Anda di halaman 1dari 15

UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA

SULTAN ABDUL HALIM MU’ADZAM SHAH

UPP 4012: METODOLOGI PENYELIDIKAN

TAJUK: KEBERKESANAN DAKWAH MELALUI


MEDIA MASSA

PENSYARAH: SIR ANAS SUZASTRI AHMAD

DISEDIAKAN OLEH:

NAMA NO MATRIK

NURUL SYAZWANI BINTI ROSLAN M184037702

SITI NOOR HAFIZAH BINTI AHMAD M182009102

NURUL NAJIHAH BINTI MD.NASROL M182042402


ISI KANDUNGAN

BIL KANDUNGAN MUKA


SURAT
1.0 ABSTRAK

PENGENALAN

2.1 Objektif Kajian

2.0
2.2 Persoalan Kajian

2.3 Batasan Kajian

3.0 KAJIAN LITERATUR

4.0 METODOLOGI KAJIAN

5.0 DAPATAN KAJIAN

5.1 Profil Responden

5.2 Analisis Tahap setiap item

6.0 RUMUSAN DAN KESIMPULAN

7.0 RUJUKAN

8.0 LAMPIRAN
KEBERKESANAN DAKWAH MELALUI MEDIA MASSA MENGIKUT PERSEPSI
MAHASISWA PENGAJIAN ISLAM

Nurul Syazwani Binti Roslan, Siti Noor Hafizah Binti Ahmad, Nurul Najihah Binti
Md.Nasrol

Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah ( UniSHAMS )

1.0 ABSTRAK

Media telah menjadi satu elemen yang penting serta mempunyai pengaruh yang
signifikan dalam pembentukan kehidupan masyarakat hari ini. Fokus kini tertumpu
kepada penggunaan media massa sebagai alat perkongsian dan penyebaran
maklumat tidak kurang juga dalam penyampaian dakwah seiring dengan konsep
amar maaruf nahi munkar yang dititikberatkan dalam Islam. Secara khususnya,
pelbagai kelebihan yang ada pada media massa harus digunakan secara efektif dan
para pendakwah juga perlu seiring dengan perubahan yang berlaku supaya tidak
jauh ketinggalan . Kajian ini bertujuan untuk meninjau sejauh mana keberkesanan
dakwah melalui media massa..Data diperolehi daripada 144 responden yang
berumur 18 hingga 27 tahun ke atas. Kajian ini menggunakan kaedah kuantitatif
yang dilakukan menerusi tinjauan dengan mengedarkan borang soal selidik kepada
responden yang terdiri daripada pelajar Pengajian Islam iaitu terdiri daripada jurusan
Syariah, Usuluddin dan Bahasa Arab di Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul
Halim Mu’adzam Shah(UniSHAMS). Dengan menggunakan analisa SPSS (Statistical
Package for Social Sciences), hasil kajian mendapati seramai 74 responden bersetuju
media massa dapat dijadikan medium dakwah dan terbukti keberkesanannya.
Conbach alpha adalah sbanyak .959

2.0 PENGENALAN

Kemodenan dunia hari ini telah menyaksikan pelbagai kemudahan telah


diperkenalkan melalui media (Errika 2011). Media massa menjadi sarana penting
dalam menyebarluaskan maklumat dan mendidik masyarakat tentang isu-isu
yang berkaitan sama ada aspek ekonomi, politik dan agama. Penggunaan media
secara berterusan dapat memberi kesan kepada masyarakat, sama ada kesan
yang positif mahupun negatif (Faradillah, Hazlin, NurZakira & Nurain, 2015).
Media mempunyai peranan yang sangat besar dalam kehidupan seharian masyarakat
Bahkan masyarakat moden pada hari ini hampir tidak mungkin terlepas daripada
paparan media (Errika 2011).

Dari perspektif dakwah, penggunaan media massa penting untuk membentuk


kesedaran Islam dalam diri masyarakat. Mahasiswa Islam merupakan kelompok yang
menggunakan medium ini secara aktif, maka sepatutnya mereka memanfaatkan
medium ini sebaiknya untuk berdakwah. Seharusnya pola penggunaan menjurus
kepada aspek yang mempunyai kelebihan Islam dalam penggunaan media baharu.

