Anda di halaman 1dari 35

040709100938

1.0 PENGENALAN
Bilangan kedatangan pelancong dan keberkesanan aktiviti perniagaan yang dijalankan
terhadap Taman Tasik Putrajaya dapat meningkatkan ekonomi negara. Peniaga setempat
dapat memberikan keuntungan kepada ekonomi negara melalui aktiviti yang diadakan,
kunjungan para pelancong serta perniagaan yang dijalankan. Perkara ini dapat menarik
perhatian para pelancong untuk berkunjung di Putrajaya melalui media massa Selain itu, para
peniaga dapat meningkatkan taraf kehidupan mereka dengan keperolehan untung yang
diperoleh hasil daripada perniagaan mereka. Sistem ekonomi yang berlaku di Malaysia dapat
diatasi oleh peniaga kerana kawasan perniagaan terletak pada pusat tarikan pelancong.

Menurut Amir Hussin Baharuddin, (2013) . Ekonomi. Kuala Lumpur Dewan Bahasa
dan Pustaka. Ekonomi ialah satu ilmu yang mengkaji tindakan, perilaku, perbuatan dan
anggapan manusia lazim, yang mungkin rasional dan adakalanya tidak rasional. Diharapkan
manusia rasional ekonomi memahami konsep kekurangan ekonomi. Manakala, menurut
Sarizah soed dan M. Nazri Zakaria .2005. PTS PROFESSIONAL Publishing Sdn.Bhd pula,
takrif ekonomi adalah salah satu bidang sains sosial yang mengkaji berkenaan individu dan
masyarakat dalam membuat pilihan yang cekap.. Di samping itu, menurut Mohamed Nasser
Katib et al., 2012. Edisi Ketiga. Cengage Learning Asia Pte Ltd. Definisi ekonomi telah
didefinisikan dalam berbagai cara dalam sejarahnya yang melebihi 200 tahun.
Walaubagaimanapun, sebahagian daripada definisi ekonomi itu telah biasa digunakan oleh
hampir kesemua ahli ekonomi. Konklusinya, kita dapat lihat bahawasanya ekonomi
memainkan peranan penting dalam memastikan negara pada tahap yang stabil. Namun begitu,
dalam keadaan ekonomi pada masa kini, seseorang individu hendaklah bijak dalam
menguruskan kewangan dalam perbelanjaan harian bagi mengatasi sebarang kemungkinan.

Seterusnya, menurut Leiper (1981), pelancongan mempunyai lima elemen iaitu dari
segi persekitaran, manusia, ekonomi, kawasan dan dinamik. Beliau menjelaskan bahawa dari
segi persekitaran, hendaklah suatu sistem itu mempunyai hubungan dengan persekitaran yang
luas.

Manakala daripada elemen manusia pula pelancongan adalah suatu kawasan


persinggahan. Tambahan pula, pelancongan adalah industri pelancongan dari aspek ekonomi
dan yang terakhir, melalui elemen kawasan dan dinamik, pelancongan terdiri daripada
individu yang mengembara bagi tujuan berehat dari tempat asal. Sementara itu, menurut

1
040709100938

Jafari (1977), pelancongan sebagai kajian manusia yang bertentangan dengan habitat semula
jadi serta penglibatan industri yang bertindak balas pada keperluan mereka dan juga kesan
daripada sudut sosiobudaya ekonomi dan persekitaran ke atas diri mereka dan industri itu.
Selain itu, merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, pelancongan bermaksud perihal
melancong seperti melawat sambal bersiar-siar. Terdapat juga jenis pelancongan yang lain.
Misalnya, ekopelancongan iaitu pelancongan yang berasaskan sumber dan pemeliharaan alam
semula jadi seperti flora, fauna dan pantai.

Impak Taman Tasik Putrajaya terhadap pulangan ekonomi peniaga setempat. Berikut
merupakan tajuk kajian yang dilaksanakan untuk mengkaji kesan kedatangan pelancong
dalam kalangan peniaga di Taman Tasik Putrajaya terhadap perniagaan mereka mengikut
keadaan semasa. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, impak didefinisikan sebagai kesan
yang ketara. Ini menunjukkan bahawa kesan itu boleh dilihat dengan mata kasar dan kita
dapat menilai melalui pemerhatian yang dibuat. Secara keseluruhannya, untuk mengetahui
perkembangan sesuatu , ia haruslah terdapat aspek impak itu dalam hasil kajiannya supaya
dapat menambah baik jika berlaku kekurangan dalam sesuatu perkara.

Sebaliknya, menurut Poerwadarminta (1991), taman ditafsirkan sebagai sebuah kebun


yang ditanami dengan bunga-bunga dan sebagainya. Keduanya daripada Nazzaruddin (1994)
dalam Ilmiajayanti dan Dewi (2015), taman adalah sebidang lahan terbuka dengan luasan
tertentu didalamnya ditanam pepohonan, perdu, semak dan rerumputan yang dapat
dikombinasikan dengan kreasi dari bahan lainnya. Umumnya dipergunakan untuk olahraga,
bersantai, bermain dan sebagainya. Namun begitu, merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat,
taman merupakan kawasan perumahan terancang yang dilengkapi dengan kedai, sekolah dan
kemudahan-kemudahan lain.
Dalam hal ini juga, kita akan melihat istilah tasik merujuk kepada Kamus Dewan Edisi
Keempat iaitu tasik merupakan kawasan air yang luas dan dikelilingi oleh daratan. Selain itu,
tasik juga boleh menjadi tempat untuk seseorang individu mencari ketenangan apabila
menghadapi stress atau sesuai juga untuk melakukan penggambaran dengan adanya
persekitaran yang hijau. Dengan kata lain juga, tasik boleh dikatakan sebagai sumber air. Ini
boleh dikatakan untuk mengelakkan banjir daripada hujan yang lebat.

2
040709100938

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, perkataan peniaga ditarifkan sebagai orang
yang berniaga atau ejen firma yang mempunyai lesen untuk berjual beli saham, komoditi atau
opsyen yang mewakili pelanggannya dengan menerima gaji tetap. Seterusnya, menurut
Arbaie Hashim (2019), istilah peniaga adalah seseorang yang terlibat dalam menjalankan apa-
apa aktiviti yang berkaitan dengan tujuan komersial dan perindustrian. Kebanyakan peniaga
akan menjalankan perniagaan yang mempunyai permintaan tinggi atau yang boleh membuat
keuntungan besar tanpa perlu mengambil kira keunikan perniagaan tersebut.

Dalam kajian ini, terdapat beberapa objektif kajian yang ingin dicapai iaitu mengenal
pasti faktor tarikan yang terdapat di Taman Tasik Putrajaya dengan terperinci melalui borang
soal selidik yang akan diajukan kepada para pengunjung yang mengunjungi Taman Tasik
Putrajaya pada waktu tersebut. Objektif yang kedua ialah mengkaji kesan kedatangan
pelancong dalam kalangan peniaga di Taman Tasik Putrajaya terhadap perniagaan mereka
mengikut keadaan semasa melalui respon daripada informen iaitu peniaga setempat yang
menjalankan perniagaan di kawasan tersebut.

Kesimpulannya, kehadiran pengunjung yang semakin ramai dapat meningkatkan nilai


mata wang negara serta memajukan ekonomi negara. Ini kerana dengan wujudnya sektor
pelancongan yang bagus, kerajaan dapat menambah baik infrastruktur negara serta
mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan agar kadar pengangguran dapat
dikurangkan.Misalnya, apabila keadaan negara sentiasa terpelihara , secara tidak langsung
kita dapat menarik perhatian orang luar untuk datang ke negara kita dan ini dapat
mendatangkan kuntungan kepada negara kita.

