Anda di halaman 1dari 11

ISI KANDUNGAN

BIL PERKARA MUKA SURAT

1. Isi kandungan 2

2. Pengenalan 3

3. Pembentukan tingkahlaku manusia 4-5

4. Jenis-jenis tingkahlaku manusia 6

5. Aspek-aspek pendekatan psikologi 7-10

6. Rumusan 11

7. Rujukan 12
Pengenalan
Psikologi adalah satu kajian mengenai tingkah laku manusia yang dibuat secara

sistematik dan saintifik. Psyche bererti jiwa dan logos bererti kajian tentang sesuatu.

Selain itu, ia merupakan satu disiplin ilmu yang yang mengkaji secara saintifik tingkah

laku manusia atau haiwan, khasnya pemikiran, sikap, perasaan, naluri, potensi,

kecerdasan, keperluan dan tindak balas manusia terhadap rangsangan persekitaran

sosial.

Perkembangan psikologi adalah satu kajian psikologi yang khusus dalam aspek

perkembangan yang tertentu pada manusia seperti mengkaji peringkat awal kanak- kanak

ataupun remaja. Selain itu, perkembangan manusia merupakan satu daripada cabang

psikologi yang mengkaji faktor-faktor yang menentukan tingkah laku manusia dari masa

pralahir hingga dewasa. Di samping itu, ia dikenali sebagai sejenis kajian terhadap

pertumbuhan dan perkembangan manusia dalam aspek fizikal, mental, emosi, personaliti,

perbezaan individu dan tingkah laku sepanjang hayat.

2|Page
Pembentukan tingkahlaku manusia
Menurut Davidoff (1976) kajian saintifik tentang tingkah laku manusia atau haiwan secara

nyata atau selindung. Kajian secara nyata (overt) merujuk kepada kajian tentang tingkah

laku yang dapat diperhati, dinilai atau diukur. Contohnya mengapa kanak-kanak

menghisap jari, bagaimana mereka belajar berjalan, bercakap atau berlari. Kajian

selindung (covert) adalah kajian tentang keperluan, emosi, naluri, motivasi, kecerdasan

dan sebagainya. Selain itu, terdapat faktor-faktor yang mempengaruhi tingkahlaku

manusia. Tingkahlaku manusia dihasilkan atau dipengaruhi oleh motif dan motif dibahagi

kepada dua jenis iaitu motif asas dan motif sekunder. Motif asas merupakan dorongan

merupakan sebarang dorongan dalaman individu yang menggalakkan suatu perlakuan.

Contohnya naluri, desakan, keperluan dan motivasi. Motif sekunder pula merupakan

dorongan luaran dari diri individu sepertu social, status, pencapaian dalam hidup dan erti

hidup.

Di samping itu, tingkahlaku manusia merupakan sesuatu proses yang dipelajari. Menerusi

pembelajaran perubahan tingkahlaku, kognitif dan kemahiran akan berlaku. Biasanya

pembelajaran diukur dengan perubahan tingkahlaku dan perkembangan tingkahlaku

manusia akan dipengaruhi oleh faktor dalaman dan luaran. Dengan ini, terdapat beberapa

teori yg membincangkan tentang perkembangan tingkahlaku manusia. Teori tingkahlaku

manusia diperkembangkan berdasarkan kepada pemerhatian, tindak balas serta di

analisa. Antara teori-teorinya ialah teori behaviorisma, pelaziman emosi, pelaziman

operan dan hukum kesan.

3|Page
1. Teori Behaviorisma

Teori ini dipelopori oleh Ivan Pavlov (Rusia) dan merupakan suatu cabang dan

pendekatan yang paling penting dalam psikologi. Beliau mempelopori Teori

Pembelajaran Pelaziman Klasik dgn menggunakan anjing permulaan bagi era

behaviorisma.

2. Pelaziman emosi

Teori ini dipelopori oleh JB Watson dan beliau menganalisa tingkahlaku dan tidak

mengaitkan dgn proses mental. Ia dikenali sebagai Model Rangsangan Gerak Balas

(Stimulant – Response Model). Akhirnya, JB Watson membuktikan bahawa emosi

manusia boleh dibentuk oleh persekitaran.

3. Pelaziman Operan

Teori ini diasaskan oleh BF Skinner. Beliau mendapati setiap gerak balas operan akan

diikuti oleh suatu peneguhan yang positif. Selain itu, peneguhan juga berfungsi sebagai

ganjaran. Dengan ini, ganjaran akan mendorong individu melakukan tingkahlaku yang

diberi peneguhan tersebut. Contohnya tikus dalam kotak skinner. Apabila tikus

mengusik tuas, makanan akan keluar. Dengan ini tikus akan lakukan perkara sama

untuk mendapatkan makanan dan pelaziman operan berlaku

4. Hukum kesan

Pengasas teori ini adalah EL Thorndike. Beliau memahami bahawa jika tingkahlaku

diikuti dengan ganjaran maka tingkahlaku tersebut akan diulangi, berulangkali dan

sebaliknya. Dengan ini, hukum ini menjadi asas kepada pelaziman operan

4|Page
Jenis-jenis tingkahlaku manusia
Tingkahlaku manusia dibahagi mengikut klasifikasi atau bentuk dan bergantung sama ada

ia dianggap sebagai normal, atau luar biasa dan tidak diterima. Antaranya ialah

1. Tingkahlaku negative

2. Tingkahlaku regresif

3. Tingkahlaku agresif

4. Tingkahlaku manipulatif

5. Tingkahlaku membinasakan diri

6. Tingkahlaku hiperaktif

7. Tingkahlaku kompulsif

8. Tingkahlaku ketagihan

5|Page
Aspek-aspek pendekatan psikologi
Pendekatan psikologi terdiri daripada tujuh jenis iaitu pendekatan behaviorisme,

pendekatan biopsikological, pendekatan kognitif, pendekatan humanistic, pendekatan

psikoanalisis, pendekatan kuantatif, dan pendekatan sosial

Pendekatan Behaviorisme

Behaviorisme adalah teori pembelajaran yang menumpukan kajian tentang tingkah laku

nyata yang boleh diperhatikan dan diukur (Othman Mohamad, 2000. Ahli psikologi dalam

perkembangan behaviorisme adalah Pavlov, I, Watson, J.B., Thorndike, E., Skinner, B.F.

