Anda di halaman 1dari 40

040301020117

KOMPLEKS KEJIRANAN SEBAGAI MEDIUM MEMUPUK SEMANGAT


KEJIRANAN DALAM KALANGAN PENDUDUK PRESINT 8 PUTRAJAYA

ABSTRAK

Kajian ini dijalankan adalah untuk mengkaji Kompleks Kejiranan sebagai


medium memupuk semangat kejiranan dalam kalangan penduduk Presint 8 Putrajaya.
Objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti jenis aktiviti kejiranan dan mengkaji
kepentingan aktiviti kejiranan sebagai asas perpaduan dalam kalangan masyarakat.
Seramai 30 orang penduduk di Presint 8 telah dipilih sebagai responden untuk kajian
ini. Bagi mengkaji jenis aktiviti kejiranan, kaedah soal selidik, temubual dan
kepustakaan telah digunakan. Data kajian dianalisis dan dipaparkan dalam bilangan,
peratus dan min. Hasil daripada dapatan kajian, pengkaji telah mengenal pasti jenis
aktiviti kejiranan yang dilaksanakan seperti gotong-royong, program senaman pagi,
pertandingan sukan dan sebagainya. Kajian ini juga dapat menyimpulkan kepentingan
aktiviti kejiranan sebagai asas perpaduan dalam kalangan masyarakat adalah dapat
memupuk semangat toleransi antara satu sama lain, memupuk kecintaan terhadap
ilmu pengetahuan dan memupuk masyarakat yang mengamalkan gaya hidup sihat.
Oleh hal yang demikian, aktiviti kejiranan amat penting untuk membina sebuah
masyarakat yang harmoni.

i
040301020117

ISI KANDUNGAN

Halaman

ABSTRAK i

ISI KANDUNGAN ii

PENGHARGAAN iii

PENGENALAN 1-2

OBJEKTIF KAJIAN 3

LOKASI KAJIAN 4-6

METODOLOGI KAJIAN 7-8

DAPATAN KAJIAN 9-26

RUMUSAN DAN KESIMPULAN 27-28

RUJUKAN 29

LAMPIRAN 33-37

ii
040301020117

PENGHARGAAN

Selamat sejahtera dan setinggi-tinggi kesyukuran saya ucapkan kepada Tuhan


kerana dengan limpah kurnianya yang telah memberi keyakinan untuk saya
menyelesaikan kerja kursus Pengajian Am Kertas 4 (900/4) Penggal 2 bagi tahun
2023 ini yang bertajuk “Kompleks Kejiranan sebagai medium memupuk semangat
kejiranan dalam kalangan penduduk Presint 8 Putrajaya”.

Terlebih dahulu saya ingin memberi sekalung penghargaan dan terima kasih
kepada guru pembimbing saya iaitu Puan Zurakintan binti Abdul Razak yang telah
memberi tunjuk ajar dan panduan ketika saya sedang menyiapkan kerja kursus ini.
Tanpa usaha beliau, tidak mungkin saya mampu menyelesaikan kerja kursus ini. Pada
masa yang sama, beliau juga telah banyak menghabiskan masa demi membantu anak-
anak muridnya melakukan kerja kursus ini. Selain itu, saya amat menghargai jasa
guru pembimbing saya kerana memberikan bimbingan dan nasihat yang amat berguna
untuk kerja kursus saya.

Seterusnya, ribuan terima kasih kepada kedua ibu bapa saya yang dikasihi,En.
Abd Rahman Bin Hasan dan Pn. Wan Noraziah Binti Wan Ghazali kerana sering
memberi sokongan dan dorongan kepada saya sepanjang menyiapkan kerja kursus ini.
Terima kasih yang tidak terhingga juga saya ucapkan kerana memberikan bantuan
kepada saya dalam bentuk tenaga dan kewangan.

Tidak lupa juga kepada rakan-rakan seperjuangan saya yang sama-sama berhempas
pulas dalam menyelesaikan kerja kursus masing-masing. Bantuan kalian mengenai
kerja kursus saya amat saya hargai. Budi kalian yang sanggup meluangkan masa
untuk memberikan saya maklumat tidak akan saya lupakan. Akhir sekali, terima kasih
kepada pihak lain yang telah membantu saya secara langsung atau tidak langsung
sepanjang kerja kursus saya dijalankan.

iii
040301020117

PENGENALAN

Perpaduan merupakan satu proses penyatuan antara penduduk dari pelbagai


kaum untuk mencapai matlamat bersama. Definisi perpaduan menurut Kamus Dewan
1994 mentakrifkan sebagai penggabungan, peleburan, persesuaian, kecocokan dan
perihal berpadu iaitu bergabung menjadi satu, sepakat dan sebagainya. Kejiranan pula
dikenali sebagai tempat di mana seseorang tinggal di rumah dan terdapat rumah lain
yang berpenghuni di sekitarnya. Kejiranan menurut Clarence Perry, kejiranan adalah
pusat aktiviti manusia dan sebuah masyarakat yang memenuhi keperluan asas
manusia. Beliau mencetuskan konsep “neighbourhood unit”, di mana kejiranan dibina
dengan mengambil kira keperluan manusia dan memaksimumkan kegunaan ruang.
Menurut jurnal Kesepaduan Sosial Dan Kejiranan Di Kawasan Rukun Tetangga
(2016), jiran dalam makna yang lebih luas merujuk kepada orang atau individu yang
tinggal bersempadan antara satu sama lain yang mungkin ada di kawasan yang
kecil seperti kampung, mukim atau daerah dan konsep jiran sebagai pencetus
komuniti juga wujud di bandar dan bandar-bandar besar.

Menurut Harakah Daily (2017), semangat kejiranan merupakan aspek yang


penting dalam kehidupan bermasyarakat. Semangat ini lahir daripada kesedaran dan
inisiatif kita untuk mewujudkannya. Ia perlu diterapkan dalam diri dan masyarakat.
Dengan adanya semangat kejiranan ini, sesuatu masalah dapat diatasi dengan segera.
Sebagai contoh, gotong-royong membersihkan kawasan perumahan, balai raya,
membuat jambatan dan sebagainya dapat dilakukan bersama. Secara tidak langsung
ini dapat mengeratkan silaturrahim antara penduduk kawasan perumahan.

