Anda di halaman 1dari 10

“ PENULISAN AYAT DAN PENJELASAN HUKUM TAJWID”

NAMA: NURUL SYAZWANI BINTI ROSLAN

NO MATRIK: M184037702

KOD KURSUS : TQH 4041

NAMA KURSUS : HIFZ AL-QURAN 4

NAMA PENSYARAH: USTAZAH SUMAIYAH BINTI RAMLI

1
ISI KANDUNGAN

BILANGAN TAJUK HALAMAN

1 PENGENALAN 3

2 BAB 1: PENULISAN AL-QURAN 4-5

3 BAB 2: TAJWID AL-QURAN 6-8


- Hukum Idgham Mislain
- Hukum Ikhfak Hakiki
- Hukum Mad Jaiz Munfasil
- Hukum Idgham Ma’al Ghunnah
- Hukum Mad A’rid Lis Sukun
4 KESIMPULAN 9

5 RUJUKAN 10

2
PENGENALAN

Segala puji bagi Allah dengan kudratNya yang agung dan takdir serta izinNya dapat
saya sempurnakan tugasan yang telah diberikan oleh pensyarah bagi kursus TQH
4041.

Pertama sekali, saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada Ustazah
Sumaiyah Binti Ramli atas tunjuk ajar dan dorongan kepada saya dalam menyiapkan
tugasan ini dengan cemerlang. Tidak dilupakan, ucapan terima kasih kepada ibu saya,
kawan-kawan dan para penulis ilmu tajwid kerana banyak membantu saya
menyempurnakan tugasan Al-Quran ini.

Tujuan tugasan ini dilakukan adalah supaya memahirkan penulisan Al-Quran dan
ilmu tajwid. Apabila melakukan tugasan ini saya mempelajari dengan lebih mendalam
tentang ilmu tajwid di dalam Al-Quran melalui pembacaan dan kajian yang saya
perolehi di buku, artikel dan blog.

Akhir sekali, saya mendoakan semoga Allah menerima segala usaha kita dalam
meningkatkan kualiti bacaan dan hafazan Al-Quran serta memartabatkan imu tajwid
yang makin dilupakan dalam kalangan masyarakat. Semoga ianya memberi manfaat
kepada pembaca dan semoga Allah meredhai kita semua.

Selawat dan Salam kepada junjungan kita Nabi Muhammad SAW serta keluarga dan
para sahabatnya. Walhamdulillahi Rabbil ‘Alamin.

3
BAB 1: PENULISAN AL-QURAN

SURAH AL-IMRAN ( 93-112)

4
5
BAB 2: TAJWID AL-QURAN

1) Hukum Idgham Mislain (‫مثلين‬ ‫)إدغام‬


-Contoh Surah Al-Imran:154

-Ayat di atas menunjukkan hukum Idgham Mislain. Dari segi bahasa ianya
bermaksud memasukkan sesuatu kepada sesuatu. Hukum ini terjadi apabila mim mati
bertemu dengan huruf mim. Selain itu, terdapat juga beberapa nama lain bagi hukum
ini iaitu Idgham Syafawi dan Idgham Mimi.Ia dinamakan Mislain (dua jenis huruf
yang sama) kerana ia terbentuk dari dua huruf yang sama makhraj dan sifatnya. Cara
bacaannya ialah dengung dan panjang sebanyak dua harakat serta suarakan mim yang
ditasydidkan depan secara samar.1

2) Hukum Ikhfak Hakiki (‫حقيقي‬ ‫)إخفاء‬


-Contoh Surah Al-Imran:

- Ayat di atas menunjukkan hukum Ikhfak Hakiki. Nun mati atau tanwin ini adalah
nun yang tidak berbaris dalam tulisan tetapi dibunyikan dalam bacaan. Begitu juga
dengan tanwin selari atau tidak selari kedua-duanya berasal dari nun tambahan yang
telah dihilangkan pada tulisan tetapi dikekalkan dalam bacaan. Hukum ikhfak hakiki
ini berlaku apabila ada Nun disukun ( ‫ ) ْن‬dan juga tanwin ( ‫ ـٌـــ‬,‫ ـٍـــ‬,‫) ـًـــ‬, baik itu fathah
tanwin, kasrah tanwin dan juga dhomah tanwin kemudian bertemu dengan salah satu
huruf ikhfak iaitu ‫ك‬،‫ق‬،‫ف‬،‫ظ‬،‫ط‬،‫ض‬،‫ص‬،‫ش‬،‫س‬،‫ز‬،‫ذ‬،‫د‬،‫ج‬،‫ث‬،‫ ت‬iaitu sebanyak 15 huruf
kesemuanya. Ayat di atas menunjukkan tanwin bertemu dengan huruf ‫ف‬. Cara
bacaannya ialah dengung sebanyak dua harakat.2
1
Rodzi, Blog Pusat Qiraati Tatih, Tajwid, (Akses pada 20 Mac 2021) , Kutipan daripada
http://qiraatitatih.blogspot.com/2008/07/idgham-mislain.html?m=1
2
Kastolani, Blog iNewsJatengiD , 11 Hukum Bacaan Tajwid dalam Alquran (Akses pada 20 Mac 2021) ,
kutipan daripada https://jateng.inews.id/berita/hukum-bacaan-tajwid/3

