Anda di halaman 1dari 17

CTU554

PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN II

TUGASAN 1

TOPIK 8:
PERMASALAHAN DAN KEKELIRUAN AGAMA:
SEKULARISASI DAN TAMADUN BARAT

NAMA NO. KOD


PELAJAR PROGRAM
MALISSA ZARINA BINTI ROSDEEN 2020773011 BA242
SITI RUZANA BINTI ABDUL HAMID 2020720801 BA242

KUMPULAN : NBH9B
TARIKH
: 23 DISEMBER 2022
PENGHANTARAN
PENSYARAH : USTAZAH NUR HAFIZAH BINTI
HARUN

MARKAH
Pengenalan /2
Susunan Isi / Idea /4
Analisa &
/12
Perbincangan
Rumusan &
/4
Kesimpulan
Etika Penulisan /4
Bibliografi / Rujukan /4
TOTAL /30
ISI KANDUNGAN

1. PENGENALAN SEKULARISASI DAN TAMADUN BARAT............................................... 3

2. OBJEKTIF KAJIAN ............................................................................................................. 4

3. PROSES SEKULARISASI ................................................................................................. 5

4. ANCAMAN SEKULARISME ............................................................................................... 9

5. KESIMPULAN................................................................................................................... 12

6. CADANGAN ..................................................................................................................... 13

7. RUJUKAN ......................................................................................................................... 16

8. LAMPIRAN ....................................................................................................................... 15

2
1. PENGENALAN SEKULARISASI DAN TAMADUN BARAT

Sekularisasi bermaksud entiti antara sebuah masyarakat dan juga nilai kerohanian,
transformasi masyarakat dengan nilai atau institusi keagamaan ke arah nilai bukan agama
dan institusi sekular. Tujuan sekularisasi adalah meletakkan Tuhan secara rasmi dalam
kehidupan manusia dan menjadikan manusia sebagai Pencipta bersama Tuhan yang
mencipta dunia telah ditafsirkan secara berbeza. Terdapat idea bahawa apabila masyarakat
maju, terutamanya melalui pemodenan, rasionalisasi, dan kemajuan dalam sains dan
teknologi, kuasa agama semakin berkurangan dalam semua aspek kehidupan sosial dan
pemerintahan. Masyarakat ataupun institusi yang tidak mempunyai kaitan dengan agama
adalah sekular, dan proses menuju ke arah sekular adalah sekularisasi. Jika penduduk
sesebuah negara menjadi kurang beragama atau rohani dari semasa ke semasa, itu adalah
bukti sekularisasi seluruh masyarakat. Sekularisasi dianggap telah cuba menarik sebahagian
daripada kuasa Tuhan dalam kehidupan manusia. Pengertian yang lebih mudah, sekular
dimaksudkan dengan apa yang dimiliki di dunia tidak berkaitan langsung dengan keabadian.

Tamadun barat sendiri telah berkembang dengan ketara sejak berabad-abad. Walaupun
konsep barat belum wujud pada zaman Mesopotamia dan Mesir. Perkembangan penulisan,
kod undang-undang, dan peranan berdasarkan jantina, akhirnya keseluruhan ini
mempengaruhi apa yang menjadi tamadun barat. Perkembangan idea tamadun barat
dianggap penting dan sejak dahulu lagi. Terdapat jurang perbezaan antara pertemuan
tamadun ini dengan tamadun yang lain terutamanya dengan agama Islam. Antara 700-
1500M, pertemuan dengan dunia Islam membantu menentukan barat. Selepas 1500M, walau
bagaimanapun apabila kapal-kapal eropah mula bergerak ke bahagian lain di dunia,
pertemuan dengan orang di Asia, Afrika dan Amerika bukan sahaja memberi kesan kepada
tamadun yang terdapat di sana tetapi juga mempengaruhi cara orang di barat mentakrifkan
diri mereka. Pada masa yang sama, ketika mereka menubuhkan tanah jajahan, orang Eropah
mula memindahkan rasa identiti barat ke kawasan lain di dunia, terutamanya Amerika Utara
dan bahagian Amerika Latin yang telah dianggap sebagai sebahagian daripada tamadun
barat.

Sejarah telah membuktikan bahawa kekeliruan manusia tentang agama bermulanya daripada
zaman Nabi Adam a.s. dan sehingga kini masih berlaku. Perkara ini bukan menjadi masalah
negara sahaja malahan telah menjadi permasalahan global. Perkara ini juga mampu
mengubah keadaan tenang kepada huru-hara yang mana akan menjadi suatu ancaman
kepada negara. Perpecahan manusia boleh berlaku oleh kerana permasalahan ini. Hal ini
kerana sekularisme menentang pengaruh agama dan setiap manusia berhak untuk
menentukan kepercayaan mereka sendiri dan arah kehidupannya dengan cara tersendiri.

3
2. OBJEKTIF KAJIAN

Objektif kajian ini adalah mengenalpasti sejauh mana kekeliruan agama dikalangan
masyarakat dan juga hubungkait permasalahan ini dengan tamadun barat. Kesan tanah
melayu menjadi tanah jajahan bukan sahaja berlaku ketika itu, namun ia meninggalkan kesan
yang mendalam sehingga ini. Buktinya, masyarakat kini lebih terbuka dengan pembawaan
pemodenan yang diperkenalkan, secara perlahan juga membuka ruang untuk penerimaan
segala sudut kehidupan barat termasuk pemikiran dan juga agama. Sifat keterbukaan yang
terlalu tinggi sehingga menimbulkan keselesaan terhadap kebebasan dalam kehidupan
bermasyarakat.

