Anda di halaman 1dari 23

BAB 12

GANGGUAN
PSIKOLOGI
Disediakan oleh
Mohamad Hafizuddin Bin Harun
PENGANTAR PSIKOLOGI
ABNORMAL
• DSM IV-TR (Manual Diagnostik dan Statistik) adalah
buku standard psikologi abnormal dan psikiatri di
Amerika – terdiri daripada senarai penyakit dgn
penerangan terperinci mengenai apa yang
dimaksudkan kecelaruan/gangguan
• Ia menyediakan tanda-tanda dan maklumat umum
yg lain yg dapat membantu ahli psikologi dan pakar
statistic dlm mendiagnosis kecelaruan tertentu
• Penilaian penyakit mental sering mencerminkan
nilai-nilai semasa budaya, trend social, kuasa politik
serta pengetahuan saintifik
Kriteria Membuat Diagnosis Untuk Tingkah Laku Tidak
Normal
Kriteria Penerangan
Devians • Tingkah laku individu yg menyimpang dari norma social sering
dikatakan mempunyai gangguan
• Apabila individu bertingkahlaku yang berlawanan dgn tingkahlaku
sosial yg diterima, mereka biasanya dilabel tidak normal
• Cth homoseksual dianggap sbg tingkahlaku tidak normal oleh pakar
psikologi tetapi telah diterima oleh banyak negara di seluruh dunia

Tingkah • Tingkahlaku dinilai tidak normal apabila ia menghalang individu


laku daripada berfungsi secara normal dalam kehidupan seharian
maladaptif mereka
• Cth alcohol dan penggunaan dadah adalah tidak normal, tetapi
apabila penggunaannya mula mengganggu fungsi social atau
pekerjaan seseorang, masalah penyalahgunaan bahan menjadi
terjejas
Distres • Diagnosis gangguan psikologi sering berdasarkan huraian subjektif
peribadi seseorang individu yang sakit menderita atau distress peribadi
• Kebiasaannya individu yg mengalami kemurungan dan keresahan
3 Model Berpengaruh Tingkah Laku Tidak Normal Yang Sedia Ada
Model Penerangan
Biologikal • Gangguan psikologi adalah disebabkan oleh kerosakan fisiologikal
dalam sistem otak dan saraf
• Cth orang yang mengalami kemurungan dipercayai mempunyai
fungsi kelenjar endokrin yg abnormal yg melepaskan kurang
endorfin atau “hormone gembira”

Psikoanalitik • Mengandaikan bahawa gangguan psikologi disebabkan oleh konflik


ketidaksedaran diri yg biasanya boleh dikesan pada kanak-kanak
• Cth individu yg tidak mempunyai empati terhadap orang lain dan
bertindak secara antisosial dan ganas mungkin secara tidak sedar
mempamerkan kemarahan terhadap bapanya yang kasar dan
ganas semasa zaman kanak-kanaknya

Tingkah laku • Gangguan psikologi dipelajari sama spt cara tingkahlaku


kognitif maladaptive lain dipelajari
• Cth individu yg mengalami kebimbangan atau fobia terhadap
sesuatu situasi yg sama dan peristiwa lain yg berkaitan
KECELARUAN
KEBIMBANGAN
Keresahan Umum
• Tahap keresahan yg ketara dan kronik yg tidak
dikaitkan dgn sebarang ancaman tertentu
• Keresahan tetap terhadap kesilapan lalu dan
masalah masa depan
• Keresahan yg kerap terhadap isu-isu kecil yg
berkaitan dgn keluarga, wang, kerja dan penyakit
• Simptom fizikal spt ketegangan otot, pening kepala
dan jantung berdebar adalah biasa dgn tahan
keresahan yg tinggi
Fobia
• Ketakutan yg ketara dan tidak rasional terhadap sesuatu
objek atau situasi yg tidak menimbulkan bahaya realistic
• Mengganggu kehidupan seharian – cth Becky
mempunyai ketakutan yg agak luar biasa terhadap hujan
yg menghalang beliau keluar rumah semasa hujan
• Ramai boleh membina tindakbalas fobia terhadap
hamper apa-apa. Orang yg mengalami gangguan fobia
sedar bahawa keresahan mereka tidak rasional, tetapi
masih tidak mampu utk bertenang apabila berhadapan
dgn objek yg fobia. Malah melihat gambar objek tertentu
cukup utk mencetuskan keresahan
Panik
• Ditunjukkan oleh kekerapan serangan keresahan
teruk yg biasanya berlaku secara tiba-tiba tanpa
disangka
• Biasanya diiringi oleh simtom keresahan fizikal.
Selepas beberapa serangan panik, mangsa biasanya
menjadi sangat bimbang terhadap serangan
seterusnya sehingga mereka takut utk
meninggalkan rumah. Keadaan ini dipanggil
agorafobia
Kumpulsif Keterlaluan
• Dikenali sebagai OCD
• Ciri-ciri yg berterusan, pencerobohan tidak terkawal
terhadap pemikiran yg tidak diingini (obses) dan
mendesak utk melibatkan diri dalam ritual yg tidak
masuk akal (kumpulsif) – Weiten, 2001
• Obses sering berkaitan dgn kemudaratan
membahayakan orang lain, perbuatan seksual atau
membunuh diri
• Individu yg obsess berasa seolah-olah tidak
mempunyai kawalan terhadap minda mereka
• Kebanyakan orang dgn OCD menunjukkan tanda-tanda
obses dan kumpulsif, tetapi hanya setengah yg
mengalami salah satu darinya
Punca Kecelaruan
Faktor Kebimbangan
a) Faktor biologikal
b) Faktor psikologikal
c) Alam sekitar

