Anda di halaman 1dari 24

DEPARTMENT OF BUILT ENVIRONMENT STUDIES &

TECHNOLOGY, FACULTY OF ARCHITECTURE, PLANNING AND


SURVEYING, UITM PERAK BRANCH, SERI ISKANDAR CAMPUS.
KOD PROGRAM: AP111

PRINSIP ASAS ISLAM (CTU101)

TAJUK:
FAKTOR KEJAHILAN MASYARAKAT ISLAM DI MALAYSIA PADA ABAD KE-21

NAMA PENSYARAH:
FATHIAH BINTI FATHIL

TARIKH SERAHAN:
3 DISEMBER 2021

KETUA KUMPULAN : MUHAMMAD ADIB ADIPUTRA BIN FAIRUZ


(019-3980041)

AHLI KUMPULAN:

AZREEN ZAHIRAH BINTI ZAKARIA 2021863428

MAIZATUL ALEEYA BINTI MOHD ZAMANI 2021490826

MUHAMMAD ADIB ADIPUTRA BIN FAIRUZ 2021206782

MUHAMMAD AMMAR AZRI BIN MUHAMAD ALI 2021469264

NURIFFAH DANIA BINTI KHAIROL SHAM ZAHAR 2021619158


PENGAGIHAN TUGASAN

NAMA PELAJAR PERATUS

AZREEN ZAHIRAH BINTI ZAKARIA 100%

MAIZATUL ALEEYA BINTI MOHD ZAMANI 100%

MUHAMMAD ADIB ADIPUTRA BIN FAIRUZ 100%

MUHAMMAD AMMAR AZRI BIN MUHAMAD 100%


ALI

NURIFFAH DANIA BINTI KHAIROL SHAM 100%


ZAHAR

ISI KANDUNGAN

1
BIL. KANDUNGAN MUKA SURAT
1. PENGENALAN 5

2. OBJEKTIF KAJIAN 5

3. KAJIAN LITERATUR 6-8

4. METOLOGI KAJIAN 9-18


● Dapatan
● Perbincangan

5. RUMUSAN 19

6. REFERENS 20

2
PENGHARGAAN

Pertama sekali, bersyukur saya ke hadrat ilahi kerana dengan limpah kurnia dan rahmatNya
dan rahmatNya dapat saya dan kumpulan saya menyiapkan tugasan Fundamental of
Islam(CTU 101) ini dengan selamat dan lancar bagi mengakhiri kerja tugasan ini yang telah
kami lakukan selama 4 minggu. Setinggi penghargaan juga diberikan kepada puan Fathiah
bin Fathil selaku pensyarah bagi kerja tugasan ini kerana telah memberi tunjuk ajar kepada
kami dan juga kepada pelajar lain dalam menyiapkan tugasan ini.

Ucapan penghargaan ini juga saya tujukan kepada rakan-rakan semua yang
memberi kerjasama dan saling bantu-membantu dalam menyiapakan kerja projek ini.
Mempunyai hubungan komunikasi yang baik di antara pelajar dan pensyarah memudahkan
pelajar untuk mendapatkan maklumat berguna. Terima kasih juga di atas dorongan, teguran
dan nasihat yang diberikan.tanpa tunjuk ajar dan dorongan daripada mereka semua ,tidaklah
pelajar dapat menyiapkan tugasan Fundamental of Islam ini. Tidak lupa juga ucapan terima
kasih kepada keluarga dan rakan-rakan yang banyak membantu sepanjang proses menyiapkan
tugasan ini.

Sekian, Terima Kasih

3
ABSTRAK

Sejarah dunia telah memaparkan kepribadian umat islam yang mantap dalam menjalani
kehidupan dan berkomunikasi antara satu sama lain.Umat islam telah melakar satu sejarah
bahawa ajaran yang telah diturunkan daripada baginda Nabi Muhammad as telah turun
temurun diturunkan ke generasi-generasi hingga kini. Malangnya disebabkan pengaruh
daripada pelbagai sumber umat islam kini sering terjerumus dalam melakukan perkara yang
mendorong mereka kearah kejahilan. Kita dapat melihat ramai masyarakat islam di malaysia
sering melakukan perkara yang bercanggah dengan agama Islam. Disebabkan ini masalah ni
menjadikan perkembangan umat islam yang diimpikan oleh baginda Nabi Muhammad as
terbantut. Sebagai umat Islam perlu ambil cakna tentang yang berlaku dengan umat islam
pada masa kini. Pelbagai cabaran yang dihadapi dalam memastikan umat islam kembali ke
jalan yang benar dan dalam memastikan umat islam kekal dalam arah penghijrahan mereka.
Justeru artikel ini akan mengenal pasti faktor-faktor yang mendorong masyarakat Islam di
malaysia melakukan kejahilan dan mengutarakan cadangan menghindarkan masyarakat
mereka daripada melakukan perkara jahil untuk mengembalikan kepribadian ummah yang
terbilang seperti semasa zaman kemuncak islam.

1.0 PENGENALAN

4
Jahiliah berasal daripada bahasa Arab, jahala yang bermaksud jahil dan tidak mempunyai
pengetahuan atau tidak mengetahui. Perkataan ini diguna pakai oleh orang islam dalam
menggambarkan corak kehidupan masyarakat islam. Matlamatnya dalam membentuk
masyarakat islam yang kukuh dan penuh dengan kepribadian yang tinggi memerlukan iman
dan kepribadian akhlak yang tinggi.Pelbagai cabaran yang dihadapi dalam menghindari
perkara-perkara jahil. Al-Quran telah menjelaskan bahawa Allah telah menurunkan Al-Quran
sebagai petunjuk dan panduan bagi umat islam supaya kita sebagai umat islam terhindar
daripada perkara jahil.

“(Dan ingatlah) pada Hari (Kiamat), Kami bangkitkan daripada kalangan setiap umat
seorang saksi (Rasul) terhadap mereka. Dan Kami (Allah) juga membawamu (wahai
Muhammad) menjadi saksi terhadap mereka semua. Dan Kami (Allah) telah menurunkan
kepadamu Kitab (Al-Quran) menerangkan setiap sesuatu (dalam semua perkara) menjadi
petunjuk, rahmat dan berita gembira kepada orang-orang yang menyerah diri kepada Allah
(menganut Islam)”.

(Surah An-Nahl: 89)

2.0 OBJEKTIF KAJIAN

Kajian in dilakukan secara amnya ialah untuk mengenal pasti faktor-faktor kejahilan
masyarakat islam di malaysia pada abad ke-21. Hal ini dapat membantu kami membuat satu
laporan dengan tatacara yang betul, jelas dan tepat. Dengan membuat laporan ini kami dapat
menguasai kemahiran dalam menganalisis maklumat tentang apa-apa yang mencetuskan
masyarakat islam di Malaysia melakukan perkara jahil.