Kompleks kejiranan merujuk kepada suatu kawasan perumahan yang terdiri


daripada blok bangunan atau rumah yang berdekatan dalam satu kawasan yang sama.
Kompleks kejiranan biasanya mempunyai kemudahan-kemudahan seperti taman
permainan, kolam renang, kawasan rekreasi, dan kadang-kadang kedai-kedai atau
kemudahan lain yang boleh digunakan oleh penduduk di dalam kawasan tersebut.
Tujuan utama dari kompleks kejiranan adalah untuk menggalakkan interaksi sosial di
antara penduduk dan membina komuniti yang kukuh di dalam kawasan perumahan
tersebut.

1
040301020117

Kompleks Kejiranan Putrajaya Presint 8 menyediakan beberapa kemudahan


fasiliti seperti Dewan Utama, Bilik Serbaguna, Bilik Mesyuarat, Bilik Ping Pong,
Gimnasium, Gelanggang Badminton, Gelanggang Sepak Takraw dan Ruang Piaza.
Terdapat banyak aktiviti dan program yang diadakan di Kompleks Kejiranan
Putrajaya Presint 8. Antaranya termasuklah pertandingan sukan, ceramah ilmiah,
majlis perasmian program dan sebagainya. Kebanyakan aktiviti ini biasanya anjuran
daripada Perbadanan Putrajaya dan wakil Ahli Parlimen Putrajaya YB. Datuk Dr.
Mohd Radzi Md Jidin. Jelaslah bahawa, Kompleks Kejiranan Putrajaya Presint 8
boleh menjadi medium utama bagi memupuk perpaduan antara penduduk.

Melalui kajian ini, kita dapat mengenal pasti jenis aktiviti kejiranan dengan
lebih terperinci dan mengesyorkan aktiviti yang sesuai untuk disertai oleh semua
penduduk. Kita juga dapat memberi kesedaran kepada penduduk mengenai
kepentingan melaksanakan aktiviti kejiranan dan semestinya akan memberi impak
yang positif kepada masyarakat.

Oleh hal yang demikian, diharapkan kajian ini dapat memberikan penjelasan
yang teliti dan jelas tentang jenis aktiviti kejiranan di Kompleks Kejiranan Putrajaya
Presint 8. Memandangkan tempat ini digunakan oleh setiap kawasan kejiranan, maka
satu penelitian harus dijalankan bagi mengenal pasti jenis aktiviti yang dilaksanakan.

2
040301020117

OBJEKTIF KAJIAN

Dalam kajian ini, pengkaji menggariskan dua objektif kajian yang mampu dijadikan
sebagai panduan semasa menjalankan kerja kursus ini.

Objektif kajian ini adalah :

1. Mengenal pasti jenis aktiviti kejiranan yang dilaksanakan di Kompleks


Kejiranan Putrajaya Presint 8.

2. Mengkaji kepentingan aktiviti kejiranan sebagai asas perpaduan dalam


kalangan masyarakat di Presint 8.

3
040301020117

LOKASI KAJIAN

Dalam membuat kajian, lokasi kajian merupakan bahagian yang sangat


penting. Kawasan kajian ini tertumpu di Dewan Serbaguna Presint 8 yang
melaksanakan program dan aktiviti kejiranan dalam kalangan penduduk Presint 8.
Kawasan ini terletak kira-kira 3 kilometer dari pusat pentadbiran Putrajaya dan
mengambil masa selama 7 minit untuk sampai di pusat pentadbiran dengan menaiki
kenderaan. Infrastruktur yang baik di kawasan tersebut membolehkan kenderaan
darat seperti motosikal, kereta, lori dan lain-lain memasuki kawasan dewan tersebut.

Peta 1 : Peta Putrajaya

Sumber : Google Maps

4
040301020117

Putrajaya atau nama penuhnya Wilayah Persekutuan Putrajaya ialah pusat


pentadbiran Kerajaan Persekutuan Malaysia yang menggantikan Kuala Lumpur pada
1999 dan ibu negara pentadbiran Malaysia. Putrajaya adalah sebuah ibu kota pintar
dalam taman terletak 25 kilometer di selatan Kuala Lumpur merupakan sebuah
bandaraya futuristik yang menempatkan pusat pentadbiran Kerajaan Persekutuan. Ini
adalah Wilayah Persekutuan ke-3 di Malaysia.

Dari sebuah tempat terpencil yang dikenali dengan nama Prang Besar,
kawasan ini melonjak membangun dengan nama Putrajaya mulai 12 Oktober 1994.
Berbanding dengan Kuala Lumpur, sebuah bandar tinggalan penjajah, Putrajaya
dibangunkan oleh anak bangsa sendiri dengan bercirikan budaya tempatan.

Mula dibina pada 16 April 1995, Putrajaya akan menggunakan aplikasi


teknologi maklumat (IT). Dengan terbinanya Putrajaya, suatu hari nanti Kuala
Lumpur, Putrajaya, dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) akan
menjadi Bandar gergasi setanding dengan Tokyo dan Yokohama di Jepun.

Peta 2 : Peta Presint 8


Sumber : Google Maps

5
040301020117

Pengkaji menjalankan kajian tentang kompleks kejiranan sebagai medium memupuk


semangat kejiranan dalam kalangan penduduk di Presint 8, Putrajaya.

Gambar 1 : Wilayah Persekutuan Putrajaya

6
040301020117

METODOLOGI KAJIAN

Metodologi kajian adalah suatu kaedah saintifik yang digunakan untuk


mencari jawapan atau cara penyelesaian kepada suatu masalah yang hendak dikaji.
Pengkaji dapat menerangkan kaedah yang digunakan untuk menyiasat sesuatu
permasalahan yang dikaji oleh pengkaji. Metodologi yang digunakan memerlukan
teknik yang sistematik supaya menepati kaedah saintifik dan mempunyai kualiti.
Tujuan metodologi kajian ini adalah untuk membantu dalam memahami dengan lebih
jelas mengenai suatu kajian dan mengetahui dengan lebih terperinci tentang
pengaplikasian kaedah dengan membuat huraian tentang proses kajian. Bagi
pelaksanaan kajian ini, pengkaji akan memastikan teknik-teknik kajian yang dipilih
dapat menjamin kajian yang dilakukan menjadi lebih teratur dan lebih teliti dalam
semua aspek.