2.0 OBJEKTIF KAJIAN

Objektif kajian ini adalah untuk :

1. Mengenal pasti faktor tarikan yang terdapat di Taman Tasik Putrajaya


2. Mengkaji kesan kedatangan pelancong dalam kalangan peniaga di Taman Tasik Putrajaya
terhadap perniagaan

3
040709100938

3.0 LOKASI KAJIAN


3.1 PUTRAJAYA

Peta 1 : WP Putrajaya
Sumber : Google Map

Wilayah Persekutuan Putrajaya mempunyai 20 presint iaitu present 1-20. Putrajaya


merupakan sebuah bandaraya terancang lebih kurang 25 km ke selatan Kuala Lumpur dan 20
km ke utara Lapangan terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). Ia juga adalah pusat
pentadbiran kerajaan persekutuan. Keadaan bandar mengikut kesesuaian topografi, iklim
tempatan dan budaya. Pandangan panorama, bangunan – bangunan dan infrastruktur yang
unik menampakkan Putrajaya sebagai bandar yang berketerampilan. Wilayah Persekutuan
Putrajaya mencatatkan jumlah penduduk seramai 103,700 orang dengan kepadatan penduduk
2,103 orang per km persegi.

4
040709100938

3.2 TAMAN TASIK PUTRAJAYA

Peta 2 : Lokasi Kajian, Taman Tasik Putrajaya


Sumber : Kajian Lapangan

Lokasi kajian pengkaji ialah sebuah tasik di Putrajaya. Tasik ini terletak tengah -
tengah Putrajaya. Tasik ini adalah tasik buatan manusia seluas 600 hektar. Selain daripada
berfungsi sebagaai sistem penyejukan semula jadi untuk wilayah ini, ia juga merupakan
tempat yang ramai orang datang untuk menikmati sukan air yang terdapat di sini seperti
kayak. Pengunjung juga dapat menikmati pemandangan indah yang memperlihatkan mercu
tanda Putrajaya. Misalnya, bangunan Perdana Putra, Masjid Putra dan Taman Botani.

5
040709100938

4.0 METODOLOGI
Menurut Imam Barnadib (1982), metodologi adalah suatu perkataan yang membawa
maksud ilmu tentang cara di dalam penyelidikan ilmiah. Beliau juga berpendapat, metode
adalah satu perkara yang penting kerana ia merupakan satu cara bekerja dan cara untuk
memahami objek yang menjadi sasaran penelitian. Manakala menrujuk kepada Kamus
Dewan Edisi Baru, metologi bermaksud ilmu tentang metode atau sistem yang merangkumi
kaedah-kaedah dan prinsip-prinsip yang digunakan di dalam sesuatu kegiatan. Perkataan
metode membawa maksud cara melakukan sesuatu atau sistem.

4.1 CARA MENDAPATKAN MAKLUMAT DAN DATA

a) SOAL SELIDIK
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, definisi soal selidik merupakan sejumlah
soalan yang dikemukakan secara berterusan dalam borang tertentu untuk dijawab oleh
sebilangan orang dalam usaha mencari dan mengumpulkan maklumat tertentu.
Kajian ini dijalankan dengan memberi borang soal selidik menggunakan aplikasi
google form kepada 30 orang responden untuk mengetahui perkembangan lokasi.

b) TEMU BUAL
Temu bual adalah perbualan yang melibatkan antara penyelidik dengan subjek kajian
bertujuan untuk mendapatkan maklumat yang relevan. Selain itu, melalui temu bual, data
yang diperolehi daripada pemerhatian dapat diperkukuh dan diperlengkapkan.Ia juga
bertujuan untuk mengesah data atau maklumat yang diperolehi.
Kajian ini dijalankan dengan menemu bual 5 orang peniaga untuk mengkaji kesan
kedatangan pelancong terhadap perniagaan mereka.

6
040709100938

c) PEMERHATIAN
Kaedah pemerhatian merupakan kaedah penyelidiakn yang digunakan untuk
mengukur pemboleh ubah penyelidikan. Pemerhatian juga merupakan alternatif yang ada
dalam mengumpul maklumat atau pengumpulan data selain soal selidik dan temuduga.
Melalui pemerhatian, penyelidik dapat mengamati sesuatu tingkah laku subjek berpandukan
pemboleh ubah-pemboleh ubah yang telah dikenal pasti.
Kajian ini juga menggunakan kaedah pemerhatian untuk melihat keadaan lokasi
kajian dengan mata kasar untuk mengelakkan penipuan dalam penulisan dan dapat mengenal
pasti perubahan yang akan berlaku.

d) KAJIAN KEPUSTAKAAN
Kajian kepustakaan adalah usaha yang dilakukan oleh pemerhati untuk menghimpun
segala informasi atau maklumat yang bersesuaian dan relevan dengan masalah atau topik
yang akan atau sedang diteliti. Informasi yang dimaksudkan ini dapat diperolehi daripada
buku-buku ilmiah, hasil penyelidikan orang lain, laporan penelitian, buku-buku tahunan dan
sumber-sumber bertulis. Teori-teori yang mendasari masalah dalam bidang yang akan atau
ingin diteliti dapat ditemukan dengan melakukan kajian kepustakaan.
Kajian ini turut menggunakan kaedah kepustakaan untuk mendapat maklumat
berupakan fakta.

7
040709100938

4.2 CARA MENDAPATKAN RESPONDEN

Kajian ini menggunakan persampelan bukan rawak atau persampelan bertujuan


kerana ia memberi tumpuan terhadap ciri-ciri tertentu dan sesuai dengan fokus penyelidikan
yang ingin dilakukan. Definisi persampelan adalah proses pemilihan elemen-elemen dalam
populasi kajian bagi tujuan mewakili populasi sesebuah kajian.
Dalam kajian ini, saya telah berjumpa dan bertemu dengan 30 orang responden secara
rawak terpilih di Taman Tasik Putrajaya. Responden telah dipilih dalam kalangan para
pengunjung dan peniaga yang berada di lokasi kajian. Pemilihan responden juga berdasarkan
kesanggupan dan kelapangan mereka untuk menjawab borang soal selidik melalui aplikasi
google form dan ditemu bual oleh pengkaji.

4.3 CARA MENGANALISIS DATA

Dalam metodologi kajian, analisis data iaitu mendapatkan maklumat atau data
daripada responden, saya telah menggunakan kaedah pemerhatian, soal selidik, temu bual dan
kajian kepustakaan. Saya juga mengumpul data-data atau maklumat daripada bahan-bahan
ilmiah, laporan jurnal dan bahan-bahan daripada internet. Kaedah soal selidik dan temu bual
telah digunakan untuk mendapatkan data atau maklumat primer daripada responden manakala
kaedah pemerhatian kajian kepustakaan telah digunakan untuk mengumpul data sekunder.

