Anda di halaman 1dari 30

MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA

SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA

Manual Pelaksanaan
Kerja Kursus Bahasa Melayu
Kertas 4 (910/4): Penulisan Esei Berformat

Semester 2 Tahun 2023

PERINGATAN:
Manual ini khusus untuk kegunaan guru atau pemeriksa dan calon sahaja.

Manual ini terdiri daripada 30 halaman bercetak.


© Majlis Peperiksaan Malaysia 2023

TERHAD
TERHAD MANUAL PELAKSANAAN KERJA KURSUS

KANDUNGAN

Perkara Halaman

BAHAGIAN I: GURU DAN PEMERIKSA

1 Pengenalan 3

2 Objektif 3

3 Pelaksanaan Kerja Kursus


3.1 Arahan Kerja Kursus 3
3.2 Tanggungjawab Pengetua 3
3.3 Tanggungjawab Guru Bahasa Melayu Sekolah Kerajaan dan Sekolah Bantuan 4
Kerajaan
3.4 Tanggungjawab Pemeriksa
3.4.1 Tanggungjawab Pemeriksa Calon Sekolah Swasta 5
3.4.2 Tanggungjawab Pemeriksa Calon Persendirian Individu 5
3.5 Tanggungjawab Guru Bahasa Melayu Sekolah Swasta 6

BAHAGIAN II: CALON

3.6 Tanggungjawab Calon Sekolah Kerajaan dan Sekolah Bantuan Kerajaan 7


3.7 Tanggungjawab Calon Sekolah Swasta 7
3.8 Tanggungjawab Calon Persendirian Individu 8
3.9 Kes Plagiat Kerja Kursus 9

4 Jadual Perancangan dan Pelaksanaan Kerja Kursus


4.1 Calon Sekolah Kerajaan dan Sekolah Bantuan Kerajaan 10
4.2 Calon Sekolah Swasta 13
4.3 Calon Persendirian Individu 17

5 Format Penulisan 19

6 Struktur Penulisan 19

7 Penskoran 20

8 Borang yang Digunakan 22


Lampiran 1: Muka Hadapan Kerja Kursus 23
Lampiran 2: Borang Perakuan Calon 24
Lampiran 3: Borang Markah Kerja Kursus Calon 25
Lampiran 4: Borang Rumusan Markah Kerja Kursus Calon 30

2
TERHAD MANUAL PELAKSANAAN KERJA KURSUS

BAHAGIAN I: GURU DAN PEMERIKSA

1 PENGENALAN
Setiap calon Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) wajib melaksanakan kerja kursus dalam
mata pelajaran Bahasa Melayu. Wajaran markah bagi kerja kursus ini adalah sebanyak 8%. Markah
kerja kursus ini akan diambil kira bersama dengan markah ujian bertulis semester 1, 2, dan 3 bagi
tujuan penggredan mata pelajaran.

2 OBJEKTIF
Tujuan kerja kursus ini dilaksanakan adalah untuk menilai dan memperkukuh kebolehan dan
keupayaan calon untuk
2.1 memahami dan mengaplikasi pengetahuan dan sistem bahasa Melayu
2.2 menerapkan domain kemahiran insaniah dalam mata pelajaran ini

3 PELAKSANAAN KERJA KURSUS


3.1 Arahan Kerja Kursus
(a) Kerja kursus Bahasa Melayu (penulisan esei berformat) wajib dilaksanakan oleh semua
calon pada semester 2.
(b) Calon dikehendaki menulis lapan esei berformat berdasarkan soalan yang disediakan oleh
guru atau MPM.
(c) Tempoh pelaksanaan kerja kursus ini adalah sepanjang semester 2.

3.2 Tanggungjawab Pengetua


(a) Mempengerusikan Mesyuarat Kerja Kursus (KK) Tingkatan Enam peringkat sekolah
(b) Memastikan semua calon yang menghasilkan penulisan esei berformat mendapat bimbingan
daripada guru
(c) Memastikan pelaksanaan penulisan esei berformat diserapkan dalam strategi pengajaran dan
bukan merupakan kerja tambahan yang memerlukan persediaan dan waktu yang berasingan
(d) Mendapatkan maklumat daripada guru bahasa Melayu mengenai perkembangan penulisan
esei berformat calon dan masalah yang mungkin dihadapi oleh calon
(e) Memastikan penulisan esei berformat dilaksanakan dengan teratur dalam tempoh yang
ditetapkan
(f) Memastikan penulisan esei berformat calon dihantar kepada guru mengikut tarikh yang
ditetapkan
(g) Memastikan guru menyemak dan menilai penulisan esei berformat calon berdasarkan skema
pemarkahan yang ditetapkan oleh MPM
(h) Mengesahkan markah penulisan esei berformat yang diperoleh calon dengan
menandatangani borang rumusan markah kerja kursus calon
(i) Memastikan guru menghantar markah penulisan esei berformat calon kepada MPM
mengikut tarikh yang ditetapkan
(j) Memastikan penyediaan ruang untuk penyimpanan evidence penulisan esei berformat calon
di sekolah
(k) Memastikan guru menyimpan evidence penulisan esei berformat calon dari tarikh
penghantaran markah melalui e-submission hingga tarikh keputusan STPM diumumkan
(l) Memastikan evidence penulisan esei berformat calon dilupuskan dalam tempoh enam bulan
selepas tarikh keputusan STPM diumumkan