Hakikatnya, teknologi pada hari ini telah lama digunakan dalam Islam sebagai
bukti ketaatan kepada Allah s.w.t. sebagaimana kisah Nabi Nuh a.s. yang
menggunakan bahtera untuk belayar ke tempat yang lebih selamat. Manakala
Nabi Daus a.s. pula menggunakan teknologi besi dan pendekatan ini sebagai
asbab untuk mendekatkan diri kepada Allah s.w.t.. Oleh itu, manusia pada hari ini
perlu menggunakan segala kecanggihan dalam teknologi komunikasi untuk
membawa manusia lain lebih dekat kepada Allah s.w.t. dan mentaati segala
suruhan serta menjauhi segala larangan-Nya (Fauzan, 2016). Oleh itu,
penggunaan teknologi komunikasi maklumat merupakan pendekatan yang relevan
dalam dunia pendakwahan masa ini.

Sesuai dengan pandangan Muis (2001) yang mengatakan bahawa


terjadinya sindrom globalisasi menjelang pada abad ke-21 yang dapat dilihat
dengan kecanggihan teknologi yang di susuli dengan penggunaan internet.
Manakala media sosial pula merupakan antara lanjutan daripada arus globalisasi
yang mampu menghubungkan seluruh lapisan masyarakat di seluruh dunia.
Masyarakat Islam pada hari ini menggunakan internet sebagai alat mencari
informasi berkaitan dengan isu-isu agama Islam (Umar & Samsudin, 2010). Selain
itu, internet juga dijadikan medan mempelajari lebih banyak ilmu yang berkaitan
dengan Islam (Chawki, 2010), dan sebagai sumber maklumat keagamaan (Lovheim
2008; Hjarvard 2011; Haslin & Hamdzun 2013; Kosheleva 2013). Motif penggunaan
media sosial seperti Facebook adalah bagi mendapatkan maklumat yang terkini dan
juga tujuan berdakwah (Liza & Saodah 2011). Sesuai dengan kenyataan Fadzli,
Marhana dan Ab. Hamid (2014) mengenai generasi muda pada hari ini
menggunakan blog sebagai medium untuk menyampaikan dakwah. Media sosial
merupakan medium yang tepat sebagai sarana dalam penyebaran dakwah
Islam dan persediaan awal dalam menghadapi Ghozwul Fikr iaitu perang
pemikiran yang disebar oleh golongan anti-Islam. Oleh itu masyarakat Islam
seharusnya memanfaatkan kemudahan teknologi komunikasi hari ini sebagai
alternative baru untuk berdakwah (Aminudin 2018).

Dakwah yang berkesan memerlukan kaedah, cara, pendekatan atau strategi


penyampaian yang bersesuaian dengan golongan sasaran. Ini adalah kerana,
hala tuju dakwah adalah jelas iaitu membimbing manusia untuk mencapai
kesejahteraan di dunia dan akhirat melalui rahmat dan kasih sayang Allah s.w.t.
(Ahmad Sharom, Nor Raudhah & Muhammed, 2015). Dakwah merupakan proses
mengajak manusia supaya mengamalkan ajaran Islam dengan melakukan
pengabdian yang tulus kepada Allah s.w.t. dan menuruti segala Sunnah Nabi
Muhammada s.a.w. dengan berpandukan al-Quran dan al-Hadith. Dakwah bertujuan
menyeru dan mengajak manusia ke arah perkara-perkara ma’ruf dan menjauhi
perkara-perkara mungkar. Dakwah juga mempunyai perkaitan dengan
komunikasi dan dikenali sebagai komunikasi dakwah atau komunikasi Islam (Zulkefli
& S. Salahudin 2012).

2.1 OBJEKTIF KAJIAN

Tujuan utama kajian ini dijalankan adalah untuk mengenalpasti keberkesanan


dakwah melalui media massa. Oleh itu, disertakan demografi iaitu Jantina, Umur,
Kuliyyah, Tahun Pengajian dan Status diri. Antara objektif kajian ini adalah seperti
berikut:

1) Mengenalpasti Tahap Kesedaran Mahasiswa Pengajian Islam Tentang Kepentingan


Dakwah Di Media Massa.

2) Mengenalpasti Tahap Keperluan Dakwah Di Media Massa Masa Kini Mengikut


Persepsi Mahasiswa Pengajian Islam.
3) Mengenalpasti Tahap Keberkesanan Dakwah Melalui Media Massa Mengikut
Pandangan Mahasiswa Pengajian Islam.

4) Mengenalpasti perbezaan persepsi mahasiswa pengajian islam UniSHAMS


mengenai dakwah di media sosial menurut mengikut gender.

5) Mengenalpasti hubungan antara kesedaran mahasiswa pengajian islam tentang


kepentingan dakwah di media massa dengan keberkesanan dakwah melalui media
massa.

