

7 Norihan Zakaria. (2012). “Fenomena LGBT Di Malaysia”, Jurnal ILIM, No 5, 176.


11

cenderung mengenalpasti diri mereka dengan gender yang tidak konsisten dengan
jantina biologi mereka. Biasanya mereka akan melakukan beberapa usaha perubatan
untuk menukar keadaan fizikal mereka supaya menyerupai jantina berlawanan.
Menurut beberapa pengkaji, golongan transeksual ini mengalami kecelaruan gender
iaitu merasai dirinya terperangkap dalam tubuh yang salah, di mana mereka
berkeinginan untuk memiliki jantina yang berlawanan dari yang ditentukan sejak
lahir. Golongan ini, kebanyakannya dapat dilihat di kawasan-kawasan maksiat, seperti
dirumah pelacuran, sesetengah dari golongan ini kebanyakannya telah menukar alat
kelaminnya, malah sesetengah hanya memakai pakaian seperti mengikuti jantina lain.
Selain itu, terdapat juga yang hanya menambah buah dada untuk menampakkan persis
seperti perempuan.
Selain itu, menurut Blanch Consulting, lesbian didefinisikan sebagai seorang
perempuan yang tertarik secara emosional, seksual, fizikal terhadap perempuan lain
(Perry N.Halkitis et.al, 2009). Menurut persepktif Islam, lesbian dikenali dengan
istilah musahaqah. Oleh yang demikian, lesbian merupakan hubungan songsang dan
luar tabi’e diantara wanita dan wanita. Istilah gay juga dikenali sebagai homoseksual
didefinisikan sebagai gololongan lelaki yang mempunyai tarikan seksual terhadap
kaum sejenisnya (Joyce M. Hawkins, 2014). Gay juga membawa pengertian yang
lebih kurang sama dengan lesbian iaitu hubungan songsang dan luar tabi’e yang
dipraktikkan di antara lelaki dan lelaki. Berdasarkan kepada Sexual Orientation,
Homosexuality and Bisexuality, American Psychological Association (8 Ogos 2013),
biseksual bermaksud amalan hubungan seks bebas antara pasangan sesama lelaki atau
sesama perempuan. Pasangan yang dinyatakan di sini termasuklah pasangan yang
menjalankan hubungan seks sebelum berkahwin atau oleh pasangan ynag sudah
berkahwin.
Transgender pula berlaku apabila pengalaman yang dialami oleh seseorang individu
yang merasa tidak selesa dengan jantina semula jadinya (anatomi seks yang
dimilikinya). Individu tersebut dikatakan mempunyai keinginan serta kecenderungan
untuk menukar imej badan dan identitinya termasuk cara hidup dan tingkah laku
seperti jantina yang berlawanan dengan dirinya. Coyle dan Kitzinger (2002)
menjelaskan bahawa ciri utama transgender atau transeksualisme adalah kumpulan
yang memperkenalkan diri keseluruhannya dengan jantina yang berlawanan dengan
kelahirannya sendiri. Lelaki transeksual sering beranggapan bahawa mereka adalah
wanita yang terperangkap di dalam jasad lelaki. Di Malaysia, terma transeksual
12

digunakan bagi merujuk transeksual lelaki iaitu lelaki yang ingin menjadi wanita, dan
juga transeksual wanita iaitu wanita yang ingin menjadi lelaki dalam segala aspek
kehidupan (Yik, 2001). 8

BAB 3 : IMPLIKASI LGBT DAN HOMOSEKSUAL TERHADAP


PEMIKIRAN, SOSIAL DAN GAYA HIDUP MANUSIA.

