Anda di halaman 1dari 21

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA (UiTM) CAWANGAN MELAKA

KAMPUS ALOR GAJAH

SEMESTER 1 SESI 2022/2023


OKTOBER 2022 - FEBRUARI 2023

CTU101
PRINSIP-PRINSIP ASAS ISLAM

TAJUK TUGASAN:
CABARAN SOSIAL UMAT ISLAM PADA MASA KINI

DISEDIAKAN OLEH:
NAMA NO PELAJAR
ZINNIRAH BINTI ABDUL AZIZ 2022620476
FARAH ZAKYYAH BINTI IBRAHIM 2022820222
SITI AISYAH BINTI ZULIADAINI 2022881318
NUR AINA ALYA BINTI NAZARUDDIN 2022697108
NURIN AFRINA BINTI KHAIRUL ANUAR 2022814402
KELAS: MBA111K

DISEMAK OLEH:
PUAN NANG NAEMAH BINTI NIK DAHALAN
MARKAH PENILAIAN:

MARKAH MARKAH
PERKARA
TUGASAN PELAJAR
PENGENALAN 4
OBJEKTIF KAJIAN 4
SOROTAN LITERATUR 8
METODOLOGI, DAPATAN &
16
PERBINCANGAN
RUMUSAN, KESIMPULAN &
4
ETIKA
BIBLIOGRAFI/RUJUKAN 4
JUMLAH 40

1
ISI KANDUNGAN

BIL TAJUK MUKA SURAT

1. PENGENALAN 3

2. OBJEKTIF KAJIAN 4

3. KAJIAN LITERATUR 5-6

4. METODOLOGI, DAPATAN & PERBINCANGAN 7 - 15

5. RUMUSAN, ETIKA & KESIMPULAN 16

6. BIBLIOGRAFI/RUJUKAN 17 - 18

7. LAMPIRAN 19 - 21

2
1.0 PENGENALAN

Mutakhir ini, umat Islam di seluruh dunia berdepan dengan pelbagai cabaran yang
dahsyat malah bakal menguji keimanan, kepercayaan dan pegangan mereka sebagai umat
Islam. Cabaran masa kini amat jauh dari Allah SWT sebagai umat Islam hari ini. Hal ini
kerana pegangan umat Islam yang lemah akibat umat Islam yang melupakan agama,
sedangkan Allah SWT telah menjadikan umat Islam adalah agama yang terbaik.

Umat Islam di dunia ini menghampiri ⅔ keseluruhannya umat Islam akan tetapi
masih agama Islam tidak begitu utuh. Akibatnya oleh pertelingkahan antara umat Islam yang
tidak bersatu. Umat Islam masa kini ibarat telah berpecah kerana memberi pandangan yang
berbeza dalam menegakkan agama Islam.

Tambahan pula, kemajuan teknologi yang semakin berkembang ia juga mampu


menjadi satu faktor penyebaran pengaruh budaya barat yang bertentangan ajaran Islam. Oleh
itu, sebagai umat islam kita haruslah berpegang kepada al-Quran dan As-Sunnah.

Hadis daripada Anas Bin Malik r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda;
"Aku tinggalkan kepada kamu semua dua perkara yang kamu tidak akan sesat selamanya
iaitu kitab Allah dan sunnahku". (Al-Muatta'- Imam Malik)

Sudah terang lagi bersuluh bahawa dengan kemudahan dan kesenangan didunia ini
juga akan memberi kesan negatif kepada kita. Hal ini kerana kelalain umat islam dan
meninggalkan panduan yang dibawa oleh Rasulullah S.A.W.

3
2.0 OBJEKTIF KAJIAN

- Menghuraikan jenis-jenis cabaran sosial menurut islam.

- Menjelaskan kesan-kesan cabaran sosial jika tidak dipertikaikan.

- Mengenal pasti faktor-faktor yang menyebabkan isu sosial semakin berleluasa.

- Mengkaji langkah-langkah menangani cabaran sosial pada masa kini.

