Anda di halaman 1dari 12

DAKWAH MEDIA SOSIAL BERDASARKAN AL-QURAN DAN ALSUNNAH

Rosni binti Wazir


Amani binti Zubir
Akademi Islam
Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS)
rosni@kuis.edu.my
Abstrak
Penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi dalam dakwah adalah sangat penting
untuk dimanfaatkan sebaik dan sebijak mungkin. Kewujudan media sosial seperti
facebook, twitter, whatsapp, telegram, instagram dan lain-lain menjadi wasilah kepada
para daie pada hari ini untuk berkomunikasi dengan gologan sasaran mereka dengan
lebih rapat dan mesra. Kombinasi antara elemen dakwah dan teknologi mewujudkan satu
fenomena yang mampu mencetuskan natijah untuk pembangunan jiwa ummah. Namun
begitu, bukan semua dai mampu mengunakan medium ini dengan sebaiknya kerana
masalah seperti penyebaran hadis palsu atau maklumat yang tidak tepat seringkali
berlaku di sana sini. Ia adalah amat merugikan kerana dakwah media sosial ini mampu
menjadi pelengkap kepada dakwah media tradisional dalam menyampaikan mesej Islam
yang sebenarnya. Oleh itu, penulisan ini akan melihat isu ini dari perspektif al-Quran
dan al-Sunnah. Ayat-ayat yang berkaitan serta hadis-hadis baginda Rasul s.a.w akan
dianalisis untuk membentuk satu peraturan, strategi, pendekatan yang terbaik dalam
membantu dai berdepan dengan cabaran dakwah yang semakin hebat.
Kata Kunci :Dakwah, Media Sosial, al-Quran dan al-Sunnah

PENDAHULUAN
Dalam dunia era globalisasi yang semakin pesat membangun ini, penggunaan internet
menjadi semakin penting. Ia sudah menjadi suatu keperluan yang mesti ada dalam
kehidupan sehari-harian. Kini, penggunaan internet bukan saja di kalangan orang
dewasa atau yang bekerjaya, bahkan ia telah menjadi kegunaan bagi semua lapisan
masyarakat sama ada kanak-kanak, remaja, pelajar sekolah, dan ibu bapa.
Penggunaan internet adalah pelbagai dan antaranya ialah untuk pencarian maklumat,
menambahkan pengetahuan, hiburan serta untuk berbual. Penggunaan teknologi yang
semakin canggih membantu manusia dalam mendapatkan maklumat dengan kadar yang
begitu pantas. Malahan, pakar telah meramalkan salah satu daripada sepuluh
kecenderungan manusia di awal abad kedua puluh satu ialah maklumat.
Penggunaan media sosial seperti internet yang meluas melalui laman Blog, Facebook,
Twitter, Skype, Instagram dan lain-lain di samping media massa yang sedia ada seperti
akhbar, radio, televisyen merancakkan lagi penyebaran maklumat dan informasi dalam
masyarakat. Justeru itu, media massa memainkan peranan dan tanggungjawab yang
penting serta amanah yang sangat berat dalam menyampaikan maklumat yang benar,
tepat dan berfaedah kepada masyarakat. Bukan itu sahaja, bahkan maklumat yang

disebarkan oleh media massa juga perlu mengambil kira tanggungjawab untuk
mendidik masyarakat ke arah kebaikan dan menjauhi kemungkaran. Oleh itu, persiapan
atau persediaan perlu diurus dengan sebaiknya agar dapat meyakinkan tentang topik
yang akan dibicarakan (S.Salahudin Suyurno, 2011).
Golongan remaja sekarang sudah dipengaruhi dengan media sosial dan minat remaja
terhadap ICT terutama teknologi internet dan alat komunikasi mendorong mereka
menghabiskan masa di cybercafe, internet cafe dan telefon bimbit. Program seperti
chatting, permainan video, sms, mms, 3G dan berbagai aktiviti melaluinya membawa
kesan dan cabaran tersendiri. Kegilaan anak remaja ini memberi cabaran kepada
ibubapa mereka. Ramai pelajar yang ponteng sekolah, menyalahgunakan wang saku,
meminjam wang rakan bahkan ada yang sanggup menipu dan mencuri. Setiap ibubapa
adalah pemimpin kepada anak-anak mereka. Kawalan dan penjagaan yang berterusan
perlu bagi menjamin anak-anak tidak terlibat dalam kancah gejala sosial. Hal ini
menyebabkan kerajaan terpaksa bertindak mengawal aktiviti kunjungan remaja ke
pusat-pusat internet. (Prof. Madya Dr Syed Muhammad Dawilah al-Idrus, 2009).
Sebahagian besar pengguna media sosial di dunia ialah golongan generasi muda yang
dilahirkan pada tahun akhir 80-an atau awal 90-an. Nielsen (2011) melaporkan bahawa
pengguna wanita dan yang berusia 18-34 tahun adalah yang paling aktif dalam media
sosial. Mereka berminat dan lebih tertarik dengan segala sesuatu yang berkaitan dengan
Internet dan aplikasinya. Mereka sangat aktif dan cenderung untuk melibatkan diri
dengan laman rangkaian sosial seperti Facebook, Twitter, Google ataupun YouTube.
Melihat kepada pengaruh yang luar biasa internet terhadap masyarakat kini,
menampakkan secara jelas keperluan kepada para dai untuk menggunakan saluran ini
dengan sebaiknya. Islam tidak pernah mengenepikan kemajuan, terutama melibatkan
kecanggihan teknologi maklumat yang ada, tetapi ia perlu berjalan selari dengan
kehendak Islam.

