Anda di halaman 1dari 18

FAKULTI PENGAJIAN ISLAM

PENDARASAN ISLAM (HI15)

LATIHAN ILMIAH (AI30903)

SEMESTER 1 ( SESI 2021/2022)

NAMA PENSYARAH :
DR. ISSRAQ BIN RAMLI

TAJUK :

MENGKAJI KEBERKESANAN DAKWAH DI MEDIA SOSIAL TERHADAP


PENINGKATAN IBADAH MAHASISWA DI UNIVERSITI MALAYSIA SABAH
(UMS)

No NAMA PELAJAR No. Matriks

1 NURUL SYAZRIN BINTI MOHD JASNI BA19110371


BIL ISI KANDUNGAN MUKA SURAT

BAB PERTAMA

1.0 PENGENALAN 1

2.0 TAJUK KAJIAN 2

3.0 LATAR BELAKANG KAJIAN 2-3

4.0 PERMASALAHAN KAJIAN 3

5.0 OBJEKTIF 4

6.0 PERSOALAN KAJIAN 4

7.0 KERANGKA KONSEPTUAL KAJIAN 4-5

8.0 KEPENTINGAN KAJIAN 5

9.0 LIMITASI KAJIAN 6

10.0 METODOLOGI KAJIAN 6

BAB KEDUA (TINJAUAN KEPUSTAKAAN)

2.0 DEFINISI TAJUK KAJIAN 7-8

2.1 KAJIAN-KAJIAN LEPAS 8-9

BAB 3 (METODOLOGI KAJIAN)

3.0 PENGENALAN 10

3.1 REKA BENTUK KAJIAN 10

3.2 RESPONDEN DAN SAMPEL KAJIAN 10

3.3 LOKASI KAJIAN 11

3.4 INSTRUMEN KAJIAN 11-12

3.5 PROSEDUR PEMEROLEHAN DATA 12

3.6 TATACARA PENGANALISIAN DATA 12-13

3.7 JADUAL KERJA 14


1.0 PENGENALAN

Setiap orang Islam adalah pendakwah, yang berfungsi sebagai seorang da'ie dan
bertanggungjawab dalam menyampaikan seruan Islam mengikut kemampuan mereka.
Dakwah dalam Islam juga adalah wajib untuk dilaksanakan sama ada secara individu atau
berkumpulan. Dalam usaha untuk menyebarkan mesej dakwah, seseorang perlu bergantung
pada medium tertentu dari masa ke masa. Peranan dakwah Islam melalui media sosial adalah
antara kaedah dakwah moden dan alternatif terkini yang memainkan peranan penting dalam
menggerakkan kempen dakwah Islam di seluruh dunia. Dari sudut agama, cara terbaik untuk
menyeru manusia menghampiri syariat Islam adalah saranan menegur manusia dengan sopan
santun, berhemah dan memberi nasihat secara hikmah. Hal ini bersesuaian dengan firman
Allah S.W.T.

“Serulah manusia ke jalan TuhanMu dengan cara yang bijaksana dan melalui
pertuturan yang baik.” (Surah An-Nahl, ayat 125).

Menggunakan teknologi terkini seperti media sosial dalam membuat dakwah dapat
membantu menyebarkan dakwah kepada lebih ramai kumpulan sasaran. Dakwah dapat
dilakukan dengan cara yang paling mudah melalui media sosial kerana ianya senang
dikendalikan dan disebarkan ke seluruh pelusuk dunia. Rasulullah S.A.W pernah bersabda:
“Sampaikan dari ku walaupun sepotong ayat." Hadis di atas merupakan ingatan daripada
Baginda s.a.w. kepada umatnya supaya menyampaikan apa sahaja daripada Baginda s.a.w.
yang diketahui kepada masyarakat. Mereka yang diberi kelebihan oleh Penciptanya dengan
sedikit ilmu pengetahuan yang bermanfaat, diminta berkongsi kemanisan itu dengan
saudaranya yang lain. Walaupun hanya sepatah perkataan, namun sekiranya dilihat mampu
memberi kebaikan kepada seseorang, sebarkanlah.

Oleh itu, penting untuk kita tahu keberkesanan dakwah di media sosial kepada individu
selain hanya tahu menggunakan media sosial sebagai medium dakwah. Ini kerana, selain
melaksanakan kewajipan berdakwah, perlu juga melihat hasil daripada dakwah tersebut agar
sentiasa cakna akan kaedah dakwah yang kita sampaikan. Sekiranya dakwah memberi kesan
mendalam kepada individu terutama dalam ibadah, maka harus diperbanyakkan dan
diperbaiki lagi strategi dakwah agar lebih menumpu dan berkesan.
2.0 TAJUK KAJIAN

Pengkaji membawa tajuk ‘Mengenalpasti Keberkesanan Dakwah Di Media Sosial Terhadap


Peningkatan Ibadah Mahasiswa Universiti Malaysia Sabah (UMS). Kajian ini akan dibawa oleh
Nurul Syazrin Binti Mohd Jasni yang sedang melanjutkan pengajiannya di Universiti Malaysia
Sabah (UMS) di peringkat Ijazah Sarjana Muda dalam kos Pendarasan Islam.

