Anda di halaman 1dari 20

MACH 1113 KESIHATAN KOMUNITI 1

PENGHARGAAN

Pertama sekali saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada

pensyarah Sir Muhammad Affizze bin Talip kerana telah memberi peluang dan

sokongan kepada saya dalam menghasilkan tugasan ini.

Saya juga amat berbesar hati kerana telah memberikan segala usaha

dalam menyiapkan tugasan ini. Syukur kepada Allah kerana tugasan ini dapat

sayaa selesaikan dengan lancar tanpa sebarang halangan. Sekali lagi ucapan

terima kasih kepada Sir Muhammad Affizze bin Talip kerana telah

memberikan banyak tunjuk ajar kepada saya dalam menyiapkan tugasan

yang diberikan.

Secara tidak langsung saya mendapat pendedahan yang baru dalam

membuat satu kajian yang dapat meningkatkan pengetahuan diri saya dalam

bidang kesihatan. Hasil dari tugasan ini dapat menambah minat saya supaya

sentiasa mengamalkan amalan kesihatan dalam pekerjaan.

Seterusnya, saya berterima kasih kepada ibu bapa dan rakan-rakan

kerana sentiasa menjadi penasihat yang baik membantu saya menjana idea

bagi menghasilkan satu hasil kerja yang berkualiti. Hasil kerja ini dapat

diterjemahkan berkat dari tunjuk ajar pensyarah yang mengajar.

1
MACH 1113 KESIHATAN KOMUNITI 1

SEJARAH KESIHATAN PEKERJAAN

Keselamatan Pekerjaan diperkenalkan oleh Jabatan Kilang dan Jentera dari

Kementerian Sumber Manusia berikutan insiden letupan kilang mercun Bright

Sparkler di Sungai Buloh yang berlaku pada 1991. Ketika berlakunya kejadian

tersebut, berpuluh-puluh pekerja terperangkap dan seramai 26 orang

terkorban di dalam insiden tersebut.

Selepas 1994, Akta Kesihatan dan Keselamatan Pekerjaan

ditubuhkan. Jabatan Kilang dan Jentera mula menguatkuasakan akta ini dan

seterusnya nama jabatan tersebut ditukar kepada Jabatan Keselamatan Dan

Kesihatan Pekerjaan. Di samping itu, kesihatan pekerjaan telah bermula dari

era “Industrial Revolution”. Di mana bertujuan untuk menentukan keselamatan

pekerja berlandaskan pada akta keselamatan pekerja.

Walau bagaimanapun, konsep kesihatan pekerja telah berubah

mengikut keadaan. Kesan perubahan itu membolehkan golongan pekerja

diberikan kemudahan dalam sistem perkhidmatan kesihatan kebangsaan.

Seperti mana yang terkandung dalam Article 2 Chapter II WHO Constitution

iaitu pencegahan kemalangan dan promosi dalam meningkatkan keadaan

atau suasana tempat kerja yang selamat bagi setiap pekerja.

2
MACH 1113 KESIHATAN KOMUNITI 1

Di samping itu, kesihatan pekerjaan tidak lagi terhad kepada

pencegahan dan kawalan tetapi juga mengambil kira hubungan pekerjaan

dengan kesihatan keseluruhan pekerja itu sendiri. Pekara tersebut telah pun

menumpukan kepada:

I. Penyakit Am Komuniti seperti penyakit Malaria, AIDS (Acquired Immune

Deficiency Syndrome), Hepatitis dan lain-lain.

II. Penyakit pekerjaan iaitu penyakit yang merebak kepada pekerja kerana

terdedah dengan bahan yang menyebabkan penyakit ketika di dalam waktu

bekerja seperti penyakit silicos, asbestosis, kanser dan lain-lain.

III. Work Related Diseases seperti sakit tulang belakang , musculoskeletal

disorders (MSDs), Upper limb disorder, Display Screen Equipment Use,

Occupational Asthma, Occupational Dermatitis dan lain-lain.