Kajian ini dapat menambah ilmu pengetahuan kami tentang situasi yang dihadapi masyarakat
Islam pada masa kini. Disamping itu, ia juga dapat memberi kami pendedahan yang luas iaitu
mengenali dan memahami faktor kejahilan masyarakat islam di Malaysia pada abad ke-21.
Akhirnya kami juga berkesempatan untuk membuat kajian tentang cabaran yang dihadapi
mereka untuk elak daripada melakukan perkara jahil dan dapat pendapat untuk menegakkan
masyarakat islam terus-menerus melakukan perkara jahil.

5
3.0 KAJIAN LITERATUR

Kajian literatur merujuk kepada sorotan kajian lepas yang dapat memberikan pemahaman
mengenai topik yang dibincangkan. Ia adalah merangkumi perbahasan mengenai definisi,
dalil, pensyariatan, hukum pensyariatan, matlamat pensyariatan dan lain- lain

3.0.1 JAHILIAH

Jahiliah berasal dari bahasa Arab iaitu jahala yang bermaksud jahil ialah tidak mempunyai
pengetahuan atau tidak mengetahui sesuatu perkara itu sama ada sengaja atau tidak sengaja.
Pergertian ini telah dijelaskan seperti firman Allah SWT dalam Surah Al- An'am ayat ke 35 :

Maksudnya : “Dan jika perbuatan mereka berpaling (daripada menerima apa yang engkau
bawa wahai Muhammad) terasa amat berat kepadamu; maka sekiranya engkau sanggup
mencari satu lubang di bumi (untuk menembusi ke bawahnya) atau satu tangga untuk naik ke
langit, supaya engkau dapat bawakan mukjizat kepada mereka, (cubalah lakukan jika
engkau sanggup). Dan sekiranya Allah menghendaki, tentulah ia himpunkan mereka atas
hidayah petunjuk. (Tetapi Allah tidak menghendakinya), oleh itu JANGANLAH ENGKAU
MENJADI DARI ORANG-ORANG YANG JAHIL”

FAKTOR FAKTOR KEJAHILAN MASYARAKAT ISLAM PADA ABAD KE 21 DI


MALAYSIA : SATU TINJAUAN

1) KURANG DIDIKAN AGAMA DAN JAHIL


2) MENANGANI MASALAH ZINA MENURUT PERSPEKTIF AL- QURAN DAN
SUNNAH
3) KELEMAHAN MASYARAKAT ISLAM PADA ABAD KE 21
4) CARA MENGHINDARI REMAJA FELDA MELAKUKAN PERKARA JAHIL
MELALUI AKTIVITI DAKWAH ORGANISASI ISLAM

(Muhammad Isa Selamat, 2012) Akibat kejahilan dan juga tidak faham tentang hakikat ajaran
dan syariat Islam menyebabkan nilai kehidupan manusia ketinggalan, lalu manusia mencari

6
alternatif lain untuk memenuhi ruang lingkup kehidupan. Manusia tidak menyedari bahawa
sebenarnya mereka telah terjebak dalam perangkap mainan kehidupan dan tidak tahu memilih
jalan mana yang sepatutnya mereka lalui. Akibat daripada kejahilan menyebabkan mereka
lebih cenderung memilih jalan kekufuran daripada memilih jalan keimanan dalam kehidupan

Selain itu juga, disebabkan oleh kecetekan ilmu dan iman, maka seseorang itu digolongkan
dalam kategori jahil daripada segi akidah. Ini akan menyebabkan seseorang Muslim meragui
dan tidak meyakini akan kekuasaan Allah SWT. Ia juga akan mendorong seseorang itu sukar
menerima pandangan serta teguran daripada orang lain. Di samping menyebabkan seseorang
Muslim mundur dalam semua aspek kehidupan. Keadaan ini sukar diubah dalam masa yang
singkat sebaliknya ia memerlukan proses pemulihan dan pemantauan yang berterusan.

(Paizah Hj Ismail, 2013) Gejala sosial dalam masyarakat sekarang khususnya Malaysia
berada pada satu tahap yang membimbangkan pemimpin politik mahupun rakyat biasa.
Berbagai pihak merasa resah dan gelisah dengan gejala berkenaan kerana dalam tempoh
jangka panjang ia akan memberi kesan negatif terhadap generasi mendatang Antara gejala
sosial yang amat menakutkan yang pernah dilakukan oleh umat terdahulu dan juga
pada zaman jahiliyah dan berleluasa dewasa ini adalah zina. Istilah-istilah yang digunakan
untuk zina ini telah ditukarkan kepada istilah yang lebih tidak menakutkan.
Oleh kerana itu, usaha-usaha untuk menangani masalah ini perlu dikaji dan diberi
perhatian yang serius kerana ianya mudah-mudahan akan dapat menyelesaikan masalah zina.
Cara yang paling baik untuk menangani isu zina ini adalah dengan menyoroti apakah
yang disarankan oleh al-Quran al-Karim dan Sunnah Rasulullah s.a.w. Justeru, penulisan ini
dilakukan bagi tujuan menyoroti cara menangani gejala zina dan mencari jalan
penyelesaiannya menurut perspektif al-Quran dan al-sunnah dengan mengenalpasti
faktor-faktor yang menjadi punca kepada perlakuan zina dalam masyarakat.

(Dr. Fauzi Deraman, 2017) Islam agama samawi terakhir diturunkan Allah. Sebagai agama
terakhir sudah tentu ia paling lengkap dan sempurna. Islam berada di kemuncak
kecemerlangan pada zaman Rasulullah (s.a.w). Ia berkembang pesat sehingga pernah
menguasai satu pertiga dunia. Jatuhnya Khalifah Uthmaniyah Turki yang menjadi induk umat
Islam dan mansukhnya sistem khalifah, hasil perancangan jahat yang diketuai Mustafa Kamal
Ataturk, berketurunan Yahudi berasal dari Salonika dan tewasnya kerajaan ini dan sekutunya
dalam Perang Dunia Pertama menyebabkan wilayah umat Islam difaraidkan oleh penjajah
sebagai rampasan. Penulis dan pemikir Islam sudah banyak menulis mengenai cabaran yang
dihadapi umat Islam. Abdul Kadir Awdah, seorang pakar undang-undang Mesir yang gugur
syahid di tali gantung pada zaman Jamal Abdel Nasir, pernah mengungkapkan antara cabaran
ummah ialah kejahilan ummah itu sendiri dan kelesuan ulama. Kefahaman dan penghayatan
umat Islam berbeza-beza mengikut taraf hidup dan latar belakang mereka. Secara umumnya
terbahagi kepada dua. Pertama, golongan kurang terpelajar atau tidak terpelajar. Golongan ini
kadang-kadang tidak memahami langsung akan Islam kecuali maklumat asas mengenai aspek
ibadat dalam agama. Keislaman mereka sekadar pak turut semata-mata. Mereka mewakili
bahagian terbesar daripada keseluruhan umat Islam. Mereka ini mudah terpengaruh dengan
golongan yang pada pandangan mereka adalah terpelajar. Kedua, golongan yang mendapat

7
pendidikan Barat atau yang terpengaruh dengannya. Rata-rata golongan ini dianggap
terpelajar di kalangan umat Islam. Mereka mendapat pendidikan daripada sistem pendidikan
yang tidak berteraskan wahyu tetapi mereka mempunyai kedudukan yang baik dalam
masyarakat.

