Anda di halaman 1dari 11

Konsep Dan Sejarah Perkembangan Psikologi 1

1
KONSEP DAN SEJARAH
PERKEMBANGAN PSIKOLOGI
Azizi Yahaya
Wan Noraini Wan Razab

PENGENALAN

Psyche bererti jiwa dan logos bererti kajian tentang sesuatu. Jadi
Psikologi adalah satu kajian mengenai tingkah laku manusia yang
dibuat secara sistematik dan saintifik. Ia satu disiplin ilmu yang
yang mengkaji secara saintifik tingkah laku manusia atau haiwan,
khasnya pemikiran, sikap, perasaan, naluri, potensi, kecerdasan,
keperluan dan tindak balas manusia terhadap rangsangan
persekitaran sosial.
Menurut Baller dan Charles (1968) dalam The Psychology
of Human Growth and Development psikologi mengkaji tingkah
laku manusia dengan menggunakan data dan prinsip yang telah
dihimpunkan dengan teliti.
Davidoff (1976) mengjelaskan bahawa psikologi adalah
kajian saintifik tentang tingkah laku manusia atau haiwan secara
nyata atau selindung. Kajian secara nyata (overt) merujuk kepada
kajian tentang tingkah laku yang dapat diperhati, dinilai atau
diukur. Contohnya mengapa kanak-kanak menghisap jari,
bagaimana mereka belajar berjalan, bercakap atau berlari. Kajian
selindung (covert) adalah kajian tentang keperluan, emosi, naluri,
motivasi, kecerdasan dan sebagainya. Menurut Fantino (1974)
psikologi adalah kajian saintifik tentang aktiviti mental seperti
ingatan, mimpi, pemikiran kebimbangan dan tekanan.
2 Psikologi Pendidikan

Kenapa Mempelajari Psikologi

Ada beberapa tujuan mempelajari psikologi. Antaranya seperti


berikut

i) Memahami tingkah laku manusia agar wujud persefahaman


seterusnya memelihara perhubungan manusia yang baik dan
berkesan. Contoh; guru dapat berempati dengan pelajar,
dapat mewujudkan satu perhubungan yang baik antara
guru-pelajar.
ii) Merancang aktiviti yang dapat membentuk tingkah laku
yang diingini. Contohnya seseorang lebih berjaya
mengubah tingkah laku individu lain atau sebagai
pembimbing dengan pengetahuan tentang modifikasi
tingkah laku.
iii) Mengawal tingkah laku yang tidak diingini atau yang
bercanggah dengan kehendak masyarakat seperti tingkah
laku yang agresif yang boleh dikawal agar seseorang
individu menjadi warganegara yang berguna kepada
negara.
iv) Meramal atau menelah gerak balas tingkah laku dalam
sesuatu situasi. Contohnya, jika seseorang pelajar tidak
bermotivasi untuk belajar, guru yang berpengetahuan
psikologi dapat membantu pelajar atau mendorong pelajar
mengatasi kegagalan.
v) Menilai tingkah laku manusia dalam sesuatu masyarakat.
Contohnya pengetahuan psikologi guru akan
memudahkannya menilai tingkah laku pelajar berlandaskan
kriteria-kriteria tertentu.
vi) Memahami perbezaan individu dari segi fizikal, mental dan
emosi agar guru dapat memberi layanan yang sewajarnya
kepada pelajar.
vii) Memahami keperluan biologi dan psikologi manusia dan
dengan itu seseorang dapat berusaha untuk memenuhinya.
viii) Memahami pelbagai jenis gangguan tingkah laku seperti
Konsep Dan Sejarah Perkembangan Psikologi 3

hiperaktif, bimbang, pengunduran diri dan pergantungan


berlebihan serta langkah-langkah yang boleh diatasi.
xi) Memahami faktor-faktor yang mempengaruhi personaliti
seseorang individu seseorang.
x) Memahami bagaimana konsep kendiri seseorang individu.