3
MACH 1113 KESIHATAN KOMUNITI 1

PENGENALAN KESIHATAN PEKERJAAN

Sudah terbukti bahawa setiap syarikat yang wujud inginkan keuntungan dan

tidak mahu beroperasi dalam kerugian. Namun begitu, dalam keghairahan

pihak majikan untuk mengaut keuntungan yang tinggi perkara penting seperti

aspek keselamatan pekerja diketepikan. Isu panas yang menular dalam

akhbar adalah tentang kemalangan berlaku di tempat kerja. Maka dengan itu,

pihak kerajaan membentuk sebuah agensi kerajaan yang bertindak sebagai

agensi pelaksana bagi hal-hal berkaitan keselamatan dan kesihatan pekerja.

Agensi ini ialah Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan yang

berada di bawah Kementerian Sumber Manusia manakala agensi

penyelidikan pula ialah Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan

Kebangsaan. Akta-akta juga dibentuk untuk memastikan semua individu yang

bekerja atau sesiapa sahaja yang berada di premis pekerjaan sentiasa

dilindungi dari bahaya kecederaan dan kemalangan industri. Akta-akta

tersebut ialah Akta Kilang dan Mesin 1967, Akta Kualiti Persekitaran 1974,

dan Akta Keselamatan dan Kesihatan 1994.

Kesihatan dan keselamatan pekerjaan adalah perkara yang berbeza.

Perbezaan dari segi punca kemalangan & langkah pencegahan akan

dibincangkan dengan lebih mendalam dalam tajuk ini. Terdapat banyak

maklumat yang ada dalam tajuk kesihatan pekerjaan ini dapat menjadi garis

panduan kepada individu yang bekerja.

4
MACH 1113 KESIHATAN KOMUNITI 1

DEFINISI KESIHATAN PEKERJAAN

International Labor Ordinance (Perundangan Buruh Antarabangsa) 1950 telah

mentakrifkan bahawa kesihatan pekerjaan bertanggunjawab kepada

kesihatan fizikal, mental dan sosial yang sempurna dikalangan pekerja yang

ada kaitannya dengan jenis pekerjaan yang mereka lakukan, persekitaran

tempat kerja dan penyesuaian mereka kepada pekerjaan atau pekerjaan

kepada pekerja.

Pada masa yang sama, World Health Organization (WHO 1985)

menyatakan bahawa kesihatan pekerjaan juga berpengaruh dan boleh

mengelakkan risiko kesihatan akibat daripada pekerjaan. Ianya melindungi

dan mempromosi kesihatan pekerja serta mempromosi kemanusiaan

dikalangan pekerja.

5
MACH 1113 KESIHATAN KOMUNITI 1

SKOP KESIHATAN PEKERJAAN

Dalam penjagaan kesihatan ini, skop kesihatan pekerjaan adalah merangkumi

dan melindungi semua pekerja dalam semua aktiviti ekonomi termasuklah

perkhidmatan awam, badan berkanun dan sektor swasta kecuali mereka yang

bekerja di atas kapal perdagangan dan Angkatan Tentera. Setiap pekerja

yang terlibat dalam aktiviti ekonomi tersebut mendapat perlindungan di dalam

Akta Kesihatan dan Keselamatan Pekerjaan melalui statistik yang telah

dijalankan.

Antara skop kesihatan pekerjaan, bertangggungjawab ke atas setiap

masalah kesihatan yang ada hubungan dengan tempat kerja. Terdapat

pelbagai masalah kesihatan yang berpunca dari banyak aspek di tempat kerja

seperti aspek kebersihan, keselamatan dan juga pencemaran yang berlaku di

tempat kerja. Perkara ini penting dalam memastikan setiap pekerja sentiasa

dalam keadaan sihat dan terkawal daripada sebarang penyakit yang

berjangkit ataupun tidak berjangkit.

Selain itu, ianya bertanggungjawab dengan masalah kesihatan

pekerja. Hal ini melibatkan pekerja itu sendiri. Prestasi pekerja dalam

melakukan pekerjaan boleh terganggu sekiranya pekerja mengalami masalah

kesihatan. Jadinya skop ini memastikan supaya pekerja dapat memberikan

tenaga kerja yang optimum sekiranya kesihatan seseorang pekerja itu

dipantau dan dijaga.

