Anda di halaman 1dari 11

1.

0 PENGENALAN

Hubungan kejiranan antara penduduk PPAM Larai Presint 6 dapat dirapatkann


dan jurang antara penduduk semakin berkurangan. Tanpa disedari hubungan
kejiranan ini mampu mewujudkan perpaduan dalam kalangan masyarakat.
Hubungan kejiranan ini juga dapat mewujudkan interaksi sosial yang sempurna
dan mampu menguatkan perpaduan di PPAM Larai, Presint 6. Perhubungan di
bandar ini dikatakan kurang mesra yang hanya mementingkan kebendaan dan
inginkan kekayaan bagi meningkatkan taraf hidup. Tidak lupa juga pengedaran
masa kini yang banyak bergantung kepada dunia teknologi yang segalanya
dihujung jari. Ini menyebabkan berlakunya pengabaian nilai murni seperti tolong-
menolong dan interaksi antara jiran-jiran.
Tema bagi kajian ini ialah sosial dan budaya. Sosial menurut Kamus Dewan
Bahasa dan Pustaka (2005) ialah segala yang berkaitan dengan masyarakat dan
kemasyarakatan. Maksud sosial menurut Ibn Khaldun (2002) pula ialah
menjelaskan persekitaran yang baik perlu menghasilkan akhlak yang baik dan
perlu lahir dari diri sendiri berdasarkan pengamatannya kepada faktor-faktor
persekitaran yang boleh mempengaruhi tabiat hidup manusia manakala menurut
Kamus Cambridge maksud sosial ialah berkaitan dengan aktiviti di mana anda
bertemu dan menghabiskan masa dengan orang lain.
Seterusnya, maksud budaya bagi pendapat Mohd Taib Osman (1998) ialah
satu himpunan kelengkapan intektual dan kebendaan yang dapat memenuhi
kehendak biologi dan kemasyarakatan serta dapat menyesuaikan dengan keadaan
sekeliling. Dalam Bahasa Inggeris budaya disebut sebagai culture yang berasal
daripada perkataan Latin iaitu cultus. Menurut Krik (2005) perkataan cultus ini
dari bangsa Roman adalah merujuk kepada simbolik aktiviti dalam mengerjakan
dan berbakti kepada tanah mereka. Pada mereka jika tanaman mereka Berjaya ia
akan membesar membentuk sebuah tamadun dan tamadun itu adalah sekumpulan
manusia yang hidup penuh dengan budaya tersendiri. Menurut Kamus Dewan
Edisi Keempat pula, budaya ditakrifkan sebagai tamadun atau peradaban. Selain
itu, Kamus Dewan juga mendefinisikan budaya ini sebagai kemajuan fikiran dan
juga akal budi.
Terdapat juga maksud sosiobudaya dari Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
Edisi Keempat, sosiobudaya bermaksud hubungan masyarakat dengan budaya
seperti cara hidup, adat istiadat dan lain-lain. Sosiobudaya merupakan gaya hidup
yang menjadi amalan dan pegangan dalam sesebuah kelompok masyarakat.
Menurut Rosfazila Abd Rahman (2019) sosiobudaya didefinisikan sebagai amalan
gaya hidup dan peradaban bagi sesuatu masyarakat yang lahir dari pegangan dan
kecenderungan diri masyarakat berkenaan dengan pembangunan sosial kehidupan
masyarakat. Menurut Siti Khariah Mohd Zubir t.th, sosiobudaya dalam Kamus
Za’ba (2001) membawa pengertian hubungan yang terjalin antara masyarakat
dengan budaya seperti cara hidup, adat istiadat dan lain-lain. Maka, sosial dan
budaya ini merupakan perkara yang berkaitan dengan masyarakat. Sosial ialah
perkara yang berlaku dipersekitaran kita. Budaya pula merupakan corak hidup
yang digunakan oleh manusia untuk menjalankan aktiviti seharian mereka. Setiap
sosial dan budaya di dunia mempunyai keunikannya yang tersendiri.
Tema sosial dan budaya pada kajian ini akan mengkaji tema tentang
kejiranan. Menurut Sheau (2006) kejiranan ialah hubungan yang mesra antara
jiran yang menghasilkan tahap kepercayaan sesama mereka yang lebih tinggi
daripada kejiranan yang kurang mesra. Ini jelas menunjukkan bahawa hubungan
kejiranan adalah penting dalam membentuk perpaduan. Terdapat juga pendapat
menurut Jasmine (2008) tentang maksud kejiranan ialah interaksi di antara
komuniti dan persekitaran adalah kompleks dan boleh diteliti melalui konsep
kebolehdiaman. Akhir sekali, menurut Kajian Salmi (2006) tentang maksud
kejiranan ialah menunjukkan bahawa hubungan kejiranan yang baik ini mampu
untuk meningkatkan kestabilan dalam politik, mengurangkan kadar jenayah,
menjana pembanunan ekonomi serta dapat menjaga kebaikan sosial masyarakat.
Beliau menegaskan bahawa hubungan kejiranan ini mampu untuk meningkatkan
kesejahteraan hidup penduduk. Maka, kejiranan ini mampu meningkatkan tahap
kepercayaan sesama jiran, secara langsung dapat meningkatakan cara
berkomunikasi dan menjamin keselamatan kawasan perumahan daripada berlaku
kecurian dan rompakkan.
Objektif yang pertama adalah mengkaji langkah yang diambil bagi
mewujudkan semangat kejiranan dalam kalangan penduduk Pangsapuri PPAM
Larai, Presint 6, Putrajaya. Seterusnya, mengenalpasti kesan program kejiranan
terhadap semangat kejiranan dalam kalangan penduduk Pangsapuri PPAM Larai,
Presint 6, Putrajaya.
Kesimpulannya, sosial dan budaya ini tidak boleh dipisahkan dengan tema
kejiranan. Persekitaran dan budaya yang indah mampu melahirkan kejiranan yang
aman dan damai. Sosial dan budaya ini dapat mewujudkan kawasan kejiranan
yang dipenuhi dengan nilai-nilai murni yang perlu dicontohi dan diamalkan oleh
setiap kawasan perumahan. Wujudnya sosial dan budaya dikawasan perumahan
ini mampu mengenali dan mempelajari ilmu dari bangsa dan kaum yang berbeza
di kawasan perumahan. Sebagai contoh, cara menyambut perayaan kaum yang
berbeza di Malaysia ini. Secara tidak langsung, meningkatkan sifat kejiranan di
kawasan perumahan tersebut.
2.0 OBJEKTIF KAJIAN