3.0 LATAR BELAKANG KAJIAN

Umat Islam dituntut menghubungkan silaturrahim dengan berinteraksi dan berkomunikasi


sesama manusia berpandukan kepada ajaran al-Quran dan as-Sunnah yang merupakan
rujukan tertinggi. Usaha berdakwah adalah tanggungjawab seluruh umat Islam tanpa mengira
pangkat, harta, latar belakang pendidikan, warna kulit dan pekerjaan. Umat Islam digalakkan
untuk menuntut ilmu pengetahuan supaya mereka boleh menyebarkannya kepada orang lain.
Menurut Ali Mahfuz (1975) dakwah sesama umat Islam adalah merupakan usaha dakwah
yang dilakukan dalam kalangan sesama saudara Islam dengan membimbing mereka ke arah
kebaikan serta mencegah mereka daripada melakukan kemungkaran.

Penyebaran dakwah dengan ilmu pengetahuan, fakta dan hujah akan lebih
menyakinkan dan memberi kesan yang mendalam dan berpanjangan kepada orang lain untuk
mengubah diri dari keadaan yang buruk kepada keadaan yang baik dan yang baik kepada
keadaan yang lebih baik lagi. Menurut Ab Aziz Mohd Zin (2003), dakwah yang dilakukan
kepada sesama umat Islam diistilahkan sebagai islah merupakan satu usaha memperbaiki
keadaan umat Islam sama ada dari segi akidah, akhlak, muamalah, kemasyarakatan, ekonomi
dan sebagainya yang boleh membawa kepada peningkatan kualiti umat Islam.

Menurut Zulkiple (2001), setiap umat Islam bertanggungjawab menyampaikan mesej


dakwah walaupun sebaris ayat dan berperanan sebagai seorang pendakwah (dae’i) mengikut
kemampuan masing-masing. Justeru, komunikator Islam perlu membawa mesej kebaikan dan
mencegah kemungkaran kepada khalayak. Jelasnya, dakwah merupakan seruan kepada
seluruh manusia terhadap sesuatu perkara dan menggalakkan mereka bagi mendapatkan
sesuatu hasil. Firman Allah SWT dalam surah Yunus, ayat 25 yang bermaksud: “Allah menyeru
(manusia) kepada tempat selamat (syurga).”

Dakwah satu perintah menyeru manusia ke jalan Allah dengan pelbagai metode dan
pendekatan yang boleh digunakan mengikut kesesuaian masa dan tempat. Al Quran ada
menyebut dan menyeru berdakwah dengan cara hikmah dan bimbingan yang baik. Tujuan
akhir dakwah adalah tercapainya mendapat keredhaan Allah dan kebahagiaan manusia di
dunia dan akhirat. Medium dakwah merupakan elemen penting dan memberikan impak yang
tinggi kepada aktiviti dakwah kerana dengan medium dakwah yang kreatif dan kaedah
penyampaian yang baik serta kandungan isi dakwah yang berkualiti memudahkan urusan
pendakwah dan memantapkan lagi gerak kerja aktiviti dakwah.

Dakwah boleh dilaksanakan melalui pelbagai kaedah, usaha mengajak manusia ke


arah kebaikan dan kesejahteraan khususnya untuk kembali kepada Allah tidak terhad dalam
bentuk ceramah, forum, media massa ataupun dakwah secara fardiah. Manhaj atau kaedah
dakwah perlu mengalami transformasi sejajar dengan perkembangan sosial, ekonomi dan
juga teknologi. Contohnya kemajuan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) pada abad ke
21 ini memerlukan pendakwah menggunakan peluang dan kelebihan tersebut untuk
merencana gerakan dakwah yang lebih tersusun, berkesan dan dapat diakses oleh
masyarakat.

Oleh yang demikian, kreativiti dan inovasi adalah dua sikap yang boleh memacu usaha
dakwah ke hadapan terutamanya apabila ia memerlukan kemahiran mengurus, bijak
menganalisis keperluan ummah dan responsif kepada permasalahan ummah semasa.

4.0 PERMASALAHAN KAJIAN

Menurut Dr Amru Alhaz (2020), menyeru para pendakwah agar memperhebatkan dakwah
mereka di media sosial semenjak Pkp berlaku. Oleh itu kajian untuk mengkaji
keberkesanannya sangat penting terutama aspek ibadah.

