Anda di halaman 1dari 18

See discussions, stats, and author profiles for this publication at: https://www.researchgate.

net/publication/340548945

Liberalisme Dalam Agama : Memahami Pemikiran Golongan Anti


Hadis Dan Puncanya.

Conference Paper · April 2020

CITATIONS READS
0 68,975

7 authors, including:

Sakinah Salleh Rosni Wazir


Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) International Islamic University College Selangor
29 PUBLICATIONS 69 CITATIONS 102 PUBLICATIONS 117 CITATIONS

SEE PROFILE SEE PROFILE

Abur HAMDI Usman Suriani Sudi


Universiti Islam Selangor (UIS), MALAYSIA International Islamic University College Selangor
214 PUBLICATIONS 344 CITATIONS 42 PUBLICATIONS 50 CITATIONS

SEE PROFILE SEE PROFILE

All content following this page was uploaded by Rosni Wazir on 10 April 2020.

The user has requested enhancement of the downloaded file.


Seminar Antarabangsa Aqidah & Pemikiran Islam
International Seminar on Aqidah and Islamic Thought
(IConAIT) 2016
Published by Faculty of Islamic Studies, KUIS

LIBERALISME DALAM AGAMA :


MEMAHAMI PEMIKIRAN GOLONGAN ANTI
HADITH DAN PUNCANYA1

Sakinah Salleh1 , Rosni Wazir2 , Abur Hamdi Usman2, Suriani Sudi2,


Mohd Norzi Nasir2, Zanariah Ismail3, Azman Abdul Rahman4

1
Al Ihsan Training and Motivation, Malaysia.
2
Akademi Islam, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor,
Malaysia.
3 Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia,

Malaysia.
4 Fakulti Syariah dan Undang-Undang, Universiti Sains Islam

Malaysia, Malaysia.

Corresponding Author: Sakinah Salleh. Al Ihsan Training and


Motivation. Malaysia. Tel: (60) 019 3353648. Email:
sakinahsalleh@yahoo.com

ABSTRACT

Isu Islam Liberal menjadi satu isu hangat yang diperkatakan sekarang ini kerana ia
menyentuh bukan hanya sensitiviti umat Islam bahkan ia mengugat kesejahteraan
masyarakat dan mendatangkan bahaya kepada aqidah umat Islam amnya. Hari ini
apabila perkembangan pemodenan semakin pesat, maka ia telah membawa pemikiran
baru yang dipengaruhi oleh idea-idea kebebasan berfikir yang membentuk satu
pemikiran baru yang luarannya umpama Islam akan tetapi dalamannya terkandung
pengaruh Barat yang bertentangan dengan syariat Islam yang sebenar. Artikel ini
bertujuan memahami golongan pemikiran iberalisme dalam agama dengan membeiri
fokus kepada golongan Anti Hadith dan membuat analisa tentang punca yang
berlaku.
Keywords: Liberlisme, Anti Hadith, Reigious Sceptism, orentalis

1
Kertas kerja ini adalah sebahagian daripada penyelidikan yang bertajuk “Modul
Berasaskan Hujah Menangani Golongan Anti-Hadis di Malaysia : Aplikasi Kaedah
Saintifik, Rasional dan Logik” dengan Kod : FRGS/1/2015/SS103/KUIS/03/1.
Penghargaan setinggi-tingginya kepada Kementerian Pengajian Tinggi yang telah
menaja penyelidikan ini.

1
Seminar Antarabangsa Aqidah & Pemikiran Islam
International Seminar on Aqidah and Islamic Thought
(IConAIT) 2016
Published by Faculty of Islamic Studies, KUIS

1. Pengenalan

Kedatangan Islam ke semenanjung Tanah Arab melalui perutusan Nabi


Muhammad SAW memberi cahaya dan kehidupan baru bagi
masyarakat Arab yang berada dalam kemunduran. Ajaran yang dibawa
oleh Nabi Muhammad SAW telah meletakkan akhlak yang baik sebagai
landasan yang membawa keharmonian. Setiap manusia juga diajar
hidup bersyariat bagi memperoleh kehidupan yang bahagia. Dengan
slogan “Islam adalah cara hidup” iaitu melakukan perkara yang baik
dan meninggalkan perkara kemungkaran ia mengubah landskap asal
kehidupan warga Arab sebelum ini menjadi satu tamadun yang
dikenali. Kehidupan bersyariat yang terkandung dalam al Quran dan
dijelaskan dengan terperinci melalui Hadith membantu insan menilai
dan membuat pertimbangan kehidupan bukan dengan hanya
berpandukan akal akan tetapi dengan wahyu.
Kelahiran Islam hasil dakwah yang berterusan dari awal
penyebaran hinggalah Islam tersebar luas dari Asia Barat hingga ke
Asia Tenggara. Ia adalah hasil peranan para mubaligh yang membawa
Islam hingga ke Tanah Melayu baik melalui perdagangan mahupun
penghijrahan. Tanah Melayu atau dikenali sebagai Malaysia sekarang
ini merupakan salah satu negara yang menjadikan Islam sebagai agama
rasmi. Ia juga dikenali sebagai negara yang menjadikan Mazhab ahli
sunnah wal jamaah sebagai panji. Dewasa ini setelah lebih separuh
abad kemerdekaan Tanah Melayu, kedudukan Islam semakin terhakis
dan tergugat oleh anasir dari luar mahupun anasir dalaman yang
memberi satu cabaran baru kepada umat Islam di Malaysia.
Ada pebagai isu yang didepani seperti syiah, liberlisma, ajaran
sesat dan pebagai lagi. Isu Islam Liberal menjadi satu isu hangat yang
diperkatakan sekarang ini kerana ia menyentuh bukan hanya sensitiviti
umat Islam bahkan ia mengugat kesejahteraan masyarakat dan
mendatangkan bahaya kepada aqidah umat Islam amnya. Hari ini
apabila perkembangan pemodenan semakin pesat, maka ia telah
membawa pemikiran baru yang dipengaruhi oleh idea-idea kebebasan
berfikir yang membentuk satu pemikiran baru yang luarannya umpama
Islam akan tetapi dalamannya terkandung pengaruh Barat yang
bertentangan dengan syariat Islam yang sebenar.