Kelemahan golongan ini berpunca daripada kejahilan mereka mengenai Islam sebagai ad-
Din. Berpunca daripada golongan inilah kedengaran suara sumbang seperti Islam tiada
hubungan dengan hukum-hakam, syariat Islam sudah tidak sesuai dengan kehidupan zaman
moden, sesetengah ajaran Islam payah dan sukar hendak dilaksanakan dan sebagainya.
Bagi golongan yang faham Islam pula, mereka memahami Islam sebagai satu sistem hidup
yang sempurna dan menyeluruh yang diturunkan Allah. Mereka inilah yang berusaha
melaksanakannya dalam kehidupan kerana meyakini Islam tetap sesuai pada setiap zaman
dan tempat kerana ia milik Allah Yang Maha Mengetahui.
Umat Islam juga sentiasa menghadapi cabaran daripada musuh. Musuh umat Islam adalah
daripada kalangan yang tidak kelihatan seperti nafsu dan syaitan dan ada juga daripada
kalangan manusia.
Bertitik tolak daripada sikap tidak senang dengan umat Islam inilah, mereka melakukan
pelbagai usaha untuk merosak dan menghancurkan umat Islam. Sejarah menyaksikan
pertentangan kedua-dua pihak ini mencetuskan peristiwa, tragedi dan kejadian pahit manis di
kalangan umat Islam.
Sasaran utama mereka adalah akidah umat Islam, al-Quran, hadis, Rasulullah dan hukum
Islam. Oleh itu pelbagai pendekatan digunakan, bermula daripada pertentangan bersenjata
yang tergambar melalui beberapa siri Perang Salib yang silih berganti, namun mereka tidak
berjaya menghapuskan umat Islam.

Kaedah baru dicari selepas cara pertama kurang berhasil. Bermulalah era serangan pemikiran.
Ternyata cara ini sedikit sebanyak berjaya memerangkap umat Islam. Mereka berselindung di
sebalik pelbagai wadah, institusi penyelidikan dan badan yang mereka bentuk untuk menjadi
boneka mereka.
Musuh Islam juga mengeksport pelbagai pemikiran dan ideologi kepada umat Islam.
Serangan ini berterusan walaupun negara umat Islam dapat membebaskan diri daripada
cengkaman penjajahan fizikal tetapi masih dijajah di segi pemikiran.

Yahudi dan Nasrani menggunakan pelbagai saluran bagi mencapai hasrat mereka termasuk
media, pakej bantuan dan kebajikan yang berselindung di sebalik pelbagai tabung dan dana,
misi kemanusiaan dan seumpamanya. Tujuan utama mereka untuk menghancurkan Islam ke
akar umbinya.

(Badlihisham Mohd Nasir,2014) dalam kajian Perkembangan Sosio Psikologi dan Akhlak
Remaja Melayu (Felda): Satu Kajian Preliminari menyentuh perbincangan mengenai kesan
pengaruh sosial terhadap psikososial akhlak remaja di Felda dan penyebab kepada masalah

8
sosial yang berlaku di Felda. Penerapan dan penguasaan ilmu agama merupakan faktor
penting bagi setiap remaja dan mendapat peratusan paling tinggi bagi pengurangan masalah
sosial di Felda.

Kajian ini juga melihat faktor-faktor seperti rakan sebaya, persekitaran kehidupan, media
massa, keluarga merupakan pengaruh yang sangat penting kepada perlakuan akhlak remaja di
Felda Gejala Sosial di Felda Gugusan Chini Pahang: Faktor dan Cara Mengatasinya juga
turut membincangkan mengenai gejala sosial yang dikatakan isu penting dalam konteks
dakwah Islam. Sikap kurang peduli masyarakat tentang pembendungan gejala sosial yang
berlaku di Felda menyebabkan masalah kepada generasi akan datang. Asas kekeluargaan
yang kuat juga membantu sedikit sebanyak dalam proses menangani isu ini. Hasil dapatan
dalam kajian ini mendapati bahawa hampir keseluruhan remaja bersetuju bahawa
penyelesaian agama adalah kaedah terbaik bagi mengatasi masalah tersebut.

4.0 METODOLOGI KAJIAN

Menurut ‘Hornby’ (2011) metodologi merupakan satu set kaedah yang digunakan untuk
menjalankan kajian ke atas subjek kajian yang tertentu.Oleh itu,bahagian ini akan
membincangkan reka bentuk kajian,sampel kajian,instrumen kajian dan prosedur atau proses
menganalisis data bagi menjawab persoalan-persoalan kajian yang telah dikemukakan lebih
awal.Menurut ustaz Kenali, Metodologi
penyelidikan merupakan kaedah dan teknik mereka bentuk,mengumpul, dan menganalisis
data supaya dapat menghasilkan bukti yang boleh menyokong sesuatu kajian.Metodologi
juga menerangkan cara sesuatu masalah yang dikaji dan sebab sesuatu kaedah dan teknik
tertentu digunakan.Tujuan metodologi adalah untuk membantu memahami dengan lebih luas
lagi tentang mengaplikasikan kaedah tersebut dengan proses-proses kajian yang telah
dibincangkan.

4.1 ALAT KAJIAN

Alat kajian yang kami gunakan dalam kajian ini ialah borang soal selidik, artikel dan jurnal
yang dapat kami jadikan sebagai metode kajian kami. Selain itu juga metod ini dapat
membantu kami untuk mencari maklumat tentang faktor- faktor kejahilan masyarakat islam
pada abad ke -21. Metodologi kajian ini menggunakan penyelidikan berbentuk kualitatif dan
kuantitatif, iaitu dengan mengumpul segala maklumat dan informasi terkini dalam
perbincangan kami. Segala data yang kami peroleh ialah secara terus daripada responden
melalui aplikasi “google form” yang telah kami edarkan iaitu borang soal selidik. Melalui
kaedah kuantitatif ini juga kami dapat mengenal pasti maklumat dengan lebih tepat dengan
dunia masa kini. Kaedah ini juga dapat memberi gambaran yang jelas dan terperinci tentang
faktor berlakunya perkara jahil di Malaysia.
4.1.1 METOD BORANG SOAL SELIDIK

Soal selidik merupakan satu set soalan atau item dalam bentuk tulisan. Ia merupakan satu alat
yang dibentuk secara khusus untuk mengumpul maklumat bagi tujuan analisis yang dapat

9
menjawab persoalan kajian. Bidang perniagaan dan bidang pendidikan merupakan dua
bidang yang kerap menggunakan borang soal selidik ini dengan kerap.Individu yang
membina borang soal selidik ini perlulah berpengetahuan luas agar soalan yang dibina adalah
wajar, boleh dipercayai dan tidak dipengaruhi emosi. Menurut Gillham (2000), terdapat
beberapa sebab mengapa borang soal selidik menjadi pilihan kebanyakkan pengkaji : Kos
membina borang selidik yang murah dan masa yang diperuntukkan singkat. Pengkaji boleh
memperolehi data atau maklumat dari jumlah responden yang lebih ramai dan cepat.