2.2 PERSOALAN KAJIAN

Manakala persoalan kajian adalah seperti berikut:

1) Apakah Tahap Kesedaran Mahasiswa Pengajian Islam Tentang Kepentingan


Dakwah Di Media Massa?

2) Apakah Tahap Keperluan Dakwah Di Media Massa Masa Kini Mengikut Persepsi
Mahasiswa Pengajian Islam?

3) Apakah Tahap Keberkesanan Dakwah Melalui Media Massa Mengikut Pandangan


Mahasiswa Pengajian Islam?

4) Apakah perbezaan persepsi mahasiswa pengajian islam UniSHAMS mengenai


dakwah di media sosial menurut mengikut gender?

5) Apakah hubungan antara kesedaran mahasiswa pengajian islam tentang


kepentingan dakwah di media massa dengan keberkesanan dakwah melalui media
massa?

2.3 BATASAN KAJIAN

Batasan kajian adalah seperti berikut:

Pengkaji meletakkan batasan kajian untuk 100 orang responden dari mahasiswa
pengajian Islam UniSHAMS. Para responden ini telah menjawab soalan-soalan yang
diberikan dengan memilih jawapan menggunakan skala likert iaitu setuju atau tidak
setuju.

3.0 KAJIAN LITERATUR

Kajian literatur ini dilakukan untuk mengkaji tahap kesedaran, keperluan dan
keberkesanan dakwah melalui media sosial.
Kesedaran
Mutakhir ini, ramai pengguna internet terutama mahasiswa mendapat
kesedaran untuk meyertai program dakwah di media social. Menurut Faradillah
Iqmar Omar, Hazlin Falina Rosli, NurZakira Afnee Zakaria, & Nuraina Nabila Dundai
Abdullah (2015) media dan komunikasi saling berhububung dalam usaha untuk
menyampaikan sesuatu perkara dan media massa juga digunakan sebagai
penyebaran maklumat dan komunikasi semata-mata, tetapi perananya bertambah
kerana ramai yang menggunakannya sebagai sumber hiburan termasuk dan kini
dapat digunakan sebagai platform menyebarkan dakwah dan perkara ini dapat
membantu mahasiswa dalam mendalami ilmu agama.
Mahasiswa dan seluruh umat islam perlu sedar dan mengambil inisiatif
melalui teknologi ini seperti menyebarkan dakwah islam melalui media sosial ,
menambah pengetahuan yang lebih mendalam mengenai agama, budaya dan
sebagainya dengan menggunakan teknologi Internet serta memahami dan
mempraktikan sesuatu ilmu agama itu dalam kehidupan seharian (Earnie Elmie Hilmi
2014).
Menurut A.Rauf Ridzuan, Salahudin Suyurno, Rusydi Kamal, Fakrulnizam Jafri,
Dzaa Imma Abd Latif, Siti Nurshahidah Sah Alam (2015) ramai yang mengatakan
bahawa dakwah pada media sosial adalah merupakan salah satu alat yang paling
berkesan dan berguna kerana dakwah melalui media sosial adalah cara yang
termudah dan senang untuk disampaikan menerusi alam maya. Oleh yang demikian,
ini adalah salah satu usaha untuk menarik orang ramai ke arah islam, maka dengan
bantuan media sosial ini ia akan menjadi lebih mudah dan dapat disebar dengan
pantas juga dapat dilihat oleh orang yang terdiri daripada berbilang bangsa dan
agama. Perkara tersebut dapat dilakukan kerana sejak laman web ini digunakan
setiap hari, pengguna laman social tak kira orang Islam dan orang bukan Islam,
kedua-duanya mendapatkan mesej harian dakwah yang akhirnya berguna untuk
mereka.
Oleh itu kewujudan Internet dan juga media sosial merupakan alat
perantaraan dalam penyebaran dakwah dalam kalangan mahasiswa mahupun orang
ramai, maka gunakanlah medium ini dengan sebaiknya.

