Anda di halaman 1dari 14

CTU101

PRINSIP-PRINSIP ASAS ISLAM

NAMA PENSYARAH: MUHAMMAD AZRIL BIN ALIMI

“MEDIA DALAM PENYEBARAN DAKWAH”

NAMA AHLI KUMPULAN:

NAMA NO. PELAJAR


Noor Syafiqah Binti Salahudin 2019400914
Nur Aqidah Binti Salim 2019222402
Nur Azlin Zurita Binti Abdullah 2019275614
Fatin Aeina Shamiera Binti Mohamed Salim 2019400224
Siti Nursakinah Binti Hassim 2019236648

KUMPULAN: JBA1141F

SESI: SEPT - JAN 2019/2020

PENGENALAN FAKTA + KESIMPULAN RUJUKAN ETIKA


HURAIAN
ISI KANDUNGAN KERTAS KERJA

Perkara Muka Surat

1. Pendahuluan 1-2

2. Cabaran Menyebarkan Dakwah Melalui Media 3-4

3. Langkah Untuk Mengatasi Cabaran Dalam Menyebarkan Dakwah 5


Melalui Media

3. Cara Penyebaran Dakwah Melalui Media 6-8

4. Kelebihan Media Dalam Penyebaran Dakwah 9 - 10

5. Kesimpulan 11

6. Bibliografi 12
PENGENALAN

Dakwah bukan suatu perkara yang baru dalam peradaban Islam. Wasilah dakwah dalam
Islam tidak hanya tertumpu kepada suatu cara yang khusus sahaja. Dalam melaksanakan
tuntutan di medan dakwah, pendakwah harus menggunakan segala metod yang ada
mengikut kesesuaian yang zaman. Gelombang modenisasi pada masa kini, memperlihatkan
bahawa media merupakan salah satu sumber ilmu yang sangat rapat dengan manusia.
Malah dengan adanya media pada hari ini, masyarakat mampu memperoleh maklumat dan
berbincang di alam maya walaupun dalam jarak yang sangat jauh. Media merupakan satu
saluran yang membawa kepada perjalanan maklumat daripada satu sumber kepada satu
sumber yang lain. Kejayaan Islam masa lalu yang bermula daripada agama berasaskan ilmu
dan nilai nilai luhur hingga mencapai satu tahap ketamadunan dimensi sejarah yang begitu
gemilang. Berdakwah menerusi media telah wujud sejak dari zaman Rasulullah SAW namun
melalui wasilah yang berbeza berbanding pada masa kini. Kajian ini membincangkan
mengenai konsep berdakwah melalui media, syarat-syarat dakwah melalui media dan juga
peranan yang harus dimainkan oleh media dalam Islam.

1
PENDAHULUAN

Dakwah merupakan ajakan atau seruan ke arah penerimaan, penghayatan ajaran dan
nilai-nilai Islam. Aspirasi ini dapat direalisasikan melalui pengurusan dan perancangan yang
sistematik sesuai dengan saranan Al-Quran supaya dakwah disampaikan dan disebarkan
secara hikmah dan teratur. Sebagaimana firman Allah SWT dalam Surah al-Nahl 16:125
yang bermaksud:
Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmat kebijaksanaan dan
nasihat pengajaran yang baik dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu)
dengan cara yang lebih baik. Sesungguhnya Tuhanmu Dialah jua yang lebih mengetahui
akan orang yang sesat dari jalannya, dan Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang-
orang yang mendapat hidayah petunjuk.
Ayat ini menuntut pendakwah untuk menyeru manusia ke arah kebaikan dengan
pendekatan hikmah iaitu bijaksana. Hikmah di sini membawa maksud hikmah dari sudut
pendekatan dakwah, isi kandungan dan mendotologi yang bersesuaia. Menurut Ruzain
(2011) kaedah pendakwah yang dituntut juga haruslah mengikut keperluan zaman dan
sesuai dengan kemampuan masyarakat. Hikmah mungkin boleh difahami sebagai
kepelbagaian dalam menggunakan wasilah yang paling sesuai bagi mencapai sesuatu
tujuan. Oleh itu, media sebagai alat komunikasi dan sebaran masa kini sangat menepati ciri
ciri hikmah yang dinyatakan.