6
3) Hukum Mad Jaiz Munfasil (‫منفصل‬ ‫)مد جائز‬
-Contoh Surah Al-Imran:135

-Ayat di atas menunjukkan hukum Mad Jaiz Munfasil. Perkataan Munfasil dari segi
bahasa bermaksud tercerai atau terpisah iaitu tercerai dalam dua perkataan. Dari segi
istilah pula Mad Munfasil bermaksud huruf mad bertemu dengan hamzah pada dua
perkataan yang berlainan Hukum ini terjadi apabila mad asli/mad tabi’e bertemu
dengan huruf hamzah dalam dua kalimah. Mad Munfasil boleh dikenal dengan
melihat huruf mad yang diikuti dengan hamzah selepasnya dan mempunyai tanda
panjang di atasnya. Kadar panjang bacaan Mad Munfasil adalah 4 atau 5 harakat. Mad
ini hanya berlaku pada menyambung bacaan (wasal) sahaja, kerana jika diberhentikan
bacaan (waqaf) pada huruf mad itu maka ia kembali pada asalnya, iaitu mad Asli yang
dibaca dua harakat sahaja.3

4) Hukum Idgham Ma’al Ghunnah (‫الغنة‬ ‫)إدغام مع‬


-Contoh Surah Al-Imran:144

-Ayat di atas menunjukkan hukum Idgham Ma’al Ghunnah. Idgham secara bahasa
bermaksud memasukkan. Hukum ini terjadi adalah apabila nun mati bertemu dengan
4 huruf ini iaitu ‫ن‬،‫م‬،‫و‬،‫ي‬. Dalam ayat di atas menunjukkan nun mati bertemu dengan
huruf ‫ي‬. Dalam hukum nun mati, idgham bermaksud memasukkan nun mati atau
tanwin. Cara bacaannnya ialah memasukkan nun mati atau tanwin di samping dibaca
dengan dengung.4

5) Hukum Mad A’ridh Lis sukun ( ‫للسكون‬ ‫)مد عارض‬


3
Humaira, Nurhalili(2021)Nota Lengkap Mudahnya Belajar Ilmu Tajwid, cet 1, hlm 35
4
Rodzi, Blog Pusat Qiraati Tatih, Tajwid, (Akses pada 20 Mac 2021) , Kutipan daripada
http://qiraatitatih.blogspot.com/2008/07/idgham-mislain.html?m=1

7
-Contoh Surah Al-Imran:200

-Ayat di atas menunjukkan hukum Mad A’ridh Lis sukun.Mad A’rid Lis sukun
adalah Mad Asli yang diiukuti oleh huruf yang dimatikan kerana waqaf. Iaitu mad
yang bertemu dengan huruf Lin Sukun Aridh (Sukun yang mendatang) kerana ingin
menghentikan bacaan.. Hukum ini terjadi apabila di akhir ayat (waqof) dan sebelum
huruf yang dimatikan itu terdapat mad asli. Cara bacaannya ialah panjang sebanyak
2,4 dan 6 harakat.5

KESIMPULAN

Hikmah mempelajari ilmu tajwid kepada saya ialah ianya dapat memelihara daripada
kesalahan-kesalahan dalam membaca Al-Quran. Hal ini kerana membaca Al-Quran
dengan tajwid yang betul itu adalah wajib, maka kesalahan dalam membacanya
adalah berdosa.

5
Humaira,Nurhalili(2021), Nota Lengkap Mudahnya Belajar Ilmu Tajwid,cet 1, hlm 39

8
Kesalahan-kesalahan yang dinyatakan adalah seperti mengubah makna perkataan,
kecacatan pada sebutan makhraj, meninggalkan kadar panjang pendek, dengung dan
sebagainya.

Selain itu, dengan mempelajari ilmu tajwid saya lebih yakin dalam membaca Al-
Quran dengan betul iaitu tidak akan ragu-ragu walaupun berjumpa dengan apa bentuk
ayat dan hukum bacaan sekalipun.

Akhir sekali, saya akan bersungguh-sungguh dalam mengulang dan memperingati


kesemua hukum tajwid yang pernah dipelajari dan lebih memperbaiki bacaan saya
tidak kira sama ada dalam bacaan (qiraah) ataupun hafazan seterusnya saya akan
menyampaikan ilmu tajwid ini pada orang ramai di masa hadapan In shaa Allah. Hal
ini kerana, Rasulullah S.A.W bersabda “Sebaik baik kamu adalah orang yang belajar
Al-Quran dan mengajarkannya”.

RUJUKAN

1) Kastolani, Blog iNewsJatengiD , 11 Hukum Bacaan Tajwid dalam Alquran,


kutipan daripada https://jateng.inews.id/berita/hukum-bacaan-tajwid/3, Akses pada 20
Mac 2021.

9
2) Rodzi, Blog Pusat Qiraati Tatih, Tajwid, Kutipan daripada
http://qiraatitatih.blogspot.com/2008/07/idgham-mislain.html?m=1, Akses pada 20
Mac 2021.

3) Humaira,Nurhalili(2021)Nota Lengkap Mudahnya Belajar Ilmu Tajwid, cet 1.

10

Anda mungkin juga menyukai