8
040709100938

BORANG SOAL SELIDIK


KERJA KURSUS PENGAJIAN AM

TAJUK: IMPAK TAMAN TASIK PUTRAJAYA TERHADAP


PULANGAN EKONOMI PENIAGA SETEMPAT

Kajian soal selidik ini adalah untuk memenuhi keperluan kerja kursus
bagi matapelajaran Pengajian Am 900/4. Soal selidik ini dilakukan
bagi mengenalpasti faktor tarikan yang terdapat di Taman Tasik
Putrajaya yang akan diajukan kepada para pengunjung di samping
mengkaji kesan kedatangan pelancong dalam kalangan peniaga di
Taman Tasik Putrajaya terhadap perniagaan mereka mengikut keadaan
semasa.

BAHAGIAN A: DATA DEMOGRAFI RESPONDEN


1. Jantina: (….) Lelaki (….) Perempuan

2. Umur: (….) < 18 tahun (….) 18-29 tahun

(….) 50-69 tahun

(….) 30-49 tahun

(….) > 70 tahun

3. Bangsa: (….) Melayu (….) Cina


(….) India (….) Lain-lain

4. Status Perkahwinan: (….) Bujang (….) Berkahwin

(….) Duda/Janda

9
040709100938

BAHAGIAN B: MENGENAL PASTI FAKTOR TARIKAN YANG TERDAPAT DI


TAMAN TASIK PUTRAJAYA

Arahan: Tandakan (/) pada ruangan jawapan yang dipilih

1 2 3 4 5
Sangat tidak Tidak Tidak pasti Setuju (S) Sangat setuju (SS)
setuju (STS) setuju (TS) (TP )

Bil Soalan 1 2 3 4 5
1 Di Taman Tasik
Putrajaya terdapat
suasana yang nyaman.
2 Di Taman Tasik
Putrajaya terdapat
pelbagai kedai yang
dibuka.
3 Di Taman Tasik
Putrajaya terdapat
aktiviti menarik pada
waktu malam.
4 Di Taman Tasik
Putrajaya terdapat kedai
makan yang popular.
5 Di Taman Tasik
Putrajaya terdapat
kemudahan awam.
6 Di Taman Tasik
Putrajaya mempunyai
kemudahan lengkap
untuk keluarga
beriadah.
7 Di Taman Tasik
Putrajaya menyediakan
kemudahan untuk sukan
air dan rekreasi.
8 Di Taman Tasik
Putrajaya mempunyai
kawasan yang sesuai
untuk bergambar.
9 Di Taman Tasik
Putrajaya mempunyai
kawasan yang bersih
dan cantik.
10
040709100938

10 Di Taman Tasik
Putrajaya sesuai untuk
melakukan aktiviti
beriadah atau sukan.
BAHAGIAN C: MENGKAJI KESAN KEDATANGAN PELANCONG DALAM
KALANGAN PENIAGA DI TAMAN TASIK PUTRAJAYA TERHADAP
PERNIAGAAN MEREKA MENGIKUT KEADAAN SEMASA.

Nama Penyelidik:
Nama Informen:
Tarikh Temubual:
Tempat Temubual

Arahan: Soalan-soalan temubual ini dikemukakan kepada informen secara lisan.

1. Pada waktu cuti, bagaimanakah keadaan perniagaan atau kedai


anda?

2. Apakah kesan kedatangan pelancong pada pendapat anda?

3. Adakah anda berasa perniagaan yang anda lakukan mendatangkan


keuntungan atau menjana ekonomi?

4. Adakah pendapatan anda meningkat disebabkan oleh kedatangan


pelancong. Bagaimana jika sebaliknya?

5. Pada pendapat anda, sekiranya terdapat peniaga lain yang


melakukan perniagaan yang sama seperti anda, apakah kelainan
yang anda akan buat untuk menarik perhatian para pelancong?

11
040709100938

5.0 DAPATAN KAJIAN


Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka Edisi Keempat (2005), dapatan kajian
bermaksud sesuatu yang didapati atau diketahui hasilnya daripada kajian, penyelidikan
penemuan seperti menyediakan laporan tentang beberapa kajian yang telah dikaji. Dalam
kajian ini, pengkaji membuat laporan dalam bentuk esei dan graf serta carta mengikut
kesesuaian yang diambil daripada borang soal selidik bahagian B dan bahagian C. Setiap
laporan yang dibuat, pengkaji hendaklah menjelaskan kenyataan daripada responden dan
menghuraikan tentang kenyataan tersebut. Setiap kenyataan perlulah disokong dengan kajian
yang dijalankan.

5.1 DEMOGRAFI RESPONDEN


5.1.1 JANTINA
Rajah 1 menunjukkan bilangan peratusan untuk jantina responden yang menerima
borang soal selidik.
Jadual 1: Jantina responden
JANTINA KEKERAPAN PERATUS
Lelaki 12 12.40%
Perempuan 18 18.60%
Sumber : Kajian Lapangan 2023

JANTINA
Lelaki Perempuan

12; 40%

18; 60%

Rajah 1: Jantina responden


Rajah 1 di atas menunjukkan dapatan kajian mengenai jantina responden.
Jantina responden ini diadakan untuk membezakan pendapat setiap individu terhadap
lokasi kajian iaitu di Taman Tasik Putrajaya. Dalam kajian ini, responden terdiri
daripada dua orang jantina iaitu Lelaki dan Perempuan. Didapati bahawa seramai 12
12
040709100938

orang responden Lelaki bersamaan 12.40% dan seramai 18 orang responden


Perempuan dengan peratusan 18.60% yang telah diberikan borang soal selidik untuk
pernyataan bagi jadual 1.
5.1.2 UMUR
Rajah 2 menunjukkan bilangan peratusan umur responden yang telah menjawab
borang soal selidik.
Jadual 2: Umur responden
NO. UMUR BILANGAN PERATUS
1. <18 tahun 1 3%
2. 18-29 tahun 15 50%
3. 30-49 tahun 11 37%
4. 50-69 tahun 3 10%
5. >70 tahun 0 0
Sumber : Kajian Lapangan 2023

UMUR
<18 tahun 18-29 tahun
30-49 tahun 50-69 tahun
>70 tahun 0

10%3%

37% 50%

Rajah 2: Umur responden


Seterusnya, untuk rajah 2 iaitu umur responden yang telah menjawab borang soal selidik.
Umur responden dibahagikan dalam lima golongan iaitu untuk golongan umur bawah 18
tahun didapati sebanyak 3% bersamaan dengan seorang responden sahaja. Selain itu, seramai
15 orang responden pada umur 18-29 tahun bersamaan 50%. Tambahan pula, sebanyak 37%
yang terdiri dalam kalangan umur 30-49 tahun iaitu seramai 11 orang responden dan 3 orang
responden dalam kalangan umur 50-69 tahun yang mencapai sebanyak 10% sahaja. Untuk
kalangan yang berumur melebihi 70 tahun, kajian dapati, golongan tersebut jarang berada di
lokasi kajian akibat daripada faktor umur yang menyukarkan mereka untuk bergerak secara
fizikal.

13
040709100938

5.1.3 BANGSA
Rajah 3 menunjukkan bilangan peratusan bangsa responden yang telah menjawab
borang soal selidik.
Jadual 3: Bangsa responden
NO. BANGSA BILANGAN PERATUS
1. Melayu 28 93%
2. Cina 0 0
3. India 1 4%
4. Lain-lain 1 3%
Sumber : Kajian Lapangan 2023

BANGSA
Melayu Cina India Lain-lain

3% 3%

93%

Rajah 3: Bangsa responden


Untuk bangsa responden yang telah menjawab borang soal selidik, dapatan
kajian dapati bangsa Melayu mengetuai dengan jumlah peratus yang paling tinggi
iaitu sebanyak 93% bersamaan dengan 28 orang responden. Berbeza dengan bangsa
Cina yang langsung tidak kelihatan di lokasi kajian manakala bangsa India mencapai
sebanyak 4% dengan jumlah seorang sahaja responden. Penyelidik tidak menjangka
akan dapat mempunyai seorang responden yang berbangsa Lain-lain iaitu orang Arab
dengan peratusan 3%.