3.1 IMPLIKASI LGBT DAN HOMOSEKSUAL TERHADAP PEMIKIRAN

3.1.1 merosakkan kefahaman idelogi dan pegangan akidah


Gerakan mengiktiraf Lesbian, Gay, Biseksual & Transgender (LGBT) oleh
golongan liberal merupakan satu ancaman kepada masyarakat Islam di Malaysia.
Aliran pemikiran Islam liberal merupakan satu aliran pemikiran yang menghendaki
kepada keterbukaan dalam berijtihad yang melampaui batas-batas agama yang telah
sedia ada seperti mana di dalam al-Quran dan al-Sunnah.
Gerakan Islam liberal seperti ini bukan sahaja mempromosikan fahaman
songsang yang dibawa, malah menyokong tindakan dan kelakuan LGBT supaya
diiktiraf selari dengan ajaran Islam. Hal ini boleh dilihat dalam kenyataan Penyelaras
Lawyer for Liberty (LFL), Zaid Malek 9yang menegaskan bahawa pengiktirafan dan
perlindungan untuk golongan LGBT yang beragama Islam bukan sahaja tidak
bertentangan dengan ajaran Islam malah melindungi mereka adalah mandatori di
bawah Perlembagaan Persekutuan.
Persoalannya, sejak bilakah agama Islam mengiktiraf LGBT? Sedangkan
Allah S.W.T telah melaknat Kaum Nabi Luth di Kota Sadum yang melakukan
perbuatan keji (homoseksual) dan kemungkaran mendatangi sesama lelaki seperti
seseorang mendatangani isteri (liwat atau homoseksual) dan meninggalkan para
wanita.
Sepatutnya sebagai umat Islam, ambillah pengajaran daripada kisah ini
melalui firman Allah dalam Surah Hud ayat 82-83, dimana disebabkan perbuatan keji
Kaum Nabi Luth, Kota Sadum itu diterbalikkan (tertimbus segala yang ada di muka
buminya) dan dihujani dengan batu-batu dari tanah yang dibakar, menimpanya

8 ZahirulKhairul “ Apa itu LGBT “ : https://www.academia.edu/30404967/Apa_itu_LGBT di akses


pada 22 Disember 2022
9 Kertas Seminar Kefahaman Akidah dan Pemikiran Semasa, 2019; Bayan Linnas Siri ke-171; dan

Berita Harian, 29 November 2018.


13

bertalu-talu.
Oleh sebab itu, walaupun LFL mendesak kerajaan untuk mengikut jejak
langkah negara Islam yang lain seperti Mesir, Iran dan Pakistan yang mengiktiraf
golongan LGBT, namun kerajaan Malaysia tetap tegas menolak gerakan fahaman
liberal yang berusaha menghapuskan hukuman sivil dan syariah membabitkan
kegiatan golongan LGBT.
Justeru itu, kita sama-sama bertanggungjawab untuk memainkan peranan
membimbing golongan LGBT ini menjalani kehidupan lebih sejahtera, selari dengan
tuntutan agama, adat dan budaya setempat masyarakat. Apa yang perlu kita ketahui
adalah pemikiran liberal dalam isu LGBT boleh merosakkan akidah umat Islam iaitu
mengagungkan akal berbanding wahyu. Maka fahaman ini terbukti menyeleweng
daripada manhaj Ahli Sunnah Wal Jamaah yang perlu dibendung segera daripada
terus mempengaruhi dan menyesatkan masyarakat Islam yang semakin jauh dari
pegangan agama.

3.2 IMPLIKASI LGBT DAN HOMOSEKSUAL TERHADAP SOSIAL

3.2.1 tidak menghormati undang-undang & fatwa


Disamping itu, wujud juga isu dan masalah yang berkait dengan
penguatkuasaan undang-undang oleh pihak berkuasa. Dalam usaha penguatkuasa
untuk menguatkuasakan undang-undang yang menyentuh tentang aktiviti perilaku
LGBT dalam negara ini. terdapat banyak desakan dan gangguan oleh pertubuhan yang
pro kepada golongan LGBT ini. Pelbagai tuduhan yang tidak berasas dilemparkan
kepada badan penguatkuasa dengan menyifatkan bahawa Malaysia tidak mematuhi
10
memorandum berkait dengan hak asasi manusia (Mahfuzah. 2015). Antara
penguatkuasa yang menyuarakan isu LGBT ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri
(Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Idris Ahmad berkata, kegiatan itu bukan sahaja
salah dari aspek undang-undang jenayah Syariah bahkan dari aspek undang-undang
Sivil juga. Tegasnya, di bawah Seksyen 377 Kanun Keseksaan11, adalah menjadi satu
kesalahan bagi mana-mana orang yang melakukan persetubuhan yang bertentangan

