Anda di halaman 1dari 3

PROGRAM GILAP PERMATA BM SPM 2011

KERTAS KERJA
PROGRAM GILAP PERMATA SPM 2011
PANITIA BAHASA MELAYU
1.0 PENDAHULUAN
Selaras dengan Dasar Pendidikan Kebangsaan yang termaktub dalam Akta
Pendidikan 1996, Bahasa Melayu ialah mata pelajaran teras di semua sekolah
rendah dan menengah. Akta tersebut mewajibkan Bahasa Melayu diajar 6 waktu
seminggu di peringkat sekolah menengah. Namun, kepentingan belajar Bahasa
Melayu sering dipandang mudah oleh kebanyakan generasi muda pada hari ini
walau pun mata pelajaran ini dijadikan syarat wajib lulus Sijil Pelajaran Malaysia
(SPM) . Kecemerlangan mata pelajaran Bahasa Melayu juga menjadi kayu pengukur
kecemerlangan sesebuah sekolah. Untuk memastikan kecemerlangan sekolah,
emosi para pelajar perlu diutamakan, justeru menyedari akan hakikat ini, Panitia
Bahasa Melayu bersetuju untuk menamakan program ini sebagai Program Gilap
Permata BM SPM 2011 iaitu mengadakan kelas tambahan untuk calon-calon pelajar
cemerlang SPM dengan bimbingan guru.
2.0 RASIONAL
Memandangkan kuantiti pelajar yang lulus sukar dicapai kerana beberapa faktor,
maka program ini diharap dapat meningkatkan kualiti pencapaian A dalam SPM 2011
. Program ini perlu untuk memberi tumpuan sepenuhnya kepada pelajar yang
disasarkan cemerlang SPM. Selain itu, dapat mengeratkan hubungan antara pelajar
dengan guru bagi menimbulkan rasa selesa kepada pelajar dan memudahkan guru
untuk memberi tumpuan kepada aspek-aspek kelemahan pelajar dengan lebih
terperinci setelah komunikasi dua hala yang berkesan antara kedua-duanya wujud
kerana kumpulan pelajar yang kecil.
3.0 TEMA
Murid Cemerlang, Sekolah Gemilang
4.0 MATLAMAT
4.1 Melahirkan pelajar cemerlang Bahasa Melayu.
4.2 Meningkatkan prestasi Panitia Bahasa Melayu
5.0 OBJEKTIF
5.1 Mengeratkan hubungan antara guru dan pelajar.
5.2 Mengesan kelemahan pelajar supaya dapat mengambil tindakan awal
memperbaiki prestasi.
5.3 Mengatasi kesilapan yang mudah dilakukan.
5.4 Melahirkan pelajar yang berkeyakinan dalam menjawab soalan
peperiksaan.
5.5 Meningkatkan kualiti pencapaian mata pelajaran Bahasa Melayu dalam
peperiksaan SPM.

6.0 TARIKH
6.1 Program Gilap Permata BM SPM akan bermula pada minggu ganjil Mac
sehingga Oktober 2011, pada setiap hari Jumaat dari jam 3.00 petang sehingg 4.30
petang.
7.0 TEMPAT
Rujuk Lampiran 1
8.0 SASARAN
8.1 Calon cemerlang Panitia Bahasa Melayu SPM seramai 62 orang
Rujuk Lampiran 1
9.0 KEWANGAN
Peruntukan Panitia Bahasa Melayu anggaran RM 415.00 untuk membeli Buku
Latihan SPM Bahasa Melayu dan hadiah galakan.
Sila rujuk lampiran 2.
12.0 ORGANISASI
Sila rujuk Lampiran 3 (i) dan 3(ii)
13.0 TENTATIF PROGRAM
PERJUMPAAN
HARI & MASA
AKTIVITI
Perjumpaan
Jumaat
(Selepas waktu sekolah)
3.00 4.30 petang
- Kelas Tambahan Terancang
- Perjumpaan Individu
14.0 PENUTUP
Objektif program ini sungguh murni dan rasional. Jika kita tidak dapat menjadi suria
menerangi alam semesta pada waktu siang hari, cukuplah kita mampu menjadi
bintang menerangi dan memandu pengembara di padang pasir pada malam hari,
rentetan daripada kata-kata menarik itu adalah diharapkan Program Gilap Permata
Bahasa Melayu SPM mampu menjadi wadah dalam melahirkan pelajar-pelajar yang
cemerlang.
LAMPIRAN 2

ANGGARAN PERBELANJAAN
PROGRAM GILAP PERMATA
BAHASA MELAYU
SPM 2011
Pendapatan
1. Peruntukan mata pelajaran teras Panitia Bahasa Melayu & Kecemerlangan Negeri
Melaka.
Perbelanjaan
1. Buku Latih-Tubi BM SPM RM4.50 senaskah
70 naskah RM315.00
2. Hadiah Galakan RM100.00
Jumlah Anggaran Keseluruhan RM415.00
LAMPIRAN 3 (i)
JAWATANKUASA KERJA
PROGRAM GILAP PERMATA
BAHASA MELAYU
SPM 2011
Pengerusi : Tuan Haji Zolkaply Bin Yunus
Pengetua
SMK Tun Mutahir
Naib Pengerusi : Pn.Hjh.Kamariah Bt. Othman
Guru Penolong Kanan Kurikukulum
SMK Tun Mutahir
Penyelaras : Puan Latifah Bt. Hassan
Guru Kanan Mata Pelajaran ( Bahasa )
SMK Tun Mutahir
Setiausaha : Puan Zawiyah Binti Mohd
Ketua Panitia Bahasa Melayu
Guru Pembimbing :
1. Pn.Zawiyah Bt. Mohd
2. Pn.Latifah Bt. Hassan
3. En.Zakaria Bin Ahmad
SENARAI NAMA PELAJAR PROGRAM GILAP PERMATA BM SPM 2011

Anda mungkin juga menyukai