Anda di halaman 1dari 40

MPU 3182: JURNAL FALSAFAH DAN ISU SEMASA

SEMESTER 2 2019/2020

JOURNAL FALSAFAH

DISEDIAKAN OLEH:

NAMA MOHD DANIAL AMIN BIN JALINI

NO MATRIK 70473

PROGRAM WA21 (KAJIAN POLITIK DAN


PEMERINTAHAN

NAMA PENSYARAH ENCIK DICK LEMBANG ANAK DUGUN

TARIKH PENGHANTARAN 30 JUN 2020

1
Abstrak

Falsafah dan isu semasa merupakan tajuk dan suatu subjek yang menarik
kepada seseorang individu ini. Hal ini kerana, kajian ini mengenai kebenaran atau
reality yang menjadi asas kepada kehidupan setiap Individu. Tujuan pembelajaran
falsafah ini adalah memahami idea-idea dan pemikiran-pemikiran yang pernah
muncul dalam sejarah dunia. Dalam jurnal ini membincangkan atau membahaskan
enam tajuk penting yang meliputi Pengenalan falsafah, falsafah dalam kehidupan,
logik, Psikologi dan sisiologi (insan), Metafizik dan Epistemologi. Dalam keenam-
enam subjek ini membincangkan tentang bagaimana cara mendapatkan idea,
bagaimana cara berfikiran dengan kritis, mencari kebenaran dan lain-lain. Melalui
pembelajaran falsafah ini mampu meningkatkan pengetahuan dan mudah untuk
memperolehi ilmu. Akhir sekali, Pembelajaran falsafah ini mampu membuka minda
masyarakat untuk terus maju dalam apa jua cabaran dan situasi serta mampu
mengembankan pemikiran yang baik.

ISI KANDUNGAN

BIL TAJUK MUKA SURAT


1. ABSTRAK 2

2. KANDUNGAN 2

3. PENGHARGAAN 3

4. PENGENALAN ILMU FALSAFAH 3-8

5. FALSAFAH DALAM KEHIDUPAN 8-13

6. LOGIK 14-18

7. PSIKOLOGI DAN SOSIOLOGI 19-25

8. METAFIZIK 26-29

9. EPISTEMOLOGI 30-34

10. RUJUKAN 35-39

2
PENGHARGAAN

Terlebiih dahulu saya mengucapkan syukur alhamdulillah kepada illahi kerana


dengan limpah dan kurnianya saya dapat menyiapkan tugasan ini dengan jayanya.
Saya juga mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada semua pihak yang
membantu memberikan sokongan serta dukungan sepanjang jurnal ini dijalankan.
Ucapan terima kasih juga saya ucapkan kepada Pensyarah iaitu sir Dick Lembang
anak Dugun penyelaras dan penasihat akademik kerana memberikan sokongan dan
dukungan dalam menjayakan jurnal ini. Hal ini kerana, beliau telah memberikan
tunjuk tunjuk ajar dan bimbingan yang sangat berkesan kepada semua pelajar
Program Politik dan Pemerintahan (WA21). Selain itu, penghargaan juga kepada
semua rakan dari program Politik dan Pemerintahan yang banyak membantu saya
dalam tugasan ini dengan memberikan cadangan dan idea serta peranan pihak
Center for Academic Information Service (CAIS) kerana memberikan pinjaman
kepada peralatan yang saya perlukan. Akhir kata, terima kasih kepada semua pihak
yang membantu saya secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan
tugasan jurnal ini.

Jurnal 1: Pengenalan Ilmu Falsafah

Pengenalan

Falsafah merupakan satu perkataan yang memberikan pelbagai maksud


mengikut individu yang mendalami tentangnya. Manakala, Falsafah dari perkataan
Greek Philosophia yang bererti cinta dan hikmah adalah adalah satu disiplin ilmiah
yang mengusahakan kebenaran yang umum dan asas. Falsafah juga pengetahuan
tentang pengertian yang dianggap sebagai ilmu tertinggi yang menjadi dasar ilmu-
ilmu lain. (Kamus Dewan Edisi Ke Keempat). Menurut Abdul Rahman dan Zakaria
Kasa (1986) belajar falsafah merupakan satu ilmu yang mempelajari mengenai
sebuah proses memahami aktiviti-aktiviti berfikir manusia, dan falsafah itu sendiri
adalah aktiviti berfikir. Oleh itu Philosophy membawa maksud love of knowledge or
wisdom Tujuan falsafah ini adalah untuk berfikiran baik serta untuk mendapat
kebenaran. Falsafah juga dapat melatih manusia untuk berfikir secara logic ataupun
kritis dalam menjalankan sesuatu benda ataupun pekerjaan.Secara terminologinya
berbeza mengikut pandangan ahli falsafah iaitu menurut Aristotle kajian mengenai

3
hakikat zat sesuatu (being as being) dan penyebab utama (first principle). Selain itu,
falsafah juga mempunyai fungsi dan matlamat antaranya adalah memberikan ajaran
tentang moral dan etika yang berguna dalam hidup, sebagai contoh setiap manusia
perlulah berdisiplin, beradab dan beretika agar kehidupan terus maju serta aman
dan Sentosa. Bukan itu sahaja malah, menjelaskan tentang cara hidup, pandangan
hidup serta pandangan dunia. Selanjutnya, untuk mempelajari falsafah adalah
seseorang itu dapat berfikir secara baik dan sistematik. Hal ini demikian, kerana
apabila berfikiran secara sistematik seseorang individu itu mampu memberikan idea-
idea yang bernas dan mengetahui kebaikan dan kelemahan sesebuah idea
pemikiran yang dikeluarkan melalui daripada pembelajaran falsafah. Falsafah juga
amat peting disebabkan dengan pemikiran yang logik akal. Oleh itu, seseorang
individu itu mampu menentukan kesimpulan dan keputusan yang dilakukan serta
menilai hujah-hujah dan bukti untuk membentuk sesuatu idea itu.

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN.

Falsafah Pendidikan kebangsaan merupakan suatu usaha berterusan ke arah


memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk
melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan
jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada tuhan. Peranan yang
digariskan dalam falsafah Pendidikan kebangsaan ialah peranan sekolah begitu
besar melahirkan pelajar dan guru yang cemerlang. Sekolah merupakan institusi
formal kepada para pelajar, hal ini kerana pelajar akan memperolehi ilmu
pengetahuan dan kemahiran asas serta menjadi tenaga mahir di negara kita pada
masa akan datang. Penerapan dan penghayatan nilai-nilai murni terus mekar dijiwa
pelajar dan sentiasa ingin memajukan diri. Peranan (FPK) yang seterusnya adalah
kepimpinan, menurut kata Wilson Corcoran (1998), segala kejayaan dan kegagalan
pelajar terletak pada pihak sekolah iaitu guru besar dan guru-guru. Guru merupakan
nadi utama sekolah dan pengerak kepada kejayaan murid-murid untuk membentuk
pelajar yang cemerlang. Selain itu, guru perlulah berfikiran kreatif dan berinovasi
bagi membentuk visi dan misi sekolah berlandaskan FPK. Di samping itu,
penganjuran program-program disekolah juga perlu diterapkan bagi memupuk nilai-
nilai murni seperti kempen membaca buku serta mengadakan kuiz-kuiz mingguan.
Hal ini dapat memupuk semangat kerajinan dalam mengulang kaji pelajaran,
menyiapkan kerja sekolah dan membuat latihan.

4
RUKUN NEGARA

Negara Malaysia merupakan sebuah negara yang berbilang kaum dengan


adanya penglibatan orang Sabah dan Serawak. Malaysia kini sudah berusia 62
tahun kemerdekaan. Negara Malaysia juga mempunyai ekonomi negara yang baik
dan pesat di asia tenggara ini. Hal ini disebabkan oleh, penglibatan orang Melayu,
Cina, India, Orang Sabah dan Sarawak yang berbilang kaum turut menyumbangkan
ekonomi kepada negara. Rukun negara secara rasminya diisytiharkan oleh Seri
Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong IV Pada 31 ogos 1970. Rukun negara ini
dibentuk adalah untuk tujuan perpaduan kaum yang disebabkan oleh peristiwa 13
mei 1969 yang melemahkan semangat perpaduan. Penghayatan dan penerapan
Rukun Negara amat dititikberatkan oleh setiap pelajar mahupun para guru serta
masyarakat. Prinsip Rukun Negara sebenarnya adalah satu falsafah dan ideologi
negara yang menjadi dasar kesatuan perpaduan bangsa serta padoman kepada
kehidupan semua masyarakat pelbagai kaum dan budaya di negara ini. Tujuan
utama Rukun Negara dibentuk adalah untuk membentuk perpaduan yang kukuh
dalam kalangan rakyat Malaysia. Melalui Rukun Negara, masyarakat mampu hidup
dalam aman damai dan Sentosa serta mampu memupuk semangat perpaduan
kaum. Objektif penubuhan ini juga adalah untuk membina masyarakat yang maju
dalam bidang sains dan teknologi. Terdapat lima prinsip Rukun Negara antaranya
adalah Kepercayaan Kepada Tuhan, Kesetiaan Kepada Raja Dan Negara,
Keluhuran Perlembagaan, Kedaulatan Undang-Undang, Kesopanan Dan
Kesusilaan.

Kepercayaan kepada Tuhan merupakan rukun negara yang pertama. Hal ini
demikian kerana, kepercayaan amatlah penting untuk membentuk suatu bangsa dan
negara yang berdaulat. Ketiadaan agama mampu meruntuhkan keperibadian sendiri
serta meruntuhkan bangsa dan negara. Di Malaysia agama islam merupakan agama
rasmi tetapi juga agama lain bebas diamalkan. Oleh itu, pegangan ajaran agama
amat penting dan prinsip ini telah dipilih dalam prinsip rukun negara yang pertama.
Prinsip kedua ialah Kesetiaan Kepada Raja Dan Negara. Setiap rakyat Malaysia
perlulah taat setia, jujur kepada raja iaitu Yang-diPertuan Agong dengan tidak
menderhaka kepada raja. Prinsip yang ketiga pula ialah Keluhuran Perlembagaan
iaitu undang-undang yang tertinggi di Malaysia untuk menjaminkan keadilan,
kerjasama, kesepakatan kepada kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri.

5
Tambahan pula, ia juga menjamin hak asasi, kebebasan sosial dan keadilan untuk
semua rakyat Malayia. Prinsip yang keempat pula adalah Kedaulatan Undang-
Undang iaitu setiap negara undang-undang mempunyai undang-undang agar dapat
mewujudkan suasana yang aman dan makur. Undang-undang juga dicipta agar
masalah sosial dapat dibedung dengan berkesan. Setiap orang sama tarafnya disisi
undang-undang tanpa sebarang diskriminasi. Prinsip kelima pula adalah Kesopanan
Dan Kesusilaan iaitu setiap masyarakat hendaklah mempunyai moral dan akhlak
yang baik dan harus dibina sejak kecil lagi. Oleh itu, prinsip yang terakhir ini
mengajar kita untuk lebih brdisiplin dalam setiap tanggungjawab dan sentiasa
menghormati orang lain. Penerapan ideologi rukun negara ini menyatukan
masyarakat Malaysia yang berbilang suku, kaum,bangsa dan agama serta
menerapkan nilai-nilai patriotism dan taat setia kepada negara. Sebagai contoh,
Malaysia mempunyai pelbagai kaum iaitu Melayu, Cina, India dan lain-lain.
Penyerapan nilai-nilai ini menyebabkan setiap individu bertolak ansur antara satu
sama lain dengan mengelakan perkara-perkara negatif yang tidak berlaku yang
menggangu ketenteraman orang ramai yang akhirnya membawa kepada campur
tangan pihak ketiga dalam hal-ehwal negara yang akan membawa kepada
neokolonialisme.

