Anda di halaman 1dari 14

UNIVERSITI KUALA LUMPUR

MALAYSIAN SPANISH INSTITUTE

SGB10202 - PROFESSIONAL ENGINEERING PRACTICE AND ETHICS

PENGKAJIAN ETIKA DAN AMALAN RASUAH

NO NAME ID NUMBER
1 MUHAMMAD ASHRAF BIN SHAMIL 54212215122
2 MOHD IQBAL BIN MOHD ZAIN 54212114122
3 MUHAMMAD FARHAN BIN SUHAIMI 54212114117
ISI KANDUNGAN

1.0 PENDAHULUAN 3

2.0 DEFINISI ETIKA 3

2.1 DEFINISI ETIKA DALAM ISLAM 3

2.2 DEFINISI ETIKA MENURUT KAMUS DEWAN 4

2.3 DEFINISI NILAI DAN ETIKA DARI SEGI BAHASA 4

2.4 TEORI ETIKA MENURUT AL-QURAN 4

3.0 PEMBENTUKAN TEORI ETIKA 5

3.1 PENYATAAN DALAM TEORI ETIKA 5

3.2 TEORI DAN ALIRAN PEMIKIRAN 6

3.3 TEORI HAK ASASI 7

3.4 TEORI KEBEBASAN PERIBADI 7

4.0 KEPENTINGAN PENDIDIKAN BERETIKA 8

4.1 LANGKAH-LANGKAH KE ARAH PENDIDIKAN BERETIKA 9

5.0 KEPERLUAN BERETIKA DALAM ORGANISASI 10

6.0 RASUAH 10

6.1 PUNCA BERLAKUNYA RASUAH SECARA UMUM 11

6.2 MASALAH YANG BERKAITAN RASUAH DI SEKOLAH 12

7.0 PENUTUP 13

8.0 RUJUKAN 14
1.0 PENDAHULUAN

Tujuan etika dibentuk pada amnya adalah digunakan untuk diri sendiri dan masyarakat di
sekelilingnya. Kod etika profesional adalah salah satu ‘alat kawalan’ sosial yang digunakan
sebagai satu panduan dalaam mendisiplinkan diri ke arah yang lebih beretika. Ianya
berfungsi sebagai landasan dalam menjalankan pelbagai kerja dengan lebih baik dan lebih
teratur. Dalam pendidikan seringkali diterapkan perlakuan dan amalan yang baik kepada
pelajar agar mereka dapat mengamalkannya sepanjang hayatnya.

Namun terdapat faktor-faktor tertentu yang menyebabkan seseorang itu melanggar etika
seperti faktor pengaruh keluarga (family influence), pengaruh rakan (Peer Influence),
pengalaman hidup (life experience), nilai peribadi dan prinsip moral (personal value and
morals) dan faktor keadaan (situation factors). Seringkali apabila sesebuah organisasi
berdepan dengan masalah etika, maka jalan terakhir untuk menyelesaikannya ialah dengan
merujuk kepada undang-undang untuk mengawal keadaan tersebut.

2.0 DEFINISI ETIKA

Terlalu banyak definisi etika diberikan oleh pelbagai pihak dari semasa ke semasa. Istilah
etika berasal daripada perkataan Greek ‘ethos’ yang bermaksud khusus kepada ‘character’,
atau perwatakan dan keperibadian.

Gluck (1986:176) telah mendefinisikan etika sebagai, kajian filosofikal terhadap moraliti.
Shea (1988: 17) mendefinisikan etika sebagai prinsip-prinsip bertingkah laku yang mengawal
individu atau profesion dan sebagai satu standard tingkah laku.

Etika seharusnya dipelajari dan diamalkan dalam kehidupan seharian kita dalam apa juga
tindak tanduk perlakuan. Keberkesanan prinsip etika terletak pada individu itu sendiri tanpa
disiplin diri dan kekuatan mental yang tinggi seseorang itu tidak dapat mencapai tahap etika
yang dikehendaki.

2.1 DEFINISI ETIKA DALAM ISLAM

Moral dan etika dalam Islam, meskipun berbeza dikenali sebagai akhlak. Akhlaq adalah
perkataan Arab, kata jamak kepada perkataan Khuluq. Akhlak termasuklah tabiat, adab,
maruah dan lain-lain perbuatan mulia atau positif yang dilakukan oleh seseorang individu.
Dari segi istilah, akhlak boleh diringkaskan sebagai keadaan kejiwaan yang akan membentuk
tingkah laku manusia.