14
040709100938

5.1.4 STATUS PERKAHWINAN


Rajah 4 menunjukkan bilangan peratusan status perkahwinan responden yang telah
menjawab borang soal selidik.
Jadual 4: Status perkahwinan responden
NO. STATUS BILANGAN PERATUS
PERKAHWINAN
1. Bujang 15 50%
2. Berkahwin 14 47%
3. Duda/Janda 1 3%
Sumber : Kajian Lapangan 2023

STATUS PERKAHWINAN
Bujang Berkahwin Duda/Janda

3%

47% 50%

Rajah 4: Status perkahwinan responden


Bagi pernyataan 4, penyelidik meletakkan status perkahwinan dalam salah satu
identiti untuk mengenal pasti responden. Seramai 15 orang bujang yang diberikan borang soal
selidik iaitu 50%. Dapatan kajian dapati bahawa golongan ini ramai di lokasi kajian
berbanding golongan yang lain iaitu yang sudah berkahwin dan berstatus Duda atau Janda.
Bagi golongan yang berkahwin pula didapati sebanyak 47% dengan seramai 14 orang
responden yang telah menjawab borang soal selidik dan selebihnya adalah golongan yang
berstatus Duda atau Janda dengan peratusan 3% bersamaan seorang responden sahaja.

15
040709100938

5.2.1 FAKTOR TARIKAN YANG TERDAPAT DI TAMAN TASIK PUTRAJAYA.


Jadual 5 menunjukkan 10 faktor tarikan yang terdapat di Taman Tasik Putrajaya.
1 2 3 4 5
Sangat tidak Tidak Tidak pasti Setuju (S) Sangat setuju (SS)
setuju (STS) setuju (TS) (TP )

Bil Soalan 1 2 3 4 5
1 Di Taman Tasik 0 0 0 14 16
Putrajaya terdapat
suasana yang
nyaman.
2 Di Taman Tasik 0 1 2 16 11
Putrajaya terdapat
pelbagai kedai yang
dibuka.
3 Di Taman Tasik 0 1 4 12 13
Putrajaya terdapat
aktiviti menarik pada
waktu malam.
4 Di Taman Tasik 0 2 8 12 8
Putrajaya terdapat
kedai makan yang
popular.
5 Di Taman Tasik 0 2 4 17 7
Putrajaya terdapat
kemudahan awam.
6 Di Taman Tasik 0 0 7 15 8
Putrajaya mempunyai
kemudahan lengkap
untuk keluarga
beriadah.
7 Di Taman Tasik 1 1 7 10 11
Putrajaya
menyediakan
kemudahan untuk
sukan air dan
rekreasi.
8 Di Taman Tasik 1 0 1 11 17
Putrajaya mempunyai
kawasan yang sesuai
untuk bergambar.
9 Di Taman Tasik 0 0 3 16 11
Putrajaya mempunyai
kawasan yang bersih
16
040709100938

dan cantik.
10 Di Taman Tasik 0 0 4 10 16
Putrajaya sesuai
untuk melakukan
aktiviti beriadah atau
sukan.
Sumber: Kajian Lapangan 2023
1 2 3 4 5
Sangat tidak Tidak Tidak pasti Setuju (S) Sangat setuju (SS)
setuju (STS) setuju (TS) (TP )

FAKTOR TARIKAN YANG TERDAPAT DI


TAMAN TASIK PUTRAJAYA
18
16 17
16 16
14
14
12 13
12 12
10 11
8
8 8
6 7
4
4 4
2
2 2 2
0 1 1
1 2 3 4 5

Di Taman Tasik Putrajaya terdapat suasana yang nyaman.


Di Taman Tasik Putrajaya terdapat pelbagai kedai yang dibuka.
Di Taman Tasik Putrajaya terdapat aktiviti menarik pada waktu malam.
Di Taman Tasik Putrajaya terdapat kedai makan yang popular.
Di Taman Tasik Putrajaya terdapat kemudahan awam.

Rajah 5: Faktor tarikan yang terdapat di Taman Tasik Putrajaya

Rajah 5 menunjukkan bilangan responden yang terdiri daripada soalan 1 hingga 5.


Terdapat pelbagai jawapan yang diperolehi daripada borang soal selidik yang diberi.

Kajian dapati bahawa bilangan responden untuk soalan 1 mempunyai responden yang
setuju (S) dan sangat setuju (SS) sahaja. Ini membuatkan keputusan responden berbeza
daripada soalan yang lain. Untuk soalan pertama, seramai 14 orang responden bersamaan
46.7% yang bersetuju. Ini menunjukkan bahawa responden setuju (S) dengan persoalan yang
dikemukakan pada borang soal selidik kerana suasana Taman Tasik Putrajaya nyaman
disebabkan suasana yang sunyi dan tidak ramai orang pada waktu pagi manakala peratus bagi
responden yang sangat setuju (SS) adalah sebanyak 53.3% iaitu seramai 16 orang responden.
Responden ini bersepakat mengatakan bahawa Taman Tasik Putrajaya nyaman apabila waktu
malam kerana mempunyai udara yang sejuk dengan tasik yang dikelilingi sekitar itu.
17
040709100938

Untuk faktor yang kedua, bilangan responden yang setuju (S) adalah bilangan
responden yang tertinggi dengan peratusan sebanyak 53.3% seramai 16 orang responden.
Diikuti dengan bilangan responden yang sangat setuju (SS) mempunyai bilangan peratus
sebanyak 36.7%. Seterusnya, seramai 2 orang responden yang tidak pasti (TP) terhadap
soalan yang dikemukakan pada soalan 2 iaitu Di Taman Tasik Putrajaya terdapat pelbagai
kedai yang dibuka dengan peratusan 6.67% dan sangat tidak setuju (STS) terhadap soalan
yang dinyatakan pada soalan 2 dengan bilangan seorang responden sahaja bersamaan 3.33%.
Dengan dapatan kajian ini, kita dapat lihat bahawa pendapat responden berbeza mungkin dari
segi kekerapan responden atau kedatangan pelancong di Taman Tasik Putrajaya yang
membuatkan kedai itu dibuka atau tidak.

Bagi faktor ketiga pula, responden yang sangat setuju (SS) adalah seramai 13 orang
bersamaan 43.3% menyatakan bahawa di Taman Tasik Putrajaya sememangnya menjadi
salah satu tarikan pelancong kerana adanya pelbagai aktiviti malam yang boleh dilakukan
bersama keluarga selain daripada Dataran Putra. Selain itu, peratusan bagi responden yang
setuju (S) adalah 40% yang mempunyai 12 orang responden. Bilangan responden yang tidak
pasti (TP) terhadap soalan 3 adalah 4 orang responden bersamaan 13.3%. Ini membuktikan
bahawa mereka jarang berada di Taman Tasik Putrajaya pada waktu malam. Akhir sekali,
dengan peratusan 3.33% bersamaan seorang responden yang tidak setuju (TS) terhadap
kenyataan soalan 2 adalah disebabkan responden tersebut tidak tertarik dengan aktiviti yang
diadakan pada Taman Tasik Putrajaya itu.