Berdasarkan kajian Abdul Rauf Ridzuan (2018), Terdapat dua pandangan mengenai
dakwah di media sosial. Satu kumpulan mengatakan bahawa ia tidak baik kerana di internet,
ada antara mereka yang berdakwah kurang berpengetahuan tetapi kuat pengaruh dan ramai
pengikutnya. Kumpulan yang lain pula mengatakan bahawa dakwah pada media sosial adalah
salah satu alat yang paling berkesan dan berguna kerana dakwah melalui media sosial adalah
cara yang termudah dan senang untuk disampaikan menerusi alam maya.

Menurut Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM), Datuk


Seri Mohammad Mentek mengatakan bahawa sejak Perintah Kawalan Pergerakan (Pkp),
peningkatan sebanyak 28 juta pengguna Media Sosial berlaku (Berita Harian, 2021).
Selain itu, Populariti laman sosial seperti Facebook, Twiter dan sebagainya
menyebabkan timbulnya usaha untuk membangunkan jaringan sosial tempatan yang sesuai
dengan kandungan dan pengguna di Malaysia (Siti Eizaleila dan Azizah, 2010). Ini memberi
satu alternatif baru dalam interaksi dan komunikasi melalui ruang maya. Secara amnya,
kewujudan laman web rangkaian sosial telah digunakan oleh semua peringkat lapisan
masyarakat tidak kira sama ada golongan pelajar, surirumah, para pekerja sektor awam
mahupun swasta. Oleh itu, kemunculan media baru khususnya media sosial pada masa kini
dilihat sebagai satu wadah penting untuk berdakwah dalam kalangan rakyat Malaysia.
Menurut Sohirin (2008), usaha dakwah melalui Internet perlu diberi keutamaan berbanding
penggunaan media tradisional. Ini kerana penyampaian mesej dakwah itu boleh merentasi
sempadan seterusnya mampu mensasar kepada bukan sahaja orang Islam malah segenap
lapisan bangsa. Melalui penggunaan media, pelbagai keperluan semasa umat Islam dapat
dicurahkan oleh umat Islam itu sendiri mengikut citarasa kontemporari yang sesuai dengan
ajaran Islam dan yang sentiasa menjadi pilihan alternatif umat Islam sekarang. Penggunaan
media dalam Islam seharusnya lebih menekankan konsep tauhid dan menjadikan Islam
sebagai acuan hidup mereka.

Rosmawati (2011) menjelaskan antara kelebihan laman web sosial yang


menjadikannya sebagai pilihan pengguna internet hari ini adalah disebabkan penawarannya
mencipta personal maya dalam setiap profil pengguna serta sebagai bentuk komunikasi
dengan pelbagai aktiviti. Ini membolehkan pengguna bergerak secara aktif dalam komunikasi
maya dan berkongsi idea secara individu. Selain itu, para pengguna bebas bersuara dan
melontarkan pandangan melalui tulisan-tulisan mereka di laman-laman sosial. Selain daripada
itu, menurut Siti Eizaleila dan Azizah (2010), laman jaringan sosial yang muncul
kebanyakkannya menawarkan fungsi yang sama iaitu sebagai tempat untuk bertemu sahabat
baharu, mengekalkan persahabatan, berkongsi maklumat dan idea untuk tujuan peribadi
mahupun tujuan perniagaan serta menyatukan orang ramai. Ini jelas menunjukkan kelebihan
media sosial yang boleh digunakan oleh para pendakwah dalam menyebarkan mesej Islam
kepada seluruh masyarakat di Malaysia mahupun merentasi sempadan dunia. Sehubungan
itu, Rosmawati (2011) juga berpendapat bahawa peranan penggunaan laman web sosial
untuk menembusi benteng sasaran dakwah remaja yang gemarkan gajet teknologi pelengkap
interaksi sosial mereka seperti melalui Facebook, Twitter mahupun Myspace dilihat sebagai
faktor kepada pengimplementasian dakwah alaf baharu.
Justeru, dakwah pada hari ini memerlukan pendekatan yang lebih interaktif
sesuaidengan peredaran dunia teknologi yang lebih maju. Walau bagaimanapun, dalam
menjalankan usaha dakwah yang lebih dinamis dan optimis, para pendakwah tidak perlu
sehingga menafikan pendekatan dakwah klasik berdasarkan amalan Rasulullah SAW. Namun,
pendekatan dakwah itu perlu sejajar dengan bentuk penerimaan masyarakat hari ini yang
memerlukan mekanisme baru dalam penerimaan maklumat. Daripada sudut yang lain,
peranan media sosial sebagai jentera perubahan dan pencipta permainan baru boleh
digunakan untuk kebaikan masyarakat dan keluarga. Oleh itu, laporan menurut BERNAMA
(2011), Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia iaitu Datuk Seri Dr. Rais
Yatim menyatakan bahawa penggunaan media sosial patut digalakkan tetapi perlu
mempunyai konvensyen mereka sendiri mengenai apa yang boleh dibuat dan apa yang tidak
boleh dibuat. Di sini jelas menunjukkan bahawa para pendakwah dan pengguna media
khususnya perlu tahu tentang etika penggunaan internet serta bijak dalam membincangkan
isu-isu keagamaan dengan cara yang lebih kreatif serta mengikut landasan yang ditetapkan
syarak. Sebagai contoh, laman web Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) sendiri
menggunakan web sosial mereka dengan pelbagai aplikasi yang berguna kepada masyarakat
serta memberi ruang dan peluang kepada masyarakat untuk berkongsi pendapat dan
menjawab pelbagai kemusykilan agama. Selain itu, kelebihan media sosial yang tidak dapat
dinafikan adalah sifatnya yang menarik, pantas dan mudah serta hanya mengambil masa
beberapa saat sahaja untuk pendakwah menyampaikan mesej dakwah Islamiah kepada
masyarakat. Ia juga mengamalkan interaksi dua hala antara pendakwah dan masyarakat
apabila saling berbincang di forum-forum mahupun memberi maklumbalas secara bertulis di
pelbagai sudut media sosial.