Menurut perspektif Islam, akhlak adalah suatu sains atau kajian terhadap sistem-sistem
keimanan (I’tiqadat) iaitu kajian terhadap baik buruk sesuatu tingkah laku dengan objektif
untuk memperaktikkan bukan untuk kepentingan ilmu tetapi mengkaji tentang tingkah laku
manusia berhubung dengan Allah sesama manusia dan alam semesta.

Page 3
SGB10202 - PROFESSIONAL ENGINEERING PRACTICE AND ETHICS
2.2 DEFINISI ETIKA MENURUT KAMUS DEWAN

Menurut kamus Dewan edisi ketiga, etika bermaksud prinsip moral (atau akhlak) atau nilai-
nilai akhlak yang menjadi pegangan seseorang individu atau sesuatu kumpulan (persatuan,
pekerjaan dan lain-lain).

2.3 DEFINISI NILAI DAN ETIKA DARI SEGI BAHASA

Nilai adalah ditakrifkan sebagai kepercayaan yang mendorong seseorang atau sesebuah
institusi untuk bertindak mengikut pemilihan yang berasaskan nilai-nilai utama dalam
masyarakat. Penerimaan dan penghayatan nilai-nilai utama oleh masyarakat akan menjamin
rakyat yang berpendidikan lengkap dalam hubungan masyarakat iaitu perilaku etika, sosial
dan budaya ilmu.

Etika pula bermaksud tanggungjawab dan akibat bagi tingkah laku seseorang terhadap
masyarakat. Setiap anggota masyarakat atau organisasi berkewajipan memahami
tanggungjawab terhadap peranan dan perilaku seseorang individu tersebut.

2.4 TEORI ETIKA MENURUT AL-QURAN

Berdasarkan buku Studies in muslims ethics (Dwight M. Donaldson), konsep umum etika ini
ada digariskan oleh Allah S.W.T dalam surah Az Zariat ayat 56, maksudnya menyatakan
tentang tanggungjawab dan rasa kehambaan kita terhadap Allah. Segala perbuatan yang
menyalahi akan mengingatkan kita kepada Allah. Konsep wasatiyyah dan kesederhanaan
menunjukkan kita perlu berserderhana dan istiqamah dalam apa jua urusan termasuk dalam
bidang pekerjaan kita. Sikap ini mestilah istiqamah iaitu berterusan dalam beretika dan
menjalankan kerja dengan jujur dan baik.

Dalam Al-Quran, ada konsep ‘forgiveness’ dimana segala kesalahan ada pengampunannya.
Dalam berorganisasi, kita perlu mengikuti peraturan syarikat untuk mendapatkan kemaafan.
Pengurus yang terlibat dalam permasalahan sikap dan etika pekerjanya perlu bertolak ansur
namun bukan semua kesalahan perlu dimaafkan. Contohnya, dalam syarikat kesalahan
pecah amanah atau membocor rahsia perlu dilaporkan untuk mengekang budaya rasuah.

Konsep pembalasan pula mesti diyakini oleh orang Islam bahawa, segala perbuatan yang
dilarang akan mendapat dosa dan dosa akan diberi pembalasan selepas hari kebangkitan.
Sikap futuristik Rasulullah dalam menilai akibat dan natijah segala perbuatan kita
menjadikan kita akan sentiasa berjaga-jaga termasuk dalam urusan profesion kita. Konsep
‘rewards’ pula, pembalasan baik dan buruk manusia walaupun sekecil atom tetap mendapat
pembalasannya.

Oleh itu setiap pengurus sumber manusia (majikan) perlu ada nilai penghargaan terhadap
jasa dan kebaikan individu supaya hubungan menjadi harmonis. Ini secara tidak langsung
dapat mengekang pekerja bawahan menerima rasuah. Majikan yang baik dan mengamalkan
nilai-nilai mengikut konsep Al-quran tidak akan tergamak untuk pecah amanah dan memberi
hasil tidak halal kepada keluarganya.

Page 4
SGB10202 - PROFESSIONAL ENGINEERING PRACTICE AND ETHICS
3.0 PEMBENTUKAN TEORI ETIKA

Etika bermula di zaman purba Greek apabila ahli-ahli falsafah hanya memberikan tumpuan
kepada kebaikan moral. Socrates menggunakan pendekatan yang mencabar dan
menggalakkan rakan-rakannya untuk berfikir tentang kebaikan dan kesihatan roh. Idea
utama Soccrates tentang etika adalah berhubung dengan menyakinkan orang agar
berakhlak mulia. Socrates menyatakan bahawa kebahagian adalah mustahil diperolehi
tanpa memiliki kebaikan moral dan tindakan yang tidak beretika akan mengganggu orang
lain malah beliau menganggap orang yang tidak beretika sebagai orang yang lemah dan
mempunyai psikologi yang tidak sihat.