Pengumpulan Data

Dalam kajian ini, pengumpulan data yang digunakan adalah menggunakan


borang soal selidik dan temu bual. Borang soal selidik telah dibentuk untuk
mendapatkan maklumat tentang aktiviti-aktiviti kejiranan yang efektif dan berkesan
serta manfaat aktiviti-aktiviti kejiranan kepada masyarakat.

Kaedah Soal Selidik

Kaedah soal selidik merupakan kaedah yang paling sesuai untuk mengumpul
data. Mengikut pandangan Miles dan Huberman (1984) yang menyatakan bahawa
data yang diperoleh daripada soal selidik dengan responden kajian yang dijalankan
dalam suasana semula jadi memberikan data yang berbentuk deskriptif yang tepat.
Untuk merangka soalan selidik ini, prinsip yang digunakan adalah prinsip KISS (keep
it short and simple) iaitu mengemukakan soalan yang mudah difahami dan ringkas.
Borang soal selidik ini telah diedarkan secara dalam talian. Tujuan borang soal selidik
ini diedarkan adalah untuk memudahkan kerja kajian pengkaji untuk mengkaji
jawapan yang telah disediakan oleh pengkaji. Borang soal selidik yang diedarkan
kepada responden mempunyai 3 bahagian. Bahagian A mengandungi soalan
mengenai maklumat peribadi responden. Bahagian B pula mengandungi soalan
tentang jenis aktiviti yang dilaksanakan di Kompleks Kejiranan Putrajaya Presint 8.

7
040301020117

Manakala Bahagian C mengandungi soalan mengenai kepentingan aktiviti kejiranan


sebagai asas perpaduan dalam kalangan masyarakat di Presint 8. Jawapan responden
adalah berdasarkan aneka pilihan jawapan dan skala likert.

Perkara Sangat Tidak Tidak Setuju Setuju Sangat Setuju


Setuju

Skor 1 2 3 4

Jadual 1 : Skala likert

Kaedah temu bual

Kaedah temu bual ini telah digunakan oleh pengkaji untuk mendapatkan maklumat
dua orang reponden yang terdiri daripada golongan remaja dan golongan ibu bapa di
Presint 8, Putrajaya. Kaedah ini dapat memudahkan pengkaji untuk mendapatkan
maklumat dengan lebih terperinci, tepat dan tidak akan berlaku salah faham di antara
pengkaji dengan golongan ibu bapa yang ditemu bual. Responden boleh memberi
keterangan yang jelas tentang aktiviti-aktiviti kejiranan yang efektif dan berkesan
serta manfaat aktiviti-aktiviti kejiranan kepada masyarakat. Kaedah temubual ini
boleh digunakan secara bersemuka atau tidak bersemuka. Dalam kajian ini, pengkaji
menggunakan kaedah temu bual secara tidak bersemuka iaitu melalui aplikasi
“whatsapp”

Kajian Kepustakaan

Kajian kepustakaan adalah salah satu kaedah yang digunakan oleh pengkaji. Langkah
ini membolehkan pengumpulan data dapat dilakukan bagi menyokong dapatan kajian.
Untuk mendapatkan maklumat, pengkaji telah melayari internet tentang tajuk yang
dikaji. Secara umumnya, internet ini telah memberi banyak kemudahan kepada semua
pengguna untuk mendapatkan sesuatu maklumat dengan lebih pantas. Pengkaji
mendapatkan pelbagai maklumat daripada laman web. Dengan menggunakan kaedah
ini, pengkaji dapat menjelaskan sesuatu perkara berdasarkan teori dan fakta.

8
040301020117

DAPATAN KAJIAN

Bahagian ini akan membincangkan analisis data dan mempamerkan hasil


kajian yang telah diisi serta diserahkan kepada responden. Data tersebut telah diproses
bagi mendapatkan statistik seperti nilai peratusan, bilangan dan min aktiviti kejiranan
yang dilaksanakan di Kompleks Kejiranan Putrajaya Presint 8. Selain itu,
menganalisis data terhadap kepentingan aktiviti kejiranan sebagai asas perpaduan
dalam kalangan penduduk Presint 8.

DEMOGRAFI RESPONDEN

Seramai 30 orang responden yang terdiri daripada penduduk di Presint 8


disoal selidik. Para responden telah menjawab ke semua soalan yang diedarkan dalam
bentuk form. Huraian analisis latar belakang responden melibatkan aspek
bangsa,agama, golongan, tahap pendidikan dan pendapatan bulanan (RM).

BANGSA

NO. BANGSA BILANGAN PERATUSAN MIN

1. MELAYU 30 100%

2. CINA 0 0%

3. INDIA 0 0%

JUMLAH 30 100% 10

Jadual 2 : Demografi responden mengikut bangsa

9
040301020117

Rajah 1 : Carta Pai Peratusan Responden Mengikut Bangsa

Responden yang disoal selidik dalam menjayakan kajian ini ialah seramai 30
orang yang terdiri daripada bangsa Melayu. Responden yang dipilih adalah
berdasarkan daripada penduduk Presint 8. Pemilihan responden adalah secara rawak
dan tidak memilih berdasarkan pilih kasih. Pengkaji menggunakan google form dan
menghantarnya kepada para responden melalui aplikasi Whatsapp. Menurut jadual
dan rajah, para responden yang terdiri daripada penduduk Presint 8 ini hanyalah
berbangsa Melayu. Bangsa Melayu adalah seramai 30 orang yang mewakili 100%
manakala bangsa Cina tiada mencatatkan yang menjadi responden iaitu mewakili 0%.
Bangsa India juga tiada mencatatkan yang menjadi responden iaitu mewakili 0%
Dalam kajian ini menunjukkan bahawa bilangan responden berbangsa Melayu yang
menjadi responden lebih tinggi daripada bangsa Cina dan India.