4
3.0 KAJIAN LITERATUR

Kajian Ricky Firmasyah, Abdullah Zaky, Al Luthfi Muhamad Aziz Mulya, Jurnal
‘Mengatasi Pergaulan Bebas Dikalangan Masyarakat Ilmiah’,(2020). Menjelaskan kesan
negatif dari pergaulan bebas dan mengetahui pengaruh dari pergaulan bebas di lingkungan
keluarga, sekolah dan masyarakat. Dalam jurnal ini pergaulan bebas dapat didefinisikan
sebagai bentuk perilaku yang melanggar norma agama dan norma kesusilaan. Selain
itu,terdapat juga penerangan berkaitan faktor-faktor yang mendorong kes pergaulan bebas
ini meningkat. Antaranya,mengalami masalah keluarga dan kurang didikan agama. Di
samping itu, mereka menghuraikan beberapa langkah dalam menangani pergaulan bebas
khususnya dalam kalangan remaja iaitu menjaga batas pemakaian ketika di tempat awam.
Hal ini kerana kemaksiatan itu bermula dari pandangan mata yang mampu bermain dengan
hawa nafsu seseorang. Oleh itu, menurut jurnal ini isu pemakaian amat dititik beratkan agar
dapat mengurangkan kes pergaulan bebas.

Manakala, menurut kajian Sahlawati Abu Bakar. Nurzatil Ismah Azizan, Nazreen
Ismail Dimon, Jurnal pengajian Islam,(2017), berjudul ‘Kaedah Al-Quran dalam menangani
masalah sosial’ telah menerangkan Kaedah Al- Quran dalam menangani masalah sosial
menurut Arifin Mamat (2008) mengkategorikan manusia menurut al-Quran kepada
muslimun, mu’minun, muttaqun, muhsinun, salihun, sabirun, taibun dan mukhlisun.
Berdasarkan kategori ini al-Quran mempunyai pendekatan yang mampu mengubah jiwa dan
menjadikan hidup manusia berjaya di dunia dan akhirat. Pendekatan utama yang digunakan
oleh alQuran adalah pendekatan fitrah dan keperluan, ilmu dan pendidikan, pemikiran dan
ibadah (Arifin Mamat, 2008). Seterusnya, kajian ini mengatakan bahawa pendekatan Ilmu
dan pendidikan adalah asas utama yang perlu ditekankan. Hal ini agar dapat mengurangkan
manusia yang tenggelam daripada kegelapan kejahilan. Selanjutnya, melakukan pendekatan
pemikiran supaya umat Islam bijak dalam menyampaikan kebenaran. Terdapat dua proses
yang perlu dilalui ketika mendengar iaitu mendengar dan memahami. Oleh itu , jika
seseorang itu tidak dapat mendengar atau memahami apa yang disampaikan ia mampu
menimbulkan perkara yang negatif .

5
Selanjunya, kajian Ahmad Redzuan Mohd Yunus,(2003) yang berjudul `Gejala
social dalam masyarakat Islam: punca dan penyelesaian’. Menurut buku ini faktor-faktor
berlakunya pergaulan bebas bermula dari pengaruh media sosial. Hal ini kerana media sosial
kini lebih mudah untuk mengakses maklumat atau video-video yang berunsur lucah. Sebagai
contoh menyebarkan video menerusi CD, filem dan majalah. Selain itu, menurut buku ini
juga berpendapat bahawa faktor pergaulan bebas ini berlaku akibat kelalain ibu bapa masa
kini yang tidak menghiraukan perkembangan semasa anak-anak mereka. Hal ini,
menyebabkan anak-anak kurang kasih sayang daripada keluarga dan gemar menghabiskan
masa bersama rakan-rakan. Dari sudut lain, buku ini juga turut menyatakan bahawa anak-
anak zaman kini tidak bimbang dalam membuat keputusan untuk melarikan diri dari rumah
atas unsur pengaruh persekitaran mereka. Misalnya, terjebak dengan ajakan rakan sebaya
untuk melakukan perkara yang dilarang oleh tuntutan syarak. Terdapat juga maklumat
berkenaan kesan terhadap pergaulan bebas seperti mendapat jangkitan virus HIV,
pembuangan bayi, kelahiran bayi luar nikah dan pembuangan bayi.