2
Seminar Antarabangsa Aqidah & Pemikiran Islam
International Seminar on Aqidah and Islamic Thought
(IConAIT) 2016
Published by Faculty of Islamic Studies, KUIS

2. Memahami Pemikiran Liberal

Definisi Liberal
Perkataan liberal berasal daripada perkataan Latin yang
bermaksud bebas atau bukan hamba. Perkataan liberal banyak
dikaitkan dengan perkataan Inggeris liberty dan konsep kebebasan.
Liberalisme ialah falsafah yang meletakkan kebebasan individu sebagai
perkara yang paling utama menurut nilai politik. Seseorang yang
menerima fahaman liberalisme dipanggil seorang liberal. Menurut
Kamus Dewan (DBP. Kuala Lumpur, 2016), perkataan Liberal
didefinisikan sebagai “1. (bersifat) condong kepada kebebasan dan
pemerintahan yang demokratik (misalnya menentang hak-hak
keistimewaan kaum bangsawan), (fahaman) bebas. 2. bersifat atau
berpandangan bebas, berpandangan terbuka (tidak terkongkong
kepada sesuatu aliran pemikiran dan sebagainya)”. Liberalisme pula
merujuk fahaman atau pendirian yang mahukan demokrasi serta
kebebasan dalam kegiatan ekonomi.

Sejarah Perkembangan Liberalisme


Bagi memahami isu pemikiran Islam liberal dengan lebih lanjut
adalah lebih baik untuk difahami bagaimana fahaman ini bermula.
Liberalisme bukan hanya melanda umat Islam, bahkan pemikiran
liberal juga turut berlaku dalam agama lain seperti agama Yahudi dan
Kristian sendiri. Liberalisme dalam setiap agama sering dikaitkan
dengan revolusi industri, perkembangan idealisme politik dan
kemajuan teknologi. Dalam mendepani kemajuan kemodenan, lahir
kalangan penganutnya agama yang membuat pentafsiran baru pada
kitab agama masing-masing dengan alasan ia lebih bersesuaian dengan
perubahan zaman dan idealogi mereka sehingga terdapat sebahagian
tafsiran yang baru itu membawa perubahan yang besar pada maksud
sebenar yang terkandung didalamnya. Tempias perubahan ini terkena
juga kepada Islam.
Apabila umat Islam mencapai tahap ketamadunan paling tinggi
sewaktu zaman pemerintahan kerajaan Uthmaniyah, masyarakat
Eropah mengalami ‘dark ages’ atau zaman gelap. Ia zaman
kemunduran kemunduran Eropah dalam segala aspek kehidupan.
Masyarakat Eropah dicengkam dan dimanupulasi oleh golongan agama
Kristian yang jauh menyimpang dari ajaran sebenar. Para paderi

3
Seminar Antarabangsa Aqidah & Pemikiran Islam
International Seminar on Aqidah and Islamic Thought
(IConAIT) 2016
Published by Faculty of Islamic Studies, KUIS
Kristian Katolik ketika itu menguasai kepercayaan, bidang ilmu
pengetahuan, pentadbiran dengan memaksa setiap lapisan masyarakat
agar patuh kepada kuasa agama dan gereja. Hak asasi gereja berada di
tempat teratas apabila mereka meletakkan setiap dasar-dasar
kehidupan, pentadbiran, ekonomi hinggalah kepada akhlak dan
kehidupan individu hanya kepada kuasa gereja. Secara tidak langsung
golongan gereja ini berjaya mengongkong kumpulan bangsawan, ahli
perniagaan dan orang awam. Penguasaan dan pengongkongan para
paderi gereja ini, membawa kepada pemberontakan oleh golongan
yang ditindas. Mereka ini dari pelbagai latar belakang dan lapisan
masyarakat, ini termasuk para cendikiawan yang banyak mengkritik
kuasa autonomi gereja terhadap masyarakat.
Apabila golongan intelek telah berani mengkritik golongan
gereja, kumpulan-kumpulan feudal dan kapitalis maka dari sini
munculnya gerakan yang menentang gereja. Antaranya lahir idealisme
komunis oleh Karl Max menganggap agama adalah candu masyarakat.
Ahli-ahli falsafah Eropah juga mula mempersoalkan agama dalam
kehidupan dan kriteria kebenaran. Impak negatif kepada agama
apabila masyarakat mula melihat agama lebih membawa masalah dari
kebaikan. Masyarakat mula berpegang bahawa kebenaran itu relative
dan membuat tanggapan baru bahawa kemunduran berlaku jika kuat
berpegang pada agama dan berada di bawah pengaruh gereja.
Akhirnya, perkembangan ini membawa kepada zaman
Renaissance iaitu zaman kebangkitan bangsa Eropah dari zaman
kegelapan. Zaman ini menjadi lambang kebangkitan bangsa Eropah.
Rakyat Eropah mahu membentuk tamadun mereka mengikut acuan
mereka, lalu berlakunya manipulasikan agama bila wujudnya istilah
baru dalam agama iaitu liberalisme ataupun pemikiran bebas tentang
agama Kristian.

Liberalisme dan Penularannya


Liberalisme yang berlaku di dalam agama Kristian juga turut
memberi tempias kepada dunia Islam. Ia menular kepada agama Islam
bila lahirnya ramai ilmuan yang cenderung kepada orientalis pemikiran
Barat. Prof. Dr. Syed Muhammad Naquib al-Attas dalam bukunya
“Islam and Secularism” yang diterbitkan oleh Angkatan Belia Islam
Malaysia (ABIM) tahun 1978 telah mengupas tentang bagaimana
golongan oreintalis menjadikan senjata ampuh bagi menjatuhkan
Islam. Ia satu pendekatan halus bagi menawan Islam dan umatnya.