6
MACH 1113 KESIHATAN KOMUNITI 1

Seterusnya, pencegahan awal akan dilakukan di kawasan tempat

kerja ataupun bagi pekerja itu sendiri. Seperti mana yang di arahkan dalam

akta makanan 1983 dan akta kawalan penyakit 1998 kepada setiap

pengendali makanan perlulah mendapatkan suntikan Thypoid bagi

mengelakkan daripada mendapat penyakit berjangkit terutama semasa

mengendalikan makanan. Pendiagnosaan pula boleh dilakukan pada pekerja

tersebut. Ianya penting bagi kebaikan pekerja itu kerana selepas dari

pendiagnosaan penyakit, rawatan bakal dilakukan ke atas pekerja tersebut.

Di samping itu, ianya juga merangkumi pencegahan dan rawatan

terhadap kemalangan pekerjaan. Sebarang kemalangan yang berlaku ke atas

pekerja di tempat kerja, layak mendapat perlindungan. Ianya memastikan

keselamatan pekerja sentiasa terjamin. Langkah lain yang dilaksanakan ialah

menganjurkan perkhidmatan kesihatan dan pertolongan cemas kepada

pekerja. Pemeriksaan kesihatan boleh diberikan secara percuma kepada

setiap pekerja agar tahap kesihatan pekerja dapat di nilai secara berkala.

Kesihatan mental di tempat kerja juga perlu diambil kira agar pekerja

sentiasa berada dalam keadaan waras dan dapat berfikir secara rasional.

Ramai individu yang mempunyai masalah mental akibat dari tekanan bekerja.

Motivasi boleh diberikan kepada setiap pekerja bagi mengelakkan perkara

tersebut berlaku.

Mangsa yang ditimpa kemalangan di tempat kerja perlu diberi

perhatian. Sebagai contoh pesakit yang lumpuh akibat kemalangan yang

berlaku di tempat kerja perlu menjalani proses rehabilitasi bagi memastikan

mangsa mampu meneruskan hidup secara normal. Rehabilitasi juga

menjadikan pesakit sentiasa berkeyakinan meningkatkan kesihatan dan

keupayaan mereka setelah ditimpa musibah.

7
MACH 1113 KESIHATAN KOMUNITI 1

Akhir sekali, menggalakkan kesihatan di kalangan rakyat yang bekerja

seperti mengadakan kempen “Berhenti Merokok” agar mendapat penyertaan

dari setiap lapisan masyarakat yang bekerja supaya mereka dapat

meningkatkan tahap kecergasan dan kesihatan mereka serta menghindarkan

diri daripada gejala merokok.

8
MACH 1113 KESIHATAN KOMUNITI 1

IMPLIMENTASI KESIHATAN PEKERJAAN

Penjagaan kesihatan pekerjaan dapat dilaksanakan dalam beberapa cara.

Antaranya ialah melalui legislasi yang membakwa maksud perundangan.

Setiap perkara yang dilakukan berlandaskan perundangan akan lebih teratur

dan dipatuhi oleh sesiapa yang terlibat dalam perundangan tersebut.

Seterusnya standard minima kesihatan dan keselamatan di tempat kerja

melalui akta perlindungan pekerja. Ianya perlu diselaraskan agar semua

pekerja mendapat hak perlindungan yang sama. Perkhidmatan Kesihatan

Pekerjaan perlu dilaksanakan dan dikawal oleh agensi kerajaan agar

kebajikan pekerja sentiasa terjamin.

Seterusnya ia boleh dilaksanakan melalui perkhidmatan Kesihatan

dan Keselamatan Pekerjaan yang diwujudkan di tempat kerja atau di luar.

Perkhidmatan kesihatan juga boleh dilaksanakan dengan mengadakan

ceramah keselamatan dan kesihatan di tempat kerja seperti di kilang,

bangunan pentadbiran. Perkhidmatan Kesihatan dan Keselamatan Pekerjaan

boleh dilaksanakan bagi setiap pekerja mengikut kesesuaian dan tahap

sesuatu pekerjaan.