10
040301020117

AGAMA

NO. AGAMA BILANGAN PERATUSAN MIN

1. ISLAM 30 100%

2. KRISTIAN 0 0%

3. BUDDHA 0 0%

4. HINDU 0 0%

JUMLAH 30 100% 7.5

Jadual 3 : Latar belakang responden mengikut agama

Rajah 2 : Carta Pai Peratusan Responden mengikut agama

Berdasarkan Jadual 3 dan Rajah 2 iaitu agama responden, didapati bahawa


responden beragama Islam merupakan agama majoriti berbanding agama yang lain.
Bagi agama Islam, terdapat 30 orang responden yang beragama Islam mewakili
100%. Manakala agama yang lain seperti Kristian, Buddha dan Hindu tiada yang
mencatatkan menjadi responden iaitu 0 orang mewakili 0%.

11
040301020117

GOLONGAN

NO. GOLONGAN BILANGAN PERATUSAN MIN

1. REMAJA 4 13.3%

2. DEWASA 24 80%

3. WARGA EMAS 2 6.7%

JUMLAH 30 100% 10

Jadual 4 : Demografi Responden mengikut golongan

Rajah 3 : Carta Pai Peratusan Responden mengikut golongan

Berdasarkan Jadual 4 dan Rajah 3 iaitu golongan responden, didapati bahawa


golongan responden dewasa lebih banyak daripada golongan responden yang lain.
Bagi golongan dewasa, terdapat 24 orang responden daripada jumlah keseluruhan
iaitu seramai 30 orang dan 24 orang responden bersamaan 80%. Manakala golongan
remaja adalah seramai 4 orang sahaja yang bersamaan 13.3%. Diikuti dengan
golongan warga emas iaitu hanya 2 orang sahaja mewakili 6.7%. Hal ini terjadi
mungkin disebabkan golongan dewasa.lebih aktif bersosial sesama jiran di aplikasi
Whatsapp berbanding golongan remaja yang kurang berinteraksi sesama jiran.

12
040301020117

TAHAP PENDIDIKAN

NO. TAHAP PENDIDIKAN BILANGAN PERATUSAN MIN

1. SPM 14 46.7%

2. STPM/ DIPLOMA/ 15 50%


MATRIKULASI/ ASASI

3. IJAZAH 1 3.3%

4. MASTER 0 0%

5. PHD 0 0%

JUMLAH 30 100% 7.5

Jadual 5 : Demografi Responden mengikut tahap pendidikan

Rajah 4 : Carta Pai Peratusan Responden mengikut tahap pendidikan

Jadual 5 dan Rajah 4 di atas menunjukkan tahap Pendidikan responden


penduduk Presint 8. Bagi tahap pendidikan responden peringkat SPM mencatatkan 14
orang responden dalam kalangan tersebut iaitu mewakili 46.7%. Bagi peringkat
13
040301020117

STPM/Diploma/Matrikulasi/Asasi mencatatkan seramai 15 orang responden dalam


kalangan tersebut iaitu mewakili 50%. Bagi peringkat Ijazah pula mencatatkan
bilangan responden seorang iaitu mewakili 3.3%. Bagi peringkat Master mencatatkan
tiada seorang responden iaitu mewakili 0%. Bagi peringkat PhD mencatatkan juga
tiada seorang responden mewakili 0%. Dalam kajian ini, bilangan penduduk pada
peringkat STPM/Diploma/Matrikulasi/Asasi yang menjadi responden menunjukkan
bilangan yang paling tertinggi iaitu seramai 15 orang.

14
040301020117

JENIS AKTIVITI KEJIRANAN YANG DILAKSANAKAN DI KOMPLEKS


KEJIRANAN PUTRAJAYA PRESINT 8

No. Soalan Pilihan Bilangan Peratus


Jawapan
1. Apakah antara aktiviti Gotong-royong 21 70%
kejiranan yang sering Kenduri- 8 26.7%
dilakukan di Kompleks kendara
Kejiranan Putrajaya Acara jualan 1 3.3%
Presint 8? barangan
terpakai.
2. Terdapat pertandingan Setuju 23 76.7%
sukan antara penduduk di Tidak Pasti 6 20%
Kompleks Kejiranan Tidak Setuju 1 3.3%
Putrajaya Presint 8.
3. Terdapat program Setuju 18 60%
memasak yang diadakan di Tidak Pasti 9 30%
Kompleks Kejiranan Tidak Setuju 3 10%
Putrajaya Presint 8.
4. Terdapat program senaman Setuju 21 70%
pagi yang diadakan di Tidak Pasti 6 20%
Kompleks Kejiranan Tidak Setuju 3 10%
Putrajaya Presint 8.
5. Terdapat program Setuju 13 43.3%
membaca bersama di Tidak Pasti 7 23.3%
Kompleks Kejiranan Tidak Setuju 10 33.3%
Putrajaya Presint 8.
Jadual 6 : Analisis jenis aktiviti kejiranan yang dilaksanakan di Kompleks
Kejiranan Putrajaya Presint 8

15
040301020117

Rajah 5 : Carta Pai Peratusan jenis aktivti kejiranan yang sering dilakukan di
Kompleks Kejiranan Putrajaya Presint 8

Rajah 5 di atas menunjukkan dapatan kajian berdasarkan jenis aktivti


kejiranan yang sering dilakukan di Kompleks Kejiranan Putrajaya Presint 8. Bagi
soalan ini, 21 orang bersamaan 70% yang mencatatkan aktiviti gotong-royong sering
dilaksanakan, manakala 8 orang bersamaan 26.7% yang mencatatkan aktiviti kenduri-
kendara sering dilaksanakan dan seorang bersamaan 3.3% yang mencatatkan aktiviti
jualan barang terpakai sering dilaksanakan. Hal ini menunjukkan bahawa kebanyakan
responden sangat bersetuju aktiviti gotong-royong sering dilaksanakan. Hal ini
demikian kerana penduduk lebih berminat menglibatkan diri dalam aktiviti gotong-
royong. Ia menjadikan hubungan antara penduduk lebih akrab. Menurut Encik Yusuf
Khaled, yang telah ditemu bual oleh pengkaji, beliau ada mengatakan bahawa antara
aktiviti yang dianjurkan termasuklah sambutan perayaan, kenduri kendara, aktiviti
hari keluarga, aktiviti kebajikan serta expo dan pameran.