Akhir sekali, Menurut kajian Engku Ahmad Zaki Engku Alwi dalam naskah ‘Akidah
dan Isu Sosial menurut Islam’,(2015). Islam melarang umatnya mengikuti budaya asing .
Buku ini menjelaskan bahawa umat Islam dilarang menyambut, merai dan merayakan
perayaan agama atau kaum yang bukan Islam. Hal ini ini kerana bagi menjaga akidah setiap
umat Islam. Selain itu, menurut buku ini Islam menggalakkan saling kasih mengasihi antara
satu sama lain. Kesimpulannya,Islam sudh melengkapkan dan setiap aspek kehidupan
manusia.

6
4.0 METODOLOGI KAJIAN,

4.1. Kaedah Pemerhatian

Kami telah menonton beberapa video pilihan yang boleh dijadikan rujukan tambahan bagi
melihat cabaran sosial umat islam masa kini di malaysia.Selain itu, kami juga telah
mendengar penjelasan dari Ustaz Sheikh Mohd Nazrul berkenaan punca masalah sosial
dalam kalangan remaja.

4.1.2 Kaedah Internet

Selaras dengan perkembangan teknologi maklumat masa kini. Internet adalah satu gerbang
limpahan pelbagai sumber bagi mendapatkan maklumat. Melalui laman sesawang
berautorithi yang telah dilayari iaitu https://fitrahislami.wordpress.com/2012/02/08/bahaya-
pergaulan-bebas/ kami turut dapat memuat turun bahan berkaitan tugasan ini untuk
dijadikan rujukan tambahan.

4.1.3 Kaedah Bimbingan Guru

Bimbingan dan tunjuk ajar yang berterusan daripada Puan Nang Naemah telah
meningkatkan kualiti hasil kertas kerja kami kali ini. Tanpa bimbingan guru belum tentu
kami akan berjaya melaksanakan tugasan kajian yang telah diberikan.

4.1.4 Rujukan Buku,Jurnal,e-book

Kami juga merujuk bahan-bahan rujukan yang berkaitan isu dan cabaran semasa sosial umat
islam kini dalam memastikan kesahihan fakta yang ada. Dengan ini, penulisan kajian kami
tidak akan diragui akan kebenarannya.

7
4.1.5 Rujukan Perpustakaan

Kami juga mengunjungi perpustakaan Tun Abdul Razak Uitm alor gajah untuk menjalankan
penyelidikan sumber-sumber yang ada di situ. Dengan penyelidikan sumber yang pelbagai
seperti buku ilmiah, akhbar, majalah dan sebagainya akan menguatkan lagi kajian kami.
Antara buku dirujuk berjudul Akidah dan Isu Sosial menurut Islam., Penulis buku En. Engku
Ahmad Zaki Engku Aliwi

4.1.6 Kaedah soal selidik

Kami juga telah membuat soal selidik meggunakan google form tentang isu dan cabaran
semasa umat islam masa kini untuk mendapatkan maklumat yang pelbagai dari rakan-rakan
sebagai rujukan tambahan.

8
4.2 DAPATAN KAJIAN & PERBINCANGAN
Kajian ini membincangkan tentang Isu dan Cabaran Umat Islam Pada Masa Kini.

4.2.1 JENIS-JENIS CABARAN SEMASA UMAT ISLAM MASA KINI

Umat Islam hari ini berdepan dengan pelbagai cabaran tidak mengira pangkat atau
darjat mereka. Antaranya ialah pergaulan bebas, pengaruh barat , penyalahgunaan media
sosial dan pelbagai kemelut krisis yang mampu meruntuhkan keharmonian umat Islam masa
kini. Isu berkaitan pergaulan bebas merupakan suatu bentuk pergaulan dan hubungan secara
bebas yang melibatkan lelaki dan perempuan yang ajnabi sama ada di tempat sunyi atau di
tempat terbuka. Pengaruh barat adalah segala budaya yang datang dari barat yang
merosakkan. Ianya bertentangan dengan nilai-nilai dan norma budaya yang bertunjangkan
kepada agama masyarakat setempat. Pengaruh ini bukan sahaja merosakkan jati diri
seseorang itu, malahan boleh menyebabkan akidahnya menjadi goyah. Misalnya, pengaruh
seks bebas, homoseksual, dan sebagainya. Penyalahgunaan media sosial merupakan satu
tindakan di mana seseorang individu mahupun sekelompok manusia menggunakan bahan
teknologi maklumat untuk tujuan negatif yang boleh membawa keburukan seperti
fitnah,kemusnahan dan sebagainya sama ada kepada diri sendiri,masyarakat mahupun
maruah negara.Contoh media sosial adalah Facebook,Whatsapp,Tiktok dan sebagainya.