Faktor keempat iaitu Di Taman Tasik Putrajaya terdapat kedai makan yang popular.
Seramai 12 orang responden yang setuju (S) iaitu dengan peratus sebanyak 40% manakala
bilangan responden yang tidak pasti (TP) dan sangat setuju (SS) mempunyai bilangan
responden yang sama iaitu seramai 8 orang responden dan masing-masing dengan peratus
26.7%. Hal ini kerana responden yang menjawab tidak pasti (TP) dalam soalan 4 adalah
mereka yang belum terbiasa dengan kawasan Taman Tasik Putrajaya berbanding dengan
responden yang menjawab sangat setuju (SS) pada soalan tersebut. Walaubagaimanapun, ada
juga responden yang tidak setuju (TS) dengan soalan 4 iaitu seramai 2 orang responden
bersamaan 6.67%

18
040709100938

Bagi soalan 5, terdapat 2 orang responden yang tidak setuju (TS) terhadap soalan
yang dinyatakan iaitu Di Taman Tasik Putrajaya terdapat kemudahan awam bersamaan
dengan 6.67%. Responden yang memilih tidak pasti (TP) terhadap kenyataan soalan yang
dikemukakan iaitu dengan peratusan 13.3% seramai 4 orang responden mungkin disebabkan
mereka tidak mengetahui selok belok tentang Taman Tasik Putrajaya. Di samping itu,
seramai 17 orang responden yang setuju (S) bersamaan 56.7% adalah disebabkan mereka
adalah pengunjung tetap di Taman Tasik Putrajaya selain daripada pekerja-pekerja yang
bekerja di situ. Tambahan pula, sebanyak 23.3% responden yang sangat bersetuju (SS) iaitu
seramai 7 orang responden yang menyokong kenyataan soalan tersebut.

19
040709100938

FAKTOR TARIKAN YANG TERDAPAT DI TAMAN


TASIK PUTRAJAYA
18 17
16 16
16 15
14
12 11 11 11
10 10
10
8
8 7 7
6
4
4 3
2 1 1 1 1
0
1 2 3 4 5

Di Taman Tasik Putrajaya mempunyai kemudahan lengkap untuk keluarga beriadah.


Di Taman Tasik Putrajaya menyediakan kemudahan untuk sukan air dan rekreasi.
Di Taman Tasik Putrajaya mempunyai kawasan yang sesuai untuk bergambar.
Di Taman Tasik Putrajaya mempunyai kawasan yang bersih dan cantik.
Di Taman Tasik Putrajaya sesuai untuk melakukan aktiviti beriadah atau sukan.

Rajah 6: Faktor tarikan yang terdapat di Taman Tasik Putrajaya

Rajah menunjukkan bilangan responden yang terdiri daripada soalan 6 hingga


10. Terdapat pelbagai jawapan yang diperolehi daripada borang soal selidik yang diberi.

Bagi pernyataan 6, seramai 15 orang responden setuju (S) dengan pernyataan


yang diberi iaitu bersamaan 50%.Ini adalah kerana kawasan Taman Tasik Putrajaya
merupakan kawasan yang luas dan ini membuktikan kawasan ini sesuai untuk beriadah
seperti yang dinyatakan dalam soalan 6. Didapati 7 orang responden yang memilih tidak pasti
(TP) sebanyak 23.3% oleh kerana mereka tidak merasakan Taman Tasik Putrajaya
mempunyai kemudahan lengkap untuk keluarga beriadah malah lebih kepada tempat yang
mempunyai pelbagai kedai makanan dan pemandangan tasik yang terdapat di kawasan Taman
Tasik Putrajaya ini adalah suatu idea yang strategik untuk menarik perhatian kedatangan
pelancong. Responden yang memilih sangat setuju (SS) pada kenyataan soalan tersebut
merangkumi 26.7% iaitu seramai 8 orang responden sahaja.

20
040709100938

Terdapat 11 orang responden yang sangat setuju (SS) dalam pernyataan 7 iaitu dengan
peratusan 36.7% diikuti dengan responden yang setuju (S) bersamaan 33.3% seramai 10
orang responden. Ini adalah kerana kawasan Taman Tasik Putrajaya akan mengadakan
kompleks sukan air sekali setahun serta mengadakan beberapa pertandingan sukan air seperti
kayak. Namun begitu, ada juga responden yang tidak pasti (TP) sama ada Taman Tasik
Putrajaya menyediakan kemudahan untuk sukan air dan rekreasi iaitu seramai 7 orang
responden bersamaan 23.3%. Hal ini didapati bahawa tidak semua pelancong yang datang
mengetahui akan kewujudan kompleks sukan air begitu juga penduduk yang tinggal di
Putrajaya.Akhir sekali, bilangan responden yang memilih tidak setuju (TS) dan sangat tidak
setuju (STS) adalah sama iaitu masing-masing seorang responden bersamaan 3.33% untuk
pernyataan ini.

Faktor tarikan yang kelapan terdapat seramai 17 orang responden yang sangat setuju
(SS) bersamaan 56.7% dengan pernyataan yang dinyatakan iaitu Taman Tasik Putrajaya
mempunyai kawasan yang sesuai untuk bergambar. Begitu juga, dengan peratusan 36.7%
yang mempunyai 11 orang responden yang setuju (S). Kedua-dua responden ini bersetuju
bahawa Taman Tasik Putrajaya adalah kawasan yang sesuai bergambar kerana mempunyai
tasik dan terlihat banyak bangunan-bangunan daripada jauh serta pokok-pokok hijau yang
menghiasi kawasan itu. Tetapi, terdapat seorang responden yang tidak pasti (TP) dan seorang
responden yang sangat tidak setuju (STS) iaitu masing-masing dengan 3.33% terhadap
pernyataan ini. Hal ini tidak sepatutnya berlaku kerana Taman Tasik Putrajaya merupakan
kawasan yang luas serta dihiasi dengan lampu-lampu pada waktu malam dan juga sesuai
untuk beriadah bersama keluarga.

Untuk faktor yang kesembilan, seramai 16 orang responden setuju (S) dengan
peratusan 53.3%. Mereka memilih setuju kerana walaupun terdapat pelbagai kedai makan dan
pelbagai aktiviti pada waktu malam, pekerja masih menjaga kebersihan serta menjaga
kawasan tempat mereka bekerja. Sikap ini menunjukkan keprihatinan rakyat terhadap
kelestarian alam. Berbeza pula dengan 3 orang responden bersamaan 10% yang tidak pasti
(TP) dengan pernyataan yang dinyatakan oleh kerana mereka tidak terbiasa dengan keadaan
kawasan Taman Tasik Putrajaya tersebut. Responden yang menandakan jawapan sangat setuju
(SS) adalah seramai 11 orang responden dengan peratusan 36.7%.

21
040709100938

Ramai responden yang menjawab sangat setuju (SS) pada faktor tarikan yang
kesepuluh iaitu seramai 16 orang responden dengan peratusan 53.3%. Ini kerana kawasan
Taman Tasik Putrajaya terdapat pelbagai aktiviti yang boleh dilakukan bersama keluarga
seperti berbasikal. Pada waktu malam juga, di Taman Tasik Putrajaya menyediakan basikal
yang boleh ditunggang bersama keluarga. Selain itu, dengan peratusan 33.3% seramai 10
orang responden yang setuju (S) dengan pernyataan tersebut. Adapun begitu, terdapat juga
responden yang tidak pasti (TP) seramai 4 orang responden dengan peratus 13.3%.