3
TERHAD MANUAL PELAKSANAAN KERJA KURSUS

3.3 Tanggungjawab Guru Bahasa Melayu Sekolah Kerajaan dan Sekolah Bantuan Kerajaan
(a) Melayari portal MPM untuk memuat turun Manual Pelaksanaan Kerja Kursus Bahasa
Melayu, Manual Format dan Contoh Penulisan Esei Berformat, dan Skema Pemarkahan
(b) Menandatangani Borang Akta MPM (MPM/P13.1 dan MPM/P13.4) yang dilampirkan
dalam Skema Pemarkahan Kerja Kursus Bahasa Melayu Kertas 4 (910/4) dan
menyerahkannya kepada urus setia semasa taklimat kerja kursus, untuk dihantar kepada
pegawai meja di Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) atau pegawai meja di Pejabat Pendidikan
Daerah (PPD)
(c) Memberikan penerangan kepada calon tentang pelaksanaan penulisan esei berformat
(d) Menyediakan soalan penulisan esei berformat untuk calon. Soalan yang disediakan mestilah
asli dan tidak diciplak daripada mana-mana sumber. Setiap soalan yang disediakan
mestilah sesuai dengan format esei. Sekiranya guru menciplak soalan daripada mana-
mana sumber atau menyediakan soalan yang tidak sesuai dengan format esei, MPM boleh
mengarahkan guru berkenaan untuk menyediakan soalan esei berformat tersebut semula dan
calon perlu menulis esei berformat berkenaan semula.
(e) Menjalankan proses pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPc) bagi setiap jenis format esei
(f) Menyerahkan soalan penulisan esei berformat kepada calon pada akhir PdPc setiap format
esei
(g) Membimbing calon menghasilkan penulisan esei berformat
(h) Memastikan calon menulis esei berformat dalam waktu PdPc. Sewaktu penulisan esei
berformat, calon dibenarkan untuk membawa/merujuk kepada bahan-bahan rujukan yang
berkaitan. Bahan rujukan boleh terdiri daripada isi-isi penting sahaja. Calon tidak
dibenarkan untuk membawa bahan rujukan berbentuk esei penuh. Guru tidak
dibenarkan untuk menyediakan draf jawapan atau esei penuh untuk calon.
(i) Memastikan calon menulis kelapan-lapan esei berformat tanpa meniru, menyalin, atau
menciplak esei daripada mana-mana sumber. Sekiranya calon tidak menulis salah satu
esei berformat, calon akan diberikan gred X.
(j) Memastikan calon menguasai format esei sebelum mengajarkan jenis format esei yang lain
(k) Memastikan semua calon menghantar kelapan-lapan penulisan esei berformat untuk disemak
dan dinilai
(l) Menyemak dan menilai penulisan esei berformat calon berdasarkan skema pemarkahan yang
ditetapkan oleh MPM
(m) Memberikan peluang kepada calon untuk menambah baik markah masing-masing
(n) Memastikan markah kerja kursus calon hanya ditulis pada borang markah kerja kursus calon
(Lampiran 3) dan tidak ditulis pada evidence kerja kursus calon
(o) Menandatangani borang perakuan calon (Lampiran 2) yang telah ditandatangani oleh calon,
borang markah kerja kursus calon (Lampiran 3), dan borang rumusan markah kerja kursus
calon (Lampiran 4)
(p) Menghantar markah penulisan esei berformat calon kepada MPM dengan menggunakan
perisian e-submission mengikut tarikh yang ditetapkan (rujuk perkara 4 Jadual
Perancangan dan Pelaksanaan Kerja Kursus; 4.1 Calon Sekolah Kerajaan dan
Sekolah Bantuan Kerajaan dan Kalendar Kerja Kursus STPM 2023 Mata Pelajaran
Sains Sosial yang boleh dimuat turun dari portal MPM).
(q) Menyimpan evidence penulisan esei berformat calon dari tarikh penghantaran markah
melalui e-submission hingga tarikh keputusan STPM diumumkan
(r) Melupuskan evidence penulisan esei berformat calon dalam tempoh enam bulan selepas
tarikh keputusan STPM diumumkan

4
TERHAD MANUAL PELAKSANAAN KERJA KURSUS

3.4 Tanggungjawab Pemeriksa


(Guru sekolah kerajaan atau sekolah bantuan kerajaan yang dilantik sebagai pemeriksa kerja
kursus calon sekolah swasta dan calon persendirian individu)

3.4.1 Tanggungjawab Pemeriksa Calon Sekolah Swasta


(a) Melayari portal MPM untuk memuat turun Manual Pelaksanaan Kerja Kursus Bahasa
Melayu, Manual Format dan Contoh Penulisan Esei Berformat, Skema Pemarkahan,
dan Soalan Kerja Kursus untuk Calon Sekolah Swasta dan Calon Persendirian
Individu
(b) Menandatangani Borang Akta MPM (MPM/P13.1 dan MPM/P13.4) yang dilampirkan
dalam Skema Pemarkahan Kerja Kursus Bahasa Melayu Kertas 4 (910/4) dan
menyerahkannya kepada urus setia semasa taklimat kerja kursus, untuk dihantar
kepada pegawai meja di JPN atau pegawai meja di PPD
(c) Memastikan markah kerja kursus calon hanya ditulis pada borang markah kerja kursus
calon (Lampiran 3) dan tidak ditulis pada evidence kerja kursus calon
(d) Menandatangani borang markah kerja kursus calon (Lampiran 3) dan borang
rumusan markah kerja kursus calon (Lampiran 4)
(e) Menyemak dan menilai penulisan esei berformat calon berdasarkan skema
pemarkahan yang ditetapkan oleh MPM
(f) Menghantar markah penulisan esei berformat calon kepada MPM dengan
menggunakan perisian e-submission mengikut tarikh yang ditetapkan (rujuk perkara 4
Jadual Perancangan dan Pelaksanaan Kerja Kursus; 4.2 Calon Sekolah Swasta
dan Kalendar Kerja Kursus STPM 2023 Mata Pelajaran Sains Sosial yang boleh
dimuat turun dari portal MPM).
(g) Menyediakan sampel penulisan esei berformat yang dihasilkan oleh calon untuk
penyelarasan markah oleh Ketua Penyelarasa Kebangsaan (KPK)
(h) Menyimpan evidence penulisan esei berformat calon di JPN yang ditetapkan dari
tarikh penghantaran markah melalui e-submission hingga tarikh keputusan STPM
diumumkan (bagi sekolah swasta yang tidak dibenarkan untuk menyimpan evidence
penulisan esei berformat sahaja)

3.4.2 Tanggungjawab Pemeriksa Calon Persendirian Individu


(a) Melayari portal MPM untuk memuat turun Manual Pelaksanaan Kerja Kursus Bahasa
Melayu, Manual Format dan Contoh Penulisan Esei Berformat, Skema Pemarkahan,
dan Soalan Kerja Kursus untuk Calon Sekolah Swasta dan Calon Persendirian
Individu
(b) Menandatangani Borang Akta MPM (MPM/P13.1 dan MPM/P13.4) yang dilampirkan
dalam Skema Pemarkahan Kerja Kursus Bahasa Melayu Kertas 4 (910/4) dan
menyerahkannya kepada urus setia semasa taklimat kerja kursus, untuk dihantar
kepada pegawai meja di JPN atau pegawai meja di PPD
(c) Menemui calon untuk memberikan penerangan tentang pelaksanaan penulisan esei
berformat dari aspek pelaksanaan tugasan, penilaian tugasan, dan tarikh akhir
penyerahan tugasan
(d) Memastikan calon menulis kelapan-lapan esei berformat tanpa meniru, menyalin,
atau menciplak esei daripada mana-mana sumber. Sekiranya calon tidak menulis
salah satu esei berformat, calon akan diberikan gred X.
(e) Menyemak dan menilai penulisan esei berformat calon berdasarkan skema
pemarkahan yang ditetapkan oleh MPM

