Anda di halaman 1dari 18

PERKAMUSAN

DEFINISI
Mengikut The American College Dictionary
(1960:36), kamus ialah buku yang berisi pilihan kata
sesuatu bahasa atau sesuatu kelas kata khusus,
biasanya disusun mengikut abjad dengan
penjelasan makna serta maklumat lain dinyatakan
atau dilahirkan dalam bahasa yang sama atau
dalam bahasa yang lain.
Kamus juga dimaksudkan sebagai buku rujukan
yang memuatkan daftar kata atau gabungan kata
dengan keterangan pelbagai makna dan
penggunaan dalam bahasa, biasanya mengikut
abjad (Harimurti Kridalaksana, 1982:73).

MINGGU 9

Konsep Dasar dalam Perkamusan


Ada tiga konsep penting dalam penciptaan
kamus, iaitu tipologi, leksikologi, dan
leksikografi.
Tipologi
Dari sudut bahasa bermaksud pengelompokan
bahasa berdasarkan ciri-ciri fonologi, nahuan
atau leksikal untuk menentukan jenisnya yang
lalu daripada perkembangan sejarah (Hartmann,
1972:243).
Leksikologi
Ialah ilmu untuk mempelajari dan menganalisis
kosa kata melalui perkembangan bentuk dan erti
(makna) dengan bantuan bidang etimologi (asal
usul kata).

Leksikografi
Bidang leksikografi merupakan bidang linguistik
terapan yang garapannya mencakupi teknik dn
metodologi penyusunan. Leksikografi juga
adalah cabang leksikologi yang mengkaji dasar
dan kaedah penyusunan kamus, iaitu dari segi
pengumpulan data, pemilihan data, dan
pengabjadan, di samping penyusunan definisi
dan pemberian makna.

Sejarah Perkamusan Melayu


Berdasarkan sejarah perkembangannya, terdapat
tiga jenis kamus yang dihasilkan, iaitu:

Kamus awal yang hanya dikarang dalam bentuk


senarai kata dan istilah tertentu.
Kamus yang disusun bersama dengan deskripsi
tatabahasa BM
Kamus yang dibentuk seperti yang terdapat kini
3

Kamus Awal

Senarai kata yang pertama diketahui ialah


senarai Melayu-Cina yang dikatakan terkarang
sebelum kurun ke-15. Senarai ini tertulis dalam
bahasa Cina.

Senarai kedua yang ditulis oleh Pigafetta pada


tahun 1521 menggunakan bahasa Melayu-Latin,
dan menggunakan tulisan Rumi.

Senarai ketiga dikarang oleh Frederick de


Houtman (1603) dalam bahasa Belanda, juga
mengandungi kata bahasa Malagasi.

Casper Wiltens dan Sebastian Danskearts


telah menerbitkan kamus Belanda-Melayu dan
Melayu-Belanda pada tahun 1622.

Kamus dan Tatabahasa

David Haex menyusun sebuah kamus bertajuk


Dictionarium Malaico-Latino et LatinumMalaicum pada tahun 1931.
Tahun 1701, Thomas Bowery telah menyusun
sebuah kamus Melayu-Inggeris yang
mengandungi deskripsi tatabahasa.
William Marsden telah menghasilkan kamus
yang sangat penting pada tahun 1521 kerana
dianggap kamus pertama yang sempurna.
Marsden juga menulis sebuah kamus jilid lain
pada tahun yang sama, iaitu The Grammar of
the Malayan Language dalam tulisan Rumi dan
Jawi.
Tahun 1852, John Crawfurd telah menghasilkan
kamus yang diberi judul The Grammar and
Dictionary of the Malay Language.
Winstedt telah menyusun kamus pada tahun
1922, Hamilton tahun 1923, dan Swettenham
pada tahun 1927.

Selepas tahun 1930-an, baharu muncul ahli


perkamusan Melayu seperti Shamsuddin Mohd.
Yunus (1935), Mustapha Abdul Rahman Mahmud
(1940), Haji Abdul Hamid Ahmad (1941),
Mohammad Haniff (1955), Mohd. Shah Munji dan
Abdullah Samad (1975), Farid Wajidi (1959),
Zainal Abidin Safarwan (1966), dan lain-lain lagi.

Kamus Moden
Usaha yang jelas dalam konteks ini dilakukan
oleh pihak Dewan Bahasa dan Pustaka. Ada tiga
jenis kamus yang dihasilkan, iaitu kamus
ekabahasa, kamus dwibahasa, dan kamus
pancabahasa.

