Anda di halaman 1dari 24

FAKULTI KEJURUTERAAN AWAM

SARJANA MUDA KEJURUTERAAN (KEPUJIAN) AWAM


INFRASTRUKTUR

LAPORAN KAJIAN BERTULIS

Pemikiran Sekularisme: Teori Dan Keburukannya


Kepada Agama

DISEDIAKAN OLEH:

(1) ABDUL WAFI BIN MUNAWAR – KETUA 2021196401


(2) NUR AMIRA WAHIDA BT MUSNAZRI 2021117243
(3) MUHAMMAD FUAD B MD NOR 2021196379
(4) NURHANANI BINTI ABD RAHMAN 2021393621
(5) NASYUHA BINTI MOKTHARUDDIN 2021393669
(6) NUR SHAHIRAH BINTI RASID 2021505225
(7) MUHAMMAD IKHWAN HANIF BIN IDRIS 2021505397

Laporan Kajian Bertulis Dihantar Kepada Ustaz Zulkifli Bin Haji Dahalan Dalam
Memenuhi Sebahagian Keperluan Untuk
CTU 552 (FALSAFAH DAN ISU SEMASA)

SEMESTER 3
SESI 2 2020/2021
1.0 ISI KANDUNGAN

BIL TAJUK MUKA SURAT


1.0 ISI KANDUNGAN 1
2.0 PENGENALAN 2-3
3.0 OBJEKTIF KAJIAN 4
4.0 KAJIAN LITERATUR 4-7
5.0 ISI 7 - 20
6.0 KESIMPULAN 21 - 22
7.0 RUJUKAN 23

1
2.0 PENGENALAN

Sekular adalah satu perkataan yang membawa maksud konsep bagi sesuatu
kerajaan atau entiti lain perlu wujud secara asing dari kepercayaan agama. Dalam satu
bentuk, sekularisme dapat memberikan hak untuk bebas dari peraturan dan ajaran agama,
bebas dari pengenaan agama kerajaan terhadap rakyat dalam sesebuah negara yang
berkecuali pada hal ehwal agama. Dari segi lainnya, ia merujuk pada pandangan bahawa
keputusan dan aktiviti manusia, terutamanya yang berpolitik, harus berasaskan pada bukti
dan fakta yang tidak berat sebelah dengan pengaruh keagamaan.

Sekularisme ini diwujudkan daripada akar intelektual dari ahli falsafah Yunani dan
Rom seperti Marcus Aurelius dan Epicurus, pemikir zaman pencerahan seperti James
Madison dan Thomas Jefferson, polymath Islam zaman pertengahan seperti Ibn Rushd, dan
akhir sekali dari akar intelektual pemikir bebas, agnostic dan ateis seperti Bertrand Russell.
Telah didebatkan bahawa sekularisme adalah suatu gerakan terhadap modernisasi dan jauh
dari nilai-nilai keagamaan tradisional.

Dalam pengajian agama, masyarakat barat moden pada umumnya dianggap


sebagai sekular. Ini adalah kerana kebebasan agama yang hampir lengkap atau pada
umumnya ia tidak tertakluk pada sekatan legal atau sosial, dan kekurangan pihak berkuasa
pemimpin agama ke atas keputusan politik. D. L. Munby mencirikan sebuah masyarakat
sekularisme sebagai satu masyarakat yang tidak homogenous tetapi pluralistik, sebuah
masyarakat yang tanpa imej rasmi, dan toleran dengan melebarkan sfera membuat
keputusan peribadi. Beliau juga menyatakan keunggulan positif yang tersirat di belakang
masyarakat sekular. Antaranya ialah kehormatan yang mendalam untuk para individu dan
kumpulan kecil yang mana mereka sebahagian dengan, kesamaan semua rakyat, setiap
orang harus dibantu untuk menyedari kecemerlangan khusus mereka dan membahagikan
batasan kelas dan kasta.

Walau bagaimanapun, sekularisme menjadi antara fahaman yang sering disebut


tetapi kebanyakan umat Islam memahaminya dengan kefahaman yang sempit dan
mengelirukan. Ia hanya ditakrif sebagai pemisah antara agama dan politik. Sekularisme
mempunyai makna yang lebih luas kerana falsafah itu memiliki pandangan alam yang
mengasingkan makna rohaniah daripada kesedaran manusia dan alam tabii. Menurut
pandangan masyarakat sekular, alam semesta hanya dapat dilihat, dirasa dan diukur oleh
ilmu sains semasa. Mereka juga menafikan terdapatnya nilai dan prinsip kekal abadi, sekali
gus mengatakan semua perkara harus berubah mengikut alur sejarah dan masyarakat.

2
Dalam erti kata lain, fahaman sekular ini menganggap agama hanya ciptaan akal dan
kebudayaan manusia untuk kepentingan duniawi.

Menurut golongan itu, tidak semestinya agama dihapuskan secara langsung, tetapi
mereka meletakkan nilai agama itu sebagai sifat yang boleh berubah-ubah. Seperti yang
telah dinyatakan bahawa benih pemikiran sekularisme barat bermula daripada falsafah
Yunani, yang berpegang bahawa Tuhan bersifat suci tetapi kesucian itu tidak
membenarkannya untuk berkecimpung dalam dunia makhluk yang tidak suci serta saling
berubah. Maka, dengan itu mereka membataskan pembabitan-Nya terhadap makhluk
ciptaannya. Di barat seperti Amerika Syarikat dan Eropah yang mengakui sekular sebagai
pandangan rasmi misalnya, peranan isu agama masih penting dalam arena politik.

Menurut para Ulama’ Islam, sekularisme ialah aliran pemikiran yang akan
menggugat semua agama termasuk Islam. Tanpa disedari, agama juga digunakan untuk
kepentingan sekular, yakni kepentingan peribadi, ekonomi dan politik. Seorang Muslim
sekular masih mengamalkan Islam secara peribadi tetapi tidak menerima dan tidak setuju
dalam penglibatan penguatkuasaan syariah terhadap masyarakat. Masalah umat Islam
sekarang berpunca daripada masalah dalaman seperti keruntuhan adab, hilangnya disiplin
akliah, rohaniah dan jasadiah yang menghilangkan upaya meletakkan sesuatu perkara di
tempat yang betul sehingga menimbulkan kekeliruaan. Faktor luaran pula akibat daripada
pertentangan antara budaya dan tamadun Barat terhadap Islam.

3
3.0 OBJEKTIF KAJIAN

1. Mengkaji latar belakang, ciri-ciri serta penggunaan fahaman sekularisme dalam


sesuatu negara.
2. Meneliti kesan-kesan ideologi sekularisme di kalangan masyarakat.

4.0 KAJIAN LITERATUR

Tamadun manusia bermula dan berkembang pesat seiring dengan kepercayaan


mereka terhadap agama. Bukan sahaja penganut agama islam yang mengakui kewujudan
tuhan, malah tamadun lain juga turut mempunyai kepercayaan dimana ada kuasa yang
mengawal alam. Kepercayaan terhadap agama ini telah melahirkan kebudayaan
masyarakat yang berbeza di seluruh dunia. Kepercayaan bersama budaya ini telah dibawa
hingga ke generasi moden dan ada juga segelintir golongan yang mencampur-adukkan
agama dan budaya yang berbeza. Kewujudan pelbagai agama seperti Islam, Kristian, Hindu
dan Buddha juga menunjukkan bahawa naluri manusia mengakui bahawa ada kuasa yang
mengawal seluruh alam. Akan tetapi di alaf baru ini, ideologi sekularisme telah menular ke
dalam masyarakat islam dari masa ke semasa. Kebanyakan golongan yang terpengaruh
terdiri daripada golongan belia yang sering menginginkan kebebasan. Menurut Ibn al Jawzi
(1404 h), seluruh kehidupan manusia hendaklah berada dalam ketaatan sepenuhnya
kepada Allah SWT. Oleh sebab itu, ianya telah menjadi satu kewajipan bagi seorang muslim
untuk mentaati syariah dalam seluruh kehidupan. Ini termasuk dari segi aspek politik, sosial
dan ekonomi. Hal ini kerana, seluruh aspek ini adalah termasuk dalam hukum hakam
syariah bersama amal perbuatan zahir manusia.