3. KONSEP IDEOLOGI

Berdasarkan Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka, sekular bermakna duniawi. Manakala
Kamus Oxford memdefinisikan sebagai keduniaan dan kebendaan tanpa keagamaan dan
kerohanian.

Dari sudut bahasa, definisi sekularisme lebih hampir kepada sesuatu bersifat keduniaan dan
berpisah dengan nilai-nilai agama. Dari sudut istilah, sekularisme fahaman falsafah yang
mana memisahkan segala urusan keduniaan daripada urusan keagamaan.

Di dalam bahasa Arab, sekular ialah “al-Ilmaniyyah” yang berasal dari perkataan ilmu di dalam
bahasa Arab iaitu ain,lam dan mim yang bermakna mengangkat martabat ilmu. Istilah ini tidak
bertentangan dengan ajaran Islam yang sentiasa menjadikan ilmu sebagai satu perkara yang
amat dititik beratkan bagi setiap manusia yang menganjurkan kefahaman kepada ilmu sejak
dari kedatangan Islam melalui wahyu pertama akan tetapi perterjemahan perkataan sekular
kepada “al-Ilmaniyyah” hanya satu dusta yang mana hanya ingin berlindung di sebalik slogan
ilmu. “Al-Ladiniyyah” adalah makna tersirat bagi sekular yang bermaksud tanpa agama, atau
“al-la’aqidah” iaitu tanpa aqidah seperti yang dimaksudkan oleh Yusuf al-Qardhawi di dalam
penulisannya mengenai maksud sekularisme.

Menurut Prof. Dr. Syed Muhammad Naquib al-Attas,” Perkataan sekular, berasal daripada
perkataan Latin, saeculum yang mambawa 2 maksud iaitu waktu membawa kepada maksud
sekarang serta lokasi yang menunjukkan pengertian duniawi”. Seaculum merujuk kepada
kejadian-kejadian yang berlaku pada masa kini dan tidak mengambil kira kehidupan di akhirat.

Dr. Sharifah Hayaati Syed Ismail berkata fahaman itu juga menganggap agama
mengakibatkan kemunduran serta memberi kesan terhadap kehidupan seseorang yang
datang daripada akalnya.

4
Harvey Cox dan Cornelis Peursen menyatakan terdapat tiga ciri utama sekular. Ciri pertama
sekular yang dinyatakan ialah The Disenchantment of Nature yang bermaksud melenyapkan
ketakjuban kepada alam serta kehidupan. Ciri kedua pula, The Desacralization of politics iaitu
mencemari kehidupan berpolitik dan bernegara yang mana bagi memegang jawatan di dalam
pentadbiran, seseorang itu harus mempunyai kriteria yang baik tetapi pada pendapat sekular
ia tidak dititik beratkan. Ciri terakhir sekular adalah The Deconsecration of value yang mana
merobak pegangan nilai, budaya dan tradisi. Ketinggian tamadun tidak dapat dicapai
sekiranya nilai ini tiada kerana ketiadaan unsur agama, tradisi dan budaya yang membantu
membentuk etika, akhlak dan adab. Ideologi ini merupakan salah satu ideologi yang mencuba
untuk mengikis ketakjuban kehidupan yang mana akan mewujudkan sebuah kehidupan yang
hanya tertumpu kepada material sahaja.

4. PROSES SEKULARISASI

Agama dan kepercayaan adalah satu rantaian yang berkait kerana maksud agama adalah
kepercayaan kepada Tuhan dan juga amalan berkaitan dengan kepercayaan itu. Agama
adalah panduan hidup manusia yang mana tujuannya untuk menjaga kebahagiaan hidup.
Agama sebagai panduan hidup kerana agama mampu menjawab segala persoalan yang tidak
mampu manusia memikirkan jawapannya. Hal ini terbukti bahawa manusia tidak berkuasa
dan manusia mempunyai keterbatasan.

Majoriti penduduk di Malaysia adalah beragama Islam. Walaupun masyarakat di Asia


Tenggara mempunyai pelbagai etnik namun penerimaannya ada terbuka kerana Islam adalah
agama universal. Sejarah awalnya bermula ketika Kepulauan Melayu menerima penyebaran
Islam lebih awal sebelum kedatangan orang Barat. Penggerak utama dalam penyebaran
Islam adalah pedagang – pedagang China dari Guangzhou. Pihak penting dalam penyebaran
agama Islam ke Kepulauan Melayu juga adalah pedagang – pedagang Arab dan Parsi serta
India, yang telah memperkenalkan Islam. Selepas kedatangan orang Barat, penyebaran
agama Kristian telah diperkenalkan melalui sistem pendidikan dan juga pengamal kesihatan
moden dalam kalangan orang Melayu.

