Anda di halaman 1dari 43

Sesi Kuliah:

Perspektif Psikologi Sosial dalam Kesihatan Mental


“A Social Psychological Perspective on Mental Health”
Dr. Azlina Mohd Khir
Pensyarah Kanan
Jabatan Sains Kemasyarakatan dan Pembangunan
Fakulti Ekologi Manusia

6 Februari 2023
Universitas Islam Negeri Sultan Syarif Kasim Riau, Indonesia
Hasil Pembelajaran

Memahami isu kesihatan mental

Mengenal pasti gejala yang berkaitan dengan kesihatan mental

Mengetahui perspektif Psikologi Sosial berkaitan kesihatan


mental

Mengurus kesihatan mental yang baik


01
PENGENALAN
PENGENALAN
KEPADA
KEPADA
KESIHATAN
KESIHATAN MENTAL
MENTAL
Mengapa isu ini?
Kesihatan Mental

Masalah kesihatan mental menunjukkan trend membimbangkan Tinjauan Kebangsaan


apabila Statistik Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (2015) Kesihatan dan Morbididiti
mendedahkan satu daripada tiga orang dewasa berumur 16 tahun ke 2015
atas di Malaysia berdepan dengan masalah ini. • 4.2 juta rakyat Malaysia
Menurut Persatuan Psikiatri Malaysia, jumlah sebenar pesakit jauh berumur 16 tahun ke atas
(29.2%) bergelut dengan
lebih tinggi daripada angka sebenar kerana kebanyakan kes yang masalah kesihatan mental.
terlibat adalah tidak dilaporkan. Malah, ada dalam kalangan pesakit
2019
tidak mendapat perhatian dan rawatan yang sewajarnya.
• Setengah juta golongan
Masalah kesihatan mental tidak mengenal mangsa. Ia boleh berlaku dewasa di Malaysia 2.3%
kepada sesiapa sahaja tanpa mengira umur, jantina, bangsa, status mengalami kemurungan.
sosial dan ekonomi. Oleh itu, kerajaan perlu memandang serius isu • 424,000 kanak-kanak
ini kerana ia memberikan pelbagai implikasi negatif kepada negara. mengalami masalah kesihatan
mental.
Memahami Kesihatan Mental

Kesihatan mental adalah satu keadaan yang sejahtera, di mana seseorang


individu:
• menyedari tentang keupayaan diri,
• dapat mengatasi tekanan normal dalam kehidupan,
• dapat bekerja secara produktif dan bermanfaat, dan
• mampu memberi sumbangan kepada komuniti (Pertubuhan Kesihatan
Sedunia, WHO)
Kesihatan Mental juga
merujuk kepada…
• Cara kita berfikir, merasa dan bertindak
• Cara kita menghadapi masalah dan
mengatasinya
• Cara kita berinteraksi dengan orang lain

Kesihatan mental merangkumi kesejahteraan


emosi, psikologi dan sosial.
• Kesihatan mental adalah penting pada setiap peringkat kehidupan.

• Kesihatan mental adalah asas pemikiran, pembelajaran, komunikasi, daya


tahan dan keyakinan diri

• Setiap orang berhak menikmati kesihatan mental yang baik dan sejahtera
Masalah Kesihatan Mental VS
Penyakit Mental
• Gangguan atau penyakit mental:
• Masalah Kesihatan Mental: • Adalah sejenis penyakit yang melibatkan
• berlaku apabila seseorang individu gangguan pada fungsi otak dan menyebabkan
mengalami gangguan emosi atau perasaan gangguan-gangguan teruk dalam pemikiran,
yang boleh menyebabkan fungsi perasaan dan tingkah laku.
kehidupan seharian terganggu TETAPI tidak • Gangguan ini menyebabkan seseorang itu
sampai kepada tahap penyakit mental tidak akan ampu menghadapi cabaran
kehidupan seharian jika tidak terkawal.
• Penyakit mental perlu didianosa oleh Pakar
Perubatan.
02
MENGENALI
MENGENALI
GEJALA
GEJALA
KESIHATAN
KESIHATAN
MENTAL
MENTAL
• Seseorang itu boleh disyaki mengalami masalah kesihatan mental
Mengenali sekiranya didapati menunjukkan tanda-tanda:
tanda-tanda
• STRES
masalah • KERESAHAN (ANXIETY)
kesihatan • KEMURUNGAN (DEPRESSION)