5.0 OBJEKTIF KAJIAN

1. Mengkaji tahap penggunaan media sosial dalam kehidupan seharian mahasiswa.

2. Menganalisis pandangan mahasiswa terhadap dakwah di media sosial.

3. Mengenalpasti keberkesanan dakwah di media sosial terhadap peningkatan ibadah


mahasiswa Universiti Malaysia Sabah.

6.0 PERSOALAN KAJIAN


1. Berapakah kekerapan penggunaan media sosial dalam kehidupan seharian mahasiswa
?

2. Apakah pandangan mahasiswa terhadap dakwah di media sosial ?

3. Bagaimanakah keberkesanan dakwah di media sosial terhadap peningkatan ibadah


mahasiswa Universiti Malaysia Sabah ?

7.0 KERANGKA KONSEPTUAL KAJIAN

Kerangka konseptual kajian ini berasaskan kepada model yang menerangkan tentang
kepercayaan matematik, pengetahuan konseptual dan pengalaman matematik yang
dikemukakan oleh ahli akademik dan penyelidik terdahulu iaitu model kepercayaan matematik
Wilkins (2008) yang telah diubahsual mengikut konteks kajian.

KEBERKESANAN DAKWAH DI MEDIA SOSIAL TERHADAP PENINGKATAN


IBADAH MAHASISWA DI UNIVERSITI MALAYSIA SABAH (UMS)

DEMOGRAFI MAHASISWA (KOS DAN UMUR)

MENGKAJI TAHAP KEKERAPAN MAHASISWA DALAM PENGGUNAAN MEDIA SOSIAL

APLIKASI YANG SERING DIAKSES OLEH MAHASISWA

PANDANGAN MAHASISWA UMS TERHADAP DAKWAH DI MEDIA SOSIAL

KESAN KEPADA PENINGKATAN IBADAH

Rajah 1 : Kerangka Konseptual Kajian

8.0 KEPENTINGAN KAJIAN

Kajian ini penting untuk membantu dalam menjadikan media sosial sebagai wasilah dakwah
dan hubungan penggunaan media sosial dengan kualiti mesej dakwah. Kajian ini penting
kepada pengamal media sosial, penggiat dakwah Islam, para pendidik, penyelidik dan ibubapa
serta masyarakat untuk mengetahui dan memahami tahap penggunaan media sosial sebagai
medium dakwah, pengalaman penggunaan media sosial dan kualiti kandungan mesej dakwah.

Kajian ini penting untuk memberi faedah kepada pengamal media sosial yang mana
ianya dapat membantu dalam menggalakkan minat untuk mempelajari Islam dan menimba
ilmu. Pengamal media sosial boleh melihat kecenderungan penggunaan media sosial sebagai
medan untuk memperolehi maklumat dan berinteraksi di alam maya serta penggunaan media
sosial dalam aktiviti pendakwahan dan tujuan keagamaan.

Kajian ini juga penting untuk meningkatkan mutu kandungan mesej dakwah supaya
ianya dapat disampaikan dengan lebih segar dan kreatif dengan mutiara kata, video, gambar,
komik, komedi, sajak, pantun, animasi dan cerita pendek. Kandungan mesej dakwah yang
berkesan mestilah menggunakan bahasa yang ringan dan santai. Hasil kajian ini juga
membantu untuk meningkatkan kemahiran komunikasi dan penggunaan media sosial sebagai
medium dakwah.

