Anda di halaman 1dari 26

PEMARKAHAN

FAKULTI PENDIDIKAN DAN PEMBANGUNAN


SEMESTER 2 SESI 2012/2013 MANUSIA
PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PJJ)
KPF 3012:
PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA : FALSAFAH DAN DASAR
TAJUK ESEI ILMIAH

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN


DEFINISI DAN KONSEP
PEMBENTUKAN
PERANAN DAN SUMBANGAN
C ABARAN DAN HALANGAN
CADANGAN PEMANTAPAN
DISEDIAKAN OLEH :

NAMA

NO. ID

NO. IC

AZLAN BIN AHMAD

D20111049647

650925-10-7411

PUSAT PEMBELAJARAN : EL-UPSI - 1(U)(A122PJJ)

NAMA TUTOR E-LEARNING

: ZAINI BIN ABDULLAH

TARIKH SERAHAN

: 28 APRIL 2013

ISI KANDUNGAN

BIL

PERKARA

1.0
2.0

Peta Minda
PENGENALAN
DEFINISI DAN KONSEP FALSAFAH PENDIDIKAN

3.0

KEBANGSAAN
FAKTOR-FAKTOR

4.0

PENDIDIKAN KEBANGSAAN
Faktor Agama
Faktor Sosial
Faktor Politik dan Ekonomi
Faktor Individu
Faktor Pendidikan Antarabangsa
PERANAN
DAN
SUMBANGAN

3.1
3.2
3.3
3.4
3.5

4.1
4.2
4.3
4.4
4.5
4.6
5.0
5.1
5.2
5.3
5.4
5.5
6.0
7.0
8.0

PEMBENTUKAN

FALSAFAH

FALSAFAH

8
9
9
10
10
11

PENDIDIKAN KEBANGSAAN (FPK)


Peranan FPK Di Sekolah
Peranan FPK Dalam Aspek Kepemimpinan
Peranan FPK Dalam Aspek Budaya Sekolah
Peranan FPk Dalam Aspek Ko-Kurikulum
Peranan FPK Kepada Guru
Peranan FPK Dalam Aspek Mendisiplinkan Pelajar
CABARAN DAN HALANGAN
Pendidikan Tidak Mengikut Landasan
Cabaran Masyarakat dan keluarga
Perkembangan Pendidikan Tinggi
Cabaran Masyarakat Luar Bandar
Cabaran Kualiti Tenaga Pengajar
CADANGAN PEMANTAPAN
PENUTUP
RUJUKAN
lampiran

PETA MINDA
FALSAFAH PENDIDIKAN

Pendidikan di Malaysia
merupakan usaha kerajaan
KEBANGSAAN
untuk :
memperkembang potensi individu secara menyeluruh
dan bersepadu
melahirkan insan yang seimbang dan harmoni dari segi
JERI
Untuk lahirkan rakyat Malaysia yang
berilmu pengetahuan
berketrampilan
2
berakhlak mulia
bertanggungjawab

HALAMAN
3
6
7

11
11
12
13
15
16
18
18
18
19
20
21
22
25
26
27

MATLAMAT

Murid dapat berinteraksi dengan


masyarakat untuk penuhi
keperluan diri, dapatkan ilmu,
hubungan sosial dan dalam
urusan harian

Membentuk murid dengan


menggunakan bahasa yang
betul

1.0

PENGENALAN
Falsafah pendidikan sangat penting dalam menentukan nilai, hala tuju pendidikan

dan mengukuhkan sistem pendidikan. Dalam menekankan pembangunan kemanusiaan,


Falsafah Pendidikan Negara perlulah seiring dengan kemahuan semasa. Pelajar pada
masa kini amat terbuka dengan teknologi yang membolehkan mereka mendapatkan
maklumat di hujung jari. Jika dulu semua maklumat hanya didapati di sekolah, tapi kini
semua

maklumat dapat diakses melalui internet. Jesteru itu, pelaksanaan falsafah

pendidikan hendaklah sejajar dengan kemahuan semasa dan sejajar dengan teknologi
yang bakal diterokai oleh para pelajar.
Falsafah Pendidikan Negara merupakan satu teras dalam menentukan hala tuju
pendidikan Negara kita. Pendidikan merupakan sesuatu yang sangat penting kerana ilmu
merupakan sesuatu yang berkuasa sekarang. Tanpa ilmu kita tidak akan dapat
melangkaui batasan yang digariskan dalam menjadikan kita seorang yang berjaya.
Pada amnya, perkataan falsafah boleh difahamkan sebagai pemikiran atau pandangan
yang benar, rasional dan bernas. Pemikiran atau pandangan ini dihasilkan daripada
usaha kajian ahli falsafah dengan cara yang saintifik, sistematik dan logikal. Tujuan
falsafah ialah mencari serta membuktikan kebenaran dan memberi arah tuju atau
pedoman untuk perkara-perkara yang penting dalam kehidupan.
Berdasarkan huraian di atas, falsafah pendidikan boleh diertikan sebagai
pedoman, arah tuju atau pandangan terhadap perkara-perkara yang berkaitan dengan
pendidikan. Maka, Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) adalah digubal daripada
usaha berfikir yang rasional dan kritis berlandaskan daripada ideologi negara
sebagaimana yang telah dimanifestasikan dalam Laporan dan Dasar Pendidikan,
termasuk Rukun Negara. FPK ini akan menjadi suluh yang memberi pedoman dan hala
kepada segala usaha pendidikan sama ada di dalam institusi pendidikan atau di luar
institusi pendidikan. Sehubungan ini, FPK adalah digubal secara rapi dan teliti oleh pakarpakar pendidikan yang mengambil kira seluruh aspek yang berkaitan dengan keperluankeperluan individu, masyarakat dan Negara.

2.0

DEFINISI DAN KONSEP FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN


Istilah falsafah berasal daripada dua perkataan Yunani iaitu philos dan Sophia.

Philos bermaksud mencintai manakala Sophia pula bermaksud kebijaksaan. Kesimpulan


yang dapat dibuat daripada makna kepada dua perkataan ini, falsafah dapat diertikan
sebagai perihal mencintai kebijaksanaan.

Mengikut Russell ( 1946 ), falsafah adalah diertikan sebagi sesuatu fahaman atau
pengertian di antara teologi dan sains. Ini adalah kerana, seperti teologi, falsfah
menengandungi spekulasi terhadap perkara yang belum tepat dibukti.
E.D Miller pula mengatakan falasafah boleh ditakrifkan sebagai usaha untuk
berfikir secara rasional dan kritis terhadap perkara-perkara penting. Oleh itu, falsafah
noleh