Keperluan
Pada zaman moden yang serba canggih ini, masyarakat menyedari bahawa
penyebaran dakwah di media sosial merupakan satu keperluan. Menurut Faradillah
Iqmar Omar (2015) bahawa dakwah pada hari ini memerlukan pendekatan yang
lebih interaktif sesuai dengan peredaran dunia teknologi yang lebih maju dan walau
bagaimanapun, dalam menjalankan usaha dakwah yang lebih dinamis dan optimis,
malahan para pendakwah tidak perlu sehingga menafikan pendekatan dakwah klasik
berdasarkan amalan Rasulullah SAW. Maka dengan itu, pendekatan dakwah itu perlu
sejajar dengan bentuk penerimaan masyarakat hari ini yang memerlukan mekanisme
baru dalam penerimaan maklumat.
Para pendakwah haruslah pandai menggunakan kemudahan yang ada pada
hari ini dalam usaha mengembangkan agama islam kepada orang ramai dan cara ini
adalah sangat efektif untuk dipraktikan dalam konsep penyebaran dakwah
mengunakan teknologi Internet dan media sosial kerana dapat berkomunikasi
dengan golongan sasaran dengan lebih rapat dan mesra (Noor Azaian Binti Abdul
Talib, Mohd Yusof Abdullah & Mohd Azul Mohamad Salleh 2017).
Menurut Azizan Had (2014) antaranya ini kerana kepentingannya sebagai
satu media utama sejak alaf baru menggantikan media terdahulu seperti media
cetak seperti akhbar dan majalah sebagai sumber rujukan ilmu dan pengetahuan
dalam kalangan masyarakat terutamanya mahasiswa zaman ini. Malahan ramai juga
yang beranggapan bahawa internet sebagai suatu media utama yang tidak boleh
disekat dapat mengundangan suatu ancaman kepada perkembangan dakwah
dimana penyebaran berita secara meluas ini menyebabkan pendakwah sukar untuk
menangani gejala penyebaran beritanya yang membawa dua kesan iaitu baik dan
buruk.
Oleh yang demikian, masyarakat terutamanya mahasiswa harus benar-benar
memahami maklumat yang disampaikan oleh pendakwah tersebut sebelum
mengaplikasikannya dalam kehidupan sehariam meraka.
Keberkesanan
Media merupakan faktor penting dalam proses komunikasi termasuk
komunikasi Islam sebagai saluran untuk menyebarkan dakwah dan ini merupakan
sebuah kesan baik pada pengguna media social. Menurut Noradilah Abdul Wahab,
Najmi Muhamad, & Mohd Sani Ismail (2019) dakwah yang berkesan memerlukan
kaedah atau suatu teknik penyampaian yang sesuai dengan golongan sasaran dan
hala tuju dakwah adalah jelas iaitu membimbing manusia melakukan perintah yang
diturunkan oleh Allah s.w.t kepada hambaNya.
Menurut Najidah Zakariya & Abu Dardaa Mohamad (2013) pengunaan media
sosial amat membantu dalam usaha memperkembangkan Islam di Malaysia dan
melalui medium ini mesej mengenai dakwah Islam dapat disampaikan dengan lebih
berkesan kerana kehidupan masyarakat terutama mahasiwa pada masa kini
dipengaruhi oleh teknologi maklumat yang begitu canggih ini.
Menurut Abd Hadi Borham (2018) kesan daripada komunikasi internet atau
media baharu terhadap individu boleh dilihat kepada tiga iaitu afek (emosi), tingkah
laku (behavioural) dan kognisi (fikiran) yang mendorong kepada perubahan habit
terhadap pendedahan maklumat yang diperolehi serta perubahan tingkah laku dan
sikap dapat dilihat kepada tiga tahap
I. Tahap pertama: Terdapat tiga faktor penentu iaitu sumber, maklumat
dan sifat-sifat individu.
II. Tahap kedua: Proses pengamatan dan pemahaman sebelum
menerima sepenuhnya tahap pertama
III. Tahap ketiga: Penerimaan yang berkesan akan menghasilkan
perubahan sikap dalam bentuk perubahan pendapat, persepsi, kesan
dan tindakan.
Selain itu, kesan terhadap individu melalui pendekatan dakwah berlaku
apabila seseorang individu mampu menjalankan tanggungjawab dengan baik, juga
dakwah yang disebarkan memberi jalan lurus kepada manusia untuk sentiasa
melakukan perintah Allah S.W.T mengikut cara yang betul ( Sharifah Nora Othman
2018). Justeru, dengan dakwah juga dapat menyeru manusia melakukan kebaikan
dan menjauhi keburukan yang akan mendatangkan kemudaratan kepada diri sendiri
dan juga orang lain. Oleh itu Internet sangat memberi kesan dalam isu menyebarkan
dakwah.
Kesimpulannya, dakwah pada masa ini tidak terhad kepada penyampaian secara
langsung atau bersemuka, tetapi boleh juga dilakukan di ruang maya seperti
interaksi melalui laman media sosial. Justeru itu media sosial dianggap sebagai
medium terpantas untuk menyebarkan mesej dan berdakwah kerana ia boleh
mencapai jutaan pembaca dan penonton. Malahan tidak semua maklumat yang
diberikan adalah tidak benar tetapi ada juga berita dan maklumat yang boleh
dipercayai kerana disampaikan oleh orang tertentu.
4.0 METODOLOGI KAJIAN
Metodologi kajian penting untuk memastikan kajian dapat dijalankan dengan
tersusun dan lancar bagi menyumbang kepada kejayaan memperolehi data-data
yang diperlukan. Metodologi kajian ini meliputi beberapa perkara, iaitu reka bentuk
kajian, sampel kajian, instrumen kajian, kesahan dan kebolehpercayaan dan juga
interpretasi skor min.