PENDEKATAN PSIKOLOGI

1. Pendekatan Behaviorisme
2. Pendekatan Kognitif
3. Pendekatan Humanis
4. Pendekatan Psikoanalisis
5. Pendekatan Neurobiologi

Pendekatan Behaviorisme
Umumnya behaviorisme adalah teori pembelajaran yang
menumpukan kajian tentang tingkah laku nyata yang boleh
diperhatikan dan diukur (Othman Mohamad, 2000). Ia dilihat satu
gerak balas terhadap rangsangan yang boleh dilihat secara
kuantitatif. Pendekatan ini juga disebut sebagai rangsangan gerak
balas atau psikologi R-G (ringkasan) Contohnya apabila pelajar
berdiri ketika diarah oleh guru. Berdiri adalah gerak balas,
rangsangan daripada arahan guru. Ahli psikologi dalam
perkembangan behaviorisme adalah Pavlov, I, Watson, J.B.,
Thorndike, E., Skinner, B.F.
Pavlov (1849-1939) seorang ahli psikologis Rusia yang
terkenal dengan kajian pelaziman klasik. Pavlov menggunakan
rangsangan bunyi loceng dengan makanan. Apabila mendengar
loceng, air liur anjing akan keluar berak balas terhadap bunyi
loceng walaupun tanpa makanan. Kemunculan John Watson
(1874- 1957) dengan memfokus kepada aturan pembelajaran yang
memperkenalkan psikologi sekolah. Mengasaskan teori
behaviorisme. Idea utama beliau adalah mengkaji perkembangan
kanak-kanak dengan teori pembelajaran. Kajiannya menggunakan
4 Psikologi Pendidikan

kanak-kanak yang takut dengan bunyi tikus akan menjahui tikus.


Kanak-kanak belajar dengan pengalamannya. Skinner(1904-1990)
memperkenalkan teori pelaziman operasi yang berhubung dengan
perubahan dalam tingkah laku yang tidak menghiraukan apa proses
yang terhasil dalam minda. Kajian menggunakan tikus dengan tuil.
Jika dia meletakkan tikus di dalam sangkar, tikus tersebut akan
mengambil masa yang lama untuk menekan tuil bagi mendapatkan
makanan. Mula-mula mungkin makanan akan diperoleh dengan
menekan tuil, tetapi lama-kelamaan makanan sudah habis.

Pendekatan Kognitif
Edward Tolman mula mengkaji tikus melalui eksperimen peta
minda. Dia meletakkan tikus dalam kotak maze, di dapati tikus
tidak putus asa untuk belajar mencari jalan hingga berjumpa
makanan (operasi pelaziman). Teori ini menggunakan
pengamatan, penyelesaian masalah, ingatan. Ahli psikologi lain
yang terkenal ialah Brunner, Ausubel dan Piaget. Teori ini
mendapati yang kebanyakan pembelajaran melibatkan
penggabungan atau perkaitan yang menggunakan proses ulangan.
Othman Mohamad (2000), telah menyusun empat dimensi
konstruk diri mengikut psikologi kognitif Ad-din yang terdiri
daripada :
i) Ruh atau Roh-keupayaan mendapatkan ilmu yang menjadi
salah satu keistimewaan manusia sebagai khalifah
ii) Al-qalb atau Qalbu - membolehkan manusia membuat
pertimbangan antara benar, baik dan salah. Dengan ini
dapatlah manusia memahami tentang diri sendiri.
iii) Al-Nafs atau Diri- membolehkan manusia memahami
tingkah laku diri. Diri terbahagi kepada 2 nilai iaitu nilai
material dan fizikal dan nilai bukan material (spiritual).
Dalam diri terkandung pelbagai bentuk, pola, kederiaan,
idea, ingatan dan perasaan agar dapat menghampiri jasad
insan dengan lebih sempurna.
iv) Al-aqal atau cendekia- akal mampu mengatasi rangsangan
yang boleh merosakkan diri.
Konsep Dan Sejarah Perkembangan Psikologi 5

Pendekatan Humanis
Pendekatan yang menumpukan apa yang berlaku dalam diri
seseorang seperti perasaan atau emosi. Menurut pendekatan ini,
kuasa motivasi yang menyebabkan seseorang individu cenderong
untuk mencapai kebenaran diri. Setiap individu mempunyai
keperluan untuk memperkembangkan potensi sehingga ke tahap
maksimum (Konsep Maslow) Pendekatan Psikoanalisis
Psikologi yang dipelopori oleh Sigmud Freud. Ia
melibatkan diri dalam penyelidikan yang menumpukan kepada
kecelaruan saraf -penyakit mental. Dia percaya manusia dilahirkan
dengan desakan naluri semula jadi. Fahaman in menyatakan yang
manusia tidak rasional, tidak sosial dan penuh dengan desakan
yang merosakkan diri (Othman Mohamed ,2000).