9
4.2.2 KESAN-KESAN ISU SOSIAL JIKA TIDAK DITANGANI

Hasil wawancara yang telah dilakukan kesan untuk pergaulan bebas ialah
pembuangan bayi yang semakin berleluasa.Masalah pembuangan bayi sangat berkait rapat
dengan pelbagai isu lain berkaitan remaja contohnya ponografi.Hukuman lebih setimpal
perlu dikenakan ke atas pelaku buang bayi supaya dapat memberi pengajaran kepada
mereka.Seterusnya,akan berlaku penyakit sosial seperti HIV dan Aids yang menyebabkan
risiko tinggi untuk maut. Selain itu, berlakunya penzinaan berleluasa juga merupakan kesan
negatif akibat pergaulan bebas.Ianya kerana umat islam memandang remeh dengan batas
pergaulan. Rasulullah telah memberikan beberapa gambaran suasana umat manusia semasa
menjelangnya hari kiamat, antaranya gejala zina. Rasulullah bersabda, maksudnya:
"Sesungguhnya antara tanda kiamat itu adalah sedikitnya ilmu, merebaknya kebodohan dan
perzinahan secara terang-terangan.Jumlah perempuan semakin banyak dan sedikitnya
lelaki sehinggakan nisbahnya 50 perempuan:1 lelaki sahaja!" (Riwayat al-Bukhari)

Di samping itu, kesan untuk pengaruh budaya barat ialah apabila seseorang itu
menyanyikan lagu budaya barat yang tidak memberikan faedah sehingga mereka akan lebih
mahir menyanyikan lagu barat daripada mengaji Al-Quran. Ia akan meruntuhkan keimanan
mereka dan menghadapi masalah dalam dalam menghafal dan membaca ayat-ayat suci.
Kemudian, isu budaya barat dari segi pakaian adalah seseorang yang meniru pakaian budaya
barat di mana mereka akan dipandang rendah terhadap orang disekelilingnya serta tidak
akan dihormati oleh orang lain. Ini kerana, kebanyakkan pakaian budaya barat lebih
menonjolkan bentuk badan pemakai serta tidak menutup aurat dengan sempurna.
Selanjutnya, keruntuhan akhlak akan memberikan kesan yang sangat besar dalam
masyarakat. Jatuh bangunnya suatu negara, agama dan bangsa dapat dilihat dari segi akhlak
dalam masyarakat itu sendiri. Tidak dinafikan akhlak remaja pada hari ini sangat
membimbangkan. Budaya kuning dan pengaruh budaya Barat mudah meresap masuk dan
menjadi ikutan para remaja hari ini. Kiranya hal ini tidak dibendung oleh pihak–pihak yang
tertentu, terutamanya oleh pihak kerajaan dan juga pihak–pihak yang berwajib, maka tidak
hairanlah pada masa akan datang masyarakat kita akan hancur dan keruntuhan akhlak

10
remaja–remaja melayu terutamanya akan rosak dan binasa. Oleh itu, umat islam perlulah
meningkatkan fahaman agama islam agar dapat menjamin kesejahteraan hidup umat islam.