2
CABARAN DALAM MENYEBARKAN DAKWAH MELALUI MEDIA

Dalam menelusuri era yang semakin berkembang maju ini, kita sebagai rakyat Malaysia
seharusnya berbangga dengan negara kita kerana telah berjaya menyatukan pelbagai
bangsa dan agama. Namun kita sebagai umat Islam haruslah mengambil beberapa langkah
untuk memastikan sahabat- sahabat kita yang bukan Muslim mempunyai pengetahuan dan
pemahaman yang jelas tentang Islam. Di Malaysia, masih terdapat pelbagai cabaran yang
perlu dititikberatkan dalam menyebarkan dakwah melalui media. Antaranya ;

1. Kesahihan maklumat

Kesahihan maklumat adalah penting bagi memastikan tidak berlaku sebarang


penyelewengan dan kepalsuan fakta. Kini, terdapat sesetengah pihak yang sentiasa
mencari jalan untuk menyeleweng dan menyesatkan orang lain. Oleh itu, kita sebagai umat
Islam haruslah merujuk sumber asal bagi mengelakkan sebarang kekeliruan dan
mengesahkan maklumat yang diambil dari media. Terdapat segelintir manusia yang sangat
mudah mempercayai bahan yang diperoleh dari Internet. Mereka yang membuat rujukan
semata- mata dari Internet tanpa pengesahan daripada pihak yang bertanggungjawab
seperti Jabatan Kemajuan Islam Malaysia ( JAKIM ) akan menimbulkan masalah tentang
kesahihan fakta sesuatu maklumat. Kesannya, banyak maklumat yang salah berkaitan
agama Islam akan tersebar dengan meluas dan yang lebih teruk lagi munculnya ramai
golongan yang sesat. Oleh itu, jelaslah bahawa kesahihan maklumat berkaitan dakwah
islamiyah haruslah dititikberatkan untuk memastikan umat Islam berada di landasan yang
betul.

2. Sukar menarik perhatian pengguna media sosial

Orang ramai lebih suka melayari laman web yang tidak memberi sebarang faedah mahupun
maklumat. Mereka tidak berminat untuk melayari laman web yang berunsurkan Islam kerana
menganggap perkara sebegini adalah sesuatu yang bosan. Kesannya, orang ramai kurang
mengetahui, memahami serta mendalami ilmu agama dan seterusnya menyebabkan
penyebaran dakwah terbantut. Dengan ini, jelaslah bahawa perhatian orang ramai tidak kira
tua atau muda merupakan aspek yang penting dalam penyebaran dakwah agar Islam
tersebar dengan meluas ke seluruh pelusuk dunia.

3
3. Sukar difahami

Hal ini demikian kerana kebanyakan media hanya menggunakan bahasa Melayu dan
bahasa Arab sahaja dalam penyebaran dakwah. Kebanyakan pendakwah yang
bertanggungjawab untuk menyebarkan dakwah islamiyah hanya menyampaikan dakwah
menggunakan bahasa mereka sendiri dan bahasa kedua mereka. Hal ini menyebabkan
golongan bukan Muslim sukar memahami dakwah yang disampaikan tanpa penterjemahan.
Natijahnya, pendakwah- pendakwah sukar untuk menarik minat golongan bukan Muslim
untuk mendekati Islam.