Kesimpulan yang boleh didapati bagi objektif 1 adalah lokasi kajian iaitu Taman
Tasik Putrajaya lebih didatangi oleh rakyat Malaysia sendiri tetapi berlainan negeri. Ramai
daripada mereka datang ke Taman Tasik Putrajaya bertujuan membawa keluarga berjalan-
jalan atau meluangkan masa bersama keluarga bagi golongan berkahwin dan menenagkan
fikiran dengan melakukan aktiviti berbasikal pada waktu malam yang disediakan bersama
rakan-rakan bagi golongan bujang. Kemudahan prasarana yang disediakan di lokasi kajian
dijaga dengan rapi bagi memastikan kawasan Tasik sentiasa bersih. Walaubagaimanapun,
sektor pelancongan berpotensi untuk menyumbang pada ekonomi negara. Justeru, peranan
kerajaan, agensi pelancongan dan kerjasama masyarakat diperlukan supaya nama Malaysia
akan menjadi tumpuan utama seluruh penduduk dunia untuk berkunjung.

22
040709100938

5.3.1 MENGKAJI KESAN KEDATANGAN PELANCONG TERHADAP PENIAGA

Jadual 6 menunjukkan kesan kedatangan pelancong terhadap peniaga.


JADUAL 1
INFORMEN SOALAN 1 SOALAN 2
Pada waktu cuti, Apakah kesan
bagaimanakah keadaan kedatangan pelancong
perniagaan atau kedai pada pendapat anda?
anda?
INFORMEN 1 Untuk hari sabtu atau Okay. Ada pelancong,
ahad? dia public holiday bukan takde. Kalau
ke macam mana? Okay pelancong jenis
kalau macam erm hari- macam yang pak arab
hari cuti ni memang biasanya la diorang ni
keadaan aa macam kalau memang kurang adab
malam minggu la sikit, haaaa itu dah
biasanya kedai bukak diorang punya camane
petang en, kalau malam- ah, diorang punya
malam macam ni hari budaya memang dah
jumaat kalau hari macamtu, bukan
weekend jumaat malam macam orang Malaysia
sabtu ni, orang agak kita. Kalau pelancong
kurang sikit, kalau sabtu asing ni yang lain rata-
malam minggu, yes, akan rata kalau macam
ramai. Memang crowded china, thailand, filipin,
la kat sini, dia nampakla US, ada datang, tapi
budak-budak lari apa diorang walaupun
semua. diorang, budaya
diorang macamtu, tapi
bila datang negara kita,
dia tetap respect kita
punya budaya. Aaaa
tapi tak semua la, aaa
boleh dikatakan, bukan
semua

23
040709100938

INFORMEN SOALAN 1 SOALAN 2


INFORMEN 2 Erm, kalau waktu cuti Ada pelancong datang.
selalunya butik ni, boleh Mostly orang Arab la.
kata busy jugakla, sebab Ramai je datang sini.
orang semua cuti en, so Pelancong datang sini
memang crowded sangat- tu, boleh kata, diorang
sangat apetah lagi kalau banyak borong jugak
malam tu. Shift pagi sebenarnya. Mungkin
selalunya tak ramai sebab kedai ni macam
sangat. Time malam harga murah kan, so
ramai. Ha, weekend bila diorang datang
selalu paling ramai la. sini, one of the macam
Kadang-kadang tapi kebaikan dia, kita
weekday pun ramai jugak punya sale la tinggi
kalau malam. Public
holiday pun ramai.
INFORMEN 3 Kat sini kalau raya cuti Kat sini, dia tak selalu
ke en, memang sangat ada, tapi yang adepun
kosong ah. Dia cam ramai yang orang putih
takdela kosong sangat, dan beberapa orang
tapi dia kurangla korea, tuje.
daripada target
pencapaian kitorang
punya sale. So dia cam
kadang tu, takut nak jual
banyak barang. At the
same time, macam raya
haritu pun, memang
sangat tula, teruk jugakla
bagi saya ha macamtu.
Tapi kalau hujung
minggu, busy. Kalau
perayaan-perayaan yang
macam lama tu a. Kalau
mcm deepavali tu semua
memang ramai, tapi
macam kalau raya ke,
kitorang pun takut nanti,
raya haji ni mungkin sini
pun kurang sebab ramai
yang balik kampung kan.
Putrajaya kan banyak
orang Kelantan semua so,
cam takut kurang la ha
camtu.

24
040709100938

INFORMEN SOALAN 1 SOALAN 2


INFORMEN 4 Biasanya, saya turun Pelancong adela, tapi
jumaat, sabtu ahad lah. lebih kepada ermm
Saya part time je. Public orang panggil macam
holiday sekali la, mana? lokal eh ? lokal
biasanya macamtula, maknanya daripada
haah. lembah klang lah.
Haaa ramai. Dalam
Putrajaya la, sendiri.
INFORMEN 5 Pada waktu cuti, Kesan kedatangan
perniagaan saya, dia pelancong terhadap
sangat sesak lah, saya perniagaan saya aaa,
punya waktu cuti ni, saya telah mendapat
perniagaan saya telah keuntungan yang lebih
mendapat keuntungan berbanding sebelum
yang lebih la ibarat sebelumnya iaitu
macam berbanding pelancong telah
dengan hari-hari yang membantu saya dalam
lain, saya boleh dapatkan erm meningkatkan
dalam 80% keuntungan saya punya
berbanding sebelumnya keuntungan.
iaitu lebih kurang 50%
keuntungan.

25
040709100938

JADUAL 2
INFORMEN SOALAN 3 SOALAN 4
Adakah anda berasa Adakah pendapatan
perniagaan yang anda anda meningkat
lakukan mendatangkan disebabkan oleh
keuntungan atau menjana kedatangan pelancong.
ekonomi? Bagaimana jika
sebaliknya?
INFORMEN 1 Setiap perniagaan, ada Ya, betul. Ikut masa
untung, cumanya sama jugak, kalau takde
ada besar ataupun sikit. pelancong sangat,
Tapi kalau macam takdelah.
permainan ni, memang
untung besar lah, kalau
modal dia hanya keluar
sekali, untung dia
berkali-kali. So, memang
menjana ekonomi sebab
bila item tu jadi banyak,
dah tentu-tentu kita akan
perlukan pekerja.
INFORMEN 2 Of course la, dia menjana Haah, kalau kitorang,
sebab kita kat sini kan, kitorang kat sini kalau
macam-macam kita bayar macam, dia tak kira
lesen, kita bayar cukai, so macam per customer,
dia boleh menjana tapi kalau kita cashier
ekonomi jugakla, bukan ke ape, kita ada elaun.
ekonomi individu je, So kalau kitorang ot,
negara jugak. kalau customer ramai,
INFORMEN 3 Erm, kat sini, saya rasa Hm, kitorang, kat sini,
mendatangkan pendapatan tu bukan
keuntungan sebab kat disebabkan pelancong
sini, yang bakery, untuk je sebenarnya.
kedai bakery, dalam Kitorang punya
beberapa je. So, tak pendapatan tu
banyak sangat meningkat pun, atas
persaingan. So, orang performance kitorang,
boleh macam datang sini ha macamtu. Kalau
selalu sebab sini pun macam ot banyak ke,
relax je kan a macamtu. ha macamtula.