Pavlov (1849-1939) seorang ahli psikologis Rusia yang terkenal dengan kajian pelaziman

klasik. Pavlov menggunakan rangsangan bunyi loceng dengan makanan. Apabila

mendengar loceng, air liur anjing akan keluar berak balas terhadap bunyi loceng walaupun

tanpa makanan. Selain itu, Skinner(1904-1990) memperkenalkan teori pelaziman operasi

yang berhubung dengan perubahan dalam tingkahlaku yang tidak menghiraukan apa-

apa proses yang terhasil dalam minda. Kajian menggunakan tikus dengan tuil. Apabila

beliau meletakkan tikus di dalam sangkar, tikus tersebut akan mengambil masa yang lama

untuk menekan tuil bagi mendapatkan makanan. Mula-mula mungkin makanan akan

diperoleh dengan menekan tuil, tetapi lama-kelamaan makanan sudah habis.

Pendekatan Kognitif
6|Page
Pendekatan ini berbincangkan tentang bagaimana manusia berfikir dan gunakan

pengetahuan yang dipelajari. Perjalanan proses-proses otak seperti pemikiran, memori,

kecerdasan, mentafsir, ingatan dan persepsi.

Edward Tolman mula mengkaji tikus melalui eksperimen peta minda. Dia meletakkan tikus

dalam kotak maze, dia mendapati tikus tidak putus asa untuk belajar mencari jalan hingga

berjumpa makanan (operasi pelaziman). Teori ini menggunakan pengamatan,

penyelesaian masalah, ingatan. Selain itu, ahli psikologi lain, Piaget mendapati

kebanyakan pembelajaran melibatkan penggabungan atau perkaitan yang menggunakan

proses ulangan.

Pendekatan Humanis

Pendekatan yang menumpukan apa-apa yang berlaku dalam diri seseorang seperti

perasaan atau emosi. Selain itu, seseorang individu mempunyai kuasa motivasi yang

kuat menyebabkan seseorang individu cenderong untuk mencapai konsep keperluan diri

dan konsep kendiri. Setiap individu mempunyai keperluan untuk memperkembangkan

potensi sehingga ke tahap maksimum (Konsep Maslow)

Pendekatan Psikoanalisis
7|Page
Psikologi yang dipelopori oleh Sigmud Freud and melibatkan diri dalam penyelidikan yang

menumpukan kepada kecelaruan saraf. Beliau percaya bahawa manusia dilahirkan

dengan desakan naluri semula jadi. Pendekatan ini biasanya berlaku dalam

perkembangan psiko seksual. Kefahaman ini menyatakan bahawa manusia dalam

kontek tidak sedar, tidak rasional, tidak sosial dan penuh dengan desakan yang

merosakkan diri (Othman Mohamed ,2000).

Pendekatan Neurobiologi / biopsikological

Pendekatan ini menghubungkaitkan tingkahlaku dengan faktor biologikal seperti struktur

otak, biologi, biokimia dan makanan and mempunyai perubahan fisiologikal dalam badan.

Kajian menunjukkan integrasi aktiviti otak (otak kiri dan otak kanan) penting dalam

menghasilkan pembelajaran yang optimum serta dapat dipertingkatkan

perkembangannya melalui aktiviti rangsangan dan saranan. Kefungsian badan ditentukan

oleh tingkahlaku dalaman seperti hormon, faktor genetik, kefungsian otak.

Pendekatan Sosial

Pendekatan ini mengaji tentang tingkahlaku dari perpesktif sosial. Impak perhubungan

antara kelompok kumpulan dan individu serta pengaruh kumpulan atas tingkahlaku

individu. Biasanya keadah yang digunakan adalah tinjauan sosial, temubual dan

pemerhatian.

Pendekatan Kuantatif

8|Page
Pendekatan ini mengukur perbezaan individu dan perwatakan dengan menggunakan alat-

alat seperti IQ testing, Aptitude test, Psychometrics Testing, Pengunaan statistik dan

perangkaan.

Rumusan

9|Page
Kesimpulanya, saya telah dapat menpelajari banyak pengetahuan selepas

menyiapkan projek ini. Pembentukan tingkahlaku seseorang manusia dapat dipengaruhi

oleh two katagori. Antaranya ialah motif asas dan motif sekunder.

Selain itu, terdapat banyak teori-teori yang membincangkan perkembangan

manusia seperti teori behaviorisma, pelaziman operan, pelaziman skinner, dan hukum

kesan. Aspek-aspek pendekatan psikologi terdiri daripada tujuh jenis iaitu pendekatan

behaviorisme, pendekatan biopsikological, pendekatan kognitif, pendekatan humanistic,

pendekatan psikoanalisis, pendekatan kuantatif, dan pendekatan social.

Rujukan
10 | P a g e
Internet

1. http://santaaji.files.wordpress.com/2009/04/metode-pendekatan-psikologi1.doc

2. http://perkembanganpsikologi.blogspot.com/2012/09/pengertian-tingkah-laku-dan-

pendekatan.html?m=1

3. http://www.penerbit.utm.my/bookchapterdoc/FP/bookchapter_fp16.pdf

11 | P a g e

Anda mungkin juga menyukai