Plato mengkaji hubungan etika dengan personaliti manusia. Kebaikan moral adalah suatu
imbangan dan harmoni dikalangan perbezaan yang wujud dalam roh. Kebaikan moral adalah
suatu keperluan terhadap kesihatan roh tetapi kebaikan sejati adalah sukar dicapai.
Mengikut Plato kebaikan moral adalah berada di bahagian intelektual.

Menurut Aristotle pula, beliau melihat kebaikan moral agak berbeza daripada ploto dan
Soccrates di mana beliau menyatakan bahawa kebaikan moral mempunyai hubungan yang
sedikit dengan intelektual tetapi lebih kepada sifat (character) atau personaliti. Ploto dan
Socrates pula menyatakan beretika itu mempunyai hubungan yang rapat antara kebaikan
moral dan personaliti ang sihat. Bagaimanapun ketiga-tiga ahli falsafah ini berpendapat
bahawa kebajikan seseorang itu bergantung sepenuhnya dan berada dalam tangan
seseorang itu.

Sekiranya beretika dahulu menekankan kebaikan moral dan rasionalnya, etika moden
banyak memfokuskan kepada menentukan sifat-sifat beretika menerusi tindakan. Etika
moden telah membentuk dua persaingan iaitu tindakan yang mempunyai sifat etika
dalaman dan memerlukan status moral daripada akibat (consequences) yang dibuat sama
ada tindakan itu betul atau salah.

3.1 PENYATAAN DALAM TEORI ETIKA

Etika deskriptif merupakan suatu disiplin yang membicarakan tentang sejarah sistem moral.
Etika deskriptif memberitahu bagaimana ahli masyarakat harus bertingkahlaku, apakah
peraturan yang digunakan dan dianuti dalam sesebuah masyarakat dan sebagainya. Etika
deskriptif menyedarkan manusia bahawa terdapat berbagai system moral yang bersifat
relatif di muka bumi ini iaitu etika Islam, Kristian, Buddha, Hindu dan sebagainya. Etika ini
menyatukan bentuk atau karektor sesuatu sistem moral yang ada tanpa membuat penilaian,
pengadilan dan keputusan terhadap system tersebut.

Etika nomatif merujuk kepada panduan dan peraturan yang berkaitan dengan tingkahlaku
yang baik dan jahat. Ianya menjurus kepada kenyataan yang memberitahu apa yang mesti
dilakukan dan apa yang betul. Ia menilai, mengkritik dan membuat keputusan terhadap
sistem yang ada disamping menerangkan sesuatu undang-undang moral yang dianggap
terbaik, bukan undang-undang moral yang sedia ada dan sedia di terima.

Page 5
SGB10202 - PROFESSIONAL ENGINEERING PRACTICE AND ETHICS
Etika normatif mengemukakan sistem moral yang piawai berpandukan sistem sedia ada.
Etika Normatif menyedarkan kita bahawa tidak semua nilai moral berubah mengikut
perubahan masa tetapi ada yang terus kekal dipelihara meskipun budaya mengalami
perubahan. Inilah yang dikatakan sebagai nilai mutlak dan biasanya berkaitrapat dengan
agama. Golden Rule merupakan contoh prinsip etika normatif klasik. Jika mahu orang
melakukan perkara yang baik kepada kita, kita perlu melakukan perkara yang baik juga
kepada orang lain.

3.2 TEORI DAN ALIRAN PEMIKIRAN

Aliran pemikiran terhadap sesuatu teori itu terbahagi kepada dua:

Teori ‘Deontologis’

Teori ini berasal dari Yunani iaitu ‘deon’ dan diasaskan oleh Immanuel Kant (1804). Teori ini
menekankan sikap jujur, mengikut arahan, menepati janji serta adil. Mengikut teori ini,
betul atau salah sesuatu tindakan itu ditentukan oleh pegangan agamanya. Orang yang
berpegang dengan teori ini akan sentiasa berbuat baik. Walaubagaimanapun, orang yang
berpegang kepada teori ini tidak berfikir akan akibat kepada ketaatannya kepada dirinya
atau kepada orang lain. Dalam hal yang berkaitan dengan bidang pekerjaan misalnya,
sebagai pekerja bawahan kita, kita sememangnya perlu taat kepada majikan dan majikan
pula perlu taat dan patut kepada prosedur kerja serta peraturan syarikat. Dalam satu segi,
sikap ini dapat menahan diri seseorang itu untuk hindari amalan rasuah dan perbuatan yang
tidak bermoral namun dari sudut tersiratnya, patuh secara melulu mengakibatkan
keburukan pada dirinya dan keluarga. Dalam hal ini, kita hendaklah berfikir waras adakah
sesuatu tindakan itu ‘membuta tuli atau tidak’.