4
LANGKAH UNTUK MENGATASI CABARAN DALAM MENYEBARKAN DAKWAH
MELALUI MEDIA

1. Membuat perbandingan dan menyelidik sumber terlebih dahulu

Hal ini adalah untuk memastikan maklumat yang disampaikan kepada orang ramai adalah
betul dan tepat. Kita seharusnya menyelidik terlebih dahulu tentang sesuatu maklumat agar
maklumat tersebut boleh dipercayai oleh orang lain dengan adanya sumber yang diakui. Hal
ini demikian kerana terdapat banyak maklumat yang salah berkaitan agama dan
menyebabkan wujudnya ramai golongan yang sesat. Oleh yang demikian, sumber yang
tepat akan lebih meyakinkan orang ramai tidak kira golongan Muslim mahupun bukan
Muslim untuk mempercayai sesuatu dakwah yang disebarkan.

2. Menyampaikan dakwah dengan cara yang kreatif

Menyampaikan dakwah dengan cara yang kreatif menyebabkan orang ramai akan mudah
tertarik dengan dakwah yang disampaikan dan sekali gus dapat menyebarkan ajaran Islam
dengan berkesan. Para pendakwah haruslah menyampaikan dakwah mereka dengan cara
yang tersendiri dan unik supaya dapat menarik minat dan perhatian semua golongan lapisan
umur. Hal ini adalah untuk memastikan orang ramai tidak cepat berasa bosan dengan
dakwah yang disampaikan.

3. Menyediakan platform pertanyaan secara maya

Penyediaan platform pertanyaan secara maya dapat memudahkan dan menjimatkan masa
orang ramai. Hal ini dikatakan demikian kerana jika seseorang itu mempunyai sebarang
persoalan yang berkaitan dengan ilmu agama, mereka boleh terus mendapatkan jawapan
dengan cepat dan mudah. Kini, terdapat pelbagai laman web yang memberikan info- info
berkaitan agama Islam dan memberi peluang kepada orang ramai untuk bertanyakan
tentang perkara yang tidak difahami secara maya.

5
CARA PENYEBARAN DAKWAH MELALUI MEDIA
Dalam era globalisasi ini, penyebaran dakwah dalam kalangan masyarakat di seantero
dunia semakin berkembang dengan pesat. Hal ini dikatakan demikian kerana pada zaman
millenia ini dakwah telah di sebarkan dengan pelbagai metode atau cara yang seiring
dengan perkembangan semasa. Jika kita imbas kembali, pada zaman dahulu sebelum
wujudnya teknologi-teknologi canggih, para pendakwah menyebarkan dakwahnya dengan
cara merantau atau menggembara menaiki kapal-kapal dagangan ke negara-negara lain.
Kita dapati bahawa cara ini kurang bersesuaian jika di gunakan pada zaman sekarang
kerana ia memakan masa yang panjang dan juga terhad atau terbatas untuk didengari oleh
semua masyarakat . Dalam arus mengejar kemajuan ini, para pendakwah telah
menggunakan pelbagai alternatif dan kreativiti yang ada seperti menggunakan platform
media sebagai jalan efisyen untuk menyebarkan dakwah. Media merupakan metode yang
seringkali digunakan oleh para pendakwah pada masa kini kerana ia terbahagi kepada
beberapa kategori iaitu media cetak, media elektronik atau media massa, dan media sosial.
Persoalanya, bagaimanakah media-media ini berfungsi dalam usaha menyebarkan dakwah?
1. Media Cetak

Media cetak merupakan salah satu kaedah yang berkesan untuk menyebarkan dakwah.
Hal ini dikatakan demikian kerana, dakwah bukan sahaja boleh di sampaikan melalui lisan
malah ia juga boleh di sampaikan melalui tulisan. Perkara ini dapat di buktikan melalui
dakwah bertulis yang dilakukan oleh Nabi Muhammad S.A.W iaitu baginda telah
mengutuskan surat kepada para pembesar kerajaan untuk memeluk islam. Berikut adalah
salahsatu contoh teks surat Nabi Muhammad S.A.W kepada Heraclius iaitu Raja Romawi :
Surat Nabi untuk Heraclius

Bismillahirrahmanirrahim
Dari Muhammad Utusan Allah
Kepada Heraclius pemimpin Romawi

Salam sejahtera semoga dilimpahkan kepada orang yang mengikuti


petunjuk Allah.Maka sesungguhnya, saya mengajak Anda dengan ajakan Islam.
Masuklah anda dalam agama Islam, maka anda akan selamat, dan Allah akan
memberikan pahala dua kali lipat. Apabila Anda menolak, maka Anda akan menanggung
dosa para petani.