DAKWAH DALAM ISLAM

Perkataan dakwah berasal daripada bahasa Arab yang mempunyai beberapa pengertian
seperti meminta tolong, beribadat, memandu, mengajak, menjemput, memanggil,
menyeru dan undangan. Definisi dakwah juga dapat ditinjau dari dua segi, iaitu segi
bahasa dan dari segi istilah. Dari segi bahasa perkataan dakwah berasal dari bahasa
Arab - yang memberi erti meminta tolong, beribadat,
menjemput, memanggil, menyeru dan melaung (Dr. Abdul Karim Zaidan 2002).
Definisi dakwah secara umum ialah suatu ilmu pengetahuan yang berisi cara-cara dan
tuntutan, bagaimana seharusnya menarik perhatian manusia supaya menganut,
menyetujui dan melaksanakan suatu ideologi, pendapat-pendapat, pekerjaan-pekerjaan
tertentu dan lain-lain (Drs. Anwar Masyri T.t)
Sedangkan menurut istilah, dakwah itu ialah mengajak manusia dengan cara bijaksana
kepada jalan yang benar sesuai dengan perintah Ilahi, untuk kemaslahatan dan
kebahagiaan mereka di dunia dan di akhirat (Akmal Hj. Mhd. Zain 2001).

Definisi dakwah merujuk kepada pandangan Drs. H.M Arifin M. Ed (2000), pula ialah
suatu kegiatan ajakan baik dalam bentuk lisan, tulisan, tingkah laku dan sebagainya
yang dilakukan secara sedar dan berencana dalam usaha mempengaruhi orang lain, baik
secara individu mahupun secara secara kelompok agar timbul dalam dirinya suatu
pengertian, kesedaran, sikap penghayatan serta pengalaman terhadap ajaran agama
sebagai mesej yang disampaikan kepadanya tanpa dengan adanya unsur-unsur paksaan.
Berikut dikemukakan juga beberapa pandangan ulama berkenaan definisi dakwah (Ab.
Aziz Mohd. Zin 1997), antaranya ialah:
a) Sayyid Qutub menyatakan bahawa dakwah Islam ialah mengajak semua orang
untuk tunduk kepada Allah s.w.t., taat kepada Rasulullah s.a.w. dan yakin akan
hari akhirat. Sasarannya adalah mengeluarkan manusia menuju penyembahan
dan penyerahan seluruh jiwa raga kepada Allah s.w.t.
b) Syeikh Ali Makhfudh dalam kitabnya Hidayah al-Mursyidin, menyatakan
dakwah adalah mendorong manusia untuk berbuat kebajikan dan mengikut
petunjuk (agama), menyeru mereka kepada kebaikan dan mencegah mereka dari
perbuatan mungkar agar memperoleh kebahagian dunia dan akhirat. Beliau
juga menyatakan bahawa takrif dakwah ialah:



.
Maksudnya: Bahawa dakwah kepada Allah s.w.t. itu ialah untuk
menghidupkan agama-agama dan sesungguhnya tidak akan muncul
satu agama daripada agama yang lain dan tidak akan berkembang satu
mazhab daripada beberapa mazhab dan tidak akan meluas satu benua
daripada benua yang lain melainkan dengan dakwah.
c) Syeikh Muhammad Khidr Husain dalam bukunya al-Dawah ila al-Islah
menyatakan dakwah adalah keupayaan untuk memotivasikan orang agar
berbuat baik dan mengikut jalan petunjuk, dan melakukan amar maruf nahi
mungkar dengan tujuan mendapatkan kejayaan dan kebahagiaan di dunia dan di
akhirat.
d) Nasaruddin Latif mendefinisikan dakwah setiap suatu usaha aktiviti yang
dijalankan mahupun tulisan yang meyeru, mengajak, memanggil manusia
lainnya untuk beriman dan mentaati Allah s.w.t. sesuai dengan garis-garis akidah
dan syariat serta akhlak Islamiah.
Di dalam al-Quran terdapat banyak ayat yang menerangkan pengertian dakwah yang di
maksudkan itu. Antara ayat-ayat tersebut adalah sebagaimana berikut:
a) Firman Allah s.w.t:


Maksudnya: Serulah ke jalan Tuhanmu (Wahai Muhammad) Dengan


hikmat kebijaksanaan dan nasihat pengajaran Yang baik, dan berbahaslah
Dengan mereka (yang Engkau serukan itu) Dengan cara Yang lebih baik;
Sesungguhnya Tuhanmu Dia lah jua Yang lebih mengetahui akan orang
Yang sesat dari jalannya, dan Dia lah jua Yang lebih mengetahui akan
orang-orang Yang mendapat hidayah petunjuk. (Al-Nahl (16): 125)
b) Allah s.w.t. berfirman lagi di dalam surah yang lain:


Maksudnya:
Dan tidak ada Yang lebih baik perkataannya daripada orang Yang menyeru
kepada (mengesakan dan mematuhi perintah) Allah, serta ia sendiri
mengerjakan amal Yang soleh, sambil berkata: "Sesungguhnya Aku adalah
dari orang-orang Islam (yang berserah bulat-bulat kepada Allah)!"
(Fussilat (41):33)
Sebagai pendakwah, pemahaman dan penghayatan dalam definisi atau maksud
dakwah itu penting. Ini adalah kerana sebelum memulakan sesuatu pekerjaan atau
tugas, kita mesti mengetahui tujuan, sebab dan lain-lain tugas itu dilaksanakan. Ini
untuk memberikan pendakwah itu hala tuju yang jelas dalam dakwahnya.
Nabi Muhammad s.a.w adalah Nabi dan Rasul terakhir oleh sebab Islam yang dibawa
olehnya menjadi hidayah (petunjuk bagi seluruh manusia sepanjang zaman dan kepada
semua masyarakat dalam segala bentuknya). Maka syariat yang dibawanya adalah
syumul, meliputi segala aspek hidup manusia dan mengandungi prinsip-prinsip dan
ajaran-ajaran yang dapat memenuhi kehendak semua golongan dan bangsa manusia,
kepada semua jenis masyarakat dan pada semua zaman hingga ke akhir hayat dunia ini.
Hakikat ini diakui oleh Allah dalam firmanNya yang bermaksud:


Maksudnya:
Sesungguhnya Al-Quran ini memberi petunjuk ke jalan Yang amat betul
(agama Islam), dan memberikan berita Yang mengembirakan orang-orang
Yang beriman Yang mengerjakan amal-amal soleh, Bahawa mereka beroleh
pahala Yang besar. (Al-Isra (17): 9)

Oleh sebab Islam itu agama yang sesuai dengan fitrah manusia, maka metodologi untuk
mengembangkannya kepada manusia mestilah menurut metodologi fitrah. Metodologi
fitrah ini ditentukan oleh Allah s.w.t dan RasulNya s.a.w., walau di manapun medan
dakwah tersebut, alam nyata atau alam online,
DAKWAH MEDIA SOSIAL