5
TERHAD MANUAL PELAKSANAAN KERJA KURSUS

(f) Memastikan markah kerja kursus calon hanya ditulis pada borang markah kerja kursus
calon (Lampiran 3) dan tidak ditulis pada evidence kerja kursus calon
(g) Menandatangani borang perakuan calon (Lampiran 2) yang telah ditandatangani oleh
calon, borang markah kerja kursus calon (Lampiran 3), dan borang rumusan markah
kerja kursus calon (Lampiran 4)
(h) Menghantar markah penulisan esei berformat calon kepada MPM dengan
menggunakan perisian e-submission mengikut tarikh yang ditetapkan (rujuk perkara 4
Jadual Perancangan dan Pelaksanaan Kerja Kursus; 4.3 Calon Persendirian
Individu dan Kalendar Kerja Kursus STPM 2023 Mata Pelajaran Sains Sosial
yang boleh dimuat turun dari portal MPM).
(i) Menyediakan sampel penulisan esei berformat yang dihasilkan oleh calon untuk
penyelarasan markah oleh KPK
(j) Menyimpan evidence penulisan esei berformat calon di JPN yang ditetapkan dari
tarikh penghantaran markah melalui e-submission hingga tarikh keputusan STPM
diumumkan
(k) Melupuskan evidence penulisan esei berformat calon dalam tempoh enam bulan
selepas tarikh keputusan STPM diumumkan

3.5 Tanggungjawab Guru Bahasa Melayu Sekolah Swasta


(a) Melayari portal MPM untuk memuat turun Manual Pelaksanaan Kerja Kursus Bahasa
Melayu, Manual Format dan Contoh Penulisan Esei Berformat, serta Soalan Kerja Kursus
untuk Calon Sekolah Swasta dan Calon Persendirian Individu
(b) Memberikan penerangan kepada calon tentang pelaksanaan penulisan esei berformat dari
aspek tugasan
(c) Menjalankan PdPc bagi setiap jenis format esei
(d) Menyerahkan soalan penulisan esei berformat kepada calon pada akhir PdPc setiap format
esei
(e) Membimbing calon menghasilkan penulisan esei berformat
(f) Memastikan pelajar menulis esei berformat dalam waktu PdPc. Sewaktu penulisan esei
berformat, calon dibenarkan untuk membawa/merujuk kepada bahan-bahan rujukan yang
berkaitan. Bahan rujukan boleh terdiri daripada isi-isi penting sahaja. Calon tidak
dibenarkan untuk membawa bahan rujukan berbentuk esei penuh. Guru tidak
dibenarkan untuk menyediakan draf jawapan atau esei penuh untuk calon.
(g) Memastikan calon menulis kelapan-lapan esei berformat tanpa meniru, menyalin, atau
menciplak esei daripada mana-mana sumber. Sekiranya calon tidak menulis salah satu
esei berformat, calon akan diberikan gred X.
(h) Memastikan calon menguasai format esei sebelum mengajarkan jenis format esei yang lain
(i) Menandatangani borang perakuan calon (Lampiran 2) yang telah ditandatangani oleh calon
(j) Memastikan semua calon menghantar kelapan-lapan penulisan esei berformat untuk disemak
dan dinilai oleh pemeriksa yang dilantik oleh MPM
(k) Menyerahkan penulisan esei berformat yang dihantar oleh calon kepada pemeriksa yang
dilantik oleh MPM untuk disemak dan dinilai mengikut tarikh yang ditetapkan
(rujuk perkara 4 Jadual Perancangan dan Pelaksanaan Kerja Kursus; 4.2 Calon
Sekolah Swasta dan Kalendar Kerja Kursus STPM 2023 Mata Pelajaran Sains Sosial
yang boleh dimuat turun dari portal MPM).

6
TERHAD MANUAL PELAKSANAAN KERJA KURSUS

BAHAGIAN II: CALON

3.6 Tanggungjawab Calon Sekolah Kerajaan dan Sekolah Bantuan Kerajaan


(a) Melayari portal MPM untuk memuat turun Manual Pelaksanaan Kerja Kursus Bahasa
Melayu yang disediakan oleh MPM untuk guru, pemeriksa, dan calon
(b) Mendengar penerangan guru mengenai pelaksanaan penulisan esei berformat
(c) Mengikuti sesi PdPc bagi setiap jenis format esei
(d) Menerima soalan penulisan esei berformat daripada guru
(e) Menulis esei berformat secara individu dalam waktu PdPc
(f) Menulis lapan esei berformat, iaitu satu esei bagi setiap format yang berikut:
(i) Syarahan
(ii) Ceramah
(iii) Teks ucapan
(iv) Memorandum
(v) Laporan
(vi) Minit mesyuarat
(vii) Kertas cadangan
(viii) Surat kiriman rasmi*
*Markah untuk surat kiriman rasmi tidak akan diambil kira.
Sekiranya calon tidak menulis salah satu esei berformat, calon akan diberikan
gred X.
(g) Menulis kelapan-lapan esei berformat tanpa meniru, menyalin, atau menciplak esei daripada
mana-mana sumber. Sewaktu penulisan esei berformat, calon dibenarkan untuk
membawa/merujuk kepada bahan-bahan rujukan yang berkaitan. Bahan rujukan boleh
terdiri daripada isi-isi penting sahaja. Calon tidak dibenarkan untuk membawa bahan
rujukan berbentuk esei penuh. Guru tidak dibenarkan untuk menyediakan draf
jawapan atau esei penuh untuk calon.
(h) Menghantar kelapan-lapan penulisan esei berformat kepada guru untuk disemak dan dinilai
pada tarikh yang ditetapkan (rujuk perkara 4 Jadual Perancangan dan Pelaksanaan Kerja
Kursus; 4.1 Calon Sekolah Kerajaan dan Sekolah Bantuan Kerajaan dan Kalendar
Kerja Kursus STPM 2023 Mata Pelajaran Sains Sosial yang boleh dimuat turun dari
portal MPM). Sekiranya calon tidak menghantar salah satu esei berformat, calon akan
diberikan gred X.
(i) Menambah baik markah penulisan esei berformat yang telah disemak oleh guru
(j) Menandatangani borang perakuan calon (Lampiran 2). Borang perakuan hendaklah
ditandatangani setelah selesai semua penulisan esei berformat.

