Anda di halaman 1dari 10

PERADABAN ISLAM DI MALAYSIA

MPU 2313

ASSIGMENT INDIVIDU :

SEKULARISME & ISLAMISASI ILMU

PENSYARAH :

ENCIK KAMIL BIN YAZID

DISEDIAKAN OLEH :

SITI NOOR FARHANA FIRDAUS BINTI MIOR FADZIL

(DK19085052)


Pengenalan Sekularisme

1.1. Definisi Sekularisme

Sekularisme mula diperkenalkan oleh Geroge Holyoake pada tahun 1846 .


Definisi sekularisme telah dikemukakan oleh beberapa orang tokoh.

Menurut kamus World English Dictionary , Sekularisme merupakan satu


falsafah yang menolak semua agama dalam masyarakat. Selain itu , sekularisme ialah
satu pemikiran yang berpendirian bahawa agama tiada tempat dalam kehidupan
bermasyarakat . Bukan itu sahaja , sekularisme juga merupakan satu pemisahan antara
unsur – unsur agama dengan kehidupan sama ada daripada segi masyarakat , politik ,
pendidikan dan lain – lain .

Menurut Syed Muhammad Naquib Al-Attas, menyatakan perkataan sekular


berasal daripada bahasa Latin iaitu “saeculum” yang memberi makna (merujuk)
kepada masa & waktu. Oleh itu seaculum merujuk kepada peristiwa – peristiwa dunia
ini dan yang berlaku pada masa kini dan tidak mengira kehidupan di akhirat.
Sebenarnya konsep sekular adalah konsep yang telah lama wujud.

Menurut Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, seklurarisme dalam
bahasa Arab ialah “al-ilmaniyyah”. Orang Arab yang beragama Kristian cuba
mengelirukan umat Islam dengan mendakwa kononnya ia daripada perkataan ilmu.
Terjemahan sebenar “al-ilmaniyyah” ialah duniawi.

Daripada definisi yang telah diberikan oleh tokoh di atas sekularisme dapat
disimpulkan sebagai satu ideologi yang memisahkan antara kehidupan beragama
dengan duniawi.


1.2. Sejarah Sekularisme

Muncul dari pengongkongan (sekatan) pihak gereja dan tindakannya menyekat


pintu pemikiran dan penemuan sains. Kemunculan fahaman ini juga disebabkan oleh
tindakan paderi yang mengadakan upacara agama yang bercanggah dengan nilai
pemikiran dan moral. Kemudian muncul revolusi orang Eropah yang menentang
golongan agama dan gereja bermula dengan pimpinan Martin Luther, Jacques
Rousseau dan Baruch Spinoza. Akhirnya pada tahun 1789, Perancis adalah negara
pertama yang bangun dengan sistem politik mengetepikan agama.

Kemudian, muncul fahaman seperti Darwinism, Freudism, Existentialism,


Atheism dengan pemikiran Friedrich Nietzsche yang menganggap bahawa Tuhan telah
mati dan manusia bebas. Bagi mereka penolakan sistem agama telah menyebabkan
kemajuan sains dan teknologi yang pesat dengan munculnya zaman Renaissance iaitu
pertumbuhan perindustrian dan teknologi pesat di Eropah.

Fahaman ini terus menular dan mula memasuki dunia Islam pada awal kurun
ke-20. Turki merupakan negara Islam yang terawal yang mengamalkan fahaman ini
dibawah pimpinan Mustafa Kamal Artatuk.


1.3. Kesan Sekularisme

Antara kesan menganut fahaman sekularisme mempunyai pelbagai aspek dari


segi agama,social,politik,ekonomi,pendidikan dan pemikiran.

Melalui aspek pendidikan ,berlakunya pensejagatan sekularisme yang dapat


dilihat dari pengalaman negara-negara islam yang mengamalkannya. Malahan akan
lebih cenderung mementingkan hal-hal dunia tanpa mengira kepentingan jiwa dan
iman yang diperlukan bagi membentuk akhlak dan moral.

Melalui aspek agama pula dapat melemahkan keimanan dan menggoyangkan


akidah serta keyakinan terhadap kekuasaan Allah SWT

Selain itu daripada aspek social adalah Keruntuhan akhlak seperti


penyalahgunaan bahan terlarang, penagihan arak, LGBT dan lain-lain yang
bertentangan dengan fitrah manusia.

Bukan itu sahaja , aspek politik pula mengikut kefahaman Barat seperti
Capitalism, Socialist dan Nationalism. Matlamat utama adalah untuk mendapatkan
pengaruh, pangkat dan kuasa dan bukan pula sebagai memikul amanah Allah SWT

Melalui aspek ekonomi hanya bermatlamatkan kekayaan dan material semata-


mata

Akhir Sekali , melalui aspek pemikiran pula timbulnya fahaman yang sempit
tentang konsep Al-Din sebagai satu cara hidup.