Walaupun negara Malaysia mengejar ekonomi, penghayatan rukun negara


dalam setiap individu amatlah penting. Secara umunya, ideologi rukun negara
diperkenalkan pada 31 0gos 1970 demi merapatkan jurang antara semua kaum dan
menjamin kemakmuran,keamanan dan kesejahteraan. Penghayatan dan penerapan
Rukun Negara menjadikan sebuah masyarakat lebih berdisiplin, hal ini demikian
kerana, setiap maksud didalam Rukun Negara tersebut membawa maksud yang
membina kepada bangsa dan negara serta mampu meningkat pemikiran yang kritis.
Sebagai contoh maksud untuk Kepercayaan Kepada Tuhan adalah sebagai bangsa
dan negara ini telah diwujudkan atas kepercayaan yang kukuh kepada tuhan. Hal ini
kerana, Rukun Negara ini mampu menyedarkan rakyat atau masyarakat bahawa
pentingnya agama dan kepercayaan kepada tuhan dalam kehidupan seseorang.
Oleh itu, Rukun Negara bukan hanya dilafazkan dalam ikrar sahaja malahan semua
masyarakat perlu menghormatinya dan perlu dipraktikkan agar tidak mengabaikan 5
prinsip rukun negara. Rukun Negara juga adalah prinsip kemajuan untuk negara kita
sendiri agar mencapai perpaduan kaum yang harmoni serta sejagat.

6
FALSAFAH SEJAHTERAH.

Malaysia merupakan sebuah negara yang berbilang kaum, bangsa dan


agama, keunikan Malaysia terserlah dengan wujudnya pelbagai kaum dan budaya
antaranya Melayu, cina, India dan lain-lain. Maksud sejahterah menurut kamu
dewan adalah keadaan sejahtera, keamanan dan keselamatan, ketenteraman di
dunia dan di akhirat (Kamus Pelajar Edisi Kedua). Rakyat Malaysia dapat hidup
aman dan damai serta Bersatu padu, bekerjsama berdasarkan prinsip-prinsip rukun
negara yang di buat pada tahun 1970. Hal ini kerana, bagi mengelakkan peristiwa 13
mei 1969 yang berlaku perselisihan dan pergaduhan (Abdul Rahman Embong,
(2010) dengan mewujudkan perpaduan kaum. Langkah ini dilakukan oleh kerajaan
adalah untuk menggelakkan daripada berulangnya peristiwa 13 Mei 1969 .
Perpaduan amatlah penting bagi membentuk kesejahteraan negara Malaysia, rakyat
Malaysia berperanan penting bagi mencapai perpaduan dalam negara. Sebagai
contoh, rakyat perlu Bersatu menerima perbezaan antara satu sama lain, dan tidak
mengungkit isu-isu perkauman, adat istiadat dan agama bagi mencapai
kesejahteraan dalam Masyarakat di negara kita. Selanjutnya, Rukun negara menjadi
panduan kepada masyarakat agar hidup harmoni dan hormat menghormati dengan
pelbagai kaum, budaya dan agama di negara ini bagi mengekalkan keamanan serta
membentuk kesejahteraan.

Kesimpulannya, Falsafah merupakan satu ilmu yang mempelajari mengenai


sebuah proses memahami aktiviti-aktiviti berfikir manusia, dan falsafah itu sendiri
adalah aktiviti berfikir secara rasional dan kritis. Ilmu falsafah amatlah penting
kepada semua golongan agar memahami sesuatu benda yang dipelajari dalam
kehidupan. Falsafah pendidikan kebangsaan (FPK) menerangkan mengenai
memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk
melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan
jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada tuhan. Hal ini juga
kerana, pendidikan awal kanak-kanak diterapkan sejak dibangku sekolah lagi untuk
membina tingkah laku yang baik dalam kalangan pelajar. Guru juga menjadi contoh
(Role model) kepada para pelajar agar mampu membina pelajar yang bijak dan
cemerlang serta berfikiran rasional seperti tokoh-tokoh ahli falsafah iaitu Aristotle

7
agar mampu membina bangsa serta memajukan negara. Rukun Negara juga
merupakan satu ilmu falsafah yang patut diterapkan dalam kalangan masyarakat
agar perpaduan kaum di Malaysia sentiasa hidup dalam aman dan damai serta tiada
perpecahan dan perbalahan.

Jurnal 2: Falsafah Dalam Kehidupan

Falsafah merupakan satu perkataan yang memberikan pelbagai maksud


mengikut individu yang mendalami tentangnya. Manakala, Falsafah dari perkataan
Greek Philosophia yang bererti cinta dan hikmah adalah adalah satu disiplin ilmiah
yang mengusahakan kebenaran yang umum dan asas. Falsafah juga pengetahuan
tentang pengertian yang dianggap sebagai ilmu tertinggi yang menjadi dasar ilmu-
ilmu lain. (Kamus Dewan Edisi Ke Keempat). Menurut Abdul Rahman dan Zakaria
Kasa (1986) belajar falsafah merupakan satu ilmu yang mempelajari mengenai
sebuah proses memahami aktiviti-aktiviti berfikir manusia, dan falsafah itu sendiri
adalah aktiviti berfikir. Fung Yu-Lan (1966), Menurut beliau, seseorang ahli falsafah
harus berfalsafah dengan memikir secara relektif terhadap kehidupan, kemudian
menyatakan pemikirannya secara sistematik. Maka, semua teori kehidupan dan
alam semesta, serta ilmu adalah hasil daripada pemikiran relektif tersebut. Falsafah
dari perspektif agama pula adalah prinsip-prinsip akidah, ilmu dan amal adalah
merangkumi beberapa perkara iaitu mengenal tuhan, memahami fenomena alam
dan diri sendiri serta menghayati cara hidup yang baik. Hal ini kerana, setiap insan
perlu mengenali sang penciptanya supaya hidup terus diberkati dan perjalanan
hidup yang baik. Setiap insan diajar mengenai fenomena alam di dalam subjek sains
seperti kejadian siang dan malam, gempa bumi dan sebagainya.

Ilmu berkaitan fenomena alam ini amat penting bagi mengajar kita rasa
bersyukur kepada sang pencipta serta meningkatkan daya imaginasi dan kreativiti.
Menurut tokoh falsafah iaitu Aristotle menegaskan falsafah yang sebenarnya adalah
falsafah pertama iaitu metafizik yang lebih dikenal didalam kalangan ahli pemikir
Yunani dalam bidang ketuhanan. Metafizik merupakan cabang falsafah yang
pertama dan banyak menerangkan tentang sifat-sifat yang mutlak ataupun secara
fizikalnya. Manakala menurut Thomas Aquinas (1225-1274) falsafah adalah alat
bagi menetapkan kebenaran ketuhanan sekadar yang dicapai oleh akal manusia.

8
CABANG-CABANG ILMU FALSAFAH DAN FALSAFAH TEORITIKAL
(NAZARIYYAH).

Cabang ilmu falsafah dapat diklasifikasikan kepada empat cabang iaitu


metafizik, epistimologi, aksiologi dan logik. Metafizik adalah salah satu cabang
falsafah iaitu yang berkaitan dengan kajian sifat dan asal usul mengenai reality
mutlak. Istilah ini berasal daripada nama tajuk Meta ta physica (selepas fizik) dalam
karya Aristotle “Prinsip Pertama” .Secara terminologinya berbeza mengikut
pandangan ahli falsafah iaitu menurut Aristotle kajian mengenai hakikat zat sesuatu
(being as being) dan penyebab utama (first principle). Menurut takrifan Kamus yang
jauh melangkau alam fizikal atau kebendaan. Maka pengertian metafizik adalah
berkaitan dengan perkara yang keluar daripada fizikal yang berkaitan alam, jiwa, roh
dan kehidupan, sebagai contoh kewujudan alam adalah satu hakikat walaupun tidak
dapat dibuktikan. Selain itu, Epistemologi pula merupakan cabang falsafah yang
mengkaji ilmu pengetahuan iaitu merupakan satu bidang perbahasan yang
membincangkan perihal ilmu. Epistimologi mempersoalkan tentang apakah itu ilmu,
bagaimana kita memperoleh ilmu dan lain-lain. Teori epistemologi yang
berlandaskan empirisisme dan rasionalisme yang merupakan mazhab paling
berpengaruh.

Descartes, Leibniz dan Spinoza menggunakan model rasionalisme


(demonstrasi formal dalam logic dan metamatik tanpa pemerhatian atau
eksperimen). Secara umumnya epistemology mempunyai dua pemikiran iaitu
mazhab idealisme dan juga materialisme. Menurut mazhab idealisme berpendapat
ilmu didapati daripada pemikiran rasional atau pengalaman yang subjektif. Manakala
berlandaskan mazhab materialisme pula menekankan pendekatan ilmu daripada
kefahaman kepada kesedaran. Falsafah estetika merupakan kajian deria atau nilai
hubungan ciri sedemikian dengan emosi ataupun pertimbangan yang mengaitkan
antara sentiment dan cita rasa. Hal ini kerana, falsafah dan estetika sangat
berhubungan rapat dengan kesenian ini disebabkan nilai estetika itu adalah
kesenian. Perkataan estetika dalam bahasa Yunani ialah aisthesis iaitu hal-hal yang
berkaitan dengan pacaindera ataupun kepekaan. Menurut Alexander Baumgarten

9
(1714-1716) iaitu seorang ahli falsafah daripada jerman yang memperkenalkan
maksud aesthesis itu.

Selanjutnya, Estetik juga adalah hal yang membincangkan tentang keindahan


kesenian, perkembangan seni dan sebagainya, estetika juga merupakan antara
bidang yang terdapat di dalam sosiologi, antropologi dan psikologi. Manakala
falsafah psikologi merupakan masyarakat sebagai kajian sainstifik manusia minda
dan tingkah laku. Hal ini demikian kerana, dengan adanya pembelajaran dan
pengetahuan psikologi ini mampu mampu membaca tingkah laku yang dipamerkan
oleh manusia serta sifat-sifat seseorang manusia, sebagai contoh tingkah laku
manusia adalah berlari, menari, menangis dan sebagainya. Ahli falsafah
menggunakan psikologi ini sebagai suatu kajian yang saintifik yang berbeza dalam
menjalankan penyelidikan mengenai topik sosial. Falsafah ini merupakan falsafah
teoritikal yang terdapat didalam cabang-cabang falsafah (Nazariyyah). Manakala,
ontologi berasal dari bahasa Yunani  yaitu  Ontos  berarti yang berada (being) dan
Logos berarti pikiran (logic). Mengikut ahli falsafah ontology adalah pengajian
kewujudan (existence) atau kejadian (being). Ahli ontology sentiasa berubah
mengetahui makna apabila kita mengatakan kewujudan sesuatu.

Aksiologi pula bermaksud cabang etika mengkaji perkara seperti nilai-nilai


moral, prinsip moral dan tingkah laku. Aksiologi ini dapat dibahagikan dengan dua
bahagian iaitu etika (kelakuan dan adat resam) dan estetika (kecantikan dan seni).
Istilah etika diperolehi daripada perkataan Yunani (ethos) yang bermaksud dengan
adat resam dan kelakuan. Aksiologi juga merupakan cabang falsafah yang
mempersoalkan yang baik atau yang beruk benara atau salah. Akhir sekali, ialah
logik iaitu perkataan yang berasal dari Yunani yang menerangkan hubungan antara
idea-idea dan memberi alasan bagi jawapan yang diberi. Logik ini dapat dibahagikan
kepada dua iaitu logik induktif dan logik deduktif . Logik induktif ialah bermula
dengan butiran khusus, kemudian membuat kesimpulan umum. Manakala, Logik
deduktif pula bermaksud bermula dengan kesimpulan umum kemudian mencari
contoh-contoh yang relevan bagi menerangkan kesimpulan ini. Menurut Plato (427
347 SM). Pendidikan merupakan satu proses untuk membentuk individu yang
berakhlak mulia. Dengan adanya logik maka terciptanya suatu pemikiran yang lebih
teratur, sebagai contoh, wujudnya kemahiran berbahas dalam diri seseorang dimana

10
seseorang itu mampu menetapkan pendiriannya sendiri dan mempertahankan
perkara logik yang ia perolehi.

FALSAFAH PRAKTIKAL (AMALIYYAH).