26
040709100938

INFORMEN SOALAN 3 SOALAN 4


INFORMEN 4 Ya, betul. Sebab dari segi Ya, betul saya setuju.
modal saya, saya dapat
lebih kepada pelanggan
la, haah. Sebab apa,
modal saya dalam tu a
biasanya dapat daripada
satu nisbah tiga la
daripada modal. Haaa
modal pun tak banyak
sangat. Dengan apa
yangtu, berbaloi lah.
INFORMEN 5 Pada pendapat saya, saya Saya rasa erm lebih
rasa ya, erm ekonomi kurang ya, kerana pada
saya menaik. Ekonomi public holiday,
perniagaan saya telah kedatangan pelancong
menaik, dapat membantu telah meningkat
saya dalam berbanding bukan
mempertingkatkan lagi public holiday dan
saya punya errr dekorasi pelancong telah
kedai. membantu saya dalam
perniagaan saya. Dapat
habiskan stok saya.

27
040709100938

JADUAL 3
INFORMEN SOALAN 5
Pada pendapat anda, sekiranya terdapat peniaga lain yang
melakukan perniagaan yang sama seperti anda, apakah
kelainan yang anda akan buat untuk menarik perhatian
para pelancong?
INFORMEN 1 Tarikan dia, tengok pada setiap aaa individu untuk tarik
pelancong cane, ada yang selalunya customer lalu kat
belah depan, dia akan tarik. Dia akan datang apeni mintak
customer datang kat kedai, tengok barang-barang. Kalau
macamni tak, dia hanya open macamni, dia akan tengok.
Ye betul.
INFORMEN 2 Erm, macam yang nampak, Butik ni, salah satu tarikan
dia, harga murah la nak dibandingkan dengan tudung-
tudung, kedai tudung yang lain. Ada, banyak kedai tudung
dekat sini, tapi butik ni, dia macam mana eh, orang kata
kedai ni harga rahmah. So, daripada situ, kitorang tarik
pelancong ataupun warganegara sendiri la untuk datang
dekat butik ni.
INFORMEN 3 Kitorang, banyaknye macam try buat trend terbaru macam
contohla, kitorang buat kat produk kitorang yang croissant
ni, kan tau tak yang khairul aming kan ada buat croissant
tu en, ha kitorang try jugak belajar untuk buat croissant
and then buat bendetu dekat kedai kitorang. So, cam try
trend baru jugak, ha macamtu.
INFORMEN 4 Ooo maknanya persaingan la? Jadi, kita ni lah banyakkan
attraction lah, contohnya kalau waktu malam en, boleh
kita letak lampu-lampu ke, contoh letak lagu aaa lebih
kurang macamtu lah. Kalau tengok dari perniagaan kita
dari segi apa, contohnya dari segi entertainment, kita
boleh buat macamtu lah, haaa.
INFORMEN 5 Pada pendapat saya, mungkin saya akan membuatkan
dekorasi kedai saya lebih istimewa, unik dan mungkin
saya akan erm melayan pelanggan saya lebih mesra
berbanding sebelum ni dan mempertingkatkan lagi kualiti
produk saya.

Sumber: Kajian Lapangan 2023

28
040709100938

Sesi temu bual yang dijalankan adalah melibatkan 5 orang informen atau peniaga
yang masing-masing ditemubual secara bersemuka tetapi di tempat yang berasingan dari satu
masa hingga kesatu masa pada tarikh 25 Jun 2023 bersamaan 1 hari. Tempat yang menjadi
lokasi temu bual bagi kelima-lima informen ini adalah di kedai masing- masing yang terletak
dalam kawasan yang sama.

Berdasarkan soalan 1 yang dinyatakan pada setiap jadual iaitu tentang keadaan
perniagaan atau kedai peniaga pada waktu cuti. Kajian dapati respons setiap informen berbeza
mengikut jenis perniagaan yang dijalankan oleh para peniaga. Informen 1 berkata, kedainya
akan dipenuhi pelanggan pada sabtu malam minggu berbanding jumaat malam. Selain itu,
Informen 2 pula berkata keadaan kedainya sering dikunjungi pelanggan atau para pelancong
tidak kira pada hujung minggu atau hari biasa serta pada waktu malam kecuali pada waktu
pagi. Walaubagaimanapun, keadaan perniagaan yang dijalankan oleh Informen 3 sama sekali
tidak sibuk seperti keadaan kedai-kedai informen yang lain dan hanya sibuk pada hujung
minggu. Memandangkan Informen 4 adalah pekerja separuh masa, namun keadaan kedainya
masih sibuk walaupun hanya tidak berniaga sepanjang masa. Seterusnya, Informen 5
mencatatkan keuntungan yang didapati pada waktu cuti lebih menguntungkan berbanding
hari biasa.

Bagi soalan 2 yang dikemukakan oleh setiap informen adalah kesan kedatangan
pelancong terhadap perniagaan mereka. Seperti yang dinyatakan oleh Informen 1, pelancong
Arab kurang adab berbanding pelancong daripada negara lain, tetapi tidak semua yang
daripada negara lain itu dapat menghormati budaya orang Malaysia. Untuk Informen 2,
kedatangan pelancong menyebabkan kadar jualan perniagaan kedainya, menaik disebabkan
sikap pelancong yang suka memborong di kedainya kerana harga produknya yang murah.
Informen 3 dan 4 mempunyai kenyataan yang lebih kurang sama iaitu dengan menyatakan
pelancong atau pelanggan yang berkunjung di kedai mereka adalah terdiri daripada orang
putih dan beberapa orang korea serta warganegara sahaja. Kedatangan pelancong memainkan
peranan dalam membantu meningkatkan keuntungan perniagaannya menurut Informen 5.

29
040709100938

Untuk soalan 3 yang menanyakan perniagaan yang dijalankan mendatangkan


keuntungan atau tidak serta dapat menjana ekonomi, Informen 1 menyatakan jika modal
hanya dikeluarkan sekali, maka perniagaan lebih untung dan dapat menjana ekonomi kerana
lebih memerlukan pekerja jika mempunyai banyak produk yang dihasilkan. Begitu juga
dengan Informen 2 yang setuju dengan pernyataan yang ditanyakan kerana perniagaan beliau
membayar pelbagai cukai yang bukan sahaja dapat menjana ekonomi individu malah
ekonomi negara juga terjamin. Manakala, Informen 3 berpendapat bahawa perniagaan
kedainya tidak banyak persaingan dan itu dapat menjana ekonomi. Informen 4 berkata
bahawa modal perniagaannya diperoleh daripada pelanggan dan daripada modal itu, dia
memperoleh satu nisbah tiga. Akhir sekali, dengan keadaan ekonomi perniagaannya menaik,
Informen 5 dapat menaik taraf dekorasi kedai.

Keadaan perniagaan Informen 1 adalah mengikut keadaan jika kedatangan pelancong


pada waktu itu ramai atau tidak dan ia akan menentukan keuntungan seharian perniagaan
tersebut. Menurut informen 2, perniagaan kedai beliau meningkat jika melakukan kerja lebih
masa kerana melalui itu, setiap pekerja mendapat elaun mereka tersendiri sekaligus
menaikkan keuntungan perniagaan dan menaikkan gaji pekerja. Hasil pendapatan adalah
mengikut kemahiran seseorang pekerja itu selain daripada kerja melebih waktu yang
ditetapkan. Itu adalah yang diperkatakan oleh Informen 3. Tambahan pula, Informen 4 hanya
bersetuju dengan persoalan yang ditanyakan dan pendapatan Informen 5 meningkat apabila
perniagaannya didatangi para pelancong.