1.4. Ciri Sekularisme

Sekularisme memperjuangkan ciri-ciri yang bersifat kebebasan, kebahagiaan


dan kebebasan yang tiada bersempadan. Teori Machievelli merupakan dasar yang
dipegang oleh ideologi ini, iaitu “Ends Justify The Means”, yang bermaksud matlamat
menghalalkan cara. Sekularisme juga menampilkan cirinya yang tidak tetap dan tidak
mutlak. Perundangan dan pemerintahan secara sekular tidak mempunyai teras yang
tetap dan mutlak, malah sentiasa berubah-ubah mengikut kepentingan dan masa tanpa
ada sebarang garis panduan yang mutlak.

Selain itu,sekularisme juga menolak agama dalam kehidupan.Sekularisme


adalah fahaman yang menolak peranan agama dalam kehidupan manusia.Malahan
sekularime juga menganggap agama sebagai penghalang kepada kemajuan .

Bukan itu sahaja,sekularisme ini bersifat dualisme.Dimana sekularisme ini


memisahkan agama dari kehidupan manusia . Bagi golongan secular, soal-soal
kehidupan atau hal ehwal keduniaan tidak ada kaitan dengan akhirat atau
agama.Misalnya ilmu sains tidak ada kaitan dengan agama.

Sekularisme juga bersifat materualistik, sifat materialistic masyarakat secular


telah menyebabkan mereka menolak nilai-nilai kerohanian dan agama dalam
kehidupan.Masyarakat secular atas nama kemajuan menafikan peranan agama dalam
program pembangunan dan kemajuan yang pada anggapan mereka adalah penghalang
kemajuan.


2. Pengenalan Islamisasi Ilmu

2.1. Definisi Islamisasi Ilmu

Islamisasi ilmu terdiri daripada dua suku kata iaitu Islamisasi dan ilmu. Dalam
kamus bahasa inggeris iaitu islamization yang bermaksud mengislamkan ,
pengislaman ataupun islamisasi. Menurut Kamus Dewan (1998) pula mendefinisikan
islamisasi sebagai proses menjadikan manusia patuh kepada ajaran agama Islam
tentang perihal mengislamkan dan pengislaman. Sedangkan ilmu adalah pengetahuan
atau kepandaian, baik yang masuk segala jenis kebatinan maupun yang berkenaan
dengan alam, dan lain sebagainya.

Pandangan Syed Muhammad Naqiub al-Attas , islamisasi ialah “pembebasan


manusia , pembebasan akal dan bahasa dari sekularisme. Menurut beliau proses
islamisasi ialah proses dua hala iaitu pembebasan diri dan pengembalian diri kepada
kejadian asal kepada fitrah . Selain itu , pandangan Syed Muhammad Naqiub Al-Attas
tentang ilmu pula merujuk kepada makna akan sesuatu dan bukan hanya sekadar
maklumat.Memiliki maklumat itu tidak semestinya sesorang yang berilmu jika ia tidak
memberikan makna kepada individu lain.

Menurut pandangan Al-Faruqi dalam buku terbitan Budi Handrianto ialah


beliau menyatakan bahwa Islamisasi ilmu pengetahuan (Islamization of knowladge)
adalah usaha untuk memberikan defenisi baru, mengatur data-data semua itu
sedemikian rupa sehingga dapat mendisiplinkan masyarakat wawasan Islam dan
bermanfaat bagi Islam .


2.2. Pendekatan tokoh islamisasi ilmu

2.2.1. Pandangan Syed Muhammad Naqiub Al-Attas

Menurut al-Attas bahawa cabaran terbesar yang dihadapi oleh umat


Islam adalah cabaran ilmu yang disebarkan ke seluruh dunia Islam oleh
peradaban Barat. Pengislaman pengetahuan bermaksud mengislamkan atau
memurnikan sains Barat dari produk yang telah dikembangkan dan dijadikan
rujukan dalam wacana pengembangan sistem pendidikan Islam untuk
memperoleh ilmu "gaya Islamik". Al-Attas mendefinisikan sains sebagai makna
yang masuk ke dalam jiwa bersama dengan kedatangan jiwa kepada makna dan
menghasilkan keinginan dan kehendak diri.Al-Attas mendefinisikan makna
pendidikan sebagai proses menanamkan sesuatu ke dalam diri manusia dan
kemudian disahkan bahawa sesuatu yang ditanamkan adalah pengetahuan, dan
tujuan mencari pengetahuan ini terkandung dalam konsep ta'dib. Sedangkan
tujuan pendidikan Islam adalah untuk menanamkan kebajikan dalam "diri
manusia" sebagai individu dan sebagai sebahagian dari masyarakat. Sebaik-
baiknya, Naquib mahukan pendidikan Islam dapat melahirkan manusia yang
baik secara universal (al-insan al-kamil). Implikasinya dalam matlamat
pendidikan Islam adalah bahawa pendidikan Islam diarahkan untuk
menghasilkan sumber manusia yang