Melalui kajian ini juga, dapat membantu dalam menilai kandungan mesej dakwah yang
bagaimana diminati, diikuti dan diamalkan oleh pengamal media sosial serta dapat melihat
kecenderungan pengamal media sosial sama ada mereka menerima apa saja status dalam
akaun media sosial berkaitan agama Islam tanpa menyelidik terlebih dahulu kesahihannya
atau melihat sumber rujukan terlebih dahulu sebelum mempercayainya.

9.0 LIMITASI KAJIAN

Pengkaji memilih mahasiswa sebagai responden dan memilih Universiti Malaysia Sabah
sebagai lokasi kajian. Pemilihan lokasi kajian tersebut dipilih kerana Universiti Malaysia Sabah
adalah antara Universiti yang hanya mempunyai satu kos yang mengambil aliran agama. Oleh
itu, kesukaran untuk merujuk mengenai ibadah atau agama lebih sukar.

Selain itu, kajian ini mengambil sebanyak 60 responden yang terdiri daripada umur 20
sehingga 24 tahun. Responden diambil dari kalangan mahasiswa yang beragama Islam
sahaja.
10.0 METODOLOGI KAJIAN

Metodologi kajian ini menggunakan kaedah kuantitatif, data-data dan maklumat yang
diperolehi dianalisis secara kaedah kuantitatif. Pemerolehan maklumat yang diperlukan bagi
tujuan ini adalah daripada sumber-sumber yang sedia ada seperti buku, artikel, maklumat
atas talian dan penulisan ilmiah. Kajian ini menggunakan kajian deskriptif yang dijalankan
secara tinjauan dengan menggunakan soal selidik sebagai instrumen kajian utama. Menurut
Majid (1998), penyelidikan deskriptif merupakan penyelidikan yang bermatlamat untuk
menerangkan sesuatu fenomena yang sedang berlaku.

BAB KEDUA

TINJAUAN KEPUSTAKAAN

2.0 DEFINISI TAJUK KAJIAN

2.1 DAKWAH

Pengertian dakwah dari segi bahasa dalam perkataan Arab berasal dari perkataan ‫دعا‬-
‫يدعو‬- ‫ دعوة‬yang membawa maksud ajakan, seruan,panggilan, undangan dan jemputan kepada
sesuatu tujuan ( Toha Jaya Omar, 1971). Dari erti kata lain, ia juga membawa maksud mengajak
dan menyeru kepada sesuatu atau memberangsangkan orang lain untuk mendapatkan sesuatu
(Wan Hussein, 1984). Dakwah islam juga merupakan salah satu seruan kepada ajaran agama
islam yang mana telah diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW dan sudah tentu sebagai
penyambung daripada usaha Nabi Muhammad SAW, para pendakwah berusaha memikul
amanah dan tanggungjawab dalam menyampaikan dakwah.

Secara istilah, pengertian dakwah dalam islam membawa maksud yang khusus yang
mana dakwah dalam istilah islam tidak sama dan berbeza dengan dakwah yang lain yang secara
jelasnya berbeza dari segi teori dan juga praktikal. Oleh itu , terdapat pandangan ulama tokoh
islam dalam mendefinisikan dakwah dari segi istilah yang mana “dakwah didefinisikan sebagai
satu program (barnamij ) yang lengkap yang mana semua peringkatnya mengandungi semua
ilmu pengetahuan yang diperlukan oleh manusia bagi menjelaskan tujuan dan matlamat hidup
serta menyingkap petunjuk jalan yang menjadi petunjuk kepada mereka”.( Al-Ghazali, 1985).

2.2 MEDIA SOSIAL

Menurut Kamus Dewan Bahasa Edisi Ke-4, definisi media adalah alat atau pengantara
komunikasi ataupun perhubungan. Media sosial juga ditakrifkan sebagai sebuah kelompok
aplikasi yang berasaskan internet yang mana membangun di atas dasar ideologi dan teknologi
Web 2.0 dan yang mana memungkinkan penciptaan dan pertukaran user-generated content.(
Andres, 2010 ). Dari erti kata lain, media sosial juga dikenali sebagai satu ruang kolonisasi
antara penyiaran tradisional dan komunikasi dua hala yang mempunyai skala saiz kumpulan
manusia dan darjah peribadi yang disebutkan sebagai sosialiti berkala. ( Daniel Miller, 2016 ).
Oleh itu, boleh dikatakan media sosial ini adalah sebuah rangkaian sosial yang mana sebagai
alat komunikasi yang bertujuan untuk menyampaikan atau menerima maklumat melalui
jaringan internet.