Terdapat dua objektif kajian yang utama yang menjadi focus perbincangan dalam
kajian ini ialah :
1) Mengkaji kesan program kejiranan terhadap semangat kejiranan dalam
kalangan penduduk Pangsapuri PPAM Larai Presint 6, Putrajaya
2) Mengenalpasti Langkah yang diambil bagi mewujudkan semangat
kejiranan dalam kalangan penduduk Pangsapuri PPAM Larai , Presint6,
Putrajaya
3.0 LOKASI KAJIAN

3.1 Putrajaya

Peta 1: Peta Putrajaya


Sumber: Google Map Putrajaya

Putrajaya adalah sebuah ibu kota pintar dalam taman terletak 25 kilometer di
selatan Kuala Lumpur merupakan sebuah bandaraya futuristik yang menempatkan
pusat pentadbiran Kerajaan Persekutuan. Bermula dari sebuah tempat terperinci
yang dikenali dengan nama Prang Besar, Lokasinya yang berada ditengah-tengah
Koridor Raya Multimedia, Putrajaya seluas 4931 hektar ini dibangunkan dengan
kos RM20.5 bilion mengandungi Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
perumahan, kemudahan komersial, kemudahan social dan kemudahan keagamaan.
3.2 Presint 6

Peta 2: Peta PPAM Presint 6


Sumber: Google Map Putrajaya

Menurut Kamus Dewan dan Pustaka , maksud larai ialah kapal atau perahu. Koordinat
PPAM Larai, Jalan Kajangan P6, Presint 6 , Putrajaya bagi latitud ialah
2.89947369587 dan longitud ialah 101.661688873. Terdapat beberapa infrastruktur
yang berhampiran dengan PPAM Larai, aitu Kompleks Sukan Air Putrajaya Presint 6
jaraknya dari PPAM Larai ialah 790 meter. Selain itu, terdapat juga hotel 5 bintang
yang berampiran dengan PPAM Larai iaitu Double Tree by Hilton Putrajaya yang
hanya mempunyai jarak 990 meter.
3.3 PPAM Larai