10 Mahfuzah Mohamad. (2015). “Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender: Perspektif Undang-
undang Jenayah Syariah,” Jurnal Undang-undang dan Masyarakat, no.19 29-36.
11 Tegas Idris, Tegasnya, di bawah Seksyen 377 Kanun Keseksaan, adalah menjadi satu kesalahan

bagi mana-mana orang yang melakukan persetubuhan yang bertentangan dengan aturan fitrah. -
Foto BERNAMA
14

dengan aturan fitrah. “Kerajaan melalui Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)
telah mengambil inisiatif dengan membangunkan Pelan Tindakan Sosial Islam (PTSI)
2019-2025 bagi menangani gejala sosial dalam kalangan masyarakat. “Ia terutamanya
permasalahan sosial yang dihadapi masyarakat Islam di Malaysia yang semakin
meruncing, dengan pelbagai isu seperti penagihan dadah, remaja hamil (tidak
berkahwin), pembuangan bayi, perceraian dan gelandangan.
Perlu dinyatakan juga bahawa negara Malaysia berlaku pertembungan antara
undang-undang domestik yang diguna pakai di Malaysia dengan keputusan undang-
undang antarabangsa yang telah diratifikasi oleh Malaysia sejak sekian lama.
Kemudian, berlakunya campur tangan oleh mahkamah sivil dalam perkara yang
berkait dengan hal-ehwal agama Islam di Malaysia yang menyentuh tentang LGBT.
Kesan daripada campur tangan ini telah menyaksikan bagaimana golongan LGBT ini
memanipulasi peruntukan undang-undang sivil yang ada untuk membenarkan segala
perbuatan mereka sehingga mereka bertindak untuk menafikan bidang kuasa
mahkamah syariah atau peruntukan undang-undang Islam yang ada di Malaysia pada
hari ini melalui permohonan mengishtiharkan ketidaksahan peruntukan undang-
undang Islam di Mahkamah Persekutuan seperti dalam kes Juzaili & Anor lwn Majlis
Agama Islam Negeri Islam tahun 2012.12

3.2.2 Menyumbang masalah dari aspek kesihatan


Perlakuan LGBT juga telah membawa masalah yang sangat besar kepada
tahap kesihatan masyarakat. Melalui aktiviti yang dilakukan oleh golongan LGBT ini
ia telah membawa penyakit yang sangat berbahaya dan berjangkit antaranya ialah
HIV,AIDS dan SIFLIS. Buktinya adalah berdasarkan laporan yang dikeluarkan oleh
Kementerian kesihatan Malaysia (KKM) menerusi sektor HIV/Penyakit jangkitan
13
kelamin (STI), Bahagian Kawalan Penyakit pada 2017 menunjukkan 1697 individu
yang mengamalkan seks songsang seperti homoseksual dan biseksual ialah
sebahagian daripada 3,347 kes yang direkodkan. Golongan LGBT ini adalah
kumpulan yang tertinggi dijangkit penyakit HIV,mewakili kira kira 50 peratus kes
baharu yang dilaporkan pada tahun 2017.(berita harian Dr Azizi Ayob 24 ogos 2018).
Secara fakta, Masalah kesihatan seperti HIV ini berlaku dalam golongan LGBT

12 Mohamad Afandi Md Ismail Fakulti Undang-undang, Governan & Hubungan Antarabangsa Kolej
Universiti Islam Melaka afandi@kuim.edu.my Mohd Sabree Nasri Fakulti Undang-undang, Governan
& Hubungan Antarabangsa Kolej Universiti Islam Melaka Mohdsabree@kuim.edu.my
13 Dr Azizi Ayob - Ogos 24, 2018 @ 10:59am bharian
15

adalah kerana gaya hidup songsang dan juga tabiat seksual di luar tabii yang semakin
berleluasa di Malaysia. Oleh hal yang demikian, golongan LGBT ini tidak
seharusnya dibiarkan begitu sahaja kerana akan mendatangkan pelbagai lagi
kemudaratan dan masalah kepada negara.

