Anda di halaman 1dari 19

Negeri-negeri Melayu

pasca 1511
Apa yang berlaku? (1)
Sekitar tahun 1500-an, Melaka sudah berada di kemuncak
kegemilangan perdagangan dunia.

Peta: Laluan perdagangan rempah ratus dunia


Apa yang berlaku? (2)
Armada laut Portugis di bawah kepimpinan Alfonso tiba
pada 1 Julai 1511

Alfonso cuba bernegosiasi dengan Sultan Mahmud dengan


membawa 3 tuntutan

Semua tuntutan ditolak Sultan Mahmud

Alfonso memulakan serangan


Apa yang berlaku?
Armada laut Portugis di bawah kepimpinan Alfonso tiba pada 1 Julai 1511

Alfonso cuba bernegosiasi dengan Sultan Mahmud dengan membawa 3 tuntutan

Tuntutan ditolak Sultan Mahmud

Alfonso memulakan serangan


Apa yang berlaku? (3)
Melaka
(komander: Sultan
Mahmud Shah)

lawan

Portugis
(komander:
Alfonso
Albuquerque)
Apa yang berlaku? (4)
Akhirnya, setelah pertempuran sengit di antara askar Melayu dengan tentera
Portugis, Melaka telah jatuh ke tangan Alfonso pada 28 Ogos 1511.

Pentadbiran kota Melaka jatuh ke tangan penjajah. Wilayah-wilayah


kekuasaan Melaka telah terpecah menjadi negeri-negeri yang asing.

Sultan Mahmud Shah, anakandanya Sultan Ahmad Shah dan seluruh


rombongan kesultanan Melaka berundur ke selatan untuk mengumpul
kekuatan, memanggil bantuan kerajaan Melayu-Islam sekitar Nusantara dan
mengatur strategi menggempur Portugis di Melaka.

Sementara berada di sana, mereka telah mengasaskan kesultanan baru di


negeri-negeri tersebut.
1. Kesultanan Johor
Kesultanan Johor Riau
(1528-1855)
4 wilayah pegangan yang
dipertanggungjawabkan kepada pembesar
wilayah

1. Wilayah Muar dibawah Raja Temenggung Muar


2. Pahang dibawah kekuasaan Bendahara
3. Johor, Riau dibawah Yang Dipertuan Muda
4. Tanah besar Johor dan Singapura dibawah
kekuasaan Temenggung Johor.

Seluruh empayar Johor diketuai oleh Sultan yang


bersemayam di Pulau Lingga
Asal Kesultanan Johor
Selepas kegagalan mempertahankan Melaka, Sultan Mahmud Shah
dan anakandanya Sultan Ahmad berundur ke selatan.

Sultan Mahmud melantik anakandanya Raja Muzaffar sebagai “Raja


Muda”. Tetapi apabila isterinya yang lain (Tun Fatimah) melahirkan
Raja Ali dan atas permintaan Tun Fatimah, kedudukan Raja Muda
diberikan kepada Raja Ali dan dilantik sebagai “Sultan Muda”.

Raja Ali ditabalkan sebagai pengganti Sultan Mahmud dengan


gelaran “Sultan Alauddin Riayat Shah” dan diiktiraf sebagai Sultan
Johor yang pertama.
2. Kerajaan Perak
Pernah wujud kerajaan awal seperti Gangga Negara sejak abad ke-6 di sekitar Beruas dan
Dinding. Menurut Sulalatus Salatin kerajaan Beruas wujud selepas kemerosotan kerajaan
Gangga Negara pada abad ke-15

• Pengasas Kesultanan Perak ialah warisan Kesultanan Melaka iaitu Raja Muzaffar,
putera Sultan Mahmud dengan gelaran Sultan Muzaffar Shah
• Raja Muzaffar berangkat ke Perak dengan membawa beberapa alat kebesaran yang
dikurniakan oleh ayahandanya
• Keturunan Sultan Mahmud memerintah Perak sehinggalah abad ke-17 apabila keluarga
baharu muncul dari Pahang dan memerintah Perak.
• Peralihan berlaku kerana campur tangan Aceh iaitu Sultan Iskandar Thani yang mana
Perak di bawah kekuasaannya. Baginda melantik sepupunya bernama Raja Sulong
daripada keturunan Kesultanan Melaka-Pahang sebagai sultan Perak bergelar Sultan
Muzaffar Shah II
3. Kerajaan Pahang
• Penempatan awal di Pahang dikatakan telah wujud di zaman Mesolitik, Neolitik dan
Gangga
• Banyak nama Pahang antaranya “Pam”, “Pan”, Phang”, “Pahan” dan Hikayat Hang Tuah
menyebut Pahang sebagai Inderapura.