16
040301020117

Rajah 6 : Carta Pai Peratusan aktiviti pertandingan sukan yang dilaksanakan di


Kompleks Kejiranan Putrajaya Presint 8.

Rajah 6 di atas menunjukkan dapatan kajian berdasarkan aktiviti pertandingan


sukan yang dilaksanakan di Kompleks Kejiranan Putrajaya Presint 8. Bagi aktiviti ini,
23 orang bersamaan 76.7% yang setuju, manakala 6 orang bersamaan 20% yang
tidak pasti dan seorang bersamaan 3.3% yang tidak setuju. Hal ini menunjukkan
bahawa kebanyakan responden bersetuju aktiviti pertandingan sukan pernah diadakan
di Kompleks Kejiranan Putrajaya Presint 8. Hal ini demikian kerana penglibatan
penduduk dalam aktiviti sukan lebih aktif berbanding aktiviti yang lain. Ia menjadikan
penduduk lebih sihat dan mampu mengurangkan kolestrol dalam badan. Menurut
Puan Rosliza Yazid yang juga turut ditemu bual, pertandingan sukan biasanya
dianjurkan oleh Perbadanan Putrajaya dan menyediakan hadiah yang menarik.

17
040301020117

Rajah 7 : Carta Pai Peratusan aktiviti program memasak yang diadakan

Rajah 7 di atas menunjukkan dapatan kajian berdasarkan aktiviti program


memasak yang dilaksanakan di Kompleks Kejiranan Putrajaya Presint 8. Bagi aktiviti
ini, 18 orang bersamaan 60% yang setuju, manakala 9 orang bersamaan 30% yang
tidak pasti dan 3 orang bersamaan 10% yang tidak setuju. Hal ini menunjukkan
bahawa kebanyakan responden bersetuju aktiviti program memasak pernah diadakan
di Kompleks Kejiranan Putrajaya Presint 8. Hal ini demikian kerana penduduk gemar
mempelajari resepi baharu untuk diaplikasikan. Ia menjadikan penduduk lebih
bersemangat untuk menyertai program memasak yang diadakan. Menurut Puan
Rosliza Yazid lagi, program memasak disana biasanya menjemput chef ternama untuk
berkongsi resepi yang lazat dan berkhasiat.

18
040301020117

Rajah 8 : Carta Pai Peratusan aktiviti senaman pagi yang diadakan.

Rajah 8 di atas menunjukkan dapatan kajian berdasarkan aktiviti senaman pagi


yang dilaksanakan di Kompleks Kejiranan Putrajaya Presint 8. Bagi aktiviti ini, 21
orang bersamaan 70% yang setuju, manakala 6 orang bersamaan 20% yang tidak
pasti dan 3 orang bersamaan 10% yang tidak setuju. Hal ini menunjukkan bahawa
kebanyakan responden bersetuju aktiviti senaman pagi pernah diadakan di Kompleks
Kejiranan Putrajaya Presint 8. Hal ini demikian kerana penglibatan penduduk dalam
aktiviti senaman pagi mendapat sambutan yang meriah. Ia menjadikan penduduk
lebih sihat dan sambil mengeratkan hubungan silaturrahim. Menurut hasil temu bual
bersama Puan Rosliza, beliau mengatakan program senaman pagi biasanya diadakan
setiap hari Sabtu dan Ahad. Kesemua penduduk dialu-alukan untuk hadir bersama.

19
040301020117

Rajah 9 : Carta Pai Peratusan aktiviti program membaca yang dilaksanakan.

Rajah 9 di atas menunjukkan dapatan kajian berdasarkan aktiviti program


membaca yang dilaksanakan di Kompleks Kejiranan Putrajaya Presint 8. Bagi aktiviti
ini, 13 orang bersamaan 43.3% yang setuju, manakala 7 orang bersamaan 23.3%
yang tidak pasti dan 10 orang bersamaan 33.3% yang tidak setuju. Hal ini
menunjukkan bahawa purata responden kurang pasti aktiviti program membaca
pernah diadakan di Kompleks Kejiranan Putrajaya Presint 8. Hal ini demikian kerana
penglibatan penduduk dalam aktiviti program membaca kurang mendapat sambutan.
Jelaslah bahawa minat membaca kurang dipupuk dalam kalangan penduduk. Menurut
Puan Rosliza Yazid, program membaca di Kompleks Kejiranan P8 kurang mendapat
sambutan akibat minat membaca yang kurang dipupuk.

20
040301020117

KEPENTINGAN AKTIVITI KEJIRANAN SEBAGAI ASAS PERPADUAN


DALAM KALANGAN MASYARAKAT DI PRESINT 8

No. Soalan Pilihan Jawapan Bilangan Peratusan


1. Program senaman pagi mampu Sangat Setuju 26 86.7%
menggalakkan gaya hidup sihat Setuju 4 13.3%
dalam kalangan masyarakat. Tidak Setuju 0 0%
Sangat Tidak 0 0%
Setuju
2. Program membaca bersama Sangat Setuju 23 76.7%
membantu meningkatkan minat Setuju 7 23.3%
membaca dan memupuk Tidak Setuju 0 0%
kecintaan terhadap ilmu Sangat Tidak 0 0%
pengetahuan dalam kalangan Setuju
masyarakat.
3. Sambutan perayaan yang Sangat Setuju 23 76.7%
diadakan di Kompleks Kejiranan Setuju 7 23.3%
memberi impak yang positif. Tidak Setuju 0 0%
Sangat Tidak 0 0%
Setuju
4. Program yang diadakan di Sangat Setuju 23 76.7%
Kompleks Kejiranan mampu Setuju 7 23.3%
memupuk semangat toleransi Tidak Setuju 0 0%
antara satu sama lain. Sangat Tidak 0 0%
Setuju
5. Semua Penduduk Presint 8 perlu Sangat Setuju 22 73.3%
menyertai program yang Setuju 7 23.3%
diadakan di Kompleks Kejiranan Tidak Setuju 1 3.3%
untuk sama-sama membangun. Sangat Tidak 0
Setuju
Jadual 7 : Analisis kepentingan aktiviti kejiranan sebagai asas perpaduan
dalam kalangan masyarakat Presint 8

21
040301020117

Rajah 10 : Graf kepentingan program senaman pagi dalam kalangan


masyarakat.