Selain itu, pelaksanaan diteruskan lagi melalui pendidikan dan latihan.

Penyelidikan dan survey perlu dikendalikan oleh Institusi Kesihatan Pekerjaan

Regional atau Nasional. Pendidikan dan latihan penting bagi memastikan

semua pekerjaa memahami dan patuh pada arahan yang dikeluarkan oleh

agensi yang mengawal Akta-akta yang bertujuan dalam menjaga kesihatan

dan keselamatan pekerjaan.

9
MACH 1113 KESIHATAN KOMUNITI 1

PENYAKIT-PENYAKIT DI TEMPAT KERJA

I. PENYAKIT PEKERJAAN (OCCUPATIONAL DISEASES)

Penyakit pekerjaan ialah penyakit yang di pengaruhi oleh pekerjaan

seseorang. Faktor pekerjaan menjadi punca utama dalam penyebab penyakit.

Setiap pekerjaan memberi risiko kepada pekerja sekiranya tidak ada

penjagaan kesihatan dan keselamatan untuk pekerja. Tahap pekerjaan

menjadi faktor yang mempengaruhi penyakit pekerjaan.

Tahap pekerjaan seseorang dapat dibezakan dengan beberapa faktor

seperti tahap tekanan, penggunaan tenaga fizikal dan mental pekerja. Pekerja

buruh yang bekerja dalam bidang pembinaan bangunan atau kerja lapangan

menggunakan tenaga kerja yang optimum dan sentiasa bekerja lebih masa.

Kerja yang berat seperti memikul beban ataupun bahan binaan memberikan

kesan kepada tubuh badan pekerja pada jangka masa panjang. Rutin

pekerjaan itu mungkin merosakkan tulang belakang dan saraf mereka

sekiranya mereka tidak mengamalkan “body mechanic” semasa melakukan

tugasan. Selain itu, organ dalaman seperti peparu juga akan rosak sekiranya

mereka sentiasa terdedah kepada asap dan juga habuk yang tebal.

Pekerja yang bekerja di pejabat kebiasaannya mendapat penyakit

yang berbeza semasa bekerja. Kerana pekerjaan pejabat bermain dengan

mental mereka. Pekerjaan mereka banyak menggunakan pemikiran

berbanding tenaga fizikal. Oleh itu pekerja kebiasaanya mengalami penyakit

tekanan darah tinggi akibat stress dan juga obesity kerana kekurangan

penggunaan fizikal. Waktu bekerja banyak digunakan dalam pejabat dan

bukan untuk aktiviti yang dapat mencergaskan tubuh badan.

10
MACH 1113 KESIHATAN KOMUNITI 1

Berikut adalah contoh penyakit, antaranya ialah penyakit kulit iaitu

dermatitis. Keadaan ini berlaku dimana kulit akan menjadi gatal, merah, kering

dan pecah-pecah. Seterusnya pekerja cenderung kepada masalah peparu.

Penyakit yang menyerang pesakit yang mempunyai masalah peparu ialah

Silicosis, Asbestosis, Bysinosis, Occupational Asthma, Extrinsic Allergic,

Alveolitis. Ianya berikutan dengan pekerjaan yang dilakukan oleh seseorang

pekerja.

11
MACH 1113 KESIHATAN KOMUNITI 1

II. PENYAKIT YANG BERKAITAN DENGAN PEKERJAAN (WORK-RELATED

DISEASE)

Penyakit yang berkaitan dengan pekerjaan membawa maksud dimana

penyakit itu berpunca daripada beberapa faktor yang berkait rapat dengan

persekitaran dan suasana tempat kerja, cara berkomunikasi di tempat kerja

sehingga menyebabkan menyebabkan panyakit. Hal yang demikian kerana

persekitaran di tempat kerja menjadi peranan yang amat penting dalam

menjaga kestabilan kesihatan fizikal dan mental pekerja. Persekitaran yang

baik dan kondusif sudah pasti membawa faedah kepada pekerja serta hasil

kerja yang diterjemahkan. Sebaliknya, persekitaran yang kotor dan tidak

memuaskan akan membawa musibah kepada pekerja semasa melakukan

tugas. Sebagai contoh kemalangan boleh berlaku di akibatkan oleh

persekitaran yang tidak teratur. Seperti infrastruktur bangunan yang sudah

rosak dan kehilangan daya tahan boleh menyebabkan bangunan runtuh.