diertikan

sebgai

satu

usah

untuk

berfikir

yang

rasional

dan

kritis

terhadap..perkara..yang..penting..mengenai..pendidikan.
Antara tafsiran Sharifah Alawiah Alsagoff dalam bukunya Falsafah Pendidikan
( 1984 ) ialah falsafah adalah pertimbangan asas dan andaian mengnai pertimbangan
terhadap perkara yang penting. Baginya juga, falsafah memeprsoalkan prinsip-prinsip
reality, ilmu dan nilai. Baginya juga, falsafh adalah cenderung mengumpulkan
rumusannya kepada bentuk mazhab-mazhab atau sisitem-sistem pemikiran.
Falsafah Pendidikan Kebangsaan(FPK) yang dulunya dikenali sebagai Falsafah
Pendidikan Negara (FPN) telah digubal secara keseluruhannya dengan rapid an teliti oleh
pakar-pakar pendidikan. Penggubalan ini telah mengambil kira pelbagai jenis aspek yang
berkaitan dengan keperluan-keperluan individu, masyarakat dan Negara.
Berdasarkan kepada pertimbangan atas Laporan dan Akta Pendidikan, Rukun Negara
dan cirri-ciri ideologi serta kebudayaan masyarakat Malaysia, maka Falsafah Pendidikan
Kebangsaan(FPK) telah digubal dan diumumkan secara rasminya pada tahun 1988.
Falsafah ini akan dapat menentukan haluan, asas dan sumber inspirasi kepada semua
usaha dan segala rancangan dalam bidang pendidikan.
Pendidikan merupakan tonggak kemajuan, sama ada kemajuan individu,
masyarakat mahupun negara. Pendidikan juga menentukan corak manusia dan
masyarakat. Manusia yang berpendidikan lebih berdisiplin berbanding manusia yang tidak
mendapat pendidikan sempurna. Pendidikan yang sempurna dan berkesan dapat
diperoleh apabila wujud satu sistem yang teratur. Dalam sistem itu digarisi visi dan misi,
matlamat, peraturan dan undang-undang. Antara aspek pendidikan sempurna dan
bersistem ialah apabila digubal satu falsafah pendidikan yang seragam untuk semua
bangsa dalam sebuah negara berdaulat. Pada awalnya, falsafah pendidikan dalam sistem
pendidikan Malaysia dinamakan Falsafah Pendidikan Negara, sebagaimana di bawah.
Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah lebih
memperkembang lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk
mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi, dan
jasmani, berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi
melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia,
bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi
sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.

Sekitar akhir tahun 1990-an, penyataan falsafah pendidikan itu disemakan dan
diperkemaskan. Kini ia dikenali sebagai Falsafah Pendidikan Kebangsaan, sebagaimana
di bawah. Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) yang dinyatakan berikut akan
menentukan arah haluan, asas dan sumber aspirasi kepada semua usaha dan rancangan
dalam bidang pendidikan.
Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah lebih memperkembang
potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang
seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani, berdasarkan
kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan
warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia,
bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan
sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.
3.0

FAKTOR-FAKTOR PEMBENTUKAN FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

3.1

Faktor Agama
Pembentukan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dipengaruhi oleh beberapa faktor.

Faktor utama yang mempengaruhi pembentukan FPK adalah faktor agama. Terdapat
pelbagai jenis agama di Malaysia seperti agama Islam, Buddha, Hindu, Kristian dan Sikh.
Pembentukan FPK perlu mempertimbangkan faktor agama supaya selaras dengan
semua agama yang dianuti rakyat Malaysia. Agama Islam merupakan agama rasmi bagi
negara Malaysia. Di samping itu, Agama Kristan, Agama Budha, Agama Hindu dan
sebagainya juga bebas dianuti mengikut undang-undang negara. Agama-agama ini,
khasnya agama Islam merupakan faktor-faktor yang penting sebagai pertimbangan asas
dalam proses penggubalan Falsafah Pendidikan Negara. Unsur agama ini dapat dihayati
daripada pernyataannya, iaitu
:...mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan
jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.
3.2

Faktor Sosial
Faktor sosial merupakan salah satu faktor pembentukan FPK kerana dengan

lahirnya falsafah ini, negara kita akan dapat mencapai keharmonian dan kemakmuran.
Bagi mencapai kemakmuran ini, satu sistem pendidikan yang selaras telah diperkenalkan

dan telah menyeragamkan sukatan pelajaran yang berlandaskan KBSR (Kurikulum


Bersepadu Sekolah Rendah) dan KBSM (Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah).
Masyarakat Malaysia terdiri daripad berbilang kaum. Keharmonian dan kemakmuran
negara bergantung kepada amalan

sikap toleransi,

bekerjasama dan hormat-

menghormati antara satu sama lain. Sikap yang positif ini adalah amat penting dalam
usaha mencapai perpaduan kaum yang merupakan kriteria yang paling penting untuk
mewujudkan keadaan sosial yang stabil. Tujuan mencapai perpaduan kaum telah menjadi
salah satu matlamat pendidikan yang dinyatakan dalam Falsafah Pendidikan Negara,
iaitu:
..melahirkan rakyat Malaysia memberi sumbangan terhadap keharmonian dan
kemakmuran..masyarakat..dan..negara..

3.3

Faktor Politik dan Ekonomi


Faktor politik merupakan faktor yang menentukan ideologi negara seterusnya

mempengaruhi dasar pendidikan di negara kita. Faktor ekonomi juga turut mempengaruhi
matlamat pendidikan yang terkandung dalam FPK sebagai usaha membangun dan
memajukan negara. Sebagaimana yang diketahui umum, Falsafah Pendidikan Negara
digubah berlandaskan kepada ideologi negara yang dicerminkan dalam dokumendokumen rasmi seperti Laporan Pendidikan, Rancangan Malaysia dan Rukun Negara. Di
dalam usaha membentuk ideologi negara, pengaruh politik memainkan peranan penting
dalam penentuan dasar pendidikan negara. Sehubungan ini, matlamat pencapaian
perpaduan kaum menjadi pertimbangan asas dalam penggubalan Falsafah Pendidikan
Negara. Matlamat ini dapat diperlihatkan daripada pernyataan Falsafah Pendidikan
Negara, sebagaimana yang telah dihuraikan dalam pengaruh faktor sosial tersebut di
atas.
...melahirkan rakyat Malaysia.... berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta
memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara...
Rakyat Malaysia yang terlatih dalam pelbagai kemahiran dapat membantu negara
memperkembangkan ekonomi dengan meningkatkan daya pengeluarannya. Tujuan ini
dapat dicapai dengan melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan,
berketerampilan, bertanggungjawab dan berupayaan untuk memberi sumbangan
terhadap kemakmuran negara. Cita-cita memperkembang ekonomi Malaysia telah

menjadi salah satu matlamat pendidikan negara yang dinyatakan dalam Falsafah
Pendidikan Negara.
...melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia,
bertanggungjawab, berketrampilan dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri..
3.4

Faktor Individu
FPK juga dibentuk berlandaskan faktor individu. Dalam menjadikan seseorang itu

seorang yang seimbag dalam segi jasmani, emosi, rohani, intelektual dan sosial. Satu
sistem perlu diwujudkan dan memberi gambaran kasar kepada individu untuk berjaya
dalam sesuatu bidang. Potensi individu dapat dikembangkan melalui proses pendidikan.
Potensi individu ini meliputi aspek-aspek intelek, rohani, emosi dan jasmani.
Perkembangan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu akan menjadi insan
yang seimbang dan harmonis. Insan yang seimbang dan harmonis sentiasa
mengamalkan sikap bersyukur, sentiasa menikmati ketenteraman jiwa serta bersedia
menghadapi cabaran hidup dengan tenang.
3.5

Faktor Pendidikan Antarabangsa


Penggubalan Falsafah Pendidikan Negara pula tidak terpisah daripada pengaruh

perkembangan sistem pendidkan antarabangsa. Sehubungan itu, idea-idea yang


dihasilkan daripada seminar pendidikan antarabangsa pula membawa pengaruhnya ke
atas Falsafah Pendidikan Negara. Misalnya, program pendemokrasian pendidikan,
pensarwajagatan pendidikan dan pendidikan seumur hidup dirancang oleh UNESCO
dalam tahun 1980-an telah dimanifestasikan dalam pernyataan Falsafah Pendidikan
Negara iaitu pendidikan di Malaysia merupakan satu usaha yang berterusan. Hal Ini
jelaslah mencerminkan konsep pendidikan seumur..hidup.
Warganegara yang berketerampilan dan berilmu pengetahuan dapat direalisasikan
andainya diberi pendedahan awal tentang kepentingan ilmu semasa di sekolah lagi. Oleh
itu, sistem pendidikan di Malaysia perlu merangkumi aspek sejagat yang boleh
melahirkan warganegara yang bertaraf antarabangsa setaraf dengan negara maju yang
lain. Perubahan sisitem pendidikan antarabangsa juga telah menyebabkan penggubalan
FPK. Faktor ini telah menyebabkan sistem pendidikan digubal dan menepati kehendak
ilmu seluruh dunia dan tidak ketinggalan dalam semua aspek yang diketengahkan.
Falsafah ini berkaitan dengan pandangan dan visi sedunia.

