Anda di halaman 1dari 17

KOLEJ PENGAJIAN PERKOMPUTERAN, INFORMATIK DAN MEDIA

(CDIM110)

LAPORAN PEMBENTANGAN CTU 152

TAJUK: PERANAN ETIKA DAN PERADABAN DALAM MENDOKONG TANGGUNGJAWAB


SOSIAL DI MALAYSIA

PENSYARAH: ABU SUFIAN BIN AB GHANI

DISEDIAKAN OLEH:
(1) NAMA
(2) NAMA
(3) NAMA
(4) NAMA
(5) NAMA

SEMESTER
SESI MARCH-OGOS 2023
BIL. KANDUNGAN MUKA SURAT
1 PENDAHULUAN
2 OBJEKTIF KAJIAN
3 METODOLOJI KAJIAN
4 HASIL KAJIAN
5 KESIMPULAN
6 BIBLIOGRAFI
ISI KANDUNGAN
PENGHARGAAN

Bersyukur ke hadrat Ilahi, dengan limpah kurnianya ini kami berjaya melengkapkan
kertas kerja CTU falsafah dalam kehidupan yang berkait rapat dengan dasar
pemikiran dan gaya hidup manusia. Dengan ini, InsyaAllah banyak ilmu
pengetahuan dan pengalaman yang dapat kami perolehi ketika proses penyediaan
kertas kerja ini.
Kunci kejayaan atas penyelesaian kertas kerja ini juga dijayai dengan ilmu yang
dibekalkan oleh pensyarah kami iaitu Ustaz Abu Sufian yang telah membimbing
kami tentang cara , format penulisan dan ketepatan isi kandungan yang perlu ada
untuk tugasan ini. Kami juga ingin melanjutkan ucapan terima kasih kepada keluarga
kami yang sentiasa memberikan sokongan kepada kami sebagai seorang pelajar.
Sebelum itu, kami juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada setiap ahli
kumpulan kami yang telah bersama-sama bertungkus-lumus menyelesaikan kertas
kerja ini dengan menyumbangkan idea-idea dan tenaga. Akhir sekali, pada
pandangan kami, kertas kerja ini telah banyak memberi pencerahan kepada kami
untuk pembelajaran dalam subjek ini, Oleh itu kami berharap agar tugasan ini dapat
dinilai dengan baik setara denga napa yang telah kami usahakan selama ini.
PENGENALAN KONSEP ETIKA DAN PERADABAN
Perkataan etika berasal daripada perkataan Greek iaitu ethos yang merujuk kepada
“perlakuan seseorang”. Menurut Garner (1986) etika atau ethic merupakan perkataan
Bahasa Inggeris yang berasal daripada bahasa Greek iaitu ‘ethikos’ iaitu moral dan ‘ethos’
yang membawa makna sikap atau adat. Etika ertinya satu disiplin atau peraturan yang
menentukan sama ada sesuatu perbuatan itu baik atau buruk. Etika adalah satu disiplin
yang akan dapat memberi maklumat kepada kita apakah sistem moral yang diamalkan oleh
satu-satu kelompok manusia tertentu. Saravanan (2018) mendefinisikan etika sebagai satu
set peraturan yang berkait rapat dengan nilai-nilai moral serta norma (kebiasaan) sesuatu
masyarakat.
Mohd Nasir (1992) mengatakan etika terbahagi dua iaitu Etika Deskriptif dan Etika Normatif.
Etika Deskriptif akan menyedarkan kita bahawa di dunia ini terdapat berbagai-bagai sistem
moral yang relative (tidak sama). Contohnya Etika Hindu, Etika Kristian, Etika Buddha, Etika
Yahudi, Etika Islam dan Etika Barat. Etika Deskriptif menyatukan apakah bentuk atau
karekter sebenar satu-satu sistem moral yang ada dewasa ini. Etika Normatif akan menilai,
mengkritik dan membuat keputusan terhadap sistem moral yang ada. Ia menyedarkan kita
bahawa nilai-nilai moral tidak semuanya berubah mengikut perubahan budaya manusia
tetapi ada juga nilai-nilai moral yang tetap dan tidak berubah.
Mohd Mohsin & Hamdzun (2002) mengatakan terdapat dua perkara asas yang menjadi
tumpuan dalam etika ialah akhlak individu sperti takrifan individu yang baik dan peraturan-
peraturan sosial seperti peraturan mengenai benar atau salah (moraliti) yang menghadkan
tingkah laku individu. Perspektif Islam memandang etika sebagai akhlak yang berdasarkan
Al-Quran dan Sunnah yang ditinggalkan oleh Nabi Muhammad.
Menurut Abdul Fatah Hassan (2001) pula, etika membawa maksud menyelidik, memikirkan
dan mempertimbangkan mengenai yang baik dan yang buruk. Etika melihat secara universal
perbuatan manusia. Definisi etika ini agak umum dan meluas yang memandang banyak
aspek sebelum dinilai sebagai etika yang baik atau sebaliknya.
Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga, etika merujuk kepada dua makna, iaitu: “Etika ialah
ilmu yang berkaitan dengan prinsip-prinsip akhlak atau moral” atau “ Prinsip moral atau nilai-
nilai akhlak yang menjadi pegangan sesorang individua tau sesuatu kumpulan. Malah, ia
juga melibatkan tanggungjawab dan akibat tingkah laku seseorang atau profesion terhadap
masyarakat. Contohnya Etika Perkhidmatan Awam yang melibatkan kakitangan awam
( Mohd Tap et, al. 1991).
Menurut Dr. H. Hamzah (1991) etika ialah ilmu yang menyelidiki mana yang baik dan mana
yang buruk dengan memperhatikan amal perbuatan manusia yang diukur berdasarkan al-
Quran dan Sunnah dan bukannya diukur oleh akal semata sahaja. Definisi ini berbeza
dengan definisi yang diperkenalkan oleh perspektif barat.
Dari pelbagai definisi yang telah disebutkan di atas, dapatlah disimpulkan bahawa etika
pada dasarnya adalah suatu cabang dari ilmu falsafah yang membuat penyelidikan tentang
moral dan tingkah laku manusia dari segi Tindakan baik dan buruk yang seharusnya
diketahui, dan yang sepatutnya diamalkan dalam kehidupan , sama ada dari sudut individu,
masyarakat dan negara. Dari kaca mata agama islam, etika adalah akhlak yang ditentukan
dari hati, sekiranya seseorang insan itu memiliki hati yang baik, maka etika dan akhlak yang
ditonjolkan adalah yang terpuji dan begitulah sebaliknya.
PENGENALAN ETIKA DAN PERADABAN
CONTOH DAN GAMBAR
PENGENALAN TANGGUNGJAWAB SOSIAL BESERTA CONTOH
PERANAN TANGGUNGJAWAB SOSIAL (DARI SEGI MASYARAKAT, ORGANISASI DAN
PEKERJA)
CARA TINGKATKAN PELAKSANAAN TANGGUNGJAWAB SOSIAL
PENGENALAN KESEDARAN NASIONAL
PENGENALAN KESEDARAN NASIONAL 2 PAGE SEKALI DNGN GMBAR
TANGGUNGJAWAB SOSIAL DALAM DAN LUAR NEGARA

DALAM NEGARA
LUAR NEGARA
METODOLOGI
PENGENALAN KESUKARELAWAN DAN KESUKARELAAN
CONTOH :
KESIMPULAN

Anda mungkin juga menyukai