3.3 IMPLIKASI LGBT DAN HOMOSEKSUAL TERHADAP GAYA HIDUP


MANUSIA

3.3.1 menyebabkan hubungan sosial antara komuniti lemah


Masyarakat umumnya memberikan kecaman dan menjauhi LGBT dari segala
kegiatan sosial. Sebagian besar menganggap LGBT sebagai penyakit yang harus
dihilangkan kerana Lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) bukan sahaja
boleh diklasifikasikan sebagai wabak penyakit berjangkit seperti kusta jika tidak
dibendung malah membahayakan perkembangan sosial belia negara. Setiausaha
Agung Gerakan Belia 4B (GB4B) Malaysia, Mohamad Nazri Abdul Latiff berkata,
LGBT langsung tidak mendapat tempat dan tidak diterima di negara ini.14 Pendapat
tersebut didasari atas ajaran agama dimana Allah menghancurkan kaum LGBT (kisah
nabi Luth). Oleh karena itu masyarakat takut akan terkena bencana akibat keberadaan
mereka. Jika dilihat secara terperinci, pemikiran golongan LGBT ini boleh
meruntuhkan asas tamadun dan budaya negara kerana LBGT dapat mengancam
sistem kekeluargaan melalui fitrah kejadian manusia. Terdapat juga golongan
LGBT yang mendirikan rumah tangga tanpa perkhawinan yang sah dan menghasilkan
anak melalui cara yang salah. Oleh hal demikian, anak yang dilahirkan
berkemungkinan mempunyai dua orang ibu ataupun dua orang ayah. Ini
menyebabkan keturunan keluarga bercampur aduk dan meruntuhkan institusi
kekeluargaan. Sekiranya fenomena ini tidak ditangani dengan segera maka dikhuatiri
tidak ada generasi zuriat yang datang dari perkahwinan sah. Maka tersekatlah
perkembangan agama kehidupan manusia yang bahagiadan penuh tamadun
(Muhammad Uthman El- Muhammadi, 2012
Oleh disebabkan itu, rakyat Malaysia perlu diberi latihan dalam menangani isu
berkaitan golongan lesbian, gay, biseksual dan trasngender (LGBT) agar tidak
menimbulkan salah faham dan memecah belahkan masyarakat. Ketua Pegawai
Eksekutif Safinah Holdings Pte Ltd, Muhammad Tarmizi Abdul Wahid berkata,
golongan asatizah juga perlu menjadi contoh utama kerana masyarakat sentiasa
melihat tingkah laku dan cara mereka merespons terhadap isu-isu seperti ini15.
Jelasnya, mereka juga berperanan mendekatkan golongan LGBT dengan agama dan
keluarga. “Adakah kita akan membuatkan mereka lebih jauh daripada kita? Lebih
jauh daripada keluarga, agama, atau kita yang menjadi penyebab mereka dapat
berpegang dengan nilai murni. “Ini penting kerana dapat membantu mereka
meneruskan kehidupan dengan keadaan tenang dan masih berpegang dengan akidah
dan agama mereka. Isu ini sangat rumit. Ada orang yang mungkin melihat sebagai
satu dimensi sahaja. “Sebenarnya ada aspek lain seperti sosial, psikologi, nilai agama
dan banyak lagi. Jadi, kita perlu berhemah dan berhati-hati supaya tidak silap dalam
14 BERITA >Nasional LGBT: Wabak berbahaya kepada masyarakat oleh MUHAMMAD
AMINNURALIFF12 Mac 2019 12:37pm
15 Oleh WARTAWAN LUAR NEGARA 2 September 2022, 2:34 pm utusan malaysia
16

membantu masyarakat agar terus kuat dan tidak berpecah-belah akibat isu ini,”
katanya lapor berita.mediacorp. Muhammad Tarmizi yang lebih dikenali sebagai
Ustaz Mizi berkata, adalah penting golongan LGBT tidak dipinggirkan dalam apa
juga bentuk tindakan. “Antara perkara saya rasa amat penting adalah membuatkan
mereka sentiasa rasa selamat dan tidak berdepan stigma. “Kita juga ingin menjaga dan
memastikan apabila mereka datang kepada kita untuk bertanyakan soalan atau
masalah yang mereka hadapi, mereka tidak akan rasa seperti diancam,” katanya.