Falsafah praktikal mempunyai empat fungsi iaitu Etika (falsafah akhlak dan
baik / buruk), Falsafah politik (falsafah kerajaan dan governan negara), Falsafah
ekonomi (falsafah pengagihan kekayaan dan keadilan), Falsafah peradaban
(falsafah perkembangan budaya dan tamadun manusia). Etika adalah salah satu
cabang utama Falsafah yang merangkumi kelakuan betul dan kehidupan baik.
Dalam karya Aristotle ada menerangkan mengenai etika yang bermaksud ilmu
pengetahuan yang mempelajari masalah perbuatan atau tindakan manusia. Etika
juga membantu manusia untuk melihat sikap yang ditonjolkan sama ada positif atau
negatif. Sekiranya seseorang itu melakukan perkara yang tidak baik maka akhlaknya
buruk dan tidak bermoral. Manakala, falsafah politik pula merupakan ilmu berkaitan
dengan politik yang merujuk kepada negara kita. Politik juga adalah sangat penting
kepada sesebuah negara, hal ini kerana politik adalah asas kepada sesebuah
negara. Dengan mempelajari politik setiap insan mampu membuka minda dengan
luas serta mampu mendisiplinkan diri. Selain itu, Ekonomi juga merupakan satu ilmu
falsafah yang wajib dipelajari oleh setiap pelajar. Hal ini kerana, dalam bidang
ekonomi seseorang itu akan tahu bagai mana cara mengagihkan kekayaan secara
sama rata dan adil. Ekonomi adalah sangat penting bagi menjamin ekonomi terus
meningkat dari segi pendapatan negara, infrastruktur dan lain-lain. Akhir sekali,
adalah falsafah peradaban merupakan perkembangan budaya dan tamadun
keamanusiaan. Tamadun akan terbentuk dengan adanya kemajuan kerohanian
serta sopan santun bagi mencapai masyarakat yang mempunyai moral dan etika.
Bagi membentuk sesuatu kaum masyarakat itu hendaklah berlakuan yang baik serta
berfikiran yang luas, budi perkerti yang terpuji agar terbentuk bangsa masyarakat
dan negara.

KEMUNCULAN FALSAFAH-FALSAFAH BARU.

11
Kemunculan falsafah-falsafah baru muncul pada abad ke-15-18-an.
Kemunculan idea atau falsafah baru ini mampu memberikan impak yang besar
kepada sejarah dunia pada hari ini. Antara factor yang menyebabkan kemunculan
falsafah baru ialah komunikasi. Hal ini kerana, pada zaman industry perindustrian
tersebut kemudahan-kemudahan banyak dicipta disebabkan komunikasi antara
masyarakat mampu melahirkan pemikiran yang kritis serta mampu membentuk
falsafah baru. Antara peralatan yang dicipta pada kurun ke -17 sehingga ke-18 ialah
enjin, mesin-mesin dan sebagainya dalam revolusi perindustrian. Teknologi sangat
memainkan peranan yang penting dalam membentuk falsafah baru pada era
revolusi perindustrian. Teknologi ialah rekaan sesuatu kemudahan atau infrastruktur
yang disandarkan kemajuan dalam bidang sains dan kebolehan seseorang untuk
mencipta mesin, enjin, jentera dan sebagainya.

Sekiranya seseorang itu mempunyai pengetahuan yang luas dalam bidang


sains kemudahan di tambah dengan keupayaan mencipta maka disitulah akan
lahirnya teknologi. Dengan kemunculan teknologi mampu memudahkan urusan
manusia dalam menjalani kehidupan seharian seperti menggunakan kaedah mesin
dalam mengeluarkan sesuatu output.Penggunaan teknologi juga amatlah berguna,
ini disebabkan sebelum pengenalan teknologi baru tenaga manusia digunakan
dengan sepenuhnya dalam melakukan sesuatu kerja, bukan sahaja manusia
malahan binatang serta air juga digunakan. Sebagai contoh, sebelum munculnya
falsafah baru tenaga manusia digunakan untuk memacu bot untuk pergi ke suatu
tempat, selepas munculnya falsafah baru iaitu teknologi, penggunaan enjin berkuasa
wap dicipta mampu memudahkan tenaga manusia. Di samping itu, ialah falsafah
organisasi. Organisasi ialah sekelompok orang tertentu ataupun kumpulan yang
memiliki tujuan yang sama dan melakukan sesuatu kegiatan yang sama dalam satu
kerja dan untuk mencapai tujuan yang sama. Dalam organisasi wujudnya kerjasama
diantara kumpulan menjayakan sesuatu tugas, dan kumpulan tersebut juga
mengatur gerak geri organisasi mengikut bahagian-bahagian tertentu. Setiap ahli
mempunyai tugas yang berbeza di dalam organisasi. Sebagai contoh, di sekolah
carta organisasi sekolah berlainan mengikut pangkat seperti guru besar memiliki
tugas yang menyeluruh, diikuti dengan penolong kanan, penolong hal ehwal murid
serta guru-guru. Oleh itu, falsafah organisasi ini juga mendidik kita untuk melakukan
setiap tugas di bahagian kita dengan bertanggungjawab dan amanah.

12
Akhir sekali adalah, falsafah ekologi ini juga menerangkan ahli falsafah mula
melihat persekitaran dan memperolehi ideologi melalui persekitaran. Ideologi sangat
penting kepada hari ini disebabkan ideologi menerangkan kepentingan ilmu yang
mampu mencorakkan sesuatu bangsa. Ekologi juga merupakan kajian yang
mengfokuskan antara hubungan manusia dan juga organisma hidup dengan alam
sekitar. Dalam hal ini, falsafah ekologi menerangkan manusia perlulah menghargai
alam sekitar disebabkan kedua-duanya saling bergantungan. Jika satu musnah
maka sensaralah satu pihak diantaranya. Terdapat pelbagai jenis hidupan dimuka
bumi ini antaranya tumbuh-tumbuhan, binatang, organisma yang kecil seperti
bakteria dan lain-lain. Oleh itu, falsafah ekologi manusia haruslah bersifat mulia bagi
memastikan keharmonian hubungan manusia dan alam sekitar serta bertujuan untuk
pembangunan negara.

Kesimpulannya, Falsafah dalam kehidupan adalah sangat penting kepada


setiap individu. Hal ini demikian kerana, falsafah banyak memberikan sumbangan
pemikir-pemikir serta memberikan tunjuk ajar dan membimbing masyarakat ke arah
kebenaran. Dalam falsafah ini juga menerangkan falsafah teoretikal iaitu
membincangkan tentang cabang falsafah metafizik (falsafah hakikat dan
kewujudan), epistemology (falsafah ilmu dan kebenaran), falsafah psikologi (falsafah
hakikat, sifat dan potensi keinsanan) dan estetik (teori perasaan dan kecantikan).
Manakala, falsafah praktikal pula banyak menghuraikan tentang masyarakat iaitu
bagaimana kemajuan dalam peradaban dan negara kepada individu. Kemunculan
falsafah baru seperti falsafah teknologi mampu memberikan perubahan dan
perkembangan kepada dunia seperti kerja menjadi lebih mudah disebabkan
munculnya tokoh-tokoh yang mencipta mesin dan sebagainya. Tambahan pula,
falsafah organisasi juga turut muncul dalam perkembangan falsafah baru, ia merujuk
kepada cara sesebuah organisasi mengatur dan mengalihkan sesebuah kerja.
Falsafah ekologi juga menerangkan tentang hubungan antara manusia dan juga
persekitaran, yang mana falsafah menerangkan ilmu itu boleh diperolehi melalui
persekitaran.

13
Jurnal 3: Logik

Logik daripada perkataan Greek logos bermaksud, fikiran, idea, hujah, alasan


atau prinsip adalah satu pengajian tentang prinsip-prinsip kesahihan tentang sesuatu
samada secara inferens sesuatu yang sudah diketahui secara tidak langsung dan
memaparkan sesuatu yang diketahui setelah dijalankan kajian. Menurut Edward de
Bono logik adalah satu cara menjana maklumat daripada sesuatu keadaan ,
maklumat yang hendak dijana ialah sesuatu yang benar dan diterima akal.
Berdasarkan tokoh ini, logik adalah suatu pemikiran yang cuba mencari maklumat,
ilmu, fakta dan sebagainya untuk menerangkan realitinya yang dapat diterima pakai.
Hal ini kerana, pemikiran logik adalah sangat penting untuk merancang sesuatu
tugasan, pemikiran logik mampu memberikan idea yang positif serta mampu
mengkaitkan sesuatu itu dengan kewujudan alam yang ada di bumi ini. Pemikiran
yang logik juga mampu mempelajari hujah yang betul dan hujah yang salah
berdasarkan fakta dan maklumat yang diperolehi.

Menurut (Popkin & Stroll, 1993) Logik juga satu proses di mana untuk
mencari maklumat, ilmu, data, dan fakta mengenai sesuatu yang mencari kebenaran
yang betul atau salah dalam sesuatu perkara. Ilmu logik juga perlu dipelajari bagi
memahami falsafah dan perkara-perkara yang berkaitan dengan analisis tentang
sesuatu perkara atau apabila kita berhujah sesuatu isu dan sebagainya. Selain itu,
manusia dapat memberikan penghujahan tentang kesimpulan sesuatu perkara
dengan menggunakan premis. Premis adalah pernyataan bagi menyokong atau
menyangkal sama ada sesuatu itu benar atau salah. Sebagai contoh, premis 1:
setiap manusia perlu mandi untuk menjaga kebersihan diri, premis 2: Shazlin adalah
seorang manusia, premis 3: Shazlin perlu mandi untuk menjaga kebersihan diri.

14
Penghujahan adalah sesuatu yang mencadangkan atau membuat kesimpulan dari
pernyataan yang dibuat, penghujahan juga tidak sama dengan pendapat, ini kerana
penghujahan adalah mengikut turutan seperti premis satu, dua dan tiga.
Penghujahan bermaksud perihal memberikan hujah tentang (sesuatu),
pengemukaan pendapat berserta alasan tentang sesuatu keupayaan menurunkan
fikiran dan perasaan ke dlm bentuk tulisan dan sesuatu persoalan(Kamus Dewan
Edisi Keempat).

Tujuan penghujahan dibuat adalah untuk membuat sesuatu keputusan,


menusia mempunyai akal fikiran untuk berfikir membuat penghujahan menggunakan
akal sama ada penghujahan tersebut logik ataupun tidak logik. Setiap keputusan
yang diambil perlulah rasional dan logik agar dapat di terima umum. Ahmad Atory
Hussain (1991) menyatakan bahawa keputusan adalah dianggap baik jika ia
berkesan apabila dilaksanakan. Situasi juga mempunyai peranan penting dalam
membuat keputusan, setiap orang yang membuat penghujahan perlulah peka
dengan persekitaran sekeliling agar hujah yang diberikan dapat dterima pakai.
Antara ciri-ciri hujah juga adalah berfikiran terbuka. Hal ini kerana, seseorang yang
berfikiran terbuka mampu mengeluarkan hujah yang baik dan kritis serta mampu
diterima umum. Sebagai contoh, berhujah dengan menilai atau memberi alasan
untuk menyokong atau menentang sesuatu pendapat. Selain itu, elakkan
menggunakan hujah yang falasi, Hal ini kerana, penghujahan yang mengandungi
falasi dapat mengelirukan dan tidak dapat di terima umum. Sebagai contoh,
penghujahan tersebut bercanggah dengan yang sebenarnya dan mudah dikenal
pasti serta tidak di terima umum.