4.0

PERANAN DAN SUMBANGAN FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN


(FPK)

4.1

Peranan FPK Di Sekolah


Peranan sekolah begitu besar dalam melaksanakan Falsafah Pendidikan

Kebangsaan dalam melahirkan murid dan guru yang cemerlang . Sekolah merupakan
institusi formal pertama di mana murid-murid memperoleh ilmu dan kemahiran asas.
Sekolah juga adalah tempat pemupukan minat setiap murid untuk terus mencari ilmu dan
selanjutnya memberi sumbangan kepada khazanah ilmu yang sedia ada.
4.2

Peranan FPK Dalam Aspek Kepemimpinan


Aspek pertama yang perlu diambil perhatian ialah kepimpinan. Pemimpin sekolah

iaitu guru besar merupakan orang penting dalam memajukan institusi pelajaran di
Malaysia. Mereka perlu berfikiran kreatif dalam pengurusan dan berhubungan dengan
guru dan juga murid. Mereka bertanggungjawab menetapkan falsafah sekolah,
membentuk wawasan sekolah, membentuk visi dan misi sekolah yang berlandaskan FPK.
Selain itu, pihak sekolah juga perlu memastikan aspek-aspek seperti budaya
sekolah, aktiviti ko-kurikulum, peranan guru dan juga disiplin murid diberi penekanan dan
perhatian yang sewajarnya supaya hasrat FPK dapat direalisasikan. Perkembangan
semasa memperlihatkan peningkatan peranan guru besar sebagai peneraju utama di
sekolah-sekolah. Penyelidikan oleh Morrisson (2005) mendapati bahawa perubahan
peranan

pentadbir

sekolah

perlu

berlaku

dalam

aspek-aspek

tertentu

seperti

kepemimpinan, tuntutan kerja, orientasi perniagaan, tanggungjawab, pengurusan sumber


manusia, membuat, keputusan, komunikasi, kuasa, dan perancangan. Peranan guru
besar merupakan antara faktor utama yang akan menentukan kejayaan dan
kecemerlangan sesebuah sekolah. Guru besar yang berkesan mampu mengubah
keadaan sesebuah sekolah menjadi cemerlang.
Dalam melaksanakan amanah menyediakan sumber manusia menjelang tahun
2020, fungsi kepemimpinan, pengurusan, dan pentadbiran sekolah menjadi semakin
mencabar. Peranan kepemimpinan di peringkat sekolah mestilah dalam bentuk
instructional leader yang memainkan peranan tertentu pada tahap serta kedudukan
masing-masing untuk melaksanakan sesuatu progam pendidikan. Kepemimpinan

10

pendidikan juga haruslah berperanan sebagai transformational leader iaitu sebagai agen
transformasi perubahan.
Pemimpin sekolah yang proaktif akan sentiasa membuat jangkaan-jangkaan
tentang perubahan yang sedang dan bakal berlaku agar sentiasa berada dalam keadaan
bersedia. Pemimpin sekolah mestilah juga mampu dan berupaya membimbing guru-guru
di bawah pengawasannya untuk menjadi lebih berkesan.
Sekolah yang berkesan dapat dilihat berdasarkan stail kepemimpinan yang bukan
sekadar mampu bertindak sebagai pemimpin pengajaran dan pembelajaran yang
berkesan tetapi juga harus mampu membawa perubahan. Justeru itu, di mana-mana
sekolah, guru besar merupakan individu yang paling berpengaruh dan bertanggungjawab
terhadap sesuatu perubahan.
Menurut kata Wilson dan Corcoran (1988), segala kejayaan dan kegagalan murid
terletak kepada pihak sekolah, iaitu guru besar dan guru. Kepemimpinan guru besar pula
dikenal pasti sebagai pemboleh ubah yang penting sekali, yang mempengaruhi kualiti dan
kuantiti hasil sekolah walaupun proses dalaman dan persekitaran sosial (iklim), atau
budaya sekolah juga merupakan pemboleh ubah yang mempengaruhi dan menyebabkan
perbezaan dalam pencapaian akademik murid ( Rutter .et .al,1979).
4.3

Peranan FPK Dalam Aspek Budaya Sekolah


Aspek kedua yang perlu diberi penekanan ialah budaya sekolah. Budaya sekolah,

kadang kala dikenali sebagai iklim sekolah merupakan salah satu aspek yang penting
dalam merealisasikan FPK. Iklim sekolah yang terbuka menggalakkan murid bebas
berinteraksi di antara murid dengan murid, murid dengan guru serta bebas melibatkan diri
dalam pelbagai aktiviti sekolah. Guru pula boleh bekerja dalam keadaan yang mesra,
berasa tenteram serta melaksanakan tugas dengan adil dedikasi gembira dan sempurna.
Iklim sekolah yang terbuka seperti ini merupakan iklim sekolah yang demokratik
dan iklim ini akan dapat membantu sekolah mencapai aspirasinya seperti membentuk
murid lebih berdedikasi, lebih berinisiatif, lebih rela bekerjasama, lebih ramah dan mesra,
lebih spontan dan berkreativiti serta lebih tinggi motivasinya.
Budaya sekolah atau iklim sekolah ini mengandungi empat aspek utama iaitu
aspek fizikal, aspek sosial, aspek perkembangan intelek dan aspek penggunaan bahasa.
Aspek fizikal merangkumi perkara-perkara seperti kebersihan kawasan sekolah,
keselamatan anggota-anggota sekolah, kemudahan-kemudahan sekolah yang lengkap,
keselesaan yang kondusif untuk pengajaran dan pembelajaran dan juga keindahan
sekolah. Dari aspek sosial pula, ia merangkumi perkara-perkara yang berkaitan dengan

11

keharmonian di antara anggota-anggota sekolah seperti budaya hormat-menghormati dan


mengucap salam, kerjasama, rasa tanggungjawab perpaduan kemesraan dan keadilan.
Seterusnya aspek perkembangan intelek. Ia merangkumi aspek budaya ilmu
seperti semangat mahu belajar sama ada dalam bilik darjah atau di perpustakaan
sekolah. Sebagai contoh, sekolah memainkan peranannya melalui penganjuran programprogram akademik seperti Program NILAM dengan tujuan membudayakan aktiviti
membaca dalam diri murid-muridnya. Program ini secara tidak langsung dapat
mengembangkan daya pemikiran murid sama ada kritis atau kreatif. Menurut Ee (1994),
tamadun atau bangsa hanya dapat dibina melalui masyarakat yang mengamalkan budaya
ilmu. Cara utama membina budaya ilmu ialah melalui amalan tabiat membaca yang
berterusan.
Aspek yang terakhir ialah penggunaan bahasa. Aspek ini meliputi penggunaan
bahasa secara betul dan jitu sama ada di dalam bilik darjah atau di luar bilik darjah. Untuk
meningkatkan prestasi dalam aspek penggunaan bahasa, aktiviti pertandingan,
perbahasan, syarahan dan pidato boleh dianjurkan oleh pihak sekolah sebagai galakan
penggunaan bahasa. Penggunaan bahasa kedua iaitu Bahasa Inggeris juga perlu diberi
perhatian sejajar dengan matlamat FPK yang ingin melahirkan modal insan yang mampu
berdaya saing di peringkat global.
Suasana sekolah yang ceria, kondusif dan meransang pembelajaran diwujudkan
bertujuan menghasilkan murid-murid yang berkembang secara harmonis dan menyeluruh
dari aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek.
4.4