a) Media dan Dakwah

Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka (2002), media adalah alat atau perantara
dalam komunikasi atau dalam perhubungan. Manakala sosial bermaksud segala perkara
yang berkaitan dengan masyarakat. Media sosial juga adalah saluran atau sarana
pergaulan sosial secara online di dunia maya (internet). Para pengguna (user) media
sosial berkomunikasi, berinteraksi, saling mengingati, saling berkongsi (sharing) dan
membangun jaringan (networking).
Badlihisham Mohd Nasir (2012) menyatakan bahawa Islam dan dakwah adalah satu
kebangkitan yang seiring dan menuju destinasi yang sama. Lebih jelas lagi jika
dikatakan bahawa dakwah adalah sebahagian dari Islam yang tidak boleh dipisahkan.
Media dakwah bererti saluran dakwah atau saluran sesuatu isi dakwah untuk
disampaikan kepada sasaran. Dalam bahasa Arab ia disebut wasilah al-dawah.
Berdakwah dalam Islam bukan sekadar berceramah semata-mata. Ianya meliputi aspek
bagaimana dakwah itu harus diatur, disusun menjadi suatu program yang harus
dijalankan secara sistematik (Abu Darda Mohamad, 2013). Media menjadi salah satu
wasilah yang digunakan oleh para pendakwah masa kini. Sebagaimana media banyak
membantu komunikasi dan sebaran maklumat di kalangan masyarakat, ia juga banyak
membantu gerakan dakwah dalam memperjuangkan amanah Allah di muka bumi.
Media dalam Islam juga banyak membantu pendakwah dalam memahami sasaran
dakwahnya. Etika dalam komunikasi media yang berkesan akan membuatkan sasaran
dakwah percaya kepada pendakwah dan akan menceritakan permasalahannya yang
wujud. Adalah menjadi satu kewajipan kepada para pendakwah untuk menyumbang
kepada dakwah melalui pendekatan yang sesuai dan selaras dengan tahap golongan
sasaran melalui media yang berkesan pada abad ini yang disebabkan populariti dan
peranannya sebagai senjata yang mempunyai serampang dua mata (Badlihisham, 2012).
Penggunaan media telah lama digunakan dalam Islam dan ianya telah muncul sejak
awal zaman Rasulullah s.a.w. Sebagai contoh, al-Quran mendatangkan cerita-cerita
zaman dahulu yang boleh digambarkan seolah cerita-cerita drama. Begitu juga
Rasulullah s.a.w telah menugaskan beberapa sahabat untuk berseni di pentas-pentas
syair sebagai cara menyebarkan dakwah dan juga membalas tohmahan para musyrikin
seperti mana baginda mengarahkan Hassan bin Tsabit ketika perang Bani Quraizhah, ini
kerana pentas syair boleh dianggap sebagai media utama masyarakat Arab ketika itu.
Rasulullah s.a.w bersabda:








() ..









Maksudnya: Seranglah kaum Musyrikin (dengan syairmu), kerana Jibril
bersamamu. (Hadis Riwayat al-Bukhari)
(Takhrij al-hadis: Al-Bukhari, Sahih Bukhari. Muhammad bin Ismail bin Ibrahim
bin al-Mughirah al-Bukhari. Kitab al-Maghazi, Bab Man Intazar hatta Tudfana.
No hadis: 4123. Dar Tuq al-Najat. J.5. Hlm 113)
b) Dakwah Media Sosial

Menurut Najidah Zakariya (2013), manusia diciptakan oleh Allah s.w.t dengan
kemampuan untuk berfikir. Dengan anugerah akal tersebut, manusia berusaha
menyesuaikan diri dengan persekitaran yang sentiasa berubah-ubah termasuk
penciptaan teknologi maklumat yang boleh membantu dalam aspek kehidupan. Manusia
telah menjadikan teknologi maklumat ini sebahagian dari hidup mereka.
Hakikatnya, masyarakat telah berubah, nyata sekali, pendakwah juga perlu berubah.
Sekiranya masyarakat telah menjadikan ICT dan media massa khususnya sebahagian
dari hidup mereka, maka pendakwah seharusnya turut bersama dengan realiti ini.
Peluang dakwah di alam baru ini perlu dimanfaatkan sebaiknya oleh pendakwah.
Menurut Zulkiple (2014), terdapat perubahan yang dikesan melanda masyarakat seluruh
dunia iaitu terdapatnya pembentukan imej sosial yang baru iaitu orang yang menguasai
ICT dianggap golongan elit yang mempunyai kelebihan; cara bekerja dalam sektor
kehidupan berbanding dua atau tiga dekad yang lalu. Masyarakat super secular iaitu
masyarakat yang meningkat tahap sekularisasi dalam banyak aspek kehidupan
berbanding dengan zaman kolonialisme menjadi ancaman utama kepada kepercayaan
Islam kerana bertentangan dengan roh ajaran Islam. Justeru, pendakwah yang celik
komputer, berilmu pengetahuan dan berhikmah masih dalam lingkungan semangat
iqra dalam wahyu pertama diturunkan dan menjadi kerangka asas dalam operasi
pendakwahan Rasulullah s.a.w.
Untuk menjamin kejayaan medan dakwah yang baru ini terdapat 6 ciri-ciri yang mesti
dipenuhi :
i.
ii.
iii.
iv.
v.
vi.