Penjenisan Kamus Berdasarkan Bahasa


Kamus ekabahasa, contohnya Kamus Dewan.
Kamus dwibahasa, contohnya Kamus Dwibahasa
Dewan dan Kamus Inggeris-Melayu Dewan
Kamus pancabahasa

Penjenisan Kamus Berdasarkan Struktur


Kandungan
Kamus panduan
Kamus ensiklopedia
Kamus tersaurus
Kamus definisi
Kamus sejarah
7

Penjenisan Kamus Berdasarkan Fungsi

Kamus umum

Kamus khusus

Penjenisan Kamus Berdasarkan Pengguna

Kamus pelajar

Kamus pelancong

Kamus bidang

Jenis-jenis Kamus
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.
9.
10.
11.
12.

Daftar Kata
Glosari
Indeks
Kamus Sebutan
Kamus Istilah
Kamus Idiom
Daftar Istilah
Tesaurus
Kamus seerti (sinonim)
Ensiklopedia
Kamus pelancong
Kamus umum

TATABAHASA
Definisi
Perkataan tatabahasa atau nahu adalah
terjemahan daripad kata grammar. Perkataan
grammar pula berasal daripada bahasa Greek
yang makna asalnya ialah satu seni bacaan dan
penulisan. Kemudian, perkataan ini digunakan
sebagai istilah umum untuk kajian dan pemerian
bahasa.
Abdullah Hassan (1993: 1) mendefinisikan
tatabahasa sebagai satu kumpulan petua bagi
membentuk perkataan, frasa, klausa, dan ayat.
Arbak Othman (1981:1) pula menyatakan ciri-ciri
bahasa Melayu yang teratur dan kemas dipanggil
oleh ahli bahasa sebagai sistem yang
berperaturan. Peraturan sistem pengucapan
inilah yang kita fahami sebagai tatabahasa.
10

Jenis-jenis Tatabahasa
1.

Tatabahasa Sejarawi (historis)


Mempunyai kaitan dengan linguistik historis,
iaitu satu cabang kajian bahasa yang melihat
perkembangan bahasa mengikut masa dan
zaman. Penelitian dilakukan melibatkan
beberapa aspek, seperti struktur,
perbendaharaan kata, ejaan, dan sebagainya,
di samping membincangkan sebab dan akibat
perubahan yang berlaku.
Dalam konteks BM, misalnya struktur ayat
dalam karya sastera klasik adalah berbeza
dengan struktur ayat yang digunakan kini.
Dari segi perkataan, terdapat sesetengah
perkataan yang mengalami kehilangan fonem
tertentu walaupun maksudnya tidak berubah,
misalnya kata sahaya, sahaja, halipan, dan
senantiasa yang banyak digunakan dalam
karya sastera lama, sekarang dinyatakan
sebagai saya, saja, lipan, dan sentiasa.

11

Dari segi sistem ejaan pula, bunyi-bunyi seperti


[ O ], [ ], [ ], dan [ ] yang dulunya dieja
dengan th, sh, dh, dan dz sekarang menjadi s,
sy, d, dan z sahaja.
2.

Tatabahasa Tradisional
Adalah sejenis tatabahasa yang tertua.
Tatabahasa ini mementingkan peraturan
preskriptif yang mesti dipatuhi. Salah satu ciri
tatabahasa tradisional ialah berdasarkan satu
model bahasa yang dianggap lengkap, ideal,
dan baik. Bahasa yang dijadikan model ialah
bahasa Greek dan Latin yang telah dikaji oleh
Aristotle dan Plato. Aspek tumpuan
penganalisisan ialah penggolongan perkataan
(parts of speech atau classes of words).

12

Bagi BM, Tatabahasa Zaba tergolong dalam


tatabahasa tradisional. Dalam bukunya, Pelita
Bahasa Melayu I, Zaba menyatakan
tatabahasa yang dihasilkannya adalah
berasaskan tatabahasa bahasa Inggeris dan
tatabahasa bahasa Arab. Beliau
membahagikan perkataan BM kepada lima
gologan, iaitu nama, perbuatan, sendi, sifat,
dan seruan. Beliau juga mengemukakan aspek
pembentukan kata, iaitu penggunaan
penambah (imbuhan), membincangkan rangkai
kata dan ayat. Semua aspek ini dibincangkan
berdasarkan makna, bukan bentuk atau
struktur.
3.

Tatabahasa Struktural atau Tatabahasa


Deskriptif
Tatabahasa ini muncul pada abad ke-20.
Antara ahli bahasa yang menganuti aliran ini
ialah de Saussure, Bloomfield, Harris, dan
Otto Jesperson.

