Anda di halaman 1dari 20

FALSAFAH DAN ISU SEMASA

(MPU3132)
BAB 1-PENGENALAN FALSAFAH
(MINGGU 2 20/8 -26/8/2023)

OLEH:
AL USTAZ DR JAZMI BIN MD ISA
PENYELARAS SUBJEK FALSAFAH DAN ISU SEMASA
MPU3132
DEFINISI FALSAFAH

• Terminologi falsafah yang dicipta oleh Pythagoras


berasal dari dua perkataan iaitu philo dan sophia.
Philo bermaksud 'cinta dan suka' manakala sophia
bermaksud 'hikmah (wisdom)'. Gabungan dua
perkataan ini, menjadikan falsafah bermaksud
'sukakan hikmah/cintakan hikmah'.
DARI MAKNA ETIMOLOGI TELAH LALU, DUA PERKARA
MENARIK PERHATIAN:-
1. Pertama, kemungkinan mencintai sesuatu walaupun tidak memilikinya. Cinta
yang cuba dihurai disini bermaksud keinginan atau ingin memiliki. Ia tidak
menjadi syarat bahawa seseorang itu mesti memilikinya. Dengan kata lain,
seorang ahli falsafah merupakan individu yang mengejar dan mencari hikmah
(wisdom) walaupun tidak berjaya memilikinya.
2. Kedua, hikmah digunakan dalam konteks aktiviti keintelektualan dalam
sebarang bidang keilmuan, pemahaman, pengamalan moral, percambahan
sudut pandangan dan sikap yang membawa kebahagiaan. Ini bermaksud,
hikmah merupakan suatu perkara yang membantu seseorang itu memahami
ilmu dengan lebih mendalam sehingga ia benar-benar merasakan
ketenangan.
KEPENTINGAN FALSAFAH
Mempelajari falsafah, seseorang mampu untuk:
- Mengetahui kebaikan dan keburukan sesebuah idea pemikiran yang
disampaikan.
- Dapat mengelak diri dari kejahilan dan berdiri di atas kebenaran.
Seseorang itu perlu berfikir secara falsafah untuk merangsang
pemikiran secara kritikal.
- Selain itu, seseorang itu juga dapat menyelesaikan masalah dengan
baik apabila mempelajari ilmu falsafah.
- Ilmu falsafah dapat membuatkan seseorang itu membantu dalam
menghadapi situasi yang memerlukan proses membuat keputusan
dalam kehidupan seharian.
- Dapat menyiasat kebenaran, tujuan, realiti dan minda manusia.
TUJUAN FALSAFAH
- Tujuan falsafah ialah untuk mencari serta membuktikan
kebenaran dan memberi hala tuju atau pedoman
terhadap perkara-perkara yang penting dalam
kehidupan.
- Ringkasnya, perkataan falsafah boleh difahami sebagai
pemikiran atau pandangan yang benar, rasional dan
bernas. Pemikiran atau pandangan ini dihasilkan dari
usaha kajian ahli falsafah dengan cara yang saintifik,
sistematik dan logik.
ZAMAN PERKEMBANGAN FALSAFAH

Tokoh Falsafah Islam


• · Ibnu Rushd (520-595 Hijrah)
• · Al- Ghazali (1058-1111 Hijrah)
• · Ibnu Khaldun (1332-1406 Hijrah)
• · Al-Farabi (870 ± 950 AD)
Tokoh Falsafah Barat
• · Socrates (470-399 sm)
• · Plato (427-347)
• · Aristotle (384- 322)
Tokoh Falsafah Timur
• · Confucius (551-479)
• · Rabindranath tagore (1861- 1941)
PERBEZAAN FALSAFAH ISLAM DAN BARAT

