Anda di halaman 1dari 12

PERSEMBAHAN KEBUDAYAAN

LAGU-LAGU GENDANG SENI BAKU NEGERI PAHANG


Ia sering dimainkan bersama paluan gendang Pahang, senarai lagu warisan gendang Pahang
yang terkenal.
• Raja Berangkat
• Gendang Perang Pahang Sama Deras
• Sama satu
• Sama Dua
• Lenggang Janda / Janda Numbok
• Tupai Mengendap
• Timbang Bangkung
• Kambing Berlaga
• Bujang Hilir
• Raja Masuk Kuala
• Siamang Berjangkit
• Sendayong

SILAT LELAH SEMBAH DIRAJA PAHANG

Setiap persilatan Melayu biasanya mempunyai pembuka langkah yang dipanggil lela sembah
atau salam perguruan atau sebagainya. Ganjil jika sesuatu persilatan Melayu tiada pembuka
langkah sembah lebih-lebih persilatan tersebut mengakui silatnya benar-benar silat melayu yang
berasal pula dari istana kesultanan Melayu.

Lela sembah adalah gerak langkah yang mempunyai cerita dan rahsia yang hanya dipelajari dan
diketahui oleh ahli persilatan berkenaan walaupun pergerakkannya hampir serupa dengan
langkah sembah persilatan lain. Pelbagai rahsia yang tersimpan dalam setiap gerak tari setiap
langkah sembah sesuatu persilatan yang dapat dihuraikan. Hayatilah lela dan langkah sembah
setiap persilatan kerana disitulah adanya rahsia persilatan itu

TARIAN PIRING

Tari Piring atau dalam bahasa Minangkabau disebut dengan Tari Piriang adalah salah satu
seni tari tradisional di Minangkabau yang berasal dari kota Solok, provinsi Sumatera Barat.
Tarian ini dimainkan dengan menggunakan piring sebagai media utama.[1] Piring-piring tersebut
kemudian diayun dengan gerakan-gerakan cepat yang teratur, tanpa terlepas dari
genggaman tangan[2]. Tari Piring merupakan sebuah simbol masyarakat Minangkabau. Di dalam
tari piring gerak dasarnya terdiri daripada langkah-langkah Silat Minangkabau atau Silek

SEJARAH

Pada awalnya, tari ini merupakan ritual ucapan rasa syukur masyarakat setempat kepada dewa-
dewa setelah mendapatkan hasil panen yang melimpah ruah. Ritual dilakukan dengan
membawa sesaji dalam bentuk makanan yang kemudian diletakkan di dalam piring sembari
melangkah dengan gerakan yang dinamis[4].
Setelah masuknya agama Islam ke Minangkabau, tradisi tari piring tidak lagi digunakan sebagai
ritual ucapan rasa syukur kepada dewa-dewa[5]. Akan tetapi, tari tersebut digunakan sebagai
sarana hiburan bagi masyarakat banyak yang ditampilkan pada acara-acara keramaian.

GERAKAN

Gerakan tari piring pada umumnya adalah meletakkan dua buah piring di atas dua
telapak tangan yang kemudian diayun dan diikuti oleh gerakan-gerakan tari yang cepat, dan
diselingi dentingan piring atau dentingan dua cincin di jari penari terhadap piring yang
dibawanya. Pada akhir tarian, biasanya piring-piring yang dibawakan oleh para penari
dilemparkan ke lantai dan kemudian para penari akan menari di atas pecahan-
pecahan piring tersebut[6].
Tarian ini diiringi oleh alat musik Talempong dan Saluang. Jumlah penari biasanya berjumlah
ganjil yang terdiri dari tiga sampai tujuh orang. Kombinasi musik yang cepat dengan gerak penari
yang begitu lincah membuat pesona Tari Piring begitu menakjubkan. Pakaian yang digunakan
para penaripun haruslah pakaian yang cerah, dengan nuansa warna merah dan kuning
keemasan.

MAKANAN TRADISIONAL PAHANG

Pastinya di setiap Negeri ada makanan tradisinya. Kalau di Pahang ini pasti ada makanan
tradisinya yang tersendiri. Namun mungkin makanan yang tertera dibawah ini lebih popular
disekitar kawasan Pahang Barat Jerantut, Kuala Lipis, Temerloh, Raub dan kawasan
sekitarnya atau kawasan tengah Negeri Pahang. Walaupun mungkin terdapat juga didaerah
lainnya. Pastinya menu masakan tradisi ini sememang amat sedap bagi pengemarnya.
Gulai Masam / Tempoyak ikan patin / Sebarang jenis ikan air tawar Sungai Pahang.

