Anda di halaman 1dari 12

PUSAT PENGAJIAN PSIKOLOGI GUNAAN, DASAR DAN KERJA SOSIAL

(SCHOOL OF APPLIED PSYCHOLOGY, SOCIAL WORK AND POLICY)

TUGASAN INDIVIDU 

SSYA 1013: PENGENALAN KEPADA PSIKOLOGI

TAJUK: PSIKOLOGI KOGNITIF

NAMA : NOR FATIN AMIRA BINTI SALLEH

NO. MATRIK : 827737

NAMA PENSYARAH : DR. NOR A’TIKAH BT MAT ALI

1
PSIKOLOGI KOGNITIF

Psikologi memainkan peranan yang penting dalam kehidupan manusia. Ia merupakan satu
cabang ilmu yang menarik dan penting untuk diterokai dan digali lebih mendalam. Hal ini kerana,
psikologi dapat membantu bagi memahami manusia dengan lebih baik. Psikologi bermaksud
Bidang psikologi memperkenalkan banyak cabang dan sub disiplin. Apa itu psikologi yang
dikatakan penting bagi kehidupan manusia?

Psikologi adalah perkataan yang berasal dari Greek. Ia membawa maksud jiwa, rohan atau
mental iaitu Psyche (psiko). Logi pula diambil daripada perkataan logos yang bermaksud kajian.
Walaubagaimanapun, terdapat banyak definisi yang dicipta oleh pakar psikologi seluruh dunia.
Sebagaimana yang diterangkan, psikologi terbahagi kepada banyak bahagian. Antara sub disiplin
yang wujud dalam bidang psikologi ini adalah; psikologi personaliti, psikologi kognitif, psikologi
klinikal, psikologi perkembangan, psikologi pendidikan dan sebagainya. Antara tokoh yang terkenal
dalam bidang psikologi pula adalah seperti Wilhelm Wundt, Edward B. Tichener, Sigmund Freud
dan ramai lagi. Psikologi mula diperkenalkan ke dunia pada tahun 1879 oleh Wilhelm Wundt yang
berasal dari Jerman. Beliau menubuhkan makmal psikologi pertama yang menjalankan
penyelidikan psikologi secara eksklusif di Universiti Leipzig. Sehingga kini, Wundt dikenali sebagai
bapa psikologi.

Walaupun bidang psikologi secara umumnya dipelopori oleh Barat, namun sarjana Islam juga
tidak ketinggalan mengkaji ilmu tersebut dan memperkenalkan satu kajian dari perspektif Islam.
Psikologi Islam memiliki kedudukan yang sama dengan psikoanalisis, psikobehavioristik,
psikohumanistik, dan psikohumanistik. Psikologi Islam dilihat sebagai cara pandang, pola berfikir
atau sistem pendekatan dalam mengkaji psikologi. Psikologi Islam merupakan satu keperluan cara
berfikir dalam memahami universaliti ajaran Islam yang ditinjau dari aspek psikologi. Kajian Islam
yang berhubungan dengan aspek-aspek dan perilaku kejiwaan manusia, agar secara sedar ia
dapat membentuk kualiti diri yang lebih sempurna dan memperoleh kebahagiaan hidup di dunia
dan akhirat (Mudzakir, J. dan Mujib, A. 2001).

Psikologi Islam juga berkembang dengan munculnya pecahan dan cabang-cabang psikologi
yang berteraskan Islam seperti; Psikologi Perkembangan Islam, Psikologi Keperibadian Islam,
Psikologi Pendidikan Islam, Psikologi Kesihatan Mental Islam, Psikopatologi Islam, Psikoterapi
Islam dan sebagainya. Menurut Mujib, A. dan Mudzakir, J. (2002) bahawa Psikologi Islam adalah
kajian Islam yang berkaitan dengan aspek-aspek dan perilaku kejiwaan manusia supaya secara
sedar ia dapat membentuk kualiti diri yang lebih sempurna serta mendapatkan kebahagiaan hidup

2
di dunia dan akhirat. Itu adalah secara umumnya berkenaan bidang psikologi daripada Barat dan
Islam.