Foto 1 : PPAM Larai Presint 6


Sumber : Kerja Lapangan 2023

Pangsapuri PPAM Larai ini juga terdapat banyak infrastruktur yang ada di
kawasan ini. Pertama sekali, ialah Pejabat PPAM Larai. Jarak dari PPAM Larai ke
Pejabat PPAM Larai ialah 27 meter. Terdapat juga surau Ar-Rayyan, PPAM Larai
yang selesa di Kawasan PPAM Larai yang jarak dari PPAM Larai ke surau Ar-
Rayyan, PPAM Larai ialah 98 meter. Sekirannya ingin membuat majlis sesuai
diraikan di Dewan Seri Larai Jarak dari PPAM Larai ke Dewan Seri Larai ialah
180 meter. Pangsapuri PPAM Larai Presint 6, Putrajaya terdiri daripada 4 blok
dan setiap blok mempunyai 3 bahagian iaitu bahagian A, bahagian B dan bahagian
C. Setiap blok mempunyai 23 tingkat. Luas rumah setiap tingkat mempunyai 3
kaki persegi, iaitu 1000 kaki persegi, 1200 kaki persegi dan 1500 kaki persegi.
4.0 METODOLOGI

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat metodologi membawa maksud sistem


yang merangkumi kaedah dan prinsip yang digunakan dalam sesuatu kegiatan atau
disiplin. Tujuan metodologi adalah untuk membantu memahami dengan lebih luas
dan terperinci lagi tentang pengaplikasian kaedah dengan membuat huraian
tentang proses kajian. Metodologi kajian adalah merujuk kepada kaedah yang
paling sesuai untuk menjalankan penyelidikan dan menentukan tatacara yang
efektif bagi menjawab permasalah kajian.
Terdapat dua kaedah yang boleh digunakan dalam kajian ini, iaitu kualitatif
dan kuantitatif. Walaubagaimanapun, pengkaji memilih kaedah kuantitatif untuk
mendapatkan data. Menurut buku penilitian kualitatif terdapat maksud kuantitatif
menurut Nasution (1988) adalah mempelajari permukaan masalah atau bahagian
luarnya. Kuantitatif ini juga bersifat atomistic, memecahkan kenyataan dalam
bahagian-bahagian. Tujuan kuantitatif adalah memncapai generalisasi untuk
meramal dan bersifat deterministic, tertuju kepada kepastian dengan menguji
hipotesis penelitian.
Menurut buku Metodologi Penelitian Sosial, kaedah kuantitatif dinamakan
metode tradisional, arena metode ini sudah cukup lama digunakan, sehingga
mampu mentradisikan sebagai metode untuk penelitian. Disebut metode
positivistic kerana metode ini berlandaskan pada filsafat positivism. Metode ini
sebagai metode ilmiah atau scientific kerana telah memenuhi kaedah ilmiah iaitu
konkrit atau empiris, objektif , rasional dan sistematis . Metode ini juga disebut
metode discovery, kerana data penelitian berupa angka dan analisis menggunakan
statistik.
4.1 CARA MENDAPATKAN MAKLUMAT DAN DATA
a) Soal selidik
Pengkaji mendapatkan data dari penduduk Pangsapuri PPAM Larai dengan
melakukan soal selidik. Menurut Mshahrulnizam (2017) maksud soal selidik
ialah satu set soalan atau item dalam bentuk tulisan. Soal selidik ini satu alat
yang dibentuk secara khusus untuk mengumpul maklumat bagi tujuan analisis
yang dapat menjawab persoalan kajian. Borang soal selidik dalam kajian ini
telah dijawab oleh penduduk Pangsapuri PPAM Larai Presint 6, Putrajaya.
Tujuan soal selidik ini dijalankan adalah untuk mengukur tahap kesedaran dan
mengenalpasti langkah yang diambil oleh penduduk Pangsapuri PPAM Larai.
Borang soal selidik ini berbentuk soalan tertutup. Rasional menggunakan soal
selidik tertutup adalah untuk mendapatkan jawapan yang berbeza-beza dan
mudah dibandingkan serta jawapan mudah dianalisis.