Prof. Dr. H.M Rashidi telah menyatakan bahawa sekularisme ini adalah sistem etika
dan falsafah yang bertujuan memberi interpretasi atau pengaturan kepada kehidupan
manusia tanpa kepercayaan kepada Tuhan, Kitab Suci dan kehidupan di kemudian hari.
Penyataan ini tertulis di dalam buku beliau yang bertajuk ‘Sekularisme dalam persoalan lagi’.
(Prof. Dr. H.M Rashidi – 1972) Ia merujuk kepada hak kebebasan individu dari peraturan
dan ajaran agama. Melalui konteks ini, sudah terang lagi bersuluh bahawa ideologi
sekularisme ini telah bercanggah dari segi undang-undang syariah malah memundurkan lagi
pandangan manusia terhadap hukum syariah dan agama islam tersendiri. Di samping itu,
Shiner turut menghuraikan pengertian sekularisme iaitu kemerosotan agama, pemindahan
orientasi pemerhatian manusia dari dunia lain kepada dunia lain, kerenggangan masyarakat
daripada agama, peralihan kepercayaan dan aktiviti suci kepada sekular semata-mata.

4
Beliau turut menyatakan di dalam jurnalnya iaitu ‘The Concept of Secularization in Empirical
Research’ dimana dunia akan hilang ciri-ciri sakralnya secara beransur-ansur dan ideologi
ini dapat membuatkan manusia tidak percaya kepada kekuasaan tuhan dan pembaharuan
masyarakat kudus kepada masyarakat sekular. (Shiner – 1976)

Sekularisme ini telah wujud sekitar tahun 1851 dan istilah sekularisme ini sendiri
diasaskan oleh George Jacob Holyoake dan konsep ini telah bertunjang dari ahli falsafah
Yunani dan Rom. Tujuan sekularisme ini adalah sebagai tajuk untuk diperdebatkan di mana
pada ketika itu, wujud satu gerakan terhadap modernisasi dan jauh dari unsur keagamaan.
Bagi Holyoake, sekularisme ini bukanlah perkara yang bertentangan dengan ajaran Kristian
tetapi sebagai pembebasan diri dari hukum keagamaan. Melalui sekularisme ini, beberapa
negara menerima ideologi ini dengan menggunakan istilah ‘sekularisme negara’ sebagai
alasan untuk membantu negara tersebut berkembang menjadi sebuah negara bersama
undang-undang yang moden. Malah, yang membimbangkan para-para sarjana islam apabila
ideologi ini turut masuk ke dalam beberapa buah negara islam seperti Turki dan Indonesia.
Seringkali masyarakat dipersembahkan dengan kebaikan sekularisme sehingga majoriti
negara di dunia ini memilih untuk berpegang kepada ideologi tersebut. Namun, penerimaan
sekularisme dari negara-negara islam adalah sesuatu yang merusuhkan apabila masyarakat
Islam sendiri yang mempertikaikan hal-hal agama. Hal ini telah dinyatakan oleh beberapa
tokoh akan kerosakan akidah akibat ideologi ini. Menurut Abdul Hadi Awang, kesan
sekularisme yang wujud dalam pelbagai aspek ini telah menyebabkan kelemahan iman dan
menggoyahkan akidah masyarakat itu tersendiri. Ada juga yang mempunyai keraguan
terhadap kekuasaan Allah s.w.t, para rasul, para malaikat, hari kiamat, Al-Quran serta
pembalasan Qadha dan Qadar. Hal ini terjadi apabila masyarakat islam acapkali didedahkan
dengan aliran-aliran barat. Secara tidak langsung, masyarakat Islam mula mempertikaikan
hal-hal keagamaan yang berunsurkan metafizik dan tidak logik di pemikiran mereka sebagai
contoh kewajipan umat islam dalam menutup aurat. (Abdul Hadi Awang - 2007).

Seterusnya, sekularisme ini turut mencemarkan politik Islam yang diasaskan oleh
kerajaan-kerajaan islam terdahulu. Apabila aliran politik barat mula mengalir dalam jiwa
masyarakat, maka wujudlah fahaman-fahaman seperti kapitalisme, sosialisme, nasionalisme
dan lain-lain. Pada mulanya, menceburi diri dalam politik ini seolah-olah memegang amanah
dan tugas sebagai khalifah di bumi. Oleh itu, undang-undang syariah seharusnya diguna
pakai sebagai panduan untuk menjadikan negara Islam yang harmoni. Akan tetapi, negara
sekularisme ini telah mengetepikan malah mereka tidak suka akan undang-undang syariah.
Hal ini telah berlaku di negara Turki pada 20 Mei 1971 iaitu sebuah parti politik islam telah
diarahkan tutup oleh Mahkamah Perlembagaan setelah mereka mengeluarkan isu yang

5
mencabar prinsip sekularisme yang diasaskan oleh pemimpin Turki iaitu Mustafa Kamal
Ataturk. Oleh itu, menurut penulis Rifyal Ka’bah di dalam bukunya iaitu islam dan serangan
pemikiran, sudah jelaslah bahawa sekularisme ini adalah salah satu serangan yang bukan
berbentuk fizik, akan tetapi ianya adalah serangan pemikiran yang dilakukan oleh ahli politik
di Turki sehingga berjaya menerapkan ideologi ini ke dalam jiwa rakyat mereka. (Rifyal
Ka’bah - 1994).

Berdasarkan kajian daripada Al-Attas dan Al-Qaradawi Mengenai Islam &


Sekularisme oleh Dr. Ugi Suharto, dapatlah difahami bahawa kedua dua sarjana tersebut
mempunyai sisi pandangan yang sama mengenai hubungan antara Islam & sekularisme.
Mereka bersepakat bahawa sekularisme bukan sahaja bercanggah malah menentang Islam.
Kepekaan kedua-dua ilmuwan Islam itu terhadap isu sekularisme menunjukkan bahawa
ianya tidak boleh dianggap ringan oleh masyarakat Islam sendiri. Bahaya faham
sekularisme serta proses-prosesnya, sama ada di peringkat individu ataupun masyarakat,
sepatutnya menjadikan kita lebih berwaspada lagi terhadap faham-faham yang
mengiringinya, walaupun dengan nama yang baru, seperti faham perubahan, faham
globalisasi (globalization), faham pembangunan (development) dan Iain-lain. Oleh itu demi
memahami konsep sebenar mengenai sekularisme, al-Attas turut mengkaji asal-usul
perkataan sekularisme itu sendiri. Walaupun al-Qaradawi juga menyentuh isu ini, namun
patut dinyatakan di sini bahawa kajian al-Attas mengenai etymology perkataan ini lebih
mendalam dan lebih terperinci. (Dr. Ugi Suharto -2002).

