PSIKOLOGI SOSIAL
PROF MADYA DR. MA’ROF REDZUAN
Jabatan Sains Kemasyarakatan dan Pembangunan
Fakulti Ekologi Manusia, UPM
DEFINISI PS
• Hidup manusia mempengaruhi dan
dipengaruhi oleh orang lain dan
persekitaran
• Gordon Allport: PS adalah menerangkan
bagaimana fikiran, perasaan dan tingkah
laku individu dipengaruhi kehadiran orang
lain, sama ada secara sebenar atau hanya
dijangkakan.
• Dipengaruhi: suara, tingkah laku, ciri-ciri
fizikal, ciri-ciri personaliti, norma sosial.
Psikologi manusia adalah dipengaruhi dan mempengaruhi oleh
kehadiran orang lain dan persekitaran
Konsep PSIKOLOGI
Berasal daripada dua
perkataan:
1. Psyche – jiwa
2. Logos – Sains
Definisi Sains yang
mengkaji tingkah laku dan
proses mental individu
KONSEP PSIKOLOGI
• Psikologi: Sains mengkaji proses mental
dan tingkah laku manusia.
• Proses mental: aktiviti mental –
pemikiran, emosi, perasaan, motif,
• Matlamatnya: menerang, menghurai,
meramal dan mempengaruh.
Proses Mental
Psikologi:
Sains mengkaji Tingkah Laku
proses mental
dan tingkah laku
individu
Konsep-Konsep Utama
Sains:
Ilmu yang diperolehi melalui kajian saintifik
Tingkah laku:
Apa sahaja pergerakan tubuh badan
manusia (bahagian soma)
Proses Mental:
Aktiviti mental yang berlaku di otak
1.Pemikiran: ingatan, persepsi, penaakulan, penilaian, kepercayaan.
2.Emosi: Sedih, gembira, bimbang, risau
3.Perasaan: Gembira, suka
4.Motif: niat dan hasrat
Humanistik POSITIVE
Kita adalah apa yang
kita fikirkan
Diantaranya:
• Tingkah laku langsang
• Tingkah laku prososial
• Perkenalan kendiri
• Pengaruh sosial
• Prasangka dan diskirminasi
• Tarikan antara perseorangan
• Sikap dan perubahan sikap
• Psikologi gender
• Psikologi persekitaran
• Tingkah laku kesihatan
KESIMPULAN
• Psikologi sosial adalah sains yang mengkaji
bagaimana psikologi manusia adalah dipengaruhi
oleh orang lain.
• Proses mental dan tingkah laku manusia adalah
dipengaruhi oleh persekitaran sosial dan fizikal di
mana mereka berada.
• Diri (tingkah laku, sikap, etc) kebanyakannya
ditentukan oleh adanya orang lain dan
persekitaran yang ada kaitan dengan diri kita.