Anda di halaman 1dari 4

SEJARAH & PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU

BAHASA MELAYU KLASIK


(Soalan Sebenar STPM: 1992-2000)

01

Sebermula dihikayatkan oleh empunya hikayat adapun negeri Palembang itu


Palembang yang ada sekarang inilah; dahulukala negeri ini terlalu besar dan akan
raja Palembang yang bernama Demang Lebar Daun itu, ada beranak seorang
perempuan terlalu baik parasnya, tiada berbanding parasnya, pada zaman itu Wan
Sendari namanya. Maka dipersembahkan oleh Wan Empuk dan Wan Malini pada
Sang Sapurba Demang Lebar Daun ada beranak seorang perempuan maka disuruh
pinang oleh Sang Sapurba.

Antara yang berikut, yang manakah ciri-ciri bahasa Melayu klasik yang terdapat dalam petikan
di atas?
I
II

Terdapat ayat songsang


Bentuk ayat pasif digunakan

III Terdapat penggunaan kata pangkal ayat


IV Tidak ada unsur-unsur bahasa Sanskrit

A
B

I dan II
III dan IV

I, II dan III
I, II dan IV

C
D

II, III dan IV


1993:19

02 Kedudukan bahasa Melayu yang semakin kukuh dan penting pada abad keenam belas dan
ketujuh belas dapat dibuktikan daripada
I
II
III
IV

catatan-catatan sarjana barat


kamus-kamus ekabahasa dan dwibahasa
surat-surat raja kepada pemerintah barat
daftar-daftar kata bahasa Melayu-bahasa asing

A
B

I dan III
II dan IV

C
D

I, II dan IV
I, III dan IV

II, III dan IV


1993:21

03 Antara yang berikut, yang manakah batu-batu bersurat yang memberikan maklumat yang tepat
tentang bukti bahawa bahasa Melayu menerima pengaruh Islam?
I
Minye Tujuh, Aceh
II Talang Tuwo, Palembang
III Kedukan Bukit, Palembang
A
B

I dan III
IV dan V

C
D

IV Pagar Ruyung, Minangkabau


V Sungai Teresat, Kuala Berang
I, II dan V
I, IV dan V

II, III dan IV


1994:16

2
04 Antara yang berikut, yang manakah ciri-ciri umum bahasa Melayu klasik?
I
II
III
IV

Ada pengaruh struktur ayat bahasa Arab


Ayat-ayatnya panjang dan sukar difahami
Ayat-ayatnya ditandai dengan penggunaan pangkal ayat
Pengaruh bahasa Sanskrit adalah jelas terutamanya dari segi kosa kata.

A
B

I, II dan III
I, II dan IV

C
D

I, III dan IV
II, III dan IV

I, II, III dan IV


1994:18

05 Antara yang berikut, yang manakah yang benar tentang bahasa Melayu klasik?
I
II
III
IV

Menggunakan laras bahasa istana.


Mempunyai laras bahasa yang terbatas.
Memperlihatkan pengaruh bahasa Arab yang banyak
Memperlihatkan penggunaan ayat tunggal yang banyak

A
B

I dan IV
II dan III

C
D

I, II dan III
I, II dan IV

II, III dan IV


1995:18

06 Dalam perkembangannya menjadi bahasa Melayu moden, bahasa Melayu klasik banyak
mengalami perubahan dari segi
I
II

makna
sistem ejaan

A
B

I dan II
II dan III

III struktur ayat


IV struktur kata dasar
C
D

I, II dan IV
I, III dan IV

II, III dan IV


1995:19

07

Menunjukkan wujudnya pengaruh Islam


Tidak terdapat pengaruh bahasa Sanskrit
Tulisan yang digunakan ialah tulisan Jawi
Menjadi bukti bahawa bahasa Melayu telah mengalami perubahan

Ciri-ciri di atas menunjukkan ciri batu bersurat yang terdapat di


A
B

Gandasuli
Kota Kapur

C
D

Minye Tujuh
Pagar Ruyung

Sungai Teresat Terengganu


1997:17

08

Alkisah, tersebutlah perkataan Tuanku Batin Alam kembali ke istana yang penuh
cahaya laksana ratna mutu maknikam hendak melihat puteri baginda. Baginda
bersama kebanyakan rakyat baru kembali daripada peperangan. Segala hutan
belantara menjadi padang, bumi bergetar seperti gempa, gunung bergerak runtuh,
tanah yang tinggi menjadi rata, batu pun habis berpelantingan, sungai pun habis
kering, dan jika halilintar berbunyi di langit sekalipun tiada kedengaran daripada
kesangatan bunyi tempik sorak para hulubalang.
Ciri bahasa klasik dalam petikan di atas dapat dilihat daripada penggunaan
I
II

bahasa istana
bahasa halus

III kata pangkal ayat


IV ungkapan usang/klise

A
B

I dan IV
II dan III

C
D

I, II dan IV
I, III dan IV

II, III dan IV


1997:19

09 Antara yang berikut, yang manakah penyataan yang menunjukkan bahawa bahasa Melayu
klasik telah mengalami zaman kegemilangan?
I
II
III
IV

Menjadi bahasa istana


Mempunyai pelbagai laras
Menjadi lingua franca di Nusantara
Terdapat banyak karya tertulis dalam bahasa tersebut

A
B

I dan II
III dan IV

C
D

I, II dan III
I, III dan IV

II, III dan IV


1998:17

10 Antara ayat bahasa klasik yang berikut, yang manakah ayat songsang?
I
II
III
IV

Maka terlalu gundah tuan puteri mendengar berita itu


Maka dengan berkat nujum tua, penyakit Tuanku pun sembuhlah
Maka ketiga-tiga anak raja itu turun ke bumi menemui bondanya
Maka Tuanku Permaisuri pun berputeralah seorang puteri, cantiknya seperti bulan empat
belas.

A
B

I dan II
I dan IV

C
D

II dan III
II dan IV

III dan IV
1998:18

11 Perbezaan antara bahasa Melayu klasik dengan bahasa Melayu moden jelas dilihat dari segi
penggunaan
I
II

tanda baca
kosa kata

A
B

II dan III
II dan IV

III binaan ayat


IV kata pangkal ayat
C
D

I, II dan III
I, III dan IV

II, III dan IV


1998:21

4
12

Pagar Ruyung, Aceh (1356)


Minye Tujuh, Aceh (1380)

Sungai Teresat, Kuala Berang (1303)


Antara yang berikut, yang manakah penyataan yang benar tentang bahasa Melayu pada batubatu bersurat di atas?
I
II
III
IV

Tulisan Arab telah digunakan dalam bahasa Melayu


Perkembangan bahasa Melayu bermula di Aceh
Bahasa Melayu digunakan sebagai bahasa pentadbiran
Peralihan pengaruh Hindu-Islam wujud dalam bahasa Melayu

A
B

I dan II
II dan III

C
D

II dan IV
I, II dan IV

I, III dan IV
2000:16

13

Sebermula adapun Raja Kecik lepaslah ia ke Riau maka waktu hendak lalu maka
berjumpalah ia dengan perahu Bugis Pendewakan tiga buah.
Ciri bahasa Melayu klasik yang terdapat dalam petikan di atas ialah
I
II
III
IV

menggugurkan subjek
menggunakan ayat songsang
menggunakan penanda pangkal ayat
menggunakan ayat tunggal yang panjang

A
B

I dan II
I dan III

C
D

I dan IV
II dan III

II dan IV
2000:18

Susunan SuhaimiMohdSalleh SMKSultanOmar, 2009

Anda mungkin juga menyukai