Falsafah Islam
- Proses pendidikan merupakan penyatuan semua ilmu
pengetahuan di bawah al Quran yang menjadi teras
dalam bidang pendidikan.
- Pendidikan pula memainkan peranan penting ke arah
mewujudkan kesimbangan antara potensi fizikal,
intelek dan rohani manusia.
Falsafah Barat
- Ciri-ciri semulajadi manusia bersifat sejagat.
- Bersifat praktikal dan pragmatik.
- Menumpukan perkara-perkara asas sahaja.
Falsafah Timur
- Pendidikan membolehkan seseorang untuk
mencapai kebijaksanaan, mengekalkan
struktur kekeluargaan.
- Peranan guru sebagai penyampai ilmu dan
mengajar cara cara hidup yang baik dan
betul.
Matlamat Falsafah Islam
- Membentuk dan memperkembangkan insan
supaya menjadi muslim yang berilmu, beriman,
beramal soleh dan berperibadi mulia ke arah
melengkapkan diri serta bertanggungjawab
sebagai hamba dan khalifah Allah S.W.T yang
bertaqwa.
- Melahirkan insan yang taat kepada Allah S.W.T.,
hidup dalam masyarakat dengan harmoni, aman
dan damai.
Matlamat Falsafah Barat
- Mengajar ilmu dan budaya yang bersifat asas
sahaja.
- Mengasaskan corak budaya baru.
- Menghasilkan individu yang berkebolehan
serta bermoral tinggi.
Matlamat Falsafah Timur
- Menghasilkan individu yang bersedia
menghadapi perubahan dalam kehidupan
seharian.
- Menghasilkan individu menyeluruh dengan
interaksi & integrasi.
KEPENTINGAN RUKUN NEGARA
1. Sebagai ideologi kebangsaan
• Dengan pelbagai perbezaan di antara masyarakat yang tinggal di
Malaysia, sebuah ideologi kebangsaan diperlukan supaya dapat
menyatukan pemikiran dan melahirkan semangat cinta akan negara.
2. Mewujudkan perpaduan kaum.
• Setiap warganegara perlu mendukung cita-cita dalam membentuk
satu negara yang bersatu tanpa mengira perbezaan kaum dan
kepercayaan masing-masing. Sikap hormat-menghormati harus
diamalkan dalam masyarakat.
3. Memelihara cara hidup demokratik.
• Seperti yang terkandung dalam perlembagaan negara yang
menjamin kebebasan hak asasi warganegara asalkan tidak melanggar
undang-undang negara serta batasan agama.
4. Keadilan menjadi tunjang.
• Setiap anggota masyarakat mempunyai peluang dan ruang yang sama
untuk menikmati perolehan dan kekayaan negara. Begitu juga dengan
hukuman yang sama rata terhadap pelaku jenayah yang melanggar
undang-undang negara.
5. Membentuk sikap liberal dalam masyarakat.
• Rakyat Malaysia bebas mengamalkan agama, adat resam serta
kebudayaan masing-masing selari dengan matlamat perpaduan
negara. Justeru, kita perlu mempelajari agama, adat resam dan
kebudayaan yang dimiliki supaya dapat memahami dan menghormati
antara satu sama lain.
6. Membina masyarakat progresif.
• Demi mengecapi kemajuan sejagat dan bersaing di peringkat global,
masyarakat perlu bersikap terbuka dan meraikan perbezaan untuk
berjaya. Dengan keperibadian yang utuh serta nilai-nilai pekerti yang
baik, masyarakat pasti dapat menghasilkan kejayaan-kejayaan untuk
negara.
FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN
Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke
arah lebih memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh
dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan
harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani, berdasarkan
kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi
melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan,
berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan
berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri, serta memberi
sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga,
masyarakat dan negara.
HUBUNGKAIT FALSAFAH ISLAM DAN BARAT DENGAN
RUKUN NEGARA DAN FALSAFAH PENDIDIKAN
KEBANGSAAN
Teori
Falsafah barat bermaksud mencintai dan hikmah. Falsafah Barat juga
menganggap falsafah sebagai suatu ilmu fizikal, tujuan kehidupan
manusia dan hubungannya dengan alam. Manakala falsafah Islam ialah
mengenai hakikat sesuatu (hakikat ketuhanan) yang berada dalam
kemampuan manusia untuk mendapat dan mengenalinya. Pandangan
timur: seorang manusia yang memiliki satu garis panduan tingkahlaku
berdasarkan nilai-nilai abstrak.
Pembinaan
• Falsafah Islam tidak boleh dipisahkan dari dua sumber berautoriti iaitu al Quran dan Sunnah
nabi saw.
• Ini bermakna apa sahaja bidang dan cabang falsafah yang dibincangkan tidak sewajarnya
bercanggah dengan prinsip prinsip Islam yang telah tertera dalam al Quran dan as Sunnah.
• Oleh kerana itulah rukun negara yang dibina merupakan sebuah ideologi yang telah menjadi
teras panduan dan gagasan kebangsaan Malaysia yang berterasakan kepercayaan kepada tuhan
yang membawa maksud percaya kepada Allah.
• Rukun negara ini telah dibentuk pada 31 Ogos 1970 oleh Majlis Gerakan Negara iaitu
setahun selepas berlakunya tragedi 13 Mei 1969 yang telah menghancurkan perpaduan dan
ketenteraman di dalam negara.
• Manakala falsafah Pendidikan kebangsaan merupakan dasar pendidikan yang telah
dilaksanakan di Malaysia.
• Berdasarkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, setiap aktiviti pendidikan diadakan bagi
mencapai intipati utama dalam FPK iaitu melahirkan insan seimbang dari
segi Jasmani , Emosi , Rohani ,Intelektual dan Sosial. Falsafah ini digubal pada 1988 oleh pakar-
pakar Pendidikan.
Kesan dan Peranan
Rukun negara telah berperanan dalam memupuk semangat
bersefahaman dan bersepakat. Rukun negara juga dapat membina
masyarakat yang harmoni dan jujur supaya kesejahteraan negara
dapat dinikmati bersama-sama. Prinsip rukun negara sebenarnya
mempunyai hubungan rapat antara satu sama lain. Kepercayaan
kepada tuhan bermaksud bahawa kepercayaan beragama dapat
mengeratkan ikatan semua bangsa seterusnya melicinkan
perlembagaan negara kerana rakyatnya mempunyai kestabilan hidup.

Anda mungkin juga menyukai