Memandangkan terdapat banyak cabang dalam bidang psikologi, saya memilih untuk
membahaskan tentang Psikologi Kognitif. Bidang Psikologi Kognitif merupakan perspektif secara
teori yang memfokuskan pada dunia persepsi pemikiran ingatan manusia. Ia adalah disiplin ilmu
psikologi yang mengkaji proses mental termasuk bagaimana manusia berfikir, mengingat dan
belajar tentang sesuatu informasi. Contohnya, kita mempelajari cara manusia memahami sesuatu,
mengapa manusia boleh mengingati dan bagaimana cara manusia berfikir. Selain itu, ia juga
mempunyai perkaitan dengan bidang lain termasuk sains neuro falsafah dan linguistik. Fokus
utama psikologi kognitif psikologi kognitif adalah bagaimana manusia memperoleh dan menyimpan
objek. Kognitif tidak seperti perspektif behaviorisme yang mana ia menekankan perbuatan ataupun
tingkah laku. Ia lebih menjurus berkenaan mental dan tidak juga seperti psikoanalisis yang
bergantung kepada persepsi subjektif. Hal ini kerana psikologi kognitif menggunakan kaedah
saintifik bagi mengkaji proses mental. Bidang psikologi kognitif cuba membina penjelasan yang
formal dan bersistematik tentang keaslian dan fungsi proses mental kita.

Bagaimana psikologi kognitif muncul dan bermula? Semuanya bermula pada masa Plato dan
muridnya iaitu Aristotle memperdebatkan mengenai cara manusia memahami sesuatu
pengetahuan ataupun dunia seisinya. Kemudian pada abad ke 19 dan 20. Wilhelm Wundt seorang
ahli psikologi Jerman mengemukakan idea untuk belajar pengalaman sensori melalui introspeksi.
Manakal Edward Tolman (1886-1959) percaya bahawa semua tingkah laku dtujukan kepada suatu
destinasi. Beliau menggunakan eksperimen tikus yang mencari makanan dalam maze yang mana
ia membuktikan bahawa tingkah laku adalah melibatkan proses kognisi. Disebabkan itu juga ramai
yang mengiktiraf Tolman sebagai bapa psikologi kognitif moden.

Namun begitu, era kognitif bermula selepas ramai ahli psikologi kecewa dengan teori dan cara
behaviorisme. Faktor lain kemunculan kognitif juga adalah komputer yang mana ia memberikan
kepercayaan metafora manusia memproses maklumat dan alat penting sebagai model dan
penjelajahan proses kognitif manusia. Pada masa kini, psikologi kognitif menjadi aliran utama
dalam bidang psikologi. Manakala dalam bidang pendidikan, pengaplikasiannya telah digunakan
sepenuhnya.

Mengikut perspektif Islam pula, ia lebih kepada pembentukan keperibadian. Dalam


membincangkan keperibadian Islam melalui kaca mata psikologi kogni
tif, tidak terlepas daripada membincangkan proses-proses kognitif yang meliputi lima bidang kajian

3
iaitu persepsi, perhatian, ingatan, bahasa dan berfikir. Abdul Mujib (2006) dalam bukunya
Keperibadian dalam Psikologi Islam, menulis tiga aspek yang wujud dalam diri manusia. Pemilihan
aspek-aspek ini mengikut pola yang dikemukakan oleh Khayr Al Din al-Zarkali, yang mengatakan
bahawa pembelajaran mengenai diri manusia dapat dilihat melalui tiga sudut iaitu fizikal, psikofizik
dan psikik. Aspek fizikal boleh dikatakan sebagai organisma dan sifat-sifatnya yang unik. Psikik
pula merangkumi apa dan bagaimana hakikat dan sifat-sifat uniknya manakala psikofizik sama
seperti akhlak, perbuatan, gerakan dan seumpamanya. Dalam terminologi Islam, dikenali sebagai
nafs iaitu aspek psikofizik gabungan roh dan jasad. Dalam struktur nafs pula terdapat tiga daya
seperti yang diperkatakan oleh ahli tasawuf iaitu kognisi, konasi dan emosi. Seterusnya, ia
membahagikan kepada tiga bahagian daya pula iaitu daya qalb, daya ‘aqal dan daya nafs. Daya
qalb ialah daya yang berhubungan dengan aspek efektif. Manakala daya ‘aqal pula berhubungan
dengan kognisi yang berhubungan dengan aspek-aspek kognitif serta daya hawa nafs
berhubungan dengan konasi yang berhubungan dengan aspek-aspek psikometrik. Jadi di sini, kita
dapat simpulkan bahawa kognitif dalam Islam ialah berkaitan dengan ‘aqal. (Abdul, M. 2006).