Rajah 10 di atas menunjukkan dapatan kajian kepentingan program senaman


pagi sebagai asas perpaduan dalam kalangan penduduk Presint 8. Bagi kepentingan
ini, 26 orang bersamaan 86.7% yang sangat setuju, manakala 4 orang bersamaan
13.3% yang setuju dan bagi yang tidak setuju dan sangat tidak setuju tiada seorang
bersamaan 0%. Hal ini menunjukkan bahawa kebanyakan responden bersetuju dengan
kepentingan program senaman pagi sebagai asas perpaduan masyarakat. Hal ini
demikian kerana senaman pagi mampu menggalakkan gaya hidup sihat dalam
kalangan masyarakat. Penduduk juga dapat mengisi kelapangan masa mereka dengan
melakukan aktiviti yang sihat. Hal ini dapat meningkatkan stamina dan daya
kardiovaskular untuk rutin harian yang sibuk. Menurut Encik Yusuf Khaled yang
telah ditemu bual, aktiviti senaman pagi merupakan inisiatif yang baik bukan sahaja
untuk menggalakkan gaya hidup sihat tetapi dapat merapatkan hubungan
kemasyarakatan antara penduduk di Presint 8 Putrajaya.

22
040301020117

Rajah 11 : Graf kepentingan program membaca dalam kalangan masyarakat.

Rajah 11 di atas menunjukkan dapatan kajian kepentingan program membaca


sebagai asas perpaduan dalam kalangan penduduk Presint 8. Bagi kepentingan ini, 23
orang bersamaan 76.7% yang sangat setuju, manakala 7 orang bersamaan 23.3% yang
setuju dan bagi yang tidak setuju dan sangat tidak setuju tiada seorang bersamaan 0%.
Hal ini menunjukkan bahawa kebanyakan responden bersetuju dengan kepentingan
program membaca sebagai asas perpaduan masyarakat. Hal ini demikian kerana
mampu memupuk semangat kecintaan terhadap ilmu dalam kalangan masyarakat.
Penduduk juga dapat mengisi kelapangan masa mereka dengan menambah ilmu
pengetahuan. Hal ini dapat membentuk masyarakat yang berilmu dan berpengetahuan
luas. Menurut Encik Yusuf Khaled lagi, program membaca merupakan antara
tindakan yang penting bagi melahirkan generasi muda yang berpengetahuan luas dan
berpendidikan. Inisiatif ini juga selari dengan hasrat kerajaan untuk membudayakan
amalan membaca dalam masyarakat.

23
040301020117

Rajah 12 : Graf kepentingan sambutan perayaan dalam kalangan masyarakat.

Rajah 12 di atas menunjukkan dapatan kajian kepentingan program sambutan


perayaan sebagai asas perpaduan dalam kalangan penduduk Presint 8. Bagi
kepentingan ini, 23 orang bersamaan 76.7% yang sangat setuju, manakala 7 orang
bersamaan 23.3% yang setuju dan bagi yang tidak setuju dan sangat tidak setuju tiada
seorang bersamaan 0%. Hal ini menunjukkan bahawa kebanyakan responden
bersetuju dengan kepentingan program sambutan perayaan sebagai asas perpaduan
masyarakat. Hal ini demikian kerana sambutan perayaan mampu mengeratkan
hubungan silaturrahim antara penduduk. Penduduk juga dapat boleh berkongsi kuih
raya yang dibawa dari rumah. Hal ini dapat mengukuhkan lagi hubungan antara
penduduk setempat. Menurut Encik Yusuf Khaled, sambutan perayaan dapat
mengeratkan hubungan silaturahim antara anggota masyarakat yang mungkin jarang
berjumpa pada masa lain.

24
040301020117

Rajah 13 : Graf kepentingan program yang dilaksanakan di Kompleks


Kejiranan yang memupuk semangat toleransi dalam kalangan masyarakat.

Rajah 13 di atas menunjukkan dapatan kajian kepentingan program yang


dilaksanakan di Kompleks Kejiranan yang memupuk semangat toleransi dalam
kalangan masyarakat. Bagi kepentingan ini, 23 orang bersamaan 76.7% yang sangat
setuju, manakala 7 orang bersamaan 23.3% yang setuju dan bagi yang tidak setuju
dan sangat tidak setuju tiada seorang bersamaan 0%. Hal ini menunjukkan bahawa
kebanyakan responden bersetuju dengan kepentingan program senaman pagi sebagai
asas perpaduan masyarakat. Hal ini demikian kerana senaman pagi mampu
menggalakkan gaya hidup sihat dalam kalangan masyarakat. Penduduk juga dapat
mengisi kelapangan masa mereka dengan melakukan aktiviti yang sihat. Hal ini dapat
meningkatkan stamina dan daya kardiovaskular untuk rutin harian yang sibuk.
Menurut Puan Rosliza Yazid pula, semangat toleransi boleh dipupuk melalui aktiviti
yang memerlukan kerjasama seperti gotong-royong, sukan dan permainan.

25
040301020117

Rajah 14 : Graf kepentingan menyertai program yang diadakan bagi


membangun bersama

Rajah 14 di atas menunjukkan dapatan kajian kepentingan menyertai program


yang dilaksanakan bagi membangun bersama. Bagi kepentingan ini, 22 orang
bersamaan 73.3% yang sangat setuju, manakala 7 orang bersamaan 23.3% yang setuju
dan seorang bersamaan 3.3% yang tidak setuju dan sangat tidak setuju tiada seorang
bersamaan 0%. Hal ini menunjukkan bahawa kebanyakan responden bersetuju dengan
kepentingan menyertai program yang diadakan sebagai asas perpaduan masyarakat.
Hal ini demikian kerana penglibatan penduduk merupakan aspek utama dalam mana-
mana usaha dalam perpaduan penduduk. Keaktifan penduduk juga dapat mengubah
suasana di suatu kawasan kejiranan. Hal ini dapat mempamer imej dan peribadi setiap
individu penduduk. Menurut Encik Yusuf Khaled pula, semua aktiviti yang diadakan
merupakan inisiatif dari komuniti Presint 8, Putrajaya untuk memberi kebaikan
terhadap komuniti di sana. Oleh itu aktiviti ini memerlukan sokongan penuh dari
komuniti setempat.