Lain daripada itu,penyalahgunaan media sosial mempunyai kesan negatif yang


banyak.Antaranya ialah penyebaran maklumat yang tidak terkawal sehingga mendatangkan
fitnah dengan menyebarkan pelbagai berita palsu yang mengelirukan.Allah berfirman dalam
Surah an-Nisa yang bermaksud
“Wahai orang yang beriman, janganlah kamu makan harta-harta sesama kamu
denga“Sampaikanlah khabar berita kepada orang-orang munafik: bahawa sesungguhnya
disediakan untuk mereka azab seksa yang tidak terperi sakitnya” (An-Nisa’, 5: 138).
n jalan yang batil (tipu, judi dan sebagainya)” (An-Nisa’, 5: 29). Malahan,menjadi punca
seseorang itu malas serta lemah dalam kemahiran membaca dan bersosial.Ini kerana,mereka
kerap menghabiskan masa dengan melayari laman sesawang yang berbentuk hiburan
semata-mata.Seperkara lagi,wujud jenayah seperti jenayah siber, scam, pedofilia, dan
nakotik yang akan menyebabkan cabaran sosial umat islam semakin berleluasa. Oleh itu,
umat Islam wajiblah berpegang kepada sumber al-Quran dan al-Sunnah dalam mendepani
arus cabaran yang beraneka ragam dan bentuk.

11
4.2.3 FAKTOR-FAKTOR YANG MENYEBABKAN PENINGKATAN ISU SOSIAL
DALAM KALANGAN UMAT ISLAM

Tidak dapat dinafikan bahawa remaja masa kini gemar untuk berhibur dan
mempunyai sifat ingin tahu yang sangat tinggi dalam diri mereka. Mereka juga adalah antara
golongan yang mudah terpengaruh dengan unsur-unsur yang kurang sihat yang menjadi
faktor peningkatan isu social seperti pergaulan bebas. Dalam keadaan demikian, jiwa
mereka sering memberontak dan ingin melakukan sesuatu yang baru tanpa mengira halal
atau haram. Remaja terjerumus dalam isu pergaulan bebas kerana mereka mengikutkan
naluri mereka yang tidak suka dikongkong dan sentiasa ingin hidup bebas. Oleh hal yang
demikian, remaja perlulah lebih peka dan cakna mengawal nafsu serta mengisi masa lapang
dengan perkara yang berfaedah. Sesungguhnya seseorang yang menuruti hawa nafsu
diibaratkan seperti binatang. Firman Allah SWT:

‫سبُ أ َ َّن أ َ ْكث َ َرهُ ْم َي ْس َمعُونَ أَ ْو َي ْعقلُونَ ۚ إ ْن هُ ْم إ َّّل ك َْٱْل َ ْن َٰ َعم ۖ َب ْل هُ ْم‬
َ ‫يل أَ ْم ت َ ْح‬ َ ‫أ َ َر َءيْتَ َمن ٱت َّ َخذَ إ َٰلَ َه ۥهُ ه ََو َٰىهُ أَفَأَنتَ ت َ ُكو ُن‬
ً ‫علَيْه َوك‬
‫سبي ًل‬َ ‫ضل‬ َ َ‫أ‬
Artinya: “Terangkanlah kepadaku tentang orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai
tuhannya. Maka apakah kamu dapat menjadi pemelihara atasnya? Atau apakah kamu
mengira bahwa kebanyakan mereka itu mendengar atau memahami. Mereka itu tidak lain,
hanyalah seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat jalannya (dari binatang ternak
itu).” ((Surat Al-Furqan Ayat 43-44).

Dari sudut lain, pergaulan bebas lebih mudah disebarkan melalui perkembangan
semasa yang semakin meluas. Hal ini tercetus apabila mereka menyebarkan unsur-unsur
maksiat yang mampu mendorong umat Islam yang lemah dari segi akidah mahupun ibadah
terpesong.

12
Selain itu, kelalaian ibu bapa adalah salah satu faktor yang menyebabkan remaja
masa kini leka dengan media sosial. Hal ini kerana ibu bapa seharusnya memainkan peranan
penting untuk menasihati dan mengawal serta menghadkan penggunaan telefon pintar anak-
anak mereka. Kesibukan ibu bapa dengan kerjaya juga menyebabkan anak-anak kekurangan
kasih sayang membuatkan anak-anak lebih gemar meluangkan masa dengan media sosial
kerana ibu bapa kurang meluangkan masa bersama anak-anak. Oleh itu, ibu bapa wajarlah
mengambil berat tentang hal anak-anak supaya anak-anak mengurangkan penggunaan
telefon pintar sekaligus mengurangkan penggunaan media sosial.