2.3. Perbezaan ilmu barat dan islam

Islam mempunyai kelebihan terbesar. Dia mengambil pengetahuan dari semua


arah termasuk wahyu yang merupakan sains asas. Pengetahuan yang pasti dan mutlak
tidak pernah ada dalam sistem bacaan Barat yang sekular. Semua adalah relatif,
termasuk nilai, moral dan teori saintifik. Kelemahan ini telah meresapi semua kajian
Barat dari segi tafsiran yang dibuat untuk fakta tertentu dalam bidang sosiologi. Oleh
itu, ini mungkin menyebabkan sebahagian besar ajarannya tidak mempunyai prinsip
yang kukuh sehingga dapat menghasilkan banyak teori sesat yang, ketika dilaksanakan
dalam kehidupan sehari-hari praktis masyarakat, merosakkan, menyebabkan banyak
kezaliman, ketidakadilan, penderitaan, seperti yang dihasilkan oleh teori sosialisme
(Marxisme), teori bangsa, teori nilai, teori sejarah, teori ekonomi dan teori psikologi
Freud. Contohnya, perhatikan penderitaan berjuta-juta mangsa di bawah rejim
komunis di Soviet Rusia, China, Kemboja dan Afrika. Dalam sistem kapitalis juga,
menerapkan konsep pengembangan wang atau material untuk dimensi kehidupan.
Barat sekular mempunyai kekurangan besar kerana menafikan adanya Tuhan. Oleh itu,
Barat sekular tidak memegang nilai mutlak, sebaliknya semua nilai dianggap relatif
(relatif). Agama dianggap sebagai budaya yang diciptakan oleh manusia. Sebenarnya
tidak semua agama atau ideologi diciptakan oleh manusia. Ada agama (dari syurga)
yang datang dari Tuhan yang suci daripada tambahan dan kekurangan


2.4. Pandangan Ilmu

Islam adalah suatu sistem (cara hidup) yang sempurna, menyeluruh dan lengkap
merangkumi aspek-aspek sosial, ekonomi, pendidikan, politik, pentadbiran, falsafah,
sastera, kebudayaan, ilmu sains dan sebagainya. Dalam Islam, berfikir secara objektif
dan membuat penyelidikan secara saintifik adalah amat dituntut. Sesungguhnya,
pengkajian dan pemikiran secara saintifik atas alam tabii adalah satu cara dalam Islam
untuk mengenal Allah s.w.t sebagai pencipta seluruh alam. Melalui sistem pendidikan
ilmu yang sepadu (integrated knowledge) pengkajian sains boleh menerapkan sifat
tafakkur, berfikir secara mendalam dan kritis serta melahirkan manusia yang beriman.

Sebagai seorang Islam yang terlibat dalam usaha mempelajari,


mengajar, mengembangkan atau menyebarkan ilmu pengetahuan sama ada dalam
bidang agama, ilmu kemanusiaan, ilmu kemasyarakatan , sains tabi’i dan lain-lain, kita
harus bertanya diri kita secara jujur adakah ilmu pengetahuan serta kepakaran kita
membawa kepada komitmen yang mendalam terhadap akidah, syariah dan akhlak
Islam di samping mendorong kita ke arah peningkatan amal salih ?. Ada kemungkinan
teori-teori, andaian, falsafah, pendekatan, rumusan, ideologi, paradigma atau
pandangan yang kita pegang atau sampaikan kepada orang lain boleh menyebabkan
pengasingan (alienation) atau terpesong dari tuntutan Allah dan Rasul dalam bentuk
akidah, syariah dan akhlak. Sebagai hamba Allah yang dikurniakan sedikit ilmu
pengetahuan maka sewajarnyalah kita menggunakan ilmu tersebut untuk membangun
diri, masyarakat dan alam sekitar bersesuaian dan bertepatan dengan kehendak serta
tuntutan Allah s.w.t.


3. Kesimpulan

Berdasarkan huraian sebelumnya, dapat disimpulkan bahwa sekularisasi ilmu


pengetahuan di Barat telah menyebabkan terpisahnya tujuan pencarian ilmu pengetahuan
sebagai basis terciptanya suatu masyarakat yang bermoral. Hal ini disebabkan oleh cara
pandang sekuler bahwa tujuan ilmu adalah ilmu. Sedangkan bagi Islam, tujuan ilmu adalah
penghambaan kepada Allah swt. dan merupakan implementasi dari prinsip tauhid. Dengan
demikian, bagi Islam berilmu berarti beribadah dan bertujuan untuk menciptakan tatanan
dunia yang humanis. Dalam konteks ini, Islam tidak sependapat pandangan dunia Barat
yang secara bebas mengeksploitasi alam dan manusia demi ilmu pengetahuan, apalagi
bilamana ilmu pengetahuan dimanfaatkan untuk memusnahkan umat manusia. Dengan
demikian, pandangan dunia Barat yang sekuler tentang ilmu pengetahuan harus diislamkan.
Dan langkah pertama untuk itu adalah dengan membangun world view dan epistemologi
Islam.

Anda mungkin juga menyukai