BAB 4 : MENGENALPASTI PUNCA BERLAKUNYA LGBT DALAM


KALANGAN MASYARAKAT

4.1Personaliti Semulajadi
Hasil kajian mendapati majoriti informan mengakui personaliti semulajadi
yang lembut, feminin dan naluri tertarik kepada lelaki telah mempengaruhi mereka
terlibat dalam LGBT. Personaliti berkait rapat dengan perlakuan tingkah laku
seseorang di mana ia menentukan cara individu bergaul dengan orang di
sekelilingnya. Menurut petikan daripada beberapa org yang terjebak dlm masalah ini
ialah mereka memiliki personaliti lembut sejak kecil walaupun ketika itu mereka
belum mengetahui tentang kecenderungannya terhadap golongan sejenis. Berikut
merupakan petikan pengakuan mereka berhubung perkara ini:

“I memang lembut sejak kecil lagi tapi masa tu takda lah tahu or berminat dengan
golongan sejenis ni, kecik lagi kan masa tu tapi ini lah diri I .. sejak dulu lagi”.

Secara amnya, personaliti boleh diertikan sebagai susunan pola tingkah laku
manusia yang disesuaikan dalam situasi kehidupan mereka. Malah menurut Huffman
(2007), personaliti adalah corak pemikiran, perasaan dan tindakan unik semulajadi
individu. Keperibadian mengambarkan seseorang itu berbeza daripada individu lain
dan corak tingkah laku yang menjadi kebiasaan individu tersebut adalah hasil
pembelajaran sosial dari persekitaran dan ada yang mengatakan ia turut dipengaruhi
oleh interaksi kompleks antara genetik dan hormon tanpa melihatnya sebagai pilihan
individu tersebut (Lamanna, Riedmann & Stewart, 2014)

4.2 Kurang Perhatian dan Kawalan Ibubapa


Faktor terlibat dengan LGBT juga adalah disebabkan kurang perhatian dan
kawalan dari ibu bapa kerana tidak tinggal bersama keluarga dan berada di universiti.
Hal ini menyebabkan mereka bebas untuk melakukan apa sahaja tanpa pengetahuan
dan kawalan ibu bapa dan ahli keluarga. Menurut Schumm (2010), kurang
komunikasi dengan ibu bapa menyumbang kepada masalah homoseksual. Kesibukan
ibu bapa dan kurang masa yang diluangkan dengananak menyebabkan mereka
mencari perhatian dan kasih sayang dari hubungan sejenis. Faktor ini dilihat memberi
kesan terhadap perkembangan remaja LGBT. Ibu bapa sememangnya memainkan
peranan yang penting dalam perkembangan anak remaja kerana di peringkat umur
sedemikian merekamemerlukan seseorang untuk berkongsi perasaan dan masalah
mereka. Namun, sekiranya ibu bapa tidak memberikan perhatian menyebabkan
remaja mencari jalan alternatif lain. Begitu juga dengan kajian Arieff dan Wardah
(2006), mendapati ibubapa yang sibuk bekerja boleh menyebabkan hubungan antara
anak dan ibubapa menjadi renggang. Kesibukan ibubapa akan menyebabkan anak
akan menghabiskan banyak masa bersama rakan hingga boleh mengundang mereka
17

terjebak untuk melakukan perkara yang boleh merosakkan akhlak. Oleh itu, jika
kurang interaksi dalam sesebuah keluarga, maka kasih sayang juga sukar dibentuk
menyebabkan ahli keluarga akan melibatkan pihak luar untuk mendapatkan kasih
sayang yang diperlukan (Nichols, 2014). Ini menyebabkan mereka yang kurang
mendapat kasih sayang daripada ibu bapa akan mencari kekosongan tersebut daripada
pasangan sejenis mereka.