Rabbani
Syumul (Komprehensif)
Hikmah (Anjal atau Fleksibel)
Berteraskan Akhlak Islamiah
Bertunjangkan Semangat Ukhuwah Islamiah
Kontemporari dan Mengikut Peredaran Zaman

c) Peranan dan Tujuan Pendakwah Media Sosial

Bagi pendakwah yang ingin menggunakan peluang ini sebaiknya, mereka seharusnya
memahami peranan media itu sendiri dalam konteks roh Islami. Menurut Ghazali
Sulaiman (2007) dan Dr Muhyiddin Abdul Halim (1984), peranan media dalam Islam
ditumpukan kepada lapan aspek terpenting iaitu:
i.
ii.

iii.
iv.
v.

Memantapkan media massa ummah dengan memberi kefahaman hakikat


agama Islam untuk melindungi masyarakat Islam dari kejahilan terhadap
ajaran agama
Membentuk suasana media massa yang sesuai dengan tuntutan agama,
membentuk akhlak, khususnya golongan belia untuk melahirkan generasi
yang beriman dan cintakan negara. Mengukuhkan asas kebenaran, kebaikan,
keutamaan dan penerapan nilai-nilai Islam yang lain mestilah didahulukan.
Mempertahankan isu-isu yang berkaitan dengan kehidupan ummah.
Menggunakan pendekatan dan kaedah yang bijaksana dalam menjayakan
proses komunikasi yang berkesan.
Memperbaiki interaksi dan komunikasi antara sesama manusia.

vi.
vii.
viii.

Memperkukuh kecenderungan dalam melaksanakan ibadat.


Menghadapi perang media propaganda asing serta melindungi ummah dari
usaha yang menyesatkan.
Membenteras keyakinan palsu dan salah faham yang tersebar di kalangan
masyarakat dengan menonjolkan tafsiran keilmuan yang betul terhadap
Islam.

Satu perkara lagi yang amat penting untuk dititik-beratkan iaitu konsep amar maaruf
nahi mungkar. Walau apa sahaja medium yang dipilih, terutamanya melalui media
massa, tanggungjawab ini mesti dilakasanakan sebaiknya. Apatahlagi dengan fungsinya
sebagai pelengkap saluran dakwah tradisional yang sedia ada. Kewajipan ini adalah
jelas sebagaimana yang disebut oleh baginda Rasul s.a.w :


( ) .


.

Maksudnya:
Siapa saja yang melihat kemungkaran hendaklah ia mengubah dengan
tangannya. Jika dengan tangan tidak mampu, hendaklah ia ubah dengan
lisannya, dan jika tidak mampu maka ubahlah dengan hatinya, dan ini adalah
selemah-lemah iman. (Riwayat Muslim)
(Takhrij al-Hadith: Sahih Muslim. Muslim Ibn al-Hajjaj Abu al-Hasan alQusyairi al-Nasaiburi. Kitab Mukaddimah, Bab Bayan Kawn Nahy an
Munkar min Iman wa anna Iman Yazid. No.Hadis: 70. Beirut, Dar Ihya alThurath al-Arabi. J.1.Hlm. 167)
d) Metodologi Dakwah Media Sosial

Untuk merancang gerak kerja dakwah secara lebih berkesan, pendakwah media sosial
perlu memahami karakter warga netizen yang sudah tentunya berbeza dengan
masyarakat biasa. Zulkiple Abdul Ghani (2014) menyatakan bahawa satu kajian yang
dilakukan terhadap penduduk Lembah Kelang menunjukkan bahawa kumpulan
pengguna ICT yang terbesar adalah lelaki berusia di bawah 40 tahun (75%) memiliki
sekurang-kurangnya ijazah pertama (83%), bekerja sebagai ahli akademik ,
professional, pengurus dan pentadbir (76%) dan mempunyai pendapatan antara RM
1000-10,000 sebulan (83%). Selain itu pengguna ICT yang terdiri daripada pelajar
institusi pengajian tinggi juga dianggap berkembang luas memandangkan akses pada
internet dilakukan di tempat kerja atau di institusi pengajian. Selain itu, netizen juga
cenderung menggunakan browser www setiap hari (ada yg melakukannya sehingga 9
kali sehari, malah sebahagian kecilnya sehingga 40 jam seminggu) untuk pelbagai
tujuan seperti pendidikan, membaca akhbar talian, berhubung dengan pengguna lain,
tujuan pekerjaan, membeli-belah dan hiburan.
Ini berkaitan dengan satu sifat yang mesti ada dalam jiwa pendakwah yang ingin
terlibat dalam dakwah media sosial iaitu sifat peka dan kesediaan untuk berubah.