Tambahan pula, media juga merupakan salah satu teknologi yang kian pesat
membangun dan mengalami perubahan dalam setiap saat.( Normaliza, 2014).

2.3 KAJIAN-KAJIAN LEPAS

Berdasarkan daripada pemerhatian dan pencarian maklumat, pengkaji mendapati ada


beberapa kajian lepas yang mana hampir kepada kajian latihan ilmiah ini, pengkaji akan
menghuraikan tentang kajian-kajian lepas yang berkaitan keberkesanan dakwah di media
sosial terhadap peningkatan ibadah. Pengkaji ada menemui kajian-kajian lepas yang hampir
sama dengan kajian yang ingin dilaksanakan. Namun lebih kepada penggunaan media sosial
sebagai medium dakwah dan kesannya terhadap pembentukan akhlak. Oleh itu, pengkaji
ingin mengkaji keberkesanan dakwah di media sosial terhadap peningkatan ibadah. Demikian
adalah beberapa penulisan yang hamper sama dengan tajuk kajian yang dilaksanakan :

1. Di dalam penulisan Ahmad Safwan Raihan dan Muhammad Norazam Nordin yang
bertajuk Kajian Keberkesanan Aplikasi Whatsapp Sebagai Medium Dakwah Dalam
Kalangan Remaja. Kajian ini menekankan mengenai tahap penggunaan aplikasi
Whatsapp dalam kalangan remaja, faktor yang mempengaruhi penggunaan aplikasi
whatsapp sebagai medium dakwah dalam kalangan remaja seterusnya tahap
penerimaan aplikasi whatsapp sebagai medium dakwah dalam kalangan remaja.
Kajian ini mendapati bahawa aplikasi whatsapp sesuai digunakan untuk menyebarkan
dakwah.

2. Selain itu, dalam penulisan Wan Noriha Wan Hamat, Ahmad Fkrudin Mohamed Yusoff,
Zaharah Hussin dan Ahmad Arifin Sapar yang bertajuk Pengaruh Media Massa
Terhadap Penampilan Akhlak Pelajar Islam Politeknik Malaysia. Dalam kajian ini
memfokuskan mengenai tahap pendedahan dan minat baham Rancangan Media
Massa seterusnya pertimbangan akal setelah melihat rancangan media massa dam
akhir sekali kesan kepada perubahan sikap, peribadi dan tingkah laku. Setelah diteliti
dengan pembacaan, pengkaji mendapati bahawa tahap penampilan akhlak pelajar
Politeknik dalam kajian ini pada tahap yang tinggi. Ini menunjukkan media massa
banyak memberi pengaruh positif kepada pelajar.
3. Tambahan lagi, Kajian yang bertajuk Keberkesanan Dakwah Melalui Laman Jaringan
Sosial Dalam Membentuk Masyarakat Islam dalam penulisan Abdul Rauf Ridwan,
Salahudin Suyurno, Rusydi Kamal dan Fakrulnizam Jafri. Kajian ini sangat hampir
dengan kajian yang hendak dilaksanakan namun kajian tersebut secara umum iaitu
membentuk masyarakat Islam. Kajian ini menekankan pembentukan masyarakat iaitu
sikap adil, akhlak dan keluarga.

4. Akhir sekali, dalam penulisan Mohd Mokhtarishah Bin Mohamed Mokhtar Hasmadi Bin
Haji Hassan yang membawa tajuk Penggunaan Media Sosial Sebagai Medium Dakwah
Islam Dalam Kalangan Penduduk Kampung Berserah, Kuantan, Pahang. Kajian ini
mengetengahkan persepsi masyarakat setempat terhadap media sosial sebagai
kaedah dakwah, bentuk dakwah dan tahap kualiti dakwah menerusi media sosial
dalam kalangan penduduk setempat.

BAB TIGA

METODOLOGI KAJIAN

3.0 PENGENALAN

Menurut Othman Mohamed (2001), metodologi merupakan prosedur yang sistematik


menggabungkan penyesuaian pendekatan kajian serta analisis data yang sealiran dengan
peraturan tersendiri bagi memastikan prestasi kajian penyelidikan dapat dicapai dengan baik
dan sempurna. Sehubungan itu, dalam bab ini pengkaji membincangkan secara terperinci
berkenaan reka bentuk kajian, responden kajian, lokasi kajian, instrumen kajian serta
prosedur pemerolehan data, tatacara penganalisian data dan jadual kerja yang digunakan
dalam kajian ini. Bab ini juga membincangkan kaedah kajian iaitu penerangan mengenai latar
belakang sampel, pengumpulan data, peralatan yang digunakan, cara mentranskripsikan data
dan kaedah menganalisis data. Selain menggunakan boring soal selidik, temu bual secara
tidak formal juga diadakan untuk mendapatkan gambaran yang lebih jelas tentang
keberkesanan dakwah di media sosial terhadap peningkatan ibadah mereka. Kaedah ini akan
membantu pengkaji dalam mengumpulkan data-data yang sebenar dan yang boleh
dipercayai.