FALASI

Falasi merupakan kesalahan yang sering berlaku dalam hujahan ataupun


kesilapan cara berfikir dengan menyampaikan mesej yang tidak logik. Hal ini kerana,
hujahan yang diberikan tidak mampu memberikan sokongan atau alasan yang
munasabah kepada hujahan. Falasi juga dapat mengelirukan dengan hujah yang
dikeluarkan tidak dapat di terima atau tidak disokong disebabkan kelemahan cara
berfikir. Falasi juga mempunyai dua pembahagian iaitu falasi formal dan Falasi tidak
formal, falasi formal adalah hanya berlaku dalam hujah deduktif dan premis hujah
yang tidak menyokong kesimpulannya. Manakala falasi tidak formal pula adalah

15
kelemahan yang terdapat dalam sesuatu hujah tetapi kelemahan ini tidak
mempunyai kaitan secara langsung dengan kaedah hujah. Antara faktor yang
menyebabkan berlakunya falasi tidak formal ini adalah disebabkan hujah yang tidak
cukup fakta ataupun tidak mempunyai fakta langsung. Hal ini kerana, hujah yang
tidak menarik serta tidak mempunyai fakta tidak dapat memberikan sokongan atau
alasan yang munsabah kepada sesuatu hujah menyebabkan hujah tersebut secara
langsung ditolak. Antara jenis Falasi ialah Falasi penyimpulan tidak relevan (False
Cause) Penyimpulan yang dikemukakan menyimpang dari tujuan. Sebagai contoh
masalah pengangguran dalam negara disebabkan masalah ekonomi dunia.
Disamping itu, falasi kejahilan adalah hujahan dianggap benar kerana tidak ada
orang yang membuat kritikan. Sebagai contoh, sajak yang dilontarkan oleh syami itu
tidak ada mendapat sebarang kritikan negative, maka semua orang berpuas hati
terhadap sajaknya itu.

Deduksi dan Induksi

Deduksi adalah cara penyampaian yang dimulakan dengan penyataan umum


dan diikuti dengan penyataan yang khusus. Konsep deduksi ini adalah berbentuk
piramid terbalik seperti pernyataan mengikut hierarki, yang paling atas dimulakan
dengan umum serta dibawahnya khusus satu dan khusus dua. deduksi akan
membuktikan suatu kebenaran baru berasal dari kebenaran-kebenaran yang sudah
ada dan diketahui sebelumnya, malahan hujah deduksi juga apabila premis itu
benar, istilah yang diguna pakai juga benar, maka pernyataan kesimpulan adalah
benar. Sebagai contoh, Ela tinggal di Klang, Klang berada di Selangor, oleh itu, Ela
adalah orang Selangor.

Induksi pula ialah suatu pernyataan yang dimulai dengan khusus iaitu huraian
ataupun kesimpulan atau rumusan yang umum berdasarkan hal atau andaian yang
khusus. Induksi juga dikatakan piramid biasa dengan dengan pernyataan khusus ke
pernyataan umum. Induksi juga merupakan fakta atau pendapat seseorang individu
dalam membuat kesimpulan atau penghujahan. Induksi adalah berkait rapat dengan
logik moden dalam membuat suatu hujahan, iaitu hujahan yang dibuat kadang betul
dan kadang salah. Sebagai contoh, 70% pelajar UA tidak mahir dalam berbahasa
inggeris, Sharul merupakan pelajar UA, jadi kemungkinan Sharul tidak mahir dalam
berbahasa inggeris. Pernyataan ini adalah tidak benar disebabkan hujah yang

16
diberikan tidak dapat membuktikan yang Sharul benar-benar tidak mahir berbahasa
inggeris.

Perbezaan kaedah deduksi dan induksi adalah sangat ketara melalui ayat
yang digunakan dalam suatu penulisan. Hal ini demikian kerana, dalam pembuatan
ayat deduksi, ia menegaskan pernyataan yang umum terlebih dahulu sebelum
membuat yang khusus. Berbeza pula dengan induksi yang menggunkan kaedah
khusus diikuti dengan umum. Melalui Teknik tersebut mampu membezakan yang
mana deduksi dan yang mana induksi. Selain itu, Hujahan yang diberikan didalam
deduksi adalah semestinya benar dan sudah diketahui umum dan berbeza pula
dengan induksi iaitu hujahan yang diberikan kadang-kadang benar dan kadang-
kadang tidak tepat.

METODOLOGI

Metodologi ialah analisis teori dan sistematik kaedah yang digunakan untuk


bidang pengajian. Biasanya ia merangkumi konsep seperti paradigma, model teori,
fasa dan Teknik kuantitatif serta kualitatif. Metodologi juga dapat menerangkan
penggunaan kaedah yang dipilih dalam menyelesaikan sesuatu kajian atau
penyelidikan seperti reka bentuk kajian, subjek atau sampel kajian, prosedur kajian,
prosedur pengambilan data serta prosedur penganalisisan data. Manakala menurut,
The American Heritage Dictionary Of English Language, metodologi dapat
didefinisikan sebagai analisis teoritis (berfikir atau pemikiran) mengenai kaedah yang
sesuai untuk bidang pengajian atau kandungan kaedah dan prinsip tertentu kepada
cabang pengetahuan. Menurut kamus Bahasa inggeris collins, metodologi adalah
sistem kaedah dan prinsip yang digunakan dalam disiplin tertentu. Metod adalah
bermaksud kaedah yang digunakan untuk mencapai sesuatu tujuan. Metod juga
ditakrifkan dalam etimologinya sebagai cara, jalan atau kaedah yang berasal
daripada perkataan Yunani (Methodos) melalui gabungan metha (melalui) dan
(hodos) cara atau kaedah. Metod juga menerangkan cara, kaedah dan pendekatan
sesuatu matlamat (Ghazali Darussalam 2001).

Pendidikan juga adalah bermatlamatkan untuk melahirhkan insan yang bijak


pandai serta mampu membangunkan bangsa dan negara. Pelbagai metod yang
digunakan untuk penghasilan ilmu yang baik iaitu dengan peranan guru dalam

17
mempelajari pelajar sama ada melalui kaedah formal ataupun tidak formal.
Perkembangan ilmu pengetahuan ini juga bermula pada zaman Yunani disebabkan
perubahan dari mitos-mitos menjadi lebih rasional. Padaa zaman Yunani
terbentuknya ilmu yang mampu disusun secara sistematik. Pada zaman Yunani
kuno juga dianggap sebagai zaman keemas an disebabkan manusia mula pandai
menulis, menghitung serta bebas mengeluarkan pendapat dan idea. Hal ini kerana,
memudahkan perkembangan ilmu tersebar secara menyeluruh. Pada zaman
Renaissance pula iaitu pada abad ke-15 dan ke-16 yang banyak melahirkan tokoh-
tokoh pemikir antaranya ialah Leonardo De Vinci serta ahli sains iaitu Copernicus
dan Galileo. Pada zaman ini juga, Leonardo De Vinci terkenal dalam bidang
kesenian iaitu pelukis, ahli muzik serta falsafah dan jurutera. Bukan itu sahaja, pada
zaman renaissance juga perkembangan ilmu matematik juga diperkenalkan oleh
Tartaglia dan Cardan. Tartaglia pula terkenal dengan ilmu matematik dengan
mengukur tembakan peluru mariam, manakala Cardan pula terkenal dalam
penghasilan ilmu algebra yang diguna pakai sehingga ke hari ini. Akhir sekali, pada
zaman Kontemporari iaitu pada abad ke 20 (zaman moden) munculnya teknologi
yang canggih memudahkan manusia mencari dan memperolehi maklumat.

Penutup

Kesimpulannya, Logik merupakan sesuatu bukti sah yang dapat disampaikan


dengan benar kepada semua manusia. Ilmu logik juga sangat penting untuk
kehidupan manusia agar dapat berfikir secara terbuka dan dapat berfikir secara
betul dalam menghasilkan sesuatu idea atau pendapat. Penghujahan pula, dapat
mengajar manusia cara berfikir menggunakan akal dan baik agar hujah yang
diberikan benar-benar logic iaitu dapat diterima umum. Manakala, Falasi merupakan
kesalahan yang sering berlaku dalam hujahan ataupun kesilapan cara berfikir
dengan menyampaikan mesej yang tidak logik. Induksi dan deduksi juga mempunyai
pelbagai perbezaan iaitu induksi merupakan kualitatif manakala deduksi pula
kuantitatif. Metodologi pula bermaksud analisis teori dan sistematik kaedah yang
digunakan untuk bidang pengajian. Perkembangan ilmu yang menggunakan kaedah
metod dimulai pada zaman Yunani sehingga zaman kotemporari.

18
Jurnal 4: Psikologi dan Sosiologi

Psikologi berasal daripada perkataan Yunani bahasa Greek, psyche yang


bermaksud jiwa, rohani atau mental. Psikologi merupakan istilah akademik dan
disiplin gunaan yang melibatkan kajian saintifik tentang proses mental dan tingkah
laku.. Psikologi juga bertujuan dalam bidang penyelidikan juga untuk menerangkan
sifat-sifat manusia seperti pemikiran, tindakan, perasaan manusia dan sebagainya.
Manakala, John Watson (1919) pula menyarankan supaya definisi psikologi dikaji
semula bagi membolehkannya dilihat dari segi tingkah laku yang berunsur objektif,
iaitu yang boleh didaftarkan oleh sistem deria manusia. Daripada dua pandangan
tersebut, psikologi moden boleh kita definisikan sebagai satu kajian saintifik tentang
jiwa dan tingkah laku manusia. Selain itu, Psikologi juga mengkaji tingkah laku
manusia seperti pergerakan, bercakap, berlari, makan dan sebagainya. Oleh itu,
ilmu psikologi amatlah penting untuk semua individu kerana dengan adanya ilmu
psikologi dapat membantu kita memahami diri kita sendiri dengan lebih baik serta
mampu berhadapan dengan masalah yang kita hadapi dalam kehidupan seharian.

Sosiologi telah diperkenalkan orang seorang tokoh iaitu Auguste Comte


dalam bukuya Positive Philosophy. Istilah ini juga berasal daripada perkataan latin
iaitu, sosio yang bermaksud berkongsi. Sosiologi juga merupakan kajian tentang
masyarakat ataupun anggota masyarakat, Pendidikan sosiologi perlu diberikan
kepada semua individu. Hal ini demikian kerana, semakin tinggi Pendidikan

19
seseorang itu maka semakin terjamin kehidupan seseorang individu itu dalam
masyarakat. Tujuan utama sosiologi adalah untuk mengetahui struktur asas
manusia, mengenal pasti tekanan-tekanan yang melemahkan manusia dan
mempelajari syarat-syarat bentuk kehidupan sosial manusia. Tambahan pula,
sosiologi juga mempunyai dua perspektif iaitu Mikro yang bersifat kecil atau individu
dan Makro bersifat besar dan berfokuskan kepada masyarakat dan organisasi.
Sebagai contoh, menghisap rokok adalah pilihan individu dan memberikan kesan ke
atas dirinya, manakala mikro pula, kes-kes jenayah, penyakit berjangkit da
sebagainya. Oleh itu, ilmu sosiologi sangat penting untuk diketahui oleh semua
individu atau masyarakat agar dapat mengeratkanhubungan silaturahim serta
memajukan ekonimi negara.

Insan ataupun disebut sebagai manusia adalah makhluk isitimewa kerana


mereka boleh berfikir, menerima ilmu pengetahuan dan berkehendak. Hal ini kerana,
pembinaan insan baik mampu melahirkan masyarakat yang berkebolehan serta
kreatif dalam melakukan sesuatu tindakan serta mampu memajukan negara. Allah
telah menjelaskan bahawa asal kejadian manusia adalah daripada keturunan nabi
Adam a.s. Nabi Adam yang telah diciptakan daripada tanah yang jelas dalam surah
as-sajadah ayat 7” dia lah yang telah mencipta sesuatu itu dengan sebaik-baik nya
memulakan ciptaan manusia daripada tanah (al-tin). Antara proses kejadian
manusia adalah Nutfah, alaqah, mudghah, izham dan lahm, tulang dan nafkhrum
dan lahm. Sifat insan adalah sentiasa bertanggungjawab agama dan bangsa dengan
melakukan segala kebaikan dimuka bumi ini. Sifat insan kepada orang adalah
sentiasa membantu sesama insan, bertolak ansur dan hormat-menghormati antara
satu sama lain. Bukan itu sahaja, insan juga perlu menjaga tumbuhan serta
memelihara haiwan dan menghindari pencemaran alam seperti pencemaran bunyi
asap dan alam sekitar.