4
Seminar Antarabangsa Aqidah & Pemikiran Islam
International Seminar on Aqidah and Islamic Thought
(IConAIT) 2016
Published by Faculty of Islamic Studies, KUIS
Teknologi maklumat dan internet juga telah memberi kesan besar
dalam kehidupan masyarakat. Internet membolehkan capaian tanpa
had dengan maklumat disebar dengan cepat. Idelogi liberalisme dan
idea humanisme tersebar dalam pelbagai bentuk dan cara melalui
internet. Ia sukar dikesan. Orang yang tidak mempunyai pengetahuan
asas tentang Islam mudah terpengaruh dengan ideologi ini. Selain itu,
mereka yang telah terlibat dalam ajaran anti-Hadith tidak akan ditegur
atau dinasihatkan oleh sesiapa.
Internet telah membolehkan ideologi gerakan pemikiran yang
hanya berpaksikan nilai kemanusiaan tanpa elemen teras dalam Islam
ini tersebar luas dan merata. Lalu ia merintis jalan ke arah pemikiran
menolak konsep aqidah dan ketuhanan. Menurut Anis Malik Taha
(2005) negara, kerajaan dan ritual agama hanya timbul setelah berlaku
pertembungan dalam kehendak-kehendak tersebut. Manusia perlu
berpaksikan kebebasan individu tanpa terikat dengan mana mana
dogma dan idelogi atau sistem kehidupan. Tunjang kehidupan ialah
kebebasan individu untuk membuat pilihan dan menentukan
kehidupannya. Promosi pemikiran humanisme ini dilonjak dengan
promosi globalisasi dengan wujudnya teknologi komunikasi dan
maklumat. Dunia tanpa sempadan dan gerakan yang ‘mengecilkan’
kuasa kerajaan dan sistem berkerajaan di dunia ini untuk memberi
kebebasan kepada hak kebebasan individu dan manusia. Dalam masa
yang sama, Barat mengambil alih kebangkitan kebendaaan dan
kemodenan. Barat yang telah kehilangan agama, mengisi roh tamadun
mereka dengan menjadikan harta dan kebendaan sebagai perkara
terpenting. Nilai agama jauh terasing daripada pembangunan yang
mereka usahakan (Wan Adli Wan Ramli, 2014).

3. PERKEMBANGAN DAN pengaruh GOLONGAN


PEMIKIRAN LIBERAL DI MALAYSIA
Awalnya pemikiran ini merupakan usaha tersusun dalam masyarakat
Barat untuk keluar dari konsep ketuhanan dalam agama Kristian lalu
membawa kepada kebebasan individu. Ia kemudian menjadi
berpengaruh dan menular kepada dunia termasuk masyrakat Barat
dan Eropah serta dunia keseluruhannya termasuk para sarjana dan ahli
akademik. Lalu wujudlah pejuang pejuang kebebasan individu dalam
segenap bidang. Lalu akhirnya pemikiran liberal ini mula menjangkiti
umat Islam dan masyarakat Islam.

5
Seminar Antarabangsa Aqidah & Pemikiran Islam
International Seminar on Aqidah and Islamic Thought
(IConAIT) 2016
Published by Faculty of Islamic Studies, KUIS
Golongan yang berpemikiran Islam Liberal adalah satu aliran
berfikir baru dikalangan umat Islam yang muncul sekarang ini, semakin
hari semakin menular dalam masyarakat Malaysia.. Menurut Ugi
Suharto (2016), faktor munculnya pemikiran Islam Liberal adalah
disebabkan segelintir individu yang terpengaruh dengan pandangan
dan cara hidup Barat dan peradabannya yang banyak menguasai dan
mendominasi pelbagai bidang dan cabang ilmu dewasa ini. Ia
pemikiran modernisme yang berpaksikan budaya ‘hedonisme’.
Golongan ini beranggapan hukum-hukum Islam melanggar hak-hak
asasi manusia, bahkan ia tidak sesuai dengan peredaran zaman serta
mengongkong penganutnya. Pemikiran ‘modernism’ cuba memberikan
satu tafsiran Islam yang baru mengikut konsep humanisme, hak dan
kebebasan individu yang dikatakan sangat sesuai dengan dunia moden.
Lalu ia menanamkan nilai nilai baru dalam masyarakat serta mengubah
persepsi, lantas membentuk persepsi baru makna kemajuan,
pembangunan, serta hak dan kebebasan individu. Ia juga dikenal dan
cenderung kepada pemikiran yang dipanggil ‘post-modernism’.
Mereka yang cenderung ke ara pemikiran Islam liberal ini banyak
menyandarkan sesuatu hujjah mereka berdasarkan kajian-kajian
orientalis Barat, metodologi kajian agama lain, hak kebebasan sosial
atau politik atau ekonomi mengikut konteks Barat, dan falsafah
sekularisme (Wan Adli Wan Ramli, 2014).
Semua ini nyata sekali amat bercanggah dengan Islam. Biarpun
pandangan dan pemikiran ini bercanggah dengan Islam namun
golongan pemikiran liberal ini menggunakan sandaran kepada Islam
agar mereka mendapat sokongan dan perhatian dari golongan awam
yang beragama Islam. Dari satu sisi mereka dilihat seperti
memperjuangkan Islam kerana dikatakan pemikiran itu sebagai
sebahagian dari Islam. Dengan slogan kemajuan umat golongan liberal
menolak hujjah-hujjah ulama terdahulu dengan alasan para pandangan
ulama terdahulu tidak sesuai diguna pakai pada abad ini. Ia dilakukan
bertujuan supaya pemikiran umat Islam dan ketamaduan Islam akan
bertambah maju, seiring dengan kemajuan sekularisme Barat, maka
umat Islam perlu mengikut gaya Barat.
Siapakah yang dikatakan golongan liberal ini? Bagaiman mereka
semakin mendapat tempat dan pengaruh di kalangan warga Islam
khususnya di Malaysia. Golongan Liberal terdiri dari pelbagai kumpulan
dan individu yang mengaku diri mereka membawa misi Islam. Antara
individu yang terlibat membawa pemikiran liberal adalah seperti Nasr