Peranan FPk Dalam Aspek Ko-Kurikulum


Aspek keempat pula ialah ko-kurikulum. Untuk merealisasikan FPK, sekolah juga

perlu memainkan peranan yang berkesan dalam melaksanakan gerak kerja ko-kurikulum.
Gerak kerja ko-kurikulum merupakan gerak kerja bercorak pendidikan yang dijalankan di
dalam dan di luar waktu sekolah. Gerak kerja merupakan aktiviti-aktiviti kumpulan secara
informal. Gerak kerja ko-kurikulum berasaskan pembelajaran di bilik darjah adalah
kesinambungan kurikulum yang dilaksanakan di sekolah. Walaupun aktiviti-aktiviti kokurikulum lebih bercorak informal, tetapi gerak kerja yang dijalankan adalah terancang.
Gerak kerja ko-kurikulum dilaksanakan di sekolah diharapkan akan menyemai
sifat-sifat kepemimpinan, kerjasama, tolong-menolong dan sedia berkhidmat di kalangan
murid. Aktiviti ko-kurikulum juga perlu dirancang supaya semua murid mempunyai
perseimbangan antara perkembangan mental dengan perkembangan sosial, jasmani dan
rohani. Pelaksanaan ko-kurikulum cuba melihat minat dan bakat murid-murid. Melalui
kegiatan kumpulan, semua murid boleh dididik dan mendidik diri sendiri.

12

Sekolah ialah institusi yang bertanggungjawab dan boleh memainkan peranan


dalam mendidik murid-murid untuk mengembangkan minat dan bakat. Begitu juga
masyarakat yang bertanggungjawab boleh memainkan peranan mereka dalam mendidik
murid-murid. Ini disebabkan alam masyarakat di luar sekolah sebenarnya amat kaya
dengan ilmu pengetahuan yang boleh dimanfaatkan oleh murid-murid. Aktiviti-aktiviti yang
boleh dilaksanakan dalam gerak kerja ko-kurikulum ialah pasukan unit beruniform,
persatuan/kelab dan juga sukan. Pihak sekoalh perlu memastikan semua murid
melibatkan diri dalam ko-kurikulum ini kerana gerak kerja ini dianggap sebagai
sebahagian daripada kurikulum sekolah dan sebagai satu bidang pendidikan.Gerak kerja
ko-kurikulum dilaksanakan di sekolah mempunyai beberapa matlamat penting yang
merangkumi aspek pendidikan, aspek pembelajaran dan aspek sosialisasi.
Dari aspek pendidikan, pelaksanaan gerak kerja ko-kurikulum di sekolah diharap
akan dapat membina dan menyuburkan sahsiah yang seimbang di kalangan murid;
memupuk nilai-nilai ahklak dan pendidikan yang diingini; memajukan kemahiran, minat
dan bakat murid; meningkatkan disiplin dan kepemimpinan diri; mengukuhkan dan
memperkayakan lagi pengetahuan dan kemahiran; menjadi asas kerjaya pada masa akan
datang dan mengisi masa lapang dengan aktiviti berfaedah dan menyeronokkan. Dari
aspek pembelajaran pula, kegiatan ko-kurikulum bertujuan untuk mewujudkan dan
mempertingkatkan suasana sekolah yang lebih menarik dan menggembirakan muridmurid. Selain itu, perhubungan antara guru dengan murid juga dapat diwujudkan.
Dari aspek sosialisasi, gerak kerja ko-kurikulum ini dilihat mampu melahir dan membentuk
murid-murid

yang

mempunyai

mempunyai

rasa

dan

semangat

tanggungjawab

kekitaan
berkhidmat

dan

kewarganegaraan

untuk

masyarakat.

serta
Secara

keseluruhannya, pihak sekolah perlu mempertingkatkan kualiti pengurusan ko-kurikulum


dan sukan dengan usaha memperkembangkan lagi potensi individu, membentuk sahsiah,
membantu pertumbuhan jiwa bermasyarakat, meningkatkan mutu disiplin para murid bagi
memperkukuhkan integrasi di kalangan mereka. Selain itu, pihak sekolah juga harus
memberi peluang secukupnya kepada murid-murid untuk menyertai pelbagai aktiviti
terancang bagi memperkembangkan minat, bakat serta kemahiran masing-masing.
4.5

Peranan FPK Kepada Guru


Aspek yang seterusnya ialah guru. Peranan guru amat penting dalam

merealisasikan FPK termasuklah FPG yang digubal untuk guru. Guru bertanggungjawab
memperkembangkan potensi murid secara menyeluruh dan bersepadu yakni insan yang
seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani.

13

Dengan pengenalan KBSR dan KBSM di negara kita, peranan guru di sekolah
juga bertambah lebih kompleks. Guru mula memainkan peranan sebagai pengajar,
pengurus, fasilitator, pembimbing, penggalak, penyelaras dan juga sebagai inovator,
iaitu..orang..yang..mendatangkan..pembaharuan. Seseorang guru menjalankan seperti
menggerakkan, mengatur dan menilai prestasi murid-murid. Sebelum memulakan satusatu pelajaran, minat murid seharusnya ditimbulkan terlebih dahulu terhadap topik yang
akan disampaikan. Proses pembelajaran berlaku dengan lebih cepat sekiranya muridmurid mempunyai minat terhadap pelajaran itu.
Oleh itu, adalah penting bagi guru menggerakkan muridnya dengan berbagaibagai cara seperti menggunakan pelbagai jenis alat bantu mengajar, mengadakan main
peranan (role playing), mengadakan simulasi dan sebagainya.
Selain itu, guru juga mengelolakan semua aktiviti yang dijalankan di dalam
sesebuah bilik darjah. Dalam aktiviti pembelajaran mesti ada langkah pertama, langkah
kedua, langkah ketiga dan seterusnya. Tiap-tiap langkah pembelajaran haruslah diatur
supaya murid-murid mendapat faedah daripada setiap aktiviti pembelajaran. Gurulah
yang menjalankan tugas mengatur setiap langkah pembelajaran. Dalam mengatur
langkah-langkah pembelajaran, guru akan merancang terlebih dahulu. Apabila membuat
sesuatu rancangan, keperluan-keperluan murid, objektif-objektif pelajaran, bahan-bahan
dan alat-alat mengajar seharusnya dipertimbangkan. Pengajaran yang dirancangkan
dengan baik akan membawa faedah yang besar kepada murid-murid.
Guru juga membimbing murid-murid supaya mereka memahami topik yang diajar.
Guru seharusnya mengaitkan tajuk yang diajar dengan pengalaman-pengalaman murid
untuk membolehkan mereka memahami konsep-konsep dengan lebih mudah lagi.
Perkataan-perkataan yang digunakan oleh guru sepatutnya mudah difahami dan
penerangannya padat serta jelas. Penggunaan alat bantu mengajar seperti carta, gambar,
perbandingan dan graf dapat menjelaskan lagi sesuatu konsep yang disampaikan. Guru
juga menolong murid-murid mengatur fakta-fakta supaya menjadi konsep yang konkrit
dan bermakna. Idea yang abstrak boleh dijadikan konkrit dengan menggunakan carta dan
alat bantu mengajar lain.
Guru perlu juga menolong murid-murid mempraktikkan dan mengulangi aktiviti
sehingga pembelajaran itu menjadi berkesan. Guru juga menilai murid-muridnya dengan
menjalankan berbagai-bagai ujian. Penilaian ini akan dapat mengesani sejauh manakah
objektif pengajaran dan pembelajaran telah tercapai.
Ringkasnya, guru memikul amanah yang amat besar untuk melahirkan insan
berilmu dan bersahsiah tinggi dan berperanan untuk merealisasikan matlamat
kenegaraan yang akan menentukan jatuh bangun bangsa dan negara di masa hadapan.