George Holyoake dalam ‘English Secularism’ yang diterbitkan pada 1896 pula
menerangkan bahawa sekularisme ialah peraturan yang berkaitan dengan kehidupan,
berdasarkan nilai-nilai kemanusiaan dan disasarkan kepada mereka yang mendapati ajaran
agama tidak mencukupi, tidak boleh dipegang atau tidak dipercayai. Mereka juga lebih
mempercayai kepada kebijaksanaan akal mereka sendiri.

Beliau turut mengetengahkan 3 prinsip penting iaitu yang pertama, sains adalah
panduan hidup bagi manusia. Kebanyakan saintis-saintis Barat beranggapan bahawa
manusia wujud secara kebetulan menurut proses evolusi dari suatu sel purba dan melalui
proses perubahan haiwan yang telah dimanipulasikan oleh teori Darwinisme yang
mengatakan manusia asalnya daripada mawas. Tujuan mereka ialah untuk menafikan
kewujudan Tuhan dan manusia pertama bukanlah Nabi Adam serta menafikan wahyu
sehingga mereka lebih percaya pada kebijaksanaan akal mereka semata-mata. (Sulaiman
Hj Noordin - 1979). Yang kedua, memperbaiki kehidupan dengan cara kebendaan. Matlamat
kebendaan ini menjadi agenda penting dalam prinsip perjuangan sekular. Ia ditonjolkan
sebagai perkara yang perlu dalam kehidupan masyarakat bagi mencari kebahagiaan yang

6
sebenar dan berterusan di dunia ini. Aliran pemikiran ini berpendapat, perjuangan
kebendaan menjamin mereka mencapai kehidupan yang bebas dan selamat. (Mardzelah
Makshin - 2006). Yang terakhir, matlamat yang menghalalkan segala cara. Menurut
golongan sekular, apa sahaja perbuatan yang baik yang dilakukan adalah baik sama ada ia
dilakukan dengan cara yang baik atau tidak. Hal ini kerana, golongan sekular berpendapat
bahawa penilaian baik buruk sesuatu perkara adalah berdasarkan penilaian manusia
semata-mata.

7
5.0 ISI

5.1 CIRI - CIRI FAHAMAN SEKULARISME

Istilah sekularisme tidak asing lagi bagi tamadun Eropah pada suatu ketika dahulu
kerana ia telah muncul sejak abad pertengahan Masihi di Itali. Istilah ini mula digunakan
pada tahun 1846 oleh seorang penulis bernama George Holyoake. Abad ini telah membawa
perubahan terhadap perkembangan Eropah dalam segala aspek termasuklah perubahan
sikap terhadap agama dan keagamaan masyarakat Eropah itu sendiri. Hal ini demikian
kerana, mereka tidak boleh lari daripada hawa nafsu yang hanya ingin memenuhi kehendak
mereka semata-mata tanpa menghiraukan perkara lain.

Antara ciri fahaman sekularisme adalah bersifat dualisme iaitu memisahkan agama
daripada kehidupan, khususnya kehidupan bernegara. Fahaman ini berpegang kepada teori
yang pernah diungkapkan oleh Martin Luther ketika meminta agar tugas pentadbiran
diserahkan kepada Kaisar manakala urusan ketuhanan dikendalikan oleh paderi-paderi di
gereja. Rakyat Eropah percaya bahawa Sains merupakan panduan hidup bagi manusia
walhal terdapat perkara yang tidak boleh difikir secara logik dek akal. Malah, mereka juga
bertanggapan agama merupakan penghalang kepada kejayaan. Penyisihan agama
daripada aspek kehidupan yang lain ini boleh dilihat pada amalan masyarakat dunia hari ini
yang menganggap agama hanya disiplin atau aspek setaraf ekonomi, sejarah dan
sebagainya.

Selain itu, sekularisme juga melatih para pengikutnya agar mengenepikan hal-hal
yang berkaitan dengan akhirat malah mengutamakan perkara-perkara yang boleh
memperbaiki kehidupan mereka di dunia semata-mata dengan kebendaan. Pada pendapat
mereka, agama itu bersifat terlalu peribadi. Oleh itu, hal keagamaan tidak boleh dikaitkan
dengan aktiviti seharian mereka. Mereka juga tidak mempercayai hari akhirat sebagai hari
pembalasan kerana mereka beranggapan bahawa kehidupan di dunia merupakan
kehidupan terakhir bagi setiap manusia. Perkara ini secara tidak langsung telah merosak
dan membatalkan akidah seseorang itu kerana tidak beriman kepada hari akhirat.

Disamping itu, sekularisme juga memperjuangkan kehidupan bersifat kebebasan


tanpa sebarang sempadan. Fahaman ini bukan sahaja menghalalkan pekara yang haram
seperti yang dinyatakan di dalam buku The Prince karya Machievelli malah mereka juga
turut menyediakan tempat-tempat khas bagi menjalankan kegiatan maksiat atas alasan
boleh mendatangkan keuntungan dan kepesatan ekonomi negara. Sebagai contoh,

8
perbuatan zina berubah-ubah mengikut peredaran zaman sejak 15 Masihi sehinggalah kini.
Hal ini demikian kerana mereka merasakan bahawa perbuatan tersebut tidak mendatangkan
masalah di kemudian hari selain merosakkan susur galur sistem kekeluargaan. Sehingga
kini, hal tersebut tidak lagi menjadi kesalahan di barat kerana perbuatan ini sudah menjadi
hak individu itu sendiri.

5.2 FAKTOR KEMUNCULAN SEKULARISME

Sekularisme merupakan ideologi yang telah muncul daripada proses sekularasi di


negara Barat. Fahaman ini telah mempengaruhi pemikiran dan budaya umat Islam
terutamanya pada era moden ini. Terdapat pelbagai faktor yang mendorong fahaman
sekularisme ini terjadi dan masih kekal sehingga ke hari ini.

Antara faktor kemunculan sekularisme adalah disebabkan oleh perbalahan yang


terjadi antara gereja Barat dan kekuasaan di Eropah menjelang abad ke-16 Masihi. Sebelum
abad ke-16, gereja merupakan satu institusi yang amat dihormati dan disanjungi oleh
masyarakat Kristian. Segala peraturan yang ditetapkan oleh pihak gereja pasti akan dituruti
kerana mereka dianggap mulia dan dipandang tinggi oleh semua lapisan masyarakat. Walau
bagaimanapun, keadaan ini telah berubah apabila penyelewengan telah berleluasa
sehingga menjatuhkan maruah dan martabat pihak gereja. Demi menjana wang dan
mengejar kekayaan, kepesatan industri pembinaan dan pembangunan telah menarik minat
golongan gereja kepada kehidupan sekular dan mula meninggalkan kesucian agama
Kristian. Perkembangan ilmu baharu serta pembinaan tugu-tugu yang tersergam indah dari
teologi Kristian turut mendapat sokongan daripada pihak gereja. Selain daripada seni bina,
masyarakat Kristian termasuk ahli-ahli gereja juga leka menikmati seni drama yang baru
muncul itu tanpa menghiraukan pandangan agama terhadap bentuk-bentuk kesenian
tersebut. Ini terbukti apabila Lorenzo De Medici, pendeta Kristian sanggup membelanjakan
sejumlah besar wang bagi pembinaan semula Gereja St. Peter di Rom agar kelihatan lebih
menarik.