3.7 Tanggungjawab Calon Sekolah Swasta


(a) Melayari portal MPM untuk memuat turun Manual Pelaksanaan Kerja Kursus Bahasa
Melayu yang disediakan oleh MPM untuk guru, pemeriksa, dan calon
(b) Mendengar penerangan guru mengenai pelaksanaan penulisan esei berformat
(c) Mengikuti sesi PdPc bagi setiap jenis format esei
(d) Menerima soalan penulisan esei berformat daripada guru
(e) Menulis esei berformat secara individu dalam waktu PdPc
7
TERHAD MANUAL PELAKSANAAN KERJA KURSUS

(f) Menulis lapan esei berformat, iaitu satu esei bagi setiap format yang berikut:
(i) Syarahan
(ii) Ceramah
(iii) Teks ucapan
(iv) Memorandum
(v) Laporan
(vi) Minit mesyuarat
(vii) Kertas cadangan
(viii) Surat kiriman rasmi
* Markah untuk surat kiriman rasmi tidak akan diambil kira.
Sekiranya calon tidak menulis salah satu esei berformat, calon akan diberikan
gred X.

(g) Menulis kelapan-lapan esei berformat tanpa meniru, menyalin, atau menciplak esei
daripada mana-mana sumber. Sewaktu penulisan esei berformat, calon dibenarkan untuk
membawa/merujuk kepada bahan-bahan rujukan yang berkaitan. Bahan rujukan boleh
terdiri daripada isi-isi penting sahaja. Calon tidak dibenarkan untuk membawa bahan
rujukan berbentuk esei penuh. Guru tidak dibenarkan untuk menyediakan draf
jawapan atau esei penuh untuk calon.
(h) Menghantar kelapan-lapan penulisan esei berformat kepada guru untuk disemak dan dinilai
oleh pemeriksa yang dilantik oleh MPM pada tarikh yang ditetapkan (rujuk perkara 4
Jadual Perancangan dan Pelaksanaan Kerja Kursus; 4.2 Calon Sekolah Swasta dan
Kalendar Kerja Kursus STPM 2023 Mata Pelajaran Sains Sosial yang boleh dimuat
turun dari portal MPM).
(i) Menambah baik penulisan esei berformat dari semasa ke semasa sebelum tarikh akhir
penghantaran
(j) Menandatangani borang perakuan calon (Lampiran 2). Borang perakuan hendaklah
ditandatangani setelah selesai semua penulisan esei berformat.

3.8 Tanggungjawab Calon Persendirian Individu


(a) Melayari portal MPM untuk memuat turun Manual Pelaksanaan Kerja Kursus Bahasa
Melayu yang disediakan oleh MPM untuk guru, pemeriksa, dan calon
(b) Memuat turun soalan penulisan esei berformat yang disediakan oleh MPM untuk calon
sekolah swasta dan calon persendirian individu
(c) Bertemu dengan pemeriksa untuk mendapatkan maklumat tentang pelaksanaan penulisan
esei berformat, dari aspek tugasan dan tarikh penyerahan tugasan
(d) Menulis esei berformat secara individu
(e) Menulis lapan esei berformat, iaitu satu esei bagi setiap format yang berikut:
(i) Syarahan
(ii) Ceramah
(iii) Teks ucapan
(iv) Memorandum
(v) Laporan
(vi) Minit mesyuarat

8
TERHAD MANUAL PELAKSANAAN KERJA KURSUS

(vii) Kertas cadangan


(viii) Surat kiriman rasmi
*Markah untuk surat kiriman rasmi tidak akan diambil kira.
Sekiranya calon tidak menulis salah satu esei berformat, calon akan diberikan gred X.
(f) Menulis kelapan-lapan esei berformat tanpa meniru, menyalin, atau menciplak esei daripada
mana-mana sumber
(g) Menghantar kelapan-lapan penulisan esei berformat kepada pemeriksa yang dilantik oleh
MPM untuk disemak dan dinilai pada tarikh yang ditetapkan (rujuk perkara 4 Jadual
Perancangan dan Pelaksanaan Kerja Kursus; 4.3 Calon Persendirian Individu dan
Kalendar Kerja Kursus STPM 2023 Mata Pelajaran Sains Sosial yang boleh dimuat
turun dari portal MPM). Sekiranya calon tidak menghantar salah satu esei berformat,
calon akan diberikan gred X.
(h) Menambah baik penulisan esei berformat dari semasa ke semasa sebelum tarikh akhir
penghantaran
(i) Menandatangani borang perakuan calon (Lampiran 2). Borang perakuan hendaklah
ditandatangani setelah selesai semua penulisan esei berformat.

3.9 Kes Plagiat Kerja Kursus


(a) Calon mestilah menulis esei berformat sendiri, berdasarkan soalan yang disediakan oleh
guru atau pemeriksa, tanpa meniru, menyalin, atau menciplak esei daripada mana-mana
sumber.
(b) Perbincangan soalan dan isi penulisan esei boleh diadakan dalam waktu PdPc. Namun
demikian, calon mesti menulis esei sendiri, tanpa bantuan daripada mana-mana pihak.
(c) Jika calon didapati meniru, menyalin, atau menciplak mana-mana bahagian esei, calon
akan diberikan 0 markah pada bahagian berkenaan.
(d) Jika calon didapati meniru, menyalin, atau menciplak keseluruhan kandungan esei
daripada mana-mana sumber, calon akan diberikan 0 markah untuk esei berkenaan.

9
TERHAD MANUAL PELAKSANAAN KERJA KURSUS

4 JADUAL PERANCANGAN DAN PELAKSANAAN KERJA KURSUS

4.1 Calon Sekolah Kerajaan dan Sekolah Bantuan Kerajaan

Tarikh Perkara Tindakan Guru Tindakan Calon Catatan

19/1/2023  Manual  Melayari portal  Melayari portal Tarikh akhir


pelaksanaan MPM untuk MPM untuk MPM
penulisan esei memuat turun memuat turun memuat naik
berformat Manual Manual Manual Kerja
Pelaksanaan Pelaksanaan Kursus
Kerja Kursus Kerja Kursus Semester 2
Bahasa Melayu Bahasa Melayu 2023 adalah
yang disediakan yang disediakan pada
oleh MPM untuk oleh MPM untuk 18 Januari
guru, pemeriksa, guru, pemeriksa, 2023.
dan calon dan calon
 Penyediaan  Menyediakan
soalan esei lapan soalan esei
berformat berformat
berdasarkan
kandungan
sukatan pelajaran

20/3/2023  Pengenalan  Memberikan  Mendengar


hingga penulisan esei penerangan penerangan guru
24/3/2023 berformat kepada calon mengenai aspek
tentang tugasan yang
pelaksanaan perlu
penulisan esei dilaksanakan
berformat dari
aspek tugasan
dan tarikh
penyerahan
tugasan

27/3/2023  PdPc esei  Mengadakan sesi  Mengikuti


hingga berformat PdPc di dalam PdPc dan
21/7/2023 bilik darjah mempelajari
tentang format format esei
esei, seperti yang
terkandung
dalam sukatan
pelajaran