Reka Bentuk Kajian

Kajian ini merupakan satu kajian berbentuk kuantitatif yang menggunakan kaedah
tinjauan deskriptif bagi mendapatkan persepsi pelajar tentang keberkesanan dakwah
melalui media massa dalam kalangan mahasiswa UniSHAMS. Kaedah tinjauan ini
merupakan kaedah yang paling popular digunakan dalam pelbagai bidang. Kaedah
kuantitatif ini membolehkan sesuatu data dapat dikumpulkan dan dianalisis untuk
menghasilkan maklumat dan pengetahuan tentang pendapat, sikap dan amalan
(Gall, M, Gall J.P dan Borg, 2007). Kaedah ini dipilih kerana ia merupakan kaedah
yang paling mudah dan murah serta menjimatkan masa.

Populasi dan Sampel Kajian

Kepentingan pengenalpastian sesuatu populasi kajian amat penting dalam sesuatu


penyelidikan. Populasi dapat menentukan ruang lingkup bidang kajian yang hendak
dikaji dan skop masalah yang perlu dikaji. Menurut Mohd. Majid (2000) populasi
sebagai satu set ciri yang menunjukkan cerapan atau ukuran tertentu ke atas
sekumpulan individu atau objek. Populasi responden kajian ini adalah seramai 230
orang pelajar yang mengambil subjek Metodologi Kajian bagi pelajar Tahun 1
hingga Tahun 4 yang terdiri daripada pelbagai bidang pengajian Islam di Universiti
Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (UniSHAMS). Hanya seramai
144 orang pelajar sahaja yang dipilih secara rawak mudah daripada bilangan
populasi seramai 230 orang pelajar. Penentuan bagi saiz sampel kajian ini ditentukan
mengikut jadual penentuan saiz sampel daripada Krejcie dan Morgan (1970). Data
yang telah dikumpulkan di kod, di rekod dan dianalisis dengan menggunakan
program Statistical Package for Social Sciences (SPSS) versi 26.0 untuk
mendapatkan skor min bagi setiap aspek yang dinilai.

Instrumen Kajian

Borang soal selidik kajian ini telah diadaptasi daripada borang soal selidik kajian “
Keberkesanan Media Elektronik Sebagai Medium Dakwah : Kajian Persepsi
Mahasiswa IPT Di Bahagian Kuching” dan juga borang soal selidik kajian “ Keperluan
dan Penerimaan Dakwah” yang dijalankan oleh Susanti Iskandar. Instrumen kajian
ini dilihat daripada tiga aspek, iaitu (1) kesedaran mahasiswa tentang kepentingan
dakwah di media massa, (2) keperluan dakwah di media massa masa kini dan (3)
keberkesananan dakwah melalui media sosial. Menurut Jones (1996) menyebutkan
bahawa penggunaan borang soal selidik ini sebagai instrumen kajian adalah lebih
sesuai kerana ia lebih mudah dalam mendapatkan kerjasama daripada responden
serta kaedah soal selidik ini amat sesuai untuk digunakan di dalam kajian berbentuk
tinjauan.
Instrumen kajian ini juga telah diubah suai dari segi struktur ayat supaya
ianya bersesuaian dengan situasi dalam kajian ini. Kaedah skala lima likert telah
diguna pakai sebagai pilihan jawapan daripada responden kajian bagi mengenal pasti
pandangan mereka tentang keberkesanan dakwah melalui media massa. Skala lima
likert ini juga digunakan bagi memudahkan pengkaji mengenal pasti persepsi dan
penilaian responden terhadap item-item yang dirasakan sesuai.. Jadual 1.1 berikut
menunjukkan skor penilaian skala likert yang digunakan bagi bahagian ini:

Jadual 1.1
Skor Skala Likert
Pernyataan Skor
Sangat Tidak Setuju 1
Tidak Setuju 2
Tidak Pasti 3
Setuju 4
Sangat Setuju 5