4.1.2 METOD ARTIKEL

Satu artikel seperti yang anda baca sekarang adalah menulis yang mengandungi maklumat
mengenai topik minat tertentu. Terdapat banyak jenis artikel dan berbeza-beza mengikut jenis
penerbitan di mana ia muncul. Artikel mungkin dalam jurnal, surat khabar, majalah, surat
berita, laman web, dll. Artikel boleh ditulis oleh mana-mana orang, dan boleh mengenai apa
saja. Satu artikel yang ditulis untuk jurnal, seperti yang dijelaskan, agak berstruktur dan
profesional, sedangkan sebuah artikel yang diterbitkan dalam majalah mungkin mengenai
topik apa pun yang menarik dan bahkan mungkin menjadi pemikiran penulis, atau gosip
tentang selebriti terkenal

4.1.3 METODE JURNAL

10
Jurnal merujuk kepada penerbitan yang memberi tumpuan kepada beberapa perkara, dan
boleh menjadi jurnal ilmiah atau jurnal akademik. Contoh jurnal termasuk Jurnal Kesihatan
Harvard, Jurnal Perniagaan Los Angeles, Jurnal Kejuruteraan Kimia, Jurnal Antarabangsa
Perubatan dan Sains Perubatan, Jurnal Pergigian dan Kebersihan Mulut, dan lain-lain Jurnal
biasanya mengandungi pilihan artikel yang memfokuskan bidang khusus seperti jurnal
perniagaan, jurnal perubatan, jurnal sains bio, jurnal kejuruteraan, dan sebagainya. Artikel
yang diterbitkan untuk jurnal akan ditulis oleh para sarjana mengenai perkara yang serius
yang disokong oleh fakta dan bukti. Artikel-artikel ini tidak boleh diterbitkan oleh penulis /
pengarang seperti yang mereka suka, dan mereka menjalani proses kajian oleh panel editor
dan ulama yang akhirnya akan memutuskan sama ada artikel itu sesuai dengan piawaian
untuk penerbitan jurnal. Ia juga harus diperhatikan bahawa artikel jurnal ditulis dalam bahasa
yang sangat formal dan teknikal / subjek yang berkaitan dan bertujuan untuk menyediakan
penyelidikan dan pemahaman lanjut ke topik yang dipilih.

5.0 DAPATAN KAJIAN FAKTOR- FAKTOR KEJAHILAN MASYARAKAT ISLAM


PADA ABAD KE 21

11
5.1 SKOP LINGKUNGAN UMUR RESPONDEN

Carta pai diatas menunjukkan peratus data jantina dan umur yang dikumpul daripada 33
orang responden yang telah menjawab soal selidik ini . Data menunjukkan majoriti 19 orang
(57.6%) responden adalah perempuan . Manakala selebihnya 14 orang (42.4%) ialah
lelaki.Selain itu,seramai 17 orang(51.5%) responden berumur 18-21 tahun serta 13
orang(39.45%) manakala 2 orang (6.1%) berumur 18 tahun ke bawah dan seorang(3%)
berumur 22-25 tahun.

5.2 CONTOH PERKARA JAHIL YANG SERING DILAKUKAN MASYARAKAT INI

12
Data menunjukkan terdapat seramai 19 orang (57.6%) responden berpendapat bahawa
pengaruh media sosial seperti instagram, tiktok dan lain lain merupakan contoh utama
perkara jahil yang dilakukan masyarakat masa kini.Manakala seramai 5 orang (15.2%)
responden berpendapat kes pembuangan bayi yang semakin berleluasa juga adalah
faktornya.Tidak lupa juga pengaruh rakan sebaya juga merupakan contoh perkara jahil dan
seramai 4 orang(12.1%) bersetuju dengannya.

Berdasarkan kajian yang dilakukan,masyarakat berumur 15-18 tahun lebih kerap terpengaruh
dengan media sosial kerana sifat ingin mencuba benda baharu yang mereka saksikan di media
sosial. Manakala kejahilan seperti pengaruh rakan sebaya juga kebiasaan berlaku dalam
lingkungan umur tersebut.Seterusnya,remaja berusia 18-23 tahun banyak terlibat dengan kes
pembuangan bayi.Statistik menunjukkan lebih 100 orang bayi dibuang setiap tahun di
Malaysia.Ini kerana majoriti mereka sudah berpeluang melanjutkan pelajaran ke kolej atau
universiti dan mereka terdedah dengan suasana yang terbuka tanpa pengawasan ibu bapa.

Kesemua responden juga berpendapat kejahilan masyarakat masa kini berlakunya disebabkan
kurang didikan agama sejak kecil dan malah juga berlaku disebabkan kurang pemerhatian ibu
bapa.Hal ini kerana remaja masa kini sangat mudah terpengaruh dengan media sosial ataupun
pengaruh rakan sebaya.Oleh itu,ibu bapa haruslah lebih mengambil berat tentang
perkembangan anak anak mereka yang semakin meningkat umur.Sebagai contoh,sentiasa
memantau aktiviti harian mereka dan jangan terlalu sibuk dengan hal kerja sehingga anak
anak kurang mendapat perhatian di rumah.Jadi sebagai ibu bapa haruslah mendidik anak
muda masa kini agar mereka mendekatkan lagi diri dengan agama dan secara tidak langsung
mereka dapat membezakan perkara baik dan buruk.

5.3 CABARAN YANG DIALAMI DALAM MENANGANI PERBUATAN JAHIL DI


MALAYSIA PADA MASA KINI

13
Data menunjukkan terdapat seramai 17 orang (51.5%) responden bersetuju bahawa antara
cabaran yang dialami ialah kurang sokongan daripada orang terdekat.Selain itu,13 orang
(39.4%) responden berpendapat bahawa pengaruh rakan yang kuat juga salah satu cabaran
yang dialami untuk menangani perbuatan jahil di Malaysia.Ada juga responden yang
menyatakan masyarakat pada masa kini mudah terpengaruh dengan budaya barat.