4.3 Kurang Kefahaman Ilmu Agama dan Akhlak Islamiah


Hasil kajian turut mendapati kurang kefahaman ilmu agama dan akhlak
Islamiah adalah punca kepada penglibatan informan dalam LGBT. Peminggiran
terhadap pendidikan agama menyebabkan informan hilang panduan dalam kehidupan.
Apabila kurang didikan agamanya, maka mereka akan terdorong untuk melakukan
sesuatu yang bertentangan dengan ajaran agama seperti hubungan songsang ini
walaupun mereka sedar apa yang dilakukan itu salah dari segi agama. Jelaslah bahawa
kelemahan dalam kefahaman dan amalan agama turut menyumbang kepada gejala
sosial ini. Ia berlaku disebabkan oleh individu tidak mempunyai pegangan yang
kukuh terhadap larangan yang dinyatakan oleh agama masing-masing (Linndicho et
al. 2014). Malah wujud persepsi bahawa ia merupakan takdir yang telah ditetapkan
oleh tuhan sebaliknya meneruskan perbuatan terlarang tersebut tanpa ada usaha untuk
melawan atau mengubah persepsi tersebut (Bergin & Smith, 2002). Bahkan LGBT
jika dilihat dari sudut psikologi adalah sesuatu kejadian yang melibatkan keinginan
manusia yang berpunca dari faktor diri sendiri dan tidak mampu dibantu tanpa ada
kesedaran dari individu tersebut sepertimana yang ditegasakan oleh Allah S.W.T
dalam al-Quran yang bermaksud: ”Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada
pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka
sendiri. Dan apabila Allah mengkehendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum
bala bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri), maka tiada sesiapapun yang
dapat menolak atau menahan apa yang ditetapkanNya itu, dan tidak ada sesiapapun
yang dapat menolong dan melindungi mereka selain daripadaNya” (al Quran. Al-
Ra‘d: 11). Malah kajian yang dijalankan oleh Ahmad et al. (2015) turut mendapati,
amalan keagamaan yang rendah merupakan salah satu faktor yang mendorong kepada
penglibatan dalam tingkah laku LGBT. Kurang pegangan terhadap agama
menyebabkan mereka akan terbabas daripada batas norma kehidupan seorang
manusia. Hal ini jelas menunjukkan kurang kefahaman ilmu agama dan akhlak
Islamiah telah menyumbang kepada penglibatan informan dalam gejala LGBT.

4.4 Pengaruh rakan sejenis


Selain itu, kajian mendapati pengaruh rakan sejenis juga antara faktor yang
mempengaruhi mereka yang terlibat dalam LGBT. Menurut mereka terdapat ramai
rakan sejenis yang terlibat dengan aktiviti LGBT di universiti tempat pengajiannya
dan mereka sering bercerita sehingga mereka terpengaruh untuk terlibat sama dalam
aktiviti tersebut. Berikut merupakan petikan mereka berhubung perkara ini:

“ Dekat my uni memang ramai pun LGBT, saya sendiri start terlibat bila kawan saya
selalu cerita tetang apa yang dia buat hingga saya rasa nak mencuba, dia suruh saya
ambil hormon, kenalkan dengan Dato’. Semua tu kawan yang ajar.. Tapi saya tak
salah kan dia sebab bagi saya mereka (rakan LGBT) ni ja yang faham apa yang saya
nak dan perlukan”