Psikologi adalah bidang yang menawarkan banyak peluang pekerjaan. Pekerjaan yang
berkaitan dengan bidang psikologi bukan hanya kaunselor sahaja. Bahkan merangkumi banyak
jenis pekerjaan yang lain. Antaranya ialah kaunselor, pegawai psikologi, pensyarah dan lain-lain.
Seiring dengan perkembangan dunia teknologi, kerjaya dalam bidang psikologi juga semakin
berkembang mengikut keperluan semasa manusia.

Psikologi kognitif adalah satu sub disiplin yang penting dalam bidang psikologi. Ia banyak
membantu dalam perkembangan psikologi di seluruh dunia. Disebabkan itu, ia antara sub disiplin
yang penting di antara sub disiplin yang lain. Psikologi kognitif juga terbahagi kepada banyak teori
kognitif.

1. Teori Perkembangan Kognitif (Jean Piaget)


Teori perkembangan manusia ini dipelopori oleh Jean Piaget. Konsep utama teori ini
adalah tentang bagaimana seorang kanak-kanak melalui empat peringkat perkembangan
mental. Empat peringkat yang telah dibahagikan oleh Piaget ialah sebagaimana berikut;

 Tahap satu (Sensorimotor): Peringkat ini bermula semasa bayi sehingga kanak-
kanak tersebut berumur 2 tahun. Pada tahap ini kemampuan kanak-kanak adalah
terhad dan terbatas. Mereka boleh belajar persekitarannya dengan refleks dan

4
ransangan. Di peringkat ini, si kecil suka memerhatikan sesuatu objek dengan
masa yang lama, dan mengikut rangsangan melalui suara dan sinar cahaya.

 Tahap dua (Praoperasi): Piaget mengelaskan, tahap perkembangan kedua adalah


kanak-kanak yang berumur dua hingga tujuh tahun. Pada waktu ini, perkembangan
otak mereka mula berlaku. Anak-anak akan mula mengembangkan daya ingatan
dan imaginasi, kanak-kanak mula memahami sesuatu perkara secara simbolik.
Contohnya apabila kita menyuruh mereka mengumpulkan pensel berwarna merah,
maka mereka akan mengumpulkannya mengikut kriteria tersebut. Pada tahap ini,
mereka sudah dapat membezakan sesuatu perkara. Memasuki usia empat hingga
tujuh tahun pula, mereka sudah pandai mengutarakan pemikiran dan pandangan
sendiri. Mereka sudah dapat membezakan juga rasa makanan seperti rasa masin,
masam, manis dan sebagainya. Umur sebegini juga mereka akan mempunyai sikap
egosentris yang tinggi. Apa yang dirasakan betul mereka akan tetap merasakan
ianya betul walaupun perkara tersebut salah.

 Tahap ketiga (Operasi Konkrit): Pada peringkat ketiga ini, umur kanak-kanak yang
ditetapkan ialah antara 7 hingga 11 tahun. Sikap egosentrism mereka pada tahap
ini sudah mula berkurang. Mereka sudah mula memahami konsep sebab dan akibat
terhadap sesuatu perkara yang berlaku. Pemikiran mereka juga sudah bertambah
rasional dan sistematik. Jika di alam persekolahan, mereka sudah mampu membina
ayat sendiri. Emosi dan perasaan juga mula terbina pada waktu ini.

 Tahap keempat (Operasi Formal): Yang terakhir adalah bermula pada umur 11
tahun. Kanak-kanak mula memasuki usia pra remaja. Mereka sudah mula
menggunakan pemikiran logik dan sudah mula mampu menyelesaikan masalah.
Malah, mereka sudah mula mampu merencanakan masa depan.