Ianya boleh membawa kesan buruk kepada pekerja yang terlibat dalam

insiden tersebut.

Oleh sebab itu, langkah pencegahan perlu dilaksanakan. Langkahnya

adalah dengan memperbaiki suasana persekitaran tempat kerja. Melibatkan

pengesanan, penyukatan dan penilaian terhadap faktor fizikal dan kimia di

kawasan persekitaran tempat kerja. Ia juga melibatkan perancangan dan

langkah-langkah implementasi untuk memperbaiki sekitaran tersebut.

Penyediaan persekitaran perlu ditingkatkan dan dikekalkan dari masa ke

semasa agar dapat menimbulkan suasana kerja yang positif kepada setiap

pekerja. Persekitaran yang bersih dapat memberi keselesaan kepada pekerja

dalam tujuan menjaga kesihatan dan keselamatan pekerja ianya juga akan

membuahkan hasil kerja yang berkualiti daripada setiap pekerja.

12
MACH 1113 KESIHATAN KOMUNITI 1

Antara penyakit yang berkaitan dengan pekerjaan ialah gangguan

psychosomatic dan tingkahlaku. Penyakit ini memberikan kesan buruk kepada

fizikal pesakit yang disebabkan oleh masalah emosi, kekecewaan dan

tekanan yang tinggi terhadap mental pesakit. Ianya berkaitan dengan masalah

tingkahlaku seorang. Selain itu penyakit kardiovaskular yang boleh membawa

kepada masalah jantung dan organ lain seperti otak. Apabila jantung tidak

dapat berfungsi dengan baik, ianya menyebabkan oksigen lambat sampai ke

tisu organ & menyebabkan serangan jantung. Selain itu ialah penyakit chronic

bronchitis dan asthma. Apabila pekerja mengalami penyakit ini sudah pasti

usaha mereka dalam melaksanakan tugas akan terbatas. Akhir sekali ialah

gangguan locomotor. Keupayaan seseorang terbatas apabila berhadapan

dengan penyakit ini.

13
MACH 1113 KESIHATAN KOMUNITI 1

III. PERBEZAAN ANTARA PENYAKIT “OCCUPATIONAL DISEASE” DAN

PENYAKIT “WORK-RELATED DISEASE”

Perbezaan penyakit “Occupational Disease” dan penyakit “Work-related

Disease” ialah dari segi saiz dan jenis populasi. Kebanyakkanya penyakit

“Occupational Disease” ini berlaku di dalam kalangan pekerja sahaja kerana

berpunca daripada penyebab yang spesifik seperti jenis dan bidang pekerjaan

yang dijalankan oleh individu. Penyakit yang membahayakan pekerja hanya

berpunca daripada pekerjaan itu sendiri dan bukan disebabkan daripada

faktor lain.

Berbeza dengan penyakit “Work-Related Disease” yang berlaku antara

populasi penduduk disebabkan daripada faktor persekitaran dan suasana

tempat kerja. “Occupational Disease” juga sering berlaku terutamanya di

tempat kerja dan harus diberi perhatian oleh semua kakitangan. Bagi penyakit

“Work-related Disease”, pada umumnya berlaku diluar pejabat dan faktor lain

yang dijangkiti oleh orang awam dan dibawa ke dalam pekerjaan. Namun, ini

mungkin merupakan salah satu faktor yang menyumbang kepada berlakunya

jangkitan antara pekerja.

14
MACH 1113 KESIHATAN KOMUNITI 1

HYGIENE PEKERJAAN & HAZARD DALAM PEKERJAAN

Hazard membawa maksud sebarang punca dan sebab yang boleh membawa

bahaya kepada individu. Hazard boleh terbahagi kepada 3 iaitu Hazard

Fizikal, Hazard Kimia & Hazard Biologi.