• Kesultanan Pahang diasaskan oleh warisan Kesultanan Melaka pada abad ke-15 iaitu Raja
Muhammad, putera Sultan Mansur Shah dengan gelaran Sultan Muhammad Shah. Pusat
pemerintahan di Pekan
• Sebelum itu Raja Muhammad membunuh putera Bendahara Tun Besar kerana bermain
sepak raga dan bolanya terkena destar baginda. Sultan Mansur Shah telah menitahkan
keluar dari bumi Melaka dan dirajakan di Pahang.
• Keturunan baginda memerintah Pahang sehinggalah pada tahun 1614
4. Kerajaan Pahang
• Ketika pemerintahan Sultan Abdul Jalil Shah III (Raja Bujang), Pahang sebenarnya
diberikan kepada Raja Bajau bergelar Yamtuan Muda untuk menggantikan baginda tetapi
apabila baginda mangkat pada tahun 1677, tahta diambil alih oleh anakandanya, Raja
Ibrahim.
• 1699 dinasti Bendahara ambil alih pemerintahan Johor dan Sultan Abdul Jalil Shah IV
melantik adindanya Tun Abdul Jamal sebagai Bendahara dan diberikan wilayah Pahang.
• Dinasti Bendahara Johor di Pahang iaitu Bendahara Siwa Raja Wan Ahmad mengasaskan
kesultanan baharu Pahang. Menggunakan gelaran sultan pada tahun 1882 tetapi ditabalkan
pada 1884 dan diiktiraf British pada 1887 dengan gelaran Sultan Ahmad Al-Muazam Shah
5. Kerajaan Negeri Sembilan
• Sehingga abad ke-16, Negeri Sembilan ialah sebuah wilayah jajahan Kerajaan Johor.
• Pada hujung abad ke-17, apabila kerajaan Johor mula lemah, pembesar-pembesar Negeri
Sembilan mula mengundang beberapa orang raja Minangkabau untuk ditabalkan sebagai
raja di Negeri Sembilan
• Raja Kasah mula-mula dijemput jadi pemerintah tetapi disingkirkan kerana gagal dalam
pmerintahan begitu juga Raja Adil yang menggantinya
• Pada abad ke-18 pembesar Negeri sembilan menjemput Raja Pagar Ruyong bernama Sultan
Munim Shah namun baginda menghantar anakandanya Raja Melewar sebagai raja di Negeri
Sembilan
• Raja Lenggang dijemput menjadi raja dari tahun 1808 hingga 1824 kerana Raja Hitam tidak
mempunyai anak
• Raja Radin ditabalkan sebagai Raja Negeri Sembilan menggantikan ayahandanya yang
mangkat pada tahun 1824. Keturunan Raja Lenggang berjaya mewarisi Kesultanan Negeri
Sembilan
6. Kerajaan Negeri Selangor
• Pada abad ke-15, Selangor dibawah jajahan Melaka
• Apabila Melaka ditewaskan oleh Portugis, kesultanannya berpindah ke Johor, Selangor turut
menjadi wilayah jajahan Johor sehingga abad ke-18. Ketika itu Selangor diurus oleh
pemangku Raja, iaitu Raja Daeng Lakani (Datuk Suliwatang), Raja Said (anak Daeng
Marewah)
• 1745, Daeng Chelak, salah seorang Opu Lima Bersaudara yang berpengaruh dalam
pentadbiran Johor meninggal dunia, mengamanahkan puteranya Raja Lumu untuk
memimpin Selangor
• 1766, Raja Lumu ke Perak dan memohon Sultan Perak, Sultan Mahmud menabalkan Raja
Lumu sebagai Sultan Selangor yang pertama dengan gelaran Sultan Salehuddin Riayat Shah.
Kuala Selangor menjadi pusat pemerintahan. Bermulalah kesultanan Selangor.
7. Kerajaan Terengganu

