Anda di halaman 1dari 5

TEORI-TEORI

PEMBELAJARAN
1. Mazhab Behaviorisme
Mazhab Behaviorisme mengatakan bahawa ahli psikologi tidak perlu memberi perhatian kepada peristiwa yang berlaku di dalam mental (sedar dan tidak
sedar) sebaliknya memberi tumpuan kepada tingkahlaku yang boleh diperhatikan secara nyata atau tidak nyata. Watson menyatakan bahawa aspek yang
berkaitan tingkahlaku seseorang dipengaruhi persekitaran dan bukannya dari unsor dalaman. Idea Watson inilah yang mengembangkan pendekatan
behaviorisme yang menekankan idea bahawa tingkahlaku dan proses mental adalah hasil daripada pembelajaran. Menurut pendekatan ini tingkahlaku ialah
satu seri gerak balas yang berlaku dengan wujudnya rangsangan pendekatan ini juga dikenali sebagai psikologi rangsangan gerak balas.
Antara ahli Mazhab ini termasuk Ivan Parlov, B.F Skinner, E. L. Thorndike
2. Mazhab kognitivisme
Mazhab kognitif ini dipelopori oleh tokoh psikologi bernama Gestalt,Piaget, Vygotsky, Gagne, Bruner dan Ausubel.
Pendekatan kognitif adalah pendekatan yang memberi perhatian khusus yang berkaitan proses pemikiran manusia saperti persersi dan penanggapan,
kognisi, metakognisi, kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif, kemahiran belajar, motivasi dan lain-lain.
Ahli psikologi kognitif percaya bahawa peristiwa dalaman yang berlaku pada seseorang mesti dikaji, jika keseluruhan tingkahlaku ingin difahami.
Pendekatan ini amat berbedza dengan pendekatan psikoanalisis yang memfokus kepada pemikiran tidak sedar dan pendekatan behaviorisme yang
memfokus kepada factor persekitaran dan tingkahlaku.
3. Mazhab Humanistik
Mazhab ini berpandangan bahawa manusia adalah individu yang bebas dan baik dengan potensi untuk berkembang dan mempunyai sasaran untuk
dicapai. Teori ini menyatakan bahawa manusia terdorong bertindak melakukan sesuatu kerana mempunyai sesuatu kemahuan atau keperluan. Mengikut
mazhzb ini manusia sentiasa aktif dan bukan menunggu untuk dirancang oleh orang lain. Pengajian psikologi adalah untuk menolong manusia
memaksimumkan potensi untuk perkembangan psikologikal.
Antara tokohnya Abraham Maslow, Rollo May, Carl Rogers dan Gordon Allport.
Kesimpulannya pendekatan ini lebih memfokus kepada kemahuan seseorang dan menekankan tentang keunikan manusia serta kebebasan mereka untuk
memilih matlamat hidup. Psikologi pula berperanan untuk menolong manusia memperkembangkan lagi potensi individu ketahap yang maksimum.
4. Mazhab Sosial
Pembelajaran social telah di asaskan oleh Albert Bandura. Ia juga dikenali sebagai “Teori Kognitif Sosial” oleh Bandura sendiri. Ia menyatakan bahawa factor-
factor social,kognitif dan tingkah laku memainkan peranan penting dalam pembelajaran. Faktor kognitif akan mempengaruhi jangkaan murid tentang kejayaannya,
sementara factor social termasok pemerhatian murid tentang tingkahlaku dan pencapaian ibu bapa, akan mempengaruhi tingkahlaku murid tersebut.Mazhab
pembelajaran social menganggap manusia sebagai makluk yang aktif berupaya membuat pilihan dan menggunakan proses-proses perkembangan untuk
memperihalkan peristiwa serta berkomunikasi dengan orang lain. Perilaku manusia tidak ditentukan oleh kuasa dalaman dan sejarah perkembangan seseorang atau
bertindak pasif terhadap pengaruh persekitaran. Dalam banyak hal manusia adalah selektif dan bukan entity yang pasif yang boleh dipengaruhi oleh keadaan
persekitaran mereka. Manusia saling memerlukan, pengaruh mempengaruhi antara satu sama lain. Tokoh tokoh lain bidang ini Walter Mischel, Julian Rotter ,
Martin Seligman.

Anda mungkin juga menyukai