14

4.6

Peranan FPK Dalam Aspek Mendisiplinkan Pelajar


Aspek yang terakhir ialah disiplin. Sekolah sebagai agen sosialisasi utama

bertanggungjawab untuk membanteras masalah disiplin hingga ke peringkat akar umbi.


Iklim dan persekitaran sekolah yang kondusif perlu diwujudkan bagi merangsang
perkembangan murid dari aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek sejajar dengan
kemahuan FPK.
Laporan Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran telah
cuba mentakrifkan disiplin sebagai kesanggupan seseorang individu untuk menghormati
dan mematuhi undang-undang, sama ada disiplin itu dikenakan dari luar atau dengan
kerelaan sendiri; juga kesanggupan seseorang bekerja atau membuat sesuatu dengan
cukup tertib, kesanggupan menghormati hak individu lain, mengamalkan tingkah laku
hormat-menghormati di antara satu dengan lain dan mempunyai semangat tolongmenolong dan membaiki keadaan yang sedia ada menerusi usaha yang membina serta
sanggup berkhidmat untuk masyarakat.
Disiplin juga ada kaitannya dengan tatatertib, tatasusila, kesopanan dan akhlak.
Dalam konteks pendidikan, sekolah merupakan institusi yang penting dalam membentuk
disiplin murid-murid. Masalah disiplin murid akan menjejaskan tumpuan mereka terhadap
pelajaran. Masalah disiplin ini seharusnya dikawal dengan kerjasama warga sekolah iaitu
guru besar, guru disiplin, guru, pengawal keselamatan, masyarakat sekitar sekolah dan
ibu bapa. Hal ini penting bagi memastikan kelancaran proses pengajaran dan
pembelajaran di sekolah.
Pihak sekolah melalui Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) boleh menubuhkan
sebuah jawatan kuasa menangani gejala disiplin murid peringkat sekolah dengan
melantik beberapa ahli terdiri daripada kalangan mereka yang tinggal berhampiran
dengan sekolah bagi memantau disiplin murid. Pihak sekolah juga hendaklah memantau
kawasan sekolah yang terdapat masalah disiplin.
Apa yang lebih penting, murid lemah dan berdisiplin memerlukan perhatian khas
daripada pihak sekolah. Semua ini perlu dilakukan dengan bijak supaya tidak berlaku
pengasingan dan perbezaan di antara mereka dengan murid lain di sekolah.
Peranan guru bimbingan dan kaunseling penting dalam membentuk dan membina
semula sahsiah dan disiplin murid yang bermasalah. Antara tugas utama guru bimbingan
dan kaunseling ialah menjalankan bimbingan dan kaunseling dengan murid-murid yang
mempunyai masalah disiplin dengan tujuan mewujudkan tingkah laku yang diingini. Selain
itu, guru bimbingan dan kaunseling juga berfungsi untuk membina perhubungan dengan
ibu bapa / penjaga murid-murid yang mempunyai masalah disiplin, pegawai kebajikan
masyarakat atau pihak polis.

15

Disiplin yang baik membawa beberapa faedah kepada guru dan murid. Faedah-faedah
tersebut adalah seperti berikut:
a)

Pengajaran dapat dijalankan dengan licin dan teratur.

b)

Pembelajaran dapat dilaksanakan dalam suasana yang tenang serta teratur.

c)

Keberkesanan pengajaran-pembelajaran akan dapat ditingkatkan lagi.

d)

Murid-murid menjadi lebih produktif jika mereka berdisiplin.

e)

Keselamatan murid-murid dapat dijamin kerana setiap murid dapat mematuhi


peraturan-peraturan..sekolah.

f)

Kemalangan yang berlaku di makmal atau bilik darjah dapat dikurangkan.

g)

Segala tugasan dapat disiapkan dalam tempoh masa yang lebih singkat.
Masalah disiplin perlu ditangani dengan sebaik mungkin. Sesungguhnya

persekitaran sekolah yang kondusif dan selamat amat penting dalam membentuk imej
dan keyakinan diri murid ke arah kecemerlangan dan kegemilangan, selaras dengan
hasrat negara yang menekankan usaha pembentukan modal insan yang cemerlang,
gemilang dan terbilang.

5.0

CABARAN DAN HALANGAN

5.1

Pendidikan Tidak Mengikut Landasan


Bagi meletakkan kembali hala tuju pendidikan itu yang berlandaskan Falsafah

Pendidikan Kebangsaan, pelbagai cabaran yang telah dilalui. Terdapat ibu bapa yang
menghalang anak mereka melibatkan diri dalam aktiviti kokurikulum atas alasan ia akan
mengabaikan pelajaran mereka. Selain itu, guru-guru juga di minta mengadakan kelas
tambahan di luar waktu sekolah. Cabaran ini menyebabkan pelajar akan lebih
menumpukan aspek akademik dan mengabaikan aspek penting lain.

16

Selain itu guru juga lebih banyak menumpukan pencapaian akademik pelajar
daripada membantu pelajar menjadi pelajar yang baik. Guru hanya mengajar untuk
membolehkan pelajar mendapat A dalam setiap subjek tetapi guru tidak mengenalkan
ilmu yang lain seperti sahsiah, jasmani dan rohani pelajar. Pelajar ini pada masa akan
datang tidak dapat bergiat aktif apabila perkembangan mereka tidak menyeluruh. Guru
seharusnya memberi keseluruhan ilmu kepada pelajar mengikut perkembangan mereka
dan tidak terlalu mementingkan akademik semata-mata.

Guru juga tidak memainkan

peranan dalam menjayakan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Kebanyakan guru juga


tidak tahu tentang Falsafah Pendidikan Kebangsaan ini. Guru seharusnya mendidik murid
bagi menyeluruhkan perkembangan dan kebolehan mereka bagi mewujudkan modal
insan yang baik.
5.2

Cabaran Masyarakat dan keluarga


Dalam mengembalikan peranan masyarakat dalam membentuk pendidikan

yang holistik, pelbagai cabaran yang berbangkit. Antara cabarannya adalah menyedarkan
masyarakat konsep dan falsafah pendidikan yang sebenarnya. Bukan hanya mengharap
kepada guru dan pihak sekolah. Selain itu, cabaran dalam member kefahaman kepada
ibu bapa pengetahuan tentang pendidikan terutama mereka yang di luar bandar. Faktor
ekonomi kekeluargaan juga memberi cabaran dalam mengembalikan pendidikan ke
landasan yang betul. Ada ibu bapa yang meikirkan kokurikulum tidak penting kerana
membuang masa dan Ringgit Malaysia. Ada yang menghalang anak-anak bergiat di
dalam kokurikulum dan member penumpuan dalam bidang akademik sahaja. Penubuhan
pusat tuisyen pula menyebabkan pelajar tiada masa untuk aktiviti-aktiviti lain selain
penumpuan akademik. Kanak-kanak yang di peringakat prasekolah juga di beri
penekanan akademik. Hal ini adalah antara cabaran yang menyebabkan peranan
masyarakat dan keluarga tersekat bagi mengembalikan pendidikan ke landasan yang
betul.
5.3