6
Seminar Antarabangsa Aqidah & Pemikiran Islam
International Seminar on Aqidah and Islamic Thought
(IConAIT) 2016
Published by Faculty of Islamic Studies, KUIS
Abu Zaid (Mesir), Asghar Ali Engineer (India), Amina Wadud (Amerika
Syarikat), Irshad Manji (Kanada), Ulil Absar Abdallah (Indonesia),
Kassim Ahmad (Malaysia) manakala melalui persatuan dan organisasi
yang rasmi pula antaranya adalah seumpama Jaringan Islam Liberal
(JIL) dan gagasan Islam Nusantara di Indonesia, Sisters in Islam (SIS) di
Malaysia, Muslims for Progressive Values (MPV) di Amerika Syarikat
dan seumpamanya.
Metodologi kajian K.Ahmad et al,. (2015) dalam bukunya yang bertajuk ‘Salah
Faham Terhadap Sunnah: Isu dan Penyelesaian’ telah menggariskan
enam persamaan pola pemikiran yang membentuk ideologi liberalisme
dalam agama, antaranya:
1. Berpegang kepada konsep pluralisme (semua agama adalah benar),
sekularisme, liberalisme dan kebebasan beragama.
2. Menolak sebarang autoriti agama termasuk hadis, ijmak ulama dan
sebagainya.
3. Mengagungkan akal manusia sebagai sumber dan autoriti utama
pentafsiran agama.
4. Mempercayai bahawa kebenaran adalah relatif (nisbi) dan bukannya
mutlak bergantung pada individu, masa dan tempat.
5. Memerangi beberapa konsep agama berkaitan wanita, harta pusaka,
amalan seks dan sebagainya atas nama kesamarataan jantina dan hak
asasi manusia.
6. Berusaha mentafsirkan semula agama dan menyesuaikannya
mengikut ideologi dan gaya hidup masyarakat Barat.

Bagi mengupas faktor yang membawa kepada golongan Islam


liberal, kertas kerja ini memberikan skop hanya kepada salah satu
golongan yang ada iaitu liberal sahaja iaitu golongan Anti Hadis di
Malaysia. Golongan Anti Hadith (GAH) merupakan salah satu golongan
yang termasuk dalam pemikiran Islam liberal. Di Malaysia, GAH
dipelopori oleh Kasim Ahmad iaitu salah seorang pengasas Parti
Sosialis Rakyat Malaysia. GAH bermula dan dikenalpasti gerakan
mereka di Malaysia bermula sekitar tahun 1984. Kassim Ahmad
dikatakan membawa pemikiran liberal kerana terpengaruh dengan
pemikiran guru beliau iaitu Dr. Rashad Khalifa. (Mohd Al’ikhsan:
2011).

7
Seminar Antarabangsa Aqidah & Pemikiran Islam
International Seminar on Aqidah and Islamic Thought
(IConAIT) 2016
Published by Faculty of Islamic Studies, KUIS

Pemikiran Liberal Golongan Anti Hadis


Pemikiran Islam liberal Kasim Ahmad terserlah apabila
beliau membuat kritikan terhadap hadis Nabi Muhammad S.A.W. di
dalam bukunya “Hadis: Satu Penilaian Semula” yang diterbitkan
pada tahun 1986 oleh Media Intelek Sdn. Bhd. Menerusi tulisan
tersebut beliau yang menolak hadis daripada menjadi sumber akidah
dan perundangan Islam, menyatakan punca perpecahan umat Islam
ialah kerana berpegang dengan hadis Nabi Muhammad s.a.w
(Kasim Ahmad 1986). Menurut pandangan Kasim Ahmad lagi, dengan
hanya berpandukan al-Quran serta kajian saintifik menerusi akal sudah
cukup memadai bagi ajaran Islam. Pandangan ini berdasarkan hujjah
bahawa pembukuan kitab-kitab hadis tidak dibuat lebih awal iaitu
dibuat setelah Nabi Muhammad S.A.W wafat iaitu pada abad yang
kedua.
GAH ini juga menolak hadis dan hanya kebenaran kata-kata
Rasulullah. Apabila mereka berhadapan dengan hadis yang
bertentangan dengan sesuatu isu, maka mereka akan menolak
hujah tersebut. Pandangan mereka hadis dan sunnah tidak boleh
dipegang sebagai autoriti. Selain itu hadis tidak boleh dijadikan
sebagai sumber perundangan dan akidah. Hakikatnya GAH gagal
untuk memahami ilmu ulum al-hadis (ulum al-hadith-perlu diitalic).
Dakwaan ini ternyata salah dari pemikiran dan fahaman yang jahil dan
sesat. Ini terbukti kerana para ulama telah menggariskan metode
yang jelas apabila berhadapan dengan permasalahan ini. Perkara
yang pertama diletakkan oleh ulama adalah akan cuba mencari
titik pertemuan pada hadis-hadis yang pada zahirnya bertentangan
(K.Ahmad et al, 2015).
Sebagai seorang individu yang berpegang kepada prinsip
liberalisme, Kasim Ahmad mempunyai berpegang kepada konsep
ekonomi bebas. Pada anggapan beliau sistem ekonomi pasaran bebas
lebih cekap dan menjana lebih banyak kemakmuran. Ini jelas
dinyatakan banyak dalam tulisan-tulisan beliau. Menurut beliau agama
adalah faktor penghalang bagi mencapai kekuatan dan kemajuan
dalam ekonomi (K. A, 1983) . Justeru untuk menjadi umat yang
berkuasa dan maju, Islam perlu dipisahkan daripada kehidupan harian.
Formula pemisahan ini yang digelar sekularisme terbukti berkesan
mengingatkan bahawa semua negara Barat yang berkuasa lagi maju
mempraktikkannya. Bagi menyelesaikan masalah ini, Kassim Ahmad

8
Seminar Antarabangsa Aqidah & Pemikiran Islam
International Seminar on Aqidah and Islamic Thought
(IConAIT) 2016
Published by Faculty of Islamic Studies, KUIS
berpendapat caranya adalah dengan membebaskan agama daripada
ajaran dan tafsirannya yang sekian lama telah menjadi pegangan umat.
Kelemahan dan kemunduran umat Islam dianggap berpunca daripada
belenggu kejumudan umat dalam menafsir dan mempraktikkan agama
Islam.