Teori Teleologis

Teori ini diasaskan oleh Jeremy Bentham (1784-1832) dan John Stuart Mill (1806-1873)
dimana ia berasal daripada perkataan Yunani iaitu ‘telos’ yang bermaksud tujuan atau
akibat. Teori ini sealiran dengan teori Utilitarian. Menurut teori ini, tindakan dianggap betul
jika akibat daripada tindakan itu kearah kebaikan. Menurut teori ini sebelum melakukan
sesuatu tindakan, seseorang individu itu perlu memikirkan kesan baik dan buruk. kebaikan
yang dimaksudkan ialah yang terbaik dan untuk dinikmati oleh seramai mungkin daripada
faedah itu.

Dalam hal ini, sesuatu peraturan itu boleh dilanggar jika ada faedah yang lebih baik.
Contohnya, ‘jangan menipu’ adalah sesuatu yang umum dan ia boleh dilanggar jika ada
kebaikan yang lebih besar. Teori ini adalah baik jika bermaksud untuk kebaikan tanpa
melanggar undang-undang. Contohnya, seseorang itu perlu berfikir banyak kali atas tawaran
suapan kerana akibatnya adalah besar. Tidak menerima suapan tadi adalah mematuhi
peraturan yang ditetapkan yang bertujuan baik. Sebagai pekerja yang mengamalkan etika
profesional, seseorang itu tidak boleh melanggar peraturan walaupun untuk tujuan
kebaikan. Tiada ‘matlamat yang menghalalkan cara’.

Page 6
SGB10202 - PROFESSIONAL ENGINEERING PRACTICE AND ETHICS
3.3 TEORI HAK ASASI

Teori ini diasaskan oleh John Locke (1704). Menurut teori ini, “sesuatu tanggungjawab perlu
dilaksanakan kerana setiap orang punya hak tertentu”. Teori Hak Asasi adalah teori umum
bagi setiap insan. Berdasarkan teori ini, setiap insan perlukan kebebasan dan kedamaian
untuk dirinya sendiri. Dalam bidang pekerjaan, seseorang itu perlu pertimbangkan hak
orang lain dalam melaksanakan tugasannya. Konflik boleh terjadi apabila seseorang itu
bertembung dengan kepentingan hak orang lain sedangkan dia tetap dengan matlamat
utilitariannya iaitu kebaikan secara umumnya kepada masyarakat.

Dalam Islam, hak asasi kita tidak akan diiktiraf sehingga kita boleh memberi gangguan
kepada hak orang lain. Hak kita adalah terbatas tanpa memudaratkan orang lain. Apa
perkaitannya dengan amalan rasuah? Jika mengamalkan teori ini, tanpa mengamalkan teori
kesederhanaan yang ditekankan dalam Islam, seseorang ahli perniagaan misalnya, akan
melebarkan perniagaannya tanpa memikirkan adakah ia boleh memberi tekanan kepada
orang lain.

Teori-teori etika yang dikemukakan perlu amalkan tetapi dalam masa yang sama seseorang
itu perlu berfikir secara berhemah sama ada ia wajar atau tidak. Keberkesanan prinsip etika
bergantung kepada disiplin dan kekuatan individu itu dalam mengekang perbuatan yang
tidak bermoral termasuklah rasuah. Bagi penganut agama Islam, teori yang terbaik sudah
tentulah teori yang berlandaskan Al-Quran.

3.4 TEORI KEBEBASAN PERIBADI

Teori ini (Personal Liberty Theory) menekankan suatu prinsip tunggal iaitu kebebasan.
Berdasarkan teori ini, segala peraturan yang dibuat itu walaupun memberi manafaat kepada
masyarakat, ia harus ditolak jika bercanggah dengan kebebasan yang menjadi tunjangnya.
Berpegang kepada teori ini, seseorang itu berhak membuat pilihan untuk hala tuju mereka.
Setiap orang mempunyai peluang yang sama rata untuk membuat pilihan. Teori ini tidak
boleh dijadikan pegangan sepenuhnya. Contohnya, perbuatan rasuah misalnya, walaupun
memberi manafaat kepada keluarganya, tetapi kesan secara lebih luas, ia telah
menyebabkan orang lain menanggung akibat. Antara kesannya, ialah kenaikan harga barang
kerana kos tersembunyi (rasuah).