Seterusnya, dari segi pengaruh budaya barat disebabkan oleh pengaruh rakan sebaya
yang banyak mempengaruhi seseorang remaja itu kerana mempunyai persamaan dari segi
perasaan. Remaja masa kini gemar berhibur sehingga mereka terlalu obses sehingga mereka
alpa dan leka dan tidak dapat membezakan halal dan haram. Oleh hal yang demikian, kita
mestilah bijak dalam memilih kawan agar tidak sesat dalam segala hal kerana kawan adalah
cerminan diri kita. Imam Al Ghazali berkata, jika mahu melihat masa hadapan sesebuah
negara, maka lihatlah keadaan anak muda hari ini.

Di samping itu, kelemahan sistem pendidikan juga adalah faktor peningkatan isu
sosial dalam kalangan umat islam. Sebagai contohnya, guru-guru lebih banyak meluangkan
masa untuk merangka strategi buat murid-murid menyebabkan mereka kurang memberi
perhatian kepada para pelajar. Sebagai contoh lain, terlalu banyak mata pelajaran dan kerja
rumah membebankan murid-murid sehingga mereka tidak mempunyai waktu untuk
melakukan aktiviti yang mereka sukai lalu menyebabkan mereka malas untuk belajar.
Apabila mereka malas belajar, mereka akan mengalihkan perhatian kepada unsur-unsur
yang kurang sihat yang dianggap menyeronokkan. Oleh sebab itu, kementerian pendidikan
perlu mengukuhkan sistem pendidikan pada hari ini bagi mengurangkan isu peningkatan isu
sosial dalam kalangan pelajar.

13
4.2.4 LANGKAH-LANGKAH MENANGANI CABARAN SOSIAL MASA KINI

Sebagai umat Islam, adalah menjadi kewajipan kepada kita semua untuk
membanteras kemungkaran-kemungkaran yang berlaku di sekeliling kita. Hadis daripada
Abu Said Al-Khudri r.a. bahawa Rasulullah s.a.w bersabda;
"Sesiapa di kalangan kamu yang melihat kemungkaran maka hendaklah ia mengubahnya
dengan tangannya, sekiranya ia tidak mampu maka hendaklah mengubah dengan lisannya,
sekiranya tidak mampu maka hendaklah mencegah dengan hatinya, yang demikian itu
adalah selemah-lemah iman". ( Riwayat Muslim )

Berdasarkan hadis tersebut jelaslah bahawa tugas dan tanggungjawab mencegah


kemungkaran bukan hanya terletak di bahu pemerintah atau penguatkuasa semata-mata,
sebaliknya ia menjadi tanggungjawab bersama setiap umat Islam. Oleh itu, kita mestilah
memainkan peranan dalam usaha membanteras gejala sosial yang semakin bertambah parah
dalam masyarakat kita hari ini.

Antara langkah yang dapat kita lakukan terhadap diri sendiri adalah berusaha
mendekatkan diri dengan mendapat keredaan Allah S.W.T dalam memantapkan ilmu akidah
dan ibadah. Sesungguhnya, tiada makhluk yang di muka bumi ini begitu sempurna. Oleh
itu, hendak mencari rakan sebaya perlulah mampu mendorong kita ke arah kebaikan.

Seterusnya, masyarakat perlu menambah ilmu pengetahuan agar dapat diterima


politikel agama. Hal ini kerana tidak semua perkara yang disebarkan atau di sampaikan
boleh di percaya secara terus jika tidak mengetahui asal usul sesuatu perkara. Oleh itu, kita
perlu membuat penyelidikan terlebih dahulu sebelum menyebarkan atau percaya terhadap
suatu perkara. Menurut Dr. Luqman Abdullah ‘Ia berbalik kepada pengetahuan agama
seseorang dan sikap mereka terhadap sesuatu perkara. Ini perkara penting yang perlu digalas
oleh semua pihak kerana tatkala generasi muda kita kurang memahami agama, kita sedang
menghadapi masalah yang besar untuk umat Islam.’