Hai ahli kitab, marilah pada satu kalimat [ketetapan] yang tidak ada
perbedaan antara kami dan kamu, bahwa tidak kita sembah kecuali Allah dan
tidak persekutuan Dia dengan sesuatu apa pun dan tidak [pula] sebagian kita
menjadikan bagian yang lain sebagai Tuhan selain Allah, saksikan bahwa kami
adalah orang-orang yang menyerahkan diri [kepada Allah] (Ilaihi, 2010: 195-197).1

Ini menunjukkan bahawa tulisan merupakan salahsatu cara untuk menyampaikan dakwah.

1
Ahmad zaini, June-Disember 2014. Dakwah Melalui Media Cetak, AT-TABSHIR Journal Komunikasi
Penyiaran Islam, Volume 2, Number 2
Media cetakkan merupakan suatu proses memindahkan maklumat yang diperolehi
melalui manusia mahupun idea sendiri dalam bentuk tulisan, lalu dibukukan untuk dibaca
oleh para pembaca. Ia boleh dibahagikan kepada dua kategori iaitu formal dan tidak formal.
Formal merupakan bahan cetakan atau bacaan yang mempunyai isi kandungan yang lebih
tepat dan selalu di gunakan sebagai bahan rujukan seperti buku dan journal. Manakalah
tidak formal pula merupakan bahan bacaan ringan yang mudah difahami seperti majalah
dan risalah. Selain itu, media cetakan menyajikan pelbaga jenis pesanan, cerita, serta
potongan-pontangan ayat Al-Quran dan hadis di dalamnya mengikut kategori buku. Para
pendakwah kerap menggunakan metode ini kerana ia tidak mempunyai had iaitu dapat
memberi penerangan dengan lebih mendalam dan tepat tanpa mengira berapa panjangnya
patah perkataan. Hal ini membolehkan para pembaca lebih memahami isi yang dibaca
kerana mempunyai huraian yang lengkap dan tepat. Terdapat juga para pendakwah yang
menggunakan kreativitinya dengan mengaplikasikan dakwah dalam bentuk gambaran atau
lebih dikenali sebagai komik seperti ana muslim. Ini merupakan inisiatif yang berkesan untuk
menarik lebih ramai kanak-kanak serta anak-anak muda ke arah keagamaan. Cara ini juga
membolehkan seseorang itu membaca pada bila-bila masa dan di mana jua. Ini
menunjukkan bahawa media cetakan memberikan sumbang didalam penyebaran dakwah.

