Anda di halaman 1dari 19

Nama: Aina Mardhiyah bt Mohd Amir

Matrik: DP20055032
Subjek: Pengantar Psikologi PSY 2013
Pensyarah: Puan Farisma binti Reping
DEFINISI
TINGKAHLAKU BILAZIM
• Bermaksud → jauh dari norma yang
sepatutnya, atau berbeza dari kebiasaan
• Ia juga ialah sifat, pemikiran dan tingkah
laku seseorang yg diklasifikasikan sebagai
tidak normal.
• Psikologi bilazim menurut pakar:
 Singgih Digagunarsa: Psikologi Bilazim ialah
bidang psikologi yang berkaitan dengan
halangan atau gangguan keperibadian,
kandungan dan proses mental.
• Istilah lain: Gangguan mental, Mental
illness, Mental disorder
2
TINGKAH LAKU TIDAK
NORMAL
• Dua ciri utama:
1. Ia adalah suatu tingkah laku yang tidak
sesuai (maladaptive). Ia menjadikan
sukar bagi seseorang itu memenuhi
keperluan hidup sehariannya.
2. Kecelaruan psikologikal melibatkan
kehilangan kemampuan untuk mengawal
pemikiran, tingkah laku, atau perasaan
sewajarnya.

3
FAKTOR PENYEBAB PSIKOLOGI BILAZIM

Antara penyebab kepada psikologi bilazim


1. Keadaan sosial: kemiskinan, keadaan hidup serba kekurangan, tiada
tempat tinggal, keadaan masyarakat yang tidak terurus.
2. Faktor keluarga: Ibubapa yang tidak matang, penjenyah,
melakukan penderaan terhadap kanak-kanak, kehidupan rumah
tangga yang hidup melarat dan menderita, hubungan ahli keluarga
yang renggang.
3. Faktor Psikologikal: Stress, tahap IQ yang rendah, proses
pembelajaran yang bercelaru dan tidak berstruktur.
4. Faktor Biologikal: kecacatan genetik, penjagaan yang lemah
sebelum lahir, ketidak upayaan fizikal, terdedah kepada bahan toksik,
bahan kimia beracun atau dadah, kecederaan dikepala.
4
KAEDAH PENILAIAN
• Kaedah Pemerhatian Naturalistik
Kaedah yang digunakan unuk memerhatikan tingkah laku
dimana tingkah laku berlaku secara semulajadi. Pengkaji
memerhatikan tingkah laku subjek secara semulajadi tanpa
keadaan buatan.
• Kaedah Eksperimen
Kaedah dimana membolehkan penyelidik menyiasat
hubungan bersebab. Penyelidik dapat memanipulasi situasi
atau perkara tertentu yang menjadi faktor penyebab.
Kemudian melihat hasil dan mengukurnya dalam keadaan
terkawal. Faktor dalam penyelidikan dapat dilihat dengan
meminimumkan risiko yang lain.

5
• Kaedah Korelasi
Kaedah yang digunakan deangan melakukan pengukuran
statistik antara dua atau lebih pembolehubah tetapi
kelemahannya, penyelidik tidak dapat menyelidiki suatu
gejala itu dengan terperinci kerana ianya terhad untuk
mengkaji hubungan.
• Kaedah Epidmiologi
Kaedah ini membolehkan penyelidik menganalisis tingkah
laku pelbagai kumpulan populasi atau pelbagai tetapan.

6
• Kaedah Kajian Kes
Kajian kes banyak digunakan dalam penyelidikan psikologi
yang tidak normal. Kaedah kajian kes bahkan dapat
mempengaruhi perkembangan teori dan bagaimana
menangani tingkah laku yang tidak normal.

7
JENIS-JENIS KECELARUAN
Kecelaruan Psikotik
• Simptom utama:
Hilang kontak dengan realiti
• Tanda-tanda masalah pada keadaan
yang biasa:
1. Individu yang mendengar atau
melihat benda-benda yang tidak
dilihat oleh orang.
2. Minda individu sebenarnya
mengelirukan dirinya sendiri.
8
Kecelaruan rasa cemas
• Simptom Utama:
Tahap cemas yang tinggi
• Tanda-tanda masalah pada keadaan yang
biasa:
1. Individu mengalami serangan rasa
cemas (anxiety attack) dan rasa seolah-
olah hendak mati.
2. Individu rasa takut untuk melakukan
sesuatu walaupun kebanyakan orang
lain tidak merasakan sebegitu.
9
Kecelaruan Somatoform (kesihatan badan)
• Simptom utama:
Rasa sengal-sengal badan walaupun
pada keadaan fizikal, sebenarnya tidak
sakit.
• Tanda-tanda masalah pada keadaan
yang biasa:
1. Individu merasa sakit secara fizikal
tetapi doktor mengatakan tidak ada
sebarang masalah pada diri individu
tersebut.
2. Individu telah diselebungi dengan
pemikiran yang dia sedang sakit. 10
Kecelaruan ‘mood’