Pendekatan Neurobiologi
Pendekatan ini berkaitan dengan proses biologi yang berlaku di
dalam otak dan sistem saraf manusia. Mengkaji aktiviti sel dan
saraf di dalam otak ketika mata kita melihat sesuatu. Jadi
seseorang ahli psikologi neurobiologi menyiasat jenis perubahan di
dalam sistem saraf ketika belajar. Kajian menunjukkan integrasi
aktiviti otak (otak kiri dan otak kanan) penting dalam
menghasilkan pembelajaran yang optimum. Sel-sel otak boleh
dipertingkatkan perkembangannya melalui beberapa aktiviti
rangsangan dan saranan (Ab. Fatah Hasan, 1994)

KONSEP ASAS PSIKOLOGI

Psikologi telah didefinisikan sebagai kajian tingkah laku. Apakah


yang mempengaruhi tingkah laku seseorang adalah naluri,
keperluan, desakan dan motivasi.

Naluri: Menurut Freud, dia telah mengelaskan naluri kepada 2


iaitu naluri hidup yang berkaitan pertumbuhan dan perkembangan;
6 Psikologi Pendidikan

dan naluri kematian iaitu bunuh diri. Naluri adalah perlakuan


semula jadi yang merupakan kuasa daripada dalam yang
menggerakkan seseorang meneruskan hidupnya.

Antara naluri-naluri yang utama adalah seperti :

1. Naluri ingin tahu-mendorong manusia ingin menyiasat


2. Naluri melarikan diri- mendorong untuk melepaskan diri
dari ketakutan atau tekanan
3. Naluri ingin berkumpul- mendorong manusia untuk hidup
berkumpul.
4. Naluri ingin meniru- menggerakkan seseorang untuk
melakukan perbuatan orang lain.
5. Naluri ingin melawan-mendorong seseorang yang marah
bertindak melawan terhadap penghalangnya.
6. Naluri mencari makan-dorongan yang wujud ketika
dilahirkan.
7. Naluri minta pertolongan-berkehendakkan bantuan orang
lain.
8. Naluri merendahkan diri-ia wujud apabila seseorang berasa
dirinya lemah.
9. Naluri ingin runtuh dan membina- kanak-kanak suka
merosakkan barang, mengoyak buku, memasang roda dan
bahagian kenderaan.
10. Naluri memperaga diri-apabila berasa diri pandai dan
cekap.

Naluri ini wujud secara semual jadi dan diwarisi. Ia adalah


kompleks dan agak kekal. Tingkah laku yang wujud hasil daripada
naluri ini adalah sama bagi semua ahli dalam sesuatu kumpulan
tertentu atau spesies. Kewujudannya bukan disebabkan oleh
sebarang rangsangan.

Desakan: Ia timbul akibat satu-satu keperluan makanan, minuman,


oksigen dan lain-lain yang tidak dipenuhi. Desakan terdiri daripada
Konsep Dan Sejarah Perkembangan Psikologi 7

tiga iaitu:
i desakan kelaparan;
ii desakan kehausan; dan
iii desakan seks

Contohnya semasa mengigil semasa sejuk. Gerak balas ini akan


menyebabkan bulu roma berdiri dan memerangkap lapisan udara
(penebat haba) yang memanaskan badan. Ataupun semasa dahaga,
seseorang akan minum air untuk menyeimbangkan keadaan badan
yang kehilangan air. Ciri desakan dapat dilihat adalah disebabkan
kekurangan fisiologi dan ia akan berterusan sehingga keperluan
fisiologi dapat diatasi. Setelah keperluan dipenuhi mengikut
kadarnya ia akan hilang. Desakan merupakan rangsangan yang
mendorong seseorang bertindak untuk memenuhi keperluan.