5.4 CARA-CARA YANG BOLEH MENGELAKKAN MASYARAKAT ISLAM DI


MALAYSIA TERHINDAR DARIPADA MELAKUKAN PERKARA-PERKARA
JAHIL

Berikut merupakan antara jawapan-jawapan responden tentang cara mengelakkan masyarakat


islam terhindar dari perkara jahil :

● kerajaan mengetatkan undang2 supaya kes penderaan dapat dikurangkan. Contoh,


penderaan anak yatim akan dikenakan hukuman penjara selama 20 - 30 tahun
● Hak rakyat untuk bersuara diperkukuh, rakyat mempunyai kuasa untuk menukar hasil
yang akan didapati dari mesyuarat-mesyuarat yang dilakukan oleh pihak kerajaan
mengenai isu isu semasa seperti penyalahgunaan kuasa menteri
● JAKIM melaksanakan kempen kesedaran tentang hidup selepas dunia dan perkara2
yang akan menukar keadaan umat Islam di sana. Hal ini, akan membuatkan ramai
rakyat sedar akan hidup di dunia hanyalah sementara dan apa yang patut ditujui
adalah hidup selepas dunia.
● Netizen haruslah sering menghebohkan isu isu yang berkait dengan penderaan, sifat
sexist seperti perempuan membuat segala kerja rumah, penyalahgunaan kuasa di
mana mana sahaja.
● Ibu bapa haruslah memberi perhatian kepada anak-anak jika terdapat anak anak yang
tiba tiba menukar diri mereka dari aspek sifat dan keceriaan kerana mereka mungkin
menjadi mangsa tindakan jahil.
● Subjek agama dan moral haruslah difokuskan dengan lebih di setiap peringkat
pembelajaran kerana rohani adalah aspek yang amat penting dalam manusia untuk
memastikan mereka tidak terjebak dengan perkara-perkara jahil.
● mengadakan dan menyertai lebih banyak majlis ilmu bagi dapat memupuk sifat
untuk bertaubat dan sekaligus mengelakkan perkara jahil terjadi.

14
Berdasarkan jawapan-jawapan daripada responden,kita dapat lihat bahwa semua pihak
mengambil berat tentang dan situasi yang berlaku kepada masyarakat islam pada masa
kini.Oleh itu,semua masyarakat islam bertanggungjawab dalam menangani isu ini supaya
dapat mengembalikan zaman kegemilangan islam yang unggul pada zaman dulu.

5.4 ARTIKEL
DAPATAN KAJIAN FAKTOR- FAKTOR KEJAHILAN MASYARAKAT ISLAM
PADA ABAD KE 21: SATU TINJAUAN

Seperti yang kita ketahui bahawa semakin maju sesebuah negara semakin banyak teknologi
yang kita tidak dapat jangka dikeluarkan. Disebabkan masalah teknologi inilah yang dapat
membawa seseorang itu kejalan yang tidak benar serta sikap jahil yang berada di dalam diri
seseorang itu akan semakin terserlah. Kita tidak mahu umat Islam di Malaysia ini kembali ke
zaman Jahiliyah seperti pada zaman Nabi Muhammad SAW. Jika di Malaysia perkara yang
dapat kita kaitkan dengan zaman Jahiliyah pada waktu dahulu ialah perbuatan zina. Perbuatan
zina merupakan satu perbuatan yang terkutuk di sisi Allah SWT. Disebabkan itulah perkara
ini mesti dibendung sejak awal lagi supaya masyarakat Islam pada masa kini dapat hidup
dalam keadaan yang diredhai oleh Allah SWT. Pada pendapat saya, terdapat beberapa cara
yang boleh kita amalkan supaya dapat menjauhkan diri daripada perbuatan zina. Antara cara
untuk menjauhkan diri daripada perbuatan zina ialah jauhkan diri daripada sumber yang
membekalkan perkara yang berkait rapat dengan zina. Selain itu, pilih rakan yang baik dan
menghormati kehormatan seseorang. Hal ini disebabkan kerana rakan-rakan yang baik dapat
membimbing kita ke jalan yang lebih baik. Kemudian, menjaga pandangan bagi lelaki dan
wanita. Hal ini disebabkan kerana hanya melalui pandangan seseorang itu akan hilang
kewarasan akal untuk berfikir. Seterusnya, menjaga cara berpakaian terutama sekali bagi para
wanita. Islam menetapkan supaya kaum wanita mestilah melabuhkan tudung dan berpakaian
pakaian yang longgar disebabkan perkara ini dimana aurat perempuan itu terletak. Akhir
sekali, membatasi ikhtilat antara lelaki dan perempuan. Jika ikhtilat antara lelaki dan
perempuan tidak dititikberatkan sejak kecil lagi maka mereka akan rasa bahawa berpegangan
tangan antara lelaki dan perempuan itu hanyalah perkara biasa.

Selain itu juga, pada zaman era globalisasi ini generasi muda kini mudah terpengaruh dengan
budaya barat dan terikut-ikut dengannya. Sebagai contoh pada abad ke 21 ini sudah banyak
berita yang menunjukkan kejahilan umat manusia tidak kira mereka beragama islam ataupun
tidak. Kes pembuangan bayi, minum arak, berjudi dan sering melakukan maksiat. Hal ini
menunjukkan umat Islam pada masa kini tidak mengendahkan perkara-perkara jahil ini.
Mereka beranggapan bahawa hidup ini hanya untuk keseronokan sahaja. Ini menunjukkan
betapa lemahnya keimanan umat Islam pada zaman kini kerana kita mudah dipengaruhi oleh
perkara perkara yang jahil ini. Jahiliyah telah merosakkan tasawwur manusia tentang
hubungannya dengan Allah, dengan alam dan kehidupannya. Dengan kata lain Jahiliyah
menyelewengkan seluruh aspek kehidupan manusia.Dari segi akidah menyebab berpuncanya
penyelewengan falsafah pemikiran manusia. Timbulnya pemahaman materialisme yang
menganggap kehidupan material di dunia menjadi matlamat hidup manusia. Dari itu
timbullah aliran sukaralisma yang bertanggungjawab melahirkan kapitalisma, kominisme dan
sosialisme.

15
Kesan yang paling buruk ialah memberikan hak hakimiah, hak membuat hukum, hak
mencipta minhaj (sistem hidup) dan hak melepaskan nilai-nilai kehidupan yang menjadi hak
mutlak Allah itu kepada manusia. Dari segi politik manusia telah diracuni fahaman
nasionalisme yang ditafsirkan oleh Rasulullah sebagai membantu saudara atau kaum
melakukan kezaliman. Fahaman ini menimbulkan kebencian dan ketakutan bahkan
mencetuskan peperangan, penaklukan, penjajahan dan kehancuran.

Dalam sistem ekonomi dasarnya berteraskan kepada prinsip mencari keuntungan semata-
mata sehingga melahirkan penindasan dan eksploitasi. Hakikat kemanusiaan telah
dilupakan, seolah-olah manusia itu hidup hanya untuk kemajuan ekonomi bukan ekonomi
untuk kemajuan manusia. Nilai kasih sayang, belas kasihan, kemurahan hati dan sebagainya
telah ditenggelamkan oleh sifat tamak dan rakus. Sistem sosialnya pula telah menyebabkan
hubungan individu dengan masyarakat menjadi tidak simbang akibat penyelewengan dari
sistem Allah. Keadaan ini dapat diperhatikan dengan jelas dalam sistem kapitalis yang
menelurkan pemujaan kebendaan, kewangan dan kemewahan yang berbentuk material.