Di samping itu, keangkuhan ilmiah juga merupakan salah satu faktor kemunculan
sekularisme. Golongan atasan gereja bertanggapan bahawa kejahilan seseorang itu adalah
petunjuk mengenai iman dan ilmu itu pula membawa kekafiran bagi mereka. Sebelum
zaman Renaissance, pengetahuan dari sumber lain atau sumber yang tidak diketahui
dianggap berbahaya dan boleh membawa musibah terhadap pihak gereja ini. Oleh hal yang
demikian, agama telah dipisahkan daripada ilmu pengetahuan yang lain. Salah satu sebab

9
mengapa pihak gereja berbuat demikian adalah kerana ilmu-ilmu tersebut kebanyakannya
disebarkan oleh umat Islam. Oleh itu, mereka berasa takut dan gelisah sekiranya pengaruh
gereja tidak lagi berpengaruh dan memadai. Oleh yang demikian, pihak gereja berusaha
untuk menentang umat Islam dengan tidak menerima ilmu pengetahuan yang dibawa oleh
mereka. Dengan itu lahirnya tiga Mahkamah Majistret (Inquisition Court) dari 1481M hingga
1801M, yang bertanggungjawab untuk menyiasat dan menghukum mereka yang menentang
agama Katolik, penyihir dan ilmuan yang menentang ajaran gereja dan umat Islam. Sebagai
contoh, Galileo Galilei iaitu ahli fizik dan astronomi yang terkenal dihukum mati oleh
Mahkamah Majistret tersebut kerana kenyataan beliau yang menyatakan bahawa bumi ini
beredar mengelilingi matahari merupakan pendapat yang berbeza dari ajaran gereja.

Agama menjadi eksklusif hanya bagi golongan tertentu juga merupakan antara faktor
lahirnya fahaman sekularisme. Pada Zaman Kegelapan Eropah, paderi-paderi Gereja
Katolik mendakwa bahawa mereka mempunyai hubungan batin dengan Tuhan atau dengan
erti kata lain, mereka merupakan perantara antara manusia biasa dengan Tuhan. Sebagai
contoh, seseorang itu tidak dianggap sah menganut agama Kristian sekiranya tidak dibaptis
oleh paderi. Selain itu, penjualan sijil indulgences atau sijil keampunan juga telah diadakan
di setiap gereja bagi sesiapa yang mahu mendapat keampunan daripada Tuhan. Pihak
gereja turut menjamin syurga yang istimewa bagi mereka yang membuat bayaran yang lebih
tinggi. Bukan itu sahaja, pihak gereja juga turut mengatakan bahawa agama hanya boleh
difahami oleh mereka sahaja dan manusia biasa tidak berhak untuk mempersoalkan apa-
apa malah hanya perlu ikut sahaja apa yang ditetapkan tanpa sebarang bantahan.
Kesannya, masyarakat Kristian memandang serong terhadap agama ini kerana percaya
bahawa golongan gereja hanya menggunakan agama untuk kepentingan sendiri.

5.3 BENTUK-BENTUK PENYELEWENGAN PEMIKIRAN SEKULARISME

5.3.1 Menerima agama sebagai anutan umat semata-mata


- Masyarakat sekular menolak Islam kerana syariah dan akidah Islam dianggap
sebagai kongkongan dan batasan bagi mereka. Akhlak dan adab Islam diterima
tetapi tidak membawa maksud yang mereka terikat dengannya. Masyarakat yang
mempraktikkan pemikiran sekularisme hanya akan mengambil perkara yang
tertentu daripada Islam sekiranya ianya menepati kehendak mereka. Malah,
perkara halal dan haram juga bergantung kepada seseorang individu atau
masyarakat itu sendiri, bukan nya berlandaskan agama. Golongan ini hanya

10
sekadar mendirikan syiar Islam seperti solat, puasa, haji dan umrah tetapi
mereka tidak memahami Islam dengan tepat dan berada dalam kekeliruan.

5.3.2 Gerakan Kamilisme di Turki


- Gerakan ini merupakan manifestasi terpenting yang menunjukkan realiti ini
kerana ianya berdasarkan sekularisme, materialisme, nasionalisme dan revolusi.
Gerakan ini juga melakukan pembaharuan undang-undang dengan
menggantikan Al-Quran dan Al-Sunnah. Seorang pemimpin politik di Turki yang
mempraktikkan Islam sebenar, pernah dihukum penjara selama empat bulan dan
tidak boleh menjawat apa-apa jawatan dalam tempoh tersebut, atas dakwaan
cubaan menghapuskan sistem sekular Turki. Manakala seorang speaker Turki
dikecam, kerana isterinya memakai tudung dalam satu majlis rasmi dan hal ini
dianggap mencabar prinsip asas negara itu. Hal ini bukan sahaja berlaku di Turki,
malah banyak lagi negara lain seperti Syria, Mesir, Iraq, Iran dan termasuk
Malaysia.

5.3.3 Syariah dianggap musuh utama para sekularis


- Hal ini kerana, lanjutan daripada penentangan mereka terhadap agama dan
akidah. Bagi mereka, Allah diakui sebagai pencipta alam sahaja bukan
pemerintah seluruh alam dan menganggap bahawa perundangan dan
pemerintahan adalah hak mutlak mereka. Mereka boleh melakukan sesuatu
mengikut kehendak dan kemahuan mereka tanpa batasan. Dalam erti kata lain,
mereka ingin membebaskan diri daripada ikatan agama. Syariah Islam juga
dikatakan bertentangan dengan falsafah perundangan mereka. Contohnya,
pengharaman riba, arak, zina, judi dan sebagainya. Perkara-perkara seperti ini
dianggap benar dan dibolehkan dalam masyarakat sekular.

5.3.4 Memisahkan agama dalam aspek politik, ekonomi dan sosial


- Sekularisme adalah satu sistem falsafah politik yang menolak segala bentuk
kepercayaan agama dalam konteks bernegara. Pada era globalisasi ini,
pengaruhnya semakin kuat sehingga ciri-ciri masyarakat yang berpegang pada
fahaman sekularisme ini dapat dikesan;
a) Merendahkan martabat Islam dengan menganggap Islam itu agama yang
mundur.
b) Menerapkan gaya hidup barat dalam keluarga, masyarakat dan negara.
c) Menjauhkan masyarakat dan generasi baharu daripada pendidikan dan
nilai keagamaan.

11
d) Menubuhkan pertubuhan yang kononnya simbol pembaharuan sejarah,
kebudayaan dan peradaban Islam, tetapi hakikatnya membelakangkan
sejarah dan ajaran Islam.
e) Berasa sangsi terhadap kebenaran Islam, Al-Quran, dan Al-Hadis, serta
mempersoalkan hukum fiqh.

Fahaman sekularisme ini merupakan satu ancaman kepada umat Islam atas kerana
ia menolak peraturan yang ditetapkan oleh Allah dan menjauhkan umat daripada syariat
Islam, memberi gambaran yang salah mengenai imej Islam sebagai agama yang cenderung
kepada keganasan dengan memutarbelitkan sejarah, dan menyamaratakan semua agama
atas alasan semua ajaran agama adalah benar dan baik.

Menurut pandangan Ibnu Khaldun di dalam kitabnya, al-Muqaddimah, beliau


membuat perbezaan di antara masyarakat yang tunduk dibawah undang-undang ciptaan
manusia dengan masyarakat yang tunduk dibawah perundangan Islam, beliau berkata yang
bermaksud;
“Kalaulah undang-undang ini digubal oleh ahli-ahli akal dan para pembesar negara serta
pakar-pakarnya maka itu adalah siyasah (politik) akal. Tetapi kalaulah undang-undang ini
diwajibkan Allah, diakui dan disyaratkan, maka ianya adalah siyasah agama yang memberi
manfaat kepada kehidupan dunia dan akhirat. Ini kerana kejadian makhluk bukan sahaja
bermaksud untuk kebaikan dunia mereka, kebaikan dunia itu semata-mata itu sia-sia dan
batal kerana kesudahannya mati dan binasa.”