14
Di samping itu, langkah yang perlu dilakukan terutama oleh golongan remaja untuk
membolehkan mereka menempuh cabaran hidup yang pelbagai pada hari ini dan pada masa
akan datang ialah melengkapkan diri dengan pengetahuan agama Islam yang sebenar. Hal
ini demikian kerana, agama Islam mengajar umatnya melakukan kebaikan. Agama Islam
juga melarang penganutnya menimbulkan perbuatan yang jahat. Dengan memiliki ilmu
keagamaan yang kukuh, remaja memiliki benteng yang kuat pada diri masing-masing agar
tidak mudah terpengaruh oleh pelbagai masalah sosial yang sering dikaitkan dengan mereka
pada hari ini. Ertinya, melalui penghayatan ajaran agama, remaja dapat membebaskan diri
daripada terlibat dalam penyalahgunaan dadah, pelacuran, dan pelbagai kegiatan jenayah
misalnya mencuri, memeras ugut, ataupun membunuh. Remaja ialah aset penting negara
kerana golongan inilah yang bakalmenerajui negara pada masa akan datang. Kalau tidak
pun, sekurang-kurangnya mereka menjadi pemimpin keluarga suatu hari nanti. Sekiranya
nasihat ibu bapa, guru, dan mereka yang berpengalaman dijadikan panduan, matlamat yang
kita harapkan akan menjadi kenyataan.

Selain itu,ibu bapa memainkan peranan yang penting dalam mengatasi cabaran
tersebut. Ibu bapa perlu menunjukkan sikap yang baik kepada anak-anak agar mereka tidak
terpengaruh dengan perkara yang negatif. Para ilmuan agama juga perlulah berusaha
meningkatkan aktiviti dakwah walau di mana jua seperti di media sosial atau di tempat
awam. Bagi meningkatkan kesedaran yang lebih tinggi, orang awam perlulah membantu
para pendakwah agar dapat membendung perkara negative daripada berlaku.

Akhir sekali, pihak kerajaan mestilah mengambil tindakan terhadap tempat-tempat


atau pusat-pusat yang boleh menyebabkan gejala sosial berlaku seperti pusat hiburan. Hal
ini kerana, pada masa kini, pusat hiburan merupakan salah satu budaya barat yang boleh
merosakkan akidah seorang muslim. Contohnya, pihak kerajaan boleh memperketatkan lagi
syarat seperti tidak membenarkan mereka yang beragama Islam untuk memasuki pusat
hiburan dalam usaha menangani cabaran umat Islam yang mudah terpengaruh dengan
budaya barat. Oleh itu, langkah ini amat penting bagi memastikan umat Islam pada masa
kini menjauhi budaya barat yang boleh melalaikan mereka

15
5.0 RUMUSAN, ETIKA & KESIMPULAN

Dapat disimpulkan bahawa tahap pendidikan,ekonomi,hubungan kekeluargaan,serta


kemasyarakatan menjadi ukuran asas kepada umat manusia untuk mengamalkan ajaran
agama dengan sebaik-baiknya. Komitmen yang diberikan terhadap ajaran agama ini dapat
membentuk komitmen terhadap hubungan manusia dengan Allah SWT dan sesama
makhluk.

Pembentukan umat Islam yang baik bermula dengan proses pendidikan berteraskan
agama dan kerohanian.Keluarga memainkan peranan yang penting terhadap pembentukan
generasi muda yang kuat agamanya serta menjadi contoh teladan kepada mereka.Jika baik
didikannya,maka baiklah jua anak yang dibesarkan itu. Keluarga yang cakna dan mengambil
berat tentang didikan agama di dalam keluarga dapat melahirkan generasi muda yang
berakhlak mulia.

Pendekatan dan corak pendidikan yang diterapkan dalam sesebuah institusi keluarga
merupakan tonggak paling penting bagi menangani cabaran sosial umat islam pada masa
kini. Bak kata pepatah,melentur buluh biarlah dari rebungnya,seperti mana acuan,begitulah
kuihnya. Sebagai umat islam yang mulia,kita perlulah sentiasa memperbaiki diri dan
berusaha sedaya upaya untuk mengubah diri dan masyarakat ke arah yang lebih baik agar
masyarakat yang terbentuk merupakan masyarakat yang mengamalkan ajaran agama
sebagai landasan kehidupan serta memusnahkan segala gejala sosial yang buruk dan
meruntuhkan masyarakat.