Dalam sistem pendidikannya pula melahirkan faham dua lisma yang memberi penekanan
kepada aspek akliah dan maddiyah, mengabaikan aspek rohaniah. Akibatnya ianya hanya
mampu melahirkan warganegara yang baik bukan seorang insan yang soleh. Manakala dalam
masyarakat komunisme, pengaruh Jahiliyah memberi kesan kepada manusia yang
menjadikan masyarakat sebagai Tuhan. Sistem ini telah merampas hak individu dalam
memiliki harta, sistem kebendaan telah menguasai manusia, bukan manusia menguasai
kebendaan. Fahaman ini telah melahirkan fahaman atisme. Sistem pemerintahannya ia
melahirkan sistem diktator kerana mengamalkan politik totali tanpa permesyuaratan rakyat.
Komunisme membawa slogan “Berkhidmat Untuk Negara”, slogan ini telah menghapuskan
hak individu untuk bersuara, memilih kerja, mendidik anak menurut agama, sifat bersaing
untuk berkuasa dan sebagainya.

Pada hakikatnya keruntuhan masyarakat Jahiliyah adalah kerana keruntuhan akhlak yang
mulia dan bersifat dengan sifat-sifat Jahiliyah seperti riak, takabbur, sum’ah, hasad, cinta
dunia, tamak, kufur, degil, membazir, bangga dengan dosa, khianat, pengecut, pemarah, takut
kepada manusia dan sebagainya. Apabila Islam telah datang ia telah meruntuhkan sifat
mazmumah ini dan menggantikannya sifat-sifat terpuji seperti tawadhu, berani kerana benar,
sabar beriman, taat kepada Allah, amanah, bijaksana, takut kepada Allah berbaik sangka
sesama muslim dan sebagainya.Isu akhlak telah menjadi perbualan hangat di dalam
masyarakat dewasa ini. Masyarakat kini tertekan dalam semua aspek kehidupan kerana
berlakunya penularan akhlak keji yang berleluasa. Hal ini meletakkan kestabilan dan masa
depan negara kini terancam kerana majoriti akhlak buruk ini melibatkan anak-anak remaja
yang bakal menjadi pemimpin negara satu masa nanti. Perkara ini perlu diatasi segera melalui
langkah awal iaitu menyekat dan menghapuskan penularan akhlak keji ini sebelum langkah
seterusnya iaitu memupuk nilai akhlak mulia di kalangan para remaja.

5.5 JURNAL

DAPATAN KAJIAN FAKTOR- FAKTOR KEJAHILAN MASYARAKAT ISLAM


PADA ABAD KE 21: SATU TINJAUAN

Kurang didikan agama akan menyebabkan berlakunya seseorang itu dari perkara yang boleh
merosakan diri dari segi pemikiran dan fizikal. Penekanan dalam Pendidikan agama harus

16
diberikan perhatian yang serius dalam pembentukan sahsiah mereka. Didalam islam juga
menitik beratkan tentang menimba ilmu kerana boleh menghindari kita dari berlakunya
kejahilan dalam diri seseorang itu kerana jika kita mempunyai ilmu kita tidak akan mudah
untuk terpengaruh atau melakukan perkara yang dilakukan oleh orang yang jahil. Seterusnya
perkara ini perlu dititik beratkan sejak kecil lagi kerana terdapat pelbagai faedah dan juga
dapat menjauhi daripada terpesong dijalan Allah.

Faktor diri remaja sendiri merupakan sebab berlakunya gejala sosial. Kebanyakan remaja
yang terlibat dalam gejala sosial tidak mempunyai didikan agama dan moral yang mendalam.
Mereka tidak takut pada dosa atau pembalasan Tuhan di atas perbuatan mereka. Remaja
terbabit juga biasanya tidak sembahyang dan mengingkari perintah agama yang lain. Mereka
berpendapat bahawa, kehidupan masa remaja perlu diisi dengan hiburan dan keseronokan
semata-mata.Ibu bapa juga perlu menitikberatkan hal ehwal anak agar mereka tidak terjebak
dengan perkara yang negatif yang mengundang impak kepada masa depan mereka. Ibu bapa
harus bertindak dari sekarang agar masalah yang berkaitan dengan remaja dapat
diselesaikan.Remaja amat penting kepada negara kerana mereka golongan pelapis dan akan
memimpin negara pada masa akan datang. Jika remaja rosak, maka masa depan negara turut
musnah. ibu bapa mendidik anak dengan baiknya agar mereka mampu menjadi insan yang
mampu memimpin negara dengan adil dan bijaksana. Oleh itu, terdapat beberapa peranan
yang seharusnya dilaksanakan oleh ibu bapa dalam membentuk sahsiah yang cemerlang
dalam diri anak.Antara peranan ibu bapa termasuklah meluangkan lebih banyak masa dengan
anak agar mereka tidak berasa kesunyian atau diabaikan oleh ibu bapa mereka
sendiri.Didikan agama ini sangat perlu dorongan ibu bapa kerana tiada ibu bapa anak anak
akang terabai dengan perkara perkara sebegini.

6.0 PERBINCANGAN

FAKTOR FAKTOR KEJAHILAN MASYARAKAT ISLAM PADA ABAD KE 21 DI


MALAYSIA : SATU TINJAUAN

1) BUDAYA HEDONISME MENJAJAH UMAT ISLAM


2) CABARAN-CABARAN UMAT ISLAM DALAM MENENTANG KEJAHILAN DI
ABAD 21
3) AKIDAH KEPERCAYAAN YANG SESAT
4) PENGUKUHAN JATI DIRI REMAJA MASA KINI
5) KERUNTUHAN AKHLAK

BUDAYA HEDONISME MENJAJAH UMAT ISLAM

Budaya hedonisme adalah perkara yang perlu dihadapi oleh umat kini. Hedonisme menurut

17
pengertian Kamus Dewan ialah pegangan atau pandangan hidup yang mementingkan
keseronokan atau kesenangan hidup. Ia berkait juga dengan sikap suka berhibur, suka kepada
hiburan sehingga boleh melalaikan seseorang dari tujuan utama mereka ditugaskan di atas
muka bumi. Oleh sebab itu Islam sangat memandang berat pemikiran-pemikiran yang cuba
menganggu umat Islam. Hal ini kerana sekiranya pemikiran-pemikiran ini tidak dikawal, ia
mampu merosakkan aqidah umat Islam. Sedangkan Aqidah berfungsi sebagai tonggak
seluruh perancangan hidup manusia khususnya yang menyentuh aspek perancangan ummah.
Tanpa pegangan Akidah yang kukuh, akan menyebabkan sesiapa sahaja mudah diresapi
dengan serangan pemikiran yang dilancarkan ke atas umat Islam. Corak kehidupan dan
budaya umat Islam dikritik kerana tidak selari dengan kehendak modenisasi. Umat Islam
dikatakan perlu mengikut budaya barat untuk turut sama berada dalam kelompok bangsa
maju tersebut. Jika tidak, umat Islam akan terus dipandang sebagai masyarakat kelas ketiga
yang mempunyai mentaliti yang rendah. Kewujudan kelab-kelab hiburan mesti dipantau dan
tidak boleh dibiarkan begitu sahaja. Apabila masyarakat suka kepada budaya hedonisme,
mereka akan menjadi rakyat yang kurang berfikir, dan ini pasti akan memberi kesan dalam
membangunkan negara. Orang yang suka kepada hedonisme dikhuatiri tidak mementingkan
pengajian mengenai Islam, lalu ia akan menjadi golongan paling mudah untuk diresapi
pemikiran-pemikiran yang salah. Apabila minda mereka dijajah oleh perkara-perkara yang
salah, maka natijahnya akan melahirkan insan yang berfikir dalam kerangka yang tidak
Islamik, mempunyai pandangan alam yang tidak tuntas, malah akan merosakkan umat secara
keseluruhannya.