Itulah empat tahap perkembangan kognitif yang diperkenalkan dan diasaskan oleh Jean
Piaget. Ia sememangnya teori yang cukup terkenal dalam bidang psikologi sepanjang zaman.
Kesimpulannya, teori Piaget menggambarkan perkembangan kognitif adalah melibatkan proses
berdasarkan tindakan dan kemudian berkembang kepada perubahan dalam operasi mental.
Semasa peringkat awal perkembangan kognitif, bayi dan kanak-kanak memperoleh

5
pengetahuan melalui pengalaman deria dan memanipulasi objek. Pengalaman pada peringkat
ini berlaku melalui refleks asas, deria dan sensori motor.

Ketika kanak-kanak melalui masa pertumbuhan dan mula berikteraksi dengan


persekitaran mereka, penemuan baru tentang bagaimana dunia berfungsi akan dapat ditemui.
Perkembangan kognitif yang berlaku dalam tempoh ini terjadi dalam masa yang singkat dan
melibatkan banyak pertumbuhan.

Salah satu elemen penting dalam mengingati teori Piaget adalah dengan mengambil
pandangan bahawa mencipta pengetahuan dan kecerdasan adalah proses yang sememangnya
aktif. Teori beliau juga membantu dalam menambahkan pemahaman kita terhadap
pertumbuhan intelektual kanak-kanak. Penekanan yang diberikan adalah kanak-kanak bukan
hanya penerima pengetahuan yang pasif. Sebaliknya, mereka sentiasa menyiasat dan
bereksperimen ketika membina pemahaman tentang bagaimana dunia berfungsi.

2. Kognitif Sosial (Lev Vygotsky)


Teori Kognitif Sosial diperkenalkan oleh Lev Vygotsky (1934) telah menjadi asas dalam
teori perkembangan kognitif beberapa dekad yang lalu. Teori ini adalah berkisarkan
perkembangan sosial manusia yang mana bermula zaman kanak-kanak. Ia adalah
berkenaan nilai budaya, kepercayaan dan strategi dalam menyelesaikan masalah. Beliau
menekankan bahawa asas interaksi sosial dalam perkembangan kognitif (Vygotsky, 1978)
adalah koumiti memainkan peranan utama dalam proses tersebut. Vygotsky telah
membangunkan dan mengembangkan konsep budaya sosial kepada perkembangan
kognitif. Beliau membangunkan teorinya pada masa dengan perkembangan teori Piaget.
Walaubagaimanapun, beliau meninggal dunia pada usia 38 tahun dan menyebabkan kajian
teorinya tidak lengkap.

Beliau menegaskan kepentingan budaya dan konteks sosial bagi tujuan pembelajaran.
Berbeza dengan Piaget yang menegaskan bahawa kanak-kanak menerokai sendiri untuk
proses pembinaan pembelajaran mereka. Bagi Vygotsky, persekitaran dalam tumbesaran
kanak-kanak akan mempengaruhi bagaimana cara dan pola pemikiran mereka serta apa
yang mereka fikirkan. Menurut beliau juga, orang dewasa adalah sumber penting bagi
perkembangan kognitif kanak-kanak. Ini kerana, orang dewasa memindahkan budaya
intelektual mereka kepada kanak-kanak. Beliau menyenaraikan empat elemen penting

6
dalam perkembangan fungsi mental dan pemikiran iaitu; perhatian, sensasi, persepsi dan
memori.

3. Teori perkembangan Arnold Gesell:


Teori ini ditemukan oleh Arnold Gesell mengatakan bahawa perkembangan manusia
dipengaruihi oleh faktor kematangan individu. Ia berdasarkan jadual dan urutan yang
ditetapkan akan berlakunya perkembangan. Menurut beliau, setia individu akan mengalami
perkembangan yang berbeza sama ada cepat atau lambat. Ia bergantung kepada individu
tersebut. Contohnya, ada bayi yang boleh berjalan pada usia 10 bulan, ada yang setahun
dan ada juga melebihi setahun. Ia berbeza mengikut individu masing-masing. Dalam
kajiannya terhadap beberapa kanak-kanak, Gesell menyimpulkan bahawa faktor baka juga
adalah faktor utama yang mempengaruhi perkembangan mereka. Ahli psikologi Galton
(1865), Goddard (1890), Newman (1973) dan Sheldon (1962) telah membuktikan bahawa
setiap individu itu mempunyai tahap kecerdasan yang berbeza. Bahkan emosi seseorang
juga diwarisi daripada ibu bapa.