10
TERHAD MANUAL PELAKSANAAN KERJA KURSUS

Tarikh Perkara Tindakan Guru Tindakan Calon Catatan

 Penulisan esei  Menyerahkan  Menerima soalan Penghantaran


berformat soalan esei esei berformat esei berformat:
berformat dan menulis esei Setiap
kepada calon berdasarkan penulisan esei
dan soalan yang berformat
membimbing diterima yang
mereka dalam dihasilkan
penulisan esei oleh calon
berformat hendaklah
terus dihantar
 Penghantaran,  Menyemak dan  Menghantar kepada guru
penyemakan, menilai penulisan esei sebelum guru
dan penilaian penulisan esei berformat yang memulakan
penulisan esei berformat dihasilkan kepada PdPc bagi
berformat berdasarkan guru untuk format esei
skema disemak dan yang lain.
pemarkahan dinilai Penyemakan
yang ditetapkan dan penilaian
oleh MPM penulisan esei
berformat:
* Pelaksanaan Guru
penulisan esei hendaklah
berformat menyemak
hendaklah dan menilai
dibuat apabila semua
PdPc bagi penulisan esei
sesuatu format berformat
esei telah yang dihantar
selesai. oleh calon.
Guru mestilah
memberikan
peluang
kepada calon
untuk
menambah
baik markah
masing-
masing, sama
ada dengan
meminta calon
berkenaan
menulis
semula esei
berformat
tersebut atau
menulis esei
berformat
dengan soalan
yang baharu.

11
TERHAD MANUAL PELAKSANAAN KERJA KURSUS

Tarikh Perkara Tindakan Guru Tindakan Calon Catatan

24/7/2023  Penghantaran  Menghantar  Tidak berkenaan


hingga markah markah
4/8/2023 penulisan esei penulisan esei
berformat berformat calon
kepada MPM kepada MPM
dengan
menggunakan
perisian
e-submission

 Penyelarasan  Mengemukakan  Tidak berkenaan Sampel


kerja kursus beberapa sampel mestilah
oleh KPK penulisan esei terdiri
berformat untuk daripada
penyelarasan penulisan esei
markah oleh berformat
KPK calon yang
dipilih oleh
KPK.

Ogos 2023  Penyimpanan  Menyimpan  Tidak berkenaan


hingga evidence evidence
Disember 2024 penulisan esei
berformat di
sekolah dari
tarikh
penghantaran
markah melalui
e-submission
hingga enam
bulan selepas
keputusan
STPM
diumumkan

12
TERHAD MANUAL PELAKSANAAN KERJA KURSUS

4.2 Calon Sekolah Swasta

Tindakan
Tarikh Perkara Tindakan Guru Tindakan Calon Catatan
Pemeriksa
19/1/2023  Manual  Melayari  Melayari  Melayari portal Tarikh akhir
pelaksanaan portal MPM portal MPM MPM untuk MPM memuat
penulisan untuk memuat untuk memuat memuat turun naik Manual
esei turun Manual turun Manual Manual Kerja Kursus
berformat Pelaksanaan Pelaksanaan Pelaksanaan Semester 2 2023
Kerja Kursus Kerja Kursus Kerja Kursus adalah pada
Bahasa Bahasa Bahasa Melayu 18 Januari 2023.
Melayu yang Melayu yang yang disediakan
disediakan disediakan oleh MPM
oleh MPM oleh MPM untuk guru,
untuk guru, untuk guru, pemeriksa, dan
pemeriksa, dan pemeriksa, calon
calon dan calon

 Memuat turun  Menerima


soalan soalan
penulisan esei penulisan esei
berformat yang berformat
disediakan daripada guru
oleh MPM
untuk calon
sekolah swasta
dan calon
persendirian
individu dan
menyerahkan-
nya kepada
calon
20/3/2023  Pengenalan  Memberikan  Mendengar  Menyerahkan
hingga penulisan penerangan penerangan soalan
24/3/2023 esei kepada calon guru mengenai penulisan esei
berformat mengenai aspek tugasan berformat
pelaksanaan yang perlu kepada guru
penulisan esei dilaksanakan sekolah swasta
berformat dari yang ditetapkan
aspek tugasan oleh MPM
dan tarikh
penyerahan
tugasan
 Menerima
soalan
penulisan esei
berformat
daripada
pemeriksa
yang
ditetapkan oleh
MPM

13
TERHAD MANUAL PELAKSANAAN KERJA KURSUS

Tindakan Tindakan
Tarikh Perkara Tindakan Guru Catatan
Calon Pemeriksa
27/3/2023  PdPc esei  Mengadakan  Mengikuti  Tidak
hingga berformat sesi PdPc PdPc dan berkenaan
25/5/2023 di dalam bilik mempelajari
darjah bagi format esei
format esei yang berikut:
yang berikut:
(i) Laporan
(i) Laporan
(ii) Teks
(ii) Teks ucapan
ucapan
(iii) Ceramah
(iii) Ceramah
(iv) Syarahan
(iv) Syarahan
 Penulisan  Menyerahkan  Menulis  Tidak
esei soalan laporan, teks berkenaan
berformat penulisan esei ucapan,
berformat ceramah, dan
kepada calon syarahan
berdasarkan
 Membimbing
soalan yang
calon menulis
diberikan
laporan, teks
oleh guru
ucapan,
ceramah, dan
syarahan

26/5/2023  Penghantaran,  Memastikan  Menghantar  Menerima,


hingga penyemakan, semua calon penulisan esei menyemak,
2/6/2023 dan penilaian menghantar berformat dan menilai
penulisan esei penulisan esei laporan, teks penulisan esei
berformat berformat ucapan, berformat
laporan, teks ceramah, dan laporan, teks
ucapan, syarahan ucapan,
ceramah, kepada guru ceramah, dan
dan syarahan untuk syarahan yang
serta diserahkan diserahkan
menyerahkan kepada oleh guru
-nya kepada pemeriksa sekolah
pemeriksa untuk swasta
untuk disemak dan
disemak dan dinilai
dinilai

14
TERHAD MANUAL PELAKSANAAN KERJA KURSUS

Tindakan
Tarikh Perkara Tindakan Guru Tindakan Calon Catatan
Pemeriksa

6/6/2023  PdPc esei  Mengadakan sesi  Mengikuti PdPc  Tidak


hingga berformat PdPc di dalam dan mempelajari berkenaan
13/7/2023 bilik darjah bagi format esei yang
format esei yang berikut:
berikut:
(i) Memorandum
(i) Memorandum
(ii) Minit
(ii) Minit mesyuarat
mesyuarat
(iii) Kertas
(iii) Kertas cadangan
cadangan
(iv) Surat kiriman
(iv) Surat kiriman rasmi
rasmi
 Penulisan esei  Membimbing  Menulis  Tidak
berformat calon menulis memorandum, berkenaan
memorandum, minit mesyuarat,
minit mesyuarat, kertas cadangan,
kertas cadangan, dan surat kiriman
dan surat rasmi berdasarkan
kiriman rasmi soalan yang
diberikan oleh
guru