Di samping itu, Hakikat merupakan sesuatu yang sudah nyata dan tidak dapat
dinafikan lagi kebenaran kenyataan. Sebagai contoh, kita mengetahui bahawa
manusia memerlukan makanan untuk hidup. (Kamus Pelajar Edisi Kedua). Hal ini
demikian kerana, kebenaran dapat membuatkan kehidupan lebih selesa, aman,
Bahagia dan sejahtera. Kebenaran dapat ditunjukkan melalui sifat-sifat insan yang
jujur dan berdisiplin dalam melakukan sesuatu perkara, walaubagaimanapun
manusia mempunyai karenah serta perangai dan perlakuan yang pelbagai.

20
Tambahan pula, sifat-sifat seorang insan mempunyai tiga ciri iaitu prinsip autonomi,
prinsip keadilan dan juga prinsip Altruisme.

Ketiga-tiga prinsip ini mempunyai perbezaan yang agak ketara, prinsip


autonomi yang menerangkan bahawa kebebasan dalam memilih untuk melakukan
sesuatu perbuatan atau sebaliknya. Sebagai contoh, Rizal memilih untuk tidak
mengambil dadah kerana dia sedar bahawa dadah mendatangkan kesan yang tidak
baik kepada dirinya. Hal ini kerana, kesedaran dalaman Rizal yang tinggi tidak
mudah untuk dipengaruhi oleh sesiapapun. Selain itu, prinsip keadilan yang
menyatakan bahawa, sebarang perbuatan dan kelakuan yang adil diri sendiri dan
orang lain dan tidak merugikan diri dan orang lain. Sebagai contoh, Sir Dick
merupakan pensyarah untuk subjek falsafah pelajar tahun 1 di Universiti Malaysia
Sarawak, beliau melayani pelajarnya dengan adil tanpa mengira bangsa dan agama.
Seterusnya, ciri yang terakhir ialah prinsip altruisme yang menyatakan bahawa,
sebarang tingkah laku yang melibatkan orang lain. Sebagai contoh, Ustaz Ebit Liew
dan kumpulannya berkerjasama memberikan derma kepada golongan yang
memerlukan tanpa mengira bangsa mahupun agama.

Selain itu, insan sejahtera pula adalah insan yang bijak ataupun insan yang
berilmu. Hal ini demikian, apabila seseorang itu berilmu maka ia dapat membezakan
mana yang hak dan mana yang bathil serta baik atau buruk benar atau palsu.
Dengan adanya insan sejahterah ini mampu membandingkan kehidupannya
berlandaskan ilmu yang ia miliki. Hal ini disebabkan insan yang sejahtera memiliki
otak yang kreatif pemikiran yang seimbang serta rasional dan baik budi pekertinya.
Sebagai contoh, sentiasa berpandangan jauh, tidak mudah berputus asa serta
sentiasa ingin perubahan yang lebih baik dan berguna di masa akan dating. Oleh itu,
insan sejahtera amatlah penting untuk menjadi contoh kepada generasi yang akan
datang agar dapat melahirkan generasi yang kreatif dan mampu memajukan
ekonomi negara. Istilah Bahasa hakikat bermaksud Al-Haqq yang berarti kebenaran.
Hal ini demikian, kerana dalam ilmu hakikat ia digunakan untuk mencari kebenaran.
Setiap insan perlulah mencari kebenaran dalam kehidupan.

POTENSI INSAN DALAM KESEIMBANGAN JERI.

Setiap insan memerlukan keseimbangan dalam kehidupannya dari segi


Jasmani, emosi, rohani dan intelek. Melalui keseimbangan ini kehidupan manusia

21
lebih baik dan berkualiti dalam menjalankan kehidupan seharian. Keseimbangan ini
mampu dicapai dengan memahami tugas dan tanggungjawab individu itu sendiri
dalam pelajaran. Antara keseimbangan insan ialah Jasmani ialah unsur yang
berkaitan dengan tubuh badan atau disebut fizikal. Unsur jasmani yang paling
penting untuk dipertingkatkan adalah kesihatan dan kecergasan. Menurut Jenny
(1961) dan Williams (1964) berpendapat bahawa Pendidikan jasmani memberi
Pendidikan melalui aktiviti fizikal dan matlamatnya mempengaruhi semua
perkembangan fizikal termasuk perkembangn mental dan sosial. Insan yang
cemerlang memerlukan fizikal yang sempurna agar dapat melakukan aktiviti harian
dengan baik seperti solat, berlari dan lain-lain.

Selain itu, emosi pula ialah adalah apa-apa pengalaman sedar yang dicirikan


oleh aktiviti mental yang sengit dan tahap keseronokan atau ketidakselesaan
tertentu . Sebagai contoh perasaan sedih, saying, malu, takut dan sebagainya.
Emosi juga berasal daripada Bahasa latin iaitu emovere yang bermaksud
kecenderungan bertindak merupakan hal mutlak dalam emosi. Manakala
Muhammad Uthman Najati (1993), emosi merupakan bangkitan perasaan dan rasa
dalaman hasil tindak balas seseorang terhadap sesuatu perkara, pengalaman dan
peristiwa yang berlaku seperti emosi takut, marah, kecewa, gembira, suka dan kasih
sayang. Antara emosi yang normal berlaku pada manusia adalah emosi marah iaitu
apabila seseorang itu berasa tidak puas hati mencetuskan emosi yang marah.
Setiap insan perlu mengawal emosi marah nya agar tidak mendatangkan keburukan
dan merosakkan diri sendiri serta orang lain. Tambahan pula, emosi juga berfungsi
sebagai meningkatkan daya ingatan seperti apa yang dipelajari didalam kelas
mampu diingat dengan memori yang baik. Oleh itu , Setiap insan perlu memiliki
emosi yang baik agar dapat meningkatkan keseimbangan diri dalam kehidupannya.
Emosi yang baik mampu berfikir secara positif dan kreatif dalam sesuatu perkara
serta mampu memiliki daya pemikiran yang kuat.

Di Samping itu, adalah rohani. Rohani dalam maksud terhad adalah merujuk
kepada perkara-perkara yang berkaitan dengan roh. Rohani jga selalunya dikaitkan
dengan perasaan dalaman manusia yang melibatkan emosi kendiri dan penaakulan
strategik. Menurut kamus dewan (2005), kerohanian berasal daripada perkataan
rohani atau roh iaitu bahagian dalam manusia yang mempunyai daya berfikir
(berperasaan dan berkemahuan) atau jiwa (nyawa yang ada dalam tubuh manusia).

22
Unsur rohani juga lebi menjurumus kepada kepada keagamaan seperti kepercayaan
dan ketaatan kepada sang pencipta. Hal ini demikian, kerana rohani yang sempurna
ingin dicapai oleh setiap individu seperti individu yang tekun beragama serta
perbuatan yang baik dan mampu melahirkan individu yang berakhlak
mulia.Tambahan pula, kepercayaan yang positif banyak menyumbangkan kepada
kesejahteraan jiwa dan pandangan hidup yang baik. Oleh itu, setiap insan
menginginkan kerohanian yang sihat agar mampu menjalankan kehidupan seharian
dengan lebih sempurna serta kehidupan lebih lebih maju dan seimbang.

Selanjutnya adalah Intelek iaitu kemampuan berfikir secara bijaksana, ataupun


kebolehan melakukannya pada tahap yang tinggi. Hal ini demikian kerana, aspek
intelek bukanlah hanya cemerlang dalam pembelajaran di sekolah tetapi intelek juga
merangkumi keupayaan berfikir untuk hidup dan berdikari. Menurut Kementerian
Pendidikan Malaysia (1990) insan yang seimbang dan harmonis dapat
mengamalkan ilmu pengetahuan, berakhlak mulia, mempunyai kepercayaan yang
teguh kepada tuhan, berfikiran tenteram, sihat tubuh badan, hidup bermasyarakat
dan cergas. Melalui Pendidikan seseorang insan mampu memperkembangkan
bakatnya seperti berani bercakap dikhalayak ramai, mempunyai daya pemikiran
yang baik dan sebagainya. Insan yang seimbang dari segi intelektual mampu
berkeyakinan tinggi dalam melakukan sesuatu tugas secara kreatif dan memberikan
idea-idea yang bernas. Sebagai contoh, guru-guru perlulah meningkatkan daya
intelek pelajar (insan) dengan mengadakan pertandingan seperti catur agar pelajar
(insan) mampu berfikiran kritis. Oleh itu, setiap insan menginginkan intelek yang
seimbang agar mampu berfikiran positif dan kreatif serta mampu  memacu
perubahan yang drastik terhadap negara ini.

KRISIS MANUSIA

Krisis bermaksud suatu keadaan yang tegang dalam politik disebabkan


sesuatu masalah yg serius, kekacauan atau keributan (dalam persatuan). Ekonomi
keadaan ekonomi yg tidak stabil dan menyebabkan kehidupan menjadi
sukar. (Kamus Pelajar Edisi Kedua). Manakala menurut okun 2002 Krisis bermaksud
emosi tidak seimbang akibat daripada keadaan kesakitan dari satu keadaan yang
tidak diramal atau kesukaran dalam peralihan perkembangan. Krisis bermula apabila
sesuatu konflik tidak dapat diselesaikan. Krisis kemanusiaan sering berlaku

23
disebabkan oleh konflik yang berlaku seperti bencana alam, konflik bersenjata,
buruh paksa, penghambaan dan sebagainya. Sebagai contoh, konflik bencana alam
kemungkinan menjejaskan tempat tinggal dan dengan itu terdedah kepada
eksploitasi. Krisis kemanusiaan ini juga sering disebut krisis pelarian seperti etnik
Rohingya yang ditindas di negara mereka sendiri dengan kejam oleh tentera
Myanmar sehinggakan melarikan diri ke negara Bangladesh dan Malaysia.
Golongan pelarian ini juga terdiri daripada orang dewasa, remaja dan kanak-kanak.
Perkara ini berlaku disebabkan oleh diskriminasi, ketidakpuasan hati, keganasan
dan lain-lain. Krisis kemanusiaan yang paling menggemparkan dunia adalah di
negara Iraq dan Syria (ISIS) yang menggamalkan penghambaan untuk tujuan
peperangan dan menggunakan konsep paksaan. Tambahan pula, wanita dan
kanak-kanak perempuan dijadikan hamba sebagai tujuan seksual iaitu penganut
agama minority dijadikan sebagai hamba. Hal ini demikian kerana, sangat
memberikan kesan dan cabaran yang sangat teruk kepada dunia dan boleh
menyebabkan wanita serta kanak-kanak menjadi trauma disebabkan perbuatan
yang zalim

DI samping itu, krisis kemanusiaan ini juga memberikan cabaran yang


nasional dan global. Pertubuhan bangsa-bangsa Bersatu (PBB) perlulah
menyuarakan soal krisis kemanusian di setiap persidangannya agar semua pihak
bertanggungjawab untuk menyelesaikan perkara ini dengan segera. Kezaliman yang
tidak berperikemanusiaan ini sangat mengancam nyawa seperti isu di Colombia,
konflik bersenjata yang sangat kejam iaitu kanak-kanak terpaksa berdepan dengan
risiko menjadi buruh paksa oleh kelompok bersenjata ini. Selanjutnya, isu
pemerdagangan manusia juga merupakan salah satu punca krisis kemanusiaan. Hal
ini demikian, kerana pemerdagangan manusia ini bukan suatu yang masalah yang
baru, malahan masalah ini sudah lama berlaku. Pemerdagangan manusia ini terdiri
dalam beberapa bentuk. Sebagai contoh, penjualan organ, buruh paksa, eksploitasi
seks dan lain-lain. Dalam hal ini, target utama mereka adalah kanak-kanak dan
wanita. Menurut SUHAKAM (Suruhanjaya Hak Asasi Manusia, 2018) Malaysia
merupakan tempat terkenal dengan pekerja asing atas sebab ekonomi oleh itu
kumpulan pekerja ini terdedah menjadi mangsa pemerdagangan seks dan buruh.
Justeru itu, krisis kemanusiaan ini menjadi ancaman atau cabaran kepada
kemanusiaan diperingkat lokal, nasional dan global.