Kedatangan penjajah Inggeris telah menjadi sejarah awal sekularisme di Malaysia yang mana
bermula dari tangan Belanda yang menakluk negara. Antara syarat penting dalam Perjanjian
Pangkor pada 1874 yang berlaku antara Sultan Abdullah iaitu Sultan Perak dengan Sir
Andrew Clarke ialah Inggeris akan terlibat dalam segala urusan pentadbiran kecuali soal
agama di mana Inggeris menjadi penasihat kepada Sultan. Ketika ini Sultan sudah mula
kehilangan kuasa dalam pemerintahan dan politiknya. Segala urusan pentadbiran dan
perlaksanaan undang-undang dikuasai oleh Inggeris dan mereka mengubah sistem tanpa

5
menghubungkaitkan dengan kepentingan agama. Sultan tidak mempunyai kuasa untuk
menangani fahaman sekular yang dibawa Inggeris, maka berlakunya pemisahan politik dari
agama dan seterusnya agama dari negara. Kemerdekaan pada 31 Ogos 1957, dasar pemisah
agama dari negara masih dikekalkan dalam bentuk Perlembagaan Persekutuan. Antara dasar
yang dilaksanakan, Sultan dan Majlis Agama Islam masih berkuasa berkaitan agama
mengikut negeri namun begitu perkaitan berkaitan dengan pemerintahan diserahkan kepada
wakil rakyat yang mana terbuka kepada Islam mahupun bukan Islam.

Selanjutnya, Inggeris mengatur langkah dengan memfokuskan fahaman sekular kepada


sistem pendidikan dan juga ekonomi negara. Keduanya adalah tonggak utama negara, sistem
pendidikan adalah saluran utama yang mampu mencorakkan kehidupan haluan manusia.
Melalui sistem pendidikan, pegawai Inggeris iaitu Stamford Raffles memperluaskan pengaruh
dalam penyebaran fahaman sekular dan juga menyebarkan antara manfaat-manfaat
pendidikan dalam kemajuan ekonomi Barat. Beliau menyarankan anak-anak Melayu
menggunakan tulisan rumi dalam sistem pendidikan, dan secara tidak langsung perlahan-
lahan mengurangkan pengaruh Islam dalam kalangan orang Melayu.

Namun begitu, terdapat Ishak Haji Muhammad ialah seorang pengarang Melayu yang teguh
jati dirinya dan semangat nasionalisme yang tinggi dan juga mempunyai pendidikan Inggeris
bertindak menentang penjajah melalui penulisannya. Sebelumnya Ishak antara yang
mempunyai jawatan kerana pendidikan tingginya iaitu sebagai majistret kelas tiga, namun
beliau telah meletakkan jawatan dan menjadi seorang penulis. Ishak menunjukkan protesnya
terhadap pentadbir Inggeris melalui penulisannya yang penuh dengan sindiran tajam dalam
bentuk kiasan. Novel pertamanya bertajuk “Hilang di Mata”, ditukarkan kepada “Putera
Gunung Tahan”. Membawa pada novel tulisan beliau, jelas menunjukkan kebenciannya
kepada Inggeris. Ishak memperjuangkan keadilan dan kemerdekaan melalui penulisannya
serta beliau juga bertujuan untuk menghalau penjajah.

Seterusnya, Inggeris memperkenalan sistem kapitalis dalam ekonomi negara yang mana
memperkenalkan riba. Sistem ini adalah dasar Laissez-Faire yang membawa fahaman
individu bebas dan hanya fokus kepada keuntungan peribadi. Ketika ini manusia mula
terpengaruh dengan amalan masyarakat baru yang mana perlunya mengumpul harta serta
kekayaan walaupun perlu menindas dan menipu antara satu sama lain kerana tujuannya
keuntungan dan kepentingan peribadi. Dengan itulah cara dari tamadun Barat menyebarkan
fahaman sekularnya dan masyarakat Melayu sudah terpengaruh dan memandang nilai wang
ringgit adalah segalanya. Moral masyarakat terhadap golongan bawahan juga berbeza kerana
mereka sudah tidak menyukai dan memandang serong terhadap golongan sederhana atau

6
miskin, inilah bukti kebendaan menguasai manusia dan perlahan pengaruh sekularisme
makin meluas.

Ideologi sekularisme ini sudah lama wujud dan ia mudah untuk berkembang kerana
penyebarannya bukan sahaja meluas namun ia tepat dan berfokus. Antara contoh ideologi
sekularisasi juga adalah dengan mempercayai dan yakin bahawa undang-undang yang
aslinya ciptaan manusia lebih bersesuaian untuk digunapakai dan dilaksanakan dalam
pentadbiran. Kesannya, perkara ini membawa kepada penafian iman manusia secara
menyeluruh kerana mahu mengikut hukum yang dicipta sendiri oleh manusia secara
keseluruhan tanpa berdasarkan panduan agama.

Kini, sosial masyarakat telah berkembang pesat seiring dengan perkembangan teknologi
yang maju kearah kemodenan. Keadaan ini memberi kesan pada nilai-nilai barat yang
semakin berkembang bukan sahaja pada sosial masyarakat namun berkembang dalam diri
setiap individu juga. Perkara ini membimbangkan kerana akan mengakibatkan kehidupan
beragama tidak lagi menjadi keutamaan oleh sebab manusia terlalu asyik sehingga hilang
kawalan dari segi moral dan mudah terjebak kepada tenaga negatif. Perubahan moral
manusia adalah membimbangkan kerana mampu mengubah fikiran dan hati manusia.
Pengadaptasian sekularisme dalam pelbagai aspek kehidupan seperti sosial, ekonomi
mahupun politik mampu mempengaruhi keperibadian jiwa dan juga kerohanian manusia.