14/7/2023  Penghantaran,  Memastikan  Menghantar  Menerima,


hingga penyemakan, semua calon penulisan esei menyemak,
21/7/2023 dan penilaian menghantar berformat dan menilai
penulisan esei penulisan esei memorandum, penulisan esei
berformat berformat minit mesyuarat, berformat
memorandum, kertas cadangan, memorandum,
minit mesyuarat, dan surat kiriman minit
kertas cadangan, rasmi kepada mesyuarat,
dan surat pemeriksa untuk kertas
kiriman rasmi disemak dan cadangan, dan
serta dinilai surat kiriman
menyerahkan- rasmi yang
nya kepada diserahkan
pemeriksa untuk oleh guru
disemak dan sekolah
dinilai swasta

15
TERHAD MANUAL PELAKSANAAN KERJA KURSUS

Tindakan
Tarikh Perkara Tindakan Guru Tindakan Calon Catatan
Pemeriksa

24/7/2023  Penghantaran  Tidak berkenaan  Tidak berkenaan  Menghantar


hingga markah esei markah calon
4/8/2023 berformat kepada MPM
kepada MPM melalui
perisian
e-submission

 Penyelarasan  Tidak berkenaan  Tidak berkenaan  Mengemu- Sampel


kerja kursus kakan sampel mestilah
oleh KPK penulisan terdiri
esei daripada
berformat penulisan
untuk esei
penyelarasan berformat
markah oleh calon
KPK yang
dipilih
oleh KPK.

Ogos 2023  Penyimpanan  Menyimpan  Tidak berkenaan  Menyimpan


hingga evidence evidence evidence
Disember penulisan esei penulisan
2024 berformat di esei
sekolah dari berformat
tarikh di JPN yang
penghantaran ditetapkan
markah melalui dari tarikh
e-submission penghantaran
hingga enam markah
bulan selepas melalui
keputusan e-submission
STPM hingga enam
diumumkan bulan selepas
(bagi sekolah keputusan
swasta yang STPM
dibenarkan diumumkan
menyimpan (bagi sekolah
evidence swasta yang
penulisan esei tidak
berformat) dibenarkan
menyimpan
evidence
penulisan
esei
berformat)

16
TERHAD MANUAL PELAKSANAAN KERJA KURSUS

4.3 Calon Persendirian Individu

Tindakan
Tarikh Perkara Tindakan Calon Catatan
Pemeriksa

19/1/2023  Manual  Melayari portal  Melayari portal Tarikh akhir


pelaksanaan MPM untuk MPM untuk MPM
penulisan esei memuat turun memuat turun memuat naik
berformat Manual Manual Manual Kerja
Pelaksanaan Pelaksanaan Kerja Kursus
Kerja Kursus Kursus Bahasa Semester 2
Bahasa Melayu Melayu yang 2023 adalah
yang disediakan disediakan oleh pada
oleh MPM guru, MPM guru, 18 Januari
pemeriksa, dan pemeriksa, dan 2023.
calon calon
 Menghubungi  Memuat turun
calon soalan penulisan
persendirian esei berformat
individu yang yang disediakan
telah ditetapkan oleh MPM untuk
oleh MPM untuk calon sekolah
memaklumkan swasta dan calon
tarikh, masa, dan persendirian
tempat untuk individu
bertemu

20/3/2023  Pengenalan  Bertemu dengan  Bertemu dengan


hingga penulisan esei calon pemeriksa untuk
24/3/2023 berformat persendirian mendapatkan
individu untuk maklumat tentang
memberikan pelaksanaan
penerangan penulisan esei
tentang berformat, dari
pelaksanaan aspek tugasan dan
penulisan esei tarikh penyerahan
berformat, dari tugasan
aspek tugasan
dan
memaklumkan
tarikh
penyerahan
tugasan

17
TERHAD MANUAL PELAKSANAAN KERJA KURSUS

Tarikh Perkara Tindakan Pemeriksa Tindakan Calon Catatan

27/3/2023  Penulisan esei  Tidak berkenaan  Menulis empat


hingga berformat esei berformat
25/5/2023 berdasarkan
soalan yang
dimuat turun dari
portal MPM
(i) Laporan
(ii) Teks ucapan
(iii) Ceramah
(iv) Syarahan

26/5/2023  Penghantaran  Menerima,  Menghantar


hingga dan menyemak, dan penulisan esei
2/6/2023 penyemakan menilai penulisan berformat laporan,
penulisan esei esei berformat teks ucapan,
berformat laporan, teks ceramah, dan
ucapan, ceramah, syarahan kepada
dan syarahan pemeriksa untuk
yang dihantar disemak dan
oleh calon dinilai
persendirian
individu

6/6/2023  Penulisan esei  Tidak berkenaan  Menulis empat


hingga berformat esei berformat
13/7/2023 berdasarkan
soalan yang
dimuat turun dari
portal MPM
(i) Memorandum
(ii) Minit
mesyuarat
(iii) Kertas
cadangan
(iv) Surat kiriman
rasmi

14/7/2023  Penghantaran  Menerima,  Menghantar


hingga dan menyemak, dan penulisan esei
21/7/2023 penyemakan menilai penulisan berformat
penulisan esei esei berformat memorandum,
berformat memorandum, minit mesyuarat,
minit mesyuarat, kertas cadangan,
kertas cadangan, dan surat kiriman
dan surat kiriman rasmi kepada
rasmi yang pemeriksa untuk
dihantar oleh calon disemak
persendirian
individu

18
TERHAD MANUAL PELAKSANAAN KERJA KURSUS

Tarikh Perkara Tindakan Pemeriksa Tindakan Calon Catatan

24/7/2023  Penghantaran  Menghantar  Tidak berkenaan


hingga markah esei markah calon
4/8/2023 berformat kepada MPM
kepada MPM melalui perisian
e-submission

 Penyelarasan  Mengemukakan  Tidak berkenaan Sampel


kerja kursus beberapa sampel mestilah
oleh KPK penulisan esei terdiri
berformat untuk daripada
penyelarasan penulisan
markah oleh KPK esei
berformat
calon yang
dipilih oleh
KPK.