4. Punca Pemikiran Liberal Golongan Anti Hadis

Qurnaism/Quraniyyun

Di kalangan GAH ada yang menolak hadis terus dan tidak mahu
menggunakan hadis. Mereka memilih hanya menggunakan Al-Quran
sahaja (Zulkifli Mohamad Al-Bakri, 2014). Pemikiran yang dipelopori
oleh Kasim Ahmad ini ternyata menyamai apa yang berlaku pada
generasi awal golongan liberalisme Kristian. Mereka yang pada
awalnya menolak penindasan namun akhirnya memanipulasi keadaaan
dan terpesong pegangan dan sesat. Berdasarkan penulisan Kassim
Ahmad, dapat dilihat bahawa beliau membawa ideologi anti hadis,
iaitu dengan menolak hadis dan menyeru manusia beramal dengan Al-
Quran sahaja. Atas asas ini Kasim Ahmad mengganggap apa yang
dikatakan oleh Nabi adalah wahyu iaitu nas-nas Al-Quran sahaja.
Manakala bagi hadis ia tidak boleh diguna pakai sebagai wahyu. GAH
menggunakan istilah Quranism/Quraniyyun sebagai sebahagian
daripada hujjah GAH . Mereka mencadangkan yang penerimaan hadis
itu perkara yang otomatik dan orang yang mempersoalkan fakta ini
(iaitu menjadi ‘anti’ kepadanya) ada kejanggalan pada diri mereka.
GAH sebaliknya mencadangkan lebih baik mereka digelar atau
dipanggil ‘quranis’ dan bukan ‘anti-hadis’. Sebagai quranis mereka
membuat tafsiran sendiri dan tidak menerima ahli yang lebih
berautoriti dalam pentafsiran Al-Quran.

GAH juga turut mempersoalkan cara atau methodologi


pentafsiran al-Quran yang digunapakai kini. Menurut hujjah golongan
ini, tafsiran al Quran dilhat sebagai tafsiran sempit dan ketinggalan
zaman. Alasannya tidak sesuai dengan peredaran zaman dan isu yang
dihadapi masa kini. Maka dengan slogan “membuka dan
membebaskan tafsiran al-Quran”, mereka menggunakan pendekatan
takwilan sendiri terhadap beberapa ajaran al-Quran yang jauh berbeza
dengan pegangan Ahli Sunnah wal Jamaah. Hakikatnya ini akan

9
Seminar Antarabangsa Aqidah & Pemikiran Islam
International Seminar on Aqidah and Islamic Thought
(IConAIT) 2016
Published by Faculty of Islamic Studies, KUIS
membawa kepada manipulasi dalam pentafsiran. GAH juga berpegang
pada konsep ‘membuka dan membebaskan' tafsiran al-Quran, sebagai
alasan untuk memajukan umat Islam dan menganjurkan agar teks-teks
al-Quran menempuh proses dekonstraksi bagi membolehkan tafsiran-
tafsiran baru dibuat. (Wan Adli Wan Ramli, 2014).

Penentuan hukum yang telah qat’ie dan hukum yang tidak


qat’ie menurut mereka perlu dinilai semula dalam usaha
merealisasikan konsep membuka dan membebaskan Islam melalui
tafsiran semula ajaran Islam. Aliran pemikiran liberal ini mempunyai
kaedah yang tersendiri apabila merujuk kepada hukum-hukum Fiqh
iaitu mengambil tujuan hukum bukan bentuk hukum. Ilmu-ilmu Islam
seperti Usul al-tafsir, Usul al-Fiqh, Usul al-Hadith, al-Jarh wa al-Ta’dil
dan sebagainya yang telah secara Ijmak diterima sebagai metod dalam
displin ilmu, juga telah dikritik oleh aliran pemikiran ini sebagai buatan
manusia. GAH juga berpendapat umat Islam perlu bebas dalam
membuat keputusan terutama dalam persoalan hukum-hakam agama
bagi menjalankan kemajuan dan pemodenan (Nor Saadah Musa &
Walid Mohd Said, 2014; Jakim, 2006).

tidak memahami istilah/terminology bahasa Arab

Salah satu punca yang dikenal pasti faktor penolakan terhadap


hadith oleh GAH adalah kurangnya dikalangan mereka ini memahami
pengistilahan atau terminology bahasa Arab yang digunapakai. Selain
itu dalam mencari jalan kebenaran terhadap Islam kerana kurangnnya
ilmu dalam bidang yang sepatutnya, menyebabkan mereka ini tersesat
(Abdul Halim El Muhammady, 1997). Bahasa adalah cerminan bangsa,
maka kepentingan memahami bahasa itu diakui agar individu dapat
menakluki ilmu yang ada padanya. Dalam konteks Al Quran, ia
diwahyukan kepada Nabi Muhammad SAW dalam bahasa Arab,
bersesuaian dengan baginda sendiri yang berbangsa Arab. Bagi yang
mampu memahami dan fasih bahasa Arab, maka ia satu kemudahan
bagi mereka bagi memahami al Quran.