Jika individu telah mempercayai akan sesuatu, secara perlahan dia akan mula membenarkan
kepercayaan itu dalam hatinya lalu mengukuhkan kepercayaan itu sehingga hilang keraguan.
Perkara ini boleh terjadi apabila individu tersebut telah diyakini hatinya dan boleh mengubah
akidahnya. Kekeliruan agama sering berlaku kerana manusia mula beranggapan dunia ini
wujud tanpa pencipta. Kehidupan manusia menurut Islam bukanlah sahaja mengapai
kebahagiaan duniawi semata-mata, ia perlukan seiring dengan kebahagiaan di dunia dan
akhirat tanpa pemberat kepada duniawi kerana perlu diimbangi dengan tuntutan agama dalam
kehidupan.

Kekeliruan atau kecelaruan fahaman moden adalah menjadi argumentasi penting dalam
sesetengah isu seperti hak dan tanggungjawab ialah perkara yang berbeza tetapi fahaman
sekular adalah sama kerana mereka mencampuradukkan keduanya tanpa memahami
perbezaan. Selain itu, kebebasan beragama yang mereka anggap adalah kebebasan yang
membolehkan setiap individu bebas keluar masuk agama yang mereka minat namun fahaman
sebenar adalah hidayah diberi oleh Allah dan telah menjadi pilihan individu itu sendiri untuk
menentukannya sama ada menerima Islam mahupun sebaliknya. Seterusnya, penafsiran
tentang adil dan samarata. Sekular beranggap setiap perkara perlukan kesamarataan tanpa

7
kira keadaannya. Mengikuti Islam, keadilan ditentukan dengan meletakkan sesuatu pada
tempatnya. Maksudnya keadilan dan kesamarataan yang seiring mengikut keadaan.

Ciri-ciri sekularisme yang bersifat kebebasan tanpa sempadan dan kebahagiaan


diperjuangkan, malahan perundangan dan pemerintahan tidak mempunyai teras yang tetap
dan mutlak. Ketidaktetapan ini sentiasa berubah mengikut kepentingan dan masa.
Sekularisme menanamkan sifat duniawi yang mana mengutamakan masalah individu
berbanding kehidupan yang abadi. Antara contohnya, isu yang berkaitan adalah ideologi
materialisme, individualisme, kapitalisme, individualistic, komunisme dan juga feminisme.
Jelas nyata ciri ini hanyalah untuk membaiki kehidupan manusia yang mana hanyalah
sementara.

Kekeliruan fahaman mampu menggoyahkan martabat agama Islam, sebagaimana


sebahagian Muslim telah terpengaruh dengan fahaman sekular malah ada segelintir yang
terikut-ikut gaya kehidupannya. Gaya kehidupan yang modenisme dan juga materialistik
adalah antara pengaruh terbesar manusia, isu ini dapat mengubah haluan kehidupan individu
serta masyarakat. Penyebaran fahaman ini terlalu berfokus hanya pada kehidupan semata-
mata dan menolak secara langsung kepentingan dan juga kewujudan Pencipta alam semesta.
Kini manusia berlumba-lumba dalam kehidupan masing-masing untuk menunjukkan diri
mereka yang berharta dan juga moden seiring dengan kemajuan negara yang pesat
membangun. Tambahan lagi, dengan adanya media massa akan memburukkan keadaan
sekiranya masyarakat tidak menggunakannya dengan baik. Hanya beberapa saat sahaja
penyebaran dan keangkuhan masyarakat kelihatan di seluruh negara yang mana mendorong
kepada kerosakkan akidah dan juga sosial masyarakat.

Terbukti dengan jelas kelompongan segala persoalan telah terjawab dengan ilmu agama
Islam, pelbagai teori telah disampaikan sebagai panduan hidup masyarakat termasuk juga
teori di mana Barat tidak mampu memikirkan atas sebab keterbatasan asas pemikiran
manusia. Pihak yang gagal mengenal dengan baik hakikat sebenar manusia sememangnya
tidak boleh menerima kebenaran, mereka hanya mengikutkan naluri sendiri atas sebab sifat
tidak mahu menerima. Sebaliknya, individu yang mempunyai keteguhan dan kepercayaan
kepada Pencipta alam semesta mampu menundukkan hawa nafsu manusia dengan
memenuhi segala tuntutan Tuhan dan juga menjadikan teori yang ada sebagai panduan
kehidupan. Walaubagaimanapun, telah menjadi tanggungjawab manusia untuk menimba ilmu
bagi menambahkan ilmu pengetahuan manusia dengan cara perlu mengenal, mengkaji dan
mendalami Islam. Pemahaman yang mendalam akan membantu manusia melihat keunggulan
dan keindahan agama sehingga manusia tidak akan menimbulkan rasa ketidakpercayaan
terhadap agama ini.

8
5. ANCAMAN SEKULARISME

Ancaman ideologi sekularisme dapat dilihat melalui tiga aspek besar iaitu individu,
masyarakat dan negara. Perkara ini dapat dibincangkan secara terperinci melalui jurnal dan
bahan-bahan ilmiah lain seperti dibawah.

i. Individu

Ancaman sekularisme terhadap individu dapat dipecahkan kepada tiga perkara iaitu melalui
pendidikan, agama dan sosial.