Menurut Abdullah Muhammad Zin (2000) untuk memastikan kejayaan dakwah pada
masa hadapan adalah dicadangkan agar pendakwah hendaklah peka dengan masyarakat
yang sentiasa berubah. Kalau dakwah tidak disesuaikan dengan suasana perubahan,
maka dengan sendirinya kegiatan dakwah menjadi mundur. Oleh itu, para pendakwah
hendaklah terpelajar dan berilmu, jujur dan berdisiplin serta amanah dan cekap.
Tidak pandai, tidak berminat atau tidak mahir bukan satu alasan kerana profil
pendakwah pada masa hadapan bukanlah seperti yang difahami oleh masyarakat
sekarang, iaitu hanya aspek-aspek ritualistik sahaja ditonjolkan, sedangkan
pengembangan sains dan teknologi tidak begitu dipentingkan. Para pendakwah
hendaklah mempunyai kualiti sebagai seorang yang serba boleh dan mampu berdepan
dengan perubahan zaman dan kehendak setempat dalam misi untuk mencapai maksud
dakwah yang mulia.
Dr Yusuf al-Qaradawi dikatakan seorang tokoh pendakwah yang optimis tentang
kemampuan Islam untuk berkembang dengan menggunakan media massa dengan
sebaik mungkin. Beliau dikatakan telah muncul hampir setiap munggu dalam satu
program satelit TV al-Jazeera al-Syariah wa al-Hayah dan juga merupakan penaung
kepada laman web Islamonline.net yang berpusat di Qatar. Bagi beliau, jika umat Islam
boleh membaiki kelemahan mereka iaitu kelemahan iman dan akhlak (utama) yang
turut diterjemahkan dalam kelemahan ilmu, ekonomi, politik, sosial dan pentadbiran,
mereka boleh membina peradaban baru yang jauh lebih unggul berbanding peradaban
yang dinikmati oleh Barat kini (Zulkiple Abdul Ghani, 2014).
Dari segi metodologi asas, walaupun ada medium yang digunakan, Allah telah
menentukan tiga metode dalam menyebarkan dakwah iaitu al-hikmah, al-mauizah alhasanah (nasihat yang baik) dan al-mujadalah billati hiya ahsan (berbahas atau
berdiskusi dengan cara yang lebih baik) (Che Yusoff Che Mamat 1997). Tiga metode
inilah yang dijalankan oleh Rasulullah s.a.w. sepanjang hayatnya sebagai Rasul dan
metode inilah yang mesti dijalankan oleh semua pendakwah sehingga bila-bila masa
pun dan apa sahaja medium dakwah yang dipilih.
Rasulullah s.a.w bersabda:


).
:
(
Maksudnya: Sampaikanlah dariku walau hanya satu ayat. (Riwayat Bukhari)
(Takhrij al-Hadith: Al-Bukhari, Sahih Bukhari. Muhammad ibn Ismail ibn
Ibrahim al-Mughirah al-Bukhari. Kitab Maryam Iz Intabaz min Ahliha. Bab
Ma Zukira an Bani Israil. No.Hadis: 3202. Dar Tauq al-Najat. J.11. Hlm.
277)
Pendakwah juga seharusnya membina satu kredibiliti dan imej yang boleh dipercayai.
Segala maklumat yang ingin disebarkan di media massa mestilah dibina dan disebarkan
dari sumber dan fakta yang sahih. Zulkiple Abd Ghani (2014) telah memberi contoh
seorang pendakwah yang dirasakan telah berjaya menjalankan tugasnya di media massa

