Anda di halaman 1dari 7

PROPOSAL KAJIAN

HUBUNGAN ETNIK
TAJUK: RUKUN ISLAM DALAM HUBUNGAN
ETNIK

NAMA KUMPULAN: KUR KUR SAYANG


Muhammad Izzul Irfan bin 198562
Che Iswanizam
Megat Muhammad Irfan bin 197420
Megat Mohd Safawi
Raja Syazana binti Raja 193917
Amir
Muhammad Syahmi bin 199087
Mohamed Shuhaidi
Abdul Haris bin Abdullah 198636
Azmil bin Mohyidin 196865
Kamilia binti Khidir 193257
RUKUN ISLAM DALAM HUBUNGAN ETNIK

1.0 Pengenalan
Sejak zaman dahulu, pengaruh agama dikait rapat dengan pembanagunan nilai moral dan etika serta
hubungan etnik antara satu sama lain. Agama jelas merupakan sumber yang penting kerana agama
dijadikan sebagai sumber penyatuan iaitu agama sangat menekankan pembangunan ikatan sosial dan
menyatukan semua individu bagi membentuk sebuah masyarakat. Selain itu, hal ini juga berfungsi
integratif kerana mengandungi nilai-nilai pemersatuan yang ada dalam setiap dokrinnya. Jelaslah,
bahawa agama merupakan satu aspek yang tidak boleh dinafikan penting bagi pembangunan hubungan
etnik sesama sendiri terutamanya agama Islam, yang membincangkan asas hubungan etnik menurut
ajaran Islam. Antaranya, aspek memahami antara satu sama lain( Al-Tafahum).Al-Tafahum ialah salah
satu asas yang menceritakan bahawa kehidupan yang lebih sejahtera mampu dicapai apabila masyarakat
saling memahami. Dengan ini, perpecahan dan persengketaan dapat dielakkan dan melalui akitivit
seperti gotong royong perdana, rumah terbuka dan hari keluarga dapat memperkukuhkan semangat
persefahaman antara satu sama lain. Selain itu, Islam juga memperkenalkan kepada konsep Al Ta’wun
iaitu bermaksud tolong menolong. Dengan itu, tujuan bantu-membantu dan bekerjasama hendaklah
bertujuan kearah kebaikan dan bersikap ikhlas demi mencapai kepentingan dalam konteks masyarakat
plural di samping menolak segala keburukkan. Akhir sekali, apabila aspek ini sudah sebati dalam
kehidupan masayarakat plural, hunungan sosial antara kaum bertambah mantap.Seterusnya, diteruskan
dengan konsep Al-Ukhuwwah yang memberi maksud persaudaraan. Hal ini sangat penting kerana
apabila aspek ini diteraskan dalam kehidupan masyarakat plural, persaudaraan berdasarkan iman dan
takwa dapat menyatupadukan hubungan masyarakat lebih erat berbanding dengan pendekatan yang
lain. Justeru, aspek ini dapat melahirkan perasaan yang ikhlas dan jujur dan akan mengasihi etnik yang
lain seperti saudaranya sendiri tanpa mengira ras atau kaum.Akhir sekali, Islam menciptakan konsep Al
Mahabbah yang bermaksud berkasih sayang. Apabila masyarakat mempunyai sifat ini, mereka akan
dapat bermesra dengan mudah dan menghapuskan permusuhan dan sengketa. Selain itu, apabila
masyarakat bersikap ikhlas berkasih sayang, hal-hal seperti pergaduhan antara kaum dan bersikap rasis
yang sering berlaku di negara-negara Barat dapat dielakkan serta dapat memperkukuhkan lagi hubungan
etnik masyarakat plural di negara ini.Dengan itu, jelaslah bahawa tanpa agama Islam dan ajaran-
ajarannya, hubungan etnik di masarakat Malaysia tidak dapat dibentukkan dengan kuat dan sering
berlakunya pergaduhan dan permusuhan antara satu sama lain.