• Tanda-tanda awal masalah kesihatan mental boleh juga


dikenalpasti apabila seseorang itu menjalani saringan minda sihat.
KEMURUNGAN (DEPRESSION)
• Kemurungan adalah masalah kesihatan mental yang utama di negara barat.
Dianggarkan 17% daripada keseluruhan manusia mengalami kemurungan
sekurang-kurangnya sekali dalam hidup.

• Gangguan perasaan yang menyebabkan seseorang itu:


• merasa sedih yang berpanjangan
• keletihan dan ketiadaan tenaga
• cepat marah
• hilang minat dalam aktiviti harian
• Menjauhkan diri dari orang lain

• Boleh berlaku kepada sesiapa sahaja

• Kemurungan boleh berlangsung sehingga berbulan-bulan atau bertahun-tahun.


KEMURUNGAN (DEPRESSION)

• Wanita lebih cenderung mengalami tekanan dan kemurungan berbanding


lelaki (2:1)

• Kajian oleh Stevens dan Humann (2012) menunjukkan dalam tindak balas
kepada rangsangan emosi:
• amigdala wanita lebih aktif berbanding lelaki
• wanita lebih mengalami kesan negatif apabila bertindak balas kepada
rangsangan emosi yang negatif
• wanita lebih berisiko kepada kemurungan

• Wanita tidak cukup berdaya tindak terhadap peristiwa hidup yang menekan.
• Wanita lebih kerap menggunakan strategi daya tindak yang berkait secara
positif kepada kemurungan.
• Wanita cenderung untuk lebih merenungi apabila berhadapan dengan
peristiwa kehidupan yang tertekan.
PUNCA KEMURUNGAN
FAKTOR BIOLOGI FAKTOR PERSEPSI FAKTOR PERSEKITARAN
Sejarah hidup yang
pahit dan memberi
Genetik Persepsi negatif kepada impak yang tinggi
diri dan kehidupan
Stressor:
Ketidakseimbangan • kematian
Kepercayaan tentang •
neurotransmitter dan masalah
kesempurnaan rumahtangga
hormon dalam otak
• menghidap
penyakit serius
• tinggal dengan
pesakit serius
• krisis kewangan
• hilang pekerjaan

Kesan penyakit
dan ubat-ubatan
GEJALA KEMURUNGAN
Fisiologi:
• Mengalami gangguan tidur
• Mengalami gangguan selera makan; perubahan berat
badan
• Rasa letih dan tidak bertenaga

Emosi:
• Rasa sedih hampir setiap hari dalam tempoh 2 minggu*
• Rasa bersalah yang melampau dan tak berguna
• Mudah marah, rasa lebih baik mati, cubaan bunuh diri

Tingkah laku:
• Hilang minat dalam perkara yang diminati Kesan sampingan:
• Hilang tumpuan dan sukar buat keputusan • Mulut kering
• Pergerakan atau pemikiran yang lambat • Sembelit
• Masalah pundi kencing
Nota: Seseorang didiagnos mengalami kemurungan apabila • Masalah seksual
mempunyai sekurang-kurangnya lima daripada gejala di atas • Penglihatan kabur
dalam tempoh dua minggu. Salah satu simptom mestilah rasa • Pening
sedih atau hilang minat (DSM5)
Siapakah yang lebih berisiko mengalami
kemurungan?