24
Kesimpulannya, konsep insan (Psikologi dan sosiologi) dapat mewujudkan
insan yang mempunyai matlamat hidup dan seimbang daripada semua pelbagai
aspek. Psikologi telah menunjukkan bahawa dapat membantu seorang insan
memahami diri sendiri dengan lebih baik serta mampu berhadapan dengan masalah
yang dihadapi dalam kehidupan seharian dan mempunyai kelakuan diri yang
seimbang. Sosiologi pula menunjukkan bahawa kajian terhadap seseorang insan,
sifat-sifat insan yang perlu mempunyai hubungan sosial dalam kehidupannya.
Sosiologi juga dapat memperlihatkan perwatakan seseorang insan itu seperti
perlakuan yang baik atau buruk. Oleh itu, konsep insan sejahtera merupakan insan
yang berilmu dan mempunyai potensi diri serta berkeupayaan seperti berbakat
dalam pelbagai bidang. Insan sejahtera yang seperti ini mempunyai jati diri yang
kukuh melalui pembangunan JERI yang dapat melahirkan insan yang
berkeperibadian mulia, berkemahiran tinggi serta berfikiran kreatif (seimbang
daripada pelbagai aspek). Insan yang sejahtera mampu dipertingkatkan dengan
adanya JERI sebagai rujukan untuk kehidupan seharian. Tambahan pula, krisis
kemanusiaan sangat memberikan impak yang sangat berkesan kepada dunia. Hal
ini disebabkan kezaliman yang mengancam diri manusia yang tidak
berperikemanusiaan sehinggakan ada yang terbunuh. Oleh itu, semua pihak
perlulah berkerjasama membendung perkara ini terus berlaku dari masa ke semasa
agar tidak memberikan cabaran yang besar kepada lokal, nasional dan global.
Semoga dengan itu hak asasi manusia tidak terancam dengan adanya sikap
keprihatinan dan kepedulian daripada pelbagai pihak untuk membanteras gejala ini
yang merosakkan dunia.

25
Jurnal 5: Metafizik

Perkataan Metafizik mendapat Namanya daripada Bahasa Greek met. Ha


yang bermaksud selepas dan physica yang bermaksud mengenai alam. Metafizik
juga adalah suatu perkara yang membincangkan tentang hakikat realiti, kewujudan
dan dunia yang sebenarnya yang di luar alam biasa atau yang tidak kelihatan seperti
ghaib yang wujud di sekeliling kita dan bekerja untuk kita. Selain itu juga, metafizik
juga yang berasal daripada dua perkataan Yunani iaitu meta dan physic yang
membawa maksud sesuatu kejadian = After or behind or among or the study of the
natural. Perkataan metafizik ini juga diperolehi melalui tajuk kolektif empat belas oleh
Aristotle. Metafizik juga merupakan cabang utama ilmu falsafah yang harus dipelajari
oleh setiap insan. Tambahan pula, meta bermaksud (melampaui, melebihi atau di
atas). Manakala, fizik pula adalah alam bersifat fizikal . Oleh itu, metafizik
bermaksud suatu yang melampaui Batasan fizikal. Metafizik juga menghuraikan apa
yang kita tidak nampak tetapi kita dapat rasainya. Sebagai contoh, angin itu wujud
tetapi kita tidak dapat lihat dan kita oleh rasainya sendiri seperti sejuk, alam

26
pemikiran juga merupakan salah satu benda yang tidak dapat dilihat oleh mata kasar
manusia.. Tambahan pula, metafizik juga merupakan satu cabang yang mengkaji
perkara-perkara realiti seperti apakah itu alam semesta, adakah tuhan itu wujud,
apakah itu kehidupan dan lain-lain. Bagi umat Islam alam ghaib ini menjadi
sebahagian daripada rukun keimanan iaitu manusia harus mempercayaina adanya
perkara ghaib di sekeliling kita. Sebagai contoh, malaikat, iblis, jin dan juga tuhan
bersifat ghaib. Menurut Dr Jahid bekas pensyarah akademik pengajian islam
Universiti Malaya, kepercayaan terhadap alam ghaib adalah tuntutan wajib diketahui
serta difahami. Namun terbatas dengan had-had tertentu. Oleh itu, setiap insan perlu
mempercayai alam ghaib dan kewujudan Allah S.W.T sebagai mana yang termaktub
dalam Al-Quran dan hadis.

Hubungan Insan dengan Alam

Insan ataupun disebut sebagai manusia adalah makhluk isitimewa kerana mereka
boleh berfikir, menerima ilmu pengetahuan dan berkehendak. Insan juga adalah
makhluk ciptaan Allah yang paling istimewa. Hal ini kerana, manusia adalah sebaik-
baik kejadian yang dijadikan seperti berakal sempurna. Insan juga sangat
dipertanggungjawabkan untuk menjaga alam semula jadi. Hal ini kerana, hubungan
manusia dan alam sekitar sememangnya saling melengkapi sekiranya salah satu
musnah maka sengsaralah yang satu lagi. Menurut pemahaman melayu alam
terbahagi kepada dua iaitu mikro kosmos iaitu diri manusia sebagai alam yang kecil
yang meliputi fizikal, akal, roh, semangat dan lain-lain. Manakala makro kosmos
yang meliputi alam sekitar dan alam ghaib (Muhammad ‘Uthman El-Muhammady,
2001). Alam yang dijadikan oleh sang pencipta sangatlah sempurna dengan serba
lengkap dan tahu segala kelemahan atau kekurangan serta kekuatan alam. Oleh itu,
setiap insan hendaklah mentadbir dan memerintah alam dengan sebaiknya, dan
hindarkan diri dari merosakkan alam seperti berkelakuan tidak baik. Menurut Zainal
kling (1955) ialah Allah mencipta alam untuk manusia, manakala paradigma melayu
adalah mesra alam dan mementingkan keseimbangan. Setiap insan perlu bersyukur
dan berfikir dengan bijak untuk menikmati nikmat yang diciptakan oleh tuhan agar
tidak merosakkan alam dengan pembakaran terbuka, pembalakan hutan dan lain-
lain.

HUBUNGAN MANUSIA DENGAN TUHAN.

27
Hubungan antara insan dengan tuhan sangatlah penting dalam kehidupan
seseorang insan. Hal ini kerana, setiap insan perlulah mempercayai bahawa tuhan
itu adalah wujud walaupun kewujudannya tidak dapat dikesan. Hubungan antara
manusia dengan tuhan merupakan suatu kewajiban dan merupakan tujuan utama
untuk ummat (manusia). Setiap insan perlulah patuh dengan segala yang
diperintahkan oleh tuhan agar hidup sentiasa dirahmati. Hubungan yang baik antara
manusia dan tuhan merupakan salah satu kejayaan ataupun kunci untuk Bahagia di
dunia dan di akhirat. Manusia (insan) diciptakan oleh tuhan dimuka bumi ini adalaah
sebagai khalifah agar dapat beribadah dengan sempurna untuk menjamin dirinya
pada hari akhirat. Hal ini demikian kerana, manusia mempunyai dua sifat yang
sering dilakukan iaitu kebaikan atau keburukan iaitu sifat positif dan negatif. Oleh itu,
setiap insan perlulah mentaati segala perintah tuhan, ini merupakan tanda
kesyukuran dan menghargai diatas ciptaannya yang kita miliki. Sebagai contoh,
mempunyai tangan untuk bersedekah, mempunyai mata untuk melihat kebaikan,
mempunyai telinga untuk mendengar ayat suci Al-quran serta bacaan kitab-kitab dan
lain-lain. Selain itu, manusia juga dikehendaki untuk sentiasa menggingati Tuhan,
hal ini kerana Tuhan adalah menjaminkan kehidupan seseorang itu pada hari akhirat
sama ada syurga atau neraka. Tujuan penciptaan manusia adalah untuk beribadat
kepada tuhan. Oleh itu, setiap manusia perlulah menjalinkan hubungan dengan
tuhan agar hidup sentiasa diberkat.

PERKEMBANGAN ILMU METAFIZIK.

Perkembangan metafizik pada abad ke-19 adalah menjadi sejarah sehingga


ke hari ini disebabkan ahli sains yang tidak senang dengan pemikiran mistik dan
tidak rasional masyarakat eropah. Perkembangan ilmu metafizik ini juga
diperkenalkan oleh seorang tokoh yang terkenal iaitu Auguste Comte. Beliau
mempunyai 3 tahap untuk masyarakat iaitu teologi, metafizik dan sains. Hal ini
demikian kerana, dengan adanya 3 tahap ini mampu memberikan perubahan
kepada pemikiran manusia dengan meningkatkan perkembangan metafizik. Teori
dari segi teologi pula ialah pada tahap ini manusia mula menyedari bahawa sesuatu
yang terjadi didunia ini adalah atas kehendak tuhan. Menurut beliau manusia
bergantung pada pemikirannya. Zaman ini juga dibahagikan juga dalam tiga fasa
iaitu Animisme, Politeisme dan monotheism yang terdapat dalam ilmu metafizik.
Selain itu, tahap ke-2 ialah metafizik iaitu menempatkan hak asasi manusia di atas

28
mana satu raja manusia. Tetapi ini adalah bersifat perseorangan membawa kepada
kepercayaan yang abstrak. Pada tahap ketiga pula ialah sains iaitu manusia dapat
menyelesaikan sesuatu hal itu tanpa merujuk kepada Tuhan.

Terdapat dua belas sistem metafizik. Antaranya ialah ateisme sesuatu bentuk
kepercayaan yang menafikan kewujudan tuhan. Ateisme juga berasal daripada
Bahasa Yunani yang bermaksud tanpa tuhan. Kepercayaan ini sangatlah
bertentangan dengan ajaran agama-agama yang lain disebabkan mereka tidak
mengakui kewujudan tuhan dan tidak ingin untuk menyembah tuhan. Kedua pula
adalah, Teisme iaitu kepercayaan kepada tuhan, percaya pada satu tuhan. Teisme
ini percaya dengan keberadaan makhluk tertinggi dan dewa-dewa. Ketiga ialah
monotheisme iaitu diertikan sebagai amalan atau kepercayaan dengan satu tuhan
sahaja dan berkuasa penuh dan tidak perlu ada yang lain untuk membantunya.
Agnostisme pula ialah fahaman yang berkata kewujudan tuhan mustahil untuk
diketahui atau dibuktikan. Mereka yang mengamalkan fahaman ini menganggap
bahawa tiada manusia yang tahu dimana keberadaan tuhan dan bukan disebabkan
tidak tahu keberadaan tuhan mereka tidak mempercayainya, sebaliknya mereka
mempercayai kewujudan tuhan. Selain itu, politheisme pula merupakan
penyembahan lebih daripada satu tuhan ataupu pemujaan banyak tuhan seperti
dewa-dewa. Manakala monisme pula ialah sifat kesatuan atau ketuhanan kepada
konsep contohnya kewujudan.

Pluralisme pula adalah satu fahaman yang menyatakan semua agama adalah
sama dan syurga boleh dicapai melalui mana-mana agama. Manakala menurut,
Chandra Muzaffar (2006) mendifinisikan Pluralisme sebagai kepelbagaian agama. Di
samping itu, sainstisme pula ialah kekaguman yang berlebihan pada kemajuan sains
dengan kaedah-kaedahnya yang saintifik menurut (Ahmad Saifuddin Amran 2009).
Mekanisme ialah cara sesuatu bekerja atau cara sesuatu dibuat (Kamus Pelajar
Edisi Kedua). Realisme merupakan sesuatu usaha memaparkan subjek dalam suatu
karya bagaimana ia tampil dalam kehidupan seharian. Idealisme adalah sifat melihat
atau mencita-citakan sesuatu dalam bentuk yang ideal. Manakala menurut, W.F
Hocking pula, idealisme merupakan reality yang terdiri daripada idea-idea, fikiran-
fikiran, akal atau jiwa dan bukanlah kekuatan atau kebendaan. Akhir sekali adalah
nominalisme iaitu pandangan falsafah yang menafikan kewujudan alam semesta
dan objek abstrak.

