Anda di halaman 1dari 4

PELAN OPERASI

KURSUS PEMBANGUNAN STAFF 2008


SMK ULU SAPI.

1.0 RASIONAL
Program Latihan Dalaman merupakan salah satu program yang di rangka untuk guru-
guru SMK Ulu Sapi bagi tahun 2007. Ia bertujuan untuk membantu dan mendedahkan
warga pendidik di sekolah ini mengenai skop tugas dan tanggunjawab mereka. Ia
seterusnya diharapkan mampu meningkatkan prestasi guru-guru.

2.0 MATLAMAT
Matlamat utama program ini adalah untuk memberikan pendedahan kepada guru-guru
mengenai skop dan bidang tugas mereka.

3.0 OBJEKTIF
3.1 Memberikan pendedahan mengenai tugas dan tanggungjawab seorang guru.
3.2 Memberi pendekatan terkini dalam sistem Pengajaran dan Pembelajaran.
3.3 Mendedahkan guru-guru kepada sistem pengurusan disiplin, kelas dan panitia
yang terkini.

4.0 SASARAN
Kakitangan mengajar dan bukan mengajar SMKUS

5.0 AHLI JAWATANKUASA


Penaung : En Nor Aslam Mano Abdullah
Penasihat : En Anuwar Mohamad
Pengarah : En Alimudin Jabbar
Setiausaha : Cik Nursia Pare

6.0 TARIKH CADANGAN


8-10 Februari 2008

7.0 AKTIVITI CADANGAN


7.1 Pengurusan Kelas yang berkesan.
7.2 Budaya Kerja Cemerlang
7.3 Pengurusan P & P berkesan
7.4 Pengurusan Disiplin
7.5 Pengurusan Fail Panitia Berkesan
8.0 BUTIRAN KEWANGAN
Sila rujuk kertas kerja Program

9.0 KESIMPULAN
Diharapkan dengan adanya Program Peningkatan Staff akan memberikan pendedahan
penting kepada warga pendidik SMK Ulu Sapi yang dapat membantu dalam
meningkatkan kualiti sekolah secara amnya. Kami juga berharap program ini akan
menjadi program tahunan demi memastikan visi dan misi sekolah akan tercapai.

Disediakan oleh:

__________________
ALIMUDIN JABBAR
Pengarah
Kursus Pembangunan Staff 2008
PELAN OPERASI

MINGGU SUAI-KENAL PELAJAR TINGKATAN SATU 2008


SMK ULU SAPI.

1.0 RASIONAL
Selaras dengan kemasukan pelajar-pelajar baru tingkatan satu bagi sesi persekolahan
2008, adalah dirasakan perlu diadakan Minggu Suai-Kenal pelajar baru. Ini adalah untuk
memastikan mereka akan berasa selasa dan dapat menyesuaikan diri dengan mudah di
alam persekolahan menengah.

2.0 MATLAMAT
Membantu proses penyesuaian diri pelajar-pelajar baru tingkatan satu ke alam
persekolahan di Sekolah Menengah.

3.0 OBJEKTIF
3.1 Membantu proses penyesuaian diri pelajar baru.
3.2 Membentuk keyakinan diri pelajar-pelajar baru Tingkatan Satu

4.0 SASARAN
Pelajar-pelajar baru Tingkatan Satu.

5.0 AHLI JAWATANKUASA


Penaung : En Nor Aslam Mano Abdullah
Penasihat : En Anuwar Mohamad
Penyelaras : En Mohd Ridwan Anang@Talib
Setiausaha : En Muhd Syahrin Abd Razak

6.0 TARIKH DAN LOKASI CADANGAN


3-11 Januari 2008/ SMK Ulu Sapi

7.0 AKTIVITI CADANGAN


7.1 Pengenalan kepada Persekitaran SMK Ulu Sapi
7.2 Sesi bersama Unit Hal Ehwal Murid
7.3 Sesi bersama Unit Kokurikulum
7.4 Ujian Penempatan Tingkatan Satu
8.0 BUTIRAN KEWANGAN
Sila rujuk kertas kerja Program

9.0 KESIMPULAN
Pelaksanaan program ini diharapkan dapat menggalakan lagi penglibatan pelajar di dalam
kegiatan kokurikulum dan seterusnya membantu mewujudkan keyakinan berkomunikasi
menggunakan Bahasa Inggeris di kalangan pelajar SMK Ulu Sapi

Disediakan oleh: Disahkan oleh:

--------------------------------------------- ------------------
--------
MOHD RIDWAN ANANG@TALIB
Penyelaras
Program Friday is English Day

Anda mungkin juga menyukai