Hal ini demikian kerana pengaruh rakan sejenis adalah pengaruh yang diperoleh dari
18

rakan-rakan yang mempunyai personaliti yang sama dengan mereka kerana bagi
mereka, rakan jenis ini amat memahami apa yang mereka inginkan. Walau
bagaimanapun, Shaffer(2002) menyatakan kecelaruan gender berlaku apabila pihak
yang signifikan seperti rakan gagal membantu individu untuk mengekalkan jantina
yang sebenar. Malah Teori Pembelajaran Sosial turut menjelaskan rakan turut
memainkan peranan dalam menentukan perkembangan peranan jantina seseorang di
mana akan berlaku proses pertumbuhan kognitif yang tidak sihat iaitu perbuatan yang
ditimbulkan sama ada baik atau sebaliknya adalah hasil dari pengaruh dan paksaan
rakan-rakan tanpa seseorang itu menyedari impak disebalik perbuatan mereka itu.
Malah Byrd dan Stony (2001) dalam kajian yang dijalankan turut bersetuju dengan
mengatakan bahawa homoseksual atau LGBT berlaku adalah dipengaruhi oleh rakan.

BAB 5 : KESIMPULAN LGBT

5.1 RUMUSAN
Kesimpulannya, hasil daripada kajian yang telah dikaji, pengkaji dapat
mengetahui banyak perkara yang berkaitan dengan masalah lgbt serta dapat
mengetahui cara dan langkah untuk menangani masalah lgbt.
Permasalahan berkait dengan LGBT ini sememangnya perlu dibendung secara
agresif kerana risiko untuk menjadikannya menular secara kritikal sangat tinggi.
Dalam era globalisasi dan media sosial kini, masyarakat sangat mudah untuk
terpengaruh dengan setiap apa yang dipapar dan dipertontonkan kepada mereka tanpa
menilai kesan baik dan buruknya. Pelbagai isu dapat dilihat yang kesemuanya
menjurus kepada perkara negatif yang mampu merosakkan institusi masyarakat dan
seterusnya memberi risiko kepada keruntuhan sesebuah negara. Peruntukan undang-
undang sedia ada perlu diperkemas dengan kadar yag segera bagi memastikan setiap
permasalahan baru yang muncul dalam negara dapat diatasi secepat yang mungkin.
Gejala LGBT ini sememangnya suatu yang sukar untuk dibendung jika pihak-pihak
berwajib gagal untuk bertindak dengan pantas dalam memberikan respon terhadap
tingkah laku LGBT. Walaupun terdapat pelbagai cabaran yang perlu dihadapi oleh
pihak-pihak yang diberikan tangggungjawab untuk menangani isu LGBT ini, namun
segala cabaran itu perlu ditempuh dengan bijaksana agar kegiatan LGBT ini dapat
dikekang sehabisnya. Usaha-usaha yang dicadangkan diharap dapat membantu
menyelesaikan gejala LGBT ini dan akhirnya memastikan kehidupan sosial
masyarakat sentiasa berada dalam keadaan yang sepatutnya. Sebuah negara yang
maju tidak hanya berkisar tentang kemajuan infrastruktur dan prasarana sahaja, malah
yang lebih penting ialah menyentuh tentang sikap, peradaban dan kehidupan sosial
masyarakat yang menepati kehidupan manusia sejagat.

5.2 CADANGAN
Tindakan menyekat segala kegiatan dan aktiviti yang mempunyai unsur LGBT
atau mempromosikan LGBT perlu dilaksanakan secara menyeluruh (Muhd Izzat
2019: 8). Berdasarkan seksyen15(2)(f), sekiranya program berkaitan dengan aktiviti
ataupun bertujuan mempromosikan LGBT, maka pegawai tersebut diberikan kuasa
untuk membuat sekatan dengan tidak membenarkan apa jua perlakuan peserta
mahupun kandungan program atas faktor sensitiviti budaya dan agama. Segala
maklumat berkenaan himpunan termasuk penganjur, penceramah dan objektif
perhimpunan diadakan wajib dideklarasikan di dalam Borang Pemberitahuan Di
Bawah Seksyen 9(1), Jadual Keempat, Akta Perhimpunan Aman 2012. Dari sudut
19

yang lain, sekiranya sesuatu program LGBT dianjurkan di premis-premis persendirian


selain di tempat-tempat awam, maka Akta Perhimpunan Aman 2012 tidak lagi
terpakai. Namun, sekiranya program tersebut melibatkan orang Islam serta terdapat
unsur-unsur yang tidak bermoral dan menyalahi perundangan syariah seperti
pertandingan ratu cantik maknyah dan sebagainya, pihak berkuasa agama dengan
kerjasama polis dan pihak berkuasa tempatan boleh melakukan serbuan dan
tangkapan untuk pendakwaan di mahkamah syariah berdasarkan peruntukan seksyen
29 Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997. Seksyen
35 akta yang sama juga terpakai ke atas mana-mana individu yang menganjurkan,
mendorong atau menggalakkan orang lain untuk melakukan maksiat. Sekiranya
disabitkan bersalah, pelaku boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit,
dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.