Perkembangan Pendidikan Tinggi


Kini terlalu banyak Institut Pengajian Tinggi (IPT) di buka, dan sesiapa sahaja

boleh menyertainya. Syarat untuk memasuki IPT juga amat senang dan mudah, ini
menyebabkan pelajar melakukan tugasnya cukup-cukup sahaja. Pelajar tidak melakukan
tugasan dengan bersungguh-sungguh dan mengamalkan sikap negatif iaitu janji siap dan
janji hantar sudah dikira bagus.
Perkembangan pendidikan tinggi di Malaysia bermula sejak zaman sebelum
merdeka lagi. Cuma tempoh perkembangannya agak perlahan dan menjadi semakin

17

pesat selepas negara mencapai kemerdekaan pada tahun 1957. Ketika itu, ekonomi
Negara sudah mula pesat membangun. Untuk rekod, sebelum merdeka, hanya sebuah
sahaja pusat pengajian tinggi bertaraf universiti yang ditubuhkan oleh Inggeris, iaitu
Universiti Malaya (UM) di Singapura pada tahun 1949. Ianya merupakan hasil penaikkan
taraf Kolej Raffles yang ditubuhkan pada 1928. Oleh sebab UM terletak di Singapura, dan
hasil pengaruh politik penjajah dan rakyat Singapura , maka penduduk di Tanah Melayu
kurang mendapat manfaat daripada kewujudannya. (Kamarudin, 1989).
Setelah banyak IPT dibuka pelbagai bidang juga dibuka, ini menyebabkan
bidang- bidang yang tidak releven juga turut dibuka. Setelah pelajar mengambil bidang
yang tidak releven tersebut, ia akan menyebabkan pelajar tadi mengangur kerana tidak
ada pekerjaan yang sesuai dengan bidang tersebut, ini juga menyumbang kepada jumlah
penganguran di negara kita. Sejak dari dulu jumlah penganggur di negara kita sentiasa
meningkat dan menyebabkan kegiatan jenayah juga semakin meningkat. Pemilihan ke
IPT juga berasaskan akademik semata-mata. Pelajar pada zaman kini juga terlalu memilh
kerjaya sedangkan kerjaya tersebut diluar kemampuan mereka. Hal ini menyebabkan
ramai yang gagal dan menganggur. Selain itu ada sesetengah pelajar yang mengambil
bidang dimana mengikut kehendak ibu bapa, ini juga menyebabkan pelajar belajar
dengan tekanan dan akhirnya terpaksa diberhentikan.
Masalah siswazah menganggur merupakan suatu isu yang memberi cabaran
besar terhadap perkembangan pendidikan tinggi negara semasa. Walaupun jumlah
mereka yang menganggur tidak dapat dipastikan secara mutlak, namun anggaran tidak
rasmi menunjukkan jumlahnya mencecah seramai 60 ribu orang atau merupakan 11
peratus daripada jumlah yang menganggur (MTEN 2001, Ishak Yussof et al.2004, Zulkifly
Othman & Ishak Yussof 2005, Utusan Malaysia 2005a, Utusan Malaysia 2005b). Ada
pandangan mengaitkan isu siswazah menganggur dengan masalah kemelesetan
ekonomi yang berlaku. Ekonomi yang tidak stabil menyebabkan ramai siswazah yang
menganggur. Pembiayaan pendidikan juga merupakan isu. Disebabkan kosnya yang
terlalu tinggi, tidak semua mampu membiayainya. Kemudahan pinjaman pendidikan untuk
membiayai pinjaman di IPTS juga amat terhad, dan jika diperolehi, ia terlalu
membebankan bagi keluarga yang berpendapatan rendah. Keadaan ini jika dibiarkan
berlarutan boleh menyebabkan sebahagian daripada penduduk negara ini terus tersisih
daripada peluang untuk mendapatkan pendidikan di peringkat tinggi, terutama dalam
bidang-bidang kritikal tertentu (Ishak Yussof & Mohd Yusof Kasim 2006). Kesannya dapat
dilihat dalam jurang perbezaan pendidikan dan pendapatan antara penduduk terus kekal.
5.4

Cabaran Masyarakat Luar Bandar

18

Menurut Ungku Abdul Aziz 1964, Chamhuri Siwar dan Mohd. Haflah Piei,1988,
masyarakat luar bandar adalah terdiri daripada mereka yang hidup dalam keadaan miskin
dan serba kekurangan. Kemiskinan ini disebabkan oleh beberapa faktor, umpamanya
tahap pendidikan yang rendah, ketiadaan kemahiran dalam pekerjaan, dan dipengaruhi
oleh faktor keturunan (Agesa, 2004;Yuji Tamura, 2003;Downs, 1970;Nurizan Yahaya,
1998). Faktor ini menyebabkan masyarakat luar bandar sering menghadapi masalah
dalam pelbagai perkara sehingga menyebabkan mereka berterusan berada dalam
keadaan miskin. Oleh itu, mereka perlu dibantu bagi memperbaiki taraf hidup dan
pendidikan generasi akan datang.
Walaupun kemajuan pendidikan di Malaysia semakin berkembang pesat,
pendidikan orang Melayu terutama di kawasan luar bandar masih kurang memuaskan.
Kemunduran pendidikan orang Melayu telah menjejaskan dan melambatkan peningkatan
taraf sosio ekonomi yang dapat membantu mengurangkan masalah pembaziran
reproduktif (Moha Asri Hj. Abdullah, 1997:172). Sebagai contoh, Watson (1982:88)
mengatakan sistem pendidikan di Malaysia dipengaruhi oleh pengaruh British contohnya
dalam aspek pentadbiran, struktur dan kurikulum serta peperiksaan. Keadaan ini telah
menyebabkan

wujudnya

pengagihan

etnik,

pengagihan

kelas

dan

berlakunya

ketaksamaan dalam sesebuah wilayah dan negeri. Perbezaan kaum dan kelas ini telah
mewujudkan jurang khasnya dalam kalangan bangsa Melayu sendiri (Abdul Rahim Abdul
Rashid, 2002:36). Hal ini telah memberi gambaran yang tepat bahawa kewujudan
ketaksamaan daripada pelbagai aspek telah berlaku sejak waktu dahulu lagi dan masih
berterusan hingga ke hari ini. Apa yang dibimbangkan adalah golongan terlibat
merupakan golongan yang terdiri daripada masyarakat Melayu yang umumnya tinggal di
kawasan luar bandar.
Tahap pendidikan masyarakat luar bandar juga rendah (Buarque et al.,
2006:225). Oleh hal yang demikian, masyarakat luar bandar lebih menumpukan
pekerjaan dalam sektor tradisional sahaja. Tahap pendidikan yang rendah dan
kekurangan kemahiran menyebabkan masyarakat luar bandar berhadapan dengan
masalah kurang daya saing dalam sektor pekerjaan serta sukar mendapatkan pekerjaan
yang menjanjikan pendapatan yang lumayan (Nhamo dan Nhamo, 2006:312).
Masyarakat luar bandar sering berhadapan dengan masalah ketiadaan sumber
bantuan dan kebajikan dari pihak yang terlibat. Pada hakikatnya, golongan ini menerima
bantuan daripada pihak tertentu. Namun, ada juga kes yang melibatkan saluran bantuan
tidak dapat diterima oleh golongan ini disebabkan oleh faktor seperti keciciran, sumber
bantuan yang tidak bersesuaian, serta kurang mendapat pembelaan daripada pihak-pihak
tertentu. Walaupun sememangnya terdapat sumber bantuan atau kebajikan daripada
badan-badan kerajaan ataupun badan-badan bukan kerajaan (NGO) samada berbentuk

