Anda di halaman 1dari 12

Bab 1 :

1
Pengenalan Isu Falsafah

MPU3192 / MPU3193
2 Pengenalan

 Dari sudut Bahasa : Falsafah berasal daripada perkataan Yunani kuno iaitu Philo (cinta)
dan Sophia (Kebenaran, hikmah, kebijaksanaan). Kombinasi dua unsur tersebut
mendorong seseorang / ahli falsafah untuk memburu hakikat sesuatu, meneliti hubungan
sebab dan akibat, serta mentafsirkan pengalaman manusia secara mendalam.

 Dari sudut istilah : Falsafah bermaksud sesuatu ilmu yang mendasar kepada makna sebenar
(hakikat) sesuatu perkara sehingga jelas kan makna serta tujuannya.

MPU3192 / MPU3193
3 Definisi Falsafah oleh tokoh Failasuf

 Plato (427-347SM) : Falsafah adalah tentang segala yang ada.

 Al-Farabi (950M) : Falsafah adalah ilmu pengetahuan tentang alam yang maujud dan
bertujuan menyelidiki hakikatnya yang sebenar.

 Sidi Gazalba (1978) : Falsafah adalah berfikir secara mendalam, sistematik, radikal dan
universal dalam rangka mencari kebenaran.

MPU3192 / MPU3193
4 Peranan Falsafah

 Falsafah adalah ilmu yang menyelidik segala sesuatu dengan terperinci dan
mendalam tentang sebab terjadinya sesuatu peristiwa sehingga sebab terakhir dan
mutlak ditemukan.
 Falsafah berperanan untuk mencari jawapan kepada masalah asasi (ultimate
problem) manusia seperti hakikat kehidupan, tujuan kejadian alam dan manusia.
 Falsafah berkait dengan keupayaan menjawab pertanyaan asasi yang timbul dalam
pelbagai lapangan manusia. Jawapan-jawapan tersebut adalah hasil pemikiran yang
menyeluruh, sistematik, mendasar dan spekulatif.
 Falsafah mengandungi tiga perkara penting sebagai objek kajiannya iaitu metafizik
(hakikat kewujudan), epistemologi (sumber ilmu dan teori kebenaran) dan aksiologi
(teori nilai).
MPU3192 / MPU3193
5 Falsafah Pendidikan Kebangsaan

 Falsafah Pendidikan Kebangsaan dahulunya dikenali sebagai Falsafah Pendidikan Negara.


Ia digubal pada tahun 1988.
 Pernyataan Falsafah Pendidikan Kebangsaan adalah seperti berikut:

 Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi
individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan
harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan
kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan,
berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan
diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan
negara.

MPU3192 / MPU3193
6 Tumpuan Asas Falsafah Pendidikan
Kebangsaan (FPK)
 1. FPK berhasrat untuk memupuk insan seimbang dan harmonis melalui kesepaduan ilmu dan Pendidikan
secara berterusan.
 2. Kesepaduan serta keseimbangan harmonis tersebut merujuk kepada empat aspek utama yang menyentuh
asas jasmani, emosi, rohani dan intelek (JERI).
 3. Asas utama kesepaduan JERI untuk melahirkan insan seimbang dan harmonis adalah berpaksikan
kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.
 4. Hasil daripada ini akan memperlihatkan keberadaan “kesejahteraan diri” bagi setiap individu melalui
sistem pendidikan Malaysia.
 5. Kesudahannya individu tersebut berupaya menyumbang kepada keharmonian dan kemakmuran
keluarga, masyarakat dan negara; begitu jugalah dunia sejagat.

 FPK adalah tunjang kepada semua dasar lain dalam bidang pendidikan sama ada yang telah dilaksanakan atau
bakal dilaksanakan.

MPU3192 / MPU3193
7 Rukun Negara

 Rukun Negara adalah ideologi kebangsaan Malaysia.


 Ia dibentuk pada 31 Ogos 1970 oleh Majlis Gerakan Negara iaitu selepas berlakunya
tragedi 13 Mei 1969 yang menghancurkan perpaduan dan ketenteraman negara.
 Tragedi ini telah membuka mata dan menyedarkan semua pihak betapa pentingnya Bersatu
padu dan hidup dengan aman dan damai serta menghindari sifat curiga-mencurigai antara
satu sama lain.
 Rukun Negara terbahagi kepada 2 bahagian.
 1. Menggariskan objektif Masyarakat Malaysia yang ingin dibentuk
 2. Ikrar yang menggariskan Rukun Negara

MPU3192 / MPU3193
8 Menggariskan objektif Masyarakat Malaysia yang ingin dibentuk

 1. Mencapai perpaduan yang lebih erat dalam kalangan seluruh masyarakat.


 2. Memelihara satu cara hidup demokratik.
 3. Mencipta satu masyarakat yang adil dan kemakmuran negara dapat dinikmati bersama
secara adil dan saksama.
 4. Membentuk satu sikap yang liberal terhadap tradisi kebudayaan yang kaya dan berbagai-
bagai corak.
 5. Membina sebuah masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi
moden.

MPU3192 / MPU3193
9 Ikrar yang menggariskan Rukun Negara

 Maka kami, rakyat Malaysia berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami
untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip berikut:

 1. Kepercayaan kepada Tuhan


 2. Kesetiaan kepada Raja dan Negara
 3. Keluhuran Perlembagaan
 4. Kedaulatan Undang-undang
 5. Kesopanan dan Kesusilaan

MPU3192 / MPU3193
10 Falsafah Sejahtera sebagai Pentafsiran Rukun
Negara
 Berdasarkan FPK, hanya individu yang ‘mencapai kesejahteraan diri’ yang mampu
memberi sumbangan kepada keluarga, masyarakat dan negara.
 Dzulkifli 2019 : Kesejahteraan ini perlu difahami dalam konteks mikrokosmik atau
dalaman (pengurusan diri yang seimbang antara elemen JERI) dan makrokosmik atau
luaran (masyarakat, ekonomi, ekologi dan budaya).
 Beliau kemudian melanjutkan lagi konsep tersebut dengan menggandingkannya dengan
maqasid syariah.
 Dengan menyusun 10 unsur sejahtera (kerohanian, emosi, etika, intelek, kognitif,
psikomotor, ekologi, ekonomi, budaya dan masyarakat) dan 5 komponen maqasit syariah
(menjaga jiwa, agama, akal, keturunan dan harta).

MPU3192 / MPU3193
11

MPU3192 / MPU3193
12 Kesimpulan

 Rukun Negara adalah asas yang perlu difahami untuk menjadi warganegara baik.
 Kaedah utama untuk melahirkan warganegara yang baik ialah melalui Pendidikan.
 Malaysia mempunyai falsafah Pendidikan yang tersendiri untuk melahirkan insan sejahtera
dan warganegara baik.
 Sistem Pendidikan negara melalui acuan Falsafah Pendidikan Kebangsaan berupaya
melahirkan warga Malaysia yang mampu mendepani cabaran pascamodenisme yang
dipenuhi dengan pelbagai aliran pemikiran yang bertentangan dengan roh Rukun Negara
dan pelbagai ajaran agama di Malaysia.

MPU3192 / MPU3193

Anda mungkin juga menyukai