Bagi pandangan GAH jika seseorang itu memahami bahasa


Arab, maka ia ia tidak lagi perlukan penjelasan lain kerana al Quran
diturunkan dengan bahasa yang jelas. Berdasarkan alasan ini, maka
Rasulullah tidak diperlukan bagi menjelaskan al Quran yang
sememangnya sudah jelas. Bagi mengukuhkan alasan mereka, bila

10
Seminar Antarabangsa Aqidah & Pemikiran Islam
International Seminar on Aqidah and Islamic Thought
(IConAIT) 2016
Published by Faculty of Islamic Studies, KUIS
berpegang keada hadis yang berbeza-beza maka ia membawa kepada
perpecahan umat Islam. Menurut GAH, tiada satu hadis pun dicatat
pada zaman nabi Muhammmad SAW. Maka dalam tempoh masa
sebelum pencatatan hadis, ia mungkin membawa manusia berpeluang
untuk menyelewengkan hadith yang ada.

Pada dasarnya GAH tidak mendalami Bahasa Arab bagi


memahami maksud hadith. Apabila tidak dapat menguasai bahasa
Arab dengan baik maka mereka cenderung menganggap hadith
bercanggah dengan al Quran (M. Rozaimi Ramle, 2016). Bagi
memahami Al Quran maka mendalami bahasa Arab adalah wajib. Ini
tidak hanya fasih dalam pertuturan, namun ada komponen lain yang
perlu diketahui dan dikuasai oleh individu sebelum memahami dan
menafsirkan Al-Qur’an. Contohnya ilmu nahu-soraf ilmu gaya bahasa
(balaghah) ilmu isti’arah (peribahasa) dan banyak lagi. Menurut
pandangan Yusuf al-Qaradawi (2001), al- Qur’an merupakan sumber
asal bagi setiap rujukan, ini bermakna tiada rujukan lain yang
sepatutnya menjadi faktor kepada manusia dalam memahaminya.
Peranan teks wahyu mestilah dalam mempelajari dan memahaminya
dengan akal yang bebas atau bersih daripada sebarang kepercayaan
dan pemikiran, praanggapan dan prejudis.

SKEPTIKAL TERHADAP AGAMA

GAH yang berfahaman liberalisme juga cenderung untuk bersikap sinis


atau skeptikal terhadap agama. Apabila ada timbul isu-isu tertentu
mereka akan melemparkan persepsi negatif mereka terhadap Islam. Ia
semakin berleluasa mendominasi pemikiran masyarakat khususnya di
dalam kelompok tertentu yang ada di Malaysia. Mereka dengan berani
mengetengahkan pandangan yang agak kritikal terhadap ajaran Islam.
Semua ini merupakan reaksi atau satu bentuk tindak balas yang
terhasil dari sikap tidak fahaman atau kepuasan golongan ini terhadap
sesuatu perkara. Inlah yang menjadi satu isu besar yang mendominasi
masyarakat Islam kita hari ini.
Dari sudut pandang psikologi persepsi negatif terhadap Islam
terbentuk hasil dari pengalaman masa silam yang juga terbina dari
pembelajaran yang diperoleh sebelumnya yang akhirnya akan
membentuk nilai dan kepercayaan. Kepercayaan dan nilai ini pula
adalah hasil dari peristiwa yang berlaku sepanjang kehidupan. Hasilnya
ia akan memberi impak dan mempengaruhi individu dalam membuat

11
Seminar Antarabangsa Aqidah & Pemikiran Islam
International Seminar on Aqidah and Islamic Thought
(IConAIT) 2016
Published by Faculty of Islamic Studies, KUIS
pertimbangan baik atau pun buruk. Bahkan ia juga akan memberi
kesan kepada individu dalam membentuk persepsi dirinya terhadap
sesuatu. Inilah yang berlaku kepada segelintir individu. Mereka
cenderung melihat sesuatu perkara berkait agama dengan
memberikan persepsi tanpa ada hujjah yang kukuh.
Persepsi negatif biasanya akan berlaku bila tiada asas dan
pendidikan agama yang kukuh. Hasilnya individu akan berpemikiran
cetek alam hal-hal berkaitan agama Islam. Bagi yang tidak berusaha
memahami Al Quran dan Al Sunnah akan mengalami krisis terhadap
agama. Faktor kepercayaan terhadap agama yang tidak kukuh,
timbulnya persoalan yang tidak mampu dijawab serta banyak isu
hanya berdiri di atas persepsi tanpa kefahaman yang jelas akan
membawa golongan ini cenderung menjadi skeptikal terhadap agama.
Pemikiran sebegini kebiasaannya mengandungi fahaman-fahaman
yang didapati menyeleweng dan terpesong dari aspek akidah dan
syariah (Nor Saadah Musa & Walid Mohd Said, 2014). Golongan ini
juga amat kuat menjadi penentang kepada parti politik Islam atau yang
memperjuangkan ideologi Islam atau NGO yang menjadikan Islam
sebagai identiti organisasi mereka.
GAH juga menyelewengkan ayat-ayat al-Quran berkaitan
politik, terutamanya yang berkaitan dengan kepimpinan ulama.
Mereka mendakwa ulama dahulu dan kini semuanya palsu,
menyelewengkan ajaran Allah SWT, bertopengkan amalan Rasul serta
telah mereka-reka hukum. Mereka mendakwa ulama mencipta hukum
halal-haram, sesat, undang-undang kekeluargaan Islam, dan
sebagainya walhal semua itu tiada dalam al-Qur’an. Bagi mereka ulama
sekutu Allah SWT. Sikap buruk sangka dan kebencian golongan ini
terhadap para ulama amat menebal. Hal ini menyebabkan mereka
sanggup memfitnah para sahabat dengan cerita daripada sumber yang
tidak berasas. Cabaran semasa sekarang ini bila golongan agama
sendiri tidak lagi dihormati lantaran suara agama sendiri mengalami
kemerosotan kualiti dan berlakunya krisis nilai, maka golongan ini akan
lebih bersikap sinis dalam agama bagi perkara yang merujuk kepada
beberapa aspek di dalam ajaran Islam seperti hukum-hakam, falsafah
serta muamalat. Kejahilan mereka terhadap agama, mereka telah
tersalah faham dan kecewa melihat keadaan umat. Mereka
menganggap isi kandungan al-Quran dan al-Sunnah tidak berfungsi
dalam membangunkan umat. Mereka melihat hukum-hakam Islam
secara terpisah dengan tujuan mengkritik. Telah terbukti dalam

12
Seminar Antarabangsa Aqidah & Pemikiran Islam
International Seminar on Aqidah and Islamic Thought
(IConAIT) 2016
Published by Faculty of Islamic Studies, KUIS
catatan sejarah bahawa Islam adalah pembela sebenar kaum wanita.
Sebelum kedatangan Islam, hak wanita tidak dibincangkan atas nama
sistem agama atau tanggungjawab keagamaan yang lengkap. Namun
isu ini tidak dilihat mereka sebagai satu kebenaran Islam.