Tuntasnya,lahirlah masyarakat dan generasi muda yang berilmu serta beramal


dengan ilmu yang ada sebagai jalan dan panduan dalam kehidupan. Dengan ini secara tidak
langsung dapat mengubah cara hidup umat islam ke arah yang lebih baik. Seterusnya,kita
dapat mengurangi dan menangani cabaran-cabaran sosial yang ada dengan bijak.

16
6.0 BIBLIOGRAFI / RUJUKAN

Abd Nasir, Syeikh Mohd Nazrul. “Punca Masalah Sosial Dalam Kalangan Remaja.”
Www.youtube.com, 19 Jan. 2020, youtu.be/b8b2BPkgFPI. Accessed 23 Nov. 2022.

Abdul Hadi, Muhammad Khalil. “Empat Cabaran Semasa Dunia Islam.” HarakahDaily, 10
Apr. 2021, harakahdaily.net/index.php/2021/04/10/empat-cabaran-semasa-dunia-islam/.

Abu Bakar, Sahlawati, et al. “KAEDAH AL-QURAN DALAM MENANGANI


MASALAH SOSIAL: KAJIAN DI PUSAT PERLINDUNGAN MAJLIS AGAMA ISLAM
SELANGOR (MAIS) METHOD of AL-QURAN in DEALING with SOCIAL
PROBLEMS: A STUDY in the PROTECTION CENTRE of the SELANGOR ISLAMIC
RELIGIOUS COUNCIL (MAIS).” Kaedah Al-Quran Menangani Masalah Sosial : Kajian
Di Pusat Perlindungan Agama Islam Selangor, vol. 1, no. 10, 2017, pp. 57–77,
journal.kuis.edu.my/e-jurnal-pengajian-islam/wp-content/uploads/2017/12/10-01-04.pdf.

Berita Harian. “Cabaran Umat Islam.” Www.youtube.com, 1 Aug. 2022,


youtu.be/OwnEn0q_RnM. Accessed 27 Nov. 2022.
Engku Alwi, Engku Ahmad Zaki. Akidah Dan Isu Sosial Menurut Islam. Cetakan Kedua
ed., 2015.

Kajian, Pustaka, et al. “Media Dakwah, 1990), H. 142 52 Ibid, 129 53 Kartini Kartono.”
Pelita, 1992.

Mansor, Aminudin. “Bahaya Pergaulan Bebas.” Fitrah Islami Online, 8 Feb. 2012,
fitrahislami.wordpress.com/2012/02/08/bahaya-pergaulan-bebas/.

17
Maulana, Gilang Rama. “Mengatasi Pergaulan Bebas Dikalangan Masyarakat Ilmiah.”
PINISI :Journal of Teacher Professional, vol. 1, no. 1, 6 Sept. 2020,
ojs.unm.ac.id/TPJ/article/view/67-73/8788, 10.26858/tpj.v1i1.14447. Accessed 29 Nov.
2022.

Siti, Ukhti. “Halangan Dan Cabaran Pengurusan Dakwah.” Www.academia.edu,


www.academia.edu/4690600/halangan_dan_cabaran_pengurusan_dakwah.

Yunus, Ahmad Redzuwan Mohd. Gejala Sosial Dalam Masyarakat Islam: Punca Dan
Penyelesaian. Google Books, Utusan Publications, 2003, books.google.com.my/books?
redir_esc=y&id=TtYS464qMuAC&q=punca+berlakunya+isu+sosial#v=snippet&q=punca
%20berlakunya%20isu%20sosial&f=false. Accessed 23 Nov. 2022.

Yusof, Azmi. “Normalisasi Budaya Barat Ke Atas Dunia Islam.” HarakahDaily, 18 Dec.
2021, harakahdaily.net/index.php/2021/12/18/normalisasi-budaya-barat-ke-atas-dunia-
islam/.

18
7.0 LAMPIRAN

Jenis-jenis media sosial

Akibat pergaulan bebas

19
Contoh budaya barat

Kesan daripada pengaruh budaya barat

20
Kesan isu sosial

21

Anda mungkin juga menyukai