5.4 IMPLIKASI PENYELEWENGAN FAHAMAN SEKULARISME TERHADAP UMAT


ISLAM

5.4.1 KESAN KEPADA PERUNDANGAN

a) Kejatuhan perlembagaan Islam

Agama Islam bukan sahaja merangkumi akidah dan akhlak malah serta juga syariah
dan undang-undang. Undang - undang yang wujud sebelum hadirnya fahaman sekularisme,
sentiasa berlandaskan Al-Quran dan As-Sunnah. Apabila masa berlalu, fahaman ini
semakin lama semakin berkembang luas dan secara tidak sedar sudah pun mempengaruhi
perundangan umat Islam terutamanya Negara Malaysia. Ideologi sekularisme secara
rasminya sudah diterapkan ke Malaysia sejak dari era penjajahan, apabila British

12
memperkenalkan Sistem Residen selepas Perjanjian Pangkor 1874 dengan memisahkan
pemerintahan dan pentadbiran negara daripada penguasaan Sultan atau raja. Sultan hanya
mengetuai hal - hal keagamaan di istana manakala residen pula yang bertanggungjawab
untuk mentadbir negeri. Maka di sini kita dapat lihat bahawa perundangan Islam dipisahkan
dan fahaman sekular mula menyerap masuk kehidupan masyarakat Melayu Islam. Kesan
daripada ini dapat dilihat dengan budaya hidup pada masa kini seperti pakaian yang
mendedahkan aurat, golongan remaja yang minum arak, berlakunya zina dan sebagainya
yang jelas bertentangan dengan Islam.

Perlaksanaan ideologi ini dalam sistem perundangan yang bercanggah dengan


hukum - hukum perundangan Islam adalah dengan alasan bahawa perundangan Islam tidak
sesuai pada masa kini. Status undang-undang ini secara jelas menolak Al-Quran dan As-
Sunnah yang merupakan panduan atau rujukan tertinggi umat Islam. Oleh disebabkan itu,
kedudukan Islam dalam perlembagaan Malaysia tidak kukuh jika dibandingkan dengan
perlembagaan negara Islam lain seperti Mesir. Dalam perlembagaan Mesir contohnya
menjadikan Islam adalah agama negara dan syariat Islam sebagai sumber asas
Perundangan. Arab Saudi menjadikan Raja terikat dengan dengan syariat dan hukuman-
hukuman hanya boleh dijatuhkan berdasarkan ajaran Al-Quran dan As-Sunnah. Tetapi satu
isu yang sangat mengejutkan umat Islam di seluruh dunia telah timbul apabila negara United
Arab Emirates (UAE) telah menggubal semula sistem perundangan mereka di mana
pasangan yang belum berkahwin dibenarkan tinggal bersama dan juga kebenaran membeli
minuman keras. Jika dibandingkan sebelum ini, sistem perundangan negara tersebut adalah
lebih ketat dan lebih berteraskan ajaran Islam. Jelas di sini bahawa sekularisme sudah
berleluasa di negara Islam demi kepentingan ekonomi negara.

b) Lari dari ajaran agama

Perkara ini juga sudah berlaku sebelum ini, waktu zaman pemerintahan Mustafa
Kemal Attartuk, presiden pertama Turki, beliau menerapkan pendidikan sekularisme di
dalam negara dengan alasan bahawa apabila sistem pemerintahan dicampurkan agama,
maka ia akan melambatkan pertumbuhan negara. Banyak perkara atau undang-undang
yang digubal oleh beliau. Antaranya ialah larangan memakai pakaian tamadun Islam,
penukaran Adzan dengan bahasa Turki dan sebagainya. Sehingga ke hari ini, masih ada
lagi pengikut beliau yang mengamalkan perkara tersebut, lalu pemerintah Turki
mengeluarkan larangan melaungkan adzan dan membaca Al-Quran dalam bahasa Turki.
Jelas di sini bahawa betapa bahayanya fahaman sekularisme ini, apabila mengasingkan hal

13
dunia dan agama. Tidak memimirkan tentang perkara-perkara yang telah pun dilarang oleh
ajaran Islam.

5.4.2 KESAN KEPADA SOSIAL

a) Keruntuhan akhlak

Konsep pemikiran sekularisme yang mengasingkan perkara lain dengan agama telah
memberi kesan kepada masyarakat terutama dari aspek sosial. Perkara pertama yang kita
dapat bincangkan ialah pemikiran sekularisme ini telah menyebabkan mudahnya keruntuhan
akhlak berlaku tidak kira usia. Hal yang paling menakutkan ialah pemikiran ini menjadi
kebiasaan terutama kepada anak muda masa kini. Anak muda merupakan pelapis generasi
yang akan datang. Justeru itu, pemikiran dan akhlak mereka yang akan menjadi nilai utama
kemajuan negara pada masa akan datang. Apabila pemikiran ini menjadi barah dalam
masyarakat, ini akan memberi kesan yang amat mendalam kepada akhlak seseorang.

Antara impak yang kita dapat lihat ialah penagihan dadah, arak, homoseks,
pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan dan banyak lagi. Jika dilihat dari segi
pemikiran sekularisme, mereka merasakan kesemua perbuatan di atas adalah perbuatan
normal tapi hakikatnya ialah kesemua perbuatan di atas merupakan satu perbuatan yang
langsung tidak mencerminkan akhlak baik seseorang lebih lebih lagi jika dia seorang muslim.
Mereka akan menggunakan gaya pemikiran sekularisme ini untuk menghalalkan segala
perbuatan tidak bermoral itu. Hal ini menjadi sebab agama langsung tidak boleh dipisahkan
dengan segala perkara lain.

Justeru itu, pemikiran sekularisme ini amatlah tidak baik kepada sosial masyarakat
kita. Pemikiran lebih kepada mahu menghalalkan perkara tidak bermoral boleh dilakukan
memadangkan mereka menganggap agama dan perkara lain tidak boleh disatukan. Akhlak
seseorang manusia amatlah penting kerana ia seperti mesej kepada agama islam itu sendiri.
Abu Hurairah R.A sebagaimana diriwayatkan oleh Al-Baihaqi menyatakan bahawa
Rasulullah SAW pernah bersabda dengan maksudnya: “Sesungguhnya aku diutus hanya
untuk menyempurnakan kemuliaan akhlak.”

b) Penguasaan terhadap agama berkurang sesama masyarakat

Sekularisme boleh diibaratkan seperti satu serangan ke atas pemikiran masyarakat


kita. Serangan ini berlaku apabila kita menerima bulat bulat segala pemikiran yang

14
dihasilkan daripada falsafah barat sekular. Ini akan menyebabkan masyarakat kita
merasakan agama merupakan langkah terbelakang yang tidak selari dengan kemajuan
walhal ia sebaliknya. Generasi yang menormalisasikan pemikiran sekularisme ini akan lebih
cenderung untuk meletakkan perkara agama hanya kepada orang-orang tua atau golongan
ustaz sahaja dan tidak mahu menguasai atau mempelajari langsung tentang agama.