29
Kesimpulannya, metafizik merupakan suatu cabang falsafah yang sangat
luas. Setiap insan perlulah mempercayai alam ghaib yang wujud disekeliling kita.
Metafizik juga adalah sangat penting untuk diketahui agar manusia mempercayai
alam ghaib yang wujud disekeliling kita. Manusia perlulah menghargai alam hal ini
disebabkan manusia hidup didalam alam. Oleh itu, manusia digalakkan tidak
merosakkan alam yang menyebabkan kerosakan kepada dunia. Tanpa alam
manusia tidak akan dapat hidup dengan aman. Manusia juga perlulah mempunyai
hubungan yang baik dengan Tuhan agar hidup sentiasa dirahmati. Hal ini kerana,
Tuhan itu maha mengetahui apa yang manusia inginkan dan tidak inginkan.
Perkembangan ilmu falsafah adalah melalui pelbagai ilmu metafizik iaitu sistem-
sistem metafizik yang mempunyai 12 sistem iaitu Monotheisme, Agnostisme,
Politheisme, Monisme, Pluralisme, Saintisme, Mekanisme, Realisme, Idealisme dan
Nominalisme. Setiap system ini menerangkan tentang fahaman-fahaman yang
berbeza dari segi kepercayaan ataupun melakukan sesuatu tindakan.

Jurnal 6: Epistemologi

Epistemologi berasal daripada perkataan Yunani yang bermaksud episteme


iaitu pengetahuan dan logos yang bermaksud ilmu iaitu teori tentang pengetahuan.
Epistemologi juga adalah salah satu cabang falsafah yang mengkaji tentang ilmu
pengetahuan dan kepercayaan iaitu bagaimana cara individu itu mendapatkan ilmu
serta bagaimana caranya menjadikan ilmu pengetahuan itu benar dan betul.
Menurut oxford dictionary of Sociology (2009), epistemologi bermaksud ‘The
philosophical theory of knowledge on how we know what we know’ ini bermaksud
teori falsafah yang menerangkan tentang pengetahuan seseorang individu itu
dengan bagaimana kita mengetahui dengan sesuatu benda itu. Pengetahuan ilmu
sangatlah penting untuk kehidupan seharian. Hal ini demikian kerana, dengan
adanya pengetahuan ilmu seseorang manusia itu mampu menyelesaikan sesuatu
masalah dengan lebih cepat dan mudah. Sebagai contoh, bagaimana manusia
mengenali barang-barang atau tumbuhan alam yang wujud disekeliling kita.
Menurut, Dagobert D.Runes pula, epistimologi ialah cabang ilmu yang menerangkan

30
tentang sumber, metode-metode dan pengesahan pengetahuan. Dengan adanya
ilmu manusia mampu mengetahui barang-barang dan tumbuhan seperti bunga,
individu yang mempunyai pengetahuan akan mengenali berbagai jenis bunga serta
nama dan fungsinya. Dengan itu, Tegasnya bahawa ilmu amatlah penting untuk
kehidupan kita seharian agar kita dapat mengetahui sesuatu kebenaran yang hakiki.

Pada abad ke-18 munculnya perkembangan revolusi sains iaitu zaman


Enlightenment atau zaman pencerahan di eropah. Zaman ini merupakan zaman
kemunculan Gerakan intelektual yang wujud di eropah oleh pemikir-pemikir dalam
bidang sains sosial iaitu politik, ekonomi dan sosial. Sebagai contoh John locke,
Adam smith, Voltaire dan sebagainya. Kemajuan dalam bidang sains ini juga
merupakan perubahan yang agak maju dari segi pemikiran masyarakat pada abad
ke-18. Kemajuan ini juga dapat memperlihatkan ramainya sainstis yang terkenal
sehingga ke hari ini iaitu sepeti Isaac Newton yang terkenal dengan teori graviti
serta mencipta teleskop, John locke iaitu ahli falsafah dan pakar dalam bidang
perubatan barat. Selain itu, dalam ilmu sains pula terbahagi kepada dua bidang iaitu
sains tulin dan sains sosial. Sains tulin merupakan sains sebenar yang mengkaji
benda-benda yang wujud di dunia ini, dalam sains tulin juga wujud pelbagai bidang
seperti biologi, kimia, fizik, astronomi dan lain-lain. Sains sosial pula merupakan
kajian atau pembelajaran kemanusiaan di dunia ini dan juga lebih dikenali dalam
kajian sosial. Bidang ini pula merangkumi, psikologi, sosiologi, ekonomi dan
sebagainya. Melalui perkembangan revolusi sains maka tercetusnya cabang
falsafah espistemologi melalui pemikir-pemikir yang terkemuka.

Selanjutnya, perkembangan ilmu ini juga dapat dilihat pada zaman renaisans
iaitu banyak melahirkan semangat ingin tahu dalam kalangan masyarakat. Hal ini
demikian kerana, pada zaman tersebut masyarakat bersedia untuk mengahadapi
perubahan yang besar dengan ilmu pengetahuan. Sebagai contoh, kemajuan dalam
ilmu sains ini iaitu seni bina, seni lukisan, sains dan sebagainya. Menurut Ziauddin
Sardar (1990) menyatakan bahawa sains adalah alat yang asas untuk
menyelesaikan masalah dalam peradaban. Tanpa kewujudan sains kita tidak dapat
memelihara atau memnuhi peradaban kita seperti politik dan budaya. Oleh itu,
perkembangan Revolusi Sains serta kesan-kesan epistemologi yang tercetus
darinya mampu terlihat pada zaman pencerahan, renaissan dan melalui ilmu-ilmu
sains daripada tokoh-tokoh yang teremuka.

31
Tedapat pelbagai kaedah di dalam epistemologi antaranya ialah rasionalisme.
Rasionalisme merupakan suatu penyelidikan ataupun uji kaji yang menyatakan akal
adalah sumber utama pengetahuan. Akal juga merupakan kuasa tertinggi untuk
berfikir dan manusia juga boleh dapat mengetahui, akal juga merupakan sumber
ilmu yang mampu mentafsir pelbagai ilmu serta mampu menganalisis sesuatu benda
baik atau buruk. Malahan akal juga adalah nur (cahaya) yang tuhan kurniakan
kepada manusia. Rasionalisme ini juga diperkembangkan oleh tokoh-tokoh
terkemuka iaitu Descartes, Leibniz dan spinoza. Rasionalisme juga wujud dalam dua
aspek iaitu aspek agama. Dalam agama difahamkan bahawa tindakan ini adalah
mengkritik ataupun suatu tindakan yang melawan pihak agama. Aspek yang kedua
pula ialah aspek falsafah iaitu bertentangan ataupun berlawanan dengan epirisisme
dalam teori pengetahuan. Selain itu, Kaedah yang kedua pula ialah empiricism iaitu
teori yang menyatakan bahawa pengetahuan berdasarkan pengalaman persepsi
deria. Empiricism juga menekankan pengalaman dan bukti dalam pembentukan
sesuatu idea, Davic Hume (1711-1776) deria hanya memberikan sejumlah yang
kecil kepada idea dan pengetahuan. Ahli empiricism menekankan bahawa minda
manusia yang kosong dan manusia perlu mempelajari sesuatu itu berdasarkan apa
yang ia hadapi (pengalaman). Kaedah ketiga ialah skepticisme iaitu berasal
daripada Yunani skeptoi yang bermaksud orang-orang yang mencari maklumat. Hal
ini demikian, kerana skepticisme ini juga selalu dikatakan negative disebabkan tidak
mempercayai banyak hal dan sentiasa mengkritik sesuatu hal. Sebagai contoh,
mengapa hal itu boelh terjadi, bagaimanakah hal itu boleh terjadi dan lain-lain.
Kaedah yang ke empat pula adalah wahyu dan tradisi. Wahyu merupakan perintah
ataupun petunjuk yang diturunkan melalui kata-kata Allah SWT yang disampaikan
kepada rasul. Manakala, tradisi pula merupakan sesuatu kebiasaan adat atau
kepercayaan dalam turun temurun sesuatu yang sudah menjadi amalan dengan
sesuatu masyarakat. (Kamus Dewan Edisi keempat).

Kaedah kelima pula ialah intuisi dan ilham. Intuisi merupakan kemampuan
memahami sesuatu tanpa melalui pemikiran yang rasional dan intelektual. Pemikiran
ini merupakan pemikiran yang tidak diduga atau tidak dirancang. Sebagai contoh,
fahmi tiba-tiba sahaja ingin makan ayam tetapi sesampainya di restoran fahmi
teringin untuk makan sup daging. Tambahan pula, intuisi juga bermaksud daya
untuk memahami atau untuk mengetahui sesuatu tanpa berfikir atau tanpa belajar

32
dan ia semuanya melalui gerak hati. ( Kamus pelajar Edisi Kedua). Manakala ilham
pula bermaksud sesuatu yang menggerakkan hati untuk melakukan sesuatu benda
itu. Kaedah yang ke enam pula ialah keakrifan tempatan iaitu suatu ilmu yang
dibentuk untuk menjelaskn sesuatu keadaan, budaya, ilmu atau komuniti disuatu
Kawasan masyarakat. Keakrifan adalah terjemahan wisdom dalam Bahasa inggeris.
Menurut Acknoff wisdom terletak ditingkat teratas di dalam piramid pengetahuan.
Keakrifan tempatan ini juga sebagai contoh, pergi ke satu Kawasan kampung dan
belajar budaya dan komuniti mereka. Kaedah yang terakhir ialah hikmah. Hikmah
bermaksud kebijaksanaan atau adil dalam memutuskan sesuatu. Hikmah juga sering
dikatakan sesuatu perbuatan yang dilakukan ada sebab-sebabnya seperti baik atau
buruk.

Kebenaran merupakan apa yang dikatakatan menepati kenyataan.


Maksudnya adalah apabila kita berkata ini adalah sesuatu, maka ia menepati apa
yang diperkatan sebagai contoh, apabila kita mengatakan itu adalah gelas, maka ia
benar dan menepati apa yang diperkatakan. Manusia akan hidup lebih aman dan
selesa apabila memperolehi kebenaran yang hakiki. Dalam teori kebenaran terdapat
empat teori iaitu teori koresponden. Teori koresponden ialah teori ini berpendapat
bahawa kebenaran adalah apa yang sepadan dengan realiti. Hal ini demikian,
kerana suatu hal yang sepadan atau realiti adalah benar manakala suatu hal yang
tidak tidak sepadan adalah palsu. Sebagai contoh, manusia memerlukan makanan
untuk meneruskan kehidupan hal ini merupakan ayat yang sepadan realiti. Teori
kebenaran yang kedua adalah koheran. Koheran merupakan teori yang
menekankan pernyataan yang dianggap atau dikatakan benar dan pasti apabila
fakta tersebut tidak bertentangan dengan mana-mana idea yang sebelumnya.
Pernyataan- pernyataan yang diberikan mampu memberikan pernyataan yang
selanjutnya. Dalam teori koheren, perkara ini membuktikan berfikir secara logik
mampu menyelesaikan pelbagai masalah dan memperoleh kebenaran. Setiap
manusia memerlukan makanan, Shazlin adalah manusia, maka shazlin memerlukan
makanan untuk meneruskan kehidupan. Teori kebenaran yang ketiga ialah
pragmatik. Pragmatik merupakan suatu cabang ilmu linguistik yang menkaji hal-hal
yang merangkumi struktur Bahasa sebagai alat perhubungan yang melibatkan
komunikasi pihak individu antara penutur dan pendengar atau penulis dan pembaca.
Manakala menurut George Yule (1997) pragmatik bermaksud suatu kajian makna

33
yang melibatkan dua pihak iaitu pengucap dan pendengar. Teori kebenaran yang
terakhir adalah agama dan tradisi. Agama ialah kepercayaan kepada tuhan atau
sesuatu kuasa yang ghaib seperti dewa serta apa-apa institusi yang berkait dengan
kepercayaan tersebut. Manakala tradisi pula bermaksud suatu hak yang tidak tertulis
dalam masyarakat tetapi masyarakat mengamalkannya secara turun-temurun sejak
sekian lama dan diwarisi oleh nenek moyang. Hal ini demikian kerana, agama dan
tradisi merupakan teori kebenaran yang universal melalui kepercayaan sesuatu
agama. Setiap manusia mempunyai ilmu pengetahuan tentang agama dan tradisi
masing-masing untuk diperkembangkan. Sebagai contoh, teori-teori kebenaran
agama dan tradisi membawa banyak kebenaran dalam kehidupan individu seperti
agama dan tradisi sebagai petunjuk hidup kepada manusia yang benar dan harus
diikuti.