2. Media Elektronik

Media elektronik merupakan metode atau kaedah yang telah digunakan oleh
pendakwah negara kita sebelum merdeka lagi untuk menyebarkan ajaran islam dalam
kalangan masyarakat. Hal ini kerana pada zaman penjajahan dahulu telah berlakunya
penyebaran ideologi asing terutamanya dari barat yang menggugat keselisaan penduduk
ditanah melayu kerana ideologi tersebut mampu mempengaruhi dan meresapi pemikiran
masyarakat dalam pelbagai cara. Oleh itu, kaum melayu telah membuat gesaan kepada
pemimpin negara untuk memperbanyakkan rancangan-rancangan atau saluran yang
berteraskan islam di kaca televisyen serta di radio untuk memperkukuhkan lagi keimanan
asas keagamaan mereka. Hal ini kerana media elektronik merupakan antara peranti yang
mampu mendorong serta mempengaruhi masyarakat di seluruh dunia ke arah kebaikkan
serta dapat membawa kepada keburukan jika di salah tafsir. Jadi sedikit sebanyak dakwah
melalui media elektronik di ubahsuai mengikut zaman dan menepati citarasa masyarakat.
Pada zaman millenia ini, dakwah melalui media elektronik iaitu televisyen telah di
tambahbaik dengan mewujudkan drama-drama yang berunsurkan islamik untuk menarik
minat masyarakat. Selain itu, rancangan televisyen juga telah mewujudkan program
pencarian dakwah iaitu da'i sebagai pelapis pendakwah. Dalam arus pemodenan ini,
racanganan-rancangan di kaca televisyen dapat direkod secara automatik sekiranya
penonton tidak mempunyai masa untuk menontonnya atau berhasrat ingin menonton
berulang kali. Seterusnya, radio merupakan media elektronik yang seringkali digunakan
untuk menyampaikan dakwah. Radio selalu digunakan di area-area luar bandar ataupun
pendalaman kerana kebanyakkan masyarakat disana hidup dalam keadaan susah. Jadi
radio merupakan salahsatu alternatif bagi mereka untuk mendengar tentang isu-isu semasa
berserta hal-hal berkaitan agama. Hal ini kerana kekurangan barangan elektronik seperti
televisyen membuatkan mereka lebih bergantung kepada radio untuk mempelajari ilmu
berkaitan islam. Radio mempunyai slot islamik yang disiarkan pada masa yang di tetapkan
seperti waktu pagi dan sebelum maghrib untuk memudahkan para pendengar. Tegasnya
disini bahawa media elektronik merupakan cara yang berkesan dalam menyebarkan dakwah
dari dahulu lagi.

7
3. Media Sosial

Media sosial merupakan suatu tranformasi yang besar dalam dunia dakwah. Hal ini
dikatakan demikian kerana para pendakwah menggunakan medium ini sebagai salahsatu
jalan pintas yang pantas dan mudah untuk menyampaikan dakwah tanpa perlu bersemuka.
Hal ini kerana masyarakat di seantero dunia pada hari ini lebih gemar melayari media-
media sosial seperti facebook,blog,whatsapp dan sebagainya untuk dijadikan tempat
mencari maklumat dan alat komunikasi jarak jauh. Ini membuatkan para pendakwah
mengambil peluang yang ada untuk menyebarkan dakwah menerusi media sosial
bersesuaian dengan zaman teknologi ini supaya dakwah tidak hilang ditelan zaman.
Alhamdulillah setakat ini, penerimaan dakwah melalui alam maya ini mendapat sambutan
serta diterima baik oleh masyarakat. Medium ini juga menjadikan penyampaian dakwah
lebih bersifat santai dan menarik dengan adanya video-video dakwah berbentuk kartun yang
sesuai untuk di tonton oleh kanak-kanak. Selain itu, media sosial ini juga menyediakan
ruang untuk bersoal jawab yang memudahkan para pengguna bertanya tentang
kekurangpastian mereka tentang sesuatu perkara kepada para pendakwah. Sebagai
contohnya, aplikasi instagram menyediakan 'live' atau lebih dikenali sebagai siaran langsung
yang membolehkan para pengikut di instagram untuk bertanya apa-apa soalan kepada
orang yang di ikuti oleh mereka. Seterusnya, para pendakwah boleh membentuk kumpulan
di whatsapp mahupun telegram untuk berkongsi tentang nasihat-nasihat, hadis ataupun ayat
Al-Quran kepada ahli kumpulan tersebut. Di samping itu, dakwah juga boleh di sampaikan
melalui gambar-gambar grafik yang dipenuhi dengan hadis-hadis atau ayat-ayat nasihat lalu
di hantar di facebook mahupun rakan secara maya. Tuntasnya, dakwah dapat di smapaikan
dalam pelbagai cara menerusi media sosial.