Pemikiran sekularisme meletakkan mereka semakin lama semakin kurang meminati


atau mahu menguasai bidang asas agama. Pemikiran ini akan terus menerus menyebabkan
kurangnya pengetahuan dalam bidang agama dan paling ditakuti apabila seluruh
masyarakat hanya meletakkan perkara ini kepada orang-orang tua sahaja. Sebagai contoh
dalam pengurusan jenazah, apabila pemikiran sekularisme ini semakin menebal atau
menguasai pemikiran masyarakat kita, golongan atau masyarakat yang mengamalkan
sekularisme ini akan melepaskan tanggungjawab itu kepada orang orang agama sahaja dari
awal pengurusan hingga akhir pengurusan jenazah itu. Selain itu, institusi-institusi
pembelajaran juga akan terkesan dengan pemikiran sekularisme apabila menggunakan cara
ini. Ianya akan mengubah pelajar-pelajar menjadi lebih sekular dan kurang pengetahuan
tentang agama akibat daripada pembelajaran yang mengurangkan subjek agama di
dalamnya.

Terbuktilah bahawa pemikiran sekularisme amat bahaya terhadap pengetahuan


sesebuah masyarakat tentang agama islam. Apabila kurangnya ilmu pengetahuan agama
kurang dan mereka mula mengasingkan agama dan perkara lain, maka jadilah seperti
kerajaan Turki Uthmaniyyah dahulu yang mula mengguna pakai ideologi “Kemalisme” yang
bertujuan untuk menyediakan negara kearah lebih moden dan sekular.

c) Budaya barat menjadi ikutan

Pemikiran sekularisme terutama di Malaysia banyak tersebar dari Barat. Mereka


membawa konsep pemikiran, budaya dan pengetahuan yang menjadikan masyarakat
Malaysia terpengaruh. Corak kehidupan dari segi sekularisme amatlah berbeza dengan
corak kehidupan yang dianjurkan oleh Agama Islam. Sekularisme iaitu mengasingkan
agama dan perkara lain amatlah disukai oleh para pemikir sekularisme kerana mereka
merasakan ianya akan membebaskan mereka dari kehidupan agama yang mempunyai
peraturan-peraturan tertentu.

Pada era globalisasi ini, semakin kita lihat, budaya-budaya sekularisme atau budaya-
budaya barat semakin mendapat tempat di hati anak muda kita. Pemikiran sekularisme telah

15
menyebabkan banyak aspek seperti pakaian dan cara hidup telah memberi kesan kepada
masyarakat kita. Fesyen-fesyen terkini yang diambil dari barat kebanyakannya tidak
menutup aurat telah masuk ke masyarakat kita. Masyarakat yang mempunyai pemikiran
sekularisme akan membenarkan perkara ini berlaku kerana mereka menganggap itu adalah
satu kemajuan dan mereka harus mengikuti kemajuan dan permodenan yang datangnya
dari barat walaupun ianya jelas tidak mengikut syariat.

Justeru itu, pemikiran sekularisme amatlah bahaya dan perlu dibendung dari awal
kerana mereka adalah orang-orang yang membenarkan budaya-budaya barat yang terbukti
melanggar etika di dalam islam meresap ke dalam masyarakat kita dan hasilnya mereka
akan mudah terikut ikut dan tidak lagi memikirkan sama ada dibenarkan atau tidak dalam
islam.

d) Merenggangkan perpaduan antara masyarakat dan pemimpin

Sekularisme adalah sistem etika dan falsafah yang bertujuan memberi aturan
kepada kehidupan manusia tanpa mempunyai kepercayaan kepada Tuhan atau apa apa
saja yang berkaitan dengan agama. Sekularisme akan mengasingkan banyak perkara
keduniaan dan agama dari pelbagai segi termasuk pentadbiran dan politik yang bakal
merenggangkan perpaduan antara masyarakat dan pemimpin. Pemikiran sekularisme akan
menyebabkan perbalahan sesame masyarakat dan sesame pemimpin. Pihak yang lebih
menjaga agama akan berbalah dengan pihak yang mempunyai pemikiran sekularisme.

Pemikiran sekularisme yang dimiliki oleh pemimpin akan menyebabkan perubahan


kepada corak pemerintahan. Pemimpin yang mempunyai pemikiran sekularisme akan
menjadikan barat sebagai ikutan dan contoh untuk memimpin negara. Hasilnya, masyarakat
yang masih teguh dengan pendirian agama tidak akan setuju dengan cara pemerintahan
sebegitu. Jika dilihat dari sejarah yang lampau, penukaran azan kepada bahasa lain yang
pernah direkodkan pada masa dahulu menyebabkan penentangan daripada masyarakat
kepada pemimpin. Ini akibat daripada pemikiran sekularisme daripada pemimpin-pemimpin.
Hubungan diantara masyarakat dan pemimpin amatlah penting dalam kegiatan sosial
sesebuah masyarakat kerana ianya mencerminkan keamanan sesebuah negara.

Akhir sekali, benarlah bahawa pemikiran sekularisme ini amatlah perlu dibanteras
seawal-awalnya supaya ia tidak mempengaruhi golongan pemimpin dan masyarakat yang
lain supaya perpaduan di antara masyarakat dan pemimpin dapat dikekalkan dan lebih
mudah untuk mencapai kata sepakat.

16
5.4.3 KESAN KEPADA EKONOMI

a) Amalan riba berleluasa

Apabila wujudnya pemikiran sekularisme, ia telah memberi kesan kepada ekonomi


kerana amalan riba yang semakin berleluasa. Takrifan ringkas riba ialah riba merupakan
sebarang tambahan di atas hutang akibat penangguhan tempoh ataupun tambahan dalam
pertukaran barang tertentu (barang ribawi). Riba terbahagi kepada dua iaitu Riba Ad-Duyun
dan Riba Al-Buyu. Riba Ad-Duyun ialah riba yang muncul daripada hutang. Ia merupakan
lebihan yang terhasil disebabkan tempoh. Manakala, Riba Al-Buyu pula muncul daripada
jual beli barangan ribawi. Ia merupakan ketidaksamaan pada berat atau kuantiti pertukaran
dua barang ribawi atau pertukaran tersebut dibuat secara tangguh. Hal ini kerana melalui
riba mereka akan berdepan kepulangan dan keuntungan yang besar menyebabkan mereka
membutakan mata tentang haramnya riba dan menjadikan riba itu sebagai perkara biasa
dalam kehidupan seharian mereka. Terlibat dengan riba adalah satu dosa besar, malah
dikatakan seolah-olah sedang berperang dengan Allah dan Rasulullah tetapi disebabkan
pemikiran sekularisme telah menguasai aspek ekonomi, maka mereka akan menolak agama
dan memandang kekayaan sahaja.

b) Melahirkan ekonomi yang bercabang

Pemikiran sekularisme menyebabkan terlahirnya ekonomi yang bercabang


antaranya ialah sistem ekonomi kapitalis, sosialis dan komunis. Kapitalisme merupakan
suatu sistem ekonomi berdasarkan hak milik peribadi atas semua jenis harta benda dan
kebebasan mutlak ke atas individu untuk mengadakan persetujuan dengan orang lain dan
mengikat dirinya dalam kegiatan ekonomi mengikut pilihannya demi keuntungan dan
kesejahteraan dirinya. Sosialisme pula bermaksud sebuah teori atau sistem organisasi
sosial dan ekonomi dimana salah satu ciri utamanya adalah sumber kekayaan negara
dinikmati bersama oleh seluruh rakyat secara sama rata manakala komunisme adalah
ideologi politik dan struktur sosio ekonomi yang menggalakkan penubuhan masyarakat
tanpa kelas dan tanpa negara berdasarkan pemilikan dan kawalan sama ke atas faktor
pengeluaran dan harta. Tiga ekonomi yang disebutkan sudah terbukti bahawa pandangan
ekonomis yang menggunakan kefahaman dan pemikiran sekularisme boleh memberikan
impak yang berbeza terhadap ekonomi kerana jelasnya terdapat perbezaan pendapat. Hal
ini kerana golongan sosialis dan komunis tidak bersetuju dan menentang sistem kapitalisme.
Mereka mengatakan bahawa kapitalisme menjejaskan golongan pekerja dan kpitalis
mendapat lebih banyak keuntungan sedangkan pekerja mendapat gaji yang tidak setimpal.