Page 7
SGB10202 - PROFESSIONAL ENGINEERING PRACTICE AND ETHICS
4.0 KEPENTINGAN PENDIDIKAN BERETIKA

Pendidikan beretika sewajarnya bermula dari rumah hingga ke peringkat pendidikan yang
lebih tinggi ibarat kata pepatah ‘melentur buluh biarlah dari rebungnya’. Hal yang demikian,
pihak berwajib seperti Kementerian Pelajaran Malaysia dan Pusat Perkembangan Kurikulum
yang berkait rapat dengan pendidikan perlu memberi perhatian sewajarnya bagaimana
pendidikan beretika ini boleh dilaksanakan.

Selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan untuk melahirkan insan yang seimbang dan
harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan
kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara
Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab
dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap
keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan Negara.

Di peringkat rendah seperti mata pelajaran Sivik dan Kewarganegaraan (PSK), pendidikan
Moral, Pendidikan Islam perlu dikemaskini dengan menekankan kepentingan etika dan
akhlak. Guru sebagai pemangkin ilmu yang menyalurkan ilmu dan didikan terhadap semua
pelajar. Penerapan nilai-nilai murni dan moral dalam pengajaran dan pembelajaran sudah
pasti dapat membentuk etika yang diingini untuk masa akan datang.

Begitu juga ketika berada di pusat pengajian tinggi, pendidikan beretika ini perlu diterapkan
lebih awal dan diwajibkan kepada setiap graduan. Dengan adanya pendidikan beretika ini
dapat membimbing graduan untuk keluar berhadapan dengan realiti kehidupan yang
kompleks. Pendidikan beretika ini juga dapat mendidik seseorang itu berfikir dengan waras
dan menentukan sesuaatu perbuatan yang dilakukan sama ada baik atau buruk.

Sebagai sebuah negara yang merdeka, Malaysia menekankan prinsip rukun negara yang
menitikberatkan etika kepada setiap warganegara selaras dengan prinsip Rukun Negara
yang kelima iaitu Kesopanan dan Kesusilaan. Dengan adanya pendidikan beretika ini sudah
pasti dapat membentuk masyarakat Malaysia yang dikehendaki mengikut fahaman agama
masing-masing yang menekankan lebih kepada kebaikan. Sebagai contoh, orang Islam perlu
menjalani kehidupan berlandaskan Al-Quran dan Sunnah Rasulullah agar tidak terpesong
akidah dan akhlaknya. Justeru dapat membentuk sebuah masyarakat Madani(moden
berteraskan Al-Quran).

Page 8
SGB10202 - PROFESSIONAL ENGINEERING PRACTICE AND ETHICS
4.1 LANGKAH-LANGKAH KE ARAH PENDIDIKAN BERETIKA

Bagi mata pelajaran Sivik dan Kewarganegaraan (PSK), Moral dan Pendidikan Islam, masa
pengajaran perlu ditambah dan pengisian isi pelajaran lebih berfokus kepada pendidikan
beretika. Ini boleh diterapkan dalam aktiviti berkumpulan, pembelajaran kolaboratif dan
sebagainya. Bukan itu sahaja, matapelajaran lain juga boleh diserapkan unsur etika dalam
proses pengajaran dan pembelajaran

Pihak Kerajaan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) perlu memperluaskan kempen dan poster
bagi mempromosikan etika dalam organisasi seperti pemakaian lencana “saya anti rasuah”
yang dipakai oleh setiap anggota Polis Di Raja Malaysia. Ini bertujuan untuk menyedarkan
kedua-dua pihak bahawa rasuah adalah amalan yang terkutuk dan perlu dibenteras.

Aktiviti kemasyarakatan mahupun organisasi seperti ceramah, forum, seminar, pameran dan
sebagainya perlu sentiasa menyelitkan unsur-unsur positif dan beretika dalam program yang
dilaksanakannya seperti ceramah agama. Selain itu media massa dan media elektronik
perlu beretika dalam menyalurkan maklumat kepada umum kerana kedua-dua media ini
mempunyai pengaruh yang besar dalam penyebaran maklumat kepada masyarakat.

Selain itu badan kerajaan seperti Kementerian Penerangan Malaysia perlu memainkan
peranan yang penting mempertingkatkan penyaluran bahan media dan maklumat kepada
segenap lapisan masyarakat dan bukan hanya tertumpu kepada sesebuah organisasi sahaja.
Contohnya penerangan kempen Bersih, Cekap dan Amanah perlulah diwar-warkan secara
langsung dan berterusan agar sentiasa menjadi pedoman kepada setiap anggota
masyarakat.