19

kewangan, kemudahan asas, dan infrastruktur, namun ia dikatakan kurang berkesan


kerana tidak sampai kepada masyarakat luar bandar (Mohd. Zaini Omar, 2002).
5.5

Cabaran Kualiti Tenaga Pengajar


Tenaga pengajar profesional ialah wujudnya himpunan ilmu mengenai

profesion itu sendiri, anggota profesion mestilah menguasai dan menghayati himpunan
ilmu tersebut, mempunyai himpunan kemahiran dan kecekapan yang unik kepada
profesion itu sahaja dan kepercayan serta keyakinan terhadap matlamat profesion iaitu
pendidikan dan bukannya pengajaran semata. Adakah guru pada hari ini mempunyai ciriciri seperti ini? Isu yang ingin dibangkitkan ialah tenaga pengajar pada hari ini yang
kurang berkualiti dan tidak mengikut perkembangan keperluan semasa. Selain itu guru
pada masa kini juga tidak mengambil berat tentang matlamat dan landasan pendidikan
Negara.
Cabaran profesion keguruan pada hari ini ialah bilangan guru yang semakin
ramai tetapi tidak berkualiti. Kebanyakan penghasilan guru yang tidak berkualiti ini
memilih profesion perguruan sebagai pilihan yang terakhir. Kebanyakan mereka
mengambil Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah (DPLI) di IPTA dan Kursus Perguruan
Lepasan Ijazah (KPLI) di maktab perguruan. Selain itu, pelajar-pelajar yang memilih
bidang pendidikan menganggap pendidikan adalah salah satu cara untuk mereka
mendapatkan pekerjaan dengan cara yang mudah apabila bergelar graduan kelak. Sikap
ambil mudah inilah yang menyebabkan guru-guru yang dihasilkan tidak berkualiti. Guru
hanya memainkan peranan untuk mengajar sahaja bagai melepaskan batuk di tangga.
Guru diibaratkan sebagai melepaskan tanggungjawabnya sebagai guru iaitu masuk ke
kelas dan mengajar. Hal ini mnyebabkan kerajaan tidak dapat mencapai matlamat
pendidikan yang sebenarnya.
Jumlah guru wanita yang terlalu ramai kadangkala boleh menimbulkan
beberapa masalah. Pertama, pelajar-pelajar lelaki tidak mendapat pendedahan yang
secukupnya untuk melakukan aktiviti-aktiviti luar kelas yang mana kebanyakkannya guru
wanita tidak tahan lasak, tidak berkebolehan untuk memimpin permainan-permainan
tertentu seperti ragbi, bola sepak, sepak takraw dan lain-lain. Kedua, sesetengah guru
wanita merungut bila dibebankan dengan matapelajaran di luar bidang dan kesanggupan
mereka. Ketiga, apabila guru-guru bercuti panjang kerana bersalin kemungkinan pelajarpelajarnya akan mengalami risiko ketinggalan kelas. Ada juga guru wanita tidak suka
menglibatkan diri dalam aktiviti padang mereka lebih menumpukan aktiviti di dalam kelas.
Hal ini, akan menyebabkan pelajar tidak memenuhi aspek jasmani, emosi, rohani dan
intelek.

20

Cabaran lain ialah pelbagai kelayakan. Hal ini bermaksud guru pada peringkat
sekolah rendah juga mempunyai pelbagai kelayakan seperti peringkat sijil, diploma
termasuk ijazah. Guru yang mempunyai kelayakan yang lebih tinggi memberi pelbagai
cabaran kepada guru yang mempunyai kelayakan yang lebih rendah. Guru yang
mempunyai kelayakan rendah akan berasa dipinggirkan apabila terdapat guru yang
mempunyai kelayakan yang lebih tinggi. Hal ini, menyebabkan guru tidak menjalankan
tugas dengan baik dan menyimpang dari matlamat pendidikan sebenarnya.
6.0

CADANGAN PEMANTAPAN

6.1

Peranan Masyarakat dan keluarga


PLKN merupakan alternatif lain dalam menghadapi cabaran-cabaran yang

berbangkit. Modul dalam PLKN menyeluruh dan holistik bagi membentuk remaja yang
sempurna dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. Masyarakat dapat melihat
kepentingan aktiviti luar kelas setelah PLKN diperkenalkan. Selain itu, media massa juga
memainkan peranan yang penting dalam memperkenalkan konsep PLKN kepada
masyarakat.
Kempen-kempen kerajaan seperti bulan membaca juga baik dan dapat membantu
dalam menyampaikan maksud dan konsep pendidikan sebenarnya kepada ibu bapa.
Selain itu iklan di kaca televisyen juga dapat membantu menerangkan pendidikan yang
seimbang.
Pihak sekolah juga harus memainkan peranan dalam menyampaikan maklumat
kepada ibu bapa. Guru merupakan orang tengah dalam pendidikan. Hubungan langsung
antara ibu bapa dan guru akan member kesan yang baik kepada pelajar. Dengan adanya
hari terbuka sekolah, hari ibu bapa dan hari persembahan, ibu bapa dapat meluangkan
masa untuk melihat perkembangan pendidikan anak-anaknya. Seperti yang di amalkan di
dalam pendidikan barat mengenai kepentingan perhubungan ibu bapa dengan pihak
sekolah. Cara ini dapat membantu ibu bapa faham mengenai konsep dalam pendidikan.
6.2

Pendekatan Pendidikan Tinggi Negara


Setiap tahun kerajaan membelanjakan sekurang-kurangnya RM15 bilion untuk

perbelanjaan mengurus dan membangun keseluruhan IPTA (Jabatan Akauntan Negara


2006). Kebanyakan IPTA menerima 90 peratus daripada peruntukan perbelanjaan
mereka daripada kerajaan. Dengan ini masyarakat boleh memperolehi pendidikan tinggi
daripada sektor awam jauh lebih murah berbanding dengan IPTS. Namun begitu, tidak
semua mereka dapat meneruskan pengajian mereka di IPTA kerana tempat yang
disediakan agak terhad.

Pelaksanaan dasar meritokrasi menyebabkan mereka yang

21

kurang cemerlang terpaksa memilih untuk melanjutkan pengajian masing-masing, dan


bagi yang kurang mampu kerana yuran pengajian terlalu tinggi, maka terpaksalah
melupakan hasrat mereka untuk melanjutkan pengajian.
Untuk membendung gejala ini kerajaan perlu membuka lebih banyak pekerjaan
yang boleh membantu negara. Pengambilan pelajar ke IPT juga perlu dititik beratkan dari
segi akademik dan kokurikulum. Ini akan membantu pelajar seimbang, tidak hanya fokus
pada pembelajaran. Di bawah RMK-9, pendidikan tinggi negara dijangka terus
berkembang pesat menawarkan bidang pengajian di pelbagai peringkat. Di samping itu,
kerajaan juga mengambil langkah untuk menjadikan negara ini sebagai pusat
kecemerlangan ilmu peringkat tinggi di rantau. Ini dilakukan melalui usaha menarik lebih
ramai pelajar asing belajar di sini dan proses ini sekaligus dijangka turut memberi kesan
yang besar terhadap perkembangan pendidikan tinggi di Malaysia. Ini tidak bererti
kesemuanya akan berjalan lancar seperti yang dirancang. Sebaliknya, pelbagai cabaran
menanti dan bakal mendepani sistem pendidikan negara ini pada masa hadapan yang
memerlukan perhatian setiap pihak berkenaan.
6.3

Pendekatan Kemudahan Dan Bantuan


Masalah pendidikan dapat diatasi sekiranya golongan luar bandar diberi

kemudahan dan bantuan. Menyedari keperluan ini, kerajaan telah mempelbagaikan


langkah dan usaha bagi membantu masyarakat luar bandar keluar dari kepompong
kemiskinan melalui pendidikan. Contohnya, bagi memastikan perbelanjaan pendidikan
mencukupi, kerajaan telah menambahkan peruntukan kewangan kepada kira-kira
400,000 murid miskin seluruh negara dengan menambah RM20 menjadikan jumlahnya
RM50 sebulan menerusi skim bantuan Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin
(KWAPM), mulai tahun 2007 (Malaysia, 2006b:342). Langkah ini merupakan salah satu
cara mengurangkan beban keluarga dalam aspek perbelanjaan pendidikan bagi
masyarakat luar bandar.
Sasaran menghapuskan kemiskinan terutama kemiskinan tegar menjelang 2010
menjadi antara agenda utama Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9). Salah satu
strategi

yang

digariskan

adalah

melalui

pencapaian

pendidikan

yang

tinggi.