Keperluan: Istilah keperluan amat sesuai digunakan ketika


menghuraikan mengenai motivasi sebenarnya. Ia bermakna suatu
kekurangan yang dikehendaki oleh seseorang individu untuk
berfungsi. Manusia mungkin kekurangan makanan, air, udara suhu
optimum keseimbangan badan. Ia disebut sebagai keperluan asas.
Keperluan fisiologi adalah keperluan keselamatan, kasih sayang,
penerimaan dan penghargaan. Keperluan yang tertinggi adalah
keperluan mencapai hasrat diri. Konsep ini menekankan
kecenderungan manusia untuk mencurahkan perhatian dan tenaga
demi untuk memenuhi desakan fisiologi. (Baller dan Charles,
1968). Maslow, pengasas idea keperluan mencadangkan hierarki
keperluan yang terdiri daripada :
i) Keperluan fisiologi contohnya dahaga dan lapar
ii) Keperluan keselamatan contohnya menyelamatkan diri
daripada ancaman.
iii) Keperluan kasih sayang contohnya cinta, efeksi,
penerimaan dan perasaan semasa berhubungan dengan ibu
bapa, guru, rakan dan masyarakat.
iv) Self-esteem contohnya penguasaan dan keyakinan dalam
diri, kecukupan dan kedudukan serta penerimaan dalam
8 Psikologi Pendidikan

suatu kumpulan sosial.


v) Keperluan pencapaian hasrat diri melalui pernyataan diri
secara sendiri dan pencapaian sosial; keperluan untuk
bebas(antara batasan keperluan umum dengan keperluan
sosial; untuk menyakinkan segala keraguan dan untuk
memahami diri orang lain. (Baller dan Charles, 1968).
Dalam teori keperluan Al-Ghazali pula mengelaskan dua bahagian
jasad manusia yang memerlukan keperluan yang berlainan untuk
dipenuhi. Yang pertama ialah jasad dan yang kedua ialah roh.
Unsur keperluan manusia menurut Al-Ghazali ialah kerohaniaan,
ilmu, adap, kuasa dan jasmani.

Motivasi atau pergerakan ialah kecenderungan organisma yang


dirangsang oleh sesuatu insentif. Rangsangan terdiri daripada
rangsangan dalaman (intrinsik) dan rangsangan luaran (ekstrinsik).
Rangsangan dalaman adalah seperti reka cipta, bermain alat muzik
dan mengatasi masalah. Contoh rangsangan luaran adalah seperti
mendapat hadiah, mendapat pujian dan mendapat ganjaran. Jika
kita lapar kita terdorong untuk mencari makanan. Setelah mencapai
matlamat iaitu makanan motivasi akan berkurangan. Ciri-ciri ini
tidak boleh diwarisi dan bukan bersifat semula jadi. Ia diwujudkan
oleh keperluan Fisiologi dan psikologi. Motivasi cenderong untuk
ke arah mencapai matlamat dan arasnya pula berbeza-beza antara
satu sama lain. Lagi kuat keinginan lagi tinggi matlamat.

Aplikasi Psikologi

Disiplin psikologi boleh digunakan kepada banyak bidang.


Perniagaan, indusri, institusi kerajaan, agensi pertahanan; bidang-
bidang ini ataupun bidang yang lain yang tidak disebutkan telah
menggunakan kaedah psikologi dan ilmu psikologi dalam
organisasi masing-masing. Ada banyak bidang psikologi yang
utamanya iaitu;