Kebolehpercayaan Instrumen

Bagi mendapatkan nilai kebolehpercayaan (Alpha Cronbach) instrumen bagi kajian


ini, pengkaji telah menjalankan analisis kebolehpercayaan. Nilai pekali
kebolehpercayaan yang diperoleh dibandingkan dengan Jadual Nilai
Kebolehpercayaan seperti jadual 1.2 bagi mengenal pasti item yang memerlukan
penambahbaikan, pengubahsuaian atau disingkirkan daripada instrumen.
Jadual 1.2
Nilai Kebolehpercayaan
Pekali kebolehpercayaan Tahap kebolehpercayaan
.90 dan ke atas Amat baik
.80-.89 Baik
.60-.79 Sederhana
.40-.59 Diragui
.00-.39 Ditolak
Analisis kebolehpercayaan instrumen kajian ini menunjukkan nilai alpha cronbach
ialah .959. Ini menunjukkan bahawa nilai pekali kebolehpercayaan Alpha Cronbach
bagi kajian ini adalah amat baik dan mempunyai ketekalan dalaman yang
melebihi .70. Oleh itu, instrumen kajian ini sesuai digunakan untuk kajian yang
sebenar.

Interpretasi Skor Min

Tafsiran nilai min untuk kajian ini adalah berasaskan kepada 5 skala likert. Jadual
skala 5 ditunjukkan seperti jadual 1.3.

Jadual 1.3
Skala 5
Skala Pemberat min skala interval Persamaan deskriptif min
5 4.21 - 5.00 Sangat tinggi
4 3.41 - 4.20 Tinggi
3 2.61 - 3.40 Sederhana
2 1.81 - 2.60 Rendah
1 1.00 - 1.80 Sangat rendah

5.0 DAPATAN KAJIAN


5.1 Profil Responden

Kajian tinjauan ini melibatkan 144 orang responden yang terdiri daripada 41 orang
lelaki (28.5%) dan 103 orang responden perempuan ( 71.5%). Majoriti responden
adalah daripada kaum perempuan.

Profil Responden Mengikut Jantina

Jantina Bilangan Peratus


Lelaki 41 28.5
Perempuan 103 71.5
Jumlah 144 100.0

Jadual 1.4
Rajah menunjukkan umur responden yang terdiri daripada 18 sehingga 27 Tahun ke
atas dibahagikan mengikut empat peringkat umur . Peringkat pertama responden
yang berumur 18 hingga 20 tahun adalah paling sedikit seramai 5 orang(3.5%).
Peringkat kedua 21 hingga 23 tahun adalah paling ramai iaitu 107 orang (74.3%).
Peringkat ketiga berumur 24 hingga 26 tahun seramai 24 orang (16.7%). Dan
peringkat terakhir 27 tahun ke atas iaitu 8 orang (5.6%).
Profil Responden mengikut Kategori Umur

Umur Bilangan Peratus


18-20 Tahun 5 3.5
21-23 Tahun 107 74.3
24-26 Tahun 24 16.7
27 Tahun ke atas 8 5.6
Jumlah 144 100.0
Jadual 1.5
Kajian ini dilakukan khusus buat mahasiswa pengajian Islam UniSHAMS. Oleh itu
hasil mendapati mahasiswa kuliyyah Syariah dan undang-undang adalah majoriti
responden iaitu seramai 74 orang (51.4%). Yang kedua adalah kuliyyah Usuluddin
dan Sains Al-quran seramai 45 orang (31.3%). Yang ketiga kuliyyah Bahasa Arab
seramai 16 orang (11.1%). Manakala lain-lain terdiri daripada kuliyyah KMS, Cifer
dan Kulinari seramai 9 orang (6.3%).
Profil Responden mengikut Kuliyyah

Kuliyyah Bilangan Peratus


Syariah dan Undang-undang 74 51.4

Usuluddin Dan Sains Al- 45 31.3


Quran
Bahasa Arab 16 11.1
Lain-lain 9 6.3
Jumlah 144 100.0
Jadual 1.6

Kajian mendapati majoriti responden adalah merupakan mahasiswa tahun akhir


(tahun 4) iaitu seramai 108 orang (75.0%). Yang kedua adalah mahasiswa tahun 3
iaitu seramai 18 orang (12.5%). Mahasiswa tahun 3 seramai 15 orang (10.4%).
Manakala mahasiswa tahun 1 seramai 3 orang (2.1%).
Profil Responden mengikut Tahun Pengajian

Tahun Pengajian Bilangan Peratus


Tahun 1 3 2.1
Tahun 2 15 10.4
Tahun 3 18 12.5
Tahun 4 108 75.0
Jumlah 144 100.0
Jadual 1.7

Kajian mendapati seramai 134 orang responden adalah berstatus bujang (93.1%)
dan 10 orang responden telah berkahwin ( 6.9%).