3.1 REKA BENTUK KAJIAN

Kajian tinjauan (survey) ini merupakan kajian inferensi dengan menggunakan data-data
kuantitatif dan kualitatif yang dipungut melalui soal selidik dan temu bual tidak formal. Data-
data yang diperolehi daripada sampel rawak ini kemudiannya dianalisis dan dipersembahkan
dengan statistik perihalan dan ujian signifikan. Keputusan ujian-ujian statistik seterusnya akan
memberi kesimpulan terhadap objektif kajian.

3.2 RESPONDEN DAN SAMPEL KAJIAN

Sampel kajian yang dilaksanakan ini adalah mahasiswa Univerisiti Malaysia Sabah yang terdiri
daripada 60 orang responden dan kesemuanya beragama Islam. Target responden kajian
adalah mahasiswa yang berumur dari 20 sehinggan 24 tahun.

3.3 LOKASI KAJIAN

Pengkaji memilih Universiti Malaysia Sabah sebagai lokasi kajian. Pemilihan lokasi kajian
tersebut dipilih kerana Universiti Malaysia Sabah adalah antara Universiti yang hanya
mempunyai satu kos yang mengambil aliran agama. Oleh itu, kesukaran untuk merujuk
mengenai ibadah atau agama lebih sukar. Maka, sesuailah tajuk ini dilaksanakan di Universiti
Malaysia Sabah (UMS).

3.4 INSTRUMEN KAJIAN


Kajian ini dijalankan berdasarkan kepada kaedah kuantitatif yang instrumen utama
kajian pengkaji adalah untuk memungut data. Kaedah kuantitatif adalah suatu bentuk inkuiri
positivitis yang menekankan pemerolehan fakta menggunakan pengukuran objektif dan
analisis statistik data numerik untuk memahami dan menjelaskan sesuatu fenomena yang
boleh dijadikan panduan kepada amalan dan polisi (Casell & Symon, 1994). Pengkaji
menggunakan beberapa instrumen kajian, antaranya adalah :

3.4.1 KEPUSTAKAAN

Sewaktu menjalankan kajian ini, pengkaji telah menggunakan sumber-sumber daripada bahan
bercetak seperti buku-buku, jurnal, artikel-artikel, keratan akhbar sebagai rujukan. Tujuan
pengkaji menggunakan kaedah ini juga adalah bagi mendapatkan lebih banyak sumber
informasi dan maklumat tambahan yang diperoleh untuk merapikan lagi kajian. Pengkaji juga
telah mendapatkan pelbagai sumber rujukan dan beberapa kajian lepas daripada beberapa
buah perpustakaan terdekat seperti perpustakaan Universiti Malaysia Sabah.

3.4.2 SOAL SELIDIK

Kaedah soal selidik merupakan kajian yang sering dan popular digunakan dalam kajian sains
sosial. Soal selidik juga merupakan alat ukur yang mana digunakan dalam penyelidikan bagi
mendapatkan maklumat dengan cepat dan tepat terutamanya berkaitan fakta, kepercayaan
dan sebagainya. Oleh itu, di dalam kajian ini, pengkaji menggunakan kaedah soal selidik bagi
memperoleh maklumat berkenaan keberkesanan dakwah di media sosial terhadap
peningkatan ibadah mahasiswa. Soalan soal selidik terbahagi kepada tiga bahagian iaitu
bahagian A ( Demografi Responden ), bahagian B (Tahap kekerapan penggunaan media
sosial), bahagian C ( Pandangan Mahasiswa Terhadap Dakwah di Media Sosial ), bahagian D
( Mengenalpasti keberkesanan dakwah di Media Sosial Terhadap Peningkatan Ibadah
Mahasiswa ).

Kaedah soal selidik ini hanya menggunakan google form yang mana pengkaji hanya perlu
mengedarkan melalui aplikasi Whatsapp. Soal selidik ini dijalankan adalah bagi memperoleh
data daripada responden. Soal selidik ini hanya akan diedarkan melalui aplikasi Whatsapp
kepada Mahasiswa.

3.4.3 INTERNET

Pengkaji juga menggunakan rujukan internet bagi mendapatkan dan menambahkan lagi
bahan rujukan dalam kajian yang dilakukan. Terlalu banyak rujukan internet yang ditemui
oleh pengkaji hasil daripada pembacaan dan analisis-analisis maklumat yang dilakukan bagi
memastikan maklumat dan rujukan yang ingin diambil adalah dari sumber yang sahih dan
boleh dipercayai. Ini kerana, adakalanya banyak maklumat yang tidak tepat dan saling
bercanggah jika merujuk daripada sumber internet.