b) Pemerhatian
Dalam kajian ini, pengkaji menggunakan teknik pemerhatian. Teknik
pemerhatian ini penting terutama apabila menyiasat langkah yang diambil bagi
mewujudkan semangat kejiranan dalam kalangan penduduk Pangsapuri PPAM
Larai , Presint6, Putrajaya. Menurut Patton (1990) teknik pemerhatian adalah
penting kerana pengkaji dapat menyiasat di peringkat proses perlaksanaan
dengan lebih mendalam dan memberi maklumat yang realistik. Pendapat ini
disokong oleh Bogden dan Biklen (1998) yang menyatakan bahawa pengkaji
boleh menentukan proses secara terus melalui pemerhatiannya. Kaedah
pemerhatian merupakan satu kaedah penyelidikan yang digunakan untuk
mengukur pemboleh ubah penyelidikan. Pemerhatian juga merupakan
alternatif yang terdapat dalam mengumpul maklumat atau pengumpulan data
selain soal selidik. Pengkaji akan membuat pemerhati di Pangsapuri PPAM
Larai Presint 6, Putrajaya. Pemerhatian adalah antara cara untuk mendapatkan
maklumat dan data yang saling melengkapi dengan data yang lain.

c) Kajian kepustakaan

Pengkaji juga menggunakan kajian kepustakaan. Menurut Mohd Shaffie


(1991), kajian kepustakaan merupakan kaedah yang digunakan oleh seseorang
penyelidik atau penulis untuk mendapatkan data dan bukti melalui kajian ke
atas dokumen dan rekod-rekod yang sedia ada. Kajian kepustakaan ini adalah
penting dilakukan bagi mengumpul maklumat yang berkaitan dengan program
kejiranan di Pangsapuri PPAM Larai, Presint 6, Putrajaya yang merupakan
medium mengeratkan hubungan kejiranan antara penduduk. Mencari
maklumat di Perpustakaan dapat meluaskan maklumat dan ilmu pengetahuan.
Kajian kepustakaan ini juga dapat membantu pengkaji menjalankan kajian
secara terperinci atau lebih mendalam. Kajian kepustakaan ini juga akan
membolehkan penyelidik menganalisis pandangan tokoh dengan tokoh yang
lain. Pengkaji memperoleh maklumat berkenaan pandangan tokoh berkaitan
dengan pengertian melalui buku , tesis , laporan serta turut memanfaatkan
kemudahan jurnal atas talian yang dibekalkan dalam sistem atas talian oleh
pihak universiti.
4.2 Cara mendapatkan Responden
Pengkaji telah mengedarkan 30 borang soal selidik untuk diedarkan secara
rawak bertujuan kepada responden yang tinggal di Kawasan Pangsapuri PPAM Larai
Presint 6, Putrajaya. Rawak bertujuan ini digunakan dalam kajian jenis tindakan.
Dalam kaedah ini pengkaji dapat menentukan responden yang sesuai mengikut
objektif kajian pengkaji. Walaupun penemuan kajian tindakan yang menggunakan
rawak bertujuan ini tidak mewakili populasi tetapi dapat memberikan gambaran awal
mengenai bidang kajian pengkaji. Pengkaji memberi soal selidik kepada 30 responden
dengan menggunakan google form. Di dalam soal selidik tersebut mengandungi 3
bahagian iaitu bahagian A , bahagian B dan bahagian C. Soal selidik di bahagian A
merujuk kepada latar belakang responden, manakala di bahagian B merujuk kepada
objektif pertama iaitu mengkaji kesan program kejiranan terhadap semangat kejiranan
dalam kalangan penduduk Pangsapuri PPAM Larai Presint 6, Putrajaya. Bahagian C
merujuk kepada objektif yang kedua, iaitu mengenalpasti langkah yang diambil bagi
mewujudkan semangat kejiranan dalam kalangan penduduk Pangsapuri PPAM Larai,
Presint 6, Putrajaya.
4.3 Cara Menganalisis Data