Faktor-faktor yang memainkan peranan dalam kejadian kecelaruan


kebimbangan
d) Keturunan – gen, kajian; kedua-dua kembar seiras cenderung
mengalami kecelaruan kebimbangan
e) Kimia otak – ketidakseimbangan kimia di dalam otak, sehingga
memerlukan rawatan ubat-ubatan
f) Personaliti – pemilik harga diri yg rendah atau kelemahan
menangani masalah cenderung ke arah kecelaruan kebimbangan
g) Pengalaman hidup – spt pendedahan jangka Panjang kepada
penderaaan dan keganasas, atau kemiskinan adalah lebih mudah
terdedah kepada gangguan keresahan
KECELARUAN
SOMATOFORM &
DISOSIATIF
• Tanda-tanda kecelaruan somatoform dan disosiatif adalah
tidak dapat dilihat spt kecelaruan kebimbangan (Davison &
Neale, 2001)
• Kecelaruan Somatoform – penyakit fizikal (kesakitan) yg
disebabkan oleh factor-factor psikologikal – penghidap
biasanya tidak menyedari, kesakitan adalah disebabkan
oleh factor-factor psikologikal. Justere mereka terus
mendapatkan rawatan daripada doctor dan bukannya dari
pakar psikologi atau psikiatri
• Kecelaruan Disosiatif – jenis gangguan yg luar biasa di
mana individu akan kehilangan kesedaran separa atau
memori yg menyebabkan gangguan terhadap identiti
Jenis Kecelaruan Somatoform
a) Gangguan Somatisation
• dicirikan oleh pelbagai sejarah aduan fizikal yg kelihatan
spt psikologikal yg asal
• Ciri-ciri unik penyakit ini adalah kepelbagaian aduan
fizikal individu
• Walaubagaimanapun, tidak mungkin seseorang individu
mengalami sebarang kepelbagaian simtom dalam realiti
• Dgn demikian, ia merupakan tanda amaran kepada
mana-mana doctor bahawa pesakit kemungkinan perlu
dirujukkan kepada pakar psikologi
b) Kecelaruan penukaran
• Ditunjukkan oleh kehilangan besar fungsi fizikal dan
biasanya dalam system organ tunggal
• Tanda-tanda biasa termasuk kehilangan sebahagian atau
keseluruhan pendengaran, penglihatan, keupayaan utk
bercakap, atau fungsi anggota badan
• Penyakit ini agak jarang berlaku berbanding
hypochondriasis dan gangguan somatization
c) Hypochondriasis (kemurungan)
• Ditunjukkan oleh kebimbangan berlebihan dan berterusan
berhubung masalah kesihatan dan berpenyakit
• Apabila hypochodriacs dimaklum oleh doctor bahawa
mereka tidak mempunyai sebarang penyakit fizikal,
mereka sering ragu-ragu dan tidak yakin – biasanya
mereka menganggap bahawa doctor tidak bagus &
mereka merujuk kepada doctor lain
Jenis Kecelaruan Disosiatif
a) Amnesia disosiatif
• Kehilangan secara tiba-tiba memori maklumat peribadi penting yg
biasanya tidak mudah dilupakan
• Cth kehilangan ingatan berlaku sebab trauma tunggal spt
kemalangan kereta, atau selepas kejadian tsb utk tempoh yg lama
b) Fugued disosiatif
• Kehilangan kekal ingatan dan rasa identity peribadi
• Penghidapnya akan lupa nama, keluarga, & tempat tinggal mereka
tetapi akan mengingati perkara-perkara lain yg tidak berkaitan dgn
identity peribadi mereka spt cara menunggang basikal atau mengira
c) Kecelaruan identiti disosiatif (DID)
• 2 atau lebih personaliti berbeza wujud bersama yg wujud pada
seseorang
• Dikenali sebagai gangguan personaliti berganda
• Setiap personaliti lengkap dgn nama, kenangan, dan gerak fizikalnya
tersendiri
• Personaliti yg berbeza biasanya tidak menyedari kewujudan
personality yg lain dan sangat berbeza antara satu sama lain
KECELARUAN MOOD
• Kecelaruan mood dicirikan oleh pelbagai gangguan
emosi yg boleh mengganggu persepsi, proses social
dan pemikiran fizikal
• Gangguan mood datng & pergi, & tersebar di
antara tempoh masa normal
• Episod ini biasanya bertahan kira-kira 5-6 bulan
• Seseorang dgn gangguan mood akan mengalami
gangguan mood yg melampau
2 Jenis Mood Utama
a) Kecelaruan kemurungan utama
• Mengalami kemurungan berpanjangan & berterusan
• Menghalang individu daripada berfungsi spt biasa –
bekerja, bermain, menjaga diri sendiri