Sejarah kemurungan Kematian orang Krisis ekonomi, Masalah


tersayang secara hilang pekerjaan rumahtangga Anxiety
tiba-tiba

Penghidap
Penyakit kronik Penyalahgunaan Perasaan sedih
Pengambilan semasa berpantang
ubat-ubatan dadah dan arak
Kesan kepada Kemurungan

Kesan kepada hubungan Individu berisiko untuk tingkah


sosial dan interpersonal laku bunuh diri
dengan keluarga dan rakan
03
Perspektif
Perspektif Psikologi
Psikologi
Sosial
Sosial dalam
dalam
Kesihatan
Kesihatan Mental
Mental
DEFINISI PSIKOLOGI SOSIAL

Psikologi
• Sains yang mengkaji proses mental dan tingkah laku
manusia.

Psikologi Sosial
• Gordon Allport: Psikologi Sosial adalah sains yang
mengkaji bagaimana pemikiran, perasaan, dan
tingkah laku kita dipengaruhi oleh kehadiran orang
lain, nyata atau khayalan.
SKOP PSIKOLOGI SOSIAL

Tumpuan Psikologi:
• individu (mental dan tingkah laku)
• persepsi, pemikiran, motivasi, pembelajaran, kognitif

Tumpuan Sosiologi
• hubungan antara manusia
• norma sosial, organisasi, kelas dan institusi sosial

Tumpuan Psikologi Sosial


• individu (proses mental/tingkah laku) dikesani oleh orang,
budaya dan persekitaran
• persepsi sosial, kendiri, tarikan antara perseorangan, tingkah
laku langsang/prososial, pengaruh sosial
PERSPEKTIF PSIKOLOGI SOSIAL BERKAITAN
KESIHATAN MENTAL

Model Stigma

Model Atribusi Depresi


Psikologi Sosial dan Stigma terhadap Kesihatan Mental

• Lebih separuh daripada individu yang mengalami penyakit mental tidak menerima
bantuan berkenaan gangguan yang mereka hadapi (American Psychiatric Association,
2020).

• Mereka selalunya mengelak atau menangguhkan rawatan kerana bimbang akan


dilayan secara berbeza atau takut kehilangan pekerjaan dan mata pencarian.

• Ini kerana stigma, prasangka dan diskriminasi terhadap penghidap penyakit mental
masih menjadi masalah.

• Stigma merendahkan harga diri dan memberi kesan kepada imej individu yang
mempunyai masalah kesihatan mental.

• Stigma juga memberi kesan kepada orang tersayang yang menyokong terutamanya
ahli keluarga mereka.
Psikologi Sosial dan Stigma terhadap Kesihatan Mental

• Stigma Awam (Public Stigma):


• Pandangan, sikap negatif atau diskriminasi yang ada pada orang lain berkenaan penyakit mental.
• Stigma diri (Self-Stigma):
• sikap negatif, termasuk rasa malu yang terpendam, yang dimiliki oleh orang yang mempunyai penyakit
mental tentang keadaan mereka sendiri.

Public Self
Stereotypes & Prejudices
People with mental illness are
dangerous, incompetent, to I am dangerous, incompetent,
blame for their disorder, to blame
unpredictable

Discrimination
Therefore, employers may not These thoughts lead to
hire them, landlords may not lowered self-esteem and self-
rent to them, the health care efficacy: "Why try? Someone
system may offer a lower like me is not worthy of good
standard of care health."
Mengapa pesakit menghadapi stigma
masyarakat?
1. Kurang pengetahuan berkaitan penyakit mental dalam kalangan masyarakat
2. Individu yang menghidapi penyakit mental digambarkan secara negatif oleh pihak
media
STIGMA 3. Pesakit mental sering dilabel atau diberi tanggapan yang tidak betul
4. Malu dan takut disisihkan