Dari segi aspek pendidikan, kesan sekularisme terhadap individu adalah sistem pendidikan
barat yang telah tercemar akibat sekularisme membawa kepada pemasalahan pembentukan
individu (Mohd Yusri Bin Ibrahim, 2019). Individu terutamanya pelajar, menerima pendidik
secara tidak sedar untuk mengejar kekayaan material dan membuat individu semakin jauh
daripada keharmonian rohaniah (Mohd Yusri Bin Ibrahim, 2019). Tambahan pula, pendidikan
agama telah dipinggirkan dengan meletakkan pada akhir jadual waktu iaitu memperuntukkan
waktu yang sedikit. Ini menyebabkan pendidkan agama memberi impak yang lemah kepada
individu dalam mempelajari Tuhan (Mohd Yusri Bin Ibrahim, 2019).

Oleh yang demikian, perkara di atas memberi impak pula kepada aspek agama. Sekularisme
telah berjaya melemahkan keimanan dan mengoyangkan keyakinan serta akidah individu
terhadap Tuhan (Mohd Yusri Bin Ibrahim, 2019). Contohnya, penglibatan individu dalam
berjudi dan membeli nombor ekor untuk mendapatkan sejumlah wang yang banyak. Perkara
ini dapat ditafsirkan individu kini menjadi lebih materialistik dalam mengejar harta dunia.
Individu tidak menitik beratkan persoalan “halal haram” dalam mengumpul harta. Mereka tidak
yakin bahawa harta yang halal akan membawa kebahagian di dunia dan di akhirat walaupun
jumlahnya sedikit.

Melalui aspek masalah sosial, individu akan mudah terjebak dengan masalah sosial seperti
dadah, merompak, lesbians, homoseks, pembunuhan, penderaan kanak-kanak dan
sebagainya. Masalah sosial ini terjadi kerana individu ingin memuaskan hawa nafsu tanpa
memikirkan batas agama masing-masing. Hilangnya keperimanusiaan dan belas kasihan
seseorang individu dalam menetapkan atau melakukan sesuatu tanpa berlandaskan agama.
Seperti yang telah dijelaskan di dalam pengertian sekularisme, ideologi ini lebih
mengutamakan keseronokan dunia seolah-olah “Tuhan telah mati”.

9
ii. Masyarakat

Kesan ideologi sekularisme terhadap masyarakat juga dapat dibincangkan daripada segi
persepsi dan mentaliti.

Pertama, masyarakat mempunyai persepsi yang rendah terhadap guru-guru agama dan
golongan agama (Luqman Zainal Abidin, 2020). Masyarakat memandang tinggi terhadap
seseorang jika berjaya menceburi di dalam bidang selain agama. Sebagai contohnya,
masyarakat lebih memandang tinggi jika seseorang individu itu merupakan lepasan dalam
bidang kedoktoran, kejuruteraan, akauntan dan bidang-bidang lain. Bidang-bidang tersebut
dipandang sebagai bidang professional oleh masyarakat. Manakala, bagi lepasan bidang
agama pula dipandang biasa-biasa sahaja. Malahan, lepasan bidang agama mempunyai
peluang pekerjaan yang sedikit dan dianggap sebagai satu bidang yang tidak begitu berat
oleh masyarakat. Kesan ini dapat dilihat dalam masyarakat di Malaysia kini.

Di samping itu, mentaliti masyarakat menjadi lebih materialistik. Perkara ini dapat diulas
dengan pemilihan bidang yang diceburi oleh masyarakat. Masyarakat lebih menjurus dan
menggalakkan keluarga mereka untuk mencuburi dalam bidang-bidang lain seperti yang
dilabelkan oleh masyarakat dan sistem dunia iaitu bidang professional. Masyakat kurang
berminat atau berfokus kepada bidang keagamaan untuk dijadikan kerjaya anak-anak
mereka. Hal ini demikian berlaku kerana masyarakat melihat beberapa faktor yang ada pada
lepasan bidang-bidang profesional. Bidang professional dilihat mempunyai peluang pekerjaan
yang lebih luas, gaji yang lebih lumayan dan status yang lebih tinggi dibandingkan dengan
lepasan bidang agama (Luqman Zainal Abidin, 2020).

Tambahan pula, dari pemilihan bidang ini, tidak dapat dinafikan bahawa tujuan utama
pemilihan bidang oleh masyarakat ini adalah berfokuskan kepada tawaran keselesaan hidup
dan keterjaminan ekonomi keluarga mereka sendiri seperti faktor-faktor yang dinyatakan tadi
(Luqman Zainal Abidin, 2020). Walau bagaimanapun, secara tidak sedar nilai keagamaan itu
telah dipisahkan daripada kehidupan seharian. Masyarakat menjadi alpa dalam agama dan
terus mengejar dunia, pangkat, harta dan status kehidupan. Ini membuatkan masyarakat
menjadi materialistik secara senyap.

Akhirnya, terdapat masyarakat Islam yang mula mempertikaikan hal-hal agama terutamanya
yang berupa metafizik dan tidak logik pada pemikiran mereka, seperti kewajipan menutup
aurat, solat,alam akhirat, pembalasan kubur, kebebasan hak kemanusiaan dan sebagainya
(Mohd Yusri Bin Ibrahim, 2019). Oleh itu, lahirlah masalah kekeliruan dalam kalangan
masyarakat.