iaitu Dr Zaharuddin Abdul Rahman (www.zaharuddin.net) yang menerima kunjungan


lebih 3.1 juta pengunjung semenjak 25 Mac 2006 iaitu dalam tempoh lebih kurang 3
tahun. Zaharuddin dikatakan mampu menarik minat netizen untuk mengunjungi
blognya yang memuatkan tulisan dan ulasan beliau terhadap isu-isu semasa khususnya
berkaitan dengan ekonomi dan kewangan Islam. Kelebihan yang ada pada beliau adalah
kemampuannya untuk menjawab soalan dengan hujah-hujah yang konkrit berdasarkan
al-Quran dan al-Sunnah serta pandangan pelbagai mazhab seperti persoalan berkaitan
hukum syarikat jualan langsung, saham halal dan lain-lain.
Pendakwah media sosial juga seharusnya bersifat pelbagai dan bukan satu bentuk
tertentu sahaja. Modus operandi pendakwah sebegini juga seharusnya bersifat
pluralistik. In adalah kerana kriteria netizen ini juga berbeza dan pelbagai sifatnya.
Kemampuan seseorang pendakwah untuk bersifat lentur, tetapi masih berada di paksi
yang sepatutnya adalah jaminan survival jalan dakwah yang diikutinya ini untuk
tempoh masa yang lama. Namun begitu, segalanya mesti mengikut acuan yang telah
ditentukan oleh syariat Islam.

Maksudnya :
Dan bagi tiap-tiap umat ada arah (kiblat) yang masing-masing menujunya;
oleh itu berlumba-lumbalah kamu mengerjakan kebaikan; kerana di mana
sahaja kamu berada maka Allah tetap akan membawa kamu semua
(berhimpun pada hari kiamat untuk menerima balasan); sesungguhnya
Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu (al-Baqarah (2) : 138)
Walaupun dakwah media sosial ini hanya bersifat maya, tanggungjawab untuk bercakap
benar dan mengelak diri untuk mengumpat, memaki-hamun, mencela atau menabur
fitnah adalah sesuatu yang semestinya. Allah s.w.t telah berfirman dengan jelas dalam
ayat-ayatNya :

Maksudnya :Wahai orang-orang yang beriman, bertaqwalah kepada Allah, dan
katakanlah perkataan yang tepat - benar (dalam segala perkara) (al-Ahzab (33) :
70)







Maksudnya :
Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan
(supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana
sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah
kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan
janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah

seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati?
(Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik
kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan
bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat,
lagi Maha mengasihani ( al-Hujurat (49) : 12)




Maksudnya :
Jauhilah berprasangka buruk, karena prasangka buruk adl ucapan yg paling
dusta. Janganlah mencari-cari isu; janganlah mencari-cari kesalahan;
janganlah saling bersaing; janganlah saling mendengki; janganlah saling
memarahi; & janganlah saling membelakangi (memusuhi)! Tetapi, jadilah
kalian hamba-hamba Allah yg bersaudara. (Hadis Riwayat Muslim).

Sekiranya kita tiada sesuatu yang baik untuk diperkatakan, maka lebih baik berdiam diri
sahaja.


(


)



Maksudnya : Daripada Abu Hurairah radhiyallahu anhu, daripada
Nabi sallallahu alaihi wasallam Baginda bersabda, Barangsiapa yang
beriman kepada Allah dan Hari Akhirat maka hendaklah dia berkata baik
ataupun diam. (Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)
Muslim yang paling baik adalah mereka yang tidak menyakiti orang lain dengan katakata atau tangannya, tidak kira sama ada secara zahir atau maya.

:


:















:




(
)
Maksudnya :
Daripada Abu Musa Al-Asyari radhiyallahu anhu dia berkata, aku berkata,
Wahai Rasulullah, orang Islam yang bagaimanakah yang paling utama? Baginda
menjawab, Orang yang kaum Muslimin selamat dari lisannya dan
tangannya. (Riwayat Al-Bukhari dan Muslim).