Kesan Stigma

1. Tidak mengaku diri sakit, berpura-pura sihat dengan melewatkan rawatan awal
2. Enggan mendapat rawatan awal
3. Tidak mendapat layanan dan perkhidmatan yang sama seperti orang lain
4. Tidak diterima oleh keluarga dan masyarakat
5. Pengasingan sosial terhadap pesakit dan keluarga
6. Masalah diskriminasi di tempat kerja
7. Terpaksa menghadapi cemuhan, buli, keganasan fizikal atau gangguan
Cara
Mengatasi
STIGMA
1. Bercakap atau berbincang tentang kesihatan mental secara terbuka
2. Didik diri dan orang berdekatan mengenai kesihatan mental
3. Menunjukkan keprihatinan terhadap pesakit mental
4. Galakkan individu yang anda kenali (yang disyaki mengalami masalah
kesihatan mental) untuk mendapatkan rawatan.
5. Jangan bersendirian atau mengasingkan diri jika mengalami tanda-tanda
masalah kesihatan mental
6. Sertai kumpulan sokongan yang dapat membantu
Psikologi Sosial dan Atribusi terhadap
Kesihatan Mental

Atribusi
Atribusi Sosial
Sosial
• Atribusi Sosial : Cara kita cuba memahami dan menerangkan sebab tingkah laku
seseorang.
• Kenapa? Dengan melakukannya kita dapat mengetahui siapa orang itu?
• Dengan memahami sebab tingkah laku kita dapat memahami siapakah mereka.
• Persepsi sosial terhadap orang lain dipengaruhi oleh pengetahuan kita tentang mereka
yang kita perolehi melalui atribusi sosial.

Atribusi
Atribusi Sebab
Sebab Akibat
Akibat
• Teori Harold Kelly mengenai faktor dalaman: faktor dalaman sesuatu tingkah laku penting
dalam menjelaskan siapa individu itu berbanding faktor luaran.
• Faktor/Sebab dalaman: faktor yang datang daripada individu.
• Contoh: niat, kehendak – boleh digunakan untuk menerangkan siapa individu itu.
• Faktor/ Sebab luaran: faktor yang datang dari luar individu (situasional).
• Contoh: pesanan daripada orang lain, persekitaran – kurang penting untuk menerangkan
siapa orang itu.
Bias
Bias dalam
dalam Proses
Proses Atribusi
Atribusi
• Ralat atribusi asas (Fundamental Attribution
Error)
• Manusia cenderung mengaitkan tingkah Bias
Bias Kepentingan
Kepentingan Kendiri
Kendiri
laku orang lain kepada ciri dan sikap
individu, walaupun secara relatifnya jelas
bahawa tingkah laku orang itu adalah hasil • Self-serving bias: bias yang
daripada tuntutan situasi. menguntungkan diri kita sendiri.
• Mengapa manusia mengaitkan
kegagalan kepada faktor luaran,
Perbezaan
Perbezaan Atribusi
Atribusi Pelaku
Pelaku dan
dan Pemerhati
Pemerhati manakala kejayaan kepada faktor
• Menurut Jones dan Nisbet: dalaman?
• Dalam menjelaskan tingkah laku orang lain: • Keperluan untuk mengekalkan dan
• Tingkah laku negatif disebabkan oleh faktor dalaman. mengukuhkan harga diri kita
• Tingkah laku positif disebabkan oleh faktor luaran. (mekanisme pertahanan).
• Dalam menjelaskan tingkah laku kita sendiri: • Persepsi seseorang tentang bagaimana
• Tingkah laku negatif disebabkan oleh faktor luaran. dirinya dilihat oleh orang lain -
• Tingkah laku positif disebabkan oleh faktor dalaman.
pengurusan impresi (untuk dilihat baik
oleh orang lain).
Model Atribusi Depresi

• Apabila sesuatu yang positif atau negatif berlaku dalam kehidupan,


kita sering berusaha untuk menjelaskan kejadiannya.
• Kita mungkin bertanya:
• Mengapa ini berlaku kepada saya?
• Adakah kerana sesuatu yang saya lakukan?
• Adakah saya hanya bernasib malang?