26
040301020117

RUMUSAN DAN KESIMPULAN

Kajian ini telah mengumpulkan maklumat bagi memenuhi objektif kajian.


Bahagian ini akan merumuskan dan menyimpulkan hasil daripada dapatan kajian.

Rumusan

Kajian ini bertujuan untuk mengenal jenis aktiviti kejiranan yang dilaksanakan
di Kompleks Kejiranan Putrajaya Presint 8 dan mengkaji kepentingan aktiviti
kejiranan sebagai asas perpaduan dalam kalangan masyarakat di Presint 8.
Berdasarkan hasil kajian yang dikumpul, pengkaji mendapati bahawa terdapat
beberapa jenis aktiviti kejiranan yang dilaksanakan di Kompleks Kejiranan Putrajaya
Presint 8. Antara akitviti kejiranan yang dilaksanakan adalah gotong-royong,
pertandingan sukan, senaman pagi, program membaca, program memasak, sambutan
perayaan aktiviti hari keluarga, aktiviti kebajikan serta expo dan pameran.
Berdasarkan dapatan kajian yang didapati pada skala likert iaitu pada skala 1, skala 2,
skala 3 sahaja yang membawa maksud setuju, tidak pasti dan tidak setuju.
Selain itu, hasil dapatan kajian yang dikumpul juga, pengkaji mendapati
bahawa terdapat beberapa kepentingan aktiviti kejiranan sebagai asas perpaduan
dalam kalangan masyarakat di Presint 8. Antara kepentingan yang diperolehi adalah
dapat menggalakkan gaya hidup sihat dalam kalangan masyarakat, memupuk
semangat kecintaan terhadap ilmu, memupuk semangat toleransi, membangun
bersama dan mengeratkan hubungan silaturrahim. Berdasarkan dapatan kajian yang
didapati pada skala likert iaitu pada skala 1, skala 2, skala 3 sahaja yang membawa
maksud sangat setuju, setuju dan tidak setuju. Hal ini disebabkan kerana hasil dapatan
kajian mendapati bahawa tiada seorang pun daripada 30 orang responden yang
membuat pilihan jawapan pada skala 4 yang menunjukkan sangat tidak setuju.

Kesimpulan
Kesimpulannya, hasil daripada kepelbagaian aktiviti kejiranan yang
dilaksanakan, terbukti memainkan peranan terbesar dalam menyemarakkan semangat
kejiranan di Kompleks Kejiranan Putrajaya Presint 8.

27
040301020117

CADANGAN PENAMBAHBAIKAN :
1. Kerajaan perlulah mengambil peranan dengan menambah kemudahan dan
memperbesar Kompleks Kejiranan agar boleh dikunjungi oleh semua
penduduk Presint 8 pada masa yang sama.
2. Penduduk setempat perlulah meluangkan masa bersama dengan menyertai
program yang dilaksanakan di Kompleks Kejiranan agar dapat menjalin
hubungan antara penduduk dengan lebih erat.
3. Ibu bapa hendaklah menggalakkan anak-anak mereka untuk menyertai aktiviti
yang dilaksanakan di Kompleks Kejiranan supaya dapat menambah ilmu
pengetahuan dan berinteraksi sesama jiran.

28
040301020117

RUJUKAN

Abdullah, M. S., Ismail, M. M., & Mohd Noor, M. (2016). Kesepaduan Sosial Dan
Kejiranan Di Kawasan Rukun Tetangga. Jurnal Kinabalu, 19.

Clarence Perry, 2011, The City Reader. 5th Edition, Routledge

Dewan Bahasa dan Pustaka (1994) Definisi perpaduan. Dicapai pada 1 Mei 2023,
dari, https://prpm.dbp.gov.my/Cari1?keyword=perpaduan

HarakahDaily (2017) Semangat kejiranan perlu dipupuk. Dicapai pada 1 Mei 2023,
dari, https://harakahdaily.net/index.php/2017/05/23/semangat-kejiranan-perlu-
dipupuk/

Kamus Dewan. Edisi Keempat. (1994). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Pelajar Universiti Sains Islam Malaysia, 2017, Semangat kejiranan perlu dipupuk,
HarakahDaily

Perbadanan Putrajaya (2023) Kompleks Kejiranan Putrajaya Presint 8. Dicapai pada


April 10,2023, dari https://www.ppj.gov.my/second-page/kompleks-kejiranan-
putrajaya-presint-8

29
040301020117

LAMPIRAN

1. Borang Soal Selidik


BAHAGIAN A: Demografi Responden
No. Soalan Pilihan Jawapan
1. Bangsa Melayu

Cina

India

2. Agama Islam
Kristian

Buddha

Hindu

3. Golongan Remaja
Dewasa

Warga emas

4. Tahap Pendidikan SPM


STPM/Diploma/Matrikulasi/Asasi

Ijazah

Master

PhD

BAHAGIAN B: Mengenal pasti jenis aktiviti kejiranan yang dilaksanakan di


Kompleks Kejiranan Putrajaya Presint 8
No. Soalan Pilihan Jawapan

1. Apakah antara aktiviti kejiranan yang Gotong-royong


sering dilakukan di Kompleks Kejiranan Kenduri-kendara
Putrajaya Presint 8?

30
040301020117

Acara jualan
barangan terpakai.