Pengkaji telah menggunakan carta pai bagi menganalisis data dari soal selidik.
Carta pai merupakan suatu jenis perwakilan data yang menggunakan sektor bulatan
untuk menunjukkan maklumat-maklumat tertentu. Maklumat-maklumat tersebut
biasanya dikumpulkan dalam bentuk pecahan atau peratus dan setiap sudut sektor
adalah berkadaran terus dengan pecahan atau peratus yang mewakili maklumat-
maklumat yang berkenaan. Carta pai lazimnya digunakan untuk membuat
perbandingan suatu kumpulan data dengan keseluruhan data. Carta pai ini akan
digunakan untuk objektif yang pertama iaitu mengkaji kesan program kejiranan
terhadap semangat kejiranan dalam kalangan penduduk Pangsapuri PPAM Larai
Presint 6, Putrajaya dan objektif yang kedua ialah mengenalpsti Langkah yang
diambil bagi mewujudkan semangat kejiranan dalam kalangan penduduk Pangsapuri
PPAM Larai Presint 6 , Putrajya. Carta pai bagi kajian ini mengandungi 5 sektor iaitu
sangat tidak setuju, tidak setuju, kurang setuju, setuju dan sangat setuju.
Mengkaji kesan program kejiranan terhadap semangat kejiranan dalam
kalangan penduduk PPAM Larai, Presint 6, Putrajaya.
1. Saya dapat melahirkan sifat bertanggungjawab terhadap kawasan PPAM
Larai.
2. Saya dapat berkhidmat di PPAM Larai dengan membersihkan kawasan
perumahan.
3. Saya dapat mengeratkan hubungan silaturrahim bersama penduduk di PPAM
Larai.
4. Saya dapat menambah kenalan saya.
5. Saya dapat mengisi masa lapang bersama penduduk PPAM Larai.
6. Saya dapat menjamin keselamatan di kawasan PPAM Larai ini.
7. Saya dapat membantu membangunkan kawasan PPAM Larai melalui
kemahiran dan bakat saya.
8. Saya dapat lebih cakna dengan jiran tetangga.
9. Saya dapat membantu menambahbaik persekitaran PPAM Larai dari segi
fizikal seperti kebersihan kawasan PPAM Larai.
10. Saya dapat membantu menambahbaik dari segi sosial dalam kejiranan seperti
keprihatinan dan kerjasama antara penduduk PPAM Larai.
11. Saya dapat menambah ilmu agama bersama penduduk PPAM Larai semasa
Program Tazkirah di Surai PPAM Larai.
Mengenalpasti langkah mewujudkan semangat kejiranan dalam kalangan
penduduk PPAM Larai, Presint 6, Putrajaya.
1. Ahli Jawatankuasa Larai mengadakan kelas mengaji kepada kanak-kanak dan
dewasa.
2. Ahli Jawatankuasa blok mengadakan perbincangan terbuka di dalam group
WhatsApp.
3. Ahli Jawatankuasa Larai menganjurkan aktiviti berbuka puasa di surau PPAM
Larai.
4. Ahli Jawatankuasa Larai menganjurkan pertandingan menghias kek sempena
hari kemerdekaan di Dewan Larai.
5. Ahli Jawatankuasa Larai blok 4 mengadakan kelas mengaji bagi kanak-kanak
6. Ahli Jawatankuasa Larai mengadakan aktiviti malam terbuka seperti malam
barbeku di gelanggang futsal PPAM Larai blok 4.
7. Ahli Jawatankuasa Larai mengagihkan bubur lambuk pada setiap bulan
Ramadhan.
8. Ahli Jawatankuasa Larai menganjurkan aktiviti hari raya seperti pertandingan
menganyam ketupat.
9. Ahli Jawatankuasa Larai mengadakan pertandingan menghias blok sempena
hari kemerdekaan.
10. Ahli Jawatankuasa Larai mengadakan mesyuarat setiap blok agar dapat
mengumpul suara penduduk.
11. Ahli Jawatankuasa Larai memelihara keselamatan penduduk PPAM Larai
dengan menyediakan pegawai keselamatan, pondok keselamatan dan pagar
keselamatan untuk memastikan hanya penduduk dan pelawat yang dibenarkan
untuk masuk.

Anda mungkin juga menyukai