1. Psikolgi umum; mengkaji prinsip asas tingkah laku manusia


Konsep Dan Sejarah Perkembangan Psikologi 9

seperti kajian mengenai aspek personaliti, pemikiran, emosi,


motivasi dan sebagainya.
2. Psikologi ekperimen: mengkaji aspek penyelidikan seperti
pengamatan, pemerhatian, pemikiran dan pembelajaran.
3. Psikologi klinikal: membuat diagnosis dan rawatan masalah
emosi dan tingkah laku seperti kes salah laku, alkoholisme,
mental, masalah perkahwinan dan sebagainya.
4. Psikolgi genetik: psikologi yang mengkaji aspek
perkembangan individu.
5. Psikologi pendidikan: kajian semua aspek mengenai
pendidikan seperti bilik darjah, kemahiran dan konsep
pengajaran dan pembelajaran, memperbaiki teknik pengajaran
dan kurikulum, tingkah laku individu pelajar yang berbeza
dalam bilik darjah dan sebagainya yang boleh menyelesaikan
segala masalah mengenai pendidikan.
6. Psikologi fisiologi: kajian mengenai pertalian antara proses
tubuh badan dengan tingkah laku.
7. Psikologi industri: kajian mengenai tingkah laku manusia yang
terlibat dalam perindustrian. Ia merangkumi aspek mencari
jalan memotivasi pekerja, pemilihan pekerja atau merancang
program latihan pekerja.
8. Psikologi Perkembangan: kajian menentukan tingkah laku
manusia dari pralahir sehingga dewasa. Ia meliputi
pertumbuhan dan perkembangan fizikal, mental dan emosi
manusia mengikut peringkat umur (Noraini Ahmad, 1994).
9. Psikologi kanak-kanak: mengkaji pertumbuhan dan
perkembangan kanak-kanak dari aspek jasmani, emosi mental
dan sosial.
10. Psikologi remaja: kajian tingkah laku individu di peringkat
umur 13-24 tahun dari aspek emosi, mental, sosial dan moral.
(Noraini Ahmad 1994).
11. Psikolgi dewasa: kajian tingkah laku individu pada peringkat
selepas remaja.
12. Psikolgi sosial: kajian tingkah laku individu dalam situasi
kumpulan dan perhubungan individu antara kumpulan yang
10 Psikologi Pendidikan

mementingkan aspek nilai, sikap, prasangka individu.

RUJUKAN

Anita Woolfolk. (2004). Educational Psychology. 9th Edition.


Englewood Cliffs, New Jersey : Prentice-Hall, Inc.
Anne Anastasi (1965), Individual Differences, USA: John Wiley
& Sons, Inc.
Aplikasi Kognitif Dalam Pendidikan, Pahang, PTS
Publication & Distribution.
Arkes, H. R & Garske, J. P. (1982). Psychological Theories of
Motivation. Monterey, Calif.: Brooks / Cole Publication.
Arkes, H.A. (1982). Psychological Theories of Motivation.
Belmont, California: Wadworth.
Ault R.L. (1983). “Children’s Cognitive Development (2nd Ed.)”
Oxford : Oxford Press
Azizi Yahaya, Noordin Yahaya, Zurihanmin Zakariya. (2005).
Psikologi Kognitif. UTM : Cetak Ratu Sdn. Bhd.
Azizi Yahaya; Asmah Suboh; Zurihanmi Zakaria; Fawziah Yahya
(2005). “Aplikasi Kognitif dalam Pendidikan” Kuala
Lumpur : PTS Professional Publishing. Kuala Lumpur.
Baller, W. R dan Charles, D.C. 1986 The Psychology of Human
Growth and Development. Rein Holt New York
Bell, Paul A; Greene, Thomas C.; Fisher, Jeffry D.; Baum, Andrew
(1996). Environmental Psychology (Fourth Edition).
New York: Holt, Rinehart and Winston Inc.
Eggen, P. & Ksuchak, D. (2001). “Educational Psychology
Windows On Classrooms”. 5th Edition. Upper Saddle
River, New Jersey : Merrill Prentice Hall.
Fisher, Jeffrey D; Bell, Paul A; Baum, Andrew (1978).
Environmental Psychology (Second Editon). New York:
Holt, Rinehart and Winston Inc.
Flavell J.H. (1977). “Cognitive Development” New Jersey :
Prentice-Hall, Inc.
Konsep Dan Sejarah Perkembangan Psikologi 11

Flawell, John H.; Miller, Patricia H.; Miller, Scot A. (1993).


Cognitive Development (Third Edition). New Jersey:
Prentice-Hall Inc.
Gagne, R. M. (1985). The Conditions of Learning and Theory of
Instruction. 4th Edition. New York : Holt, Rinehart &
Winston.
Mahmood Nazar Mohamed (1990). Pengantar Psikologi. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Margaret Matlin (1983). Cognition. New York: CBS College.
Maslow, A. (1954). Motivation and personality. New York:
Harper.
Matlin M.W. (1994). “Cognition (3rd Ed.)” United States of
America : Harcort Brace
McGraw-Hill, Inc.
Medin, Douglas L. dan Ross,Brain H.(1997). “Cognitive
Psychology.” 2nd Ed.United
Mok Soon Sang (2001) Siri Pendidikan Perguruan: Psikologi
Pendidikan. Subang Jaya: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd
Zanden, James W. Vander. (2000). Human Development . USA:
The Mc. Graw- Hill Companies. Inc.

Anda mungkin juga menyukai