KESIMPULAN
Dakwah dalam konteks masa kini haruslah lebih praktikal. Para pendakwah haruslah
menggunakan kesemua uslub dan wasilah yang ada pada hari ini dalam usaha
mengembangkan Islam kepada umum. Kesemua metod yang digunakan oleh Rasulullah
s.a.w dan para sahabat pada zaman dahulu menjadi pemangkin pembakar semangat
umat sekarang dalam gerakan dakwah yang lebih efektif dan efisien. Kemunculan
pelbagai domain dakwah yang menyediakan pelbagai platform untuk menyampaikan
ilmu menjadi teras dalam pembangunan sahsiah individu mengenai Islam dengan lebih
terperinci. Penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi dalam dakwah adalah
sangat penting dan di manfaatkan sebaik dan sebijak mungkin. Kewujudan media sosial
seperti facebook, twitter dan lain-lain menjadi wasilah kepada para daipada hari ini
untuk berkomunikasi dengan gologan sasaran mereka dengan lebih rapat dan mesra.
Kombinasi antara elemen dakwah dan teknologi mewujudkan satu fenomena yang
mampu mencetuskan natijah untuk pembangunan jiwa ummah. Justeru, penggunaan
media sosial sebagai wasilah dakwah masa kini adalah amat penting dan bersesuaian
dengan keperluan masyarakat.
Pendakwah seharusnya melibatkan diri dalam dunia media sosial ini kerana ia sudah
menjadi sebahagian dari kehidupan masyarakat atau disebut sebagai netizen. Untuk
menjayakan misi ini, pendakwah haruslah terkehadapan dan memahirkan diri dengan
ilmu alat ini supaya tidak ketinggalan berbanding orang lain.
Walaupun media sosial ini adalah ciptaan Barat, pendakwah seharusnya
menggunakannya sebaik mungkin dan membentuknya mengikut acuan Islam dan
tujuannya yang murni.
Netizen semestinya berbeza jika dibandingkan dengan masyarakat biasa, maka
pendakwah perlu memahami ciri-ciri, kriteria dan sifat khusus mereka sebelum
menentukan metodologi dakwah yang paling sesuai.
Metodologi dakwah yang asas seperti al-hikmah, al-mauizah al-hasanah (nasihat yang
baik) dan al-mujadalah billati hiya ahsan (berbahas atau berdiskusi dengan cara yang
lebih baik) adalah satu kemestian, walau siapapun pendakwah itu dan walau apa
medium sekalipun yang digunakan.

Imej sebagai seorang pendakwah yang sentiasa membawa hujah yang berfakta, isu yang
tepat, sumber yang dipercayai, peka dengan isu semasa, pantas memberi tindak balas
merupakan antara ciri pendakwah media sosial yang akan mendapat perhatian netizen.
Memastikan diri tidak terjebak dengan gossip, mengumpat, mengata dan menimbulkan
fitnah juga akan membina imej seorang pendakwah media sosial yang disegani dan
dihormati.

RUJUKAN
1. Ab. Aziz Mohd Zin (1997) Pengantar Dakwah Islamiah. Kuala Lumpur: Universiti
Malaya.
2. Akmal Hj. Mhd. Zain (2001), Bimbingan Dakwah Teori dan Penerapan Di Alaf
Baru, Kuala Lumpur: Al-Hidayah Publishers.
3. Anuar Masyri. (T.t.) Study Tentang Ilmu Dakwah. Surabaya: Pt Bina Ilmu.
4. Badlihisham Mohd Nasir (2008) Islam dan Dakwah Dalam Zaman Kebangkitan
Awal Islam dan Era Penjajahan Barat Di Tanah Melayu, Jurnal Islamiyyat.
5. Ghazali Sulaiman (1996), Dinamika Ilmu Dakwah Islamiah, Kuala Lumpur: Utusan
Publications & Distributions Sdn. Bhd.
6. Mohd Safar Hasim dan Zulkiple Abd.Ghani (2009), Komunikasi di Malaysia :
Suatu Penelitian Awal Pendekatan Islam Hadhari, Institut Islam Hadhari : UKM,
Bangi.
7. Najidah Zakariya dan Abu Dardaa Mohamad (2013) Media Sebagai Wasilah
Dakwah, Universiti Kebangsaan Malaysia : Bangi.
8. Ruzain Syukur Mansor (2011), Dakwah dan Teknologi Maklumat, Jabatan
Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) : Kuala Lumpur.
9. S.Salahudin Suyurno (2011) Akhlak Komunikasi Islam dan Penghayatan
Kehidupan Beragama: Kajian Kes di Universiti Teknologi Mara Pantai Barat
Semenanjung Malaysia, Tesis Doktor Falsafah, Jabatan Akidah dan Pemikiran
Islam, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya.
10. Syed Muhammad Dawilah al-Idrus (2009), Peranan Ict Dalam Penyebaran
Dakwah Dalam Era Globalisasi. Seminar Kebangsaan Dakwah Islamiah Di IPT dan
Komuniti.
11. Zulkiple Abd Ghani (2014), Dakwah dalam Era Siber di Malaysia, Universiti Sains
Islam Malaysia(USIM) : Negeri Sembilan.

Anda mungkin juga menyukai