PENGARUH ORIENTALIS BARAT


Antara faktor terpenting yang mempengaruhi perkembangan
fahaman ini ialah terpengaruh dengan idea-idea yang yang
dikemukakan oleh orientalis Barat (Nor Saadah Musa & Walid Mohd
Said, 2014). Rashad Khalifa yang bukan berlatarbelakangkan Pengajian
Islam telah cuba untuk membahas isu-isu yang berkaitan dengan
sumber perundangan hukum Islam yang ternyata hanyalah berasaskan
kajian saintifik beliau serta penaakulan akal semata-mata. Golongan
pemikiran Islam liberal cenderung menolak syari'at Islam sebagai
syari'at Allah (SWT) atau "Divine Law”(Muhammad Nur Manuty,
2006). Walhal, hukum Islam bukanlah boleh diukur keberkesanannya
berdasarkan anggapan atau pemikiran yang bersifat terhad malah ia
merupakan wahyu daripada Allah SWT yang tidak boleh dikritik apatah
lagi untuk menafikannya secara mutlak. Seterusnya mereka
selewengkan ayat tentang masalah aurat wanita. Mereka menafikan
aurat wanita termasuk rambut ataupun kepala. Malah mendakwa Islam
sebenarnya tidak mewajibkan wanita bertudung kepada. Golongan ini
percaya bahawa perintah pertama yang berkaitan etika pakaian wanita
dalam al-Qur’an ada disebut dalam ayat 26 Surah al-A’raf. Mereka ini
sebenarnya tidak memahami dan gagal membezakan antara syariat dan
fiqh.
Atas slogan kebebasan bersuara sebgaimana termaktub dalam
Universal Declaration of Human Rights 1948 atau Perisytiharan Hak
Asasi Manusia Sejagat 1948, yang menyatakan dalam perkara satu
bahawa, “Semua manusia dilahirkan bebas dan samarata dari segi
kemuliaan dan hak-hak. Mereka mempunyai pemikiran dan perasaan
hati dan hendaklah bertindak di antara satu sama lain dengan semangat
persaudaraan”. Maka mereka menyatakan hak-hak ini perlu dberikan
kepada setiap individu atas kapasiti manusia berhak dan bebas memilih.
Ini jelas sekali bertentangan dengan syariat Islam. GAH mendasari
kepercayaan bahawa kehidupan menjadi lebih baik manusia dibebaskan
daripada kongkongan agama. Mereka menggunakan konsep ijtihad
dalam laungan perjuangan mereka dan menolak autoriti agama Islam.
Dengan menekankan kebebasan memberi pendapat dan
menentukan fikiran mereka menolak suara ulama. Alasannya semua

13
Seminar Antarabangsa Aqidah & Pemikiran Islam
International Seminar on Aqidah and Islamic Thought
(IConAIT) 2016
Published by Faculty of Islamic Studies, KUIS
orang berhak memberi pendapat masing-masing kerana semua manusia
mempunyai hak untuk bersuara walaupun bukan dalam hal-hal yang
mereka pakar mengenainya. Kesimpulan yang mereka ambil bahawa,
ijmak ulama tidak diperlukan. GAH dipengaruhi pandangan yang
dibuat oleh orientalis Barat. Alasan mereka, pandangan orientalis ini
lebih kritis dan lebih pandai serta munasabah dengan peredaran zaman.
Kebenarannya GAH gagal membuat satu penilain terhadap golongan
orientalis yang amat penting iaitu, para orientalis Barat yang mereka
sanjung itu, bukanlah terdiri dari orang yang benar-benar memahami
agama Islam dengan sebenar-benarnya bahkan, bahkan mereka bukan
mendalami Islam bahkan hanya pakar sebagai pengkritik yang jahil
mengenai Islam.

5. KESIMPULAN

Sejarah yang telah terukir sewaktu zaman gelap yang berlaku di


Eropah boleh dijadikan panduan dan teladan agar umat Islam belajar
serta mempelajari sesuatu mengenainya. Anasir-anasir yang boleh
merosak Islam dari dalam begitu mudah disebarkan dalam masyarakat
tanpa boleh dihalang ini satu masa akan memberi ancaman kepada
masyarakat Islam di Malaysia. Gerakan golongan ini yang semakin utuh
dan mendapat tempat dalam segelintir umat Islam di Malaysia dengan
ada sebaran media baru perlu diatasi dari menular. Peranan pihak
berwajib dan keprihatinan umat Islam sendiri perlu digerakkan agar
semuanya dapat bergabung tenaga membanteras. Suntikan aqidah
yang kukuh pada kalangan orang awam terutama golongan muda yang
banyak menjadikan media sebagai ‘mentor’ dalam mencari maklumat
baru.

Kemelut yang berpunca daripada kekeliruan pemikiran ini


hanya boleh ditangani dengan berkesan melalui kaedah pendidikan
yang betul dan terancang. "Ilmu fardhu ain perlu diajar dengan betul
dan mencukupi bagi menangani persoalan pemikiran semasa supaya
orang Islam tidak mudah hilang makna diri. Ia bukan setakat persoalan
akidah, ibadat, akhlak yang diajar secara sambil lewa kerana kita
berhadapan dengan serangan pemikiran yang mampu meruntuhkan
satu umat. Hakikat kebebasandan perjuangannya perlu diperjelaslan
dengan terperinci. Kebebasan dalam Islam hadir bersama
tanggungjawab yang tersendiri. Walaupun manusia diberikan
kebebasan oleh Allah S.W.T bagi membuat pilihan contohnya dalam

14
Seminar Antarabangsa Aqidah & Pemikiran Islam
International Seminar on Aqidah and Islamic Thought
(IConAIT) 2016
Published by Faculty of Islamic Studies, KUIS
hal keimanan tetapi ruang kebebasan itu tidak pula melupuskan
perjanjian yang telah dilakukan ini.