Gesell telah mengkelaskan lima peringkat perkembangan kanak-kanak dalam tempoh lima
tahun. Peringkat pertama adalah bayi baru lahir sehingga umur setahun. Pada umur ini,
tidak banyak perkembangan yang berlaku dari segi fizikal mahupun emosi. Hanya isyarat
tangisan dan senyuman yang wujud pada waktu ini. Peringkat seterusnya pula umur
setahun hingga dua tahun. Mereka akan mula belajar berjalan dan menuturkan perkataan
yang mudah.

Peringkat ketiga ialah umur dua hingga tiga tahun. Kanak-kanak pada waktu ini akan mula
bentuk sikap seperti berdikari semasa makan dan lain-lain. Mereka juga akan mula
membina beberapa ayat mudah dalam komunikasi seharian. Kemudian di peringkat
keempat pada umur tiga hingga empat tahun, mereka sudah mampu melakukan aktiviti
permainan dan boleh melaksanakan tugas harian dengan baik. Sementara di peringkat
akhir perkembangan kanak-kanak, iaitu pada umur empat hingga lima tahun mereka sudah
mula menunjukkan kematangan dari segi emosi dan mental.

7
4. Teori perkembangan Sigmund Freud:
Sigmund Freud seorang doktor perubatan yang meminati bidang psikologi dan psikiatri
telah mengemukakan tentang teori psikoanalisis. Teori beliau dikatakan sebagai teori
biologi tentang personaliti.

Ini bermaksud, kanak-kanak perlu mendapat kepuasan asas yang cukup sebelum mereka
berkembangan ke peringkat umur seterusnya. Sekiranya keperluan ini tidak dipenuhi,
kanak-kanak tersebut akan menghadapi masalah untuk bergaul dalam masyarakat.
Konsep psikoanalisis yang diketengahkan oleh Freud adalah konsep struktur personaliti
yang terbahagi kepada Id, Ego dan Super ego. Id adalah struktur yang telah sedia dalam
diri manusia. Id juga adalah tempat untuk menyimpan desakan keinginan nafsu manusia
manakala ego bertindak bagi mengawal keinginan Id agar tidak melanggar nilai dan norma
masyarakat. Kemudian Super ego bertindak sebagai pengawal sosial bagi struktur psikik
ataupun merupakan bahagian personaliti yang bermoral.

Itu antara teori yang saling berkaitan dalam psikologi kognitif. Dalam setiap disiplin
psikologi pula ada terapi-terapi tertentu. Antara yang terkenal dalam sub disiplin kognitif
adalah terapi kognitif tingkah laku (CBT).
Apakah itu CBT? Ia adalah satu terapi yang diasaskan oleh Albert Ellis dan Aaron T
Becker. CBT adalah terapi psikoterapi yang diketengahkan untuk membantu merawat
penyakit-penyakit yang berkaitan mental dan psikologi. Ia memfokuskan untuk mengubah
pemikiran negatif dan digantikan dengan pemikiran yang positif serta lebih objektif dan
realistik.
CBT juga merupakan antara terapi yang disukai kerana dapat membantu mengenal
pasti dan menghadapi cabaran tertentu dengan cepat. Sesi yang diperlukan juga adalah
kurang berbanding terapi lain.
Antara penyakit dan masalah yang boleh ditangani dengan CBT adalah seperti;
 Menguruskan gejala penyakit mental
 Merawat penyakit mental apabila ubat tidak menjadi pilihan
 Mempelajari teknik bagi mengatasi situasi kehidupan yang tertekan
 Mengenal pasti cara untuk urus emosi.
 Menyelesaikan konflik hubungan dan pelajari cara berkomunikasi yang lebih
baik.
 Mengatasi kesedihan atau kehilangan