Gulai asam rom ikan kenerak atau sebarang jenis ikan air tawar Sungai Pahang

Sambal Rom Getah / Rom Buah Perah + Pucuk Betik


Sambal Hitam / Sambal Belimbing Rebus

Sambal Tempoyak Masak Petai


Sambal tempoyak mentah @ Sambal Colek Durian + Petai, Jering dll

Gulai Lemak Kulat Sisir / Cendawan Sisir

Gulai Lemak Siput Sedut Sungai


Gulai Keladi Kemahang

Pais Ikan Tempoyak Ikan Patin/ Talapia dan lain-lain.


Sambal Tempoyak Jering Semai

PENGANGKUTAN
Rangkaian pengangkutan di Pahang adalah sangat komprehensif dengan pelbagai bentuk
pengangkutan menghubungkan negeri tersebut dengan negeri-negeri lain dan juga tempat-tempat
lain di seluruh dunia. Rangkaian perhubungan udara, laut dan daratnya memudahkan pelabur dan
pelawat untuk bergerak dan mengangkut barangan dengan efisien.

Pahang mempunyai hubungan udara antarabangsa dan dalam negeri melalui Lapangan Terbang
Antarabangsa Sultan Ahmad Shah yang terletak lebih kurang 15 kilometer dari bandar Kuantan.
Manakala, pelabuhan Kuantan menghubungkan laluan laut utama perkapalan dunia,
menghubungkan benua Pasifik, Timur Jauh, Eropah dan rantau Asia. Negeri ini juga memiliki
sistem pengangkutan yang efektif dan bagus yang disediakan melalui bas, teksi dan kereta api.

Bas: Terminal Sentral Kuantan (TSK) yang terletak di Bandar Indera Mahkota, Kuantan telah
dibuka pada 1 Ogos 2013 bagi menggantikan Terminal Makmur yang dahulunya terletak di tengah
pusat bandar bersebelahan dengan Stadium Darul Makmur.

TSK yang lebih luas mampu menampung kapasiti 40 buah bas ekspres, 365 ruang tempat letak
kereta dan 176 motosikal dalam satu masa. Ia adalah terminal pengangkutan awam yang
terbesar di Pantai Timur Semenanjung Malaysia.

TSK terletak kira-kira 7km dari pusat bandar. Anda boleh mengambil teksi atau
bas RapidKuantan untuk sampai ke TSK.

Teksi: Anda boleh mendapatkan teksi dengan mudah di mana-mana tempat di Kuantan
yang boleh membawa anda ke mana sahaja walaupun ke negeri lain! Teksi berkumpul di Terminal
Bas Kompleks Makmur.

Beberapa perkara yang anda perlu tahu:

 Pemandu teksi di sini tidak selalunya mengikut meter dan adalah lebih elok jika anda
berbincang mengenai harga tambang sebelum menaiki teksi.
 Tambang teksi dari lapangan terbang ke bandar Kuantan adalah lebih kurang RM20.
Perjalanan dengan teksi di sekitar kawasan tersebut adalah kurang daripada RM10.
Kereta sewa
Anda boleh menyewa kereta dari pengusaha yang terletak berdekatan dengan bandar tetapi
kebanyakannya bertumpu di Lapangan Terbang Sultan Ahmad Shah. Ini adalah pilihan yang
terbaik jika anda bercadang untuk berjalan di sekitar bandar Kuantan. Anda boleh membuat
pilihan dari kereta kecil ke kereta yang besar dengan harga yang berpatutan.

REKA BENTUK RUMAH

(Rumah Tradisional Melayu Pahang yang terdapat di Perkampungan Budaya, Pulau


Keladi, bersebelahan dengan Rumah Kelahiran Tun Razak) ..
Rumah Tradisional Melayu Pahang dikenali dengan Rumah Serambi Pahang. Rumah jenis
ini kian pupus. Rumah jenis ini biasanya berbumbung panjang manakala di tepi dinding
dipasang tabir layar dan terdapat ukiran di pinggirnya. Komponennya terdiri dari rumah ibu
dan dapur dan di antara keduanya dipisahkan oleh ruang yang dipanggil selang. Ia juga

mengandungi ruang-ruang tertentu di bahagian hadapan sekali iaitu ruang serambi diikuti
oleh ruang ibu yang mengandungi ruang pentas dan perbalai. Di belakang pula ialah ruang
kelek anak atau serambi belakang. Bagi ruang dapur ia mengandungi ruang penanggah
serta pelantar. Ruang-ruang ini digunakan untuk menanti, memasak dan sebagainya.