PROSEDUR PEMEROLEHAN DATA

Data kajian ini dikumpulkan melalui dua cara iaitu melalui soal selidik dan kepustakaan.
Prosedur pemerolehan data ini dilakukan secara berperingkat yang mana dimulai dengan
meminta persetujuan dan kelulusan tajuk kajian daripada pensyarah dan penyelia.
Seterusnya, tindakan yang perlu dilakukan adalah dengan bertemu dengan penyelia bagi
meminta pandangan dan membincangkan mengenai tajuk kajian yang akan dikaji. Kemudian,
setelah proses perbincangan dan persetujuan daripada penyelia, pengkaji akan mula
mengedarkan borang soal selidik melalui google form yang akan diedarkan melalui Whatsapp
dan meminta bantuan daripada rakan mahasiswa yang lain untuk turut sama mengedarkan
borang soal selidik demikian. Tambahan lagi, di dalam borang soal selidik tersebut, pengkaji
juga turut menyediakan ruangan kosong untuk diisi oleh responden bagi memberi cadangan
mengenai aktiviti dakwah dan pengisian yang sepatutnya diberi penekanan. Seterusnya,
apabila borang soal selidik telah diisi dan dijawab oleh semua responden, pengkaji akan
menyemak dan langkah akhir yang perlu dilakukan pula adalah memasukkan semua maklumat
yang terdapat di dalam borang soal selidik ke dalam komputer dengan menggunakan perisian
SPSS iaitu singkatan bagi “statistical package for the social sciences” untuk dianalisis.

TATACARA PENGANALISIAN DATA

Analisis data adalah salah satu proses penelitian yang mana dilakukan setelah semua data
yang diperlukan telah menyelesaikan permasalahan yang diteliti sudah diperoleh secara
lengkap. Ketepatan dalam menggunakan kaedah analisis mempengaruhi kepada data-data
dan kesimpulan kajian. Oleh itu, analisis data merupakan suatu yang tidak boleh diabaikan
begitu saja dalam proses analisis. Kesalahan dalam menentukan kaedah analisis boleh
memberi impak yang tidak baik kepada kajian yang dihasilkan. Secara jelasnya, teknik analisis
data terbahagi kepada iaitu analisis kuantitatif dan analisis kualitatif. Namun begitu, pengkaji
memilih kaedah analisis kuantitatif di dalam kajian ini. Analisis kuantitatif yang biasa
digunakan adalah analisis statistik iaitu analisis statistik deskriptif.
RUJUKAN

Al-Qur’an Al-Karim

Al-Ghazali, Muhammad (1985). Media sosial sebagai medium masa kini. Diatas talian
https://www.researchgate.net/publication/340861392_media-_sosial_-sebagai-_medium-
_dakwah-_masa -_kini_-social-_media-_as-_a_-medium_-dakwah-_nowadays_-1_-
noradilah_-abdul_-wahab. Diakses pada 5/12/2021.
Andres.2010. Pengertian media sosial. Diatas talian
https://www.scribd.com/doc/306320340/Pengertian-Media-Sosial. Diakses pada 2/12/2021.

Casell,C.& Symon, G.1994. Qualitative Methods in Organizational Research. London : Sage.

Dr. Amru Alhaz. 2020. Mempertingkatkan amalan ibadah Ramadan melalui dalam talian secara
percuma. Diatas talian https://m.sinarharian.com.my/mobile-article?articleid=106765.
Diakses pada 25/2/2022

Datuk Seri Mohammad Mentek. 2021. Malaysia Ada 28 Juta Pengguna Media Sosial. Diatas
talian https://www.kkmm.gov.my/awam/berita/20226-malaysia-ada-28-juta-pengguna-
media-sosial. Diakses pada 24/2/2022

Daniel.2016. How the world change social media. UCL Press: University College London.

Normaliza Abd Rahim. 2014. Learning Through Blog Writing: Embracing The New Technology.
Toha Jahya Omar. 1971. Ilmu Da‘wah. Cet. 2. Jakarta: Penerbit Widjaya.

Wan Hussein Azmi. 1984. Ilmu Dakwah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Universiti Malaysia Terengganu: Penerbit UMT.

Wilkins. 2008. kaedah Penyelidikan Pendidikan. Diatas talian


https://www.scribd.com/presentation/334506905/20161209101258kaedah-Penyelidikan-
Pendidikan-Minggu-4-Pengkonsepan-Kajian . Diakses pada 23/2/2022

Anda mungkin juga menyukai