Ogos 2023  Penyimpanan  Menyimpan  Tidak berkenaan


hingga evidence evidence
Disember penulisan esei
2024 berformat calon di
JPN yang
ditetapkan dari
tarikh
penghantaran
markah melalui
e-submission
hingga enam bulan
selepas keputusan
STPM diumumkan

5 FORMAT PENULISAN

(i) Panjang esei berformat yang dihasilkan mestilah antara 600 hingga 650 patah perkataan.
(ii) Esei mestilah ditulis menggunakan tulisan tangan.

6 STRUKTUR PENULISAN

Penulisan esei berformat oleh calon perlulah mengikut format yang ditetapkan oleh MPM.
(Rujuk Format dan Contoh Penulisan Esei Berformat Kerja Kursus Bahasa Melayu)

19
TERHAD MANUAL PELAKSANAAN KERJA KURSUS

7 PENSKORAN

Penilaian penulisan esei berformat hendaklah dibuat berdasarkan jadual yang berikut:

(i) Penilaian penulisan esei berformat laporan, syarahan, ceramah, teks ucapan, dan
memorandum

Perkara

(a) Kerelevanan
 Pendahuluan
 Isi
 Kesimpulan

(b) Pengolahan

(c) Bahasa

(ii) Penilaian penulisan esei berformat minit mesyuarat

Perkara

(a) Ketepatan format dan kandungan


 Tajuk
 Tarikh/hari/masa/tempat
 Kehadiran
 1.0 Ucapan
 2.0 Pengesahan minit mesyuarat
 3.0 Perkara berbangkit
 4.0 Perbincangan aktiviti
 5.0 Hal-hal lain
 6.0 Penangguhan/penutup mesyuarat
 Tandatangan

(b) Bahasa

20
TERHAD MANUAL PELAKSANAAN KERJA KURSUS

(iii) Penilaian penulisan esei berformat kertas cadangan

Perkara

(a) Ketepatan format dan kandungan


 Muka depan
 Pengenalan
 Objektif
 Rasional
 Tarikh/Hari/Masa/Tempat
 Peserta/Tetamu/Penceramah
 Program Tentatif
 Kewangan
 AJK
 Penutup
 Tandatangan

(b) Bahasa

(iv) Penilaian penulisan esei berformat surat kiriman rasmi

Perkara
(a) Ketepatan format dan kandungan
 Nama dan alamat pengirim
 Garis panjang
 Nama dan alamat penerima
 Untuk perhatian
 Rujukan/tarikh
 Rujukan kehormat
 Tajuk surat
 Pendahuluan surat
 Isi surat
 Perenggan penutup surat
 Penamat surat/cogan kata
 Pengakuan pengirim
 Tandatangan dengan nama dan jawatan pengirim
(b) Bahasa

21
TERHAD MANUAL PELAKSANAAN KERJA KURSUS

8 BORANG YANG DIGUNAKAN

Terdapat empat jenis borang yang digunakan, iaitu


(i) Muka hadapan kerja kursus (Lampiran 1)
(ii) Borang perakuan calon (Lampiran 2)
(iii) Borang markah kerja kursus calon (Lampiran 3)
(iv) Borang rumusan markah kerja kursus calon (Lampiran 4)

22
TERHAD MANUAL PELAKSANAAN KERJA KURSUS

Lampiran 1

MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA


SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA

PENULISAN ESEI BERFORMAT


SEMESTER 2 TAHUN 2023

MATA PELAJARAN/KOD: BAHASA MELAYU 4 (910/4)

FORMAT ESEI

NAMA CALON

NOMBOR
KAD PENGENALAN

ANGKA GILIRAN

ALAMAT SEKOLAH/
ALAMAT CALON

NAMA GURU/PENILAI

TANDATANGAN
GURU/PENILAI

TARIKH

23
TERHAD MANUAL PELAKSANAAN KERJA KURSUS

Lampiran 2
BPC

SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA (STPM)


KERJA KURSUS (KK)

Borang Perakuan Calon


Mata pelajaran: Bahasa Melayu

Borang ini mestilah ditandatangani oleh calon dan guru/pemeriksa yang memeriksa kerja kursus calon,
dan dilampirkan bersama dengan kerja kursus yang dihantar kepada guru/pemeriksa. Kegagalan calon
menandatangani borang perakuan ini akan menyebabkan calon tidak diberikan sebarang markah untuk
kerja kursus yang dihasilkan.

Nama Calon: ...........................................................................................................

No. Kad Pengenalan Calon: ...........................................................................................................

Angka Giliran Calon: ...........................................................................................................

Nama Sekolah/Pusat KK Calon: ...........................................................................................................

Makluman kepada Calon:


Kerja kursus yang dihantar untuk dinilai mestilah merupakan hasil kerja calon sendiri. Kerja kursus
calon boleh dibatalkan sekiranya calon didapati meniru kerja kursus calon lain atau membenarkan calon
lain untuk meniru kerja kursus yang dihasilkan oleh calon sendiri, atau calon didapati menipu dalam apa
cara sekalipun bagi menghasilkan kerja kursus tersebut.

Perakuan Keaslian Kerja Kursus Calon:


Saya telah membaca dan memahami makluman di atas. Saya telah menghasilkan semua kerja kursus
(kerja projek) Bahasa Melayu (910) tanpa bantuan daripada mana-mana pihak, kecuali dengan
penerangan oleh pihak yang dibenarkan, iaitu guru mata pelajaran Bahasa Melayu di sekolah (untuk
sekolah kerajaan dan calon sekolah bantuan kerajaan).

Tandatangan Calon: ...........................................................................................................

Tarikh: ...........................................................................................................

Perakuan oleh Guru/Pemeriksa:


Saya mengesahkan bahawa semua kerja kursus (kerja projek) Bahasa Melayu (910) telah dihasilkan
mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan. Saya telah memeriksa kerja kursus (kerja projek) calon dan
saya berpuas hati bahawa sepanjang pengetahuan saya, kerja kursus (kerja projek) tersebut telah
dihasilkan sendiri oleh calon.

Tandatangan Guru/Pemeriksa: ...........................................................................................................

Nama Guru/Pemeriksa: ...........................................................................................................

Tarikh: ...........................................................................................................

24
TERHAD MANUAL PELAKSANAAN KERJA KURSUS Lampiran 3
BMKKC

SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA ...........