Semua ini merupakan antara metode dalam menyebarkan dakwah melalui media.
Terdapat juga cara-cara lain dalam menyampai dakwah mengikut situasi dan tempat. Setiap
dakwah yang dilakukan hendak berteraskan Al-Quran dan sunnah serta mempamerkan
ahklak-akhlak mulia serta kata-kata yang lemah lembut seperti yang di gunakan oleh Nabi
Muhammad S.A.W untuk menarik perhatin masyarakat terhadap islam. Akhir sekali,
Rasulullah S.A.W bersabda : 'sampaikan lah dari ku walaupun sepotong ayat'. 2

2
Umar Mukhtar Mohd Noor, 5 Mei 2016. Artikel Al Kafi: Tidak Menyampaikan Ilmu Kerana Gagap,
Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan.
KELEBIHAN MEDIA DALAM PENYEBARAN DAKWAH

Dakwah merupakan salahsatu cara untuk menyebarkan ajaran islam kepada semua
masyarakat di seluruh pelosok negara. Kaedah ini telah diguna pakai dari zaman Rasulullah
S.A.W lagi bagi menarik lebih ramai orang bukan islam untuk memeluk islam disebabkan
keindahannya. Dalam dunia pemodenan ini, pelbagai metode dakwah telah diperkenalkan
terutamanya dakwah melalui media. Media dijadikan salahsatu platform baru untuk
menyampaikan dakwah kerana ia mendatangkan banyak kelebihan kepada para
pendakwah serta pendengarnya. Persoalannya, apakah kelebihan media dalam penyebaran
dakwah?

1.Tiada Had Sempadan

Apakah yang di maksudkan dengan tiada had sempadan? Ini bermaksud dakwah dapat
disampaikan melalui media sosial seperti facebook dan instagram keseluruh dunia tanpa
ada halangan mahupun sekatan. Para pendakwah dapat berkongsi bahan-bahan ilmiah di
media sosial pada bila-bila masa. Ia dapat dibaca oleh seluruh masyarakat pada bila masa-
masa dan dimana jua.Pengguna di media sosial dapat berkongsi dakwah-dakwah yang
diperolehi kepada pengguna lain sama ada didalam negara mahupun luar negara.
Seterusnya, masyarakat juga boleh membeli buku-buku ilmiah yang diterbit daripada
penerbit dalam dan luar negara di kedai-kedai buku. Ini bermaksud masyarakat di dalam
negara dapat menimba ilmu bukan sahaja menerusi buku-buku tempatan malahan buku-
buku dari luar negara juga.

2. Menjimatkan Kos

Hal ini dikatakan demikian kerana dengan adanya media sosial, elektronik serta cetak
masyarakat tidak perlu lagi bersusah payah pergi ke majlis-majlis ilmu yang jaraknya jauh
berkilometer. Ini kerana masyarakat boleh menonton ceramah ilmu di kaca televisyen serta
mendengarnya di radio pada bila-bila masa. Selain itu, mereka juga boleh mengikuti para
pendakwa di laman sosial untuk mendapat informasi-informasi berkaitan islam.

3. Menghasilkan Komunikasi Berkesan

Hal ini dikata demikian kerana para pengguna media social bebas melontarkan pendapat
atau kekurangpastian mereka di ruangan komen. Selain itu, mereka juga dapat mengacukan
soalan kepada para pendakwah menerusi aplikasi Instagram yang menyediakan ruangan
soal jawab. Dengan ini, masyarakat dapat berkomunikasi dengan para pendakwah untuk
meredakan kekeliruan mereka.

9
4. Meningkatkan Kualiti Dakwah

Hal ini dikata demikian kerana dakwah pada masa kini di sampaikan menerusi pelbagai cara
dan kaedah yang di naik tarafkan. Ini kerana dakwah yang berkualiti dapat menarik lebih
ramai masyarakat bukan islam terhadap keindahanya. Sebagai contoh, media cetak
menghasilkan buku- buku yang dipenuhi dengan isi-isi dan huraian yang lengkap dan tepat
sebagai sumber rujukan. Tambahan pula, buku- buku berkaitan islamik yang ingin
dikeluarkan akan diperiksa oleh JAKIM terlebih dahulu sebelum dikeluarkan. Ini menjadikan
masyarakat lebih yakin untuk membeli buku- buku tersebut kerana isinya dipercayai.