Hazard Fizikal ialah hazard yang berpunca daripada penggunaan

mesin dan peralatan yang digunakan dalam sesuatu pekerjaan. Mesin dan

peralatan dianggap merbahaya jika ianya direka tidak selamat dan tidak

sempurna. Kekurangan mesin itu menyebabkan keburukan kepada pekerja.

Seterusnya merbahaya jika tidak diselenggara dengan baik selepas

digunakan. Lebih buruk jika digunakan oleh pekerja yang tidak terlatih dan

tidak mengikut “Standard of Procedure” yang telah ditetapkan.

Hazard Kimia pula berpunca dari sentuhan dan terhidu bahan kimia.

Contohnya bahan-bahan kimia seperti asid, alkali, gas, pelarut, simen, getah

sintetik, gentian kaca dan pelekat. Bahan-bahan kimia tersebut merbahaya

dan memerlukan langkah keselamatan apabila mengendalinya.

Akhir sekali ialah Hazard Biologi. Pekerja yang terlibat dengan analisis

spesimen biologi yang biasanya akan terdedah kepada jangkitan penyakit.

Hazard Biologi boleh dibezakan dengan beberapa tahap. Antaranya sifat

semula, jadi dan kepekatan agen penyakit. Seterusnya diakibatkan dari laluan

masuk agen penyakit ke dalam badan. Ketahanan pekerja yang terdedah

ialah tahap terakhir dalam hazad biologi. Penyakit URTI, AIDS, hepatitis,

encephlitis, brucellosis boleh terinfeksi kepada pekerja sekiranya tidak

menjaga keselamatan dan menagamalkan langkah pencegahan semasa

melakukan pekerjaan.

15
MACH 1113 KESIHATAN KOMUNITI 1

ERGONOMIK

Ergonomik bermaksud kajian tentang hubungan antara pekerja dengan

persekitaran tempat kerja seperti aspek-aspek kejenteraan, peralatan

dan keadaan kerja. Ergonomik juga berkaitan dengan ketidaksesuaian

manusia dengan persekitaran kerjanya. Selain daripada itu juga kerap

dikaitkan dengan kesilapan atau kelemahan rekabentuk kejuruteraan

dan proses kerja memenuhi keperluan fisiologi dan psikologi manusia.

Sebagai contoh, pekerjaan menaip dalam keadaan yang baik tidak

ergonomik tetapi telah dibuktikan mampu mengakibatkan 'Tunnel Carpel

Syndrome' dan sakit belakang.

Ergonomik boleh diaplikasikan tentang Sains Bologi Manusia dan

Sains Engineering keatas pekerja dan persekitaran yang boleh

memprolehi kepuasan maksima kepada pekerja tersebut, dan pada

masa yang sama dapat meningkatkan produktiviti. Ergonomik memberi

tumpuan kepada reka bentuk dan struktur tempat kerja serta

peralatannya dan penyesuaiannya pada kedudukan anatomi manusia

Cotohnya keadaan dan posisi bangku, meja mesin taip mestilah sesuai

supaya tidak mendatangkan stress pada mana-mana bahagian tubuh.

Antara faktor Ergonomik yang boleh menyebabkan “fatigue”.

Faktornya ialah fizikal, pathological dan pasikologikal. Fizikal dimana

ianya berlaku diakibatkan dari gangguan fizikal keterlaluan. Seterusnya

faktor pathological iaitu akibat daripada penyakit. Selain itu, psikologikal

yang berkait dengan faktor emosi. Postur badan yang betul dalam setiap

keadaan dapat membantu seseorang melakukan kerja secara teratur

dan dapat mengelakkan diri daripada penyakit yang tidak diingini seperti

'Tunnel Carpel Syndrome' dan sakit belakang.

16
MACH 1113 KESIHATAN KOMUNITI 1

PERANAN PENOLONG PEGAWAI PERUBATAN DALAM

KESIHATAN PEKERJAAN

Seorang penolong pegawai perubatan memainkan peranan yang

penting dalam memastikan kesihatan pekerja terjaga ketika bekerja.