8
 Merawat trauma emosi berkaitan dengan penderaan atau keganasan

Kenapa CBT antara terapi yang popular dan menjadi pilihan serta berkesan? Ini
kerana konsep yang ditekankan oleh CBT adalah mengenai emosi, pemikiran dan tingkah
laku. Kesemua tiga elemen tersebut adalah penting dalam rawatan CBT. Dalam beberapa
kes pula, CBT paling berkesan apabila digabungkan dengan rawatan lain seperti
penggunaan ubat anti depresan dan ubatan lain. Disebabkan itu, banyak juga penyakit
mental yang boleh dirawat menggunakan terapi ini seperti kemurungan, fobia, PTSD,
gangguan obsesif- kompulsif (OCD), bipolar, skizofrenia dan sebagainya.

Dalam CBT ini juga ada empat teknik dan pendekatan yang boleh digunakan seperti
berikut;

1. Terapi kognitif berpusat: Teknik ini digunakan bagi mengenal pasti dan mengubah
corak pemikiran, tindak balas emosi serta tingkah laku yang tidak tepat atau yang
diputar belit.
2. Terapi tingkah laku dialektik (DBT): Kemudian, DBT menangani pemikiran dan
tingkah laku sambil menggabungkan strategi seperti peraturan emosi dan perhatian.
3. Terapi multimodal: Terapi ini pula menunjukkan bahawa masalah psikologi mesti
ditangani dengan tujuh kaedah yang berbeza tetapi slaing berkaitan, iaitu tingkah laku,
pengaruh, sensasi, citra, kognisi, faktor interpersonal dan pertimbangan ubat/biologi.
4. Terapi tingkah laku emotif rasional (REBT): REBT pula adalah antara terapi paling
banyak digunakand alam dunia psikologi. Ia adalah tentang bagaimana mengenal pasti
kepercayaan tidak rasional, mencabar kepercayaan ini secara aktif dan belajar
mengenali dan mengubah corak pemikiran.

Dalam CBT juga, seseorang itu dapat belajar untuk mengenal pasti masalah dengan
lebih jelas, mengembangkan kesedaran tentang pemikiran automatik dan membezakan
fakta dan pemikiran tidak rasional. Selain itu, ia juga mengajar kita agar berhenti berasa
takut walaupun dalam situasi yang paling teruk. Proses CBT ini berjalan dengan cara klien
berjumpa dengan ahli terapi untuk menerangkan masalah tertentu dan menetapkan
matlamat yang diinginkan. Masalah dan matlamat ini akan menjadi asas bagi merancang
sesi dan membincangkan kaedah untuk hadapinya.

Pada dasarnya, strategi dalam CBT adalah dengan mengenal pasti pemikiran negatif,
berlatih kemahiran baru, tetapkan matlamat dan menyelesaikan masalah. Itu secara