13

Golongan ini berpendapat bahawa struktur bahasa


mempunyai pertalian yang rapat antara unit fonem
sebagai unit bunyi dengan morfem sebagai unit
tatabahasa.
Ahli bahasa Struktural juga menganggap bahasa
sebagai satu sistem bunyi pertuturan yang arbitrari
(sewenang-wenang) untuk menyatakan sesuatu
keadaan, objek atau konsep yang digunakan
dalam komunikasi manusia. Mereka juga memberi
keutamaan kepada bahasa lisan daripada bahasa
tulisan.
Selain itu, ahli Tatabahasa Struktur juga
berpendapat bahawa setiap bahasa terdiri
daripada pertalian struktur yang tersendiri. Oleh
itu, kajian bahasa melibatkan beberapa aspek,
iaitu fonologi, morfologi, dan sintaksis.

14

Bidang Fonologi
Bidang ini mengkaji bunyi-bunyi yang diucapkan
oleh manusia yang boleh dibahagikan kepada:
a.

Fonetik: bidang yang mengkaji segala bunyi


dan memberikan lambang atau simbol
fonetik yang ditulis dalam kurungan [ ],
misalnya [ ],
[ ], [ ], dan sebagainya.
Dalam bidang ini juga, kajian dilakukan
tentang bunyi-bunyi yang dihasilkan oleh
organ sebutan. Bunyi-bunyi ini dikelaskan
kepada bunyi vokal, konsonan, dan diftong
yang dikelaskan pula kepada bahagian yang
lebih kecil, seperti nasal, glottal, afrikat, dan
sebagainya.
b.

Fonemik: bidang ini mempunyai kaitan yang


rapat dengan hidang fonetik kerana keduaduanya mengkaji bunyi bahasa. Dalam
bidang ini, data yang dikumpulkan oleh
bidang fonetik dikelaskan bunyi-bunyi yang
mempunyai persamaan berdasarkan sifat
atau
ciri yang sama ke dalam sesuatu
fonem.
Fonem ini ditulis dengan tanda / /, misalnya /
cawan/, /baca/ dll.

15

Bidang Morfologi
Dalam bidang ini, huraian dilakukan tentang
morfem dan hubungannya dalam pembentukan
kata. Dalam BM, morfem boleh dibahagikan
kepada dua, iaitu morfem bebas dan morfem
terikat.
Bidang Sintaksis
Bidang ini lebih tertumpu kepada cara
pembentukan ayat dan rangkai kata. Ahli
Linguistik Struktural menumpukan perhatian
kepada perkembangan unsur-unsur dalam ayat
(konstituen dalam ayat). Sesuatu ayat dianalisis
dengan membahagikannya kepada konstituen,
dan setiap konstituen itu dikaitkan pula dengan
konstituen yang lebih besar. Cara pembahagian
ini dikenali sebagai konstituen terdekat.

16

Tatabahasa Transformasi Generatif (TG)


Aliran tatabahasa ini muncul pada tahun 1950-an
yang dikenali sebagai Transformasi Generatif.
Pelopor aliran ini ialah Noam Chomsky dengan
bukunya Syntactic Structure (1957) dan
Aspects of the Theory of Syntax (1965).
Mengikut tatabahasa ini, semua bahasa dianalisis
berdasarkan korpus bagi memudahkan
seseorang yang mempelajari bahasa membina
ayat yang baharu dan memahami pertuturan
orang lain yang tidak pernah didengarnya. Dua
istilah penting yang digunakan dalam tatabahasa
ini ialah:
a.

Competence (kecekapan): kecekapan dan


pengetahuan bahasa yang implisit yang ada
pada seseorang.

b. Perfomance: prestasi seseorang


menggunakan bahasa yang diketahuinya
mengikut keadaan yang sesuai.

17

Yang dimaksudkan dengan transformasi dalam


konteks ayat ialah menerbitkan atau menukarkan
sesuatu ayat asas (kernel sentences) kepada
ayat yang lebih pelbagai atau sebaliknya, atau
transformasi kepada ayat yang lain.
Analisis bahasa yang dilakukan oleh ahli TG ini
bertujuan menghasilkan rumus yang lengkap
berdasarkan kecekapan berbahasa penutur jati.
Rumus-rumus ini ialah Rumus Struktur Frasa
dan Rumus Transformasi. Rumus Struktur
Frasa (rumus dasar) terdiri daripada rumus yang
dapat menerbitkan ayat permulaan yang menjadi
ayat dasar. Rumus transformasi pula terdiri
daripada rumus-rumus yang dapat mengubah
struktur dalaman serta memperluas unsur dalam
ayat atau frasa melalui proses pengguguran,
penyusunan semula, dan peluasan.

18

Anda mungkin juga menyukai