10
iii. Negara

Kesan sekularisme pada negara dapat dilihat melalui pentadbiran kini. Pentadbiran di
Malaysia merupakan pentadbiran yang berasaskan sekularisme kerana Perlembagaan
Malaysia yang berasaskan falsafah barat iaitu agama Islam dan pentadbiran adalah terpisah.
Perkara ini dapat dilihat melalui pentadbiran, perundangan negara, sistem pendidikan, sistem
perbankan dan lain-lain.

Dalam pengurusan ekonomi, terdapat dua bentuk sistem ekonomi yang dipelajari oleh dunia
iaitu sistem ekonomi kapitalis dan sistem ekonomi sosialis yang bermatlamatkan kekayaan
dan material semata-mata (Mohd Yusri Bin Ibrahim, 2019). Sistem ini tidak menitik beratkan
isu halal, haram dan keadilan. Tambahan, amalan riba digunakan secara berleluasa didalam
perniagaan dan urusan kewangan walaupun perkara ini dilarang di dalam Islam.

Pentadbiran berkaitan hal ehwal Islam bagi setiap negeri adalah berlainan. Sesuatu perkara
yang dilaksanakan itu akan ditetapkan oleh negeri masing-masing. Contohnya, pentadbiran
di negeri Kelantan tidak membenarkan arak dijual manakala bagi pentadbiran di negeri-negeri
lain pula, penjualan arak adalah dibenarkan. Antara sebab dibolehkan penjualan arak adalah
untuk menjana ekonomi negara melalui pembelian daripada pelancong luar negara.

Dari sudut politik, aliran politik Barat berjaya mempengaruhi negara-negara Islam seperti
menerapkan fahaman kapitalisme, sosialisme, nasionalisme dan lain-lain. Tanpa disedari,
perkara ini hanya bermatlamat untuk mendapatkan pengaruh, pangkat dan kuasa seperti
yang berlaku di negara kita (Mohd Yusri Bin Ibrahim, 2019). Natijahnya, perkara ini adalah
bertentangan dengan politik Islam yang memandang jawatan tersebut sebagai
tanggungjawab, amanah dan tugas khalifah Allah.

Sistem perundangan pula, Malaysia menggunakan sistem perundangan sivil iaitu Mahkamah
Sivil yang ditubuhkan oleh Perlembagaan Persekutuan. Mahkamah Syariah pula ditubuhkan
oleh Akta Pentadbiran atau enekmen. Kebanyakan perundangan di Malaysia mengikut
perundangan sivil. Hanya sesetengah perkara sahaja merujuk kepada mahkamah syariah
seperti cerai, anak, nafkah, nikah, tunang dan lain-lain yang berkenaan (Dato' Haji Zainul Rijal
Bin Abu Bakar, 2018).

11
6. KESIMPULAN

Wujudnya perasaan cinta kepada Tuhan pencipta alam semesta dan juga agama, akan
berjaya menghasilkan kebahagiaan dan ketenangan dalaman terhadap manusia. Namun
begitu, terdapat juga sudut sisi yang berbeza di mana apabila cinta yang telah wujud tersebut
digerakkan secara sedar atau tidak telah menjadi punca kepada sejumlah besar jenayah,
kemiskinan dan kemunduran umat manusia. Perkara ini akan mengakibatkan kredibiliti agama
dan kepercayaan kepada Tuhan akan mula dipersoalkan. Sekularisasi adalah yang paling
dibenci oleh penganut agama di dalam kalangan pengkritik agama.

Dalam tahun-tahun kebelakangan ini, terdapat beberapa kajian global yang mencabar
sekularisasi. Kajian menunjukkan bahawa penduduk dunia yang tidak beragama mungkin
menurun sebagai peratusan penduduk dunia. Perkara ini berhubungkait dengan, negara yang
tidak beragama mempunyai kadar kesuburan pengganti dan negara beragama mempunyai
kadar kelahiran lebih tinggi secara amnya. Bagi mengambarkan fenomena ini, ahli sosiologi,
Kristian Peter L. Berger telah mencipta istilah desekularisasi. Disamping itu, kadar
sekularisasi terhenti atau berbalik di beberapa negara rantau mahupun bandar-bandar besar
di dunia Barat dengan sejumlah besar pendatang agama.

Sebelum munculnya sastera moden, pengaruh Barat sudah muncul tetapi tidak diperincikan
dalam perkembangan persuratan Malaysia. Pendedahan nilai moden juga telah berjaya
menarik penerimaan golongan elit, kebanyakkannya perkara ini berlaku semasa penyebaran
masyarakat yang tidak terlihat. Gejala penularan nilai tamadun Barat akan mengakibatkan
menimbulkan permasalahan bermula dengan iman individu dan keruntuhan jati diri serta akan
mengganggu dalam institusi kekeluargaan apabila masyarakat menerima mudah hiburan
yang berlebihan sehingga wujudnya pergaulan bebas.