9
umumnya bagaimana terapi CBT dijalankan dan dilaksanakan. Walaupun dalam bidang
psikologi ada banyak sub disiplin dan teori serta terapi berbeza, namun masing-masing
saling berkait dan membantu antara satu disiplin dengan disiplin yang lain. Hal ini kerana,
sekiranya satu terapi itu tidak dapat membantu dalam perawatan, terapi lain akan
digunakan.
Bidang psikologi pada hari ini menjadi antara bidang yang popular di seantero dunia.
Disiplin-disiplin dan terapi yang telah diwujudkan oleh pengasas masing-masing diperlukan
dalam kehidupan manusia hari ini. Mengikut statistik, pada tahun 2020 penyakit mental
adalah penyakit yang paling tinggi di Malaysia. Walaupun mungkin penyakit mental
dipandan enteng dan mudah, namun hakikat kehidupan yang dihadapi oleh ramai orang
hari ini amat membimbangkan.
Penyakit mental juga boleh menyebabkan kematian. Bunuh diri tidak lagi mengenal
usia, bangsa dan agama. Saban hari kes cubaan dan kes bunuh diri semakin terpapar di
dada berita. Fakta yang mengejutkan lagi adalah, setengah juta rakyat Malaysia
mengalami depresi dan mendapatkan rawatan psikiatri. Itu laporan yang kita tahu dan yang
direkodkan. Belum lagi kes yang tidak dilaporkan dan menderita seorang diri. Apatah lagi
dalam pandemik covid 19 yang melanda di seluruh dunia.
Manusia hidup dalam kerisauan dan kegelisahan yang tinggi dalam norma kehidupan
yang baru. Panik, tertekan, stress kehilangan kerja, kemurungan kerana hidup terpisah
daripada keluarga dan banyak lagi kesan-kesan negatif yang timbul disebabkan Covid 19.
Pada masa inilah bidang psikologi memainkan peranan yang penting dalam memberi
sumbangan dan rawatan kepada ramai pesakit yang memerlukan. Disebabkan itu juga
ramai yang mula mencari pakar psikologi, kaunselor dan mereka yang dalam bidang
psikologi.
Justeru itu, apa yang boleh dibuat oleh ahli psikologi adalah dengan memberi bantuan
yang sewajarnya. Contohnya mengadakan sesi kaunseling, sesi terapi yang bersesuaian
dengan pesakit dan sebagainya. Psikologi memainkan peranan yang besar bagi
memastikan mental setiap individu terjaga dalam keadaan yang baik. Ini kerana, mental
paling penting dalam setiap situasi yang genting.
Banyak terapi dan teori yang boleh digunakan dalam hal ini. Satu contoh yang boleh
diambil ialah terapi kognitif tingkah laku. CBT seperti yang kita bincangkan sebelum ini
adalah berkenaan fikiran dan emosi yang mendorong kepada tingkah laku seorang
manusia.

10
Contohnya, dalam musim pandemik ini kita boleh mengadakan sesi terapi dengan
meyakinkan pesakit agar berfikiran positif dan berfikiran baik. CBT dapat membantu
mereka agar terus memikirkan tiada apa perkara buruk yang akan berlaku.
Selain itu, terapi GESTALT juga sesuai untuk digunakan kerana ia menekankan dan
memberi fokus kepada masa sekarang dan di sini. Pengasasnya telah mengatakan jika
seseorang itu selalu memikirkan masa hadapan maka dia akan mengalami kebimbangan.
Itulah antara perkara yang terapi tersebut ajarkan.
Pandemik ini melibatkan kerisauan dan kesusahan kepada ramai pihak. Pesakit
covid, anggota perubatan yang merawat, barisan hadapan yang memastikan keselamatan
dan keamanan negara serta ramai lagi. Masing-masing terkesan dengan kesan yang
mendalam. Kepenatan mula melanda anggota perubatan dan kebimbangan mula muncul
dalam diri pesakit covid. Pada waktu inilah bagaimana teori dan terapi psikologi memberi
manfaat dalam memastikan mereka tenang dan boleh meneruskan kehidupan di bawah
tekanan yang melanda.
Sekiranya psikologi tidak ada, tiada lagi bantuan yang sesuai dapat disalurkan
untuk mereka. Di sini kita lihat betapa pentingnya peranan bidang psikologi dalam hal ini
terutama semasa pandemik covid 19 ini.
Kesimpulannya, setiap permasalahan yang muncul ada hubung kait dengan bidang
psikologi. Justeru, dalam setiap hal peranan psikologi adalah penting bagi menjamin
kesejahteraan hidup setiap manusia.

RUJUKAN

11
1. https://www.simplypsychology.org/vygotsky.html
2. https://www.researchgate.net/publication/46405353_Bab_2_Teori-
teori_Perkembangan
3. Teori Kaunseling dan Psikoterapi
4. http://www.myhealth.gov.my/edisi-kesihatan-mental-2020/
5. https://ms.reoveme.com/teori-piaget-4-tahap-pembangunan-kognitif/
6. Ismail K. (2016) Psikologi Islam Falsafah Teori Dan Aplikasi
7. Sipon S. & Hussin R. (2020). Teori Kaunseling dan Psikoterapi
8. Elias H. & Yaakub N.F (1997) Psikologi Personaliti
9. Piaget, J. The Piaget Essential. Gruber, HE; Voneche, JJ. eds. New York: Buku
Asas; 1977

12

Anda mungkin juga menyukai