1.1 PENYATA MASALAH


Permasalahan yang dikaji dalam kajian ini adalah seperti berikut:

Sebagai generasi muda dan umat Islam zaman kini,kami memiliki beberapa persoalan mengenai
pendapat kaum etnik lain berkenaan rukun Islam yang wajib dipatuhi oleh seluruh umat Islam.Kami
ingin mengetahui apakah pandangan kaum etnik lain berkenaan umat Islam harus menunaikan haji dan
umrah di satu tempat sahaja iaitu Mekah dan Madinah,manakala tempat lain tidak boleh melakukan
ibadat ini.Selain itu,kami ingin mengetahui bagaimana reaksi kaum etnik lain apabila umat Islam
diwajiban berpuasa sebulan sekali setahun di mana mungkin ada sesetengah pendapat menganggap
ibadat puasa sukar dilakukan untuk sebulan.Apakah kaum etnik lain juga ingin merasai ibadat-ibadat
yang kami lakukan.Seterusnya,di dalam rukun Islam umat Islam diwajibkan untuk melakukan ibadat
solat lima kali sehari.Maka,kami ingin tahu sejauh mana kaum-kaum etnik yang beragama Islam
mengamalkan ibadat yang wajib ini.Adakah mereka merasakan ini beban atau nikmat bagi
mereka.Akhir sekali,kami juga ingin tahu pandangan mereka secara keseluruhan mengenai Islam itu
sendiri dan pendapat mereka terhadap segala ibadat-ibadat yang umat Islam wajib lakukan.

1.2 Objektif

1. Memahami pendekatan Islam dalam kehidupan masyarakat pelbagai etnik di Malaysia dalam
menyatupadukan masyarakat berbilang kaum.
2. Memastikan agar pendekatan Islam dalam konteks perhubungan etnik tidak seharusnya
dijadikan polimik dalam dalam kalangan para ilmuan dan cendekiawan yang cintakan
kebenaran.
3. Mendedahkan bahawa pendekatan Islam sentiasa sesuai dalam hidup masyarakat.
4. Mengutara konsep toleransi yang yang dibenarkan Islam.
1.3 LOKASI TEMPAT KAJIAN

Lokasi yang kami pilih sebagai tempat untuk melakukan kajian kami adalah di Presint 11, Putrajaya,
iaitu dalam lingkungan daerah Sepang, Selangor. Menurut statistik mengenai demografi agama,
populasi di Putrajaya pada 2010 adalah 97.4% Muslim, 1.0% Hindu, 0.9% Kristian, 0.4% Buddha, 0.2%
yang tidak diketahui dan 0.1% lain-lain. Lokasi kajian ini terletak kira-kira 14 kilometer dari kolej
kediaman kami di Universiti Putra Malaysia dan mengambil kira-kira 15 minit perjalanan dengan
menaiki kereta. Di samping itu, kawasan tersebut juga mempunyai sebuah taman rekreasi sebesar 41
hektar yang meliputi tiga buah bukit, iaitu Taman Saujana Hijau. Taman Saujana Hijau menjadi
kawasan rekreasi dan aktiviti riadhah bagi penduduk yang berbilang kaum di Presint 11, Putrajaya,
menjadikan kawasan Presint 11 sebagai tempat yang baik untuk kami melakukan kajian kami.

Peta 1: Kawasan Kajian

( Sumber: Google Map )


Gambar 1: Kawasan Perumahan Presint 11, Putrajaya
( Sumber : adammale.blogspot.com )

Gambar 2: Taman Saujana Peta 1: Kawasan Kajian


1.4.1 Kaedah kaji selidik

· Bagi memperolehi dapatan kajian yang lebih tepat, borang kaji selidik telah dibentuk berpandukan
kepada tujuan dan matlamat kajian. Selain itu, kaji selidik ini juga dibentuk agar dapat menjawab
persoalan - persoalan kajian yang telah ditetapkan. Soalan – soalan ini terdiri daripada lima bahagian
iaitu:-
 Bahagian A merujuk kepada soalan – soalan yang berkaitan dengan demografi responden.
 Bahagian B merujuk kepada soalan – soalan mengenai impak-impak aplikasi rukun Islam
dalam hubungan etnik di Malaysia melalui tiga rukun utama iaitu solat, puasa, dan menunaikan
haji. Soalan harus dijawab menggunakan skala yang telah ditetapkan.