Akhir sekali, mealui perniagaan Informen 1, beliau mengatakan pelancong memilih


mengikut minat yang disukai pada produk-produk yang telah disediakan kerana tarikannya
adalah di tempat yang terbuka. Adapun begitu, Informen 2 melakukan dengan meletakkan
harga murah terhadap produk yang dihasilkan dalam perniagaannya dan itu menyebabkan
kedatangan pelancong bertambah. Informen 3 pula berpendapat bahawa perniagaannya akan
menghasilkan produk mengikut trend semasa dan belajar untuk menghasilkannya supaya
dapat menarik tarikan pelancong. Informen 4 dan 5 mempunyai jawapan yang sama iaitu
mereka akan melakukan dekorasi terhadap perniagaan mereka untuk menarik minat
pelancong agar pelancong datang ke kedai mereka dan menyantuni pelanggan dengan baik
berbanding sebelumnya.

30
040709100938

Kesimpulannya, dapat dilihat bahawa pendapatan setiap peniaga bergantung kepada


kedatangan pelancong. Peniaga mestilah pandai serta bijak menguruskan perniagaan yang
dijalankan untuk menarik lebih ramai pelancong supaya ekonomi peniaga dapat dikekalkan.
Peniaga juga harus menetapkan sesuatu objektif dalam perniagaan mereka untuk pelancong
merasakan Malaysia mempunyai keunikan dengan melahirkan rakyat yang berpengetahuan
luas. Dalam hal ini juga, kerajaan sewajarnya melaksanakan pelbagai inisiatif termasuk Geran
Khas Prihatin bagi pengusaha mikro, kecil dan sederhana (PMKS), Program Subsidi Upah
bagi memastikan golongan peniaga terbela dan majikan tidak memberhentikan pekerja.

31
040709100938

6.0 KESIMPULAN

Dapatan kajian ini dijalankan adalah untuk mengenal pasti faktor tarikan yang
terdapat
di Taman Tasik Putrajaya dan mengkaji kesan kedatangan pelancong dalam kalangan peniaga
di Taman Tasik Putrajaya terhadap perniagaan mereka mengikut keadaan semasa. Masing-
masing mengikut jenis perniagaan serta keberadaan lokasi perniagaan itu sendiri yang akan
menentukan tarikan pelancong atau tidak.

Kajian yang dilakukan dapat meningkatkan pengetahuan pengkaji dan mampu


menganalisis terhadap perniagaan yang dijalankan oleh peniaga. Setiap perniagaan
mempunyai cabaran yang tersendiri.

Faktor tarikan terhadap lokasi kajian adalah bergantung kepada suasana lokasi
tersebut. Lokasi kajian berada di tempat yang strategik kerana mempunyai pelbagai
kemudahan yang memudahkan para pelancong. Tempat yang dikelilingi tasik serta
mempunyai suasana yang nyaman mampu menarik perhatian para pelancong mahupun dalam
dan luar negara.

Kesan kedatangan pelancong membuktikan pendapatan peniaga bertambah jika


sekiranya bilangan pelancong bertambah berbanding dengan hari ketiadaan pelancong.
Penyataan ini disokong oleh kajian yang dijalankan oleh Suhaya, Md Shafiin & Norlida
Hanim (2013) yang menyatakan bahawa kedatangan pelancong akan memberi kesan kepada
peningkatan pendapatan penduduk tempatan terutamanya dalam perniagaan. Apabila tiba
musim cuti sekolah, cuti perayaan mahupun cuti umum, pendapatan yang dipungut adalah
lebih daripada biasa.

Secara keseluruhannya, daripada kajian yang telah dijalankan ternyata aktiviti


pelancongan telah memberi pengaruh yang sangat besar terhadap pembangunan sesebuah
Kawasan. Perkembangan industri pelancongan memberikan kesan secara positif dan negatif.
Tidak boleh dinafikan bahawa industri pelancongan merupakan antara penyumbang ekonomi
negara dan juga masyarakat tempatan. Oleh itu, setiap pihak perlu memperbaiki kekurangan
yang dihadapi dan memastikan produk pelancongan tidak memberi kesan negatif kepada
pelancong dan ahli masyarakat. Penguatkuasaan yang lebih baik perlu dipraktikkan supaya
kesan-kesan negatif industri pelancongan dapat dikurangkan di setiap peringkat.
32
040709100938

7.0 RUJUKAN
1. Amir Hussin Baharuddin, (2013) . Ekonomi. Kuala Lumpur Dewan Bahasa dan Pustaka.
2. Sarizah soed dan M. Nazri Zakaria .2005. PTS PROFESSIONAL Publishing Sdn.Bhd.
3. Mohamed Nasser Katib et al., 2012. Edisi Ketiga. Cengage Learning Asia Pte Ltd.
4. http://desaputeri.pjk.com.my/index.php/jadual-latihan-aktiviti/jadual-aktiviti/21-warga-
pi1m/infrastruktur/199-pelancongan-2
5. Kamus Dewan Edisi Keempat, 2017. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka
6. http://etheses.uin-malang.ac.id/1301/6/07660031_Bab_2.pdf
7. https://smeniaga.com/2019/03/perbezaan-usahawan-dan-peniaga/
8. https://www.google.com/search?
q=taman+tasik+putrajaya&rlz=1C1GCEA_enMY1052MY1052&sxsrf=AB5stBj8zcCSk_M
K2XHtTrj8pjzu6LKTeA%3A1688678136960&ei=-C6nZOSpOq-R4-EP-
YW5qA8&gs_ssp=eJzj4tTP1TdIqkozLDNg9BItScxNzFMoSSzOzFYoKC0pSsxKrEwEAL8
TC8Y&oq=taman+&gs_lcp=Cgxnd3Mtd2l6LXNlcnAQARgAMgcILhCKBRAnMgQIIxAn
Mg0ILhCKBRDHARCvARBDMg0ILhCKBRDHARCvARBDMg0ILhCKBRDHARCvAR
BDMggIABCABBDLATIICAAQgAQQywEyDgguEK8BEMcBEIAEEMsBMg4ILhCABB
DHARCvARDLATIICC4QgAQQywEyEwguEIoFEJcFENwEEN4EEOAEGAI6BwguEOoC
ECc6BwgjEOoCECc6DwgAEIoFEOoCELQCEEMYAToVCC4QigUQxwEQrwEQ6gIQtAI
QQxgBOhUILhCvARDHARCKBRDqAhC0AhBDGAE6DwguEIoFEOoCELQCEEMYATo
HCCMQigUQJzoHCAAQigUQQzoRCC4QgAQQsQMQgwEQxwEQ0QM6CwgAEIAEEL
EDEIMBOgcILhCKBRBDOg0ILhCvARDHARCKBRBDSgQIQRgAUOEHWO8NYKQoa
AFwAXgAgAGZAYgBowWSAQMxLjWYAQCgAQGwARTAAQHaAQYIARABGAHaA
QYIAhABGBQ&sclient=gws-wiz-serp
9. http://studentsrepo.um.edu.my/1196/6/BAB_3.pdf

33
040709100938

8.0 LAMPIRAN

Pemandangan Taman Tasik Putrajaya

sedang menemubual peniaga sedang memberi borang soal selidik

34
040709100938

35

Anda mungkin juga menyukai