Perkembangan positif ini jelas digambarkan melalui perangkaan pendidikan yang


memberi maklumat penting dalam menilai kemajuan sektor pendidikan negara.
Perangkaan ini juga memberi input asas kepada pihak penggubal dasar untuk merancang
sekaligus menentukan perkembangan dan hala tuju pendidikan negara (Abdul Rahim
Abdul Rashid, 2002:15). Oleh sebab itu, langkah dan usaha bagi memantapkan
pendidikan sebagai teras pembangunan insan terus dipantau dan dinilai supaya sistem

22

pendidikan negara mencapai kualiti yang telah disasarkan serta mampu mengatasi
masalah kemiskinan.
6.4

Pendekatan Pengetahuan Teknikal


Menurut Lasley, 1990 guru hendaklah memiliki pengetahuan teknikal tertentu

contohnya ICT. Apabila pelajar bertanyakan kepada guru mengenai ICT, guru tidak akan
berasa kekok untuk menjawabnya kerana telah biasa mendalami ilmu teknikal tersebut.
Guru juga perlu mengaplikasikan pengetahuan teknikal dalam situasi sebenar.
Contohnya, dalam memberi kerja rumah kepada pelajar, apa salahnya sesekali guru
melatih pelajar menghantar tugasan dengan menggunakan e-mel. Selain itu, pelajar juga
boleh bertukar-tukar pendapat dengan guru dengan menggunakan e-mel atau pun laman
web sosial yang semakin popular sekarang iaitu facebook, friendster, myspace, tagged,
yahoo messenger dan sebagainya. Penggunaan sistem ini yang semakin meluas tidaklah
dikatakan membuang masa remaja, tetapi dapat memberi manfaat kepada guru itu sendiri
malahan pelajar lebih-lebih lagi yang ingin sentiasa melakukan kerja mudah. Guru juga
mesti mencerminkan mereka sebagai insan yang berilmu. Guru harus memberi nasihat
yang berguna kepada pelajar dan memberi tunjuk ajar yang sempurna kepada mereka.
Apabila terdapat pelajar yang tidak memahami pelajaran, guru haruslah memberikan
penerangan yang sejelas-jelasnya mengenai hal tersebut. Pendekatan ini juga tidak
menghadkan hubungan guru dengan pelajar. Perhubungan ini dapat membantu pelajar
dalam aspek sosial dan emosinya.

7.0

PENUTUP
Setiap masalah pasti ada penyelesaianyang yang bersesuaian, bagi isu dan

cabaran yang wujud pasti ada pendekatan yang bersesuaian, sebagai pihak berwajib
pendekatan yang diambil haruslah munasabah, holistik dan diterima oleh semua.
Pendekatan yang munasabah bermaksud pendekatan yang bersesuaian dan selaras
dengan masa terkini, pendekatan tersebut perlulah adil bagi semua orang dan tidak
terlalu kolot. Pendekatan yang holistik adalah pendekatan dari pelbagai aspek seperti
pembangunan

ilmu,

kemahiran,

modal

intelektual

dalam

sains,

teknologi

dan

keusahawanan. Semua pendekatan juga harus meliputi dari aspek jasmani, emosi, rohani

23

dan intelek. Pendekataan yang boleh diterima oleh semua adalah pendekataan yang
dicipta tidak bersifat berat sebelah dan tidak menyusahkan sesiapa jika di laksanakan.
Seperti kata-kata bekas Perdana Menteri Malaysia Tun Abdullah Bin Haji Ahmad Badawi;
Pendekatan yang diambil hendaklah holistik dan penekanan perlu diberi kepada
pembangunan ilmu, kemahiran, modal intelektual dalam sains, teknologi dan
keusahawanan. Pada masa sama, kita hendaklah membangunkan satu budaya progresif
di kalangan masyarakat dengan nilai moral dan etika yang tinggi.
Pendekatan yang berkesan akan melahirkan warganegara Malaysia yang
berilmu

pengetahuan,

berketrampilan,

berakhlak

mulia,

bertanggungjawab

dan

berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan keharmonian dan


kemakmuran

keluarga, masyarakat dan negara. Ini seiring dengan matlamat negara

untuk membentuk modal insan kelas pertama. Dengan adanya modal insan kelas
pertama, ini akan membentuk negara yang maju dan membangun dengan berjaya.
Pendekatan yang berkesan juga akan mengembangkan lagi potensi individu secara
menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari
segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada
Tuhan. Generasi terkini adalah pemangkin negara pada masa depan, jika generasi
sekarang bersahsiah tinggi maka negara pada masa depan akan maju dan berjaya.
Seperti kata Yusof Al Qaradhawi;
Apabila kita hendak melihat wajah negara pada masa hadapan, lihatlah generasi
mudanya pada hari ini, sekiranya golongan muda pada hari ini adalah dari kalangan yang
berakhlak dan berhemah tinggi, tentunya negara kita akan datang adalah sebuah negara
yang aman dan makmur tetapi jika keadaan sebaliknya maka bersedialah untuk
berhadapan dengan kemungkinan buruk yang akan berlaku.
8.0

RUJUKAN

Mohd Syariefudin Abdullah,Muhamad Kamal Kamaruddin & Ahmad Sohaimi Lazim.(2009)


kenegaraan dan ketamadunan . Selangor: Oxford, Fajar Sdn Bhd
Kementerian Pendidikan Malaysia, 1983. Kurikulum Baru Sekolah Rendah
Buku Panduan Am. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

24

Kementerian Pendidikan Malaysia, 1990. Pukal Latihan Kurikulum Bersepadu Sekolah


Menengah Falsafah Pendidikan Negara. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.
Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia 2001. Falsafah
Pendidikan Kebangsaan, Matlamat dan Misi Kementerian Pendidikan Malaysia.
Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia.
Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia 2003. Sukatan
Pelajaran Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah Bahasa Melayu. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.
Siti Masayu Rosliah (2008)

peluang dan cabaran masyarakat luar bandar. Jurnal

Pendidik dan Pendidikan.. m.s. 40-62.


Ruslan Zainuddin (2004) Nota Lengkap STPM:Sejarah Malaysia (Edisi Kedua).
Selangor:Oxford, Fajar Sdn Bhd
Zulkifly Osman, Ishak Yussof & Zainizam Zakariya (2006) hala tuju dan cabaran
pendidikan tinggi Negara di bawah rancangan Malaysia Ke-9.m.s.165-169
http://www.scribd.com/doc/25537216/Pembangunan-Modal-Insan-Penjana-Wawasan
2020. Diperoleh pada 25 April 2013
http://www.scribd.com/doc/2674818/sejarah-perkembangan-pendidikan-di-malaysia.
Diperoleh pada 25 April 2013
http://mymalaysiainfo.com/education/index.htm. Diperoleh pada 25 April 2013

25

LAMPIRAN

26

Anda mungkin juga menyukai