Kekeliruan dan permasalahan tentang ideologi ini perlu diselesaikan dengan


memperbanyakkan lagi penyebaran agama yang teguh. Hal ini kerana dengan memperoleh
bahan serta bukti melalui penyebaran yang menyakinkan dapat menarik semula masyarakat
yang telah digelapkan matanya dengan bahagia serta mewahkan kemodenan. Individu dan
masyarakat tidak perlu menolak pada kemajuan dan juga kemodenan, namun hanya untuk
mengukuhkan jati diri masing-masing. Pengukuhan ini penting untuk politik negara juga
kerana ia akan menentukan masa depan anak bangsa akan datang. Oleh itu, penyebaran
yang utama dan benar penting dalam meningkatkan tahap kesedaran setiap individu yang
tinggi. Kemajuan dan kemodenan yang seiring dengan panduan hidup yang betul dapat
membimbing masyarakat dan juga negara ke arah keamanan.

12
7. CADANGAN

i. Individu

Mengukuhkan akidah dan juga keimanan setiap individu adalah langkah yang berbaik dalam
melindungi diri daripada kekeliruan agama mahupun sekularisme. Setiap individu perlu
memperbaiki hubungan baik dengan Tuhan serta meningkatkan kepercayaan dan keimanan
yang nyata. Jati diri yang teguh dapat menjadi benteng dalam diri manusia. Selain itu,
kepentingan dalam menuntut ilmu juga perlu diambil berat. Hidup dengan dunia yang moden
kini lebih mudah untuk setiap individu menimba ilmu pengetahuan dan ilmu rohani, hanya
perlu mencari di tempat dan juga sumber yang benar melalui ruang dan peluang yang sedia
ada. Maka peluang seperti ini perlu dimanfaatkan dengan sebaik mungkin terutamanya untuk
golongan muda kerana golongan ini mudah terpesong jika pendiriannya tidak teguh oleh
kerana sifat ingin tahunya sedang melonjak tinggi. Penekanan dalam pendidikan ini dapat
membantu setiap individu untuk meletakkan agamanya di tempat dan tinggi dan sering
mementingkan tanggungjawab dan tuntutan agama. Dengan usaha ini, dapat mengurangkan
pendedahkan terhadap gejala yang tidak baik sehingga dapat merosakkan akidah. Perlu ingat
bahawa kekurangan ilmu atau kejahilan adalah antara punca kehidupan manusia kurang nilai
tambah serta mundur. Apabila ini yang berlaku, akan wujudnya ruang dan peluang untuk
manusia mencari sesuatu diluar sana untuk memenuhi kehidupan sehinggakan tidak sedar ia
adalah perangkap yang memusnahkan.

Perkembangan awal setiap individu bermulanya daripada keluarga iaitu tonggak utamanya
ibu bapa. Pendidikan awal juga bermula daripada ibu bapa, yang mana sekiranya sejak awal
ibu bapa telah membentuk individu tersebut dengan menyemai dalam jiwa mereka tentang
kewujudan dan kebenaran Tuhan dapat membantu anak-anak untuk menerokai
kehidupannya kemudian hari. Ibu bapa perlu memahami tanggungjawab sebenar secara
mendalam dan cara didikan awal yang bersesuaian mengikut perubahan teknologi dan
situasi. Perhatian yang mencukupi daripada ibu bapa juga dapat memainkan peranan yang
baik kerana kurang risikonya untuk anak-anak mencari perhatian diluar yang tidak tahu
menahu dari mana dan ketelusannya. Oleh yang demikian, ibu bapa berperanan besar dalam
memastikan anak-anak mengetahui dan memahami erti sebenar agama supaya ia bersemadi
dalam hati.

13
ii. Masyarakat

Masyarakat perlu berwaspada dengan setiap penyebaran atau berhati-hati dengan


keistimewaan yang ditawarkan untuk memerangkap ke ajaran agama yang berbeza dan
akhirnya tidak mempercayai mana-mana agama serta kewujudan Tuhan. Selain itu
masyarakat juga perlulah saling mengingati antara satu sama lain dalam ujian penyebaran
terbuka dan juga ujian keinginan manusia untuk hidup bebas tanpa tujuan, perlu waras dalam
membezakan perkara yang benar dengan yang salah. Perkara ini perlu seiring dengan
kepekaan masyarakat dalam kekeliruan akidah atau terdapat dakwaan-dakwaan karut yang
bertentangan dengan agama. Tambahan pula, ada kalanya ajaran yang memesongkan tidak
begitu kelihatan seperti menyesatkan kerana kaedah penyebaran dan daya tarikan yang
diberikan adalah seperti semulajadi. Amatlah penting untuk masyarakat kekalkan pendirian
dan keteguhan iman mereka untuk bersatu mempercayaikan kewujudan Tuhan pencipta
alam.

Kajian menunjukkan bahawa permasalahan yang berkaitan dengan kekeliruan agama ini
berkait rapat dengan individu atau golongan terpengaruh yang mempunyai mahupun yang
dihormati tinggi. Pihak ini mampu untuk menarik pengikut dengan mudah, seperti contoh
golongan bangsawan yang sering disanjung tinggi. Masyarakat akan lebih tertarik dengan
setiap perbuatan mahupun rutin mereka, jadi untuk menggelakkan permasalahan serta
kekeliruan ini masyarakat perlu lebih bersikap terbuka dan tidak terlalu taksub serta mengikuti
semuanya tanpa berfikir yang secara mendalam.