Badan Perundangan perlu mewartakan setiap Akta agar diketahui umum. Sebagai contoh,
penguatkuasaan undang-undang mampu membenteras kegiatan rasuah. Tindakan
memecat pesalah jenayah ini terutamanya jika mereka yang terbabit merupakan kaki
tangan kerajaan menjadi langkah yang bijak. Hukuman seperti sebat atau penjara yang
lama turut memberi kesan jika hukuman dijatuhkan tanpa mengira status dan kedudukan
seseorang pesalah.

Aspirasi kerajaan untuk modal insan yang cemerlang pada masa hadapan dengan
melibatkan remaja dalam program Pusat Latihan Khidmat Negara (PLKN) kerana telah
terbukti pengisiannya lebih kepada penerapan nilai-nilai moral dan membentuk individu
yang lebih beretika menerusi prgramnya iaitu khidmat Masyarakat. Tambahan program-
program seperti ini membentuk seseorang individu itu mempunyai jati diri yang kuat.
5.0 KEPERLUAN BERETIKA DALAM ORGANISASI

Bagi seseorang individu yang bakal menyertai alam pekerjaan, mereka perlu bersedia dan
menerapkan latihan etika yang mencukupi dalam dirinya. Sebagai contoh, untuk memaski
bidang perguruan, setiap calon perlu menjalani ujian UKELP untuk menilai sejauh mana nilai
dan sahsiah yang ada dalam diri seseorang individu tersebut.

Selain itu sebagai orang Islam perlu mendalami ilmu agama yang mendalam sebagai
benteng dalam menghadapi cabaran dan dugaan dalam era globalisasi masa kini. Ini adalah
kerana pengaruh dan desakan hidup sering mempengaruhi pegangan dan etika yang ada
dalam diri mereka. Contohnya jenayah kolar putih dan jenayah ekonomi berlaku dalam
pelbagai bentuk, termasuk rasuah, jenayah siber, penyelewengan aset, penipuan cek dan
kad kredit, pengubahan wang haram dan sebagainya. Ini termasuk dalam salah satu 5 faktor
yang membentuk etika individu iaitu faktor keadaan. (situation factors)

6.0 RASUAH

Rasuah boleh ditafsirkan sebagai “ganjaran atau imbuhan yang diperoleh hasil daripada
melakukan sesuatu kerja yang tidak sepatutnya dilakukan”. Rasuah bukan sahaja boleh
diberi atau diterima dalam bentuk wang ringgit tetapi juga dalam bentuk material. Secara
amnya rasuah bermakna kuasa yang telah diberikan kepadanya disalahgunakan dan
bertindak untuk kebaikan diri sendiri dan bersikap “pilih kasih” dalam tindakannya.

Daripada Abu Hurairah RA. Ia telah berkata: “Rasulullah SAW telah mengutuk orang yang
suka memberi rasuah dan orang yang suka menerima rauah dalam soal hukum
menghukum”. Rasulullah SAW. yang bermaksud: “Pemberi dan penerima rasuah kedua-
duanya akan masuk neraka”.

Rasuah merupakan satu tindakan pemerasan yang dilakukan oleh seseorang dengan tujuan
untuk mendapatkan pertolongan dan faedah dirinya sendiri. Biasanya rasuah dijadikan
sebagai satu jalan pintas seseorang untuk mengecapi kehidupan mewah atau dengan erti
kata lain untuk mahu menjadi kaya dalam masa singkat. Kebiasaannya orang yang
melakukan budaya ini tidak memikirkan kesan buruk yang akan terjadi, sebaliknya mereka
hanya memikirkan keuntungan kepada diri mereka.
6.1 PUNCA BERLAKUNYA RASUAH SECARA UMUM

Antara punca penyebab berlakunya salah laku rasuah, ialah faktor keadaan (situation
factor). Bagi penjawat awam misalnya seperti bahagian penguatkuasaan, mereka sangat
terdedah dengan rasuah bilamana kecerdikan perasuah dengan menawarkan sogokkan atau
hadiah yang lumayan, ketiadaan saksi ketika itu dan keinginan mendapatkan sesuatu untuk
kepentingan diri sendiri, maka tanpa berfikir panjang, lantas merekapun menerima rasuah.
Apabila sekali mereka terjebak dan terselamat dari hukuman, berkemungkinan ianya akan
menjadi sesuatu yang tidak ditakuti, bak kata pepatah ‘alah bisa tegal biasa’. Besar
kemungkinan perbuatan sebegitu akan berulang lagi di lain masa.