Ini semua merupakan antara kelebihan yang diperolehi jika mengguna media sebagai
platform untuk berdakwah.

10
KESIMPULAN
Kesimpulannya, sebagai seorang muslim yang bertauliah, kita semua tahu bahawa kita
wajib menyampaikan dakwah walaupun sedikit dengan apa jua cara.
Seperti sabda Nabi SAW:
‫َب ِّلُغ وا َع ِّن ي َو َلْو آَي ًة‬

Maksudnya: Sampaikan kepadaku walaupun sepotong ayat


(Hadis riwayat Bukhari, No. 3461)3
Kita bebas untuk menyampaikan dakwah melalui pelbagai cara seperti melalui media
sosial, media massa ataupun melalui cetakan. Namun, dakwah yang disampaikan haruslah
sahih. Lebih-lebih lagi apabila berdakwah melalui media sosial. Pada era milenia ini, kita
harus berhati-hati dalam berkongsi info dakwah. Hal ini kerana, kebanyakan info dakwah
yang disebarkan adalah berasal daripada insan-insan yang tidak bertanggungjawab yang
berniat ingin menyongsangkan pegangan agama seorang muslim.
Saya mencadangkan agar kita lebih berhati-hati dengan info yang kita dapati daripada
media sosial seperti dakwah berantai. Kita perlulah menyelidiki kesahihan info tersebut
seperti mencari di dalam buku-buku dakwah terbitan Majlis Agama Islam ataupun mencari di
laman sesawang Mufti Wilayah Persekutuan. Selain itu, kita juga boleh mencari hadis-hadis
sahih di dalam kumpulan hadis yang telah ditulis oleh perawi hadis yang benar.
Untuk mendapatkan lebih kepastian, kita juga boleh menonton rancangan-rancangan
tarbiah yang disiarkan dikaca televisyen seperti siaran TVAlhijrah dan Oasis. Buku-buku
tarbiah juga telah banyak dicetak oleh penyampai dakwah yang terkenal seperti Ustaz Ebit
Lew, Dato’ Dr. Fadzilah Kamsah dan Ustaz Azhar Idrus.
Oleh itu, sebagai seorang umat islam, kita haruslah menyampaikan dakwah daripada
sumber yang benar supaya kita bersama-sama mendapat kebaikan di samping orang
memanfaatkan dakwah yang telah kita sampaikan.

11
PENULISAN BIBLIOGRAFI
3
. Mohammad Izzhar Faizzy Osman, 7 Januari 2019. Artikel Al Kafi Li Al-Fatawi, Pejabat
Mufti Wilayah Persekutuan,
1. Ahmad zaini, June-Disember 2014. Dakwah Melalui Media Cetak, AT-TABSHIR Journal
Komunikasi Penyiaran Islam, Volume 2, Number 2

2. Zulkiple Bin Abd Ghani, 2004. Penyebaran Dakwah Melalui Media Penyiaran Di Malaysia,
Journal Penyelidikan Islam, 17:147-169

3. Najidah Zakariya Abu, Media Sebagai Wasilah Dakwah, Universiti Kebangsaan Malaysia,
1:35-94

4. Mohammad Izzhar Faizzy Osman, 7 Januari 2019. Artikel Al Kafi Li Al-Fatawi, Pejabat
Mufti Wilayah Persekutuan,

5. Umar Mukhtar Mohd Noor, 5 Mei 2016. Artikel Al Kafi: Tidak Menyampaikan Ilmu Kerana
Gagap, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan.

12

Anda mungkin juga menyukai