Contoh Rumah Klasik Tradisional Pahang | Rumah Serambi Pahang


Ini juga salah satu bentuk Rumah Tradisional Melayu Pahang

Pelan lakaran rumah klasik Pahang | Rumah Serambi Pahang


IKON NEGERI PAHANG

Basikal dipilih ikon pelancongan Pahang


Kerajaan negeri memilih basikal sebagai ikon pelancongan bagi membangkitkan kembali nostalgia lampau selain
dapat mendorong rakyat mengamalkan gaya hidup sihat.
Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kesenian dan Warisan, Pembangunan Keluarga dan Hal Ehwal Wanita
negeri, Datuk Shafik Fauzan Sharif berkata, pemilihan basikal sebagai ikon pelancongan menerusi penganjuran
pelbagai aktiviti berbasikal dijangka dapat menambah minat pelancong untuk berkunjung ke Pahang.
"Dengan kemajuan dan kecanggihan teknologi pengangkutan pada masa kini, kewujudan basikal semakin
dilupakan.
"Justeru, melalui program Basikal Mania 2011 anjuran bersama Tourism Malaysia Pahang, kita akan
menganjurkan pelbagai aktiviti seperti kayuhan bandar, kayuhan malam, kayuhan patin dan kayuhan Banjaran
Titiwangsa

Restoran saji masakan tradisional ikon


pelancongan
Kerajaan Pahang akan menjadikan beberapa restoran yang menyajikan masakan tradisional dan berjaya menarik ramai
pengunjung sebagai ikon pelancongan di negeri ini.
Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kesenian, Warisan, Pembangunan Keluarga dan Hal Ehwal Wanita
negeri, Datuk Shafik Fauzan Sharif berkata, pihaknya sedang mengenal pasti beberapa restoran yang terkenal
dengan masakan tradisional sebelum mengeluarkan sijil pengiktirafan kepada pengusahanya.

Restoran Akob Patin House yang diusahakan oleh Yaakob Ismail, 63, sejak 10 tahun lalu antara restoran yang
menyajikan masakan tradisional Pahang seperti patin masak tempoyak, masak lemak daging salai dan beberapa
kuih warisan seperti puding raja dan dodol telur.
Menurut Shafik, restoran yang dipilih perlu melepasi standard yang ditetapkan iaitu selain menyajikan makanan
tradisi yang benar-benar sedap, pengusahanya perlu meletakkan kebersihan sebagai keutamaan.

Identiti Pahang
BENDERA

Hitam adalah warna kebesaran Bendahara melambangkan bahawa pada suatu ketika dahulu
pemerintah di Negeri Pahang adalah seorang yang bertaraf Bendahara.
Putih adalah melambangkan raja. Tambahan warna putih di atas hitam ini membawa makna
bahawa Negeri Pahang adalah negeri yang mempunyai kedaulatan sendiri dan pemerintahan
beraja. Ini juga membawa erti bahawa negeri ini ada mempunyai keistimewaan-keistimewaan,
undang-undang, adat istiadat, adat resam, tatasusila serta kuasa-kuasa yang tertentu yang ada
pada raja sebagai sebuah negeri yang beraja dan berdaulat.
JATA
Mata cogan itu semuanya diperbuat daripada emas termasuk penongkok dan taran. Tujuan
dipilih logam emas itu ialah melambangkan bahawa dalam tahun 1862 emas merupakan hasil
masyhur yang utama di Negeri Pahang. Keduanya tiada kebal yang boleh menahan senjata
yang diperbuat dari emas. Gading yang bersilang di bawah cogan itu melambangkan bahawa
ketika itu gading gajah terdapat dengan banyaknya serata negeri Pahang sehingga ia menjadi
satu perdagangan yang besar. Kalimah "Ya La Tif" bermaksud yang lemah lembut. Simboliknya
pemerintah tidak menggunakan kekerasan. "Ya La Tif" juga dijadikan azimat yang berguna.

Anda mungkin juga menyukai