CABARAN-CABARAN UMAT ISLAM DALAM MENENTANG KEJAHILAN DI ABAD 21

Antara cabaran yang datang dari kalangan umat Islam sendiri ialah kurang penghayatan umat
Islam terhadap Islam, terutamanya akidah Islam. Pelbagai bentuk krisis kepercayaan dan
kemelut akidah yang berlaku dalam masyarakat Islam menjadi petanda dan kayu pengukur
yang dapat menentukan tahap kelemahan seseorang Muslim terhadap ilmu keagamaan dan
kemampuan mereka untuk membezakan yang hak dari yang batil. Sebagai contohnya, umat
Islam yang terperangkap dengan ajaran sesat begitu mudah menerima ciri-ciri ajaran sesat
yang amat jelas sekali bertentangan dengan akidah dan syariat Islam.

Oleh sebab itu, kejahilan terhadap Islam merupakan antara faktor berlakunya krisis akidah di
kalangan umat Islam sehingga menyebabkan wujudnya beberapa ajaran sesat dan fahaman
yang bertentangan dengan syariat sebenar. Kebiasaannya, orang jahil akan menerima sesuatu
perkara sepenuhnya tanpa membuat pertimbangan terlebih dahulu sama ada benar atau
bertentangan dengan ajaran Islam. Orang yang jahil merujuk kepada seseorang yang tidak
mengetahui sesuatu perkara. Apabila sesuatu perkara dijelaskan kepadanya, dia akan
beranggapan perkara itu benar. Malah kejahilan akan mendatangkan mudarat yang lebih
besar sekiranya ia membabitkan kepercayaan. Ini kerana ia sukar diubah dan dilenyapkan
dalam masa yang singkat sebaliknya ia memerlukan proses pemulihan yang berterusan.

18
Kejahilan juga menjadi punca berlakunya salah faham di kalangan umat Islam terhadap
ajaran Islam yang sebenar. Menurut Kamus Dewan (2015), salah faham merujuk kepada
tidak mengerti hal yang sebenarnya atau memberi pengertian yang salah, salah mengartikan
sesuatu atau menyalahartikan.

AKIDAH KEPERCAYAAN YANG SESAT

Zaman jahiliyah dianggap zaman yang mengalami keruntuhan dari segi agama dan kesesatan
dalam beragama yang begitu dahsyat di semenanjung Arab. Masyarakat Arab pada era zaman
jahiliyah dikatakan hilang pedoman dan dilanda kejahilan dalam beragama. Sebenarnya
pelbagai agama di semenanjung Arab kerana hubungan masyarakatnya dengan dunia luar
menerusi hubungan perdagangan. Orang parsi berusaha untuk menyebarkan agama Majusi!
manakala orang 3 om berusaha menyebarkan agama ,asrani yang diselewengkan di kalangan
masyarakat pesisiran pantai 'emenanjung Arab.Terdapat juga yang menganut agama yahudi
yang juga telah diselewengkan oleh pendeta agama mereka . Manakala orang Arab di
bahagian tengah semenanjung Arab berpegang teguh dengan agama nenek moyang mereka!
iaitu agama menyembah berhala.( Agama wathani). Terdapat juga kepercayaan animisme dan
tahyul diamalkan.

Punca kepada terjebak manusia ke dalam ajaran sesat adalah kejahilan individu itu sendiri
dalam memahami dan mengamalkan ajaran Islam yang sebenar. Kejahilan ini ditambah pula
dengan wujudnya anasir-anasir perosak akidah yang mungkin berselindung di sebalik imej
Islam dengan tujuan menimbulkan perpecahan dan kekacauan dalam masyarakat Islam itu
sendiri.

Matlamat golongan ini hanya satu, iaitu melemahkan akidah dan mengajak mereka menyertai
ajaran baru yang didakwa mereka lebih sistematik dan mudah tanpa melakukan pelbagai
ibadat wajib yang dituntut oleh Allah Taala sebagai khalifah di muka bumi ini.Sebagai umat
Islam, apabila timbul sebarang khilaf atau kekeliruan khususnya membabitkan akidah dan
kefahaman Islam, segeralah merujuk kepada pihak berkemampuan untuk menghuraikan
segala kekusutan yang timbul.Kesedaran yang tinggi dalam agama adakalanya diambil
kesempatan oleh pihak tidak bertanggungjawab untuk mencetuskan fenomena baru dalam
hidup beragama menurut kesesuaian ajaran yang diperkenalkan.Usahlah kita mudah tertipu
dengan sebarang ajaran sesat atau penyelewengan agama yang seringkali muncul dalam
kehidupan hari ini.Rebut kesempatan sementara masih hidup ini dengan memperbanyakkan
usaha mendalami ajaran Islam sebenar termasuk mempelajari ilmu agama dengan mereka
yang bertauliah dan benar-benar berilmu.

PENGUKUHAN JATI DIRI REMAJA MASA KINI

Remaja merupakan tonggak penting dalam pembangunan negara pada masa akan
datang.justeru itu,pembentukan jati diri penting dalam pembangunan modal insan bagi
membendung perbuatan-perbuatan jahil.Dalam usaha membendung perbuatan jahil merebak
ke dalam diri remaja masa kini,banyak institusi dakwah yang memainkan peranan dalam

19
memperkukuhkan jati diri remaja masa kini,sebagai contoh, pelbagai aktiviti dakwah yang
telah dianjurkan untuk memperkukuhkan jati diri dan keimanan seseorang dalam
membentengi diri dari sebarang perkara-perkara jahil.Antara aktiviti dakwah ialah seminar,
kem remaja, bimbingan kaunseling dan sebagainya.dengan ini, perkara jahil dapat dielakkan
berlaku secara berterusan jika aktiviti seperti ini sering diadakan.

Masyarakat kini tertekan dalam semua aspek kehidupan kerana berlakunya penularan akhlak
keji yang berleluasa. Hal ini meletakkan kestabilan dan masa depan negara kini terancam
kerana majoriti akhlak buruk ini melibatkan anak-anak remaja yang bakal menjadi pemimpin
negara satu masa nanti. Perkara ini perlu diatasi segera melalui langkah awal iaitu menyekat
dan menghapuskan penularan akhlak keji ini sebelum langkah seterusnya iaitu memupuk
nilai akhlak mulia di kalangan para remaja.Pendekatan dakwah terbaik wajib dilakukan kini
demi agama, bangsa dan negara tercinta (Zakaria Stapa, et.al, 2012: 134).