Profil Responden mengikut Status

Status Bilangan Peratus


Berkahwin 10 6.9
Bujang 134 93.1
Jumlah 144 100.0
Jadual 1.8

5.2 Analisis Tahap setiap item

Tahap kesedaran dakwah mahasiswa Pengajian Islam UniSHAMS tentang


kepentingan dakwah di media massa
Jadual 1 menunjukkan skor min bagi tahap kesedaran dakwah dalam kalangan
mahasiswa yang mengikuti program pengajian di UniSHAMS. Daripada jadual
didapati bahawa semua item berada pada 3 tahap iaitu sangat tinggi, tinggi dan
sederhana. Item B10 iaitu mempelajari ilmu agama tidak cukup jika hanya
berpegang pada maklumat di media sosial yang memperoleh min tertinggi, sebanyak
4.51. Item B3 iaitu saya suka melanggan naskah berkaitan islam merupakan item
yang paling rendah nilai min, iaitu 3.37, yang berada pada tahap sederhana.
Rumusannya, tahap kesedaran dakwah dalam kalangan mahasiswa yang mengikuti
program pengajian di UniSHAMS adalah sangat tinggi.
Antara kesedaran dakwah dalam kalangan mahasiswa di UniSHAMS ialah
mempelajari ilmu agama tidak cukup jika hanya berpegang pada maklumat di media
sosial, dakwah di media massa perlu didasari dengan niat yang betul, saya
merasakan program agama lebih baik berbanding program hiburan, penyampaian
dakwah haruslah tersusun secara sistematik dan saya merasakan pendekatan
dakwah di media massa adalah bersesuaian dengan zaman kini.

Jadual 1.9
Tahap kesedaran dakwah mahasiswa Pengajian Islam UniSHAMS tentang
kepentingan dakwah di media massa
Bil Item Min SP Tahap

1 B10. Mempelajari ilmu agama tidak cukup 4.51 .793 Sangat Tinggi
jika hanya berpegang pada maklumat di
media sosial.
2 B8. Dakwah di media massa perlu didasari 4.39 .785 Sangat Tinggi
dengan niat yang betul.

3 B9. Saya merasakan program agama lebih 4.31 .857 Sangat Tinggi
baik berbanding program hiburan.

4 B7. Penyampaian dakwah haruslah 4.31 .822 Sangat Tinggi


tersusun secara sistematik.

5 B4. Saya merasakan pendekatan dakwah 4.16 .951 Tinggi


di media massa adalah bersesuaian
dengan zaman kini.

6 B6. Mahasiswa perlu mengambil peluang 4.13 .750 Tinggi


menyampaikan ilmu agama di media
massa.
7 B5. Program yang saya minati adalah 4.06 .768 Tinggi
berunsurkan hukum hakam islam.

8 B1. Saya berpendapat media massa sesuai 3.97 1.013 Tinggi


dijadikan alat mencari maklumat berkaitan
agama.

9 B2. Saya kerap pergi ke surau untuk 3.39 .894 Sederhana


menghadiri kuliah agama.

10 B3. Saya suka melanggan naskah 3.37 .930 Sederhana


berkaitan islam.

Tahap keperluan dakwah di media massa mengikut persepsi mahasiswa


Pengajian Islam UniSHAMS
Jadual 2 menunjukkan skor min bagi tahap keperluan dakwah dalam kalangan
mahasiswa yang mengikuti program pengajian di UniSHAMS. Daripada jadual
didapati bahawa kebanyakan item berada pada tahap tinggi . Item C1 iaitu saya
lebih gemar mempelajari agama islam secara berhadapan dengan guru yang
memperoleh min tertinggi, sebanyak 4.51. Item C3 iaitu pengacara remaja lebih
sesuai untuk mengendali rancangan agama merupakan item yang paling rendah nilai
min, iaitu 3.28, yang berada di tahap sederhana. Rumusannya, tahap keperluan
dakwah dalam kalangan mahasiswa yang mengikuti program pengajian di UniSHAMS
adalah sangat tinggi.
Antara keperluan dakwah dalam kalangan mahasiswa di UniSHAMS ialah :
i. Saya lebih gemar mempelajari agama islam secara berhadapan dengan guru.
ii. Dakwah merupakan satu medan utama untuk memahami agama.
iii. Rancangan agama di internet perlu menyentuh isu-isu remaja masa kini.
iv. Hiburan berunsurkan keagamaan perlu diselitkan dalam setiap program.
v. Ramai kawan saya yang mempunyai ilmu agama yang mendalam.