2. Terdapat pertandingan sukan antara Setuju


penduduk di Kompleks Kejiranan Tidak Pasti
Putrajaya Presint 8. Tidak Setuju

3. Terdapat program memasak yang Setuju


diadakan di Kompleks Kejiranan Tidak Pasti
Putrajaya Presint 8. Tidak Setuju

4. Terdapat program senaman pagi yang Setuju


diadakan di Kompleks Kejiranan Tidak Pasti
Putrajaya Presint 8. Tidak Setuju

5. Terdapat program membaca bersama di Setuju


Kompleks Kejiranan Putrajaya Presint 8. Tidak Pasti
Tidak Setuju

BAHAGIAN C: Mengkaji kepentingan aktiviti kejiranan sebagai asas perpaduan


dalam kalangan masyarakat di Presint 8
No. Soalan Pilihan Jawapan

1. Program senaman pagi mampu Sangat Setuju


menggalakkan gaya hidup sihat dalam Setuju
kalangan masyarakat.
Tidak Setuju

Sangat Tidak
Setuju

2. Program membaca bersama membantu Sangat Setuju

31
040301020117

meningkatkan minat membaca dan memupuk Setuju


kecintaan terhadap ilmu pengetahuan dalam Tidak Setuju
kalangan masyarakat.
Sangat Tidak
Setuju

3. Sambutan perayaan yang diadakan di Sangat Setuju


Kompleks Kejiranan memberi impak yang Setuju
positif.
Tidak Setuju

Sangat Tidak
Setuju

4. Program yang diadakan di Kompleks Sangat Setuju


Kejiranan mampu memupuk semangat Setuju
toleransi antara satu sama lain.
Tidak Setuju

Sangat Tidak
Setuju

5. Semua Penduduk Presint 8 perlu menyertai Sangat Setuju


program yang diadakan di Kompleks Setuju
Kejiranan untuk sama-sama membangun.
Tidak Setuju

Sangat Tidak
Setuju

3. Borang Temu Bual

Seramai 2 orang informen yang terlibat dalam temu bual iaitu terdiri daripada
golongan remaja dan golongan ibu bapa di Presint 8, Putrajaya.

32
040301020117

Tarikh Informen Ulasan Informen

20 Mei 2023 InformenA:


(Siti Rosliza Binti Yazid)

Assalamualaikum puan. Apa khabar Waalaikumussalam. Khabar baik.


?

Saya Muhammad Darwish Bin Abd Boleh. Tiada Masalah.


Rahman. Pelajar Tingkatan 6
memerlukan responden untuk
mengambil bahagian dalam temu
bual secara atas talian. Temu bual ini
bertujuan bagi membantu pelajar
menjalankan tugasan Kerja Kursus
bagi peperiksaan Sijil Tinggi
Pelajaran Malaysia (STPM) 2023.
Adakah puan sudi meluangkan masa?
Soalan1: Program senaman pagi biasanya
Bagaimanakah program senaman diadakan setiap hari Sabtu dan
pagi dijalankan di Kompleks Ahad. Kesemua penduduk dialu-
Kejiranan Putrajaya Presint 8? alukan untuk hadir bersama.
Soalan2: Program membaca di Kompleks
Bagaimanakah program membaca Kejiranan P8 kurang mendapat
diadakan di sana? sambutan akibat minat membaca
yang kurang dipupuk.
Soalan3: Program memasak disana
Bagaimanakah program memasak biasanya menjemput chef ternama
yang diadakan di sana? untuk berkongsi resepi yang lazat
dan berkhasiat.
Soalan4: Pertandingan sukan biasanya
Bagaimanakah pertandingan sukan dianjurkan oleh Perbadanan

33
040301020117

diadakan di sana? Putrajaya dan menyediakan


hadiah yang menarik.

Soalan5: Semangat toleransi boleh dipupuk


Bagaimanakah aktiviti kejiranan melalui aktiviti yang memerlukan
boleh memupuk semangat toleransi ? kerjasama seperti gotong-royong,
sukan dan permainan.
Terima kasih puan sudi meluangkan Sama-sama.
masa bersama saya. Terima kasih
juga atas kerjasama puan.

Tarikh Informen Ulasan Informen


21 Mei 2023 InformenB:
(Ahmad Yusuf Khaled)
Assalamualaikum Waalaikumussalam.
Saya Muhammad Darwish Bin Abd Baik boleh tiada masalah.
Rahman. Pelajar Tingkatan 6
memerlukan responden untuk
mengambil bahagian dalam temu bual
secara atas talian. Temu bual ini
bertujuan bagi membantu pelajar
menjalankan tugasan Kerja Kursus bagi
peperiksaan Sijil Tinggi Pelajaran
Malaysia (STPM) 2023. Adakah encik
sudi meluangkan masa?

Soalan1: Antara aktiviti yang dianjurkan


Apakah antara aktiviti yang termasuklah sambutan

34
040301020117

terdapat di sana? perayaan, kenduri kendara,


aktiviti hari keluarga, aktiviti
kebajikan serta expo dan
pameran
Soalan2: Pada pendapat saya, aktiviti
Apakah kepentingan program senaman senaman pagi merupakan
pagi yang diadakan di sana? inisiatif yang baik bukan
sahaja untuk menggalakkan
gaya hidup sihat tetapi dapat
merapatkan hubungan
kemasyarakatan antara
penduduk di Presint 8
Putrajaya.
Soalan3: Pada pendapat saya, program
Apakah kepentingan program membaca membaca merupakan antara
yang diadakan di sana? tindakan yang penting bagi
melahirkan generasi muda
yang berpengetahuan luas dan
berpendidikan. Inisiatif ini juga
selari dengan hasrat kerajaan
untuk membudayakan amalan
membaca dalam masyarakat

Soalan4: Pada pendapat saya sambutan


Apakah kepentingan sambutan perayaan perayaan dapat mengeratkan
yang diadakan di sana? hubungan silaturahim antara
anggota masyarakat yang
mungkin jarang berjumpa pada
masa lain
Soalan5: Ya, semua aktiviti yang
Adakah penduduk Presint 8 perlu diadakan merupakan inisiatif
menyertai aktiviti yang dari komuniti Presint 8,

35
040301020117

diadakan di sana? Putrajaya untuk memberi


kebaikan terhadap komuniti di
sana. Oleh itu aktiviti ini
memerlukan sokongan penuh
dari komuniti setempat
Terima kasih encik kerana sudi Sama-sama.
meluangkan masa bersama saya. Terima
kasih juga atas kerjasama encik.

3) Gambar

36
040301020117

37

Anda mungkin juga menyukai