Jati diri dan Islam saling berkait rapat dalam pembinaan utuh kepribadian seseorang. Unsur
peradaban yang Islam terapkan memberi kesan dan membentuk sifat asasi dan kepribadian
manusia. Dengan menerima identitI Islam maka seluruh landasan dan asas kebudayaan
masyarakat akan berubah sesuai dengan akidah Islam. Segala bentuk budaya dan sistem
kemasyarakatan dibangunkan atas tuntutan akidah sehingga mencapai suatu identifikasi atau
jati diri yang unggul berteraskan Islam.oleh kerana itu denan berpegang teguh pada akidah
dan panduan dalam ajaran Islam,kita dapat melahirkan generasi yang tinggi akhlak dan
kepribadian diri yang mantap.Lantas,dapat melahirkan kebangkitan dunia islam yang unggul
seperti dulu.

KERUNTUHAN AKHLAK

Mereka banyak mengamalkan nilai-nilai buruk dalam kehidupan seharian. ,ilai-nilai buruk
yang agak ketara ialah seperti suka berperang! pendendam! minum arak! berjudi! berzina!
merompak! mengamalkan semangat asabiyah! dan membunuh anak perempuan. Seterusnya,
pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan yang tidak terbatas tanpa sebarang perasaan
malu. Kemudian, sistem pendidikan di negara-negara umat Islam lebih menekankan kepada
sains dan teknologi sehingga mengabaikan penerapan aqidah dan nilai-nilai agama ketika
masih kecil. Hal ini agak membimbangkan kita sebagai umat Islam kerana perkara-perkara
berkaitan agama tidak dititikberatkan dan dipandang sebelah mata

Akhlak dan kesopanan telah digariskan sebagai ciri yang kelima dalam membentuk sebuah
masyarakat Islam. Ia merujuk kepada masyarakat adil, ihsan, kebajikan, kerahmatan,
kebenaran, amanah, kesabaran, kesetiaan, sifat malu, kesucian, kemuliaan, tawaduk,
pemurah, berani, kesatriaan, keutamaan, dedikasi, pengorbanan, bermaruah, membantu,
kebersihan, berhias, berjimat, berhemat, bertolak ansur, berlembut, nasihat-menasihati, saling
membantu, menjaga kehormatan, mengawal hawa nafsu, marah kerana benar, cintakan
kebaikan, mendahulukan kepentingan orang lain, berbuat baik kepada semua makhluk
terutama kepada ibu bapa, memelihara hubungan silaturrahim, menghormati jiran, menyeru
manusia ke arah kebaikan, amar ma'ruf nahi munkar serta setiap sifat mulia, ciri-ciri
terhormat dan budi pekerti yang luhur (Yusuf al-Qaradawi, 2012). Ciri-ciri masyarakat Islam
yang digariskan ini menuntut masyarakat Islam memelihara maruah, kehormatan diri dan
mengawal hawa nafsu. Namun, realiti masyarakat kita pada hari ini telah menunjukkan
kepribadian yang bertentangan dengan ciri yang perlu ada dalam membentuk masyarakat
Islam. Krisis akhlak yang berlaku dalam masyarakat pada hari ini telah membawa kepada
pelbagai masalah sosial seperti, budaya lepak, sumbang mahram, berkelakuan tidak sopan di

20
khalayak umum, hamil luar nikah dan apa yang lebih membimbangkan ialah peningkatan kes
buang bayi. Pendekatan pencegahan yang digunakan dalam menangani krisis ini perlu
dilakukan secara holistik meliputi pelbagai aspek seperti mengarusperdanakan pendidikan
agama atau sivik, pendekatan agama dalam pelbagai aktiviti kemasyarakatan, psikologi,
perundangan dan sebagainya.

7.0 RUMUSAN

Setelah mengenali secara umum beberapa cabaran umat Islam, kita dapat mengenal pasti
faktor yang menghalang umat daripada bangkit semula mengambil tempatnya sebagai guru
dan pemimpin dunia. Adalah menjadi tanggungjawab kita yang prihatin dan peka dengan
masa depan umat untuk melakukan muhasabah dan belajar daripada sejarah lampau untuk
membolehkan kita menyusun langkah teratur dalam menuju masa depan yang gemilang.Kita
perlu menoleh ke belakang untuk mengambil iktibar dan pengajaran daripada generasi lalu
dan melihat ke hadapan dengan perancangan teratur bagi membolehkan umat Islam terus
melangkah dengan yakin dan bertawakal kepada Allah.

Imam Malik r.a. berkata: “Tidak akan baik golongan yang terakhir daripada umat ini
kecuali dengan apa yang sudah baik umatnya yang terdahulu.”

21
8.0 REFERENS

Atukshila.(2018).Contoh Metodologi. https://www.slideshare.net/atokshila/contoh-


metodologi-kajian-109026820.

Berhanundin Abdullah & Zawawi


Yusoff.(2015).FaktorKelemahanPeradabanIslamDanLangkahMengatasinya.https://
www.unisza.edu.my/icic/images/Fullpaper/78_-_Zawawi_Yusoff.pdf

Farahwahida Mohd Yusofa,Arieff Salleh Rosmana,Azmi Shah Suratmana,Mohd Nasir


Ripina,Aminuddin Ruskama.(2012).Faktor dan Cabaran Pertukaran Agama dalam
Kalangan Masyarakat Melayu-Islam di Malaysia. Jurnal Teknologi.
https://sainshumanika.utm.my/index.php/sainshumanika/article/view/182/181

Jasni bin Sulong.(2016).Pemeliharaan Akidah Islam.EJurnal


https://ejournal.um.edu.my/index.php/afkar/article/download/5456/3227/12301.

Nasarudin Desa @ Man , Tengku Intan Zarina Tengku Puji & Sabri Mohamad.
(2018).MenanganiKeruntuhanAkhlakMasaKiniMenurutIslam.Jurnal al-Turath.
http://journalarticle.ukm.my/15742/1/62-138-1-PB.pdf

Nur Diyana Ahmad Puat,Berhanuddin Abdullah(2018).Universiti Sultan Zainal


Abidin(Kampus Gong Badak)21300 Kuala Terengganu, Terengganu..Pembinaan Jati Diri
Remaja Felda Melalui Aktiviti Dakwah.Jurnal Islam dan Masyarakat Kontemporari (JIMK)
https://www.proquest.com/openview/6eaf27f62164411dee93ec680abb9ed1/1?pq-
origsite=gscholar&cbl=4827496

22
Peribadi Rasulluah.(2018).Dalil-dalil Allah tidak suka golongan jahil.
https://peribadirasulullah.wordpress.com/2018/09/23/dalil-dalil-allah-swt-tidak-suka-
golongan-jahil/

Wan Ramizah Hasan , Mohd Farid Ravi Abdullah.


(2020).MenanganiMasalahZinaMenurutPerspektifAl-
QuranDanSunnah.JournalOfSultanAlauddinSulaimanShah.JournalOfHumanities&SocialScie
nces.http://jsass.kuis.edu.my/index.php/jsass/article/view/13

23

Anda mungkin juga menyukai