Jadual 1.10
Tahap keperluan dakwah di media massa mengikut persepsi mahasiswa Pengajian
Islam UniSHAMS
Bil Item Min SP Tahap

1 C1. Saya lebih gemar mempelajari agama 4.51 .793 Sangat Tinggi
islam secara berhadapan dengan guru.
2 C10. Dakwah merupakan satu medan 4.31 .771 Sangat Tinggi
utama untuk memahami agama.
3 C5. Rancangan agama di internet perlu 4.24 .924 Sangat Tinggi
menyentuh isu-isu remaja masa kini.
4 C4. Hiburan berunsurkan keagamaan 4.17 .901 Tinggi
perlu diselitkan dalam setiap program.
5 C2. Ramai kawan saya yang mempunyai 4.01 .729 Tinggi
ilmu agama yang mendalam.
6 C6. Saya berpendapat pendakwah di 3.99 .881 Tinggi
media massa lebih menarik minat
seseorang untuk mendekati dakwah
7 C8. Saya banyak mengikuti pendakwah di 3.81 .895 Tinggi
media massa.
8 C9. Saya lebih suka berdakwah dengan 3.56 .898 Tinggi
kaedah penulisan.
9 C7. Saya lebih selesa menggunakan media 3.47 1.017 Tinggi
massa sebagai rujukan agama.
10 C3. Pengacara remaja lebih sesuai untuk 3.28 .980 Sederhana
mengendali rancangan agama.

Tahap keberkesanan dakwah melalui media massa mengikut pandangan


mahasiswa Pengajian Islam UniSHAMS
Jadual 3 menunjukkan skor min bagi tahap keberkesanan dakwah dalam kalangan
mahasiswa yang mengikuti program pengajian di UniSHAMS. Daripada jadual
didapati bahawa semua item terdiri daripada 2 tahap iaitu sangat tinggi dan tinggi.
Item D5 iaitu penyampaian dakwah yang lebih padat dan mudah difahami adalah
lebih disukai yang memperoleh min tertinggi, sebanyak 4.31. Item D7 iaitu
kefahaman ilmu seseorang banyak dipengaruhi oleh media massa merupakan item
yang paling rendah nilai min, iaitu 3.81, yang berada pada tahap tinggi.
Rumusannya, tahap keberkesanan dakwah dalam kalangan mahasiswa yang
mengikuti program pengajian di UniSHAMS adalah sangat tinggi.
Antara keberkesanan dakwah dalam kalangan mahasiswa di UniSHAMS adalah :
1) Penyampaian dakwah yang lebih padat dan mudah difahami adalah lebih
disukai.
2) Saya termotivasi untuk melakukan perubahan diri selepas mengikuti ceramah
agama.
3) Kandungan video di media sosial saya lebih cenderung kepada unsur agama.
4) Saya dapat merasakan keindahan islam setelah menyertai program dakwah.
5) Dakwah melalui percakapan (video) adalah lebih efektif.

Jadual 1.11
Tahap keberkesanan dakwah melalui media massa mengikut pandangan mahasiswa
Pengajian Islam UniSHAMS
Bil Item Min SP Tahap

1 D5. Penyampaian dakwah yang lebih 4.31 .813 Sangat Tinggi


padat dan mudah difahami adalah lebih
disukai.
2 D3. Saya termotivasi untuk melakukan 4.23 .726 Sangat Tinggi
perubahan diri selepas mengikuti ceramah
agama.

3 D9. Dengan berdakwah saya mampu 4.23 .755 Sangat Tinggi


meningkatkan ilmu yang di pelajari.

4 D4. Saya dapat merasakan keindahan 4.21 .818 Sangat Tinggi


islam setelah menyertai program dakwah.

5 D6. Dakwah melalui percakapan (video) 4.19 .861 Tinggi


adalah lebih efektif.

6 D8. Media massa boleh menjadi asbab 4.18 .958 Tinggi


menjadi asbab kita ke syurga atau
neraka.
7 D1. Saya memperolehi banyak maklumat 4.10 .922 Tinggi
mengenai islam melalui media massa.

8 D2. Ilmu agama yang diperolehi di media 4.07 .781 Tinggi


massa menjadikan saya lebih
berpengetahuan.
9 D10. Kandungan video di media sosial 3.90 .842 Tinggi
saya lebih cenderung kepada unsur
agama.
10 D7. Kefahaman ilmu seseorang banyak 3.81 .908 Tinggi
dipengaruhi oleh media massa.

Anda mungkin juga menyukai