17
Oleh itu, yang kaya akan semakin kaya serta mereka yang miskin akan bertambah miskin
disebabkan pemikiran sekularisme Ini

c) Mewujudkan tempat maksiat

Selain itu, dengan kefahaman dan pemikiran sekularisme ini mereka telah
mewujudkan tempat-tempat khas untuk zina dan kegiatan maksiat. Kewujudan tempat-
tempat maksiat seperti ini boleh menimbulkan pelbagai fitnah kepada sesiapa sahaja.
Tambahan lagi, sebab mengapa mereka mewujudkan tempat-tempat sebegini adalah
kerana keuntungan yang mereka terima daripada membuka pusat hiburan dan kelab malam
seperti ini adalah besar dan akan menjadikan mereka kaya-raya. Oleh itu, mereka percaya
bahawa kefahaman dan pemikiran sekularisme mampu membawa kejayaan dan
kebahagiaan kepada mereka. Beginilah keadaannya tatkala peraturan yang digunapakai di
dalam kehidupan lahir daripada akal-akal manusia dan bukannya daripada hukum hakam
agama sehinggakan perundangan yang diterapkan bersifat lemah dan terbatas. Selain itu,
pada zaman moden sekarang ini, isu orang Islam berbuat maksiat bukanlah sesuatu yang
pelik dan asing di dalam sistem sekular, termasuklah di Malaysia. Sistem sekular akan
sentiasa membatasi segala perlaksanaan Syariah yang bertentangan dengan perlembagaan
sekular. Alasan mereka adalah perkara sebegini boleh mendatangkan kemajuan,
keuntungan dan kepesatan bagi ekonomi negara. Hal ini menyebabkan tempat-tempat
maksiat seperti pusat pelacuran, pusat hiburan, kelab malam dan sebagainya yang
bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan akan terus wujud dan sukar untuk dibendung
ataupun dilupuskan. Fahaman ini telah mengaburi mata umat Islam dengan kehebatan
nikmat di dunia.

d) Mewujudkan sistem kesamarataan dalam pencarian harta

Seterusnya, kefahaman dan pemikiran sekularisme telah mewujudkan sistem


kesamarataan dalam pencarian harta benda. Pemikiran sekularisme telah menafikan
bahawa hak mencari harta tanpa berusaha tetapi dengan hanya menerima harta. Hal ini
boleh menimbulkan kemarahan kepada pelbagai pihak kerana sebilangan harta itu akan
menjadi tidak adil apabila pencari harta dan penerima harta secara buta-buta itu berbeza.
Selain itu, sistem kesamarataan dalam pencarian harta ini juga akan menyebabkan
berlakunya penindasan terhadap orang yang lain yang tidak bersalah. Di samping itu, akan
wujudnya golongan yang malas bekerja serta malas berusaha untuk memajukan diri sendiri,
masyarakat dan negara kerana mereka akan berfikir bahawa mereka tidak perlu bersusah
payah kerana sistem kesamarataan dalam pencarian harta itu wujud dan mereka akan

18
mendapat harta dengan sangat mudah. Akhir sekali, akan terjadinya permusuhan dan
perbalahan di dalam masyarakat kerana ketidakadilan dalam pembahagian harta.

5.4.4 KESAN KEPADA AGAMA

a) Agama Islam dipinggirkan

Pemikiran dan fahaman sekularisme telah menyebabkan agama Islam semakin


dipinggirkan. Hal ini kerana pemikiran sekularisme cuba memisahkan agama dari segenap
kehidupan manusia termasuk agama, politik atau pentadbiran negara, sosial dan ekonomi.
Pemikiran sekularisme akan menyebabkan tiada lagi unsur agama digunakan dalam
membuat suatu keputusan ataupun peraturan malah mereka yang berpegang kepada
pemikiran dan kefahaman sekularisme ini hanya akan bertindak mengikuti akal pikiran dan
logik manusia sahaja. Hal ini kerana pemikiran sekularisme telah menjadikan mereka
memperjuangkan ciri-ciri yang bersifat kebebasan, kebahagiaan dan kebebasan yang tidak
bersempadan. Mereka juga akan berfikir bahawa matlamat akan menghalalkan cara kerana
tiada masuk campur agama di dalam pemikiran sekularisme ini. Oleh itu, apabila agama
Islam dicemari oleh unsur dan pemikiran sekularisme, maka ia akan menyebabkan maruah
Islam itu sendiri tercalar dan dipersendakan dan mudahlah musuh-musuh Islam untuk
menyerang umat-umat Islam secara fizikal ataupun melalui fahaman sesatnya.

b) Melemahkan keimanan dan menggoyahkan akidah

Disamping itu, kesan pemikiran sekularisme ialah ia akan turut melemahkan


keimanan dan menggoyangkan akidah serta kurangnya keyakinan terhadap kekuasaan
Allah. Keraguan terhadap rasul, para malaikat, hari kiamat dan Al-Quran serta pembalasan
Qadha dan Qadar menyebabkan keimanan umat Islam semakin rapuh dan terkeliru dengan
pendapat aliran-aliran barat. Pemikiran umat Islam yang mengikuti dan percaya kepada
pemikiran sekularisme akan semakin hari semakin rapuh dan mereka mula memandang
soal agama hanyalah semata-mata sebagai ritual sahaja. Apa yang kitab oleh tafsirkan
dalam suasana begini dalam majlis agama ialah seperti ceramah, sambutan Maulidur Rasul
dan sebagainya kita dapati imej dan syiar Islam begitu dijaga, namun pada waktu yang
sama, di luar daripada aktiviti sebegitu, Islam tidak lagi menjadi ikutan malah aurat kembali
dibuka sebaik sahaja syarahan ataupun kelas agama tamat. Dalam urusan perkahwinan
umpamanya rukun, syarat dan adab begitu dijaga kerana mereka bimbang jika perkahwinan
mereka tidak sah, namun pergaulan bebas sebelum perkahwinan berlangsung tidak pernah
diambilkira dan dipedulikan menurut kaedah Islam. Inilah bentuk pemikiran masyarakat

19
semasa hari ini yang semakin sebati dengan kehidupan seharian mereka apabila wujudnya
pemikiran sekularisme yang menjadikan mereka memandang sambil lewa kepada hukum
hakam agama Islam.