Langkah yang seterusnya, masyarakat juga perlu peka dengan keadaan sekeliling dan
bersifat memerhati kepada golongan yang menghina agama serta tingkah laku atau
perbuatan yang akan menyebabkan agama dipandang hina. Sekiranya perkara ini dapat
dibendung secara awal, permasalahan dan kekeliruan ini dapat dibendung dan seterusnya
dapat menjaga kehormatan agama yang sedia ada. Pendapat masyarakat terhadap sesuatu
perkara adalah berbeza namun sekiranya didapati pendapat yang jelas kelihatan
bertentangan dengan agama, perlulah dikawal dengan segera sebelum ia menjadi asid dalam
kehidupan masyarakat.

14
iii. Negara

Langkah yang terbaik bagi negara untuk membendung perkara ini adalah dengan
memperketatkan perundangan negara. Seperti contoh perundangan untuk mana-mana pihak
yang membuat penyebaran penyimpangan akidah secara terbuka dan tertutup sama ada
secara kumpulan rawak yang kecil mahupun sekelompok masyarakat akan dikenakan denda
atau hukuman yang selayaknya. Sekiranya perundangan ini sudah diperinci dan
diperintahkan, maka pihak yang terlibat atau pihak berkuasa perlu memandang serius perkara
ini dengan mendalami tentang isu ini.

Selain itu, pihak berkuasa juga perlu menitik beratkan tentang kelayakkan individu atau pihak
yang berkaitan untuk melaksanakan penyebaran tentang agama. Perkara ini penting kerana
sehingga kini terdapat banyak pemalsuan identiti dan juga kelayakan yang dibuat hanya untuk
ditayangkan supaya dapat menarik perhatian masyarakat. Kes ini dianggap sebagai kes
penipuan yang secara tidak langsung mereka menggunakan secara tiket untuk mengajar
masyarakat dengan haluan yang baru tanpa tauliah dan tidak berasas. Kecekapan daripada
pihak berwajib sangat membantu dalam usaha menangani kekeliruan ini.

Seterusnya, sebagai manusia yang tidak lari dengan hidup bermasyarakat maka kita tidak
dapat membuang pihak-pihak yang terbukti bersalah ini begitu sahaja tanpa apa-apa
pengajaran yang lahir dari hati mereka. Dengan itu, kerajaan atau pihak yang berkaitan serta
berkuasa perlu memperbanyakkan lagi usaha untuk pemulihan bagi mereka yang sudah jauh
terpesong. Dalam usaha pemulihan ini, kita dapat membentuk semula mereka yang sudah
jauh terpesong dan dapat membantu mereka mencari semula keimanan hati dan juga
akidahnya. Proses pembetulan akidah ini perlu dijalan semasa mereka sedang menjalani
hukuman yang dikenakan, hal ini kerana pihak yang berkuasa dapat memerhatikan mereka
dan memastikan akidah mereka sudah diperbetulkan.

Kawalan yang ketat dalam segi perundangan juga boleh dilaksanakan kategori aktiviti yang
boleh membawa kepada sosial yang keterlaluan. Pergaulan yang terbebas dan pengaruh
Barat dalam kehidupan yang seiring berkembang menuju kepada kemodenan ini perlu
diperhatikan. Keriangan dan keasyikan dalam kehidupan yang moden boleh melekakan
manusia dan menyebabkan mereka jauh terpesong dari akidahnya.

15
8. RUJUKAN

Yusof, F. M., Ruskam, A., Suratman, A. S., Ripin, M. N., Nordin, N. R., & Timmiati, S. M. (2008).
Kaedah penyelesaian dalam menangani pertukaran agama dalam kalangan masyarakat Melayu-
Islam di Johor, Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Laporan Penyelidikan UTM ot
RMC, 78907.

Rahamad, M. S. (2009). Pengaruh Barat dalam Persuratan Melayu Awal di Malaysia: Western
Influence in Early Malay Literature in Malaysia. Jurnal Pengajian Media Malaysia, 11(1), 113-132.

Ghazali, M. A. I., & Shah, F. A. (2010). Penyelewengan Aliran Pemikiran Moden: Tumpuan Terhadap
Kekeliruan dan Kecelaruan Pemahaman Mereka Terhadap Isu-isu dalam Islam. Jurnal Usuluddin, 31,
65-78.

Jackson J. Spielvogel. (2021) Western Civilization, Eleventh Edition.

The First Civilizations,xxxix

Mohd Yusri Bin Ibrahim. (2019). Sekularisme : Faktor, Penyebaran dan Langkah Mengatasinya Dari
Sudut Pandang Islam. International Journal of Humanities, Philosophy, and Language, 202-
216.

Luqman Zainal Abidin, K. K. (2020). Sekularisme, Faktor dan Kesan. International Journal of
Muamalat, 162-172.

Dato' Haji Zainul Rijal Bin Abu Bakar. (2018). Perundangan Syariah Adalah Undang-Undang Kelas
Kedua Di Malaysia. Retrieved from Department of Islamic Development Malaysia:
https://www.islam.gov.my/images/Berita/BPUU/KK_konvensyen_2018/KK_perundangan_k
elas_kedua_-_DATO_ZAINUL_RIJAL.pdf

16
9. LAMPIRAN

Suatu ketika dahulu, pengaruh barat mempengaruhi Tanah Melayu untuk mengeksploitasi
perdagangan, secara tidak langsung membawa masuk permasalahan tentang kekeliruan
agama antara masyarakat.

Seiring dengan pembangunan dan pemodenan, begitu juga dengan taktik pengaruh Barat
untuk meluaskan pengaruhnya.

17

Anda mungkin juga menyukai