Epistemologi sangat berguna untuk kehidupan manusia. Hal ini demikian,


kerana setiap manusia mempunyai akal fikiran dan sifat ingin tahu yang tinggi dalam
diri mereka. Setiap agama pun menuntut setiap insan perlu menuntut ilmu dan
mempunyai pengetahuan yang tinggi dalam sesuatu perkara lagi-lagi dalam hal-hal
agama. Ilmu adalah sangat penting kepada manusia agar tidak mudah untuk
diperdaya oleh sesiapa pun. Hal ini kerana, dengan memperolehi ilmu manusia
dapat menyelesaikan pelbagai masalah, kita juga sudah sedia maklum bahawa
dalam kehidupan kita seharian kita akan mengalami pelbagai masalah. Namun jika
seseorang itu mempunyai ilmu yang tinggi ia mampu menyelesaikannya tanpa
tindakan yang terburu-buru. Sebagai contoh, sentiasa berfikir positif dan tidak
berputus asa dengan ujian yang datang. Selain itu, mempelajari epistemologi ini juga
mampu melahirkan generasi yang bijak dan kreatif. Penjanaan ilmu yang berterusan
mampu melahirkan insan yang bermoral. Hal ini demikian, kerana seseorang yang
berilmu mampu memanfaatkan nilai-nilai murni serta sikap ingin terus maju dalam
kehidupanya. Sebagai contoh, negara akan membangun dengan melahirkan insan
yang bijak dan kreatif serta mampu memberikan kemudahan yang positif kepada
bangsa dan negara.

34
Kesimpulannya, epistemologi merupakan cabang falsafah yang mengkaji
tentang ilmu pengetahuan dan kepercayaan iaitu bagaimana cara individu itu
mendapatkan ilmu serta bagaimana caranya menjadikan ilmu pengetahuan itu benar
dan betul. Manakala perkembangan revolusi sains mampu membawa kepada
perubahan dan sumbangan kepada dunia seperti penciptaan-penciptaan oleh
saintis-saintis dan juga tokoh pemikir yang hebat. Perkembangan revolusi sains ini
juga banyak amat membantu untuk kemajuan bangsa dan digunakan sehingga ke
hari ini. Pelbagai kaedah yang digunakan untuk perolehan ilmu antaranya ialah
rasionalisme, empiricism, scepticism, wahyu dan tradisi, intuisi dan ilham, keakrifan
tempatan dan hikmah. Epistemologi juga menerangkan teori-teori kebenaran
antaranya teori koresponden, teori koheren, teori pragmatic dan juga teori agama
dan tradisi. Dalam teori kebenaran ini juga banyak membantu individu dalam
mencari kebenaran antaranya dalam agama dan tradisi yang semua individu
lakukan. Oleh itu, epistemologi adalah sangat penting untuk kehidupan manusia
kerana, ilmu sangat penting dalam kehidupan setiap individu tidak kira bangsa dan
agama.

Rujukan

PENGENALAN FALSAFAH

1) Abdul Fatah Hasan. (2007). Mengenai Falsafah Pendidikan Thomas Aquinas.


Siri pengajian Dan Pendidikan Utusan.
https://books.google.com.my/books?
id=XPn0MeukGgC&dq=thomas+aquinas+(1225-
1274)+falsafah+keagamaan&source=gbs_navlinks_s

35
2) Abdul Rahman dan Zakaria Kasa (1986). Falsafah dan Konsep Pendidikan:
edisi ketiga. Serdang: Penerbit Fajar Bakti Sdn Bhd
http://duniaparasarjana.blogspot.com/p/falsafah-pendidikan.html

3) Kamus Dewan Edisi Keempat. Bahasa Dan Pustaka. Kuala Lumpur. Tahun
2010.

4) Kamus Pelajar Bahasa Malaysia. Edisi Kedua: Kuala Lumpur Dewan: Bahasa
Dan Pustaka 1987.

5) Mohamad Syamsul Izwan Bin Md Fauzi (2009, April, 10). Peranan Sekolah
Dalam Merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Pegawai
perkhidmatan pendidikan, Sekolah Kebangsaan Kampung Banyok, Sibu,
Sarawak dari .http://bit.ly/money_crypto.
http://cikgusyamsp.blogspot.com/2009/04/peranan-sekolah-dalam-
merealisasikan.html

6) Haryati Shafii, Sharifah Meryam Shareh Musa & Zakila Abd Rahman. (2009).
Pembangunan Modal Insan Ke Arah Meningkatkan Kualiti Hidup Masyarakat.
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia, Johor MALAYSIA.
https://core.ac.uk/download/pdf/12007661.pdf

FALSAFAH DALAM KEHIDUPAN.


1) Abdul Fatah Hasan. (2007). Mengenai Falsafah Pendidikan Thomas Aquinas.
Siri pengajian Dan Pendidikan Utusan.
https://books.google.com.my/books?
id=XPn0MeukGgC&dq=thomas+aquinas+(1225-
1274)+falsafah+keagamaan&source=gbs_navlinks_s
2) Abdul Rahman dan Zakaria Kasa (1986). Falsafah dan Konsep Pendidikan:
edisi ketiga. Serdang: Penerbit Fajar Bakti Sdn Bhd.
36
http://duniaparasarjana.blogspot.com/p/falsafah-pendidikan.html
3) Dunia Para Sarjana. (2012). Maksud Falsafah dan Falsafah Pendidikan Lung.
DiPerolehi dari http://duniaparasarjana.blogspot.com/2012/05/maksud-
falsafah-dan-falsafah-pendidikan.html

4) Dunia Para Sarjana. (2012). Maksud Falsafah dan Falsafah Pendidikan Lung.
DiPerolehi dari http://duniaparasarjana.blogspot.com/2012/05/maksud-
falsafah-dan-falsafah-pendidikan.html

5) Jairdayatie Saifuddin. (2015). Pengenalan kepada falsafah. Diperolehi oleh


https://www.slideshare.net/jairdayatiedina/pengenalan-kepada-falsafah

6) Kamus Dewan Edisi Keempat. Bahasa Dan Pustaka. Kuala Lumpur. Tahun
2010

7) Teratak Karya Agung. (2014). (Estetik Dalam Karya Agung) Alexander


Baumgarten (1714-1716). Diperolehi dari;
http://teratakhikayat.blogspot.com/p/estetik-dalam-karya.html

LOGIK.
1) Ahmad Atory Hussain (1991). Pengurusan Organisasi. Kuala Lumpur: Utusan
Publications & Distributors Sdn. Bhd.

2) Ahmad Yunus Mohd Noor, Qutrennada. (2017). Perkembangan Metodologi


Pengajaran dan Pembelajaran Hadith di Negeri Kedah. Jabatan Usuluddin &
Falsafah, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia. Di
perolehi daripada http://ddms.usim.edu.my/bitstream/123456789/16296/1/18-
35-1-SM.pdf

3) DeBono, E., 1994, Parallel thinking: from Socratic thinking to de Bono


thinking, Retrieved from : file:///C:/Users/user/Downloads/epdf.pub_de-bonos-
thinking-course.pdf

37
4) Popkin, R. H; Stroll A., 1993, Philosophy Made Simple, Retrieved from :
https://ms.wikipedia.org/wiki/Logik#cite_note-PopkinStroll1993-1

5) Shuhairy Norhisham. (2019). Apakah Metodologi Kajian. Di Perolehi daripada


https://www.pascasiswazah.com/apakah-metodologi-kajian/

Psikologi dan Sosiologi


1) Cetusan Minda. (2011). Konsep Emosi Menurut Perspektif Islam. Diperolehi
daripada http://ciptaan-mulia.blogspot.com/p/pengenalan-emosi-didefinisikan-
sebagai.html

2) Kamus Dewan Edisi Keempat. Bahasa Dan Pustaka. Kuala Lumpur. Tahun
2010.

3) Kamus Pelajar Bahasa Malaysia. Edisi Kedua: Kuala Lumpur Dewan: Bahasa
Dan Pustaka 1987.

4) Norkhalid Salimin. (2011). Pendidikan Jasmani dan kesihatan Satu Definisi.


Diperolehi daripada
http://pendidikanjasmanikesihatansainssukan.blogspot.com/2011/03/pendidik
an-jasmani-dan-kesihatan-satu.html

5) Okun. (1992). Definisi Krisis .Diperolehi daripada


http://web.usm.my/mentor/download/pengenalan%20krisis,%20amarah,
%20stres,%20krisis.pdf
6) Rahimah A. Hamid, Mohd Kipli Abdul Rahman dan Nazarudin Zainun. (2013).
Kearifan Tempatan: Pengalaman Nusantara: Jilid 3 - Meneliti Khazanah
Sastera. Perpustakaan Negara Malaysia. Universiti Sains Malaysia, 2013.

7) Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM). (2018). Pemerdagangan


Manusia. Diperolehi dari https://www.suhakam.org.my/ms/human-trafficking/

38
METAFIZIK.

1) Chandra Muzaffar. (2006). Definisi pluralisme Agama. Diperolehi daripada


https://www.thestar.com.my/opinion/letters/2006/06/18/what-pluralism-means-
to-islam/

2) Dr. Hj. Mohd Rashid Bin Md Idris. (2014). Idealisme dan Falsafah Melayu.
Diperolehi daripada
http://duniakaryaagungmelayukumpulan5.blogspot.com/p/idealisme-dan-
falsafah-melayu.html

3) El-Muhammady, M. U. (2001). Kosmologi Pada Para Fuqaha dan Ulama


Sufiah. Di terbitkan oleh Pemikiran Melayu Dalam Kosmologi Melayu, Kuala
Lumpur di peroleh daripada https://core.ac.uk/download/pdf/153212085.pdf

4) Kamus Pelajar Bahasa Malaysia. Edisi Kedua: Kuala Lumpur Dewan: Bahasa
Dan Pustaka 1987.

5) Pakar Perubatan Naturopathic. (27 Jun 2020) . Naturopathic dan Metafizik.


Diperolehi daripada https://pakarperubatannaturopathic.blogspot.com/p/dunia-
metafizik.html

6) Zainal Kling, “Asas Ketuhanan Dalam Pemikiran Sosiopolitik Melayu”, dalam


Tamadun Melayui, j. 2. Kuala Lumpur, 1993.

EPISTEMOLOGI.

1) Ackoff, R. L. “From data to wisdom.” Journal of Applied Systems Analysis 15


(1989), 3-9.

2) Dagobert D.R. (1962). Classic in logic, reading in epistemology, Theory of


knowledge and dialectics. New York: Philosophical Library.

39
3) Farah Nadiya Abdulrahim. 2015. Definisi Pragmatik mengikut Pengkaji-
Pengkaji Luar. Diperolehi dari http://mte3012-
farahnadiyaabdulrahim.blogspot.com/2015/10/definisi-pragmatik-mengikut-
pengkaji.html

4) Kamus Dewan Edisi Keempat. Bahasa Dan Pustaka. Kuala Lumpur. Tahun
2010.

5) Kamus Pelajar Bahasa Malaysia. Edisi Kedua: Kuala Lumpur Dewan: Bahasa
Dan Pustaka 1987.

6) Oxford Dictionary Of Sociology. 2009. 3rd Ed. New York: Oxford University
Press

7) Sardan, Ziauddin. 1990 . Masa hadapan Islam: bentuk idea yang akan dating.
Terj. Mohd Sidin Ahmad Ishak. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

40

Anda mungkin juga menyukai