Penolong pegawai perubatan atau PPP perlu mempromosikan kaedah

penjagaan kesihatan pekerjaan bagi setiap pekerja di negara ini dalam

memastikan sebarang kemalangan atau kecelakaan berlaku semasa

bekerja dapat dielakkan. PPP juga hendaklah menjaga kesihatan

sewaktu bertugas kerana risiko terhadap kesihatan diri mereka adalah

sangat tinggi kerana terpaksa berhadapan dengan pesakit yang

menghidapi pelbagai penyakit.

Selain itu, PPP hendaklah menganjurkan program penjagaan

kesihatan & keselamatan diri ketika berkerja pada peringkat negeri. Ini

bertujuan untuk memberi pengetahuan kepada pekerja dalam

menguruskan atau mengendalikan sesuatu kemalangan atau

kecederaan yang berlaku ketika berada di tempat kerja. Secara tidak

langsung pekerja dapat mempraktikkannya untuk mengendalikan kes

kecederaan ringan yang berlaku disamping mengelakkan penyakit

berbahaya. Sekirangnya berlaku kecederaan di tempat kerja, sekurang-

kurangnya setiap pekerja telah mengetahui tindakan yang perlu diambil

bagi mengatasi masalah tersebut iaitu samada menggunakan peti

kecemasan.

17
MACH 1113 KESIHATAN KOMUNITI 1

Akhir sekali, PPP juga berperanan dalam melakukan

penyelidikan atau kajian terhadap taburan penyakit dalam kalangan

pekerja. PPP melaksanakan program kepastian kualiti (QAP) mengikut

garis panduan yang telah ditetapkan oleh kementerian. Dengan

melaksanakan program itu akan dapat mengenalpasti keperluan kualiti

perkhidmatan kesihatan di dalam pekerja melalui penyelidikan di dalam

negara kepada setiap pekerja untuk memastikan produktif pekerja

berkualiti.

18
MACH 1113 KESIHATAN KOMUNITI 1

KESIMPULAN

Sebagai kesimpulan, kesihatan pekerjaan adalah satu perkara

yang amat penting dalam Negara dan kehidupan seharian oleh setiap

pekerja. Perkara itu dikuatkan lagi apabila kesihatan pekerjaan ini

merangkumi semua aspek kesihatan pekerjaan. Ketelusan setiap

pekerja amat diharapkan semasa bekerja agar mereka mampu

melaksanakan pekerjaan mengikut arahan dan panduan yang telah

ditetapkan dengan telus. Kecekapan pekerja dalam mengendalikan

tugas akan mengurangkan risiko yang membahayakan diri mereka.

Setiap pekerja menikmati keistimewaan kerana dalam kesihatan

pekerjaan akan melindungi keselamatan dan kesihatan mereka. Segala

perkara yang terkandung dalam kesihatan pekerjaan dijayakan lagi

dengan kehadiran Penolong Pegawai Perubatan yang membantu dalam

mengawal keadaan cemas di sesuatu tempat kerja. Tanggungjawab

seorang PPP adalah dengan mempromosikan kesihatan pekerjaan

supaya setiap pekerja di seluruh Negara memahami tentang sesuatu

akta ataupun perundangan yang dilaksanakan. Pelbagai kebaikan bakal

diperoleh sekiranya setiap pekerja memahami dan patuh pada arahan

yang dikeluarkan oleh pihak yang terlibat & berkuasa.

19
MACH 1113 KESIHATAN KOMUNITI 1

RUJUKAN

1. PENGARANG - LAMAN WEB RASMI JABATAN KESELAMATAN

http://thestorytellingmyworld.blogspot.my/2011/07/keselamatan-

dan kesihatan-pekerjaan.html

2. SUMBER - WIKIPEDIA

https://ms.wikipedia.org/wiki/Kesihatan_dan_keselamatan_pekerja

an

3. PENGARANG – HAFIZ FIZ

http://sasukeikanlaga.blogspot.my/

20

Anda mungkin juga menyukai