• Ini ialah gaya atribusi, yang merujuk kepada cara orang


menerangkan punca peristiwa tertentu dalam kehidupan mereka.
• Jenis atribusi boleh menyatakan banyak perkara tentang cara kita
berinteraksi dengan dunia.
• Ia boleh membentuk pandangan kita tentang sejauh mana kawalan Cara anda berfikir tentang
kita terhadap apa yang berlaku kepada kita. peristiwa dalam hidup
anda juga boleh memberi
kesan kepada kesihatan
mental anda.
Model Atribusi Depresi

• Gaya atribusi: gaya penerangan; cara kita menerangkan punca kejadian


dalam kehidupan kita dan kehidupan orang lain.

Dalaman-Luaran

Khusus-Global

Stabil-Tidak Stabil
Gaya Atribusi

Dalaman-Luaran Khusus-Global Stabil-Tidak Stabil

• Tentang siapa yang • Sama ada anda percaya Sama ada anda percaya
menyebabkan peristiwa. peristiwa itu memberi sesuatu peristiwa akan
• Contoh: jika anda kesan yang konsisten bertahan lama atau
membuat kesilapan di pada kehidupan atau jangka masa pendek.
tempat kerja kesannya hanya dalam
situasi tertentu. •Atribusi yang stabil:
• Atribusi dalaman: • Masalah kewangan saya
• Saya tidak cukup berhati- • Atribusi global: menghalang saya daripada
hati dan tidak berusaha • Semua perhubungan saya membeli rumah pada masa ini
dengan cukup keras. tidak baik.
• Atribusi luaran: • Atribusi khusus : •Atribusi tidak stabil:
• Saya tidak menerima Hubungan ini tidak baik, Masalah kewangan saya
arahan yang cukup jelas tetapi saya boleh mencari hanya berlaku sekarang dan
daripada penyelia saya. yang lebih baik. boleh menjadi lebih baik
Gaya Atribusi Optimis-Pesimis
• Gaya atribusi yang optimis dan pesimis: pandangan umum tentang diri dan dunia yang
dikumpulkan daripada tiga domain.

Atribusi Optimis Atribusi Pesimis

• Cenderung mengaitkan • Cenderung mengaitkan


kejayaan dengan kegagalan dengan
penjelasan dalaman, penjelasan dalaman,
global dan stabil; global dan stabil;
sebaliknya apabila berlaku sebaliknya apabila berlaku
kegagalan. dengan kejayaan.
• Dikaitkan dengan mood • Dikaitkan dengan
positif, ketabahan, tahap keputusasaan, gejala
pencapaian yang tinggi kemurungan, dan tahap
dan kesejahteraan harga diri yang lebih
keseluruhan rendah.
Gaya Atribusi Depresi
• Individu yang mempunyai jenis atribusi depresi sering mengaitkan
kejadian yang tidak diingini atau buruk kepada kehidupan mereka
sebagai dalaman, global dan stabil.

• Menurut Seligman, atribusi seseorang boleh membawa kepada


depresi.
• Orang yang tertekan melihat peristiwa kehidupan negatif sebagai:
• “selalu salah saya”
• "selalu akan berlaku“
• "Menjejaskan segala-galanya dalam hidup saya”
• Gaya atribusi depresi boleh merosakkan hubungan.
• Contoh: menerima maklum balas daripada penyelia di tempat kerja
• "Saya seorang pekerja yang teruk dan gagal,"
• boleh menyebabkan kekurangan motivasi dalam tugas kerja anda.
• Atribusi anda kemudiannya boleh menjejaskan hubungan anda dengan
rakan sekerja, penyelia dan orang lain yang berinteraksi dengan anda.
Cara Menukar Gaya Atribusi

• Terapi tingkah laku kognitif (CBT)