• Simptom utama:
Mania atau kesedihan
• Tanda-tanda masalah pada keadaan
yang biasa:
1. Individu berasa sedih dan tidak
bermaya.
2. Individu bercakap terlalu kuat atau
terlalu cepat dan tergesa-gesa untuk
mengeluarkan idea dan perasaan
sehingga orang lain merasakan ia
tidak munasabah.
11
Kecelaruan Pengasingan (Dissociative)

• Simptom utama:
Amnesia, perasaan yang tidak berada
dalam keadaan sebenar (unreality), identity
berganda (multiple identities)
• Tanda-tanda masalah pada keadaan yang
biasa:
1. Terdapat banyak jurang yang luas di
dalam memori individu.
2. Individu merasa dia begitu asing
dengan dirinya sendiri.

12
Kecelaruan Personaliti

• Simptom utama:
Pola personaliti yang tidak sihat
• Tanda-tanda masalah pada keadaan
yang biasa:
Pola tingkah laku individu mewujudkan
masalah yang berulang kali, sama ada di
tempat kerja, di sekolah ataupun
hubunganya dengan orang lain.

13
Kecelaruan Identiti seksual dan gender
• Simptom utama:
Identiti gender yang terganggu, tingkahlaku
seksual yang devian (perlakuan yang
menyimpang dari norma masyaraka tertentu),
masalah penyesuaian seksual.
• Tanda-tanda masalah pada keadaan yang
biasa:
1. Individu boleh mendapat kepuasan seks
hanya melibatkan dirinya dengan
tingkahlaku seksual tidak biasa dilakukan.
2. Individu mengalami masalah yang
berkaitan dengan keinginan seks atau
kepuasan seks. 14
Kecelaruan yang berkaitan dengan bahan
(substance)
• Simptom utama:
Gangguan-gangguan yang melibatkan
dengan salah pengunaan dadah atau
kebergantungan (dependence)
• Tanda-tanda masalah pada keadaan
yang biasa:
1. Individu yang mengambil minuman
keras dengan berlebihan (Alcoholic)
2. Ketagihan dadah
3. Mengambil ubat-ubatan lebih dari
sukatan yang dibenarkan.
15
RAWATAN
• Rawatan Biologikal
Ia bagi mengurangkan kecelaruan
psikologikal dengan mengubah fungsi-
fungsi badan. Kaedah ini menganggap
masalah ini berkaitan dengan sistem
saraf.
Antara rawatan biologikal:
 Terapi ubatan
1. Anti-anxiety (mengawal
kebimbangan)
2. Anti-depressed (mengawal mood)
3. Anti-psychotic (masalah kecelaruan
psikologikal yang teruk) 16
 Terapi elektrokonvulsif
Juga dikenal sebagai shock therapy. Ia
digunakan bagi merawat masalah
kemurungan yang teruk dan tidak
menunjukkan respon dengan baik. Tetapi
kini jarang digunakan.

 Pembedahan (psychosurgery)
Ia dilakukan untuk membuang atau
merosakkan tisu bahagian otak yang
dikenal pasti sebagai punca masalah.

17
• Psikoterapi
Suatu proses dimana satu ataupun lebih
ahli profesional kesihatan mental
membantu, melalui kaedah-kaedah
psikologi. Ia bagi membantu pesakit
mengenal pasti, mendefinisi dan
mengatasi masalah psikologikal dan,
hubungan interpersonal dan
meningkatkan daya penyesuaian.

18
• Pendekatan sosiobudaya
Ia menekankan rawatan dan pemulihan
perlu dilakukan dalam masyarakat
kerana pembinaan hubungan antara
individu . Rawatan dapat dilakukan
secara dalam kumpulan (self-help
groups) atau terapi keluarga..

19

Anda mungkin juga menyukai