Jika diteliti laporan akhbar sejak akhir-akhir ini, ramai pegawai tinggi kerajaan yang
berpangkat telah disiasat oleh Badan Pencegah Rasuah (BPR) dan kes mereka masih dalam
siasatan dan perbicaraan. Hal ini telah mencemarkan imej organisasi kerajaan yang pada
dasarnya pendokong amanah dalam pelbagai bidang. Ibarat kata pepatah ‘harapkan pagar,
pagar makan padi’. Mereka yang didapati bersalah bakal berdepan dengan masa depan
yang gelap kerana hukuman yang dikenakan bukan sahaja menghancurkan kerjaya mereka,
malah mereka terpaksa menjelaskan lebih daripada sekali ganda dengan nilai suapan yang
mereka terima. Berbaloikah kita menjadi penerima rasuah? Tepuk dada tanya selera.

Faktor yang kedua punca berlakunya rasuah ialah nilai peribadi dan prinsip moral (personal
values and morals). Kelemahan ini juga disebabkan kurang iman dan taqwa seseorang.
Seseorang itu tahu bahawa rasuah dilarang oleh agama dan undang, tetapi dilakukan juga
dengan seribu satu alasan peribadi. Sikap sesorang yang terlalu mementingkan kejayaan,
pangkat dan kewangan seringkali bertindak berdasarkan keuntungan peribadi tanpa
mengira kesannya terhadap orang lain.

Faktor seterusnya adalah disebabkan kelemahan dan pengurusan organisasi. Kepimpinan


yang lemah menyebabkan kurangnya penyeliaan, tiada pemantauan, lembap menjalankan
tugas, lebih cenderung ke arah berlakunya penyelewengan khususnya rasuah.
6.2 MASALAH YANG BERKAITAN RASUAH DI SEKOLAH

Tanpa disedari banyak masalah rasuah telah berlaku di sekolah walaupun tidak dinyatakan.
Kesalahan rasuah boleh berlaku didalam organisasi, pentadbiran, dan dikalangan guru.
Misalnya seorang guru Matematik yang mengajar di kelas 5A, anak perempuannya juga
belajar di kelas berkenaan. Semasa peperiksaan pertengahan tahun, anaknya tidak
mengapat Gred A dalam mata pelajaran berkenaan. Sebagai seorang ibu beliau merasa
kasihan terhadap anaknya. Beliau telah mengambil tindakan untuk menaikkan markah
anaknya kerana berasa malu dengan rakan guru yang lain. Adakah tindakan guru ini
beretika?

Menurut pandangan etika Utilitarianism, tindakan yang dilakukan oleh guru dalam masalah
ini adalah gagal dan tidak beretika dan tidak bermoral kerana tindakannya tidak memberi
menafaat kepada orang lain malah merugikan murid lain yang telah berusaha keras untuk
peperiksaan tersebut.

Dalam pandangan etika Universalism, tindakan guru tersebut adalah baik kerana
mempunyai niat yang baik untuk meningkatkan markah anaknya sendiri selain
meningkatkan bilangan A Matematik di dalam kelas berkenaan. Niat yang baik seringkali
membawa kepada kebaikan kerana mendahului kepentingan orang lain daripada
kepentingan diri sendiri.

Sebagai seorang orang awam, saya berpendapat tindakan guru berkenaan tidak beretika
dan tidak bermoral. Guru tersebut secara jelas lebih mementingkan diri sendiri tanpa
memikirkan akibat terhadap orang lain atas tindakan yang dilakukannya. Kesan yang pasti
timbul adalah pandangan negatif daripada murid dan guru lain seandainya rahsia guru ini
diketahui umum. Dari segi pandangan agama pula, guru ini tidak amanah dan tidak beriman
kerana melakukan tindakan tersebut tanpa memikirkan dosa dan pahala.

Masalah rasuah lain yang berlaku di sekolah seperti pihak pentadbir yang mempunyai sikap
‘pilih kasih’ terhadap kakitangan bawahannya. Situasi yang jelas dilihat, pemilihan guru
penerima pemberian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang yang tidak bertepatan. Kadang
kala disebabkan pihak pentadbir yang mempunyai pertalian yang akrab dengan guru
seringkali ‘dipandang’ berbanding guru yang memberi perkhidmatan sepenuh hati tetapi
tidak dinilai setanding dengan perkhidmatannya atas alasan guru berkenaan tidak popular
dikalangan pentadbir.