Skala yang digunakan adalah berpandukan Skala Likert. Borang Soal selidik dikemukan kepada 30
orang secara rawak berdasarkan keterbukaan responden untuk menerima dan sudi bekerjasama.

1.4.3 Pemerhatian
Kaedah ini digunakan bagi mengesahkan adaptasi rukun islam dalam hubungan etnik dalam
kalangan masyarakat setempat di Putrajaya. Kaedah ini juga bertindak bagi menilai sejauh mana kajian
yang dijalankan menunjukkan hasil dan keberkesanannya. Tidak cukup dengan itu, kaedah ini turut
melihat kehidupan sosial masyarakat setempat untuk menguatkan lagi hipotesis terhadap objektif
kajian. Sebelum membuat pemerhatian, penyelidik perlu membuat perancangan yang baik dan teliti.
Setiap pemerhatian mestilah mempunyai tujuan tertentu, dilakukan secara sistematik, mempunyai
fokus, dan mestilah dicatatkan secara rapi dan betul. Catatan yang dibuat mestilah tepat, sah, dan boleh
dipercayai. Jenis pemerhatian yang akan dilakukan ialah pemerhatian bukan peserta. Jenis pemerhatian
ini memerlukan pemerhati memilih tempat yang sesuai untuk membuat pemerhatian. Tempat
pemerhatian mestilah memberi peluang sebanyak mungkin kepada pemerhati untuk membuat
pemerhatian secara teliti terhadap segala gerak-geri ahli kumpulan atau individu yang diperhati. Kaedah
pemerhatian atau tinjauan ini dijalankan di sekitar kawasan perumahan di Putrajaya dimana
penduduknya terdiri daripada pelbagai kaum seperti melayu, india dan cina. Pemerhatian boleh dibuat
dengan bantuan peralatan seperti alat-alat rakaman termasuk teropong, kaset, dan kamera video.
Kebaikan kaedah ini ialah responden kajian mungkin tidak menyedari akan kehadiran pemerhati dan
dengan itu ia akan menunjukkan tingkah laku yang tulen dan tidak berpura-pura. Data-data yang
diperoleh lebih tulen dan ini akan menyumbang kepada ketepatan maklumat yang dikumpul. Bukan itu
sahaja, kaedah pemerhatian ini boleh dijadikan sebagai kaedah alternative dalam mengumpul maklumat
selain soal selidik.
1.5 KESIMPULAN

Pada akhirnya , konsep rukun-rukun islam yang telah lama sebati dalam kalangan masyarakat malaysia
terutamanya dikalangan masyarakat melayu hendaklah difahami dan diaplikasikan dalam kehidupan
bermasyarakat. Hal ini pentimg agar perpaduan dan kesejahteraan hubungan antara kaum sentiasa
berada dalam keadaan yang baik. Selain itu, kita perlulah sentiasa memahami kepentingan dan peranan
agama-agama di Malaysia yang dianuti oleh kaum yang pelbagai agar persengkataan dan salah faham
dapat dielakkan. Sebagai contoh, sepertimana kaum india atau cina memahami bahawa kaum Melayi
tidak boleh meminum arak, kaum melayu juga perlu memahami dan memgetahui pantang larang agama
lain. Setiap daripada kita hendaklah memainkan peranan dalam mengamalkan rukun-rukun Islam dalam
kehidupan seharian dan mengaplikasikannya untuk mengukuhkan perpaduan dan perhubungan antara
etnik Malaysia yang pelbagai.

Anda mungkin juga menyukai