BAHASA MELAYU (910/4: PENULISAN ESEI BERFORMAT)
BORANG MARKAH KERJA KURSUS CALON

Nama Calon: .…………………………..........………...... Angka Giliran: .………......……………


No. Kad Pengenalan: …..……………………..........……
Format 1: Laporan

Aspek Markah penuh Markah guru/pemeriksa/penyelaras

Pendahuluan
IS1
IS2
IS3
Isi
IS4
IS5
IS6
Kesimpulan
Kerelevanan
Pengolahan
Bahasa
Markah
Format:
Penolakan markah
Bil. kata:
Jumlah markah

Format 2: Syarahan

Aspek Markah penuh Markah guru/pemeriksa/penyelaras


Pendahuluan
IS1
IS2
IS3
Isi
IS4
IS5
IS6
Kesimpulan

Kerelevanan
Pengolahan
Bahasa
Markah
Format:
Penolakan markah
Bil. kata:
Jumlah markah

25
TERHAD MANUAL PELAKSANAAN KERJA KURSUS

Format 3: Ceramah

Aspek Markah penuh Markah guru/pemeriksa/penyelaras

Pendahuluan
IS1
IS2
IS3
Isi
IS4
IS5
IS6
Kesimpulan

Kerelevanan

Pengolahan

Bahasa

Markah
Format:
Penolakan markah
Bil. kata:
Jumlah markah

Format 4: Teks ucapan

Aspek Markah penuh Markah guru/pemeriksa/penyelaras

Pendahuluan
IS1
IS2
IS3
Isi
IS4
IS5
IS6
Kesimpulan

Kerelevanan

Pengolahan

Bahasa

Markah
Format:
Penolakan markah
Bil. kata:
Jumlah markah

26
TERHAD MANUAL PELAKSANAAN KERJA KURSUS

Format 5: Memorandum

Aspek Markah penuh Markah guru/pemeriksa/penyelaras

Pendahuluan
IS1
IS2
IS3
Isi
IS4
IS5
IS6
Kesimpulan

Kerelevanan

Pengolahan

Bahasa

Markah
Format:
Penolakan markah
Bil. kata:
Jumlah markah

Format 6: Minit mesyuarat

Markah
Bil Aspek Markah guru/pemeriksa/penyelaras
penuh
(i) Tajuk
(ii) Tarikh/Hari/Masa/Tempat
(iii) Kehadiran
(iv) 1.0 Ucapan
(v) 2.0 Pengesahan Minit Mesyuarat
(vi) 3.0 Perkara Berbangkit
(vii) 4.0 Perbincangan Aktiviti/Mesyuarat
(viii) 5.0 Hal-hal Lain
(ix) 6.0 Penangguhan/Penutup Mesyuarat
(x) Tandatangan
Bahasa
Jumlah markah

27
TERHAD MANUAL PELAKSANAAN KERJA KURSUS

Format 7: Kertas cadangan

Markah Markah
Bil Aspek
penuh guru/pemeriksa/penyelaras
(i) Muka depan
(ii) 1.0 Pengenalan
(iii) 2.0 Objektif
(iv) 3.0 Rasional
(v) 4.0 Tarikh/Hari/Masa/Tempat
(vi) 5.0 Peserta/Tetamu
6.0 Penceramah
(vii) 7.0 Program Tentatif
(viii) 8.0 Kewangan
(ix) 9.0 Jawatankuasa
(x) 10.0 Penutup
(xi) Tandatangan
Bahasa
Jumlah markah

Format 8: Surat kiriman rasmi

Markah Markah guru/pemeriksa/


Aspek
penuh penyelaras
(i) Nama dan alamat pengirim
(ii) Garis panjang
(iii) Nama dan alamat penerima
(iv) Untuk perhatian (opsyenal)
(v) Rujukan/Tarikh
(vi) Rujukan kehormat
(vii) Tajuk surat
(viii) Pendahuluan surat
(ix) Isi surat
(x) Perenggan penutup surat
(xi) Penamat surat/cogan kata
(xii) Pengakuan pengirim
(xiii) Tandatangan dengan nama dan
jawatan pengirim
Bahasa
Jumlah markah

28
TERHAD MANUAL PELAKSANAAN KERJA KURSUS

Bil. Format Markah guru/pemeriksa Markah penyelaras

1. Laporan

2. Syarahan

3. Ceramah

4. Teks ucapan

5. Memorandum

6. Minit mesyuarat

7. Kertas cadangan

Jumlah

Markah purata

*Markah penuh

Catatan: Markah penuh perlu dimasukkan dalam BRuMKK dan e-submission.

PENGAKUAN GURU/PEMERIKSA PENGESAHAN PENYELARAS


Saya memperakui bahawa markah dan butiran di atas Saya mengesahkan bahawa markah dan butiran di atas
adalah benar. adalah benar.

Tandatangan Guru/Pemeriksa: ..……………………….…….... Tandatangan Penyelaras: ………………………….……....


Nama: ….…………………………………………………........ Nama: ..……………………………………………….…...
No. Kad Pengenalan: ….................…………………………… No. Kad Pendahuluan: ......………………………………..
Tarikh: .....………………………………………. Tarikh: ......……………………………………….
No. Telefon (sekolah): ……………………… No. Telefon (sekolah): ………………………
(bimbit): ……………………… (bimbit): ………………………

Nota:
Guru/pemeriksa dikehendaki mengisi dan menandatangani borang markah ini. Borang ini mesti
disimpan dalam fail guru.

29
TERHAD MANUAL PELAKSANAAN KERJA KURSUS
BRuMKK

MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA


SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA
BORANG RUMUSAN MARKAH KERJA KURSUS CALON
SEMESTER: _________________ TAHUN: _________________

MATA PELAJARAN: _______________________________


NAMA SEKOLAH/NO PUSAT: ________________________________________________________
(Untuk diisi oleh guru/pemeriksa)

BIL. ANGKA GILIRAN NO. KAD PENGENALAN MARKAH CATATAN

(Senarai markah ini boleh melebihi satu halaman)

PERAKUAN GURU/PEMERIKSA PERAKUAN PENGETUA


Saya memperakui bahawa markah dan butiran di Saya memperakui bahawa markah dan butiran di
atas adalah benar. atas adalah benar.

Tandatangan Guru/Pemeriksa: ………..……............. Tandatangan Pengetua: ……………………………..

Nama: ……………………..………………………... Nama: ……………………………………………….

No. Kad Pengenalan: ………………………..……... No. Kad Pengenalan: ………………………………

Tarikh: ……………………………………..……….. Tarikh:…………………………………………….....

No. Telefon (sekolah): …………………………….. No. Telefon (sekolah): ……………………………...

(bimbit): ……………………………... (bimbit): ……………………………...

Nota: Borang Rumusan Markah Kerja Kursus Calon ini hendaklah dihantar ke Majlis Peperiksaan
Malaysia selewat lewatnya seminggu selepas markah dimasukkan dalam perisian e-submission.
Borang yang lengkap diisi hendaklah dihantarkan kepada: Majlis Peperiksaan Malaysia
(u.p: Setiausaha Bahagian Pengendalian STPM dan MUET)

30

Anda mungkin juga menyukai