Al Quran memperingatkan manusia bahawa telah ada


tanggungjawab yang sedia diletakkan di atas bahu semua manusia
sejak alam rahim lagi. Firman Allah bermaksud;

“ Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu mengeluarkan zuriat anak-anak


Adam dari (tulang) belakang mereka, dan Dia jadikan mereka saksi
terhadap diri mereka sendiri, Bukankah Aku Tuhan kamu?” Mereka
semua menjawab, “Benar, kami bersaksi.” Demikianlah supaya kamu
tidak berkata pada hari kiamat kelak, “Sesungguhnya kami lalai
tentang ini.” (Al- A’raf :172)

Rujukan
Abdul Halim El Muhammady. (1997). Islam Dan Al Hadith Dialog
Bersama Kassim Ahmad. Batu Caves, Malaysia: Pustaka Darul
Fikir.
Aliran Pemikiran Liberal: Hukum dan Implikasinya Kepada Islam Di
Malaysia 2006/74/7
Akidah Muzakarah. Keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa
Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia
Kali Ke-74 yang bersidang pada 25 -27 Julai 2006.
Anis Malik Taha. 2005. al-Ta’adudiyah al-diniyah ru’yah Islamiyah.
Gombak: UIAM
Azmil bin Zainal Abidin. Kertas Pembentangan. Agenda Sekularisasi Di
Sebalik Pemikiran Anti-Hadis Dan Islam Liberal: Suatu
Kupasan Epistemologikal. Seminar Pemikiran Islam; Peringkat
Kebangsaan, 2008.
Ghazali, M. A., Aziz, A & Shah, F. (2011). Pengaruh Pemikiran
Golongan Anti Hadith (GAH) Kepada Umat Islam Di Malaysia:
Kajian Khusus Di Lembah Klang. Dalam Fauzi Deraman
Ishak Suliaman Faisal Ahmad Shah (Pnyt). Sunnah Nabi:
Realiti dan Sabaran Semasa. Kuala Lumpur: Universiti
Malaya.
Kasim Ahmad, SATU CATATAN MENGENAI HUBUNGAN
ANTARA FALSAFAH DAN SAINS SOSIAL. Akademika No
23, Jula 1983.

15
Seminar Antarabangsa Aqidah & Pemikiran Islam
International Seminar on Aqidah and Islamic Thought
(IConAIT) 2016
Published by Faculty of Islamic Studies, KUIS
K. A., Shah, F. A., & Abd Razzak, M. M. (2015). Salah Faham
Terhadap Sunnah: Isu dan Penyelesaian (1st ed., Vol. 1).
Lembah Pantai, Kuala Lumpur: Akademi Pengajian
Islam Universiti Malaya.
Nor Saadah Musa & Walid Mohd Said. Impak Negatif Islam Liberal
Terhadap Pengkajian Hukum. Seminar Ancaman Islam Liberal
anjuran Kerajaan Kelantan dan Gabungan Persatuan
Profesional Kelantan, di Balai Islam, Lundang, Kota Baharu,
Kelantan, pada 3hb. Jun, 2006.
Syed Muhammad Naqib al-Attas (1984), Islam and Secularism, New
Delhi: Hindustan Publication
Wan Adli Wan Ramli, Menangani Cabaran Liberalisme dalam
Kalangan Muslim Berdasarkan Konsep IjmakJurnal Usuluddin 40
(Julai – Disember 2014): 27-49
Yusuf al-Qaradawi,2001. How to Appraoch the Quran. Al Falah
Foundation for Translaation, Publication and Distribution.

Ishak Hj. Sulaiman. (2001). Autoriti Hadis Menangani Gerakan Anti


Hadith. Kuala Lumpur: Universiti Malaya.

Zulkifli Mohd. Al Bakri. (2014). Anti Hadis, Inilah Jawapannya. Kuala


Lumpur: Pustaka Cahaya Kasturi.
http://www.haluan.org.my/v5/topik-pilihan/ancaman-islam-
liberal/1481-isu-isu-sentral-dalam-pemikiran-islam-

http://www.kuis.edu.my/mfifc2014/eprosiding/ifc018%20-
%20Nor%20Saadah%20Musa.pdf
http://www.e-fatwa.gov.my/…/aliran-pemikiran-liberal-hukum-…
http://www.ohchr.org/EN/UDHR/Documents/UDHR_Translations/mli.
pdf
http://www.kuis.edu.my/mfifc2014/eprosiding/ifc018%20-
%20Nor%20Saadah%20Musa.pdf
http://www.dictionary.com/browse/liberalism

Author’s Biography

16
Seminar Antarabangsa Aqidah & Pemikiran Islam
International Seminar on Aqidah and Islamic Thought
(IConAIT) 2016
Published by Faculty of Islamic Studies, KUIS
Sakinah Salleh is a registered counselor, author, public speaker and
consultant. She posses PhD in Education specializing in Psychology
and Counselling from International Islamic University Malaysia
(IIUM). She also holds Masters of Counseling from University of
Malaya while completed her Diploma in Education and Degree in
Islamic Revealed Knowledge and Heritage from IIUM too. Currently
she is a principal consultant for Al Ihsan Training and Motivation, a
part time lecturer at University Malaysia Center for Continuing
Education (UMCCeed) in the area of Counseling and Psychology and a
module writer for Open University. She has been written 10 motivation
books to date.

17

View publication stats

Anda mungkin juga menyukai