c) Umat Islam memandang rendah hukum hakam Islam

Kesan pemikiran sekularisme terhadap Islam ialah umat Islam akan memandang
rendah terhadap hukum hakam Islam. Selain itu, pemikiran sekularisme akan menjadikan
mereka yang mengikuti akan mementingkan hal duniawi sahaja. Mereka juga akan menjadi
mudah terpengaruh dengan budaya barat contohnya dari segi pemakaian. Disebabkan
pemikiran sekularisme yang menolak hukum hakam dan halal haram agama maka mereka
akan menjadi dan merasakan bahawa diri mereka lebih cantik jika mereka berpakaian tidak
menutup aurat ataupun menjolok mata. Begitu juga dari segi pemakanan, golongan-
golongan ini akan memandang rendah dan memandang remeh terhadap makanan haram.
Selain itu, pemikiran sekularisme juga menyebabkan mereka tidak mementingkan
pendidikan agama. Pendidikan agama ataupun subjek agama hanya diambil mudah dan
dipandang enteng sahaja yang akan menyebabkan umat Islam sekarang dan generasi yang
akan datang kurang pengetahuan dalam bab agama dan hukum hakam Islam. Secara
keseluruhannya, disebabkan pemikiran dan fahaman sekularisme ini, agama Islam hanya
dipandang remeh sahaja oleh umat Islam dan yang lain-lain. Hukum hakam agama tidak lagi
dipentingkan dan umat Islam lebih mementingkan hal duniawi dan meremehkan hal akhirat.
Istilah yang lebih tepat ialah pemikiran sekularisme bukanlah bercanggah dengan Islam
tetapi ianya lebih kepada menentang Islam secara terang-terangan.
d) Mengakis kesepaduan Islam

Islam itu adalah yang tertinggi. Agama atau sistem hidup yang diakui di sisi Allah
hanyalah agama Islam. Allah menyatakan bahawa Dia telah melengkapkan sistem hidup
manusia dengan selengkapnya. Oleh itu, pemikiran dan fahaman sekularisme memang
bertentangan dengan akidah Islam kerana ianya memisahkan antara agama dan dunia serta
telah memecahkan kesyumulan sistem hidup Islam sedangkan akidah itu mewujudkan
kesatuan. Pemikiran sekularisme akan menyebabkan kesepaduan Islam semakin terhakis
sehinggakan ia dilihat tidak berkait antara satu sama lain.dalam keadaan tertentu, ia juga
akan mengakis akidah seluruhnya. Hal ini akan menyebabkan kemungkinan akan tiada
siapa lagi yang akan mempertahankan Islam dan memperjuangkan Islam jika pemikiran
sekularisme telah mencemari agama Islam sepenuhnya. Sesungguhnya sekular dan segala
jenis bentuk penggunaanya termasuk fahaman yang digelar sekularisme adalah
bertentangan dengan Islam walau bagaimana cara sekalipun ditilik pengertiannya.

20
6.0 KESIMPULAN DAN CADANGAN

Pemikiran sekularisme adalah suatu gaya pemikiran yang banyak mendatangkan


kemudharatan kepada sesebuah institusi ataupun kepada sesebuah negara. Ianya yang
berkonsepkan pengasingan di antara agama dan perkara lain dalam sistem sesebuah
negara bakal meruntuhkan masyarakat. Mereka akan menganggap agama perlu diasingkan
kerana ianya adalah satu perkara yang menyusahkan atau ke belakang. Di samping itu,
pemikiran sekularisme merupakan antara agenda barat untuk menghancurkan kekuatan
islam itu sendiri. Pemikiran sekularisme juga perlu dihapuskan dari akarnya lagi bermula
dengan sistem pendidikan. Sejak akhir-akhir ini ada gerakan yang mahukan supaya
matapelajaran pendidikan islam di Malaysia perlu dikaji semula kekerapan jadualnya. Ini
yang akan berlaku jika kita tidak membendung masalah pemikiran sekularisme ini kerana
beranggapan matapelajaran lain lebih penting berbanding matapelajaran Pendidikan Islam
itu sendiri. Oleh itu, masyarakat perlu bersama-sama kembali kepada islam yang syumul
dan berpegang teguh dengan ajaran agama Islam berpandukan Al-Quran dan Al-Sunnah.

Antara cadangan yang boleh di tambah baik untuk mengelakkan masalah pemikiran
sekularisme ini ialah memperkasakan ilmu atau pendidikan agama islamdi setiap tahap
pelajaran bermula dari taska hingga ke universiti. Kita perlu memastikan para pelajar
memahami agama islam itu dengan hati dan menyeluruh. Firman Allah SWT dalam surah Al
Baqarah ayat 208 yang bermaksud : “Hai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke
dalam Islam secara keseluruhannya, dan janganlah kamu turut Langkah-langkah syaitan,
Sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu.”

Seterusnya, cadangan untuk mengatasi pemikiran sekularisme ini ialah dengan umat
islam perlu menguasai media massa sama ada di dalam atau di luar negara. Hal ini kerana
kita tahu pemikiran sekularisme ini berkembang melalui media-media yang menunjukkan
keburukan agama itu sendiri. Oleh itu, penguasaan media massa dapat menapis dan
menunjukkan atau memberi penekanan yang sebenar dan maklumat yang sebenar dengan
pengertian Islam itu sendiri. Penguasaan bidang ini juga dapat membanteras, menyekat dan
menangkis agenda-agenda sekularisme yang datang dari barat. Oleh itu, ia amat penting
dalam usaha membendung gerakan dan pemikiran sekularisme ini.

Seterunya, cadangan yang boleh kita usahakan ialah masyarakat perlu berpegang
teguh terhadap ajaran islam itu sendiri. Masyarakat yang betul-betul berpegang teguh
dengan agama islam pasti akan sukar dipengaruhi oleh dakyah-dakyah sekularisme yang
dibawa dari barat.

21
Akhir sekali, kita perlu membendung pemikiran sekularisme ini kerana ia akan
menyebabkan lahirnya golongan-golongan yang akan meminggirkan agama.
Walaubagaimanapun, masyarakat islam perlu mencapai kemajuan peradaban yang
gemilang dan terbaik di samping berpegang teguh dengan agama islam itu sendiri. Oleh
yang demikian, umat islam perlu menguasai dan mempunya kepakaran dalam pelbagai
bidang tanpa melanggar syariat Allah SWT. “Jika mahu menjadi jurutera, jadilah jurutera
yang berpegang teguh dengan agama Allah, Jika mahu menjadi doktor, jadilah doktor yang
berpegang teguh dengan agama Allah”. Begitu lah ungkapan supaya umat islam mencapai
kemajuan selari dengan penguasaan ilmu agama yang baik.

22
7.0 RUJUKAN

1) Bab Empat : Kesan Sekularisme terhadap peradaban islam


http://studentsrepo.um.edu.my/488/5/BAB4.pdf
2) (Salina Mat Sehor, Khadijah Abdul Razak, Maimun Aqasha Lubis Abdin Lubis)
Metafizik Islam menangani unsur sekularisme dalam Pendidikan moden masa kini.
https://www.researchgate.net/publication/322653059_Metafizik_Islam_menangani_u
nsur_sekularisme_dalam_pendidikan_moden_Masa_kini
3) (Mohd Yusri Bin Ibrahim, Jabatan Pengajian Islam,Fakulti Sains Kemanusiaan
(UPSI),Malaysia) Sekularisme:Faktor, Penyebaran Dan Langkah Mengatasinya Dari
Sudut Pandang Islam.
http://www.ijhpl.com/PDF/IJHPL-2019-08-12-15.pdf.
4) http://www.myjurnal.my/filebank/published_article/34227/Article_6.PDF.
5) https://ms.wikipedia.org/wiki/Sekularisme.
6) Islam dan serangan pemikiran, jakarta, 1994 Rifyal Ka'bah.
7) gerakan kebangkitan Islam-1996.
8) https://www.researchgate.net/publication/325556478_SEKULARISASI_DALAM_PER
UNDANGAN_TURKI_DAN_KESANNYA_TERHADAP_MASYARAKAT
9) The Concept of Secularization in Empirical Research, Shiner (1976).
10) Azmi Aziz (2014), Isu Isu Agama Sekularisme Dalam Ruang Sosio Politik di Malaysia;
Malaysia Journal of Society and Space (64-69)

23

Anda mungkin juga menyukai