5.3 RUJUKAN & LAMPIRAN

5.3.1 Bahan Internet

• https://www.facebook.com/GB4BMalaysiaOfficial/posts/shah-alam-lesbian-
gay-biseksual-dan-transgender-lgbt-bukan-sahaja-boleh-
diklasif/2195476143871227/
• https://www.sinarharian.com.my/article/17590/berita/nasional/lgbt-wabak-
berbahaya-kepada-masyarakat
• https://www.sinarharian.com.my/article/17450/edisi/selangor-kl/kurang-
penghayatan-agama-antara-punca-lgbt-jais
• https://www.researchgate.net/publication/350088778_ISU_LGBT_DI_MALA
YSIA_SATU_TINJAUAN_TERHADAP_ASPEK_KAJIAN_LGBT_ISSUES
_IN_MALAYSIA_A_REVIEW_OF_RESEARCH_ASPECTS
• https://www.bharian.com.my/kolumnis/2018/08/465401/peranan-doktor-
tangani-seks-songsang-lgbt-banteras-hiv
• https://www.studocu.com/my/document/universiti-kebangsaan-
malaysia/penghayatan-etika-dan-peradaban/kesan-kesan-lgbt-kepada-
rakyat/21603301
• https://www.airtimes.my/2018/07/23/undang-undang-malaysia-larang-gaya-
hidup-songsang-lgbt/

5.3.2 Jurnal

• Hornby (1985 : Nor Hidayah 2004 ) Hubungan Antara Minat, Sikap Dengan
Pencapaian Pelajar Dalam Kursus Cc301 – Quantity Measurement
• Mohamad Afandi Md Ismail Fakulti Undang-undang, Governan &
Hubungan Antarabangsa Kolej Universiti Islam Melaka afandi@kuim.edu.my
Mohd Sabree Nasri Fakulti Undang-undang, Governan & Hubungan
Antarabangsa Kolej Universiti Islam Melaka Mohdsabree@kuim.edu.my
• Marbawi, Muhammad Idris Abdul Rauf, KamusIdris Marbawi Arab-Melayu
(Kuala Lumpur:Darul Fikir, 2006), h. 12. dan Tim, The Encyclopaedia of
Islam New Edition. (Netherland: Reiden E.J.Brill, Wiley-Blackwell, 1983), h.
21.
20

• Arieff, S.R. & Wardah, M. 2006. Membentuk Jati Diri Remaja. Bentong: PTS
Professional Publishong Sdn, Bhd.
• Lerner, R. M. (2006). Developmental Science, Developmental Systems, and
Contemporary Theories of Human Development. In R. M. Lerner & W.
Damon (Eds.), Handbook of child psychology: Theoretical models of human
development (pp. 1–17). John Wiley & Sons Inc.
• Mohd Farok Mat Nor et.al, .(2017). “Skop dan Peranan Badan Penguatkuasa
Jenayah Syariah Negeri Sarawak: Kupasan dan Cadangan Penambahbaikan”,
4th International Research Management & Innovation Conference (IRMIC
2017).229-247
• Mahfuzah Mohamad. (2015). “Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender:
Perspektif Undang-undang Jenayah Syariah,” Jurnal Undang-undang dan
Masyarakat, no.19 29-36.
• Norihan Zakaria. (2012). “Fenomena LGBT Di Malaysia”, Jurnal ILIM, No 5,
176.

5.3.3 Kamus

• Kamus Dewan Edisi Keempat ,2005, Dewan Bahasa dan Pustaka

Anda mungkin juga menyukai