• Pengasas Kesultanan Terengganu pada abad ke-18 oleh Tun Zainal Abidin Ibni Tun Habib
Abdul Majid keturunan Bendahara dari Johor
• 2 sumber pertabalan Tun Zainal Abidin, Raja Tua Daeng Menampok dari kerajaan Johor
sekitar 1726 manakala sumber lain meriwayatkan ditabal oleh Raja Patani, Phra Nang
Chayang (Nang Chayam) pada tahun 1708. Dibuktikan dengan penemuan duit kupang
emas Terengganu yang mencatatkan nama Sultan Zainal Abidin bertarikh 1120H(1708).
Pusat pemerintahan di Tanjung Baru, Kuala Berang
• Perlantikan TunZainal Abidin sebagai sultan Terengganu membawa kemunculan keluarga
pemerintah berdaulat di Terengganu pada abad ke-18
8. Kerajaan Kedah
• Negeri Kedah dikatakan negeri tertua penemapatannya di Tanah Melayu dengan penemuan
tapak penempatan di Kawasan sekeliling Gunung Jerai seperti Sungai Merbok dan Sungai
Muda
• Sejarah awal sistem berkerajaan di Kedah agak kabur. Namun, sumber Melayu Al-Tarikh
Salasiah Negeri Kedah menyatakan bahawa pemerintahan awal dari Gumrun Parsi yang
memakai gelaran Maharaja Derbar Raja. Manakala sumber lain Hikayat Merong
Mahawangsa menyatakan pemerintahan diasaskan oleh raja yang datang dari Rom bernama
Raja Merong Mahawangsa dan menurut hikayat ini juga menyatakan raja yang ketujuh dari
dinasti ini bernama Raja Phra Ong Mahawangsa ialah raja Kedah pertama memeluk Islam
dengan gelaran Sultan Muzaffar Shah.
• Menurut sejarah, Kedah pernah ditewaskan oleh Aceh, diduduki kuasa Siam dan
dipindahkan ke tangan British melalui Perjanjian Bangkok pada tahun 1909. Namun
peristiwa tersebut tidak memutuskan warisan kesultanan tersebut hingga hari ini.
9. Kerajaan Kelantan
• Sejarah awal pemerintahan Negeri Kelantan menunjukan negeri ini pernah ditadbir oleh
Dinasti Jembal sebelum beralih kepada Dinasti Long Yunus
• Sumber tempatan meriwayatkan bahawa negeri ini pernah ditadbir oleh raja perempuan Cik
Siti Wan Kembang dan Puteri Saadong
• Dinasti Jembal berakhir pada 1721 dengan kemangkatan Sultan Omar dan tahta diberikan
kepada menantunya Long Bahar, keluarga diraja Patani.
• Apabila Long Muhammad mangkat, adiknya Long Pandak menggantikan beliau. Long
Yunos minta bantuan Sultan Terengganu, Sultan Mansur dan berjaya menduduki takhta
Kelantan pada tahun 1776 dan warisan takhta Kelantan kekal dari warisan Long Bahar
hingga ke hari ini.
10. Kerajaan Perlis

• Perlis pada asalnya adalah wilayah Kedah sehingga awal abad ke-19.
• Pernah dijadikan pusat pemerintahan Kesultanan Kedah pada abad ke-17 dan ke-18
• Semasa Kedah dibawah takluk Siam, ketika pemerintahan Syed Hussin Jamalulail, negeri ini
dipecahkan kepada 4 buah wilayah pentadbiran iaitu Setul, Perlis, Kubang Pasu dan Kedah.
• 1843, Siam mengiktiraf Syed Hussin sebagai pemerintah Kerajaan Perlis yang sah. Baginda
adalah raja Perlis pertama dan pusat pemerintahan di Arau.

Anda mungkin juga menyukai