• Boleh tidur secara berterusan, mengabaikan kebersihan
diri, rasa ingin membunuh diri
• Perasaan ini lahir tanpa alas an yg jelas
• Individu yg tertekan mengalami masa yg sukar utk
berfikir dgn jelas atau mengenali masalah mereka
sendiri tetapi dgn bantuan keluarga & rakan-rakan,
mereka boleh berubah
b) Gangguan bipolar (kemurungan-kegilaan)
• Dicirikan satu atau lebih episode pengalaman kegilaan
yg biasanya disusuli dgn 1 tempoh kemurungan
• Ketika kegilaan
• mereka rasa hampir euforik – harga diri sangat tinggi,
bertenaga, berkeyakinan
• Menjadi hiperaktif & kadang-kadang tidak boleh tidur selama
beberapa hari, bercakap dgn cepat & mendapatkan idea-idea
berbeza dlm masa yg sama
• Cenderung utk menjadi impulsive dalam tingkahlaku mereka
• Pertimbangan mereka sering terjejas
• Walaupun ia boleh meningkatkan produktiviti & kreativiti tetapi
tahap kegilaan boleh menjejaskan penilaian dan
mengakibatkan seseorang melakukan perkara gila yg akan
dikesali kemudian hari
SKIZOFRENIA
• Schiz bermaksud terbelah, tercerai atau terpisah
(split)
• Phrenia bermaksud fungsi, psychic, mind (minda)
• Kecelaruan skizofrenia dan psikotik adalah
kecelaruan mental dan emosi yang paling serius
• Dicirikan oleh halusinasi, khayalan, pertuturan yg
tidak teratur, tingkahlaku adaptif yg semakin teruk
• Skizofrenia adalah punca fikiran terganggu,
kecelaruan mood adalah punca emosi terganggu
Simptom-symptom Skizofrenia
a) Delusi dan pemikiran tidak rasional
• Delusi = kepercayaan palsu yg berterusan walaupun mereka
jelas berada luar daripada reality (Weiten, 2001)
• Delusi kebesaran – cth percaya mereka orang hebat/terkenal
• Delusi penyiaran pemikiran – percaya pemikiran boleh didengar oleh
orang lain
• Delusi pemasukan pemikiran – percaya orang lain boleh memasukan
pemikiran ke dalam kepala mereka secara paksa
b) Kemerosotan tingkahlaku adaptif – kemerosotan yg
amat ketara dapat dilihat dari segi kualiti kerja,
hubungan sosial, & penjagaan diri
c) Halusinasi – pemesongan dalam persepsi,
kebiasaannya melibatkan auditori
Jenis-Jenis Skizofrenia
Jenis Penerangan
Paranoid • Dicirikan oleh delusi pendakwaan dan delusi kemegahan
• Penghidap biasanya percaya orang lain akan berbuat jahat kepada mereka
• Mencurigai orang lain, kadang-kadang percaya mereka sedang diperhatikan
• Utk memahami pendakwaan ini, mereka membangunkan delusi kemegahan
Katatonik • Dicirikan oleh gangguan motor (pergerakan) yg ketara spt otot yg tegar
• Individu mungkin mengalami pengsan katatotnik – spt patung tanpa
bergerak & mungkin kelihatan tidak sedar terhadap persekitaran mereka
utk jangka masa lama
• Ada juga yg terlalu aktif, tidak logic di semua tempat
Tidak teratur • Tingkahlaku adaptif yg semakin buruk dan ketara dapat dilihat
(hebefrenik) • Tanda-tanda biasa – penolakan sosial, sikap emosi yg tidak acuh, perbualan
tidak bermakna, ketawa kecil
• Delusi – berkisar pada fungsi fizikal spt fikiran bahawa darah anda akan
bertukar menjadi pepejal, atau jantung akan benar-benar meletup
Tidak • Individu yg tidak boleh dikategorikan tetapi jelas menderita skizofrenia,
berbeza skizofrenia yg tidak berbeza
• Mempunyai campuran symptom skizofrenia
Punca Skizofrenia
a) Genetik – perwarisan gen
b) Jangkitan – virus yg hadir dalam utero atau
semasa kanak-kanak
c) Penyalahgunaan bahan/dadah – cth amfetamin
d) Pengalaman hidup – peristiwa hidup yg tertekan
cth pengecualian sosial zaman kanak-kanak,
kesukaran psikologi, diskriminasi, penderaan
seksual, trauma lain
KECELARUAN
PERSONALITI
(DSM IV)
a) Kelompok Cemas/takut
i. Kecelaruan personality mengelak
ii. Kecelaruan personality kebergantungan
iii. Kecelaruan personality obsesif kumpulsif
b) Kelompok Ganjil/aneh
i. Skizoid
ii. Skizotipal
iii. Paranoid
c) Kelompok Dramatik/impulsif
i. Histrionik
ii. Narsisistik
iii. Pinggiran
iv. antisosial

Anda mungkin juga menyukai