• Gaya atribusi boleh berubah dari semasa ke • Kaedah ini mengkaji bagaimana pemikiran,
semasa. perasaan dan tingkah laku anda berkaitan.
• Gaya atribusi mula berkembang pada masa • CBT boleh membantu mengubah gaya
remaja tetapi boleh berubah pada masa atribusi yang memaparkan naratif berulang
dewasa. yang berbahaya.
• Langkah pertama untuk menukar gaya atribusi • Rawatan CBT boleh membantu mencabar
anda ialah dengan menyedarinya. naratif tersebut.
• Selepas kesedaran, terapi kognitif boleh • Teknik kesedaran (Mindfulness
membantu anda mengubah gaya anda techniques) juga boleh membantu anda
daripada pesimis kepada optimistik. mengamalkan cara berfikir baharu.
• Ini juga boleh membawa kepada pengurangan • Teknik ini boleh membantu membawa lebih
gejala depresi. banyak kesedaran kepada gaya atribusi dan
membantu anda mengambil berat tentang
fikiran dan emosi anda.
04
Langkah
Langkah Aktif
Aktif
mengurus
mengurus
KESIHATAN
KESIHATAN MENTAL
MENTAL
MENGURUS KESIHATAN MENTAL ANDA
1. Bagaimana saya tahu jika saya perlu mendapatkan
bantuan professional?
2. Pakar psikologi atau psikiatri?
3. Bersedia untuk lawatan pertama anda
4. Rawatan untuk penyakit mental
• Kemurungan:
a) Terapi tingkah laku kognitif (CBT)
b) Terapi interpersonal (IPT)
c) Terapi tingkah laku
d) Psikoterapi dinamik
e) Rawatan perubatan untuk kemurungan
Bagaimana boleh membantu individu
yang mengalami KEMURUNGAN
• Berkomunikasi secara berkesan dengan individu tersebut
• Luangkan masa untuk mendengar luahan mereka
• Mengambil serius dengan masalah yang dialami
• Tidak ambil mudah dan perlekehkan masalah mereka
• Empati
• Manfaatkan penggunaan teknologi maklumat bagi mengekalkan hubungan dengan mereka
• Galakkan mereka mendapat penilaian dan rawatan professional
MERAWAT KEMURUNGAN

• Berjumpa kaunselor
• Berjumpa dengan doktor di hospital/ klinik
• Amalkan hubungan yang sihat
• Rehatkan diri daripada perkara rutin
• Elakkan membuat keputusan yang besar dan berisiko
• Berfikiran positif
• Pecahkan tugasan dan beri keutamaan pada yang perlu
• Dekatkan diri dengan Tuhan
• Buat sesuatu yg boleh buat anda ketawa
• Makan seimbang dan bersenam
• Tingkatkan penampilan anda supaya lebih yakin
INTERVENSI MINDA SIHAT – KAEDAH 10B

B1 B2 B3
Bersyukur Bernafas dengan teratur Bicara diri: berkata
relaks/tidak mengapa

B4 B5 B6
Beribadat Berkongsi perasaan dengan
Berurut dan relaksasi otot
seseorang

B7 B8 B9 B10
Berehat dan mendengar muzik Beriadah Bersenam Berfikiran positif
https://www.youtube.com/watch?v=rOor-3U45tI
Kesimpulan

• Setiap individu bertanggungjawab memastikan kesihatan mentalnya terjaga dengan baik.


• Belajar tentang cara berfikir boleh memberi manfaat kepada mood dan emosi. Menyedari gaya atribusi
adalah langkah pertama untuk mencipta perubahan yang positif dan sihat dalam pemikiran individu.
• Individu yang mengalami gangguan mental di peringkat awal harus berusaha menanganinya agar tidak
melarat, dan kita sebagai ahli masyarakat bertanggungjawab untuk mengurangkan stigma terhadap
kesihatan mental.
• Individu yang dapat mengurus gangguan mental dengan baik dapat menjalani kehidupan dengan lebih
sejahtera.
SEKIAN
SEKIAN
TERIMA
TERIMA KASIH
KASIH

Anda mungkin juga menyukai