Menurut pandangan Golden Rules, berdasarkan agama Kristian, menyatakan ‘do to others
as you would have them do to you’. Dalam hal ini, tindakan yang diambil oleh pentadbir
adalah baik kerana sesuatu kebaikan yang diterima perlu di balas dengan kebaikan. Berbeza
dengan pandangan Utilitariansm ianya tidak memberi manafaat kepada organisasi kerana
kepentingan tugas tidak menjadi keutamaan sebaliknya perhubungan menjadi kayu ukur
untuk penerimaan anugerah berkenaan. Kesan kepada majoriti, atau anggota organisasi
sekolah berkenaan, menyebabkan suasana bekerja tidak menjadi kondusif. Secara tidak
langsung, misi dan visi sekolah sukar untuk dicapai.
Secara peribadi tindakan yang dilakukan oleh pihak pentadbir ini jelas amat mendukacitakan
semua pihak. Secara terang-terangan pihak pentadbir mempunyai sikap ‘pilih kasih’ atau
‘pilih bulu’. Tindakan yang baik perlu diambil terhadap pihak pentadbir atau individu yang
terlibat dengan memindahkannya ke sekolah lain atau dikaunseling oleh pihak atasan.
Kesedaran tentang etika dan moral serta nilai dalam pendidikan perlu diberikan semula agar
masalah ini dapat dibenteras dari akar umbi.

Dalam hal ini peranan ‘Ombusman’ iaitu seseorang yang biasanya agak beumur dan
biasanya diberi tanggungjawab oleh pentadbir sebagai kaunselor. Orang seperti ini sangat
berguna apabila mereka memberi maklumat kepada pentadbir. Sekurang-kurangnya
pentadbir boleh mendapat pelbagai maklumat dan bukannya menilai seseorang itu daripada
mata kasar sahaja.

Tidak dapat dinafikan juga kewujudan Internal Whistel Blowing (kaki adu dalaman) yang
berperanan menyebarkan maklumat kepada pentadbir. Berkemungkinan apa yang diadu
tidak semestinya benar dan berkemungkinan untuk menjatuhkan seseorang demi
kepentingan dirinya sendiri, ibarat menikam musuh dari belakang.

7.0 PENUTUP

Amalan rasuah ialah amalan yang tidak bermoral dan jika tidak dibendung ia akan
mengakibatkan banyak masalah sosial kerana undang-undang tidak dipatuhi sepenuhnya.
Amalan ini turut mewujudkan pemerintahan yang lemah kerana setiap kali rasuah berlaku,
maka pemerintah kehilangan hasil ataupun terkeluar daripada tindakan yang sepatutnya.
Keadaan negara yang amalan rasuahnya berleluasa, akan merosot kedudukan ekonominya.
Begitu juga dengan persepsi negara luar terhadap negara ini. Berikutan seriusnya, usaha
menangani gejala ini, rakyat berharap tidak sesiapa kalangan pengamal terlepas daripada
tindakan undang-undang.

Sebagai seseorang yang mengamalkan islam secara keseluruhannya, mahupun sesiapa


sahaja perlulah mengamalkan disiplin dan peraturan dalam profesionnya. Etika kerja
profesional merupakan garis panduan kepada pekerja profesional menjalankan tugasnya
secara amanah, betul, dan mengikut peraturan-peraturan yang ditetapkan. Namun jika
berpandukan kepada teori-teori etika yang dikemukakan, perlu ada pengubahsuaian
pegangan mengikut situasi di negara ini.

Walaubagaimanapun, sebagai orang Islam, kembali kepada ajaran agama Allah adalah
sebaik-baiknya. Agama Islam sangat melarang keras perbuatan merasuah kerana natijahnya
sangatlah besar terhadap negara, organisasi, individu mahupun keluarga mereka. Pihak
kerajaan perlu memberi penekanan terhadap penguatkuasa jenayah ini dengan memastikan
tiada sesiapa yang dapat terlepas daripada hukuman kerana merasuah.
8.0 RUJUKAN

Charles Bernheimer (1994), Comperative Literature in the Age of Multiculturalism, The


Johns Hopkins University Press.

Joseph W. Weiss (2006), Business Ethics, Thomson, United States.

Steven Luper (2002), A Guide to Ethics, Mc Graw Hill, Yew York.

Malaysia Kita, Institut Tadbir Awam Negara, Kuala Lumpur, 1991.

Nilai Dan Etika Dalam Perkhidmatan Awam, Institut Tadbir Awam Negara, Kuala Lumpur,
1991.

Kecemerlangan Pentadbiran (Dasar Dan Amalan Dalam Islam), Institut Tadbiran Awam
Negara, Kuala Lumpur, 1991.

Laporan Seminar Kebangsaan Etika professional, 20-21 Oktober 1992, Hotel Hilton, Kuala
Lumpur.

Nota kuliah

Capaian-capaian Internet

Page 14
SGB10202 - PROFESSIONAL ENGINEERING PRACTICE AND ETHICS

Anda mungkin juga menyukai